You are on page 1of 5

SMK SULTAN AZLAN SHAH

33400 LENGGONG
PERAK

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT


SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :
NAJIHAH BT MD ZUBIR
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

0
PUSAT SUMBER
SMK SULTAN AZLAN SHAH

KERTAS KERJA
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini supaya PSS
dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang
selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan dengan itu,
sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama
bagi menarik minat seluruh warga SKPP2 untuk menggunakan PSS dengan optimum.
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta mutu
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber
yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan
Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

2.2 Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya
sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.

2.3 Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan, mudah
disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai dengan sukatan
pelajaran masa kini.

2.4 Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

2.5 Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping peralatan
yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

1
3.0 TARIKH

Persekolahan bermula 3 Januari hingga 1 November 2017

4.0 TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

5.0 SASARAN

5.1 Guru-guru SMK Sultan Azlan Shah

5.2 Pengawas PSS 2017

6.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

6.1 Penambahan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


PERBELANJAAN
1. Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan
untuk kegunaan perpustakaan. RM 1500.00 PCG
(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung,
rujukan dan latihan serta langganan majalah
dan akhbar)

2. Membeli dan membina pelbagai bahan


bantu mengajar. RM 500.00 PCG
(bahan berbentuk carta, model serta alatan
yang berkaitan dengan P&P)

3. Memohon sumbangan daripada pihak luar.


(Perpustakaan Negara Malaysia, BTPNKL, - BPTN
Dewan Bahasa dan Pustaka serta syarikat- PERPUSTAKAAN
syarikat swasta) NEGERI PERAK

6.2 Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


BELANJAWAN
1. Memilih dan mengasingkan buku-buku lama - Buku dilabel
dan menyusun buku mengikut Sistem mengikut warna
Pengkelasan Dewey. pengkelasan

2. Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak - Sumbangan


buku

3. Memasang karpet dinding pada papan Sumbangan


kenyataan di pusat sumber (bilik wall room)
Papan kenyataan 12 papan kenyataan 4X4m2 RM 1376
172m2 x RM 8 =
Papan kenyataan 2 papan kenyataan 6x4
24m2 x RM 8 = RM 192

2
4. Menambah sudut informasi dan RM 300.00 PCG
melengkapkan papan kenyataan di bilik pusat
sumber, bilik unit Teknologi Pendidikan dan
bilik akses.

6.3 Aktiviti dan Program PSS

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN
1 Mengadakan majlis perlantikan pengawas PSS RM 100.00

2 Program Nilam RM 100.00

3 Program Kem Membaca 1 Malaysia RM 500.00


4 Literasi maklumat - memperkenalkan Sistem Pengkelasan Waktu ganti kelas GPM
Dewey kepada murid

5 Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS RM 100.00


untuk projek mengindahkan sekolah.

6 Aktiviti bersama panitia atau kaunseling RM 50.00


contoh program anti dadah peringkat sekolah

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Perbelanjaan

Jumlah keseluruhan yang diperlukan dalam projek pembangunan Pusat Sumber


Sekolah adalah RM 4718.00

7.2 Pendapatan

BIL PERKARA PERUNTUKAN

1. Wang Sekolah (Peruntukan Geran Perkapita) RM 3630.00

2. Keuntungan jualan surat khabar 2016 RM 21.00

3. Duit runcit - Jualan buku Nilam RM 20.00


4. Derma dan sumbangan
RM 500.00
- Ibu bapa

- Aktiviti jualan PSS RM 200.00

- Lain-lain RM 1000.00

3
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Penasihat : Tn Hj Mohd Shukor Bin Hj Ahmad


Pengetua SMK Sultan Azlan Shah

Pengerusi : En. Ahmad Jailani bin Kamaroddin


Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Sultan Azlan Shah

Naib Pengerusi 1 : Cik Satariah bt Mohamad


Penolong Kanan HEM SMK. Sultan Azlan Shah

Naib Pengerusi 2 : Tn Hj Abdul Hakim Bin Abdul Malik


Penolong Kanan Ko kurikulum SMK. Sultan Azlan Shah

Penyelaras : En Razali Bin Daud


Guru Kanan Bahasa SMK. Sultan Azlan Shah

Setiausaha : Pn. Najihah Bt Md Zubir


Guru Perpustakaan dan Media SMK. Sultan Azlan Shah

AJK Pusat Sumber : Cik Nur Athirah Bt Ismail


Guru Unit Teknologi Pendidikan SMK. Sultan Azlan Shah

AJK Media Elektronik : En Lokman Bin Ramdan Mohamed


Guru Penyelaras Bestari

AJK Komputer : En Muhammad Nor Al-Hadi Bin Abdul Mutalib


Juruteknik Komputer sekolah

AJK BBM/BBB : Ketua Panitia

AJK Nilam : Guru Kelas

9.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dan
mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat tumpuan ilmu di
sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat
berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:

(Najihah Bt Md Zubir) (En Razali Bin Daud) (Hj Mohd Shukor Bin Hj Ahmad)
Guru Perpustakaan & Media Guru Kanan Bahasa Pengetua
SMK Sultan Azlan Shah, SMK Sultan Azlan Shah SMK Sultan Azlan Shah
33400 Lenggong, Perak 33400 Lenggong Perak 33400 Lenggong Perak

You might also like