You are on page 1of 5

Bahagian A

Arahan: Jawab semua soalan

1. Antara yang berikut yang manakah benar tentang tujuan perniagaan


A Mewujudkan peluang pekerjaan
B Membantu masyarakat setempat
C Meningkatkan pendapatan negara
D Menawarkan barang dan perkhidmatan

2. Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia


A Mudah dipenuhi
B Hidup lebih selesa
C Mempunyai batasan
D Sama untuk semua individu

3. Tepung, beras dan minyak adalah antara barang keperluan asas yang dijual
pada harga subsidi
Hal ini bermakna barang tersebut
A Dijual pada harga kos
B Dijual di atas harga kos
C Dijual di bawah harga kos
D Diberikan secara percuma

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang Perkongsian Liabiliti Terhad


A Kuasa pemegang syer terhad
B Modal pemegang syer terhad
C Bilangan pemegang syer terhad
D Tanggungan pemegang syer terhad

5. Nyatakan bentuk pemilikan perniagaan yang mempunyai ciri berikut :

 Mudah ditubuhkan
 Pemilik mempunyai kuasa penuh
 Kadar cukai yang rendah

A Koperasi
B Perkongsian
C Milikan Tunggal
D Syarikat Sendirian Berhad

6. Pentadbiran sesebuah Syarikat Sendirian Berhad dikawal dan diuruskan oleh


A Pekerja syarikat
B Ahli lembaga pengarah
C Pemegang-pemegang syer
D Pemiutang-pemiutang syarikat

7. Usaha sama ialah


A Bentuk perniagaan untuk menjaga kebajikan pemiliknya
B Hak yang diberikan untuk menjalankan perniagaan yang sama jenis
C Perniagaan yang dijalankan untuk memenuhi permintaan pengguna
D Dua syarikat bergabung untuk membentuk sebuah syarikat yang bar

8. Antara yang berikut, pilih kelebihan usah sama.


I Syarikat boleh menembusi pasaran yang belum diterokai
II Risiko perniagaan dapat dikongsi antara kedua-dua syarikat
III Syarikat boleh berkongsi kepakaran teknologi dengan syarikat lain
IV Semua aset dalam perniagaan asal akan diserap ke dalam perniagaan
baharu

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan IV
9. Pilih kelebihan perniagaan bersaiz besar
I Wujud ekonomi bidangan
II Komunikasi lebih baik
III Memberi layanan peribadi
IV Mudah menguasai pasaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Pernyataan berikut berkaitan dengan kelebihan perniagaan bersaiz kecil.

Encik Ayub merupakan pemilik Chini Enterprise sentiasa mengenali semua pelanggan tetap
yang datang ke kedainya
Pernyataan tersebut merujuk pada
A Komunikasi yang lebih baik antara Encik Ayub dengan pekerjanya
B Layanan peribadi yang diberikan kepada semua pelanggan
C Pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diberikan
D Kaedah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan cita rasa pelanggan

11. Yang manakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)


A Menyediakan infrastruktur
B Menyediakan bantuan pelaburan
C Memajukan sistem pendidikan usahawan
D Menaja pembangunan perniagaan setempat

12. Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan guna tenaga penuh
A Pengangguran mencapai tahap minimum empat peratus
B Pengurangan kadar ganti pusing dalam kalangan pekerja
C Tidak wujud pengangguran sumber tenaga dalam kalangan pekerja
D Penganggur diberi latihan berkaitan dengan peningkatan produktiviti

13. Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku?


A Pekerja tamat kontrak
B Pekerja diberhentikan
C Pekerja tiada kemahiran teknologi
D Pekerja mendapat pekerjaan baharu

14. Yang manakah faktor inflasi


A Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tahunan
B Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
C Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berperingkat
D Kenaikan harga barang dan perkhidmatan mengikut jumlah permintaan

15. Yang manakah kesan deflasi


A Berlaku guna tenaga penuh
B Kuasa beli pengguna meningkat
C Wujud lambakan barang atau perkhidmatan dalam pasaran
D Permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan meningkat secara
berterusan

16. Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis SWOT


A Kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis luaran
B Kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran
C Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran
D Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis dalaman
17. Pilih pernyataan betul tentang masalah kemerosotan ekonomi.
I Pendapatan penduduk tidak mencukupi untuk membeli barang
II Peniaga akan mengeksport barang ke luar negara
III Pengeluaran barang meningkat
IV Kadar pengangguran meningkat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Yang manakah kesan perubahan dari aspek teknologi


A Kaedah pengagihan barang dan perkhidmatan menjadi lebih cekap
B Perbezaan gaya hidup membuka peluang menembusi pasaran baharu
C Pelbagai program berkaitan perniagaan diterapkan dalam sistem
pendidikan
D Sekatan dikenakan ke atas barang import untuk melindungi dan
menjaga kepentingan peniaga tempatan

19. Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana?


A Majikan bertindak tegas dengan pekerja
B Majikan terlalu memberi ruang kepada pekerja mereka
C Majikan menjaga hubungan baik dengan pekerja mereka
D Majikan menjalinkan hubungan baik dengan pekerja mereka

20 Yang manakah tanggungjawab Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


A Mendaftar perniagaan
B Mengawal penetapan harga
C Menggubal undang-undang syarikat
D Membantu mempromosikan ke luar negara

21 Apakah maksud visi perniagaan


A Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
B Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
C Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
D Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

22. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan objektif perniagaan


A Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian
B Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja
C Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
D Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi

23 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri SMART


A Boleh dilihat
B Boleh dicapai
C Boleh diterima
D Boleh dikomunikasikan

24 Pernyataan manakah yang berkaitan dengan kos tetap


A Bertambah apabila output pengeluaran bertambah
B Berkurang apabila output pengeluaran berkurang
C Tidak dipengaruhi oleh perubahan output pengeluaran
D Dipengaruhi oleh perubahan output pengeluaran
25. Antara yang berikut, yang manakah kos berubah?
I Upah pekerja kilang
II Duti atas belian bahan langsung
III Susut nilai mesin
IV Gaji penyelia kilang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Maklumat berikut berkaitan dengan kos bagi pengeluaran 30 000 unit produk X

RM
Kos tetap 360 000
Bahan langsung 150 000
Buruh langsung 120 000

Apakah titik pulang modal (unit) bagi pengeluaran produk X sekiranya harga jualan
produk itu ialah RM15 seunit.

A 36 000 unit
B 42 000 unit
C 56 000 unit
D 60 000 unit

27 Bagaimanakah sesebuah perniagaan boleh meningkatkan daya saing dalam pasaran?


A Mengawal kos pengeluaran
B Menurunkan harga produk di pasaran
C Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
D Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengurusan

28. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya perniagaan gagal mencapai matlamat dan
objektif?
A Menjimatkan kos
B Mengurangkan gaji pekerja
C Memberhentikan pekerja
D Mengurangkan pengeluaran produk

29 Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan
objektif perniagaan
I Pertumbuhan perniagaan
II Corak pengurusan perniagaan
III Etika perniagaan
IV Saiz perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

30 Apakah faktor luaran yang boleh membawa pengaruh perubahan objektif perniagaan?
A Kedudukan geografi
B Teknologi maklumat dan komunikasi
C Perundangan
D Kebudayaan
Bahagian B

1 a. Terangkan dua komponen dalam konsep asas perniagaan [4 markah]


b. Huraikan dua ciri Perkongsian Liabiliti Terhad [4 markah]
c. Nyatakan maksud berikut :
1. Francaisi
2. Sektor Ketiga [2 markah]

2. a. Empat pengangguran yang wujud dalam sesebuah negara [4 markah]


b. Lakar dan terangkan grid pengurusan [5 markah]
c. Nyatakan lima faktor luaran yang memberi ancaman kepada perniagaan [5 markah]

3. a. Terangkan lima ciri-ciri objektif perniagaan [5 markah]


b. Terangkan lima kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif [5 markah]

You might also like