You are on page 1of 8

1. Siapakah pengarang novel 6.20 ?

A. Siti Aminah Mohd Yusoff


B. Siti Jasmina Ibrahim
C. Siti Zainon Ismail
D. Siti Nurhaliza Taharuddin

2. 6.20 pada Bab 1 novel 6.20 merujuk kepada masa …


A. 6.20 pagi Isnin
B. 6.20 petang Isnin
C. 6.20 pagi Selasa
D. 6.20 petang Selasa
3. Rumah Nur Sukma didatangi tetamu-tetamu berikut pada 6.20
pagi KECUALI
A. Seorang wanita tua
B. Seorang lelaki kurus cengkung
C. Dua ekor anak kucing
D. Seorang pengemis
4. Mengapakah ibu Nur Sukma TIDAK membenarkannya membuka
pintu pada awal pagi ?
A. Bimbang kedatangan tetamu berniat jahat
B. Tidak suka tetamu berjumpa suaminya
C. Mengganggu tidurnya
D. Bersikap sombong
5. Pemandu kepada ayah Nur Sukma ialah ….
A. Haji Rashid
B. Haji Ramli
C. Haji Syaqir
D. Haji Alias
6. Apakah prinsip yang perlu dijelaskan oleh Nur Sukma dalam
kuliah Profesor Darul ?
A. Prinsip Kesatuan
B. Prinsip Keadilan
C. Prinsip Kesamaan
D. Prinsip Kesederhanaan

7. “Ikut malam ni,ya ? Teman ayah sebab ibu kamu ada hal
lain,”katanya.
Teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam
contoh di atas ialah
A. Monolog
B. Monolog dalaman
C. Dialog
D. Flashback

8. Antara judul buku yang disebut dalam novel 6.20 termasuk..


A. The Road to Mecca
B. Tamadun Barat
C. Interlok
D. Seorang Pencari Kebenaran
9. Rafiq ialah anak kacukan…
A. Melayu-Turki
B. Melayu-Siam
C. Melayu-Pakistan
D. Melayu-Arab

10.Mengapakah keluarga Ehsan memerlukan wang yang banyak ?


A. Untuk menghantarnya belajar di luar negara
B. Untuk pembedahan jantungnya
C. Untuk membina rumah baru
D. Untuk membayar hutang
11.Berikut ialah nama teman-teman sekuliah Nur Sukma KECUALI
A. Teja
B. Jerry
C. Alvin
D. Justin
12. Nyatakan gaya bahasa dalam ayat berikut:
“Dia hairan melihatkan kami dua beranak duduk berhadapan
kaku seperti patung cendana”
A. Metafora
B. Anafora
C. Simile
D. Personifikasi
13. Siapakah ketua kumpulan tarian “Waris Cinta” ?
A. Erman
B. Su Ani
C. Su Rawi
D. Reny
14. Mengapakah anak kecil bernama Aim datang ke rumah Nur
Sukma pada 6.20 pagi ?
A. dia lapar
B. dia kemalangan
C. dia ditinggalkan ibunya
D. dia hendak ke tandas
15. Perkataan “TERORIS” dalam novel 6.20 bermaksud …
A. puak pemisah
B. pengganas
C. pemberontak
D. pejuang hak asasi
16. Perkataan “TERORIS” berasal daripada bahasa apa ?
A. Perancis
B. Inggeris
C. Jerman
D. Amerika
17. “Saya bukan nak lari tapi sekarang kita tak boleh
berjumpa” Apakah gaya bahasa perkataan “nak,tapi dan tak”
dalam contoh di atas ?
A. Sinkof
B. Simile
C. Repitisi
D. Asonansi
18. Hanya suara radio yang mengisi suasana. Apakah gaya
bahasa yang digunakan ?
A. Imejan
B. Simile
C. Metafora
D. Personifikasi
19. Antara berikut keadaan Jerry sewaktu Nur Sukma dan
Rafiq bertemunya di dalam bas awam KECUALI
A. Dia memakai seluar dan baju kulit hitam
B. Kukunya diwarnakan hitam
C. Dia memakai celak yang agak tebal
D. Rambutnya tidak terurus
20. Apakah buah yang diberikan kepada Sukma oleh nenek tua
pada pagi 6.20 Sabtu ?
A. Sebiji manggis
B. Sebiji rambutan
C. Sebiji epal
D. Sebiji limau
21. Kelab WX2 ialah sebuah ……..
A. Kelab hiburan biasa
B. Kelab dangdut
C. Galeri seni
D. Kelab muzik rock metal
22. Apakah yang berlaku kepada ibu Nur Sukma pada akhir
cerita ?
A. terkena tembakan
B. terbunuh dalam kemalangan
C. ditangkap oleh teroris
D. diculik oleh orang gila

1. Apakah maksud pantun di bawah ?


Buah salak di dalam kantung
Kulitnya keras isinya kelat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
A. Manusia akan bersatu padu apabila muafakat
B. Sikap bergotong-royong perlu diamalkan
C. Negara akan aman sejahtera jika ada muafakat
D. Persefahaman akan berkekalan dalam masyarakat
2. Antara berikut yang manakah BUKAN ciri pantun 4 kerat ?
A. Mempunyai sampiran dan maksud
B. Rima akhir a,b,a,b
C. Mempunyai jeda di tengah baris
D. Bilangan perkataan antara 1 hingga 6
3. Apakah tema Pantun Bersatu Hati ?
A. Nasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup
B. Nasihat untuk belajar
C. Nasihat untuk menjadi sihat
D. Nasihat untuk menjadi kaya
4. “Hidup muafakat,hidup bahagia”
Apakah gaya bahasa bagi pengulangan kata “hidup” dalam
baris di atas?
A. Repitisi
B. Anafora
C. Epifora
D. Diksi
5. Antara berikut , nilai manakah TIDAK terkandung dalam
Pantun Berkait (Bekerja)?
A. Kerajinan
B. Kegigihan
C. Kesyukuran
D. Mengenang jasa
6. Siapakah nama penulis sajak “Fragmen Sebuah Kehidupan” ?
A. Shamsuddin Sumatrani
B. Shamsul Othman
C. Shamsuddin Pasai
D. Shamsudin Othman
7. Berikan tema sajak “Seorang Insan Istimewa”.
A. Dugaan yang perlu dilalui oleh OKU
B. Pengabaian golongan OKU
C. Harapan golongan OKU
D. Bantuan kepada golongan OKU
8. Dalam sajak “Rumput” yang manakah antara berikut BUKAN
imej alam ?
A. Padang
B. Embun pagi
C. Asap lori
D. Angin kering
9. Namakan watak raja perempuan dalam teks klasik “Hikayat
Seri Kelantan”.
A. Encik Siti Wan Kembang
B. Puteri Saadong
C. Galuh Cendera Kirana
D. Puteri Lindungan Bulan
10. Apakah gaya bahasa dalam penggunaan kata
“berangkat”,”bersemayam” dan “murka” dalam Hikayat
Patani ?
A. Istana
B. Arkaik
C. Klasik
D. Baku
11. Siapakah ayahanda Maharaja Marakarma dalam teks klasik
“Hikayat Marakarma” ?
A. Maharaja Indera Dewa
B. Maharaja Indera Angkasa
C. Maharaja Indera Kayangan
D. Raja Bujangga Indera
12. Apakah barang yang diterima oleh bonda daripada anak
lelakinya yang menuntut di Jordan ?
A. Seutas gelang emas
B. Seutas jam tangan
C. Sepucuk surat
D. Sehelai kain sutera
13. Antara nama watak berikut, yang manakah TIDAK terdapat
dalam cerpen “Budi Semangkuk Daging” ?
A. Puan Ainun
B. Puan Cheng
C. Cik Punita
D. Cik Anita
14. Dalam drama “Sebuah Perjuangan” di manakah
pertempuran berlaku ?
A. Di kawasan sungai
B. Di kawasan Sungai Padas
C. Di kawasan kubu Kota Manggelela
D. Di tepi bukit
15. Siapakah nama watak utama dalam drama “Cabaran” ?
A. Mariah
B. Hani
C. Zainal
D. Yahya
16. Gambaran masyarakat yang TIDAK terdapat dalam drama
“Cabaran” ialah
A. Masyarakat yang berpandangan jauh
B. Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama
C. Masyarakat yang suka membazir masa
D. Masyarakat yang suka berkhayal
17. Berdasarkan drama “Sebuah Perjuangan” watak Jahul
ialah…
A. Sahabat Inggeris
B. Sahabat Pangeran
C. Tali barut Inggeris
D. Tali barut Pangeran
18. Antara berikut, yang manakah BUKAN pengajaran dalam
drama “sebuah Perjuangan’ ?
A. Kita hendaklah setia kepada ketua
B. Kita perlulah bersatu hati menentang penjajah
C. Kita hendaklah memiliki semangat patriotik
D. Kita hendaklah menjelaskan hutang

You might also like