You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh


Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi
memastikan penjagaan kesihatan yang optima. Keutamaan diberi kepada murid-
murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di Negara ini pada tahun 1967 dan mulai
tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan
lawatan di buat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

2.0 Rasional

Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan


pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau
hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut:

1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi


kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian


akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi
membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem
pendidikan khas.

3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai


institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang
berkesan.

3.0 Objektif

1. Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah


tentang taraf kesihatan mereka.

2. Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan


seseorang pada jangka masa tertentu.
3. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima
untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan
sekolah.

4. Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan
merujuk kepada pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan
yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat
dan juga untuk pemulihan.

5. Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan murid-murid


sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan
yang efektif.

4.0 Kumpulan Sasaran

Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah
di Malaysia mendapat faedah langsung melalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini.
Kategori murid yang diberi pemeriksaan kesihatan di Sekolah Kebangsaan Sungai
Lang adalah seperti di bawah:

1. Pra sekolah

2. Tahun 1

3. Tahun 6

5.0 Strategi Pelaksanaan Projek;

1. guru pelatih membuat kertas kerja dan melantik ahli jawatankuasa untuk
mengendalikan program pemeriksaan kesihatan ini.
2. Perbincangan di buat semula seminggu sebelum program apabila dewan
masih dalam kerja-kerja pembaikan dan memerlukan tempat pemeriksaan
yang lain.
3. Setelah berbincang dengan guru besar, tempat untuk program dibuat pada
dua tempat iaitu di dalam dewan sekolah jika aktiviti keceriaan dewan siap
dan di bilik unit kesihatan sekolah bagi mempercepatkan perjalanan aktiviti
program pemeriksaan keatas murid-murid.
LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI
LANG, KUALA LANGAT SELANGOR

OLEH: AZREYZAN BIN BAHAMAN

Pada hari selasa yang lalu bersamaan 9 julai 2013 Guru pelatih daripada institut
pendidikan guru kampus teknik dan kampus pendidikan islam telah menganjurkan
satu program pemeriksaan kesihatan untuk murid-murid sekolah kebangsaan sungai
lang dibawah pemantauan unit kesihatan sekolah sebagai salah satu projek untuk
latihan Internship. Berikut merupakan butiran-butiran program;

Tarikh : 9 Julai 2013

Hari : Selasa

Masa : 8.00 – 10.00 Pagi

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Lang

Murid terlibat : prasekolah, murid tahun 1 dan murid tahun 6

Sebelum program ini bermula kami ahli jawatan kuasa yang


bertanggungjawab telah berbincang dan merancang seminggu awal untuk
memastikan kelancaran aktiviti program. Kami telah berbincang dengan unit
kesihatan sekolah yang diwakili oleh cikgu hakim dan guru penolong kanan
pentadbiran iaitu puan Fatimah binti ali untuk mendapatkan maklumat dan
menentukan tempat. Setelah mendapat pengesahan kertas kerja daripada guru
besar, ahli jawatankuasa program terus memulakan tugasnya. Namun terdapat
beberapa perubahan yang perlu dilakukan terhadap tentatif program dan tempat
pemeriksaan yang ingin dijalankan. Hal ini disebabkan, dewan sekolah masih dalam
kerja-kerja penambahbaikan dan tidak sesuai digunakan untuk tujuan pemeriksaan
kesihatan.

Program ini dimulakan dengan menyambut ketibaan para doktor dan


jururawat daripada hospital banting pada jam 8 pagi di sekolah kebangsaan sungai
lang. Para doktor dan jururawat dibawa terus ke bilik unit kesihatan sekolah
kebangsaan sungai lang kerana dewan masih dalam proses mengecat bahagian
dalam dewan. Kedatangan mereka disambut oleh guru-guru pelatih dan guru-guru
yang bertanggungjawab dalam program ini. Oleh kerana tidak mahu membuang
masa, tepat jam 8.30 pagi kami terus pergi memanggil kelas yang pertama iaitu
murid-murid pra sekolah. Murid pra sekolah datang ke unit kesihatan dalam keadaan
berbaris dengan diiringi oleh guru pra sekolah. Murid-murid pra sekolah akan dibuat
pemeriksaan kesihatan bermula daripada pemeriksaan mulut, kepala, badan dan
tahap kesihatan murid. Setiap murid mempunyai kad kesihatan yang akan ditanda
oleh jururawat dan doktor sebagai tanda mereka telah menjalani pemeriksaan
kesihatan di sekolah. Akhir sekali,murid pra sekolah diberi makan ubat cacing untuk
menambahkan imunisasi murid terhadap penyakit yang disebabkan oleh cacing.

Apabila kesemua murid para sekolah telah selesai. Pemeriksaan kesihatan


diteruskan dengan memanggil murid-murid tahun satu. Tahun satu usaha
merupakan kelas pertama yang dipanggil ke unit kesihatan. Seperti murid-murid pra
sekolah, murid-murid tahun satu diberi pemeriksaan badan yang menyeluruh
bermula daripada kepala hingga ke badan. Proses ini berjalan dengan lancar
sehinggalah murid tahun satu diberitahu untuk bersedia untuk menerima suntikan
BCG. Suntikan ini amat penting bagi murid jika mahu mengelakkan diri dengan
jangkitan penyakit batuk kering ataupun dengan nama saintifiknya ialah tuberculosis.
Muka murid tahun satu kelihatan mula pucat dan takut. Guru kelas memberikan
sokong motivasi dan dorongan kepada murid untuk meneruskan pemeriksaan
kesihatan. Murid-murid tahun satu secara keseluruhannya Berjaya dibuat suntikan
walaupun ada segelintir yang cuba melepaskan diri dan ada yang sakit.

Pemeriksaan dihentikan seketika pada jam 9.40 pagi kerana para doktor dan
jururawat tidak mahu mengambil masa rehat murid. Para guru menjamu selera di
bilik guru kerana ada jamuan untuk menyambut bulan puasa. Manakala rombongan
daripada hospital menjamu selera di kantin sekolah.pada jam 10.10 pagi,
pemeriksaan kesihatan diteruskan dengan tahun satu setia. Pemeriksaan juga
berjalan dengan lancar Cuma ada beberapa orang murid yang menangis kerana
tidak mahu disuntik dengan jarum. Guru pelatih dengan bantuan guru lain
menenangkan murid-murid ini agar berani untuk meneruskan pemeriksaan
kesihatan.
Akhir sekali, pemeriksaan tahun 6 pula dijalankan tepat jam 10.40 pagi
dimulai dengan murid-murid tahun 6 setia,kemudian tahun 6 usaha ,akhirnya tahun
6 jujur. Pada pemeriksaan kali ini, para doktor dan jururawat hanya menjalankan
pemeriksaan kesihatan walaupun pada awalnya ingin membuat suntikan RUBELA
kepada murid tahun 6. Doktor hanya memastikan semua murid tahun 6 mempunyai
kesan suntikan BCG dan membuat pemeriksaan kesihatan. Program ini tamat pada
jam 11.30 pagi dengan berakhirnya pemeriksaan kelas tahun 6 jujur. Guru-guru
pelatih membantu para jururawat dan doktor memunggah barang ke dalam van
hospital dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan mengiringi mereka keluar
daripada kawasan sekolah. Semua ahli jawatankuasa program mengemas barang di
bilik unit kesihatan sekolah sebelum bersurai.

Disediakan oleh Disemak oleh,

……………………………… ………………………………
(Azreyzan Bin Bahaman) (Tn. Syed Nasruddin B Syed Aziz)
Guru Pelatih, Mentor Program Internship ,
Ipg Kampus Teknik Bandar Enstek, Sk Sungai Lang,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
.
Penilaian (Analisis S.W.O.T)

Kekuatan

Kelengkapan yang terdapat dalam bilik unit kesihatan sekolah sesuai dan
lengkap untuk digunakan dalam pemeriksaan kesihatan murid.
Setiap ahli jawatankuasa bekerjasama dengan baik antara guru , kakitangan
sekolah dan unit perubatan daripada hospital banting dalam mengendalikan
program ini.

Kelemahan

Tempat yang digunakan tidak begitu sesuai untuk membuat pemeriksaan


kesihatan secara beramai-ramai kerana bilik unit kesihatan sekolah tidak
dapat menampung ramai murid pada satu-satu masa.
Semasa murid-murid yang lain menunggu giliran untuk diperiksa, mereka
terpaksa menunggu di luar bilik unit kesihatan walaupun dalam cuaca hujan.

Cadangan Penambahbaikan

Ahli jawatankuasa program perlu memastikan dewan tidak digunakan pada


masa-masa akhir dengan berbincang dan merancang dengan lebih awal
dengan pihak pentadbiran sekolah.
Ahli jawatan kuasa perlu mnyediakan satu tempat khas untuk murid-murid
yang lain menunggu giliran kerana menunggu di luar bilik kesihatan sahaja
kurang baik terutamanya ketika cuaca panas dan hujan.
Kesimpulan

Secara keseluruhannya, program pemeriksaan kesihatan ini dapat dijalankan


dengan jayanya berkat daripada usaha pihak pentadbiran, kerjasama guru-guru
kelas dan ahli jawatankuasa yang berusaha untuk memastikan program ini
mencapai matlamat. Pemikiran semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan
masalah seperti penukaran tempat pemeriksaan dan perubahan tentatif dengan
tenang dan tidak panik menunjukkan bahawa semua perkara dapat diuruskan dan
dikendalikan sepenuhnya dengan profesinal.

You might also like