You are on page 1of 3

Undang-Undang Keluarga Islam lebih adil, pragmatik

SEKIRANYA berlaku perceraian, seorang bapa mengikut Undang-Undang Sivil hanya perlu
menanggung anaknya sehingga berusia 18 tahun, berbeza dengan undang-undang Islam iaitu
selagi tidak bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri.

UNDANG-UNDANG Keluarga Islam yang digubal dan diluluskan di negeri-negeri di negara


ini merupakan undang-undang bertujuan menyatukan peruntukan mengenai perkahwinan,
nafkah, penjagaan dan perkara lain berkaitan kehidupan berkeluarga. Ia hanya terpakai bagi
semua orang Islam yang bermastautin dalam sesuatu negeri itu.

Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 pula adalah akta
berkaitan perkahwinan monogami, pengupacaraan, pendaftaran perkahwinan dan perceraian,
ia hanya terpakai kepada orang bukan Islam mengikut syarat-syarat tertentu. Perkahwinan di
bawah akta ini juga tidak boleh dilangsungkan sekiranya satu pihak beragama Islam.

Walaupun kedua-dua undang-undang ini berkisar dalam tajuk kekeluargaan atau hubungan
dalam institusi kekeluargaan namun terdapat banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Antaranya:

- Perkahwinan sivil mengiktiraf kedudukan anak tidak sah taraf dan anak angkat.

- Mereka akan menikmati faedah yang sama dengan anak kandung.

- Berbeza dengan undang-undang Islam yang mementingkan kekeluargaan iaitu hanya


mengiktiraf anak yang dilahirkan selepas enam bulan qamariah sahaja sebagai anak yang sah.

- Anak angkat tidak menikmati faedah sama seperti dinikmati anak kandung umpamanya dari
segi pewarisan harta pusaka.

- Seksyen 50 akta tersebut juga menyekat sebarang permohonan perceraian bagi orang bukan
Islam.

- Petisyen perceraian tidak boleh diserahkan kepada Mahkamah sebelum tamat tempoh dua
tahun dari tarikh perkahwinan melainkan terdapat keadaan atau kesusahan terkecuali yang
dideritai oleh pihak itu atau untuk menjaga kepentingan anak.

- Undang-Undang Islam tidak membuat sekatan seperti itu, suami atau isteri boleh
memfailkan permohonan perceraian pada bila-bila masa selepas perkahwinan.

- Seksyen 53 akta itu memerlukan pihak memohon perceraian menyatakan alasannya.


Piawaian alasan yang diterima ialah perkahwinan itu telah pecah belah dan tidak dapat
dipulihkan lagi. Mahkamah boleh menyiasat dan pemohon mesti mengemukakan bukti antara
satu daripada berikut:

 Penentang berzina dan pemohon tidak tertahan lagi untuk tinggal bersama;
 Penentang mempunyai tingkah laku tidak terjangka menyebabkan agak tidak
munasabah untuk pemohon tinggal bersama;
 Penentang meninggalkan pemohon sekurang-kurangnya dua tahun; atau
 Mereka tinggal berasingan sehingga dua tahun

- Undang-Undang Islam tidak memerlukan sebarang alasan untuk membubarkan


perkahwinan umpamanya talak.

 Jika terdapat penyalahgunaan talak, suami akan menanggung akibat lain seperti
membayar saguhati perkahwinan (mutaah).
 Ini menunjukkan keindahan dan keanjalan undang-undang Islam agar ia dapat
disesuaikan dengan suasana serta kehendak masyarakat.

- Mahkamah Sivil - tuntutan harta sepencarian, sumbangan dalam bentuk wang, harta atau
kerja perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum aset itu boleh dikategorikan sebagai aset
perkahwinan atau harta sepencarian.

 Hutang pihak-pihak dan keperluan anak juga perlu diambil kira di dalam membuat
perintah pembahagian di Mahkamah Sivil.

- Bagi wanita Islam, pembahagian sebanyak 1/3 boleh diberikan. Sekiranya isteri tidak
bekerja dan tidak menyumbang secara langsung, dia masih layak mendapat 1/3 daripada harta
sepencarian mereka.

 Pembahagian sebegini tidak berlaku di Mahkamah Sivil kerana isteri masih lagi
menanggung beban untuk membuktikan sumbangannya.

- Mahkamah Sivil - sesuatu perintah nafkah kepada isteri akan sah sehingga suami atau isteri
itu mati jika harta tidak bercagar.

 Terhenti apabila mati suami atau isteri yang untuknya perintah itu dibuat jika harta
yang ditinggalkan itu harta bercagar atau apabila suami atau isteri itu berkahwin
semula atau hidup dalam penzinaan dengan orang lain.

- Dalam Islam, hak isteri untuk mendapat nafkah adalah hanya untuk tempoh tiga kali suci
sahaja atau jika isteri tersebut mengandung sepanjang tempoh itu mengikut yang mana lebih
panjang atau jika isteri telah putus haid selama empat bulan sahaja nafkah wajib diberikan
oleh suami.

PENJAGAAN, NAFKAH ANAK

- Mahkamah Sivil - bapa hanya perlu menanggung nafkah anaknya sehingga berusia 18 tahun
sahaja. Jika anak tersebut hilang upaya maka nafkah wajib diberikan sehingga tidak lagi
berada dalam keadaan hilang upaya itu.

 Masalah akan timbul apabila anak hasil perkahwinan tersebut memasuki universiti
yang semestinya berusia melebihi 18 tahun.
 Bapa tidak lagi bertanggungjawab menanggungnya, ini akan menyebabkan kebajikan
terabai dan tidak dapat memfokuskan terhadap pelajaran.
- Situasi ini tidak berlaku bagi Undang-Undang Keluarga Islam kerana tanggungjawab bapa
memberi nafkah berlanjutan selagi anak tersebut tidak bekerja atau mempunyai
pendapatannya sendiri.

- Kebajikan anak dalam Undang-Undang Keluarga Islam lebih terjamin berbanding yang
termaktub mengikut Undang-Undang Sivil

Berdasarkan contoh-contoh yang dikemukakan, jelaslah bahawa memang terdapat perbezaan


antara peruntukan dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian)
1976 dengan Undang-Undang Keluarga Islam yang lebih anjal, pragmatik dan adil
berbanding undang-undang lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/undang-undang-keluarga-islam-


lebih-adil-pragmatik-1.391289#ixzz5PXAnwE00
© Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like