Professional Documents
Culture Documents
NO.MATRIK : A145675
SET : 24
Manakala buli mental membabitkan emosi pelajar seperti mengejek atau mencerca di
mana pekara ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan berlainan umur tetapi juga turut
berlaku dalam kalangan rakan sebaya dan diejek biasanya disebabkan kelainan pada nama,
fizikal, dan rupa paras. Selain itu, memaki hamun dengan menghamburkan kata-kata nista
dan cercaan yang kesat kepada mangsa sehingga menimbulkan rasa tertekan akibat
terpengaruh dengan cercaan yang dihamburkan juga merupakan buli mental. Pada masa yang
sama, buli mental juga melibatkan gangguan seksual iaitu menunjukkan isyarat lucah kepada
mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami masalah dan tekanan.
Jenis buli yang seterusnya ialah buli siber. Pembuli memperdayakan mangsa di alam
siber dan juga menjatuhkan maruah mangsa secara terang-terangan. Mangsa juga dihina
dengan kata-kata kesat yang boleh di baca oleh semua orang. Seterusnya, buli jalanan yang
biasanya terdiri daripada pemandu yang tidak beretika. Mereka memandu dalam keadaan
yang berbahaya dan mengganggu pemandu lain dengan membunyikan hon atau dengan
menekan-nekan minyak atau menunjukkan isyarat untuk menimbulkan pergaduhan. Buli
pekerjaan pula dilakukan dengan memeberikan mangsa kerja yang bukan dalam bidang tugas
mangsa oleh orang atasan mahupun rakan sejawat. Mangsa di minta untuk menyelesaikan
kerja-kerja tersebut dengan segera walaupun mangsa masih mempunyai kerja untuk
diselesaikan. Biasanya mangsa terdiri daripada pekerja-pekerja baru dan pekerja yang bersifat
lurus bendul.
Masalah buli ini bukanlah satu masalah yang baru diuar-uarkan, masalah ini sudah
wujud di Negara ini sejak bertahun-tahun yang lalu. Masalah ini bukan sahaja melanda
Negara Malaysia sahaja, malah Negara-negara lain juga seperti Jepun dan Amerika Syarikat.
Menurut kajian, kes buli ini semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar
terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam.Hampir setiap bulan, berita
tentang masalah buli dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan.“Kes empat tahun lalu,
budak singlet hitam telah dibuang sekolah” dan “Dua pelajar disingkir dari asrama anak
yatim Perlis” merupakan antara tajuk utama berita yang berkaitan dengan masalah buli.
Pelbagai jenis faktor yang telah dikaitan dengan kejadian masalah buli ini dan
seiringan dengan itu, pelbagai jenis langkah pun telah diambil. Namun, masalah buli ini
alang-alang seperti tiada penghujungnya kerana sampai ke saat ini masalah ini belum
dibendung sepenuhnya dari Negara Malaysia.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MENYUMBANGAKAN KEPADA MASALAH
BULI
Setiap masalah yang berlaku di dunia ini, pasti mempunyai sebab di sebaliknya. Bak
kata pepatah Melayu, “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Sekiranya,
seseorang itu dapat mengenalpasti punva tersebut, sudah pastinya dapat mencari jalan
untuk mengatasi masalah tersebut.
Anak-anak ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain
terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Contohnya, terdapat segelintir
Ibu bapa yang keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka tidak ada
masa untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang remaja. Hal ini
menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga dan ini
menyebabkan mereka berasa kesunyian dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakan-
rakan dan guru mereka. Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk
meluahkan perasaan mereka. Keinginan untuk mendapat perhatian orang inilah yang
menyebabkan kejadian buli. Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah
dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan penceraian ibu bapa yang akan
menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui cara yang betul untuk
meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah yang
mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka
terutamanya kepada lelaki.
Pembuli seperti ini wujud adalah kerana mereka masih tidak dapat melepaskan
diri daripada trauma terdahulu, lalu menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka
cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialaminya terdahulu kepada mangsa
mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan terkenang masa lampau
mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa lebih menderita.
Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya
menyebabkan mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.
Berikut merupakan langkah-langkah yang telah diambil mengikut peranan yang harus
dimainkan oleh beberapa pihak:
1. Pihak sekolah
Sekolah merupakan tempat formal individu menimba ilmu. Hal ini dikatakan
demikian kerana pendidikan merupakan langkah yang paling berkesan untuk
mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi utama yang dapat mengubati
penyakit sosial ini. Pendidikan sekular secara formal diberikan kepada pelajar-pelajar
agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara
seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan membentuk sikap
serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Pihak sekolah misalnya
melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan syarat kepada pelajar
sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman.
Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa yang menjatuhkan air muka orang lain,
isyarat tidak wajar, merosakkan harta sekolah, menentang pihak berkuasa atau terlibat
dengan dadah membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan.
Sesetengah sekolah dengan masalah buli telah menanganinya dengan
memasang kamera CCTV. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-
sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gangster. Pihak sekolah
mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing,
sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta
para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga
boleh digalakkan untuk menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk
mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah
dirahsiakan.
Pihak sekolah mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini
bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster anti-buli di sekolah, tetapi juga
mengedarkan risalah anti-buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu
bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua
mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes
buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.
Antara hukuman yang pernah dijatuhkan ialah tindakan disiplin, merotan, dan
buang sekolah kepada pembuli. Satu jawatankuasa penyelaras anti-buli peringkat
sekolah telah diwujudkan di beberapa sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri
daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil
pelajar. Mereka berperanan mengurus program anti-buli dan menilai
keberkesanannya. Perbincangan tentang buli juga telah dimasukkan dalam agenda
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Seterusnya, program yang
memberikan penekanan kepada pendekatan penyelesaian masalah dan program anti-
buli diterapkan di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam kelas ialah
tempat yang paling banyak berlakunya tingkah laku buli. Sebuah sekolah di Kuala
Lumpur berjaya mengurangkan kejadian buli apabila guru besar sendiri menubuhkan
kumpulan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan kejadian buli
di dalam kelas dan di dalam sekolah.
Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga diadakan secara
berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar
agar menjauhi diri daripada gejala buli. Pihak luar seperti NGO dipanggil untuk
mengadakan pameran dan ceramah tentang gejala buli ini. Selain itu pihak sekolah
sendiri menganjurkan aktiviti seperti kuiz, pidato dan sebagainya tentang kes buli
dan juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah
di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak
pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi
pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang
diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.
2. Pihak ibu bapa
Kes buli dapat ditangani dengan keprihatinan ibu bapa dalam mendidik anak-
anak agar mereka tidak menconteng arang ke muka keluarga. Janganlah sebab nila
setitik, rosak susu sebelanga. Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah
buli. Penglibatan ibu bapa dalam menangani kes buli di sekolah kini menjadi semakin
penting. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapalah merupakan asas permulaan
pembentukan peribadi anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Malahan, ibu bapa juga insan yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu
bapa harus memberikan pendidikan agama kepada individu sejak kecil merupakan
langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini. Pendidikan agama penting kerana
boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia. Di
samping itu, ibu bapa memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak
bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa kini
berbincang dengan guru jika didapati anak mereka bertukar sikap, menjadi pendiam
atau kurang selera untuk makan. Janganlah kita jadi seperti sudah terhantuk baru
tengadah.
Ibu bapa menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya
anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Ibu bapa juga menunjukkan tingkah
laku yang baik, contohnya tidak bertengkar atau bergaduh di hadapan anak-anak,
bergaul dengan baik dan mesra ketika berurusan dengan jiran tetangga dan orang
lain. Bak kata bidalan, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa yang baik akan
melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.
Ibu bapa juga meluangkan masa dengan anak-anak dan sentiasa mengambil
berat tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah. Contohnya, pada hujung
minggu atau cuti, ibu bapa membawa anak-anak bercuti untuk mempererat kemesraan
keluarga. Perhatian dan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka
menyebabkan mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus
memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini anak-anak akan
menyayangi ibu bapa dan sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi
kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.
3. Pihak kerajaan
Pihak kerajaan merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan
keselamatan rakyat terpelihara terutamanya bagi insan yang kerdil lagi lemah iaitu
golongan pelajar. Pihak kerajaan memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dan
dilaksanakan. Mendengar sahaja perkataan hukuman, naluri semula jadi seorang
pelajar akan menjadi gerun ditambah dengan hukuman yang berat. Mereka akan
mencuba sedaya upaya membendung niat mereka dan lama-kelamaan gejala buli ini
akan pudar ditelan masa.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah berusaha lebih efektif dalam
menerapkan subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Islam ke
dalam kurikulum sekolah. Pengajaran subjek ini dipercayai akan melahirkan pelajar
yang mempunyai sahsiah dan moral yang tinggi dan menggalakkan suasana yang
Para pelajar juga berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung
gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi mangsa pembuli
memberanikan diri untuk membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan semua. Manakala,
pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha
mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup
kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan
semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang
disyaki terlibat dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan mencari jalan keluarnya.
Peranan-peranan yang telah dimainkan oleh pelbagai pihak telah memberi impak
dalam pencegahan gejala buli. Langkah-langkah yang telah diambil oleh setiap pihak seperti
yang dinyatakan sememangnya proaktif. Namun, akibat kegagalan dalam memainkan
peranan oleh sesetengah pihak, menyebabkan masalah buli ini sukar dibendung.
KESIMPULAN
Setiap masalah termasuklah kes buli pasti ada sebabnya yang tertentu dan jalan
penyelesaiannya. Namun begitu, selagi masalah buli di negara kita masih berleluasa, impian
negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju
akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejadian
masalah buli ini. Seiringan dengan itu juga, langkah-langkah telah diambil. Kegagalan
langkah yang diambil mempunyai banyak sebab seperti sikap tidak endah-mengendah dan
sikap tidak bertanggungjawab.
Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 akan tinggal sebagai angan-angan
Mat Jenin semata-mata. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan
akan menerajui negara ini pada masa depan bak kata peribahasa Melayu, pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati
sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi
liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat
melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat
bangsa di persada dunia.