You are on page 1of 1

Keratan Akhbar Metro

Contoh 1

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 1:13 PM

Dunia digital melangkah laju dalam kehidupan manusia sehingga mencetuskan persoalan sama ada
manusia itu sendiri sudah bersedia menerimanya atau tidak. Perubahan digital kini bukan lagi
setakat pertukaran model telefon pintar, perluasan rangkaian telekomunikasi atau sekadar
perkembangan arus media sosial yang berlegar dalam perjalanan hidup seharian seorang
manusia.Revolusi teknologi masa depan akan menyaksikan manusia, perkakasan elektronik, objek
dan pangkalan data berhubungan dalam masa sebenar melalui Internet.Fiksyen sains secara
perlahan menjadikan fakta sains itu ke dalam Internet of Things atau Internet untuk segalanya (IoT)
berasaskan sambungan sistem rangkaian yang sentiasa wujud.Namun, boleh dikatakan di Malaysia
kita belum mengadaptasinya secara menyeluruh atas banyak faktor. Contohnya, BMW yang
mempertontonkan kenderaan elektrik mereka yang dapat dikawal dari jam tangan pintar.Google
juga menjadikan IoT sasaran baru mereka. Ia dapat dilihat dengan penghasilan kereta Google yang
berjaya memenangi hak cipta paten kereta tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika
Syarikat.Kecanggihan dan keunikan kereta ini terletak pada keupayaan sistem perisian yang dibantu
dengan aplikasi sambungan Internet.Kenderaan dilengkapi pengesan laser pengimbas 360 darjah
dalam radius 183 meter untuk mendapatkan pemetaan 3D sekeliling dan kemudian bergerak sendiri
apabila destinasi sudah ditetapkan menerusi sistem kedudukan pengesan global (GPS) dan sistem
keselamatan lain yang diaktifkan.Radar akan mengesan kelajuan kenderaan di hadapan manakala
satu unit pemprosesan berkeupayaan tinggi akan menilai aktiviti pergerakan kereta Google dan
kenderaan lain.Unit pengesan yang diletakkan pada bahagian depan setiap tayar akan memastikan
pergerakan kenderaan seiring dengan maklumat aktiviti kenderaan lain serta had laju di sesuatu
kawasan.

You might also like