You are on page 1of 3

Faktor Dalaman

Kematian Tun Perak

Antara faktor dalaman yang utama yang telah membawa kepada kejatuhan Kota Melaka adalah
kematian Bendahara Tun Perak pada tahun 1498. Hal ini kerana Tun Perak merupakan
Bendahara yang pertama Kesultanan Melayu Melaka dengan mengurus segala urusan
pentadbiran Melaka dari pemerintahan tiga orang Sultan dan sehingga ke akhir awal
pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Tun Perak juga telah memegang jawatan sebagai
Bendahara selama 42 tahun di bawah empat orang sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah (1446-
1459), Sultan Mansur Syah (1459-1477), Sultan Alaudin Riayat Syah (1477-1488) dan Sultan
Mahmud Syah (1488-1511).1 Kebijaksanaan dan kehebatan Tun Perak telah menyebabkan
Kota Melaka muncul sebagai salah sebuah empayar Melayu yang agung serta kuat di Nusantara
pada abad ke-15 berbanding sebelum ini Melaka hanyalah merupakan sebuah perkampungan
nelayan yang sangat kecil.

Kejatuhan Kota Melaka kepada pihak Portugis, salah satu disebabkan oleh Kematian
Tun Perak kerana Tun Perak merupakan seorang Bendahara yang sangat hebat, cekap dan bijak
dalam mentadbir urusan pentadbiran Kota Melaka dan sangat berbeza dengan penggantinya
yang tidak sehebat Tun Perak. Hal ini dapat dilihat apabila para sejarawan telah bersepakat
mengatakan bahawa semasa beliau memegang jawatan sebagai Bendahara, negeri Melaka telah
mencapai zaman kegemilangan dan kemakmurannya.2 Dalam Sejarah Melayu juga ada
mengatakan bahawa peranan Tun Perak setanding dengan peranan yang dilakukan oleh
Mahapatih Gajah Mada (1331-1364) di Majapahit. 3 Kematian Tun Perak merupakan tamparan
hebat kepada empayar Melaka kerana selepas kematiannya ia telah memberikan impak
terhadap pentadbiran Melaka yang menjadi tidak teratur dan semakin lemah ketika itu.
Bendahara-bendahara yang mengantikannya tidak secergas dan sebijaksana beliau kerana

1 Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara,
1991, hlm. 130.

2 Ibid., hlm. 128.

3 Mohd Dahlan Mansoer, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, hlm. 253.
adiknya, Tun Perpatih Putih adalah seorang yang boros manakala anak saudaranya Tun
Mutahir hanya mencari kekayaan sebanyak yang dapat lalu memperagakan kekayaan dan
kedudukan beliau tanpa segan-silu.4

Selain itu, menurut sumber tempatan iaitu Shafie Abu Bakar di dalam buku yang
bertajuk ‘Sejarah di Selat Melaka’ mengatakan Tun Perak merupakan wira agung dalam
kebangkitan Melaka yang patut dibanggakan jika dibandingkan dengan Hang Tuah ataupun
Hang Jebat. Hal ini kerana watak Hang Tuah dan Hang Jebat itu masih lagi diragui serta
dipertikaikan kewujudannya secara realiti dalam sejarah Melayu Melaka. Keperwiraan mereka
adalah lebih kepada pertarungan fizikal semata-mata dan kesetiaan yang membabi buta
terhadap Sultan tanpa dapat membezakan antara sesuatu yang benar ataupun salah secara
rasional, namun berbeza dengan Tun Perak, beliau merupakan wira dan negarawan Melayu
yang ulung serta kepewiraannya adalah berdasarkan kepahlawanan, diplomasi dan
intelektualnya.5

Ketidakstabilan sistem pentadbiran dalaman

Ketidakstabilan sistem pentadbiran dalaman merupakan salah satu faktor yang menyumbang
kepada kejatuhan Kota Melaka ke Portugis. Ketidakstabilan ini berlaku disebabkan oleh sikap
suka menfitnah di antara pembesar, suka berpuak-puak, gila kuasa dan saling mencemburui
antara sesama. Hal ini menyebabkan para pembesar tidak lagi melakukan aktiviti perdagangan
tapi merlumba-lumba untuk merebut jawatan dalam Istana.6 Malah, pembesar Istana kembali
berpuak-puak bukan saja dari aspek bangsa iaitu Melayu dan India-Muslim tapi golongan muda
yang di ketuai oleh Sultan Ahmad Syah dengan golongan tua juga yang di ketuai oleh Sultan
Mahmud pun mengalami masalah berpuak-puak.7 Kesan dari sikap berpuak-puak antara

4 Dr. Mohd. Rais B. Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140.

5 Abdul Latif Abu Bakar, Sejarah Di Selat Melaka, Melaka: Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisma
Malaysia (IKSEP) Dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM), 1984, hlm. 11.

6 Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140.

7 Ibid. Hlm.140
pembesar dan saling menjatuhkan antara satu dengan yang lain telah melemahkan segala
pentadbiran Kota Melaka yang dulunya sangat hebat dan menyebabkan kejatuhan Kota Melaka.

Selain dari sikap memfitnah di kalangan pembesar terdapat faktor lain yang menyebabkan
ketidakstabilan dalam pentadbiran adalah pertelingkahan yang berlaku diantara kerajaan
Melaka dengan negeri-negeri naungannya berhubung dengan calon-calon yang menaiki taktah
di negeri-negeri naungan tersebut ataupun disebabkan perjanjian taat setia yang longgar
seperti kes yang berlaku antara Melaka dengan kerajaan Siak dan Pahang. 8 Melaka tidak
merupakan satu empayar yang teguh namun keteguhan yang dimiliki oleh Melaka adalah
disebabkan oleh wujudnya unit-unit politik (negeri-negeri naungan) di bawahnya yang
menyokong. Masalah dengan negeri-negeri naungannya sendiri telah menambahkan lagi
ketidakstabilan keadaan politik Melaka yang mendorong kepada kejatuhannya.

Penyelewangan Hasil Istana oleh Para Pembesar

Penyelewangan hasil istana oleh para pembesar dari pelbagai aspek seperti penyelewangan,
kezaliman, rasuah dan penindasan ke atas rakyat dan pedagang-pedagang oleh para pembesar.
Keadaan ini telah menjadikansalah satu punca kelemahan pentadbiran dan politik di Kota
Melaka sehingga membawa kepada kemerosotan ekonomi Melaka sehingga menyumbang
kepada kejatuhan Kota Melaka. Hal ini kerana para pedagang dikenakan yang berdagang di
Kota Melaka telah dikenakan cukai yang berlebihan menyebabkan para pedagang kurang
senang dan keadaan menjadi semakin berat sehingga menyebabkan para pedagang mencari
pelabuhan lain seperti pelabuhan Acheh, Bentam, Patani dan Brunei yang lebih murah kadar
cukainya.9 Cukai yang tinggi dan tidak berpatutan yang dikenakan ke atas rakyat asing dan
pedagang asing menyebabkan mereka membenci golongan pembesar. Gejalah rasuah semakin
menjadi-jadi di kalangan pembesar Melaka sehingga Melaka begitu kaya pada dan
menyebabkan pentadbirannya menjadi longgar, kawalan dan penyeliaan terhadap undang-
undang juga tidaklah seketat dahulu.

8 Dr. Mohd. Rais Bin Abdul Karim, Malaysia Kita, hlm. 140.

9 Ibid. hlm. 140.

You might also like