You are on page 1of 11

SPSK PK 07/1

SMJK YU HUA TEL: 03-87367514


JLN LOW TI KOK FAX: 03-87368670
43000 KAJANG Email: yuhua@streamyx.com
SELANGOR DARUL EHSAN Website: http://www.yuhua.edu.my

Semua Guru Matematik Tambahan Ting 4 dan Ting 5 Tarikh: 14 April 2017

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN 02/2017

Perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 20/4/2017 (Khamis)
Masa : 1.30pm
Tempat : Bilik Guru Sesi Pagi
Pengerusi : Cik Lai Huey Hung
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Perkara baharu
3.4.1 Post Mortem SPM
3.4.2 Laporan Mesyuarat Panitia Matematik Tambahan DHL
3.4.3 Post Mortem Ujian Bulanan
3.4.4 Laporan Pencerapan Guru
3.4.5 Program Peningkatan Prestasi
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.


Sekian

Saya yang menurut perintah,

_____________________________
Cik Lai Huey Hung
Ketua Panitia Matematik Tambahan
SPSK PK 07/2

SMJK YU HUA TEL: 03-87367514


JLN LOW TI KOK FAX: 03-87368670
43000 KAJANG Email: yuhua@streamyx.com
SELANGOR DARUL EHSAN Website: http://www.yuhua.edu.my

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT

Mesyuarat : Jawatankuasa Keselamatan kali KEDUA/2016


Tarikh : 17/8/16
Masa : 1.10PM
Tempat : Bilik mesyuarat perpustakan SMJK Yu Hua Kajang
Pengerusi : Cik Lai Huey Hung
Bil Nama Tandatangan
1.
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
Disediakan oleh:
…………………………………………..
(Pn Sang Fay Lee)
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan
SPSK PK 07/4
SMJK YU HUA TEL: 03-87367514
JLN LOW TI KOK FAX: 03-87368670
43000 KAJANG Email: yuhua@streamyx.com
SELANGOR DARUL EHSAN Website: http://www.yuhua.edu.my

Rekod Edaran

Nama Dokumen: Perancangan Program Keselamatan Sekolah

Tarikh edaran dibuat: 17/8/16

Bil Nama Tandatangan


1 Pn Low Lai Khun
2 Dr Cheong Yuen keong
3. Pn Oh Chun Chin
3 En Mohd Kamaruzaman Mat Husin
4 Pn Kong Bee Theng
5 Pn Ng Soo Ha
6 Pn Noor Aizan Abu Bakar
7 Pn Sang Fay Lee
8 En Pradeep Kumar
9 Pn Wong Mooi Peng
10 Pn Chuah Mooi Kim
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25

JAWATANKUASA KESELAMATAN 2016

Pengerusi : Pn Low Lai Khun


Naib Pengerusi I : Dr Cheong Yuen Keong
Naib pengerusi II : Pn Ean Yong Moon
Naib Pengerusi III : En Nagayaya Muniandy
Naib Pengerusi IV : Pn Dayang Setiah bt Mohd
Naib Pengerusi V : Pn Chuah Chun Boey
Penyelaras : En Pradeep Kumar
Setiausaha : Pn Sang Fay Lee
Penolong setiausaha : Pn Wong Mooi Peng
AJK
Disiplin : Pn Ooi Siew Kuan, Pn Oh Chun Chin dan semua guru displin
Kaunselor : Pn Chuah Mooi Kim dan semua guru kaunselor
Kadet Polis : En Mohd Kamaruzaman dan semua guru penasihat
Kadet Bomba : Pn Noor Aizan A Bakar dan semua guru penasihat
Kelab Cegah Jenayah: Pn Kong Bee Theng dan semua guru penasihat
PIBG : En Lim Soon Huat
Guru Bertugas Harian
Semua Ketua Bidang
Semua Guru Tingkatan dan bilik khas

SPSK PK 07/5

SMJK YU HUA TEL: 03-87367514


JLN LOW TI KOK FAX: 03-87368670
43000 KAJANG Email: yuhua@streamyx.com
SELANGOR DARUL EHSAN Website: http://www.yuhua.edu.my

BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT

MESYUARAT: JAWATANKUASA KESELAMATAN BILANGAN 2/2016

TARIKH : 17/8/2016
Bil Agenda Maklum Balas
1. 3.3 cat anak panah laluan kecemasan di dinding Pn Nor Aizan akan membeli cat dan dijalankan sebagai
program pelajar tingkatan 3
2. 3.4 pakaian pjk Dr Cheong akan mengumumkan pelajar perempuan
yang memakai seluar pendek mengenakan kembali
pinafor selepas waktu PJK
3. 3.4 Program Keselamatan Jalan Raya Pengawal akan menahan pelajar dari keluar sekolah
untuk makan di kedai depan sebelum loceng pertama
jika mereka sudah masuk ke sekolah
4. 3.6 Keselamatan Fizikal Bangunan Sekolah Pn Sang akan mengawalakan pengisian VLE frog guru
bilik-bilik khas dan kelas pada bulan September
5. 3.7 Program Cegah Kebakaran Pn Noor Aizan akan menjalankan program cegah
kebakaran sebelum peperiksaan percubaan dalam bulan
September
6. 4.0.1 Program Basmi Ponteng Pn Ean akan menambahbaik jadual peperiksaan untuk
memastikan pelajar tiada peluang ponteng sekolah

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


………………………….. ……………………………….
Pn Sang Fay Lee Dr Cheong Yuen Keong
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan b/p Penolong Kanan HEM

SPSK PK 07/3

SMJK YU HUA TEL: 03-87367514


JLN LOW TI KOK FAX: 03-87368670
43000 KAJANG Email: yuhua@streamyx.com
SELANGOR DARUL EHSAN Website: http://www.yuhua.edu.my
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN BIL 2/ TAHUN 2016

Tarikh : 16/8/2016

Masa : 1.10pm

Tempat : Auditorium 1

Pengerusi : Pn Low Lai Khun

Kehadiran : 9/11

Nama Yang Hadir : seperti spsk 07/2

Nama yang tidak hadir: seperti lampiran

Turut hadir :-

1. 0 Kata Alu-aluan Pengerusi


1.1 Pengetua berterima kasih kepada para guru kerana sudi hadir dan sempat mengadakan Mesyuarat
Keselamatan 2/2016.
Tindakan: Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lepas


2.1 Pencadang : En Kamaruzaman
Disokong : Pn Ooi Siew Kuan Tindakan: Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Pengetua bersyukur kerana guru-guru tidak menghadapi masalah bertugas bawah program
sekolah penyayang dan bertugas di pintu pagar sekolah.
Tindakan: Makluman

3.1.1 Pengetua meminta guru-guru agar memberitahu beliau sekiranya didapati pengawal tiada di
pondok pengawal kerana mereka tidak boleh meninggalkan tempat bertugas dan diletakkan 2
pengawal agar sekurang-kurangnya ada 1 pengawal setiap masa

Tindakan : Makluman
3.2 Pn Nor Aizan membawa model ‘anak panah’ yang perlu dilukis pada dinding sebagai panduan
laluan semasa kecemasan dan pengetua bersama Dr Cheong bersetuju agar saiz sebesar kertas A4
untuk setiap anak panah. Bilangan tong cat perlu dibeli agar dapat mengganggar kosnya

Tindakan: Pn Noor Aizan


3.3 Pn Sang menimbulkan ketidaksenangan isu kehadiran jurujual yang kerap ada di dalam bilik
guru. Pengetua menjelaskan hanya jurujual buku sahaja dibenarkan berada di bilik guru untuk
urusan sampel buku baru. Yang lain-lain tidak dibenarkan kecuali tunggu di pejabat sewaktu
guru ‘punch out’ dan sudi mendengar promosi mereka. Surat kebenaran akan diberi kepada
jurujual yang dibenarkan berada di bilik guru dan guru perlu meminta mereka menunjukkan
surat sebelum berurusan dengan mereka.
Tindakan: Makluman

3.3.1 Dr Cheong meminta guru menalipon pejabat untuk meminta pengawal menghalau jurujual
yang tiada kebenaran. Pn Sang memaklumkan sudah dibuat, namun pengawal tidak
datang. Dr Cheong menyatakan kemungkinan pengawal tidak dijumpai ketika itu.

Tindakan : Makluman

3.3.2 Pn Ooi Siew Kuan menyatakan kebimbangan beliau berkenaan terdapat kumpulan pelajar
yang berkumpul di meja guru petang waktu tiada guru. Pengetua mencadangkan
guru keluar berjumpa pelajar di koridor atau mana-mana tempat yang sesuai tetapi tidak
di dalam bilik guru supaya tidak mengganggu tugas/ waktu rehat guru lain

Tindakan : Makluman

3.3.3 Pn Wong Mooi Peng dan Pn Sang Fay Lee memberitahu bahawa agak sukar untuk guru
tingkatan 4 dan 5 yang ada projek akaun dan melibatkan ramai pelajar untuk berjumpa
guru jika jumpa di koridor. Pengetua mencadangkan agar mereka menggunakan meja
besar di depan bilik ketua bidang.
Tindakan: Makluman

3.4 Pengetua mencadangkan agar pelajar perempuan yang memakai seluar pendek selepas waktu
PJK untuk menyarung balik ‘pinafore’ terutama mereka memakai seluar yang terlalu pendek. Dr
Cheong akan mengumumkan semasa perhimpunan agar semua pelajar perempuan yang memakai
seluar pendek menyarung kembali pinafore selepas PJK kecuali yang memakai seluar panjang.

Tindakan: Makluman

3.5 En Kamaruzaman memaklumkan tahun lepas program keselamatan jalan raya selesai dijalankan
walaupun ada kemalangan di depan sekolah tetapi telah diselasaikan sesama mereka dan laporan
polis dibuat mereka bersama tuntutan insurans
Tindakan: Makluman

3.5.1 Pn Sang Fay Lee mencadangkan agar pengawal menahan pelajar yang sudah masuk
dalam sekolah waktu pagi tidak boleh keluar sekolah untuk ke kedai di seberang demi
mengurangkan kemalangan jalanraya. Mereka yang mahu bersarapan di kedai perlu
minta agar ibu bapa menghantar mereka terus ke kedai makan dan kembali ke sekolah
selepas makan kerana ramai ibu bapa yang membuat ‘U’ turn di depan sekolah
merumitkan trafik. Semua bersetuju dan pengetua menyatakan perlu memberi tugas
kepada pengawal dan Dr Cheong akan mengumumkannya semasa perhimpunan nanti.

Tindakan: Dr Cheong

3.5.2 Pn Oh Chun Chin menyatakan rasa terkejut beliau kerana pelajar yang mengangkat dan
menurunkan palang di pintu pagar sekolah selepas loceng pertama berbunyi semasa
mereka bertugas dan bukannya pengawal walhal itu tugas pengawal. Dr Cheong akan
mengingatkan pengawal lagi.
Tindakan: Dr Cheong

3.5.3 Dr Cheong memaklumkan terdapat seorang pengawal bertugas malam yang tidak
dijumpai setiap malam. Pengetua memaklumkan bahawa sepatutnya setiap pengawal
perlu ‘clock in’ setiap dua jam. Beliau akan berbincang dengan Dr Cheong lagi dan
akan menulis surat kepada PPD Hulu Langat untuk memaklumkan perkara tersebut.

Tindakan : Pengetua

3.6 Pn Sang Fay Lee menanya samaada pengisian kerosakan fizikal bangunan dalam VLE Frog pada
sesi ke-4 di bulan Oktober, 2016 perlu diawalkan. Pengetua meminta diawalkan ke bulan
September agar bulan Oktober, pembaikan boleh dimulakan dan pelajar boleh menduduki
peperiksaan PT3, SPM dan STPM dengan selesa.
Tindakan: Pn Sang Fay Lee

3.7 Pn Noor Aizan memaklumkan program cegah kebakaran mungkin dijalankan semasa Penggal 2
pada bulan September sebelum peperiksaan percubaan SPM bermula..

Tindakan: Pn Noor Aizan

3.7.1 Pn Noor Aizan memaklumkan suis ‘pump house’ terkunci. Motor turut ditutup dan tiada
air keluar jika berlaku kebakaran. Tidak diketahui siapa yang mengunci dan mengapa
dikunci. Pn Tan Ai Kian memaklumkan terdapat pelajar yang bermain suis itu dan lari.
Tidak dapat dikejar mereka yang nakal. Pengetua memaklumkan motor perlu 3 hari untuk
dicaj sebelum kunci boleh dibuka. Ia berlaku kerana kilat boleh menyebabkan suis
automatic ‘off’. Pengetua mencadangkan agar pengawal pantau dan membuka suis
sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Tindakan: Pn Noor Aizan

3.7.2 Pn Noor Aizan melaporkan pelan kecemasan guru akan diedarkan minggu hadapan dan
pelan tidak akan dilamenate kerana banyak kelas yang menghilangkannya dan pengetua
mencadangkan agar menggunakan kertas warna. Alat pemadam api sudah diservis semua

Tindakan: Pn Noor Aizan

4.0 Perkara Baharu


4.0.1 Dr Cheong memaklumkan kadar ponteng sekolah kita lebih baik berbanding sekolah lain
kerana kehadiran setiap hari melebihi 95%. Beliau meminta jasa baik Pn Ean membuat
jadual peperiksan yang setiap hari terdapat sekurang-kurangnya 1 subjek agar pelajar
tidak ponteng pada hari tiada kertas peperiksaan. Pn Ean menerangkan bahawa 2 hari
yang tiada kertas semasa ujian 2 adalah kerana ramai guru terlibat ujian lisan PT3. Beliau
akan mengusahakannya sebaik mungkin di masa akan datang.

Tindakan: Makluman

4.0.2 En Kamaruzaman melaporkan laluan koridor dari pintu pagar utama, 1 tiang yang patah
sudah dibuang dan 1 lagi sudah senget. Amat bahaya kerana bumbung boleh runtuh bila-
bila sahaja. Pengetua memaklumkan bahawa PIBG sedang usahakan laluan koridor baru.
Beliau akan berbincang dengan mereka.
Tindakan: Pengetua

4.0.3 Pn Yap Siew Kuen melaporkan suis koridor depan kelas 4M, wayarnya terkeluar. Dr
Cheong melaporkan kipas 4L tidak dapt berfungsi setelah projector dipasang. Koridor
lantai 5M dan 5N Sudah pecah. Dr Cheong akan berbincang dengan PIBG.

Tindakan: PIBG
5.0 Hal-hal lain

5.0.1 Pn Sang bertanya bagi pihak Pn Ng Soo Ha adakah terdapat permintaan lain dari pihak
sekolah dalam program pergi balik sekolah selamat. Dr Cheong mencadangkan agar
diteruskan dan ditambah beri seminar semasa perhimpunan
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30pm

Disediakan oleh Disahkan oleh

Pn Sang Fay Lee Pn Low Lai Khun


Setiausaha Keselamatan Pengetua SMJK Yu Hua

Mesyuarat JawatanKuasa Keselamatan 2/2016

Tarikh : 5/7/2011
Masa : 1.10pm
Tempat : Bilik Seminar
Kehadiran :
Pengetua En Chan Kai Choon Semua Guru Disiplin
Penolong Kanan Akademik Pn Chang Keng Ling Semua kaunselor
Penolong kanan HEM Pn Gui Sew Hwa Semua Penyelaras Tingkatan
Penolong Kanan Kokurikulum En Nagayaya Muniandi Semua Penasihat Kelab Cegah Jenayah
Penolong Kanan Tingkatan 6 En Chiew Kiang Keng Semua Penasihat Bomba & Penyelamat
Penyelaras KeselamatanEn Pradeep Kumar Semua Penasihat Kadet Polis
Setiausaha KeselamatanPn Sang Fay Lee Semua Penasihat Keselamatan JalanRaya
Setiausaha HEM Pn Yap Fee Fee Semua Guru Tingkatan
Semua Ketua Bidang
Guru yang tidak hadir:
Pn Arinderjit Kaur Pn Noraini Mahat Pn Yuhanis Talib
Pn Choy Siew Cheng Pn Noor Aizan Abu Bakar Pn Ooi Siew Kuan (bersebab)
Pn Ng Soo Ha Pn Khaltom Mohamed En Muizuddin Wong
Pn Leong Soo Ming (bertugas) Pn Nor Azma A S Pn Loo Ai Hwa (bertugas)

1.Ucapan Pengerusi
Pn Gui Sew Hwa mengalu-alukan kehadiran guru

2.Pengesahan Minit Mesyuarat


Semua guru sebulat suara mengesahkan minit mesyuarat

3.Ucapan Pengetua
3.1Mesyurat bertujuan menyelaraskan beberapa perkara
a. memindahkan bilik kaunseling ke bilik mesyuarat Lembaga Sekolah
b. memasang gril di blok bangunan dan akan membincangkan dengan pihak Lembaga secepat mungkin
c. guru tingkatan harus mengenalpasti pelajar bermasalah/murung/ponteng dan ambil perhatian atas
perubahan pelajar, jika ada apa-apa tindakan disiplin, perlu siasat permasalahan mereka
d. semua warga sekolah adalah satu pasukan dan mesti bersatu padu untuk mengatasi masalah jika
berlaku sebarang kes dan jangan menyalahkan sesiapa.
e. Langkah penambahbaikan kauseling : setiap pelajar mesti ada 1 kad kaunseling (ting perlaihan- ting 6)
diisi dan diserahkan kepada Pn Chuah Mooi Kim
f. 7.20am, semua guru tingkatan dan kaunselor mesti berada dekat dewan untuk menguruskan pelajar
jika ada kes terdesak, perlu bincang segera, yang tidak terdesak, kaunseling secara berkelompok
12.30 tgh untuk sesi petang. Jika mahu menjalankan kaunseling dengan ‘tape’ harus mendapat
kebenaran pelajar dahulu.
g. Urusan disiplin: pelajar bermasalah disiplin, laporkan kepada PK HEM/ Penyelia Petang untuk
menghubungi ibu bapa. Perlu hormati ‘privasi’ pelajar jika mereka enggan memberitahu apa-apa.
Apabila mereka menghormati guru, barulah mereka akan menjalin hubungan baik dengan guru.
h. Kes-kes ‘disyaki’ tidak boleh direkodkan dalam kad merah kecuali setelah mereka mengaku. Markah
penalty boleh ditebus melalui kerja amal untuk mengurangkan tekanan pelajar yang dipenalti
sehingga dibuang sekolah

4.Laporan Program Sekolah Selamat


4.1Kelab Cegah Jenayah yang baru habis lawatan ke penjara perlu hantar laporan dan kelulusan PPD
4.2Kelab Bomba dan Penyelamat masih belum menjalankan demonstrasi cegah kebakaran dan surat
jemputan ke Jabatan Bomba Kajang belum dibuat, maka perlu memberikan tarikh baru
4.3Alat Pemadam Api masih belum dipasang di bilik SPBT, perlu disegerakan
4.4Lembaga Disiplin perlu beritahu samaada Program Basmi Ponteng akan dihantar laporannya secara
tahunan atau setengah tahun
4.5 En Kong Goon Hooi perlu memberikan semua no. telefon kontraktor, tukang paip dan tukang elektrik
sekolah agar sekolah dapat mengenalpasti orang asing yang memasuki sekolah
4.6 Laporan Kelab Pengguna & Keselamatan Jalanraya telah lengkap
4.7 Sebarang kerosakan regulator/ kipas bergoyang perlu dilaporkan segera kepada Pn Gui dan En Kong
untuk tindakan segera sebelum kejadian tidak diingini berlaku

5. Ucapan Pn Gui Sew Hwa


5.1 Masalah ponteng kelas mesti disiasat guru tingkatan dan dihantar notis tidak hadir untuk makluman
ibu bapa. Kedatangan pelajar setiap pagi penting.
5.2 Inventori kelas ada dalam muka surat pertama buku kawalan kelas mesti diisi dan ditandatangan
guru tingkatan. Laporan kerosakan setiap 3 bulan sekali harus diisi dalam fail keselamatan pada Pn
Sang Fay Lee. Laporan bulan Mac dan Jun telah dilengkapkan.
5.3 Guru mata pelajaran mesti semak kehadiran pelajar setiap kali masuk kelas. Tidak boleh dibenarkan
pelajar ke tandas 15 minit sebelum waktu rehat.
5.4 Guru PJK waktu PJ mesti pastikan keselamatan pelajar agar tiada kemalangan
5.5 Guru-guru tidak hadir kerana CRK/berkursus mesti maklumkan kepada penyelaras untuk ambil
kedatangan pelajar

6.Hal-hal Lain
6.1 Semua guru harus menjalankan peranan masing-masing dan bersikap positif. Jalankan tugas dengan
amanah, jujur dan baik. Kurangkan kerja sampingan.
6.2Guru perlu kemaskini semua rekod dan fail serta rancangan pelajaran kerana ada rombongan
pelawat dari kementerian akan memantau sekolah pada 18/7/11

Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapakan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.20pm.

Disediakan oleh Disahkan oleh

You might also like