You are on page 1of 6

LAPORAN VIDEO

EKSPERIMEN SOSIAL

HUBUNGAN ETNIK HNS 2012

SESI 2017/2018

KUMPULAN 12

TAJUK

“ARE MALAYSIAN RACIST ?”

Disediakan oleh :
Nama No. Pelajar
ADY JOHN BIN ULAH D20171078188

ANDIANA SIONA D20171078187


ALEXIOUS
CHRISNICOLE SUTER D20171078134

NORAINI BINTI AMBO D20171078215

REBECCA JOHNTY D20171078125

RONALD DECK YAMI D20171078135

SALEHUDDIN BIN D20171078184


BAHARUDDIN

NAMA PENSYARAH
DR. NUR AZAH BINTI RAZALI
OBJEKTIF

1. Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan individu terhadap


komuniti yang terdiri daripada berbilang kaum di Malaysia.
2. Tidak hidup secara berpuak-puak di negara Malaysia.
3. Menjadi warganegara yang bertolak ansur antara masyarakat tana mengira kaum.
4. Memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama,
bangsa, kepercayaan dan ideologi.
5. Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong
antara satu sama lain.

PENGHARGAAN

Pertama sekali kami ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


pensyarah kami Dr. Nur Azah binti Razali kerana telah banyak memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Beliau juga banyak memberi maklumat
dan pengetahuan yang berguna kepada kami.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana telah banyak
memberikan sokongan moral kepada kami sepanjang tempoh ini. Hal ini demikian kerana bagi
mendapatkan hasil yang baik kami perlulah menitikberatkan perihal emosi kami sepanjang
tugasan ini. Ibu bapa kami sentiasa berada di sisi kami dan memberikan dorongan kepada kami
untuk terus berusaha.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada rakan kami dan responden yang banyak
berkongsi maklumat dan pendapat yang berguna. Perkongsian anda semua amat bermakna dan
banyak meringankan beban kami dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi
kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh
ini.
PEMBAHAGIAN TUGAS

AHLI KUMPULAN TUGASAN

ADY JOHN BIN ULAH MENEMUBUAL RESPONDEN DARI


NEGERI SABAH DAN SARAWAK

ANDIANA SIONA ALEXIOUS MENEMUBUAL RESPONDEN DARI


ETNIK INDIA

CHRISNICOLE SUTER MEREKOD VIDEO

NORAINI BINTI AMBO MENEMUBUAL RESPONDEN DARI


LUAR NEGARA

REBECCA JOHNTY MENEMUBUAL RESPONDEN DARI


ETNIK CINA DAN NEGERI SABAH

RONALD DECK YAMI MENYUNTING VIDEO DAN


MEMBUAT LAPORAN

SALEHUDDIN BIN BAHARUDDIN MENEMUBUAL RESPONDEN DARI


ETNIK MELAYU.
METADOLOGI PENGUMPULAN BAHAN DAN DATA

Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan video ini adalah dengan menggunakan
kaedah temu bual dengan beberapa pelajar yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India,
Kadazan, Bajau, Iban dan juga seorang pelancong dari negara England. Temubual melibatkan
perbualan antara penyelidik dengan subjek kajian yang bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang relevan. Melalui kaedah temubual, data diperoleh daripada pemerhatian yang
diperkukuh dan diperlengkapkan. Temu bual penerangan merupakan suatu kaedah yang
melibatkan penemu bual dan responden yang boleh terdiri daripada seorang atau lebih. Temu
bual ini digunakan bagi mendapatkan maklumat, info atau fakta yang berkaitan dengan sesuatu
kajian. Temubual adalah dilakukan secara lisan (perbualan) dan jawapan direkodkan secara
rakaman video. Antara responden yang telah ditemubual adalah daripada etnik Melayu, Cina,
India, Bajau, Dusun, Iban dan seoarang pelancong dari luar negara. Kami telah memberikan
mereka soalan-soalan mengenai rasisme di Malaysia dan pendapat mereka tentang langkah-
langkah untuk membanteras racism tersebut. Kebanyakkan di antara responden mengatakan
bahawa rakyat Malaysia tidak racist tetapi terdapat juga beberapa responden yang perpendapat
bahawa rakyat Malaysia masih mempunyai sifat perkauman akan tetapi tidak semua di antara
mereka.
REFLEKSI DARIPADA VIDEO PEMBENTANGAN

Antara perkara yang dapat kami reflex daripada video yang telah kami membentangkan
adalah :

 Perpaduan di antara kalangan rakyat Malaysia adalah penting kerana itu adalah antara
sifat yang mampu mengubah kemajuan dan keharmonian dalam negara Malaysia.
 Keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia dapat dilahirkan tanpa wujud
prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konlflik anatar kaum.
 Sekiranya sikap perkauman tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia, ramai
pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya
masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam harmoni.
 Perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi negara.
 Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan
imej negara di mata dunia.
 Semasa mendapatkan responden, kami tidak jumpa masalah yang besar seperti racist
terhadap kami sekumpulan bahkan kami dapat menyiapkan tugasan video sosial
eksperimen ini dengan jayanya.
 Kami berharap agar semangat kesepaduan dan perpaduan kita dapat dirapatkan lagi.
 Kami berbangga kerana para responden sangat prihatin akan perpaduan di Malaysia.
 Berdasarkan video ini, kebanyakkan responden berpendapat bahawa rakyat Malaysia
tidak mengamalkan sikap kenegerian walaupun segelintir daripada mereka
mengatakan bahawa masih ada lagi rakyat Malaysia yang racist tetapi hanya
sebilangan kecil sahaja.
 Kami juga juga sedikit sebanyak tentang langkah-langkah untuk menghapuskan sikap
perkauman di kalangan rakyat Malaysia daripada semua responden yang terdiri
daripada pelbagai etnik.
 Akhir kata, kami semua berharap agar video pembentangan yang bertajuk “Are
Malaysian Racist?” ini dapat menarik perhatian paar pelajar mahupun masyarakat luar
terutama sekali masyarakat yang masih lagi mengamalkan sikap perkauman.
LAMPIRAN

Proses menemuramah responden Proses menemuramah responden


dari Sarawak. dari etnik Cina.

Proses menemuramah responden Proses menemuramah responden


dari luar negara. dari Sabah.

Proses menemuramah responden Proses menemuramah responden


dari etnik India. dari etnik Melayu.

You might also like