You are on page 1of 3

NIAT

‫هللا صلى‬ ِ ‫س ْو َل‬ ُ ‫س ِم ْعتُ َر‬ َ :‫ي هللاُ َع ْنهُ قَا َل‬ َ ‫ض‬ ِ ‫ب َر‬ ِ ‫َطا‬َّ ‫ع َم َر ب ِْن ْالخ‬ ُ ‫َع ْن‬
.‫ئ َما ن ََوى‬ ِ ‫ ِإنَّ َما اْأل َ ْع َما ُل بِالنِيَّا‬:ُ‫هللا عليه وسلم يَقُ ْول‬
ٍ ‫ت َو ِإنَّ َما ِل ُك ِل ْام ِر‬
‫ َو َم ْن‬،‫س ْو ِل ِه‬ ِ ‫س ْو ِل ِه فَ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى‬
ُ ‫هللا َو َر‬ ُ ‫هللا َو َر‬ِ ‫َت ِه ْج َرتُهُ ِإلَى‬ ْ ‫فَ َم ْن َكان‬
‫ص ْيبُ َها أ َ ْو ْام َرأَةٍ يَ ْن ِك ُح َها فَ ِه ْج َرتُهُ ِإلَى َما هَا َج َر ِإلَ ْي ِه‬ ِ ُ‫َت ِه ْج َرتُهُ ِل ُد ْنيَا ي‬
ْ ‫ َكان‬.
Dari Umar RA, berkata ia aku dengar Rasulullah SAW bersabda, “Hanya sanya segala Amal itu
(bergantung) kepada niatnya, seseorang hanya mendapatkan (balasan) yang diniatkan. Maka
barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah
dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya
atau kerana seorang perempuan yang ingin ia dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa
yang ia berhijrah kerananya."

(Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

ِ ‫ِإنَّ َما اْأل َ ْع َما ُل بِالنِيَّا‬


‫ت‬
(Hanya sanya segala Amal itu (bergantung) kepada niatnya)

1. Imam Syafiee dan Imam-imam yang lain berpendapat bahawa hadith ini ialah
sepertiga Islam kerana perbuatan seseorang adalah dengan hatinya, atau lidahnya
atau dengan anggotanya. Maka niat adalah salah satu daripada yang tiga tersebut
dan lagi Imam Syafiee berkata masuk ia di dalam 70 bab daripada fiqh.

2. Kata Imam Nawawi dalam Syarah Muslim:


a) Segala amal itu dikira dan dipakai apabila ada ia dengan niat.
b) Tidak dikira apabila tiada dengan niat.
Contoh: Jika kita I’tikaf (duduk di masjid) dengan niat, maka dikira ibadah dan
mendapat pahala. Sebaliknya jika duduk begitu sahaja tanpa niat I’tikaf maka tidak
memperoleh apa-apa pahala.
3. Niat itu penting untuk membezakan ibadah dan adat dan untuk tentukan ‫قصد‬
(tujuan hati) amal adakah kerana Allah atau tujuan lain.

4. Amalan yang baik mesti disertakan niat yang baik dan akan mendapat pahala
Contoh: Memakai jubah dengan niat ikut sunnah nabi maka mendapat pahala.

5. Jika niat itu tidak baik, tidak akan mendapat pahala.


Contoh: Memakai jubah kerana hendak berseronok atau untuk keselesaan maka
tidak mendapat pahala.

6. Amalan yang baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seperti riak, menunjuk-nunjuk
atau kerana sesuatu tujuan duniawi tidak akan memberi apa-apa faedah.

7. Amalan yang buruk walaupun dilakukan dengan niat yang baik tidak membawa apa-
apa faedah.
Contoh: Mencuri (amalan yang buruk) untuk memberi makan anak isteri (niat yang
baik).

8. Amal yang memerlukan niat ialah segala amal atau perbuatan syarak (perbuatan
yang disyariatkan oleh agama) yang hendak ditunaikan.
Contoh: mengambil air sembahyang dan tayamum, ‘mandi wajib’ sembahyang,
puasa, zakat, haji. Tidak sah amal jika tidak disertakan dengan niat.

9. Disisi mazhab Syafiee, tidak perlu niat bagi amal atau perbuatan yang termasuk di
dalam bab ‘at-turuk’ (bab segala yang meninggalkan):
a. Menghilangkan segala kekotoran seperti membasuh kencing, berak dan najis-
najis.
b. Meninggalkan segala yang haram seperti minum arak, mencuri, berjudi, berzina.

Namun begitu jikalau bermaksud hendak menghasilkan pahala maulah dengan niat
semata-mata hendak menjunjung perintah Allah dan tidak kerana sebab-sebab yang
lain.

10. Niat ialah ‫قصد‬ (tujuan hati) dan ‫ارادة‬ (kehendak hati). Maka dengan
tujuan hati dan kehendaknya sendiri terjadilah sesuatu amal atau pekerjaan.
Contoh:
a. Duduk dalam masjid kerana beri’tikaf dan berehat adalah sama. Mandi kerana
sesuatu kewajipan syarak dan kerana kebiasaan adalah sama jua keadaannya.
Tetapi yang dapat membezakan antara keduanya ialah niat.
b. Sembahyang, puasa dan sedekah yang wajib sama keadaan dengan
sembahyang, puasa dan sedekah yang sunat. Semuanya dinamakan ibadat.
Tetapi yang dapat membezakan antara jenis dan mertabatnya ialah niat orang
yang melakukannya.

11. Perbuatan yang di luar lingkungan ibadat, iaitu perbuatan yang menjadi tabiat hidup
manusia itu sendiri atau perbuatan-perbuatan yang harus, akan dianggap satu
kebaikan dan diberikan pahala jika diniatkan. Umpamanya makan kerana
memelihara keselamatan badan supaya dapat meneruskan bakti kepada Ilahi
sepanjang hayat akan dikira sebagai ibadat dan mendapat pahala.

Contoh-contoh yang lain ialah bekerja, menuntut ilmu, membaca Quran, sedekah,
hendak pergi sesuatu tempat, menikah, menjalankan perniagaan dan lain-lain.
Semuanya akan dikira ibadah dan mendapat pahala jika dinaiatkan kerana Allah.
ٍ ‫َو ِإنَّ َما ِل ُك ِل ْام ِر‬
‫ئ َما ن ََوى‬
(dan hanya senya bagi tiap-tiap seorang barang yang diniatnya)

12. Niat itu di hati. Maka hendaklah betulkan niatn dan ikhlaskan niat bagi Allah SWT.

13. Jikalau niatnya baik nescaya Allah SWT balas dengan baik dan jikalau niatnya tidak
baik nescaya Allah SWT balas dengan tidak baik pula.

14. Niat itusebagai umbi (asas) amal. Tanpa niaat sia-sia sahaja amal yang dibuat.

15. Barangsiapa niat membukakan bagi dirinya satu pintu kebajikan atau kebaikan
nescaya membuka Allah SWT bagi dirinya tujuh puluh pintu kepada taufiq.

16. Barangsiapa niatnya membuka bagi dirinya satu pintu kejahatan dan ketiadaan baik
nescaya membuka Allah SWT keatasnya tujuh puluh pintu kemunduran dan kesia-
siaan.

17. Pintu kebajikan itu daripada baik niat dan pintu kejahatan itu daripada jahat niat.

18. Maka jaga-jagalah niat. Hendaklah sentiasa dalam baik dan jangan berbalik dan
hendak ditukar dengan niat maksiat.

19. Barangsiapa niat akan satu kebaikan berhasilah baginya pahala. Sabda Nabi SAW
maksudnya bermula niat seseorang lebih baik dari amalnya.
Contoh: Seorang dalam keadaan sakit (hendak mati) jika niatnya itu kalau dia
sembuh dari penyakit, diahendak menunaikan fardu haji atau hendak membuat
khairat, atau hendak mengajar agama atau hendak mengembangkan hadith
Rasulullah dan lain-lain kebajikan. Maka tiba-tiba dia mati dalam niat itu sedangkan
belum dapat berbuat apa tetapi pahalanya sudah tertulis.
20. Kata ulamak, lebih besar pahala niat daripada pekerjaan anggota.

You might also like