You are on page 1of 22

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/281796682

Amalan Kaizen dalam Sistem Pengurusan Sekolah di Malaysia

Research · September 2015


DOI: 10.13140/RG.2.1.1815.8563

CITATIONS READS

0 767

1 author:

Nordean Afd
Open University Malaysia
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Nordean Afd on 16 September 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ISI  KANDUNG  
Abstrak 1  

Kaizen Dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Di Sekolah 2  

Pengenalan 2  

Penyataan Masalah 3  

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) 4  

Kaizen 4  

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Sistem Pengurusan


Sekolah (SPS) Di Sekolah. 5  

Amalan Kaizen Dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Di


Sekolah 6  

Langkah-Langkah Menerapkan Amalan Kaizen Dalam Pelaksanaan


Sistem Pengurusan Sekolah Di Sekolah 8  

A. Menentukan standard operasi dan aktiviti 9  

B. Mengukur operasi (menyediakan kitaran dan jumlah inventori


dalam melaksanakan proses kerja). 10  

C. Membuat Penilaian 10  

D. Menggalakkan guru membuat inovasi untuk memenuhi keperluan


dan meningkatkan produktiviti. 11  

E. Penyeragaman operasi dengan membuat penambah baikkan. 11  

F. Meneruskan kitaran kerja 12  

Aliran Penerapan Amalan Kaizen dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan


Sekolah 13  

Kekuatan 15  

Limitasi 16  

Kesimpulan 17  

Rujukan 18  
Abstrak

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam tempoh 10 tahun


kebelakangan ini telah mengalami ledakan maklumat pelajar,
guru dan pengurusan sekolah. Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
dibina secara atas talian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menguruskan lambakan maklumat sekolah dengan
terancang efisien dan sistematik. Selain dari itu SPS dibina
bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kerja
pentadbir dan guru dalam menguruskan data sekolah.
Pelaksanaan SPS merupakan sistem yang dapat membantu
pihak sekolah menyimpan semua maklumat dan data sekolah,
guru, murid, peperiksaan, kokurikulum seperti Sistem Maklumat
Pelajar (SMM), Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS),
Salah laku dan Sistem Pelajar Disiplin (SSDM) dan Bersepadu
Sistem Maklumat pelajar (ISIS) dan diselaraskan dengan kod
yang terkandung dalam Data Kamus Sektor Awam (DDSA). Bagi
memastikan kelancaran kepada pelaksanaan SPS di sekolah,
konsep amalan kerja Kaizen dipercayai berkesan untuk
membantu pentadbir dan para guru untuk memastikan tekanan
persekitaran bekerja dalam sekolah terkawal dan tidak
membebankan kerja pentadbir dan guru.

1
Kaizen Dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Di Sekolah
Anuar Bin Din
Universiti Malaysia Sabah
anuardin@ums.edu.my
019 - 8622126

Mohd Nordin Bin Khadis


Universiti Malaysia Sabah
naed3030@gmail.com
019- 8990701

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam tempoh 10 tahun


kebelakangan ini telah mengalami ledakan maklumat pelajar,
guru dan pengurusan sekolah. Bagi menguruskan ledakan
maklumat dan lambakan maklumat pelajar, guru dan sekolah,
satu sistem yang terancang telah perkenalkan untuk
menguruskan maklumat tersebut dengan lebih efisien dan
sistematik. Pada peringkat awal pelaksanaan Sistem Pengurusan
Sekolah merupakan salah satu daripada kaedah pengurusan
untuk menguruskan lambakan maklumat tersebut dengan
mewujudkan satu sistem berpusat yang dikenali sebagai Sistem
Pengurusan Sekolah (SPS) (Kementerian Pedidikan Malaysia,
2009; Kementerian Pendidikann Malaysia, 2015). Peningkatan
bilangan sekolah, pelajar dan guru di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) membawa kepada kesegeraan
pembinaan SPS untuk menyediakan maklumat dan data kepada
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia, menyimpan maklumat dan
data sekolah, guru, murid, peperiksaan, kokurikulum dan lain-
lain. Berdasarkan statistik KPM pada 31 Disember 2015 bilangan
sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia ialah

2
sebanyak 10,154 buah, bilangan enrolmen pelajar ialah seramai
1,502,840 orang dan bilangan guru adalah seramai 419,820
orang (Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, 2015). Oleh itu SPS merupakan satu mekanisme
yang terbaik yang dibina oleh KPM untuk menguruskan data
sekolah, guru dan pelajar di seluruh Malaysia secara sistematik,
terperinci dan berpusat. SPS pada awal pelaksanaan adalah
terdiri daripada 22 modul pengurusan, meliputi semua aspek
spektrum sistem pengurusan termasuk Sistem Pengurusan
Maklumat Sekolah. Namun kini ia dikurangkan kepada tiga yang
utama sahaja(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

Penyataan Masalah

Pengurusan profesional di sekolah merupakan bidang yang


semakin berkembang dan penting kepada pengurusan
kelancaran pentadbiran di sekolah di seluruh Malaysia. SPS
secara umumnya merupakan satu bidang yang dilihat sebagai
beban tambahan kepada tugas guru walaupun pada aspek
positifnya pada SPS akan mengurangkan beban kerja
pengurusan data sekolah, pada peringkat awal pelaksanaan
sistem akan memberi tekanan kepada guru. Pelbagai rungutan
dan aduan dari para guru dan pentadbir berkaitan dengan SPS.
Oleh itu pelaksanaan SPS di sekolah memerlukan satu kaedah
yang efektif dari segi pelaksanaannya. Amalan dalam Kaizen
dilihat sebagai satu kaedah yang dapat membantu
mengurangkan tekanan dan beban kerja guru secara
berperingkat dan sistematik.

3
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan di semua


sekolah di seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh
diakses melalui alamat http://apps4.moe.gov.my/sps
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Sistem-sistem lain
yang sedia ada akan ditamatkan dari semasa ke semasa setelah
pengintegrasian selesai. Pihak KPM juga telah menetapkan satu
Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah sebagai
rujukan untuk memastikan pelaksanaan SPS di sekolah
mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

Pelaksanaan SPS merupakan sistem yang dapat membantu


pihak sekolah menyimpan semua maklumat dan data sekolah,
guru, murid, peperiksaan, kokurikulum dan sebagainya. Sebagai
tambahan kepada fungsian sistem yang dibangunkan, pangkalan
data aplikasi berkaitan dengan Sistem Maklumat Pelajar (SMM),
Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS), Salah laku dan
Sistem Pelajar Disiplin (SSDM) dan Bersepadu Sistem Maklumat
pelajar (ISIS) diselaraskan dengan kod yang terkandung dalam
Data Kamus Sektor Awam (DDSA) (Kementerian Pedidikan
Malaysia, 2009).

Kaizen

Masaaki Imai menerangkan Kaizen berdasarkan Kaizen ; The


Key to Japan ‘s Competitive Success, (1986), “The process of
continuous improvement, everyday, everywhere by
everbody” adalah sebagai satu perkataan Jepun yang
bermaksud "beransur-ansur, dan penambah baikkan secara
berterusan" (Imai, 1986). Amalan Kaizen di dalam sesebuah

4
organisasi memberi tumpuan kepada penghapusan pembaziran
dan peningkatan produktiviti dalam sesebuah organisasi. Selain
dari itu Kaizen merujuk kepada aktiviti-aktiviti meningkatkan dan
menambah baik semua fungsi, dan melibatkan semua
kakitangan dari pihak eksekutif kepada pekerja-pekerja paling
bawah dalam organisasi (Orientation, 1986).

Rajah 1: Kiazen menurut Masaaki Imai (1986)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Sistem


Pengurusan Sekolah (SPS) Di Sekolah.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pelaksanaan SPS
di sekolah antaranya adalah;
1. Guru-guru yang mahir dalam ICT tidak digunakan untuk
membantu guru yang kurang mahir menyebabkan
pembaziran sumber manusia dan kemahiran sedia ada di
sekolah
2. Ke tidak puas hati bekerja kerana sistem atas talian di
sekolah tidak berfungsi, tidak diselenggarakan atau tidak
ada langsung
3. Kurang atau tiada usaha penambah baikkan dalam
melaksanakan SPS di sekolah
4. Kurang atau tiada usaha pengekalan penambah baikkan
dalam melaksanakan SPS di sekolah.
5. Ramai guru yang kurang kemahiran ICT.

5
6. Kurang perbincangan antara guru dan pihak pentadbir
7. Kurang semangat kerja berpasukan di kalangan guru dan
pentadbir sekolah

Amalan Kaizen Dalam Pelaksanaan Sistem Pengurusan


Sekolah (SPS) Di Sekolah

Bagi memastikan kelancaran kepada pelaksanaan SPS di sekolah


satu amalan kerja yang dipercayai berkesan yang perlu
diterapkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk membantu
pentadbir dan para guru untuk memastikan tekanan
persekitaran bekerja dalam sekolah terkawal dan tidak
membebankan kerja pentadbir dan guru.

Oleh itu bagi mempercepatkan penyesuaian persekitaran


alam pendidikan moden, sistem amalan kerja dalam Kaizen
dilihat sebagai mekanisme menyokong kepada peningkatan
pengetahuan, meningkatkan kemahiran guru, dan keupayaan
guru untuk menyiapkan tugasan dengan berkesan.

Penambahbaikan yang berterusan merupakan cara untuk


meningkatkan secara besar besaran pelaksanaan pada kadar
yang cepat namun berperingkat bagi memastikan persekitaran
SPS di sekolah dapat diadaptasi oleh semua guru. Anthony,
2007 mendapati hasil dari amalan Kaizen dalam sesebuah
organisasi akan membawa tiga faedah utama hasil
melaksanakan amalan kaizen iaitu; pertama ialah dengan
melakukan penjadualan proses kerja, guru dapat memastikan
tugas melaksanakan SPS mengikut fasa dan masa yang
ditetapkan, melakukan penambahbaikan berterusan dapat
meningkatkan kebolehan dan mutu kerja yang berkualiti, dan
yang ketiga guru-guru dapat bekerja sebagai satu pasukan dan

6
mempunyai kebolehan mengawal mengatur bidang tugas
berbanding dari membuang masa untuk berfikir terlalu lama
bagi memastikan semua maklumat dalam SPS dapat
dilengkapkan (Anthony, 2007).

Kaizen telah datang untuk memainkan peranan utama dalam


banyak sistem pengurusan organisasi terkenal dunia, antaranya
standard yang ditetapkan dalam keluarga ISO. Konsep ini juga
telah memainkan peranan penting kepada syarikat-syarikat
besar dunia sama ada dalam bidang automatif, perubatan,
kejuruteraan pembinaan dan sebagainya beberapa perkara yang
penting dalam sesuatu organisasi dan menjadikan syarikat
tersebut lebih berdaya saing, maju dan berjaya memperoleh
keuntungan yang besar (Imai, 1986; Orientation, 1986; M.
Suárez-Barraza & Lingham, 2008).

1. Mengurangkan pembaziran - Menggunakan kemahiran


guru sepenuhnya khususnya guru-guru yang mempunyai
kemahiran atau latar belakang ikhtisas ICT dan
menjadikan mereka sebagai fasilitator kepada guru-guru
yang kurang mahir.
2. Memberikan kepuasan dalam bekerja – Guru senang
dengan cara ia dilakukan.
3. Meningkatkan komitmen – Guru cenderung untuk
melakukan untuk melakukan kerja yang baik.
4. Pengekalan penambah baikkan – Guru cenderung untuk
mengekalkan produktiviti dan prestasi kerja yang baik.
5. Berdaya saing - peningkatan dalam kecekapan guru dan
cenderung untuk menyumbang kepada penghasilan kerja
berkualiti tinggi.
6. Peningkatan tahap kualiti– Mengasah kemahiran guru
dengan kurang kesilapan.

7
7. Penyelesaian masalah bertambah baik – Guru & pentadbir
berbincang untuk mencari penyelesaian terbaik yang
membantu guru untuk menyelesaikan masalah secara
berterusan.
8. Penambah baik kerja berpasukan – Guru & pentadbir
bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah,
membina dan menguatkan pasukan sedia ada.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menerapkan amalan


Kaizen di dalam pelaksanaan SPS di sekolah agar SPS tidak
menjadi bebanan tugas yang berterusan ke atas guru-guru.

1. Menentukan standard operasi dan aktiviti


2. Mengukur operasi (mencari masa kitaran dan jumlah
inventori dalam proses).
3. Membuat pengukuran ke atas keperluan.
4. Menggalakkan guru membuat inovasi untuk memenuhi
keperluan dan meningkatkan produktiviti / prestasi kerja.
5. Penyeragaman operasi dengan membuat penambah
baikkan.
6. Teruskan kitaran

Langkah-Langkah Menerapkan Amalan Kaizen Dalam


Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Di Sekolah

Perancangan strategik oleh pihak pentadbir sekolah dalam


menerapkan amalan Kaizen boleh membantu pihak pentadbir
sekolah menyediakan satu rangka kerja bagi pembinaan sistem
penghasilan hasil kerja yang berkualiti pada masa hadapan.
Kawalan pengurusan dalam Kaizen adalah proses yang
dijalankan di peringkat pengurus untuk menganalisis keputusan
projek yang telah dilaksanakan dan mengenal pasti apakah

8
tugas-tugas atau skop kerja seterusnya (Isaacs & Hellenberg,
2009; Murata & Katayama, 2011). Kawalan operasi berlaku di
peringkat pelaksanaan tugas adalah satu proses untuk
melaksanakan tugas-tugas dalam melaksanakan SPS di sekolah
dan mengukur keputusan pentadbir apakah proses yang telah
lakukan adalah berkesan atau sebaliknya (Aken, Farris, Glover,
& Letens, 2010; M. F. Suárez-Barraza & Miguel-Dávila, 2014).
Penerapan amalan Kaizen dalam pelaksanaan SPS di sekolah
menjadi satu sistem sokongan pengurusan yang menyokong
kepada penetapan dan pencapaian nilai pelan Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) dalam melaksanakan SPS di sekolah (M.
Suárez-Barraza & Lingham, 2008; Mohamed Jamil, Muin, &
Mustafa, 2013). Penilaian KPI oleh pentadbir sekolah akan
memainkan peranan keseluruhan keberkesanan amalan Kaizen
di sekolah.

Berikut adalah langkah-langkah melaksanakan amalan


Kaizen di dalam pelaksanaan SPS di sekolah;

A. Menentukan standard operasi dan aktiviti

Penentuan standard kerja merupakan kunci kepada


keberkesanan pelaksanaan sesuatu pekerjaan atau dasar dalam
sesebuah organisasi (Ortiz, 2006). Di sekolah pentadbir sekolah
perlu memberi penerangan yang jelas kepada guru-guru
matlamat dan tujuan amalan Kaizen dalam melaksanakan SPS di
sekolah. Pentadbir dan guru-guru bersetuju dan bersepakat
untuk menetapkan operasi dan aktiviti dengan bekerja sebagai
satu pasukan, menerapkan disiplin diri, etika kerja, terbuka
untuk menerima cadangan penambah baikkan, mengelolakan
latihan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan dan
memastikan hasil perkhidmatan mengikut sebagaimana yang

9
dikehendaki dan menetapkan proses pelaksanaan kerja secara
berperingkat sehingga guru dapat menyelesaikan tugasan
dengan sempurna.

B. Mengukur operasi (menyediakan kitaran dan jumlah


inventori dalam melaksanakan proses kerja).

Pentadbir dan guru membuat pengukuran berdasarkan proses


kerja yang merujuk kepada peringkat proses kerja yang
ditetapkan. Jika guru tidak berjaya atau belum melaksanakan
mana2 peringkat pihak pentadbir meminta maklum balas punca
untuk mengelakkan berlakunya 3 M = MUDA, MURA, MURI
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

i. Muda- produk atau aktiviti yang tidak bermakna ( sampah


atau sisa)
ii. Mura - ketidakseragaman
iii. Muri - bebanan yang berlebihan

C. Membuat Penilaian

Pentadbir dan guru sentiasa berbincang mengenal pasti


keperluan melalui PDCA – Plan , Do, Check , Action untuk
meningkatkan kualiti pengurusan di sekolah khususnya dalam
melaksanakan SPS di sekolah (Platje & Wadman, 1998;
Srivannaboon, 2008). Melalui penilaian berdasarkan KPI yang
ditetapkan ia akan dapat mengurangkan pembaziran sumber
manusia, membantu meningkatkan komitmen guru,
meningkatkan kepuasan bekerja guru, berdaya saing seperti
nilaian prestasi yang telus, membantu guru dengan insentif
keperluan pengurusan seperti berbincang dengan pihak
telekomunikasi, PIBG, orang berkepentingan untuk mendapat

10
pakej jalur lebar khusus untuk guru-guru dan memohon
penyelenggaraan atau pembaikan WIFI sekolah untuk
meningkatkan kemampuan guru untuk bekerja.

D. Menggalakkan guru membuat inovasi untuk


memenuhi keperluan dan meningkatkan produktiviti.

Membuat inovasi dalam sistem pengurusan untuk menjadikan


pengurusan organisasi menjadi lebih efisien (Wittenberg , 1994;
Improvement & Events, 2005; Glover et al., 2010) seperti
menghasilkan Manual Pengurusan Profesional merujuk kepada
kaedah melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah secara
sistematik, mudah dan berkesan berpandukan Modul Kerja
Sistem Pengurusan sekolah yang di berikan oleh KPM
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Selain daripada itu
pihak pentadbir membuat transformasi kepimpinan dan
membentuk gaya kepimpinan yang membawa kepada
perubahan positif ke atas guru-guru melalui kekuatan visi dan
personaliti pentadbir untuk memberi inspirasi kepada pengikut
mengubah jangkaan, persepsi dan motivasi guru untuk bekerja
ke arah matlamat yang sama serta melakukan penambah
baikkan prestasi kerja dengan meningkatkan kemahiran ICT
guru dari masa ke semasa

E. Penyeragaman operasi dengan membuat penambah


baikkan.

Menggunakan hanya satu pelan pelaksanaan Sistem Pengurusan


Sekolah yang dirancang dan berpandukan pelaksanaan kerja
untuk keseragaman tata cara pelaksanaan kerja di sesebuah
organisasi menjadikan organisasi tersebut lebih teguh dan
berwatak dalam pengurusan profesional (Berger, 1997; Glover

11
et al., 2010). - Manual Pengurusan Profesional untuk
melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah di Sekolah dan untuk
menyediakan guru pengetahuan tentang langkah-langkah yang
perlu dilakukan. Pihak pentadbir menyediakan penyelia dari
kalangan guru yang mahir Teknologi Maklumat (ICT) atau
berlatar belakangkan kelayakan ikhtisas Teknologi Maklumat
(ICT) untuk membantu guru-guru meningkatkan kemahiran
guru melalui pendidikan, latihan atau bengkel.

F. Meneruskan kitaran kerja

Bagi memastikan kesinambungan tugas yang berkesan dan


berkualiti, sistem kualiti organisasi terkini di nilai semula dan
dikemas kini atau dipertingkatkan lagi supaya lebih kukuh
melalui kitaran PDCA – Plan, Do, Check, Act (Bushell, 1992;
Dees & Garcia, 1995; Karlof & Loevingsson, 2005;
Srivannaboon, 2008; Zhang, Wang, Sheng, & Zhao, 2013).

Rajah 2: Proses Kitaran Kerja

Plan  

Act   Do  
Problem  
2inding  

Check  
Acknowledge   Display  

Clear  

12
Aliran Penerapan Amalan Kaizen dalam Pelaksanaan
Sistem Pengurusan Sekolah

Bagi memastikan pelaksanaan Kaizen ini berjalan lancar dan


organisasi, langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan untuk
memastikan pelaksanaan SPS di sekolah dapat dilakukan;

Jadual 1: Carta Alir Penerapan Kaizen Dalam Melaksanakan


Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Di Sekolah.

Langkah Menentukan Standard


1 • Mendapatkan komitmen pentadbir
sekolah
• Menubuhkan pasukan standard kualiti
amalan Kaizen .
• Berikan pendedahan mengenai konsep
Kaizen kepada semua guru.
• Pentadbir menetapkan operasi dan aktiviti
mengikut tarikh.

Langkah Mengukur Operasi


2 • Mengukur proses kerja yang merujuk
kepada peringkat proses kerja yang
ditetapkan
• Pihak pentadbir meminta maklum balas
untuk elakkan berlakunya 3M (Muda,
Mura, Muri)

Langkah Membuat Penilaian


3 • Pentadbir dan guru sentiasa berbincang
mengenal pasti keperluan melalui PDCA –

13
Plan ,Do, Check , Action.
• Kerjasama pelbagai pihak dan memohon
penyelenggaraan atau pembaikan WIFI
sekolah.

Langkah Inovasi
4 • Menghasilkan Manual Pengurusan
Profesional kaedah melaksanakan Sistem
Pengurusan Sekolah yang sistematik,
mudah dan berkesan.
• Melakukan transformasi kepimpinan dan
membentuk gaya kepimpinan yang boleh
mendorong guru-guru bekerja dengan
lebih bersemangat.
• Pentadbir melakukan penambah baikkan
prestasi kerja dengan meningkatkan
kemahiran ICT guru dari masa ke
semasa.

Langkah Penyeragaman Operasi


5 • Menggunakan hanya satu pelan
pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah
yang dirancang.
• Penggunaan Manual Pengurusan
Profesional dalam melaksanakan Sistem
Pengurusan Sekolah

Langkah Meneruskan Kitaran Kerja


6 • Sistem di nilai semula dan dikemas kini
atau dipertingkatkan lagi supaya lebih
kukuh mengikut PDCA – Plan, Do

14
(mengenal pasti masalah, memaparkan
masalah, menjelaskan masalah, perakui
masah), Check, Act.

Kemungkinan juga perlu dilakukan satu kajian mengenai


keberkesanan penerapan Kaizen dalam konteks tertentu
misalnya dikaji daripada sudut kesan psikologi. Apakah makna
semua usaha melakukan penerapan Kaizen bagi organisasi
tetapi mungkin ada kesan lain daripada sudut yang lain.

Kekuatan

Penerapan amalan Kaizen bukan bertujuan untuk mengubah


polisi KPM, JPN, PPD atau pihak sekolah tetapi ia lebih kepada
meningkatkan daya dan nilai tambah baik pengurusan
profesional di sekolah. Amalan Kaizen di sekolah membawa
kepada konsep “penyempurnaan demi penyempurnaan” kepada
sistem pengurusan profesional sekolah, mengurangkan tekanan
dan beban kerja guru untuk satu tempoh masa yang panjang,
membudayakan penambah baikkan kecil tetapi berterusan dan
standardisasi untuk menghasilkan keputusan yang besar dari
segi peningkatan produktiviti dan prestasi guru dalam
melaksanakan keseluruhan tugasan, pihak pentadbir dapat
melakukan pemantauan tugasan dan kerja guru-guru degan
lebih baik dan efisien, mempercepatkan penyesuaian
persekitaran guru yang lebih berdaya saing, komited dan
bermotivasi, berupaya membantu guru untuk menyesuaikan diri
dengan alam pendidikan moden dan membantu pihak pentadbir

15
sekolah membuat perancangan, penjadualan dan pengurusan
kerja secara sistematik.

Limitasi

Namun walaupun amalan Kaizen adalah membawa impak yang


positif namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira
yang mungkin akan melambatkan atau mengehadkan ruang dan
peluang untuk melaksanakan SPS di sekolah dengan sempurna.
Keberkesanan amalan Kaizen dalam pelaksanaan SPS di sekolah
dipengaruhi oleh persepsi pentadbir dan guru, persepsi guru
tentang usaha penambah baikkan membawa makna kepada
beban tugas guru atau pentadbir semakin bertambah. Terdapat
juga sebilangan pentadbir dan guru yang agak tidak bersedia
dan terbuka kepada perubahan yang membawa kepada
penambahbaikan mutu kerja dan menganggap bahawa
penambahbaikan dan inovasi itu akan memberikan satu
permulaan yang sukar dan akhirnya akan membawa kepada
mengamalkan tata cara kerja yang lama atau yang asal. selain
daripada itu sebilangan besar guru-guru khususnya dari
kalangan guru-guru lama yang kurang mahir dalam melakukan
kerja berpandukan penggunaan ICT. Kekurangan itu juga
menyebabkan SPS di sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan
lancar dan baik. selain dari itu masalah kurang perbincangan
antara guru dan pentadbir membawa kepada ke tidak
sefahaman dan percanggahan pendapat serta idea dalam
melaksanakan satu-satu tugas dan membawa kepada
pembentukan kelompok-kelompok kerja yang berlain dan
bukannya secara berpasukan, kekurangan kemudahan seperti
ketiadaan talian jalur lebar, komputer dan jaringan tanpa wayar
yang baik menjejaskan proses kerja pelaksanaan SPS di sekolah.
Selain dari itu pengaruh insentif dan laporan prestasi individu

16
memberi kesan kepada guru iaitu akan lebih bermotivasi untuk
bekerja jika diberikan ganjaran seperti pengiktirafan dan laporan
yang baik dalam laporan nilaian kerja tahunan.

Kesimpulan

Kejayaan pengurusan kualiti sesuatu organisasi tidak akan


berlaku dalam masa yang singkat, kualiti sesebuah organisasi
boleh dan mampu dicapai jika ia dilakukan secara beransur-
ansur, dan penambah baikkan berterusan, budaya kerja
berpasukan, meningkatkan produktiviti dan prestasi guru dalam
melaksanakan keseluruhan tugasan dengan lebih baik. Dengan
mengamalkan sistem Kaizen, pihak pentadbir mahu pun guru
mampu untuk mengenal pasti segala kelemahan dan
kekurangan untuk diperbaiki dan dilakukan penambahbaikan
dengan menggunakan prinsip dan komponen yang terdapat
dalam sistem Kaizen secara berterusan walaupun kecil dan
berperingkat.

17
Rujukan

Wittenberg , G. (1994). Kaizen—The many ways of getting better.


Assembly Automation. doi:10.1108/EUM0000000004213

Aken, E. M. Van, Farris, J. a., Glover, W. J., & Letens, G. (2010). A


framework for designing, managing, and improving Kaizen event
programs. International Journal of Productivity and Performance
Management, 59(7), 641–667. doi:10.1108/17410401011075648

Anthony, M. (2007). The Benefits of Kaizen and Kaizen Events. Quality


Progress, 40, 47.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2015).


Portal EMiS. Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved June 13,
2015, from
http://emisportal.moe.gov.my/mainpage.php?module=Maklumat
&kategori=47&id=188&papar=1

Berger, A. (1997). Continuous improvement and Kaizen:


standardization and organizational designs. Integrated
Manufacturing Systems, Vol. 8(2), 7.
doi:10.1108/09576069710165792

Bushell, S. (1992). Implementing Plan, Do, Check and Act. The


Journal for Quality and Participation, 15(5), 58.

Dees, J. P., & Garcia, M. A. (1995). Program planning: a total quality


approach... based on the Plan, Do, Check, Act (PDCA) Cycle
developed by Deming (1982). AAOHN Journal, 43(5), 239–244.

Glover, W. J., Co-chair, E. M. V. A., Co-chair, J. a F., Doolen, T. L.,


Ellis, K. P., & Koelling, C. P. (2010). Critical Success Factors for
Sustaining Kaizen Event Outcomes. Statistics.

Imai, M. (1986). Kaizen: The Key to Japan’s Competitive Success.


Becoming lean Inside stories of US manufacturers.

Improvement, C. P., & Events, K. (2005). Continuous improvement


(kaizen). A to Z of Management Concepts Models, 180–181.

Isaacs, A., & Hellenberg, D. (2009). Implementing a structured triage


system at a community health centre using Kaizen. South African
Family Practice, 51(6), 496–501.

Karlof, B., & Loevingsson, F. (2005). PDCA (Plan, Do, Check and Act).
A to Z of Management Concepts & Models.

18
Kementerian Pedidikan Malaysia. (2009). Sistem Pengurusan Sekolah
(SPS). Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved June 10, 2015,
from http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Buku Panduan amalan 5S.


(Kementerian Pelajaran Malaysia, Ed.) (1st ed.). Putrajaya: D’Fa
Print Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Sistem Pengurusan


Sekolah. (Kementerian Pendidikan Malaysia, Ed.) (1st ed.).
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikann Malaysia. (2015). Surat Siaran Kementerian


Pendidikan Malaysia, Bil. 21, Tahun 2014: Pelaksanaan Sistem
Pengurusan Sekolah. Putrajaya.

Mohamed Jamil, M. A., Muin, N. A., & Mustafa, Z. (2013). Adaptasi


Sistem Kaizen Dalam Konsep Pengurusan Kendiri : In
International Conference on Social Science Research (pp. 473–
495). Penang: World Conference.net.

Murata, K., & Katayama, H. (2011). Study on support system of kaizen


activity for sustainable improvement of global competitiveness.
International Journal of Technology, 2(3), 215–223.

Orientation, C. (1986). Kaizen – continuous improvement.


Management, 180–182.

Ortiz, C. (2006). All-out Kaizen. Industrial Engineer.

Platje, A., & Wadman, S. (1998). From Plan-Do-Check-Action to


PIDCAM: the further evolution of the deming-wheel. International
Journal of Project Management. doi:10.1016/S0263-
7863(97)00031-8

Srivannaboon, S. (2008). Achieving competitive advantage through


the use of project management under the plan-do-check-act
concept. Journal of General Management, 34(3), 1–20.
doi:10.1108/sd.2009.05625had.009

Suárez-Barraza, M. F., & Miguel-Dávila, J. Á. (2014). Assessing the


design, management and improvement of Kaizen projects in local
governments. Business Process Management Journal, 20(3), 392–
411. doi:10.1108/BPMJ-03-2013-0040

Suárez-Barraza, M., & Lingham, T. (2008). Kaizen within kaizen


teams: continuous and process improvements in a Spanish

19
municipality. Asian Journal on Quality, 9(1), 1–21.
doi:10.1108/15982688200800001

Zhang, H. H., Wang, Z. M., Sheng, J. X., & Zhao, M. Q. (2013). Effect
of Plan-Do-Check-Act cycle in relieving anxiety in patients
undergoing emergency gastroscopy. World Chinese Journal of
Digestology, 21(32), 3556–3560. doi:10.11569/wcjd.v21.i32.3556

20

View publication stats

You might also like