You are on page 1of 1

13 Oktober 2018, Dalam menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan, SMK Kuching

High telah menganjurkank Kejohanan Merentas Desa 2018 sempena Hari Sukan Negara.
Penganjuran kali ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid dengan
penyertaan daripada murid-murid serta penglibatan para guru untuk menjayakannya.

Kejohanan kali ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan iaitu Zumba yang telah
diketuai oleh Cikgu Macky dan pelajar-pelajar 2C seterusnya taklimat keselamatan telah
diberi oleh Cikgu Aldous Jeris. Pada kali ini, dua kategori telah dipertandingkan iaitu
kategori lelaki dan kategori perempuan. Jarak larian untuk kategori lelaki adalah sejauh 3.5
km manakala kategori perempuan pula sejauh 2.5km. Perasmian Kejohanan Merentas Desa
dan pelepasan peserta telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua, Encik Tan Kiang Tuang.

Aktiviti Kejohanan Merentas Desa telah berakhir dengan penyampaian hadiah


kepada peserta-peserta yang telah berjaya dalam acara tersebut. Dalam kategori lelaki,
kejohanan kali ini dimenangi oleh Ferris Tan Yu (2D), tempat kedua Jorden Chan Tze Khai
(1E)dan tempat ketiga dimenangi oleh Dexter Liu Siang Ching (2I). Manakala bagi kategori
perempuan pula, johan dimenangi oleh Ngu Sing Yee (2I), tempat kedua dimenangi oleh adik
Andrea Liew Zi Xuan (1A) dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Siti Nurazlin (2D).

You might also like