You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SK(F) BBS BIL 1 2018/2019

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) BANDAR BARU SERTING

Tarikh : 5 April 2018


Hari : Khamis
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SK (F) BBS

Kehadiran :
1. En Mohd Najib bin Mat Asin Yang DiPertua
2. En Mohd Ridzuan bin Ali Naib Yang DiPertua
3. Pn Rohayati binti Baba Guru Besar
4. En.Rosli bin Talib GPK Kurikulum
5. En Mohd Amar bin Mohamad GPK HEM
6. Pn Asiah binti Mohd Dom GPK PPKI
7. Cik Rabiatul Adawiyah binti Ahzarisham Setiausaha
8. Pn Aidai binti Mohd Razali Pen Setiausaha
9. Pn Nurhidayah binti Yaakop Bendahari
10. Pn Samah binti Khamis Pen Bendahari
11. En.Abd Rahman bin Abdul Mutalib AJK Ibu Bapa
12. En Fadzli Bin Alias AJK Ibu Bapa
13. En Mislijam bin Selamat AJK Ibu Bapa
14. En Redzuan bin Mohd Said AJK Ibu Bapa
15. Pn Nor Suraya binti Aziz AJK Ibu Bapa
16. Pn Ainin Syakirah binti Adzman AJK Guru
17. Pn Siti Rahmah binti Dahlan AJK Guru

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan pengerusi
2. Ucapan guru besar
3. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
4. Perkara berbangkit
5. Laporan kewangan
6. Laporan Guru Penolong Kanan
7. Hal – hal lain

1
1.0 Ucapan Pengerusi (En Mohd Najib bin Mat Asin)

1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa PIBG ke


mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir.

1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa ini merupakan mesyuarat kali pertama
bagi sesi 2018 / 2019.

2.0 Ucapan Guru Besar (Pn Rohayati binti Baba)

2.1 Guru Besar mengalu – alukan kedatangan ahli jawatankuasa ke mesyuarat dan
mengucapakan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir.

2.2 Guru Besar turut menyatakan penghargaan kepada Naib Yang Dipertua PIBG,
En Mohd Ridzuan bin Ali kerana menyediakan khidmat ‘sound system’ semasa
Hari Sukan Tahunan yang lepas.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas

Disahkan oleh : En Mislijam bin Selamat

Disokong oleh : Pn Nor Suraya binti Aziz

4.0 Perkara Berbangkit

4.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Rosli bin Talib memaklumkan mengenai
bilangan murid tahun 1 yang ramai iaitu 1 Bijak (43 orang) dan 1 Cerdik (42
orang). Beliau memaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan (JPNS) masih tidak memberi sebarang jawapan mengenai
penambahan murid yang luar biasa.

4.2 Guru Penolong Kanan Kurikulum turut memaklumkan bahawa terdapat 2 orang
guru yang masih cuti sakit iaitu Cik Zarina dan Puan Mazura.

4.3 Guru Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan kedatangan kaunselor baru iaitu
Pn Sanisah bt Muhammad bagi menggantikan Pn Zairoslina yang berpindah ke
Terengganu.

2
4.4 Guru Penolong Kanan HEM, En Mohd Amar bin Mohammad memaklumkan
bahawa masalah plug, kipas dan lampu tidak berfungsi di sesetengah kelas telah
diselesaikan. Jabatan Kerja Raya akan membuat pendawaian baru di kelas –
kelas yang terbabit. Bukan itu sahaja, pekerja juga diupah untuk membetulkan
pintu – pintu tandas yang rosak.

4.5 Guru Penolong Kanan HEM, turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada
En. Mislijam kerana turut membantu menyiapkan padang petanque.

4.6 Guru Penolong Kanan HEM, memaklumkan mengenai masalah buku teks di
mana masih terdapat murid tahun 1 yang tidak mendapat buku teks. Ini kerana,
jumlah buku teks adalah mengikut jumlah murid pada tahun sebelumnya namun
pada tahun ini, jumlah murid yang mendaftar secara ‘walk – in’ terlalu ramai.

4.7 Bagi mewakili Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Irwan Farid bin Idris, Guru
Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama guru – guru
dan ibu bapa yang bersama – sama membantu memastikan program Hari Sukan
Tahunan berjalan dengan lancar.

4.8 Guru Besar memaklumkan yang aktiviti kokurikulum pada hari Rabu akan
dijalankan seperti biasa dan ujian SEGAK akan dijalankan mengikut jadual yang
ditetapkan.

5.0 Laporan Kewangan

Pn. Samah binti Khamis telah membentangkan laporan kewangan dari 1 Januari
hingga 31 mac seperti yang telah diedarkan kepada ahli jawatankuasa.

Tindakan : Laporan kewangan diterima sebulat suara

3
6.0 Laporan Guru Penolong Kanan

6.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum, En. Rosli bin Talib

6.1.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan mengenai peperiksaan


UPSR yang akan dimasukkan di dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah
Rendah (PPSR) bersama dengan penilaian PAJSK, Psikometrik dan
Pentaksiran Bilik Darjah.

6.1.2 Guru Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan mengenai Program


Kecemerlangan Tahun 6 akan dijalankan dan kelas tambahan tahun 6
turut berjalan seperti biasa.

6.1.3 Guru Penolong Kanan Kurikulum turut menyatakan tentang pencapaian


semasa tahun 6 yang memberangsangkan. Bengkel menjawab soalan
siri 1 akan dijalankan pada awal cuti sekolah selama 3 hari.

6.2 Guru Penolong Kanan HEM, En Mohd Amar bin Mohammad

6.2.1 Guru Penolong Kanan HEM menyatakan penghargaan atas bantuan


menghias kelas iaitu sebanyak RM5 bagi setiap murid. Pertandingan
keceriaan kelas turut dijalankan seperti biasa.

6.2.2 Guru Penolong Kanan HEM memaklumkan mengenai duit bantuan


RM100 kepada ibu bapa berpendapatan rendah telah diagihkan semasa
mesyuarat PIBG yang lepas.

6.2.3 Guru Penolong Kanan HEM turut memaklumkan mengenai bantuan RMT
kepada 18 orang murid dan 30 orang murid PPKI.

6.2.4 Guru Penolong Kanan HEM memberitahu bahawa KWAM akan diagihkan
dalam masa terdekat.

6.2.5 Guru Penolong Kanan HEM turut memberitahu bahawa program Gotong
Royong bersama ibu bapa dan penjaga akan dijalankan selepas cuti raya
Aidilfitri.

4
6.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Irwan Farid bin Idris

6.3.1 Guru Besar yang mewakili GPK Kokurikulum memaklumkan mengenai


pencapaian sekolah di MSSD. Seramai 30 orang murid yang terlibat dan
sekolah telah mendapat 1 Perak bagi acara lompat tinggi bawah 10 tahun

6.3.2 Guru Besar memaklumkan tentang pasukan bola sepak Berjaya ke


pusingan ke 2 namun kalah penalti.

6.3.3 Bagi Majlis Tilawah Al Quran, pasukan kompang selawat sekolah


mendapat naib johan, hafazan perempuan naib johan, bercerita
perempuan naib johan dan bercerita lelaki di tempat ketiga.

6.3.4 Guru Besar turut memaklumkan bahawa sekolah akan menghantar


pasukan bola jaring dan pasukan hoki.

6.3.5 Guru Besar turut memaklumkan sekolah telah menghantar pasukan


badminton pada 5 Februari yang lepas seramai 5 orang murid.

6.4 Guru Penolong Kanan PPKI, Pn Asiah Bt Mohd Dom

6.4.1 Guru Penolong Kanan PPKI memaklumkan mengenai pasukan


senamrobik PPKI mendapat tempat naib johan.

6.4.2 Guru Penolong Kanan PPKI turut memaklumkan bahawa 3 orang murid
PPKI mewakili sekolah dalam program Agronomore National Jambore

6.4.3 Guru Penolong Kanan PPKI turut memaklumkan pada 26 Mac lepas,
pasukan olahraga PPKI memperolehi 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

7.0 Hal – hal lain

7.1 Masalah kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah semasa menghantar dan
mengambil anak pulang.

7.2 Guru Besar memaklumkan mengenai majlis persaraan salah seorang kakitangan
sekolah iaitu En. Ramlan yang akan dijalankan pada 12 April 2018 (Khamis).

5
7.3 PIBG sekolah akan menyumbang untuk makanan murid – murid semasa
sambutan Hari Guru nanti

7.4 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG wakil ibu bapa yang
akan menjadi ahli jawatankuasa program sambutan Hari Guru yang akan
dijalankan pada 16 Mei 2018 nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.

Disediakan Oleh,

…………………………………
(RABIATUL ADAWIYAH BT AHZARISHAM)
Setiausaha PIBG
SK (F) Bandar Baru Serting

You might also like