You are on page 1of 5

CEE571 : METHODOLOGY AND PHILOSOPY IN SPORT COACHING

Kejurulatihan merupakan salah satu cabang yang memerlukan aspek kepimpinan yang
tinggi seperti menurut Amntman (2005) Jurulatih adalah pemimpin dan pemimpin yang efktif
ialah seseorang melihat sesuatu secara menyeluruh . Isu kepemimpinan dalam sukan juga tidak
dapat dielakkan jika mengikuti perkembangan dan pergolakkan dalam sukan tanah air. Hal ini
dimana aspek kejurulatihan juga banyak dipersoal dan dipertikai dalam menentukan kejayaan
sesebuah organisasi sukan atau sebaliknya. Hersey dan Balanchard (1996), menyatakan bahawa
kepimpinan adalah keupayaan atau kebolehan individu untuk mpengaruhi atau menguasai
organisasi, dan organisasi yang tidak mempunyai pemimpin yang efektif akan menghadapi
masaalah dalam pengurusannya . Selain itu mereka juga menyatakan bahawa, pemimpin yang
efektif amat diperlukan dalam organisasi kerana ia boleh menghasilkan keuntungan,
memperbaiki skil dan meningkatkan produktiviti dalam perniagaan, pendidikan, industri dan
dalam bidang sukan. Pemimpin yang efektif menjadi amat penting kerana mereka dapat
memenuhi keperluan pengikutnya serta dapat mendorong pengikutnya ke arah kejayaan.

Kejurulatihan juga berkait rapat dengan kuasa. Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kebolehan
untuk mempengaruhi atau mengubah sikap atau perlakuan orang lain , Greenberg & Baron
(1990) . Dalam konteks Kejurulatihan , jika seorang jurulatih berkemampuan mempengaruhi
serta mengubah sikap atau perlakuan individu lain maka dia dianggap mempunyai kuasa. Kita
sering melihat ramai atlet bagi sukan individu atau berpasukan yang sering bertukar jurulatih
walaupun jurulatih yang sebelumnya adalah seorang jurulatih yang telah terbukti keupayaan
mereka. Menurut Chelladurai dan Saleh (1978) kejayaan atlet dalam bidang sukan sering kali
dikaitkan dengan stail kepimpinan jurulatih yang terlibat. Gaya kepimpinan dan personaliti
jurulatih juga telah banyak dikaji oleh pengkaji-pengkaji. Menurut Terry (1984), stail jurulatih
telah pun diperakui dan diterima oleh saintis sukan bahawa ia adalah pengaruh yang penting
kepada atlet baik baik bagi secara kumpulan mahu pun secara individu. Menurut beliau lagi,
personaliti dan stail kepimpinan jurulatih boleh memberi kesan keatas prestasi dan kepuasan
atlet. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Westre dan Weiss (1991), yang menyatakan
bahawa prestasi dan kepuasan atlet adalah kesan daripada stail yang dipamerkan oleh seseorang
jurulatih.

Isu yang selalu diperbincangkan adalah mengenai Jurulatih dan Kejurulatihannya. Hal ini
dimana seorang jurulatih itu dinilai mengenai bagaimana untuk menjadi seorang jurulatih yang
baik , gaya dan sikap yang sesuai dengan prinsip kejurulatihannya serta yang syarat-syarat yang
perlu ada bagi mengaplikasikan semua perancangan. Kejurulatihan juga seperti cabang bidang
ilmu yang lain , yang mana mempunyai pelbagai fungsi serta menyediakan pelbagai hal yang
berkait dalam isu kejurulatihan dalam hubungannya yang memberikan kesan kepada kejayaan
dan kegagalan sesebuah pasukan atau perancangan sukan sesorang atlet . Ianya juga secara tidak
langsunga akan turut memberikan kesan kepada isu-isu yang timbul dalam dunia sukan tanah air.
Gaya Kejurulatihan membawa erti sebagai suatu tingkah laku dari seorang jurulatih yang
menentukakemampuannya dalam kejurulatihan. Tingkah laku tersebut akan membawa kepada
satu pola atau bentuk tertentu. Pola atau bentuk tingkah laku ini secara keseluruhan seperti yang
dilihat oleh orang lain inilah yang dikenalai sebagai Gaya Kejurulatihan.

Gaya Kejurulatihan pada asasnya merupakan gabungan daripada tiga perkara asas iaitu
Jurulaih , Atlet dan Situasi. Perkara – perkara ini akan menetukan sesebuah gaya kejurulatihan
itu dapat diwujudkan atau terhasil. Dalam melihat keberkesanan stail kepimpinan jurulatih,
Chelladuarai dan Carron (1978) telah menguji kesan stail-stail kepimpinan jurulatih yang mungkin
mempengaruhi kepuasan dan prestasi atlet . Mereka mendapati bahawa jika wujud keselarasan
di antara kehendak atlet seperti stail kejurulatihan yang digemari atau perwatakan jurulatih
dengan kehendak dan perlakuan jurulatih, maka kepuasan serta prestasi atlet akan meningkat.
Sebaliknya, jika tidak wujud sebarang keselarasan di antara kehendak atlet dan jurulatih, maka
prestasi serta tahap kepuasan atlet akan menurun. Selain itu mereka juga menyatakan bahawa
prestasi dan kepuasan ahli bergantung kepada tiga keadaan stail jurulatih, iaitu stail yang
diperlukan atau yang menepati kehendak organisasi, stail sebenar pemimpin dan stail yang
digemari oleh atlet. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi keselarasan ketiga-tiga stail
pemimpin ini adalah ciri-ciri situasi, pemimpin serta atlet.
Menurut kajian menyatakan bahawa dalam aspek Kejurulatihan terdapat tiga Gaya
Kejurulatihan yang dapat dikesan dan dikategorikan iaitu Command Stail, Submersieve Stail dan
Cooperate Stail. Gaya-gaya kejurulatihan ini dilihat memberikan kesan yang berlainan dan
berbeza apabila dipraktikkan.

Yang Pertama Command Stail ataupun Gaya Perintah juga dikenali sebagai Autokratik . Satu gaya
kejurulatihan yang bersifat “kuku besi” atau Ditaktor, kerana pada gaya ini jurulatih mempunyai
kuasa penuh terhadap sesuatu organisasi dan setiap keputusan yang hendak dibuat. Selain itu
pada stail ini juga jurulatih merupakan ketua dan bukan pentadbir. Ini kerana beliau beranggapan
beliau mempunyai pengalaman yang luas lebih mengetahui selok belok sesuatu acara sukan yang
dilatihnya berbanding atlit. Oleh yang demikian atlit hanya perlu menurut segala perintah yang
diarahkan disebabkan kurangnya penglaman dan pengetahuan. Secara tidak langsung akan
memberikan kesan kepada atlit sekaligus merencatkan perkembangan dan prestasi atlit tersebut.
Gaya kejurulatihan seperti ini tidak sesuai untuk digunakan keatas atlit professional tetapi sesuai
untuk atlit amatur terutamanya bagi atlit yang berada dibangku sekolah rendah iaitu berumur
dibawah 12 tahun.

Yang Kedua Cooperate Stail ataupun dikenali sebagai Gaya Kerjasama atau Demokratik .
Gaya Kejurulatihan ini merupakan satu gaya kejurulatihan yang bersifat terbuka keatas atlit-
atlitnya. Selain itu, jurulatih seperti ini kebiasaanya memberi peluang kepada atlit-atlitnya
ataupun pihak luar untuk bersuara dan membentangkan pendapatnya untuk kebaikan mereka
berdua. Jurulatih yang berprofil seperti ini kebiasaanya bersifat professional kerana mengambil
kira pandangan suara pihak lain sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Ini kerana
jurulatih percaya keatas atlit yang muda bahawa mereka boleh melontarkan idea yang bernas
dan sekaligus boleh berkembang atlit yang lebih bermotivasi dan matang apabila dewasa kelak
jika mereka diberikan pendedahan dan peluang yang cukup dan berkeyakinan. Stail kejurulatihan
seperti ini lebih sesuai digunakan keatas atlit-atlit professional dan kurang sesuai digunakan
keatas atlit amatur.

Gaya Kejurulatihan Yang Ketiga adalah Submerssive Stail atau Gaya Menyerah juga
dikenali sebagai Gaya Laisse Faire. Gaya Kejurulatihan ini merupakan satu gaya kejurulatihan
yang bersifat rendah yang membenarkan sesebuah organisasi atau aktiviti itu berjalan dengan
sendirinya selain memberi organisasi itu sendiri yang membuat sesuatu keputusan berbanding
jurulatih itu sendiri atau dengan kata lain jurulatih yang mengamalkan gaya ini bersifat lepas
tangan dan suka meletakkan sesuatu beban itu di bahu pihak lain. Jenis gaya kejurulatihan ini
tidak sesuai untuk digunakan sama ada keatas sesebuah organisasi ataupun keatas atlit-atlit
terutamanya keatas atlit amatur kerana secara tidak langsung ianya akan memberi kesan keatas
atlit itu sendiri dan membentuk satu tingkah laku yang tidak elok.

Jika dibandingkan ketiga – tiga gaya kejurulatihan ini ,Cooperate Stail atau Gaya
Demokratik adalah merupakan stai kejurulatihan yang paling baik serta memberikan kesan yang
efektif dalam sesuatu organisasi. Hal ini dimana jurulatih yang mengamalkan stail kejurulatihan
ini akan lebih didengari dan dihormati. Jurulatih yang mengamalkan stail ini juga akan mampu
menghasilkan satu plan dan rangka program latihan yang efektif dan berkesan kepada atlitnya.
Jurulatih yang mengamalkan stail kejurulatihan ini memerlukan sifat empati yang tinggi didalam
dirinya. Jurulatih itu perlu sentiasa meletakkan atlit dibawah jagaan adalah perkarapaling utama.
Jurulatih ini juga harus sentiasa meletakkan dirinya didalam keadaan atlitnya. Selan daripada itu
jurulatih ini juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi ini disebabkan stail
kejurulatiahn ini sangat mementingkan komunikasi dua hala yang sangat tinggi dan berkesan. Hal
ini disebabkan stail kejurulatihan ini memerlukan data dan input dari pelbagai pihak iaitu jurulatih
, atlit dan pihak ketiga seperti penjaga atau kakitangan sokongan yang lain untuk merangka
sesuatu aktiviti ataupun program yang akan dilaksanakan.

Stail Kejurulatihan Demokratik ini juga sangat mementingkan kerjasama dan kesepaduan
dalam bentuk kumpulan. Walaupun seorang julatih itu mempunyai kuasa untuk membuat
keputusan dalam sesuatu perkara, jurulatih yang mengamalkan stail kejurulatihan ini akan
bertanya dan mendengar pendapat daripada pelbagai pihak terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu keputusan. Pendapat daripada pihak lain akan diambil kira dan dilibatkan secara serius
dalam menetapkan keputusan. Jurulatih yang mengamalkan stail kejurulatihan ini juga akan
mengambil kira berkaitan kebajikan atlit dibawah jagaannya dan mengambil kira kesediaan atlit
dibawahnya sebelum rangka satu plan jangka masa yang pendek atau jangka masa yang panjang
dan meyesuaikannya dengan keperluan dan tuntutan program atau latihan yang bakal
dijalankan. Gaya kejurulatihan ini juga akan menunjukkan sikap profesionalisme dan keterbukaan
dalam diri seorang julatih itu , selain itu juga ianya juga akan memberikan kesan yang sangat
mendalam dalm diri atlit yang terlibat. Atlit akan lebih bermotivasi dan memberikan komitmen
dalam latihan dan permainan disebabkan mereka merasakan “goals target” yang ingin dicapai
adalah merupakan matlamat yang telah mereka tetapkan sendiri.

Walaubagaimanapun , Command Stail Dan Submerssive Stail juga tidak dapat dipertikai
keperluan dan keberkesanannya . Tetapi ianya perlu digunakan pada masa yang tertentu dan atlit
yang tertentu. Untuk penghasilan gaya kejurulatihan yang terbaik dalam melalui
penggabungjalinan diantara pelbagai gaya kejurulatihan . Ini dimana kedua-dua gaya ini di
praktikkan juga dalam Gaya Demokratik tetapi dalam keadaan yang tertentu , contohnya seorang
jurulatih menggunakan Cooperate Stail dalam kejurulatihannya tetapi pada peringkat awal dia
mengaplikasikan Command Stail pada perjumpaan yang pertama bersama atlitnya bagi
menunjukkan ketegasan bagi mewujudkan rasa hormat dalam kalangan atlit atau menggunakan
Submerssive Stail pada peringkat akhir latihan bagi memberikan peluang kepada atlit
menunjukkan kewibawaan dan kerjasama dalam kumpulan serta memberi peluang kepada atlit
dan pasukan merasai sikap berdikari tanpa bantuan jurulatih.

You might also like