You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Seri Menanti,


KM 22, Jalan Muar – Batu Pahat,
84160, Parit Jawa, Muar, Johor. Tel: 06-9883328

Ruj. Kami : JBA5072.100-4/4 ( )


Tarikh : OKTOBER 2018

Tn. Hj. Malek bin Md. Diah


Ketua Kampung,
Seri Menanti Darat,
Muar, Johor

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami dengan hormatnya mengundang tuan ke Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah
seterusnya merasmikan program tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 13 OKTOBER 2018 (SABTU)


Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran SK Seri Menanti

3. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila
hubungi Pn. Norhaiza bt Mohd Nor, GPK Kokurikulum, SK Seri Menanti di talian 017-2594156.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

s.k. 1. Fail Kokurikulum


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Kebangsaan Seri Menanti,
KM 22, Jalan Muar – Batu Pahat,
84160, Parit Jawa, Muar, Johor. Tel: 06-9883328

ATURCARA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MENANTI, MUAR

7.15 pagi : Berkumpul di Dataran SK Seri Menanti.


Ketibaan tetamu dan dif kehormat.
7.30 pagi : Senamrobik bersama Mr.Khay Aerodance & Aytam Fitness
8.30 pagi : Bacaan doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian
Gimik Perasmian
9.00 pagi : Pertandingan Galah Panjang (Tahap 2)
Sukaneka (Tahap 1)
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Sambutan Hari Kanak-Kanak
Persembahan
Penyampaian Hadiah
12.30 tengah hari : Bersurai

s.k. 1. Fail Kokurikulum

You might also like