You are on page 1of 6

MAKLUMAT SSeM

PENGAMBILAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA /


PROGRAM PENDIDIKAN SENI AMBILAN 2019

LATAR BELAKANG SEKOLAH SENI MALAYSIA

 Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan telah


mengumumkan rancangan penubuhan dua buah Sekolah Menengah Seni di
bawah Rancangan Malaysia ke 9.
 Penubuhan Sekolah Seni
 memberi ruang dan peluang pendidikan kesenian kepada murid-murid
yang menunjukkan bakat yang cemerlang dalam bidang seni di seluruh
negara
 untuk menggilap potensi bakat seni murid secara terancang
 melonjakkan potensi bakat seni murid ke tahap yang lebih tinggi
 menyediakan peluang untuk mereka terus maju dalam bidang
akademik

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 Usaha untuk meningkatkan pendidikan kesenian dengan melahirkan murid


yang berkemahiran dan berbakat tinggi dalam bidang kesenian.

DASAR PENUBUHAN SEKOLAH SENI MALAYSIA

 Sekolah Seni Malaysia dapat melahirkan seniman yang berilmu dan ilmuwan
yang berseni sebagai pewaris budaya bangsa

VISI

 Sekolah Seni Penjana Pewaris Budaya Bangsa

MISI

 Membangun dan Menggilap Potensi dan Bakat Murid Dalam Bidang Kesenian
Ke Tahap Optimum Melalui Pendidikan Berkualiti

OBJEKTIF
i. Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian;
ii. Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian;
iii. Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti
di peringkat antarabangsa;
iv. Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi;
v. Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa
Terdapat Tiga (3) Buah Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dan dua (2)
Program Pendidikan Seni (PPS) iaitu;

i. Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeM)


ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeM)
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeM)
iv. SMK Muhibbah, Perak (PPS)
v. SMK Elopura, Sabah (PPS)

Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:


i. Muzik;
ii. Tari;
iii. Teater;
iv. Seni Visual

Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:


i. Pendidikan Kesenian – seni muzik;
ii. Pendidikan Kesenian – seni tari;
iii. Pendidikan Kesenian – seni teater;
iv. Pendidikan Kesenian – seni visual;
v. Bahasa Melayu;
vi. Bahasa Inggeris;
vii. Matematik;
viii. Sains;
ix. Sejarah;
x. Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan;
xi. Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.

Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:

Teras:
i. Bahasa Melayu;
ii. Bahasa Inggeris;
iii. Sejarah;
iv. Matematik Moden;
v. Sains;
vi. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral;

Elektif Kesenian:
i. Muzik;
ii. Tari;
iii. Teater;
iv. Seni Halus;
v. Komunikasi Visual;
vi. Reka Bentuk.

Elektif Kemanusiaan:
i. Prinsip Akaun;
ii. Perdagangan;
iii. Kesusasteraan Melayu
PERMOHONAN KE SSeM/PPS SECARA ATAS TALIAN MELALUI WEB KPM;

www.moe.gov.my atau www.essem.moe.gov.my

 Sistem online pengambilan murid ke SSeM bagi 2018:


Buka : 16 April 2018
Tutup : 30 September 2018

 Sasaran: murid-murid Tahun 6 (2018)


 Kaedah promosi pengambilan murid:
- Surat hebahan kepada JPN/PPD/Sekolah-Sekolah Rendah
- Hebahan melalui portal KPM / JPN
- Facebook BKK / JPN/ PPD/Sekolah-Sekolah Rendah
- Hebahan melalui media penyiaran seperti RTM, TV3, Astro dan siaran radio
tempatan.
- Hari Bertemu Pelanggan KPM
- Sesi taklimat kepada PPD dan sekolah-sekolah rendah dan sebagainya.

Jumlah keseluruhan permohonan sehingga 6 Ogos 2018 adalah sebanyak 1,424


permohonan. Berikut adalah perincian jumlah permohoanan ke SSeM/PPS mengikut
Negeri dan bidang;

Bidang
Negeri Jumlah
Visual Teater Tari Muzik
Johor 199 74 22 40 63
Kedah 45 27 6 5 7
Kelantan 19 11 3 2 3
Melaka 51 18 10 7 16
Negeri Sembilan 57 17 8 7 25
Pahang 40 15 3 9 13
Perak 94 30 17 14 33
Perlis 2 0 0 0 2
Pulau Pinang 30 9 3 10 8
Sabah 288 88 64 60 76
Sarawak 155 25 17 73 40
Selangor 297 135 29 55 78
Terengganu 13 5 1 4 3
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 105 33 18 24 30
Wilayah Persekutuan Putrajaya 29 6 6 6 11
Jumlah 1424 493 207 316 408
Syarat kemasukan ke SSeM adalah seperti berikut;
 Warganegara Malaysia
 Murid-murid Tahun 6 yang berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian
(Seni Visual, Tari, Teater, Muzik)
 Mendapat keputusan minima 3B atau setara dalam UPSR serta lulus semua
mata pelajaran.
 Sihat tubuh badan
 Mencapai tahap yang ditetapkan dalam ‘Sesi Serlahan Seni’
(Sesi Serlahan Seni adalah sesi ujibakat murid dalam bidang kesenian. Mereka
akan diujibakat mengikut bidang yang dimohon).
 Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang
seni yang ditetapkan.
 Calon yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan
yang ditetapkan.

Enrolmen pengambilan murid ke Tingkatan Satu SSeM ambilan 2019 bagi pengisian
kelima-lima buah sekolah seni adalah seramai 330 orang, berdasarkan pecahan
seperti berikut; iaitu
i. SSeM Johor : 40(L), 40(P) = 80
ii. SSeM Sarawak : 40(L), 40(P) = 80
iii. SSeM K. Lumpur : 30(L), 30(P) = 60
iv. SMK Muhibbah, Perak : 30(L), 30(P) = 60
v. SMK Elopura, Sabah : 25(L), 25(P) = 50

Berikut adalah pecahan pengambilan murid ke SSeM mengikut bidang bagi setiap
sekolah bagi sesi persekolahan 2019;

BIDANG
SEKOLAH
MUZIK TARI TEATER VISUAL JUMLAH
SSeM Johor 20 20 20 20 80
SSeM Sarawak 20 20 20 20 80
SSeM K.Lumpur 16 14 14 16 60
SMK Muhibbah 16 14 14 16 60
SMK Elopura 14 12 12 12 50
JUMLAH 84 82 81 83 330

Sesi Serlahan Seni (SSS) atau ujibakat akan dijalankan bermula pada 10 Oktober
hingga 5 November 2018 di seluruh negara. Sesi ini akan diuruskan oleh Pegawai
Penyelaras yang telah dilantik oleh BKK yang terdiri daripada pegawai kesenian di
setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Keputusan rasmi permohonan murid ke SSeM akan dikeluarkan pada 15 Disember
2018. Ibu bapa akan dihubungi melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS melalui
talian 15888) dan hebahan melalui saluran TV (crawler). Bagi calon yang berjaya,
mereka dikehendaki mencetak Surat Tawaran dan borang-borang / dokumen yang
berkaitan melalui online.
*Calon yang gagal ke SSeM/PPS boleh membuat rayuan dalam tempoh 2 minggu
selepas keputusan dikeluarkan.
PELUANG PENDIDIKAN MURID SEKOLAH SENI MALAYSIA DI UNIVERSITI
AWAM ATAU SWASTA
Murid Sekolah Seni Malaysia Berpeluang Melanjutkan Pelajaran Di Universiti Awam
Atau Swasta Seperti Berikut :-
 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
 Universiti Malaya (UM)
 Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
 Universiti Sains Malaysia (USM)
 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
 ASWARA; dan
 Semua Universiti Awam/ institusi Pendidikan berkaitan bidang kesenian di
Malaysia mahupun luar Negara.

KEJAYAAN KESENIAN DI PERINGKAT ANTARA BANGSA ;


1. International Folklore Competition ‘International Talent 2016’, Costa Brava,
Sepanyol pada 27 Oktober - 3 November 2016. Sekolah Seni Malaysia
Sarawak mendapat tempat ke-2 daripada 40 pasukan yang bertanding.

2. The 17th International High School Art Festival 2016 International Foundation
for Art and Culture – Japan pada 30 Jun hingga 4 Julai 2016
Seorang murid dari SSeM Johor terpilih mewakili Malaysia.

3. Kolaborasi Kesenian Antarabangsa Malaysia Indonesia – Jogjakarta pada


26.11.2016 – 1.12.2016. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur telah mendapat
kejayaan seperti berikut;
i. Tempat ke-2 & 3 dalam seni Muzik;
ii. Johan & Tempat ke-3 dalam seni tari
iii. Naib Juara dalam bidang seni visual dan;
iv. Juara kategori Cerita Terbaik dalam seni teater

4. International Children’s Painting Competition, Tianjin, China pada 31 Mac


2017. Sekolah Seni Malaysia Johor telah mendapat kejayaan seperti berikut:
i. 1 orang mendapat Special Award
ii. 4 orang mendapat Bronze Award
iii. 2 orang mendapat Silver Award
iv. 1 orang mendapat Platinum Award

5. 7th International Folklore Festival (Interfolk) St Petersburg, Russia pada 14-


19 November 2017. SSeM Johor telah mendapay kejayaan berikut;
i. Anugerah Cemerlang
ii. Pingat Emas (kategori campuran muzik dan tari)
iii. Pingat Perak (kategori muzik, tari dan duet)
KAJIAN JEJAK MURID SSeM

Unit Pengurusan Sekolah Seni, BKK telah melaksanakan kajian jejak murid lepasan
SSeM melibatkan 376 responden. Daripada jumlah tersebut seramai 332 responden
(88.3%) berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dalam dan luar negara, sementara 44
orang (11.7%) telah bekerja di pelbagai sektor. Berdasarkan skala pemeringkatan
kemasukan pelajar ke IPT (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2014) peratusan
tersebut berada pada tahap Hampir Keseluruhan (80-89%) dan menepati piawai
kemasukan.

Sebanyak 82.8% telah diterima oleh universiti tempatan mengikuti kursus-kursus


yang bersesuaian dengan bidang yang mereka pelajari di SSeM. Faktor utama yang
mendorong mereka melanjutkan pelajaran ialah minat, didikan, asuhan dan
pemupukan sikap positif yang diterapkan sepanjang mereka belajar di SSeM. Teras
kepada semua kejayaan ini dibuktikan oleh faktor kurikulum, tenaga pengajar dan
kemudahan prasarana yang bersesuaian dengan peranannya sebagai penjana
pewaris budaya bangsa. Justeru itu, penubuhan SSeM adalah menepati dengan
Anjakan 3 PPPM (2013-2025) melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan
nilai.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like