You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) PADANG PIOL, 27000, JERANTUT,PAHANG.

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT/TMK BIL 1/2018

Tarikh : 28 Disember 2017 ( khamis)


Masa : 1.35 petang
Tempat : Bilik gerakan

Pengerusi : En.Mohd Yasak ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran )

Kehadiran : 3 Orang

1. En. Mohd Mazraimey bin Che Omar


2. Pn. Safinah binti Hussin

3. Nama Yang Tidak Hadir : -tiada-

4. PERUTUSAN PENGERUSI

4.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dan bacaan ummul kitab.
4.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa ketua panitia dan setiausaha panitia perlu
bergabung untuk memperkasakan pengurusan panitia. Semua KP dan setiausaha akan
dipanggil untuk kemaskini fail dan semua fail panitia perlu diletakkan di dalam
kabinet di bilik gerakan dan dilabelkan. Hal ini bagi memudahkan urusan apabila nazir
datang memantau.
4.3 Mesyuarat mengambil maklum bahawa, matapelajaran RBT/TMK penting untuk
melatih murid mereka cipta bagi meningkatkan kreativiti sehingga ke peringkat
antarabangsa seperti SK Batu Gajah yang telah mewakili Malaysia dalam
Pertandingan Robotik di Korea.
4.4 Mesyuarat mengambil maklum bahawa PBS perlu dibuat 2 kali setahun iaitu pada
bulan Mac dan September.
Tindakan: Makluman

5. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

5.1 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Pn.Safina bt Hussin dan


disokong oleh En.Mohd Mazraimey bin Che Omar.

Tindakan : Makluman

6. PERKARA BERBANGKIT
- Tiada
Tindakan : Makluman
7. FOKUS MESYUARAT

7.1 Pengesahan ahli jawatankuasa panitia 2016


Mesyuarat mengesahkan bahawa penyelaras panitia RBT/TMK 2018 ialah
En. Mohd Mazraimey bin Che Omar dan Setiausaha ialah Puan Safina bt Hussin

1
Tindakan : Makluman

7.2 DSKP/RPT/RPH dan PBS


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa DSKP dan dokumen berkaitan untuk PdP
RBT/TMK boleh diperolehi daripada S/U Panitia.
- Mesyuarat juga mengambil maklum RPH ditulis berdasarkan format KSSR bagi
semua tahap. RPH dibenarkan dalam bentuk cetakan(berkomputer) dan bertulis
(menggunakan buku RPH)
- Mesyuarat memutuskan bahawa PBS perlu dibuat 2 kali setahun
Tindakan : Makluman

7.3 Aktiviti panitia 2018


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa antara aktiviti panitia yang dirancang
adalah seperti berikut:
a. Mesyuarat panitia – 2 kali setahun
b. Kemaskini bilik/ bengkel RBT/TMK
c. Minggu panitia RBT/TMK – pendedahan konsep reka cipta
d. Menghias bengkel RBT/TMK
Tindakan :Guru RBT/TMK

7.4 Perbelanjaan panitia


- Mesyuarat mengambil maklum bahawa wang peruntukan panitia sama seperti
tahun sebelumnya. Peruntukan akan disenaraikan dan akan dimaklumkan oleh
ketua kerani.
- Pihak panitia boleh merancang perbelanjaan bagi menambah peralatan untuk PdP.

Tindakan : Makluman

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa PdP bagi RBT/TMK akan dilakukan secara
bergilir-gilir.

9. PENUTUP

9.1 Pengerusi berharap agar program yang dirancang tahun ini berjalan dengan lancar.
9.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr.
9.3 Mesyuarat Panitia RBT/TMK ditangguhkan pada jam 2.00 petang hingga ke suatu
tarikh yang akan ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ............................................................

(SAFINA BINTI HUSSIN) (EN.MOHD MAZRAIMEY B.CHE OMAR)


Setiausaha Panitia RBT/TMK, Ketua Panitia RBT/TMK,
SK F PADANG PIOL, SK F PADANG PIOL, ,
27000,JERANTUT,PAHANG 27000,JERANTUT,PAHANG.
.

You might also like