You are on page 1of 7

KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR

FIZIKAL
Isi:-

 Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti


 Memusnahkan edaran nutrien tanah
 Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat
 Meningkatkan kadar hakisan
 Kesan keatas system hidrologi
 Kesan keatas sistem geomorfologi

Huraian:-

 Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti :


pelbagai spesies fauna dan flora diancam
kepupusan dan kemusnahan akibat daripada pembalakan yang melampau. Apabila
hutan dimusnahkan,fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami
kemusnahan. Hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor
akan kehilangan sumber-sumber makanan. Contohnya ,gajah,rusa,monyet dan lain-
lain. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga
komponen biotik dan abiotik yang kelak menganggu keseimbangan ekologi
setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan
dimusnahkan

 Memusnahkan edaran nutrien tanah : selainitu, kesan akibat aktiviti pembalakan juga akan
memusnahkan edaran nutrien dalam tanah. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan
berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Namun begitu, jika berlaku
penebangan hutan, rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian air
permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol. Proses fotosintesis juga
akan turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran nutrien.

 Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat: peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan
pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam
atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya
berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran
daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi
sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Hutan
tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap
bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan.

 Meningkatkan kadar hakisan: kesan


pembalakan turut menyumbang kepada berlakunya hakisan
tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di bawah
permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan struktur tanah
menjadi lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan lincin akan bergerak menuruni cerun-
cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh bukan sahaja merosakkan
ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa manusia seperti yang berlaku di Bukit
Antarabangsa.

 Kesan keatas sistem hidrologi: pembalakan


juga menyebabkan kitaran hidrologi menjadi tidak
stabil. Pembalakan juga mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya
menurunkan paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan
bekalan air kepada sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan juga menyumbang kepada
kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai
yang seterusnya menggalakkan kejadian banjir.

 Kesan keatas sistem geomorfologi: penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi
secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air
permukaan, serta pelbagai jenis pergerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan
pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur
tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil.
~NIEDA 6AK~
~2010~

DEFINISI PEMBALAKAN

Pembalakan adalah penebangan, seretan, pemprosesan di tempat, dan memuatkan pokok atau
balak di atas lori.[1] Dalam bidang perhutanan, istilah pembalakan kadang kala digunakan dalam
bentuk terhad berkait dengan logistik memindahkan kayu dari tunggul kepada kawasan di luar
hutan, biasanya kilang gergaji atau kilang papan. Bagaimanapun, secara biasa, istilah ini boleh
digunakan bagi menunjukkan banyak aktiviti perhutanan atau silvikultur.

Pembalakan haram merujuk kepada apa yang dalam perhutanan digelar pencuri balak.[2][3]Ia
juga boleh merujuk kepada penuaian, pengangkutan, pembelian atau penjualan balak yang
menyalahi undang-undang. Prosedur penuaian itu sendiri mungkin haram, termasuk
menggunakan cara salah bagi memasuki hutan; pengeluaran tanpa kebenaran atau dari
kawasan dilindungi; penebangan spesies dilindungi; atau pengeluaran balak melampaui had
yang dipersetujui. [4]

KEGIATAN EKONOMI: PEMBALAKAN


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PEMBALAKAN

1 Hutan Khatulistiwa

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kawasan hutan hujan khatulistiwa yang
luas.Contohnya semenanjung Malaysia meliputi 29%, Sabah 22% dan Sarawak 49%.Kawasan
hutan ini banyak membekal kayu yang berharga.misalnya, cengal, meranti, keruing dan
merbau.

1. Permintaan yang tinggi

Pasaran dalam negeri digunakan untuk kilang papan, industri perabot, kilang membuat
kertas dan sebagainya.Contoh, kilang yang terdapat di Malaysia ialah Pahang, Sabah dan
Sarawak.selain itu, pasaran luar negara yang tinggi dalam bentuk papan lapis,kayu balak
dan kayu gergaji.Kayu-kayu ini dieksport ke negara luar seperti Jepun,Thailand dan
Singapura.

2. Dasar kerajaan

Kerajaan menggalakkan kegiatan pembalakan dengan menubuhkan agensi-agensi


seperti Lembaga Industri Kayu Balak yang bertujuan untuk mempromosikan dan mencari
pasaran baru.Terdapat juga FRIM yang menjalankan Penyelidikan dan pembangunan
rawatan pokok.Misalnya, pokok seperti pain, batai dan akarsia.Selain itu Jabatan
Perhutanan ditubuhkan untuk memantau kegiatan pembalakan haram dan melakukakan
aktiviti penanaman semula.

3. Peluang pekerjaan

Terdapat 2.4juta penduduk di Malaysia yang mempunyai peluang pekerjaan dalam


sektor pembalakan.Selain itu, wujud peluang-peluang pekerjaan seperti pekerja kilang,
pemorosesan kayu balak, pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengankutan dan
sebagainya.Peluang bekerja dalam industri ini akan mengurangkan kadar
pengangguran.Apabila penduduk mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan
meningkat menyebabkan kuasa beli tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan taraf
hidup penduduk.

4. Sumber pendapatan negara

Sektor pembalakan merupakan salah satu industri primer yang berpotensi


meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini, kerana hasil-hasil pembalakn dieksport
ke luar negara seperti Jepun, Singapura dan Thailand.harga hasil pembalakn yang tinggi
dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui
pengaliran masuk mata wang asing.

5. Perkembangan Bandar

Aktiviti pembalakan membawa kepada kewujudan sesuatu kawasan menjadi bandar


baru.Dengan pembinaan kilang-kilang menggalakkan sesuatu Bandar menjadi tumpuan
penduduk dengan menyediakan peluang pekerjaan.Contohnya kilang papan di Kuantan
(Pahang), Sandakan (Sabah), Kuala lipis (Pahang) dan Gua Musang (Kelantan).

KESAN-KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL

1. Peningkatan suhu

Penebangan hutan daripada aktiviti pembalakn menyebabkan peningkatan suhu.Hal


ini disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang bahangan matahari dan lebihan gas
karbon dioksida dalam atmosfera.Contohnya pengurangan kelembapan udara akan
membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi dan udara sekitar menjadi
kering (Dry Air) serta cuaca menjadi panas.

2. Kepupusan flora dan fauna

Apabila hutan dimusnahkan untuk tujuan pembalakan pelbagai sepsis flora dan fauna
kehilangan habitat.Selain itu, ekosistem terganggu menyebabkan rantaian makanan
terjejas.Contohnya kepupusan haiwan seperti harimau, gajah dan monyet.Manakala
kepupusan fauna seperti merbau.

3. Hakisan tanah

Apabila aktiviti pembalakan dilakukan secara berlebihan, berlakunya hakisan tanah


dan tanah runtuh.hal ini disebabkan permukaan telah terdedah kepada hakisan air semasa
hujan.Hujan yang lebat akan menyebabkan larian air permukaan akan menghakis lapisan
permukaan tanah kelodak, lumpur akan masuk ke dalam sungai.Oleh itu, sungai menjadi
cetek, keruh dan berlakunya banjir lumpur di kawasan rendah.

4. Pencemaran air

Penebangan hutan untuk aktiviti pembalakan menyebabkan hakisan larian air


permukaan berlaku dan membawa masuk kelodak dan lumpur ke dalam sungai.Oleh itu, air
sungai menjadi cetek dan ekosistem akuatik terganggu.Contohnya Sungai Pahang dan
Sungai Kelantan.

5. Kemusnahan kawasan tadahan air

Penebangan hutan untuk pembalakan telah mengurangkan kadar susupan air ke


dalam tanah dan menurunkan paras air dalam tanah.Hal ini akan menjejaskan kawasan
tadahan air dan bekalan air kepada sungai, tasik, kolam dan paya.Contohnya hutan
sebagai span menyerap air dan mengalirkan air.

6. Perubahan landskap

Kawasan pembalakan yang dijalankan secara berleluasa menyebabkan tanah


menjadi gondola.Selain itu, wujudnya kawasan yang agak kering dan menjadi
tandus.Contohnya hutan primer bertukar kepada hutan sekunder dan seterusnya menjadi
kawasan yang lapang.
LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN

1. Langkah perundangan

Mewartakan hutan simpan kekal dan menguatkuasakan akta perhutanan negara


terhadap sebarang bentuk pencerobohan hutan simpan seperti denda atau kompaun,
penjara dan sebagainya.Contohnya dikuatkuasakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984
dan Akta Kualiti Alam sekitar 1974.Misalnya, kawasan hutan simpan kekal ialah Taman
Negara di Pahang, Taman Negara Bako di Sabah dan Hutan Simpan Belum di Perak.

2. Langkah pengurusan

I. Melaksanakan program perhutanan semula dan penanaman semula hutan yang diuruskan
secara sistematik,sainstifik dan terkawal.Hal ini, dinamakan sebagai projek perladangan
hutan kompensatori.Sebagai contohnya perladangan hutan di Kemasul, Pahang.Pokok
balak yang cepat membesar dan matang dalam tempoh 15 tahun ditanam seperti Batai,
Yamane, Akasia dan lain-lain.
II. Melaksanakan system penebangan hutan terpilih bukannya tebangt-bersih.Pokok yang
cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang.Misalnya, bagi pokok kayu
keras yang berukur lilit 45cm ke atas sahaja yang layak ditebang.
III. Melaksanakan usaha R&D secara berterusan khususnya dalam konteks sivilkultur,
penjagaan dan perawatan hutan daripada perosak dan penyakit, teknologi pembiabakaan
pokok serta teknologi moden pencegahan kebakaran hutan.
IV. Mengelakkan penggunaan sumber-sumber gantian agar tidak terlalu bergantung kepada
sumber hutan khususnya kayu.Contohnya penggunaan simen dan batu bata dalam industri
pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot, termasuk dikitar semula
bahan terbuang.

3. Langkah kempen kesedaran

Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita


menerusi pelbagai media seperti kempen “Cintailah Hutan Kita”termasuk juga program
pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan melalui matapelajaran geografi dan alam
sekitar di peringkat sekolah dan universiti seperti UPM.

6. Teknologi

Penggunaan teknologi yang canggih seperti mesin gergaji, mesin berantai, jentera
penarik dan lori pengangkut.Penggunaan mesin dan jentera ini memudahkan kegiatan
pembalakan dijalankan.Selain itu, penggunaan baja-baja kimia membantu meningkatkan
kualiti kayu balak.mnakala penggunaan biji benih menghasilkan baka yang bermutu tinggi.

SUMBANGAN /PERANAN/KEPENTINGAN SEKTOR PEMBALAKAN


1. Peluang pekerjaan

Wujudnya peluang-peluang pekerjaan seperti kilang pemprosesan kayu balak,


pekerja kilang perabot dan pemandu di sektor pengangkutan dan sebagainya.peluang
pekerjaan dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.Apabila penduduk
mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber pendapatan meningkat menyebabkan kuasa beli
tinggi dan secara langsung meningkatkan taraf hidup penduduk.

2. Sumber pendapatan negara

Sektor pembalakn merukan salah satu industri primer yang berpotensi


meningkatkan sumber pendapatan negara.Hal ini kerana hasil-hasil pembalakn dieksport
keluar negara seperti Jepun, singapura dan Thailand.Harga hasil pembalakan yang tinggi
dalam pasaran antarabangsa menyumbangkan sumber pendapatan negara melalui
pengaliran masuk mata wang asing.

3. Sumber bahan mentah

Pembalakan membekalkan sumber bahan mentah kepada negara.Contohnya


cengal, meranti, seraya, balau dan akarsia.Kayu-kayu berharga ini digunakan oleh industri
sekunder untuk dijadikan perabot dan papan lapis yang bermutu tinggi.Sumber bahan
mentah ini juga dieksport ke luar negara seperti Jepun,Thailand dan Singapura.

4. Pembangunan infrastruktur

Aktiviti pembalakan membawa perkembangan kepada pembangunan


infrastruktur.Contohnya penebangan hutan dilakukan untuk pembinaan jalan raya, lebuh
raya Utara-Selatan, hospital,sekolah dan sebagainy.Dengan pembinaan infrastruktur ini
system pengangkutan dapat mempergiatkan lagi aktiviti pembalakn untuk tujuan
pengeksportan ke luar negara.Contohnya Jepun,Singapura dan Thailand.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook


0 comments:

You might also like