You are on page 1of 8

NAMA KELAS

SK POLIS KEM , KELAPA SAWIT, KULAI JOHOR

MODUL TATABAHASA
PROGRAM SEMAIAN BAHASA ( SATU HARI SATU SUBJEK )

BAHAGIAN A : KATA GANTI NAMA

1 “____________ berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500.00 sekiranya


dapat meneka soalan kuiz ini,” kata juruhebah radio itu.
A Kalian B Anda
C Awak D Engkau

2 “Sampaikan salam ____________ kepada ibu dan bapa kamu setelah tiba di rumah,” pesan datuk
dan nenek kepada Azean.
A kami B awak
C kita D saya

3 “____________ sangat mengharapkan kerjasama daripada kalian untuk membimbing anak-anak


agar memperoleh keputusan yang cemerlang,” pesan Guru Besar kepada ibu bapa.
A Aku B Kita
C Saya D Mereka

4 Pencuri itu telah diberkas oleh pihak polis semalam. ___________ didapati telah meragut beg
tangan seorang wanita.
A. Baginda B. Beliau
C. Mereka D. Dia

5 Siti dan Leela berkawan baik sejak di bangku sekolah rendah lagi. Persahabatan ____________ bagai
isi dengan kuku.
A mereka B dia
C kami D awak

6 “____________ seorang perantau yang datang berlindung di bawah pemerintahan ____________


yang adil,” kata Awang Lela kepada Laksamana Hang Tuah.
A Patik ... tuanku B Beta ... kakanda
C Hamba ... baginda D Hamba ... tuan hamba

7 “Sebentar lagi ____________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis bersama rakyat,” titah
Sultan Muzaffar Shah kepada bendahara.
A baginda B hamba
C tuanku D beta

8 “__________ tunggu saya di stesen bas sehingga saya sampai,” kata Farahin kepada rakan-rakannya.
A Kamu B Mereka
C Anda D Kalian

9 “____________ tidak dibenarkan memasuki pusat sumber tanpa kebenaran Cikgu Lim,” kata Ahmad
kepada rakan-rakannya.
A Saudari B Kami
C Kita D Awak

10 “________________ perlu bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan itu,” kata


jurulatih itu kepada para pemainnya.
A Kalian B Anda
1
C Awak D Mereka

11 “Tolong berikan kuih ____________ kepada jiran kita,” pesan Mak Limah sambil menghulurkan
sepiring kuih lapis.
A ini B sini
C itu D sana

12 “Bilakah kamu akan ke ____________ ?” tanya emak kepada abang yang akan menyambung
pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan.
A ini B situ
C sini D sana

13 Ingatlah pesanan nenek moyang kita yang mengatakan di ___________ bumi dipijak, di
____________ langit dijunjung.
A sini ... sana B sana ... sini
C mana ... situ D situ ... sana

14 “Saya tidak bercadang untuk ke ____________ pada cuti pertengahan ini kerana hendak membuat
persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR,” kata Flora kepada Samynathan.
A apa-apa B bila-bila
C mana-mana D siapa-siapa

15 “____________ kamu ada masa, datanglah ke rumah kerana pak cik berasa sunyi tinggal seorang
diri,” kata Pak Wahab kepada Hashim.
A Apa-apa B Bila-bila
C Siapa-siapa D Mana-mana

16 “Terima kasih kerana mengampunkan kesalahan ____________ , tuanku,” kata


Panglima Mahmud dengan penuh keinsafan kepada Sultan Ahmad.
A tuanku B beta
C patik D hamba

17 “Apabila kerja rumah ____________ sudah disiapkan, saya akan mengikut ____________,” kata
Chong kepada Rahim dan John.
A aku ... engkau B saya ... kalian
C kamu ... awak D kita ... awak

18 “Wah, cantik sungguh kasut baharu ____________ ini!” kata Ratna kepada Mei Ling.
A kau B nya
C mu D ku

19 Para penyokong pasukan JDT sudah memenuhi stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir bola
sepak Piala Malaysia. ____________ memegang bendera dan sepanduk.
A Mereka B Kita
C Kami D Kalian

20 “____________ rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini, tuanku,”
sembah hulubalang kepada Sultan Alauddin.
A Beta B Patik
C Tuanku D Baginda

BAHAGIAN B : PILIH AYAT-AYAT YANG BETUL

1 I Berbagai-bagai makanan dijual di situ.


II Pelbagai-bagai makanan dijual di situ.
2
III Pelbagai makanan dijual di situ.
IV Berbagai makanan dijual di situ.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

2 I Azmir mendapat rawatan di Klinik Iskandar di Taman Pauh.


II Ibu menggoreng mi dengan memasukkan cili sos.
III Azmir mendapat rawatan di Iskandar Klinik di Taman Pauh.
IV Ibu menggoreng mi dengan memasukkan sos cili.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

3 I Dia memberikan makanan itu kepada kucingnya pada tiap pagi.


II Mereka-mereka yang bersalah telah didenda oleh pihak berkuasa.
III Mereka yang bersalah telah didenda oleh pihak berkuasa.
IV Dia memberikan makanan itu kepada kucingnya pada setiap pagi.
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

4 I Pada zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam kesukaran.


II Di zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam kesukaran
III Jasmin baru saja mendapat surat daripada Universiti Putra Malaysia.
IV Jasmin baru saja mendapat surat dari Universiti Putra Malaysia.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

5 I Mereka sekeluarga membeli-belah di Pasaraya Berkat.


II Setiap malam, Anis akan mengulangkaji pelajaran.
III Setiap malam, Anis akan mengulang kaji pelajaran.
IV Mereka sekeluarga membeli-belah di Pasar Raya Berkat.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

6 I Gadis kampung itu sungguh ayu.


II Gadis kampung itu sungguh tampan.
III Gadis kampung itu sungguh kacak.
IV Gadis kampung itu sungguh jelita.
A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV

7 I Balqis memperoleh markah yang tertinggi sekali dalam pelajaran Sains.


II Balqis memperoleh markah yang paling tinggi sekali dalam pelajaran Sains.
III Balqis memperoleh markah yang tertinggi dalam pelajaran Sains.
IV Balqis memperoleh markah yang paling tinggi dalam pelajaran Sains.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

8 I Kevin akan disingkirkan daripada pasukan sekiranya dia memonteng latihan.


II Kevin akan disingkirkan daripada pasukan jika dia memonteng latihan.
III Kevin akan disingkirkan daripada pasukan jika sekiranya dia memonteng latihan.
IV Kevin akan disingkirkan daripada pasukan kalau sekiranya dia memonteng latihan.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

9 I Zaim tidak hadir ke sekolah oleh sebab dia demam.


II Zaim tidak hadir ke sekolah oleh kerana dia demam.
III Zaim tidak hadir ke sekolah sebab dia demam.
IV Zaim tidak hadir ke sekolah kerana dia demam.
A I dan II B I dan III C I dan IV D III dan IV

10 I Lori tanah yang menggunakan jalan taman amat merbahaya kepada penduduk.
II Lori tanah yang menggunakan jalan taman membahayakan penduduk.
III Lori tanah yang menggunakan jalan taman amat berbahaya kepada penduduk.
IV Lori tanah yang menggunakan jalan taman amat membahayakan kepada penduduk.
3
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

11 I Budak kecil itu menangis tersipu-sipu kerana duit belanjanya hilang.


II Ibu bapa diundang untuk menyertai pertandingan masakan itu.
III Rubiah tersengguk-sengguk di dalam kelas kerana mengantuk.
IV Berbagai cerita menarik dapat ditonton melalui siaran televisyen itu.
A I dan III B II dan III C II dan IV D III dan IV

12 I Di hari ini, jualan nasi ayam Mak Jah tidak laris.


II Anis membuka matanya bila hari telah siang.
III Tipah menuntun wanita yang tua itu melintas jalan yang sibuk.
IV Banyak pelancong asing gemar melancong ke sini.
A I dan III B II dan III C II dan IV D III dan IV

13 I Keluarga Encik Saiful akan bercuti di Pulau Pinang selama seminggu.


II Harga diri seseorang itu amat penting di masa sekarang.
III Setakat ini, tiada mangsa tanah runtuh yang ditemukan.
IV Pegawai Pelajaran Daerah itu telah berceramah ke guru-guru.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

14 I Mereka telah menyiapkan tugasan itu semalam.


II Kerja-kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana hujan turun dengan lebatnya.
III Jus kurma itu telah dipasarkan ke Eropah pada minggu depan.
IV Terdapat beberapa golongan tikar di atas rumah nenek.
A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

15 I Semua ahli-ahli persatuan pengakap dikehendaki hadir


ke mesyuarat agung.
II Kebanyakan guru-guru di sekolah itu berkelulusan ijazah.
III Ayah memberikan sepenuh kepercayaan kepada abang.
IV Suka dan duka sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita.
A I dan III B II dan III C II dan IV D III dan IV

16 I Safi dapat menendang dengan kuat bola itu.


II Hazim membuat kerja itu secara sambalewa sahaja.
III Sudah empat tahun Encik Ali bekerja sebagai pengurus di estet mini itu.
IV Cikgu Hani telah menyiapkan jadual bertugas untuk kelasnya.
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

17 I Pelbagai kuih-muih dijual di gerai itu.


II Lori balak itu terpaksa bergerak perlahan kerana sarat dengan muatan.
III Cahaya lampu yang berkilau-kilau itu menyakitkan mata saya.
IV Petani itu sedang merumput di ladang.
A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

18 I Ayah telah ambil keputusan hendak melancong ke Langkawi.


II Dari masa ke semasa dia mengulang kaji pelajarannya.
III Dia menghadiahkan sepasang kasut kepada adiknya.
IV Budak yang tidak berbaju itu sedang bermain di bawah pokok.
A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III, dan IV
19 I Mereka lebih gemar membawa bekalan makanan sendiri.
II Rumahnya terletak di antara sebatang sungai dengan sawah padi.
III Kebanyakan penonton-penonton bola sepak itu terdiri daripada orang lelaki.
IV Dia rela berkorban demi untuk negara.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

4
20 I Di dalam kelas saya, dialah yang terpandai.
II Ayah membaca akhbar manakala emak sedang menidurkan adik.
III Para pekerja-pekerja itu sedang menggali parit itu.
IV Kakak membeli goreng pisang di Gerai Mak Limah.
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

BAHAGIAN C : KATA KERJA

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

1. Ming Yi __________ warna pada kertas lukisannya.


A. mencakar B. mencelup C. mencalit D. menggarisi

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
2. Kamil _____________ melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang memanggilnya.
A. mengintai B. meninjau C. menjenguk D. mendongak

3. Keindahan sawah yang luas terbentang itu __________ sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ.
A. memukau B. menghijau C. merisaukan D. membosankan

4. Ayah ____________ bahu adik sambil memujinya.


A. menumbuk-numbuk B. mengetuk-ngetuk C. memijak-mijak D. menepuk-nepuk

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
5. Cikgu Yuhana berjalan ke bilik guru sambil ___________ buku.
A. membimbit B. memegang C. mengelek D. menjinjing

6. Cikgu Asmah _______________ senyuman yang manis kepada Laily Lee.


A. menyampaikan B. menunjukkan C. menghulurkan D. mengukirkan

7. Mak Minah _______ kuih pau di dalam sebuah periuk.


5
A. menanak B.merebus C. mengukus D. menggoreng

8. Ibu ayam sedang ____________ telur di dalam reban ayam.


A. melulur B.mengeram C. menternak D. menduduki

9. Bagi memudahkannya memanjat pokok kelapa itu, Amri __________batangnya dengan parang.
A menakik B mengerat C menghiris D menggaris

10. Kerajaan sentiasa berusaha untuk __________kemiskinan tegar dalam kalangan


rakyatnya.
A menghalang B membuang C membasmi D membaiki

11. Bangunan yang __________langit itulah yang menjadi kebanggaan Malaysia.


A mencengkam B menyentuh C memegang D mencapai

12. Kerja-kerja...........................padi daripada tangkainya dilakukan dengan mesin.


A menanggalkan B memencilkan C meleraikan D menjauhkan

13. Strategi.................budaya lepak dalam kalangan remaja akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.
A menahan B menangani C melupuskan D memberhentikan

14. Si Tompok ...............................daun pintu kerana hendak keluar.


A mengais B mengorek C mencakar D mengambus

15. “Daging ini hendaklah...............................sehingga lumat, “ kata ibu kepada Suzana.


A ditetak B dihiris C dikerat D dicencang

16. Pasukan kami akan mengikuti ekspedisi...................................hutan belantara.


A meredah B memintas C merempuh D meneroka

17. Posmen itu ..................................sepucuk surat kepada Hazlina.


A menyerahkan B meletakkan C melepaskan D mengeluarkan

18. Dia berjalan dengan hati-hati di atas batas supaya tidak..........................ke dalam sawah.
A terjerumus B tertolak C terjerut D terjunam

Soalan 19 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
19. Kapal terbang yang mengalami kerosakan kecil itu berjaya ___________________ dengan
selamatnya.
A. berlabuh B. belayar C. berlepas D. mendarat

20. Orang asli mahir _______________ kayu bagi menghasilkan patung.


A. mengerat B. mengukir C. menebuk D. menakik
BAHAGIAN D : IMBUHAN PINJAMAN

Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai

1. ___________itu telah menyatakan persetujuannya untuk membiayai kos pembinaan masjid


di kampung kami.
A. Budiman B. Hartawan C. Sukarelawan D. Angkasawan

6
2. Antara punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka tidak menguasai
__________dengan baik.
A. tatasusila B. tatakerja C. tatabahasa D. tataetika

3. Marina yang ___________itu bekerja sebagai pramugari di Air Asia.


A. jutawan B. jelitawan C. mahasiswi D. budayawan

4. Tindakan __________boleh dikenakan kepada pegawai yang tidak bertanggungjawab.


A. tatabahasa B. tatasusila C. tatacara D. tatatertib

5. Pelancong haruslah mematuhi ____________berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.


A. tatacara B. tataetika C. tatatertib D. tatasusila

6. Manusia zaman ___________ mempunyai taraf hidup yang rendah.


A. prakata B. prasejarah C. poliklinik D. Politeknik

7. Abang berjaya melanjutkan pelajarannya ke _____________.


A. prasekolah B. Prasejarah C. poliklinik D. politeknik

8. Lukisan itu dikurniakan oleh _____________China kepada Sultan Mansor Shah.


A. Maharani B. Mahaguru C. Maharaja D. Mahasiswa

9. Jasa __________yang memperjuangkan kemerdekaan negara wajar dihargai.


A. negarawan B. ilmuwan C. cendekiawan D. olahragawan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. ____________itu berada di tempat kejadian untuk melaporkan berita terkini tentang peristiwa tanah
runtuh.
A. Peragawati B. Budayawan C. Sejarawan
D. Wartawan

11. Beberapa orang ________________hadir untuk membentangkan


kertas kerja dalam forum bahasa itu..
A. jutawan B. peragawan C. cendekiawan
D. hartawan

12. Lakonan ____________yang hebat itu telah membolehkan beliau memenangi anugerah pelakon wanita
terbaik.
A. seniwati B. jelitawan C. peragawati D. olahragawati

13. Pendidikan _______________amat penting kepada kanak-kanak sebelum mereka memasuki sekolah
rendah.
A. prakata B. prabayar C. Prasekolah D. prasejarah

14. ______________dari Ukraine itu berasa kecewa atas kegagalan mempertahankan pingat emas yang
dimenanginya dalam acara lompat bergalah empat tahun lalu.
A. Cendekiawan B. Hartawan C. Budayawan D. Olahragawan

15. Saya dan adik berasa gembira kerana dapat menghadiri _____________filem “Aku Bahagia” semalam.
A. prauniversiti B. pratonton C. prasyarat D. prasekolah
7
16. Walaupun berasal daripada keturunan _____________ tetapi Tengku Majid tidak sombong.
A. beliawan B. usahawan C. bangsawan D. cendekiawan

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Encik Rashid ____________. Beliau sering menghulurkan wang kepada anak-anak yatim.
A. wartawan B. dermawan C. sasterawan D. cendekiawan

18. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dipilih sebagai ___________pertama negara dan berjaya membuat
penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
A. angkasawan B. sukarelawan C. hartawan D. jutawan

19. A. Samad Said ialah __________ negara yang aktif dalam penulisan novel.
A. budayawan B. negarawan C. sasterawan D. angkasawan

20. ________________itu berjalan sambil menggayakan fesyen pakaian terkini.


A. Peragawati B. Seniwati C. Budayawan D. Sasterawan

BAHAGIAN E – KATA PENGUAT (Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah)

1. Anjing itu sangat garang. ( )


2. Soalan inilah yang paling sukar sekali. ( )
3. Antara kami, dialah yang paling tinggi. ( )
4. Anis amat kuat menjerit apabila mendengar berita itu. ( )
5. Murid baru itu amat pandai melukis. ( )
6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. ( )
7. Ubat itu sangat pahit betul. ( )
8. Wajah Rozita masam amat apabila disindir oleh kakaknya. ( )
9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia nian besar daripada ibunya. ( )
10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. ( )
11. Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. ( )
12. Pisau itu perlu diasah kerana terlalu tumpul. ( )
13. Saya kuat amat berlari dari sini ke kedai itu. ( )
14. Saya gemar amat lagu-lagu Melayu asli. ( )
15. Asmah mendapat markah yang teramat baik. ( )

You might also like