Dosh Report

You might also like

You are on page 1of 43

ISI KANDUNGAN

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1-3

Abstrak 4-5

Pengenalan 6

Latar Belakang Syarikat 7

Carta Organisasi (QHSE) Quality,Health,Safety and Environment 8

Serada Realty

BAHAGIAN 1 9

POLISI JESELAMATAN & KESIHATAN 10

CARTA ORGANISASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN 11

1.4 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN 12

1.5 EMERGENCY RESPONSE PLAN ( ERP ) 13

NOMBOR TELEFON KECEMASAN. 14

BAHAGIAN 2 15

2.1 PEMILIHAN TEMPAT KERJA 16

2.2 KAEDAH 17

2.3 KAEDAH MENGENALPASTI HAZARD 18

(a) Pemantauan dan pemerhatian. 18

(b) Pemeriksaan 18

(c) Menyemak semula dokumen. 18

(d) Temubual pekerja dan penyelia 18

Kaedah Menaksir Dan Menilai Risiko 19

(a) Kaedah kualitatif 19

(b) Kemungkinan 19

(c) Keterukkan 21

PETUNJUK 21

Kaedah Kuantitatif 21

2
Hazard keselamatan 23

Hazard kesihatan 23

2.4 AKTIVITI DAN HAZARD 24

2.5 SENARAI HAZARD 24

2.6 HAZARD KESELAMATAN 24

2.7 HAZARD KESIHATAN 24

2.8 PEMILIHAN HAZARD KRITIKAL 25

Jadual 1.1 Hazard Fizikal 25

Jadual 1.2 Hazard Fizikal 26

Jadual 1.3 Hazard elektrik 26

Jadual 1.4 Hazard Fizikal 27

Jadual 1.5 Hazard Fizikal 27

Jadual 1.6 Hazard Fizikal 28

Jadual 1.7 Hazard Fizikal 28

Hazard kesihatan 29

Jadual 2.1 HAZARD ERGONOMIK 29

Jadual 2.2 HAZARD ERGONOMIK 29

2.8 HASIL DAN PERBINCANGAN 30

2.9 HAZARD FIZIKAL - TERSEPIT 31

3.0 HAZARD ERGONOMIK 32-34

3.1 SARANAN 35

3.2 KAWALAN KEJURUTERAAN 36

3.3 KAWALAN PENTADBIRAN 36

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI 37

PENGGANTIAN 38

MANFAAT KEPADA MASYARAKAT 42

RUJUKAN / SUMBER 43

3
ABSTRAK

4
ABSTRAK

Tugasan tempat kerja akan membincangkan tentang hazard keselamatan dan kesihatan tempat
di tapak pembinaan. Kerja yang dilakukan adalah kerja-kerja penyelenggaraan bangunan.
Kerja-kerja yang dijalankan didapati mempunyai pendedahan terhadap hazard-hazard yang
kritikal.Kaedah yang digunakan adalah dengan mengenalpasti hazard, menaksir dan menilai
risiko hazard menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Dengan kaedah ini dapat
menentukan peringkat yang tertinggi hingga yang terendah, dimana langkah-langkah kawalan
risiko yang sepatutnya dapat ditentukan mengikut hierarki kawalan risiko.

Laporan mengenai hazard-hazard tersebut dapat diketahui dengan lebih lanjut dan juga
saranan bagi pengawalan hazard dan mengelakkan dari berlakunya kemalangan. Program
meningkatkan kesedaran pekerja dan penguatkuasaan sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang lebih berkesan dicadangkan untuk memperbaiki lagi sistem kerja
yang ada sekarang. Sehubungan dengan itu tindakan yang sewajarnya boleh diambil oleh
majikan untuk menjadikan tempat kerja selamat dan sihat berdasarkan saranan dan langkah
kawalan yang dicadangkan.

5
PENGENALAN

6
1.1 Latar Belakang Syarikat

Jadual : Latar Belakang Syarikat


Nama Syarikat Serada Realty Sdn. Bhd.

Alamat Di Daftarkan 202, Tingkat 2,


Jalan Batas Baru,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Alamat Perniagaan No.5, Tingkat Satu,


(Kuala Terengganu) Wisma Armon, Jalan
Kamaruddin,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Telefon dan Faks Tel : 609-6226518 / 609-


6232587
Fax : 609-6221 530

E-Mail seradarealty@gmail.com

Kuala Lumpur 10, Jalan Excella 2,


Off Jalan Ampang Putra,
Taman Ampang Hilir,
55100 Kuala Lumpur.

Tel. dan Fax Tel : 603-4278 5171


Fax : 603-4278 6171

7
1.2 Carta Organisasi (QHSE) Quality,Health,Safety and Environment Serada Realty

Bahagian Keselamatan,Kesihatan,Kualiti dan Persekitaran untuk Serada Realty Telah


dibentuk dan diuruskan oleh Pengarah Bahagian ini iaitu Encik Abd Aziz Salleh dan dibantu
oleh Pembantu Beliau Encik Mohd Saidin Awi bagi menguruskan berkenaan
Keselamatan,Kesihatan,kualiti dan Persekitaran.Setiap daripada kontraktor utama perlu
menyediakan seorang Penyelia Keselamatan tapak bina untuk menjaga tapak bina masing-
masing.

(sila rujuk lampiran 1 : Carta organisasi).

8
Lampiran 1

1.3 Carta Organisasi (QHSE) Quality,Health,Safety and Environment Serada Realty

Pengarah Keselamatan
AINUDDIN B. DATO’ABDULLAH

Pembantu Pengarah
WAN MOHD HAFIZ

Site Safety Supervisor Security

Mohd Saidin Awi Hafiz Bin Razali

9
BAHAGIAN 1

10
1.1 SAFETY AND HEALTH POLICY

POLISI KESIHATAN, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN


SERADA REALTY SDN BHD

Pengurusan SERADA REALTY SDN. BHD. hendaklah membentuk kepimpinan dalam


mewujudkan matlamat keselamatan dan tanggungjawab terhadap kesihatan, keselamatan dan
mengekalkan prestasinya. Pihak pengurusan berusaha untuk menyediakan sumber untuk
memastikan pelaksanaan program keselamatan dalam membentuk persekitaran pembinaan
yang berkesan dalam mematuhi undang-undang Malaysia dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
(Akta 127). Matlamat Polisi Kesihatan, Keselamatan dan alam sekitar adalah untuk mencapai
tahap tertinggi kecemerlangan dalam hal-hal kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.
Dasar matlamat. SERADA REALTY SDN. BHD. adalah untuk mewujudkan persekitaran
tempat kerja yang sihat dan selamat. Salah satu objektif adalah membentuk suasana bekerja
yang selamat pada setiap masa yang merangkumi langkah pencegahan kemalangan dan
penghapusan kerosakan harta seluruh projek.
Menurut polisi ini SERADA REALTY SDN. BHD. bertanggungjawab bagi memastikan
persekitaran kerja yang selamat dan sihat dikekalkan, disamping berusaha mengekalkan
produktiviti dan kecekapan dalam memenuhi objektif syarikat. Contoh-contoh positif yang
berterusan dan sokongan komited dari semua peringkat organisasi ke arah tempat kerja yang
bebas kemalangan. Oleh yang demikian, objektif utama syarikat ini yang ditekankan dalam
budaya kerja selamat merangkumi:
 Aplikasi amalan reka bentuk pemasangan dan penyelenggaraan peralatan kejuruteraan.
 Mengekalkan sistem yang efektif dalam melaporkan kemalangan dan memastikan
prosedur menyiasat dan merekod dilaksanakan.
 Penelitian berterusan terhadap kesihatan, keselamatan dan persekitaran terhadap
prestasi dan mengaudit semua aspek operasi yang terlibat.
 Untuk mengekalkan pencegahan yang berkesan dan pelan kontingensi bagi menangani
kemungkinan situasi kecemasan dan keadaan yang buruk kepada kakitangan dan orang
awam.
Pengurusan SERADA REALTY SDN. BHD. menitikberatkan HSE dan hendaklah
menguatkuasakan kod amalan dalam had yang dibenarkan dalam mencapai matlamat iaitu sifar
kemalangan. Pengurusan dan kakitangan di semua peringkat seluruh SERADA REALTY
SDN. BHD. perlu melaksanakan dasar ini dan sentiasa berusaha setiap masa untuk mencapai
objektif HSE.
SERADA REALTY SDN. BHD. menuntut semua pekerja yang terlibat secara langsung atau
secara tidak langsung dalam projek ini agar mematuhi polisi ini pada setiap masa.
“SAFETY IS OUR PRIORITY – WORK SAFELY”

……………………..………………………………………..
(AINUDDIN BIN TAN SRI DATO’ HJ ABDULLAH )
MANAGING DIRECTOR
04 OKTOBER 2015

11
1.1 CARTA ORGANISASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN SRSB

SAFETY HEALTH
COMMITTE

GENERAL MANAGER
SRSB MANAGEMENT

SAFETY & HEALTH


OFFICER

MAIN / SUB CONTRACTOR

SAFETY SUPERVISOR

MAIN / SUB CONTRACTOR

12
1.3 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN.

Tanggungjawab utama adalah untuk mengurus dan mentadbir Program Keselamatan dan
kesihatan yang menyeluruh bagi semua unit perniagaan dan memastikan pelaksanaan kepada
orang-orang yang berada dalam perniagaan dengan kami. Program keselamatan bertujuan
untuk menunjukkan tahap penjagaan dan perhatian kepada keselamatan bagi semua
Kontraktor perlu mengikuti apabila bekerja untuk Serada Realty Sdn Bhd.

Program Keselamatan ini meliputi pencegahan kecederaan akibat kemalangan, keracunan


pekerjaan dan penyakit pekerjaan dan kerosakan harta benda. Serada Realty dan kontraktor
hendaklah menyediakan dan mengekalkan persekitaran yang selamat, bebas bahaya bekerja
untuk pekerja, rakan sekerja dan orang awam. Program Keselamatan Kontraktor hendaklah
menggabungkan semua prinsip Program Keselamatan yang disediakan oleh QHSE
(Quality,Health,Safety and Environment) Serada Realty.

Setiap kontraktor mempunyai tanggungjawab berkontrak untuk melaksanakan kerjanya


dengan menggunakan kaedah selamat dan mematuhi Program Keselamatan dan semua
undang-undang keselamatan berkanun.

Pengurus Projek hendaklah memantau pematuhan semua pekerja di tapak, semua Kontraktor,
dan pekerja masing-masing untuk memastikan perhatian yang betul dan berhati-hati dalam
pelaksanaan aktiviti kerja. Bantuan dan kerjasama daripada Perunding dapat mencapai
objektif Program Keselamatan ini.

Setiap proses kerja tidak boleh dijalankan sehingga langkah sewajarnya telah diambil untuk
melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja yang terlibat. Kemalangan dan
kecederaan boleh dielakkan dengan mengikuti amalan kerja selamat.

DOKUMEN BERSEKUTU
 Pemerhatian Keselamatan (SOP-02-SHE-001)
 Bekerja di Tempat Tinggi (SOP-02-SHE-005)
 Operasi Kren dan Skylift (SOP-02-SHE-006)
 Perancah (SOP-02-SHE-008)
 Pertolongan Cemas di Tempat Kerja (SOP-02-SHE-012)
 Radas pernafasan (SOP-02-SHE-013)

13
1.4 Emergency Response Plan (ERP)
1. Jenis kecemasan untuk pemindahan segera

 Api
 Keruntuhan Struktur
 Letupan
 Tumpahan Kimia / Wap
2. Pelan Tindakan

Keadaan yang dikenalpasti dan


dilaporkan
Pegawai Keselamatan kontraktor untuk
dimaklumkan dengan serta-merta

Siren dihidupkan

Bergantung kepada keadaan pihak berkuasa


yang berkaitan dimaklumkan oleh Pegawai
Penyelia Keselamatan menyelaras dan Keselamatan
membimbing pekerja ke kawasan
perhimpunan

Kedatangan pihak berkuasa kecemasan yang


berkaitan
Pekerja disahkan dan dikira oleh
penyelia

Siasatan dalaman
Pegawai Keselamatan berhubung
dengan pihak berkuasa kecemasan

Pelajaran dipelajari

Keadaan diambil alih oleh pihak


berkuasa

14
1.5 TALIAN KECEMASAN

Bil. Nama Organisasi No. Telefon

1 Jabatan Bomba Dan Penyelamat 09-623 4444


Malaysia

2 Jabatan Pertahanan Awam Kuala 09-667 2991


Terengganu

3 Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu 09-624 6222

4 Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala 09-621 2121


Terengganu

5 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan 09-622 5288


Pekerjaan TRG

6 Jabatan Alam Sekitar Terengganu 09-626 1044

7 CIDB Kuala Terengganu 09-624 5311

8 Tenaga Nasional Berhad Kuala 09-622 14059


Terengganu

9 HOTLINE KECEMASAN 999

15
BAHAGIAN 2

16
2.1 BAHAGIAN 2

2.1.1 PEMILIHAN TEMPAT KERJA

OBJEKTIF
(a) Memahami tentang organisasi ,proses kerja, persekitaran kerja dari segi keselamatan dan
kesihatan di tapak kerja semasa proses penyelenggaraan dilakukan.
(b) Megenalpasti jenis hazard keselamatan dan kesihatan dalam proses kerja-kerja
penyelenggaraan .
(c) Menerangkan kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti hazard keselamatan dan
kesihatan.
(d) Menilai risiko-risiko keselamatan dan kesihatan yang wujud dari setiap hazard untuk
menghapuskan atau mengurangkan hazard dan kemalangan.
(e) Merangka dan mencadangkan langkah-langkah kawalan risiko.
(f) Mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat

17
2.2 KAEDAH

Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenalpasti hazard keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja yang menggunakan empat kaedah utama iaitu kaedah pemantauan
dan pemerhatian, kaedah pemeriksaan, kaedah menyemak semula dokumen dan kaedah
temubual pekerja. Perbincangan dalam bahagian ini tertumpu kepada proses pengumpulan
data dan maklumat yang berkaitan dengan hazard keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Kedua, kaedah penaksiran risiko yang akan dianalisis berdasarkan data dan maklumat
kesemua hazard yang telah dikenalpasti. Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu Kaedah
Kualitatif dan Kaedah Kuantitatif. Perbincangan ini tertumpu kepada faktor kemungkinan dan
keterukan untuk di analisis.

18
2.3 Kaedah Mengenalpasti Hazard

(a) Pemantauan dan pemerhatian.


Pemantauan dan dan pemerhatian dilakukan di kawasan kerja-kerjakerja-kerja pembersihan
bangunan, kerja membaiki kerosakkan di dalam bangunan dan kerja-kerja penambahbaikkan
di sekitarbangunan pada setiap hari untuk mengenalpasti hazard-hazard yang wujud bagi
setiap proses kerja yang dilakukan. Kaedah ini dilakukan dengan masuk ke kawasan kerja
serta memerhati keadaan sekeliling kawasan kerja samada dalam keadaan yang selamat atau
sebaliknya. Dalam pada itu, pemerhatian juga difokuskan kepada
alat-alat yang digunakan semasa dan selepas aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan. Ini bagi
mengenalpasti hazard-hazard yang wujud sebelum, semasa dan selepas aktiviti kerja.

(b) Pemeriksaan
Kaedah ini lebih memfokuskan kepada alat-alat yang digunakan, dan peralatan perlindungan
diri (PPE) pekerja. Kaedah ini bagi mengenalpasti alat-alat kelengkapan yang digunakan
dalam keadaan selamat dan baik. Pendekatan ini dilakukan dengan cara merujuk kepada sijil-
sijil kelayakan, cop kelulusan, cara pemakaian dan penggunaan.

(c) Menyemak semula dokumen.


Semakan semula dokumen boleh dilakukan dengan cara meyemak semula laporan-laporan
kemalangan. Melalui kaedah ini cara pengenalpastian hazard boleh dilakukan dengan
berkesan. Disamping itu dapat mengetahui punca sebenar hazard yang berlaku. Dengan cara
ini dapat memberi petunjuk kepada syarikat dalam membantu mengelakkan daripada
berlakunya dan berulangnya kemalangan yang sama semasa membuat kerja.

(d) Temubual pekerja dan penyelia


Kaedah ini melibatkan dua kategori iaitu temubual dengan pekerja-pekerja yang melakukan
kerja penyelenggaraan di bangunan dan temubual dengan pihak pengurusan dan operasi.
Kaedah ini hanya dilakukan secara tidak formal yang mana lebih kepada perbualan dan

19
pertanyaan secara spontan. Temubual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan
dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

2.4 Kaedah Menaksir Dan Menilai Risiko

(a) Kaedah kualitatif


Proses penaksiran risiko bermula dengan pengumpulan maklumat mengenai kesemua hazard
yang telah dikenalpasti. Melalui Kaedah kualitatif, hazard- hazard yang dikumpul akan
dianalisis dan dikategorikan berdasarkan faktor kemungkinan dan keterukan pada tahapyang
rendah kepada tahap yang tinggi untuk menghasilkan tiga keadaan risiko iaitu risiko tinggi,
risiko sederhana dan risiko rendah. Berikut adalah kategori kemungkinan dan keterukan.
(b) Kemungkinan
1. Sangat tidak mungkin – Tidak boleh berlaku,tetapi ia boleh berlaku sesekali.
2. Tidak mungkin – Risiko daripada hazard itu boleh berlaku tetapi jarang.
3. Mungkin – Risiko hazard boleh berlaku dengan mudah atau sekali-sekala.
4. Mungkin akan berlaku – Risiko hazard kemungkinan besar boleh berlaku bila-bila.
5. Sangat Mungkin – Risiko hazard pasti boleh berlaku setiap kali kerja dilakukan.

Pengukuran kemungkinan ini juga dinilai berdasarkan dua faktor iaitu Keadaan Tidak
Selamat dan Tindakan Tidak Selamat. Keadaan Tidak Selamat adalah seperti pendedahan
kepada persekitaran (Cuaca panas) dengan kekerapan kerja serta jangkamasa bekerja,
kekerapan melakukan kerja dan jangkamasa pada paras yang tinggi dan jumlah pekerja yang
terlibat. Manakala Tindakan Tidak Selamat adalah seperti kurang pengetahuan mengenai
hazard yang wujud, memperkecilkan risiko pendedahan hazard, memperkecilkan keperluan
sistem dan cara kerja selamat.

20
(c) Keterukkan

Keterukan adalah akibat daripada keadaan dan insiden yang tidak selamat di tempat kerja.

1. Kecederaan yang boleh di abaikan – kemalangan nyaris atau kecederaan kecil yang
boleh dirawat menggunakan peralatan kecemasan biasa dan hanya memerlukan
pertolongan awal.
2. Kecederaan ringan - Kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan di hospital atau
klinik yang menyebabkan hilang upaya sementara atau memerlukan cuti daripada
kerja. Cuti maksima tidak melebihi emapat hari.
3. Kecederaan teruk – Kecederaan anggota badan atau hilang upaya kekal atau
sakitkronik yang memerlukan rawatan kecemasan segera di hospital atau klinik dan
boleh menyebabkan pesakit ditahan di wad. Cuti sakit boleh melebihi empat hari.
4. Kematian/Tahap kritikal - Kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.
5. Kematian berganda/Bencana – Kemalangan besar yang melibatkan kematian yang
ramai atau apa-apa bencana seperti keruntuhan bangunan, bencana alam selain boleh
mengakibatkan kerosakkan harta benda dan kerugian besar.

21
Berikut adalah Jadual Risiko Kualitatif dari JKKP yang dibentuk berdasarkan faktor
keterukan dan kemungkinan serta tahap-tahap yang telah diklasifikasikan.

Keterukkan

kebarangkalian (1) (2) (3) (4) (5)

Kecederaan Kecederaan Kecederaan Kematian/ Kematian


yang boleh ringan Teruk Tahap kritikal berganda,
diabaikan bencana

(5)
Sangat mungkin
(5) ( 10 ) ( 15 ) ( 20 ) ( 25 )

(4)

Mungkin akan (4) (8) ( 12 ) ( 16 ) ( 20 )


berlaku

(3)

Mungkin berlaku (3) (6) (9) ( 12 ) ( 15 )

(2)

Tidak mungkin (2) (4) (6) (8) ( 10 )

(1)

Sangat tidak (1) (2) (3) (4) (5)


mungkin

Jadual 1

22
PETUNJUK

1-4 : Tahap risiko rendah.


Perlu diambil tindakan selepas langkah kawalan untuk tahap risiko sederhana telah
dikenalpasti.
5-12 : Tahap risiko sederhana
Perlu diambil tindakan selepas langkah kawalan untuk tahap risiko tinggi telah dikenalpasti.
15-25 : Tahap risiko tinggi
Perlu diambil tindakan segera selepas langkah kawalan telah dikenalpasti sebelum kejadian
tidak diingini berlaku.

2.3 Kaedah Kuantitatif

Kaedah ini merupakan kaedah memberi nilai kuantiti kepada risiko dengan menggunakan
sistem angka. Melalui kaedah ini, tahap kemungkinan dan tahap keterukan akan diletakkan
angka berdasarkan kepada tahap yang rendah kepada tahap yang tinggi. Angka tersebut
kemudiannya akan didarabkan untuk mendapatkan kebarangkaliannya. Berikut adalah
formula penaksiran risiko:

Hasil daripada kaedah ini, risiko dapat dibezakan mengikut jumlah walaupun berada dalam
lingkungan risiko tinggi atau rendah. Dalam pada itu, risiko dan hazard yang paling tinggi
akan dapat dikenalpasti. Kaedah ini akan diterbitkan melalui jadual matrik risiko.

23
Berikut adalah jadual matriks penaksiran risiko dengan berpandukan kepada satu
contoh hazard keselamatan dan satu contoh hazard kesihatan.

Hazard keselamatan

Hazard Kemungkinan Keterukan Risiko


Fizikal - Tersepit 4 3 12

Hazard kesihatan

Hazard Kemungkinan Keterukan Risiko


Ergonomik – Kerja 3 4 12
berulang-ulang

24
2.4 AKTIVITI DAN HAZARD

Berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang telah digunakan, data dan maklumat telah diperolehi
bagi memberi gambaran yang jelas tentang senario aktiviti kerja penyelenggaraan yang telah
dilakukan di antara senarai hazard utama yang boleh menyumbang kepada kemalangan dan
penaksiran serta penilaian dengan mengkategorikan rating hazard. Seterusnya kesan-kesan
hazard yang boleh menyumbang kepada kemalangan yang buruk.

2.5 Senarai Hazard


Melalui kaedah-kaedah yang digunakan dalam mengenalpasti hazard bagi kerja-kerja
penyelenggaraan di dalam bangunan. Dua hazard utama yang wujud iaitu hazard keselamatan
dan juga hazard kesihatan. Dibawah disenaraikan hazard yang wujud.

2.6 Hazard keselamatan


1. Fizikal - Tersepit
2. Fizikal – Jatuh dari tempat tinggi (abseiling)
3. Elektrik - Kejutan elektrik
4. Fizikal - jatuh dari tempat tinggi (scaffolding)
5. Fizikal – Terjatuh dari Skylift
6. Fizikal –Pelawat tergelincir

2.7 Hazard kesihatan


1. Ergonomik – Kerja yang berulang-ulang.
2. Ergonomik – Melakukan kerja pengorekkan
3. Ergonomik - Kerja di ruang yang terhad

25
2.8 Pemilihan hazard yang kritikal

Seperti kaedah penilaian risiko yang telah dibincangkan dalam bab 4, hazard-hazard yang
dikenalpasti akan dianalisis, ditafsir dan dinilai risikonya. Hasil daripada kaedah ini, terdapat
enam hazard yang dikenalpasti wujud di tapak bina semasa proses penyelenggaraan bangunan
dilakukan. Terdapat tujuh(7) hazard keselamatan dan tiga(3) hazard kesihatan telah
dikenalpasti. Kesemua hazard yang telah dikenalapasti telah dianalisis, ditafsir dan dinilai
risikonya. Jadual 1.1-1.7akan menunjukkan Hazard Keselamatan dan Jadual 2.1-2.3 akan
menunjukkan hazard Kesihatan. Di bawah menunjukkan hasil daripada penilaian yang telah
dibuat manakala Jadual 3, menunjukkan Keputusan Pemilihan Hazard Paling Kritikal.

Hazard Keselamatan
Jadual 1.1 Hazard Fizikal

No. Perkara Keterangan


1 Jenis hazard  Fizikal– Tersepit pada mesin semasa kerja
penyelenggaraan mesin.
2 Keadaan tidak selamat /  Bekerja tanpa pengawasan penyelia.
tindakan tidak selamat  Tidak memastikan keadaan suis dalam keadaan
manual mode.
 Pekerja tidak mengikut prosider amalan kerja
selamat.
 Pekerja cuai untuk memastikan Zero energy state
pada motor mesin tersebut.
3 Keterukkan  Kecederaan teruk
4 Kemungkinan  Sangat mungkin
5 Risiko  Tinggi

26
Jadual 1.2 Hazard Fizikal

No. Perkara Keterangan


1 Jenis hazard  Fizikal – jatuh daripada tempat tinggi semasa
kerja mencuci tingkap bangunan menggunakan
abseiling.
2 Keadaan tidak selamat /  Bermain – main semasa kerja mencuci.
tindakan tidak selamat  Kurang memberi perhatian yang lebih ketika sesi
taklimat ringkas setiap hari.
 Pekerja melanggar arahan penyelia untuk
mengikut prosedur amalan kerja selamat.
3 Keterukkan  Kematian / Tahap kritikal
4 Kemungkinan  Tidak mungkin
5 Risiko  Sederhana

Jadual 1.3 Hazard elektrik

No. Perkara Keterangan


1 Jenis hazard  Elektrik – kejutan elektrik semasa kerja-kerja
penyelenggaraan mesin.
2 Keadaan tidak selamat /  Pekerja yang tidak mendapat kelulusan daripada
tindakan tidak selamat suruhanjaya tenaga melakukan kerja
penyelenggaraan.
 Bergurau semasa bekerja.
 Tidak mengikut prosedur amalan kerja selamat.
3 Keterukkan  Kematian / Tahap kritikal
4 Kemungkinan  Tidak mungkin
5 Risiko  Sederhana

27
Jadual 1.4 Hazard Fizikal

No. Perkara Keterangan


1 Jenis hazard  Fizikal – jatuh dari tempat tinggi semasa bekerja
menggunakan perancah.
2 Keadaan tidak selamat /  Bekerja pada paras ketinggian melebihi dua
tindakan tidak selamat meter.
 Sering tidak memakai abah-abah (safety
harness) semasa berada di atas perancah.
3 Keterukkan  Kematian / Tahap kritikal
4 Kemungkinan  Tidak mungkin
5 Risiko  Sederhana

Jadual 1.5 Hazard Fizikal

No. Perkara Keterangan


1 Jenis hazard  Fizikal – Terjatuh dari Skylift.
2 Keadaan tidak selamat /  Mengangkat melebihi beban yang dibenarkan.
tindakan tidak selamat  Permukaan tapak yang tidak rata.
 Tidak memakai Safety Harness

28
Jadual 1.6 Hazard Fizikal

No. Perkara Keterangan


1 Jenis hazard  Fizikal – Terbakar pada tubuh badan ketika
melakukan kerja kimpalan.
2 Keadaan tidak selamat /  Bermain – main semasa kerja kimpalan.
tindakan tidak selamat  Tidak focus ketika melakukan kerja.
 Bahan mudah terbakar berhampiran dengan
kawasan kerja.
3 Keterukkan  Kecederaan Serius / Tahap kritikal
4 Kemungkinan  Tidak mungkin
5 Risiko  Sederhana

Jadual 1.7 Hazard Fizikal

No. Perkara Keterangan


1 Jenis hazard  Fizikal –Pelawat tergelincir / jatuh.
2 Keadaan tidak selamat /  Berlari-lari kerana ingin cepat.
tindakan tidak selamat  Permukaan lantai yang berair.
 Pekerja tidak meletakkan papan tanda amaran.
3 Keterukkan  Kecederaan Ringan
4 Kemungkinan  Mungkin
5 Risiko  Sederhana

29
Hazard kesihatan

Jadual 2.1 Hazard Ergonomik


No. Perkara Keterangan
1 Jenis hazard  Ergonomik – kekerapan bekerja menggunakan
abah-abah semasa abseiling.
2 Keadaan tidak selamat /  Bekerja pada paras ketinggian melebihi 3meter.
tindakan tidak selamat  Berlaku hentakan pada bahagian pinggang
semasa turun secara perlahan-lahan.
 Kedudukan postur tulang belakang yang tidak
betul.

3 Keterukkan  Kecederaan teruk


4 Kemungkinan  Mungkin
5 Risiko  Tinggi

Jadual 2.2 Hazard Ergonomik


No. Perkara Keterangan
1 Jenis hazard  Ergonomik – Sering melakukan kerja-kerja
pengorekkan.contoh:- Gerudi.
2 Keadaan tidak selamat /  Getaran
tindakan tidak selamat  Tidak memakai Penutup mulut.
 Bekerja dalam kedudukan postur yang salah.
3 Keterukkan  Kecederaan teruk
4 Kemungkinan  Kemungkinan yang tipis
5 Risiko  Sederhana

30
2.9 HASIL DAN PERBINCANGAN

Jadual 3 : Keputusan pemilihan hazard paling kritikal.


No Hazard Keterukkan Kemungkinan Tahap
risiko
Hazard keselamatan
1 Fizikal – Tersepit pada mesin semasa 3 4 12
kerja penyelenggaraan mesin
dilakukan.
2 Fizikal– Jatuh daripada tempat tinggi 4 3 12
semasa kerja memeriksa bangunan
menggunakan abseiling.
3 Elektrik – Kejutan elektrik semasa 3 4 12
kerja-kerja penyelenggaraan mesin.
4 Fizikal – Jatuh dari tempat tinggi 3 3 9
semasa bekerja menggunakan
perancah.
5 Fizikal – Jatuh dari Skylift ketika 3 3 9
menggunakannya.
6 Fizikal – Terbakar tubuh badan ketika 3 3 9
melakukan kerja kimpalan.
7 Fizikal –Pelawat tergelincir di tempat 2 2 4
laluan masuk dan keluar.
Hazard Kesihatan

8 Ergonomik – Kekerapan bekerja 4 3 12


menggunakan abah-abah semasa
pemeriksaan bangunan.
9 Ergonomik _ Sering melakukan kerja 4 3 12
pengorekkan (Gerudi) .

31
2.9 Hazard Fizikal - Tersepit
Semasa menjalankan proses penyelenggaraan mesin terdapat hazard membelit yang boleh
menyebabkan berlakunya kecederaan kepada juruteknik yang melakukan kerja
penyelenggaraan. Kemungkinan untuk berlakunya kemalangan boleh terjadi. Kejadian jari
tersepit pada mesin begitu tinggi.

Berdasarkan dua kes kemalangan yang telah dilaporkan oleh penyelia kepada pihak
pentadbiran, didapati kejadian jari tersepit padamesintelah berlaku sebanyak dua kali. Kes ini
dipandang serius kerana kejadian tersebut telah menyebabkan berlakunya kecederaan masa
hilang kepada syarikat akibat daripada pekerja yang terlibat telah diberi cuti sakit melebihi
empat hari. Sekiranya keadaan ini beterusan kemungkinan untuk mendapatkan kontrak
penyelenggaraan daripada kerajaan malaysia akan menurun KPI (key performance
indicator). Oleh itu syarikat memandang serius kejadian ini supaya tidak berulang lagi pada
masa hadapan.

Berdasarkan hazard tersebut didapati beberapa punca telah dikenalpasti yang menyebabkan
berlakunya kemalangan. Ianya berpunca daripada kecuaian pekerja itu sendiri yang tidak
mengikut prosedur amalan kerja selamat. Ini yang dinamakan sikap sambil lewa yang tidak
sepatutnya diamalkan oleh setiap pekerja kerana tanggungjawab pekerja adalah memastikan
keselamatan diri sendiri semasa melakukan kerja. Alasan yang biasa diberi oleh mangsa
adalah tidak tahu mengenai prosedur amalan kerja selamat. Pemantauan daripadapenyelia
juga agak longgar kerana membiarkan sahaja pekerja bekerja tanpa mengawasi dari masa ke
semasa.

Penyelia seharusnya memberi sedikit taklimat ringkas mengenai keselamatan dan kesihatan
sebelum melakukan kerja- kerja yang berisiko tinggi ini. Kebanyakkan pekerja yang
ditemuduga secara spontan juga tidak mengetahui tentang bahaya yang ada semasa
melakukan kerja penyelenggaraan mesin ini.

32
3.0 Hazard Ergonomik.

Ergonomik merupakan satu disiplin di dalam di dalam bidang keselamatan dan kesihatan
kemanusiaan yang mengkaji hubungan manusia dengan peralatan-peralatan, jentera-jentera,
prosedur-prosedur dan persekitaran kerja. Ergonomik memberi tumpuan kepada usaha untuk
mengoptimakan keupayaan manusia dengan kerja yang dilakukan. Perkataan ergonomik
diambil daripada dua terma Bahasa Greek iaitu ergondan nomos. Ergon bermaksud kerja
ataupun usaha manakala Nomos bermaksud peraturan. Apabila kedua-dua terma ini
digabungkan ianya menjadi ergonomik.

Apabila kedua-dua terma ini digabungkan menjadi ergonomik, ia membawa maksud satu
bidang saintifik yang cuba untuk menyesuaikan sistem kerja dengan keupayaan manusia.

Kerja-kerja memeriksa bangunan biasa dilakukan di beberapa bangunan. Peralatan


perlindungan diri yang menyebabkan berlakunya masalah ergonomik ini adalah abah-abah.
Ini adalah kerana kerja memeriksa bangunan yang dijalankan setiap hari menyebabkan
pekerja hanya mendapat sokongan daripada abah-abah untuk menyokong postur tulang
belakang. Apabila kerja yang dilakukan terlalu kerap menyebabkan keadaan tulang belakang
tidak berada pada postur yang betul. Berlaku juga hentakan semasa kerja-kerja
menyelenggara dijalankan. Walaupun hentakan yang berlaku tidak terlalu kuat tetapi masih
lagi memberi kesan kepada keadaan tulang belakang akibat daripada kerja yang dilakukan
berulang-ulang. Kebiasaannya kerja yang dilakukan melebihi tempoh 8 jam sehari iaitu satu
tempoh yang panjang dan dilakukan enam hari seminggu. Jumlah pekerja yang ditugaskan
untuk menjalankan aktiviti ini juga tidak ramai kerana ramai yang tidak mahu mengambil
risiko. Ini berdasarkan daripada temubual dengan pekerja yang telah lama bekerja dan telah
mengalami sakit pinggang. Kerja-kerja yang dilakukan adalah untuk memenuhi kontrak
peyelenggaraan yang dipersetujui untuk memastikan keadaan bangunan sentiasa berada dalam
keadaan bersih dari kekotoran.

33
Ergonomik biasanya melibatkan Penyakit Muskuloskeletal (musculoskeletal disorders-
MSDS)iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh penggunaan yang berlebihan yang
mengakibatkan kehausan kepada otot-otot, tendon-tendon, sendi-sendi dan tisu-tisu
disekelilingnya. Ianya boleh mengakibatkan ketidakupayaan untuk menggunakan anggota
badan yang terbabit dalam jangkamasa yang panjang. Badan memerlukan rehat yang
secukupnya untuk memulihkan anggota badan yang penat bekerja seharian. Terdapat tiga
peringkat yang boleh diklasifikasikan sebagai tanda-tanda untuk mendapat gejala ini sebelum
pekerja mengalami keadaan yang bertambah teruk.
1. Peringkat amaran – Masalah sengal-sengal, kesakitan yang sedikit, ketidakselesaan,
kepenatan. Biasanya gejala ini dianggap normal oleh pekerja.
2. Peringkat penjejasan – sekiranya pekerja mengabaikan masalah pada peringkat
amaran akan menyebabkan berlakunya gejala yang nyata atau lebih serius lagi yang
lebih menyakitkan serta mengganggu prestasi kerja.
3. Peringkat ketidakupayaan – sekiranya pekerja tidak mendapatkan rawatan awal akibat
daripada penyakit MSDS pekerja tidak lagi dapat menggunakan anggota badan yang
terjejas.

Berdasarkan fakta tersebut ergonomik merupakan hazard yang perlu diambil perhatian. Ini
berdasarkan juga daripada temubual yang dilakukan antara unit keselamatan dan kesihatan
dengan pekerja. Hasilnya ada pekerja yang bekerja melebihi tempoh satu tahun telah
mengalami gejala sakit pinggang Pekerja ini mengalami kesakitan jika berdiri terlalu lama
dan juga duduk terlalu lama.

Walaupun penyakit yang berpunca daripada aktiviti menyelenggaraini memberi kesan untuk
satu tempoh jangka masa yang panjang, pekerja boleh membuat pemeriksaan dengan Doktor
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk memastikan penyakit yang dialami berpunca
daripada aktiviti tersebut atau semasa bekerja dengan syarikat atau majikannya yang terdahulu
sekiranya mendapat tanda-tanda untuk mendapat penyakit MSDS. Siasatan akan dibuat ke
atas majikan atau organisasi berkenaan jika hasil pemeriksaan tersebut membuktikan punca
sebenarnya. Ini secara tidak langsung, akan memberi kesan kepada organisasi atau majikan

34
berkenaan kerana boleh di ambil tindakan susulan oleh pihak JKKP atau mengalami masalah
yang melibatkan kos. Antaranya bayaran pampasan, kos siasatan, kos denda dan sebagainya.

Kesan daripada risiko ini kepada pekerja amat jelas iaitu boleh menyebabkan kecacatan kekal
atau tahap yang kritikal. Bagi syarikat yang berhadapan dengan hazard ini, kesannya bukan
sahaja akan kehilangan tenaga kerja yang mahir tetapi ia juga melibatkan aspek produktiviti
syarikat. Kebanyakan majikan tidak menyedari bahawa kemalangan akan menyebabkan
kerugian daripada aspek produktiviti. Walaupun majikan atau organisasi berkenaan telah
diinsurankan bagi melindungi mereka untuk setiap kemalangan yang berlaku, tetapi nisbah
kos yang diinsurankan dengan kos yang tidak di insurankan jauh lebih rendah kerana kos
insuran hanyalah melibatkan premium insuran dalam jangka kajian seperti liabiliti majikan
dan perubatan yang di panggil sebagai kos langsung (direct cost).

Kesan daripada risiko keselamatan dan kesihatan terhadap produktiviti adalah amat tinggi. Ini
adalah melibatkan kos-kos yang tersembunyi yang terpaksa di tanggung oleh majikan atau
organisasi sekiranya berlakunya kemalangan atau kematian di tempat kerja. Antara kos-kos
tersembunyi berkenaan adalah seperti berikut;
1) Membantu pekerja yang tercedera
2) Pekerja tidak bekerja kerana kerja yang tergendala
3) Kerugian produktiviti dan kualiti
4) Masalah pengambilan pekerja baru.
5) Kos mengganti pekerja baru dan latihan
6) Kos masa yang diambil untuk menyiasat
7) Kos kertas kerja
8) Kos kerugiaan hasil
9) Kos membaiki atau kos mengganti peralatan yang rosak
10) Kos belanja lebih masa kerana kerja tertangguh
11) Kos penerangan kepada JKKP
12) Kehilangan untung
13) Kehilangan pekerja mahir

35
3.1 SARANAN

3.1.1 Langkah kawalan

Berikut adalah langkah-langkah kawalan yang perlu dicadangkan bagi mengatasi risiko hazard
bagi hazard yang telah dibincangkan. Ianya adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya
kemalangan dan sekaligis memberi keselesaan kepada pekerja untuk bekerja dari segi
keselamatan dan kesihatan. Langkah-langkah kawalan yang dinyatakan lebih memfokuskan
kepada hazard yang paling kritikal.

3.1.2 Hazard keselamatan – Hazard Fizikal – tersepit.


* Tangan tersepit pada mesin/jentera semasa kerja penyelenggaraan.

Hirarki pengawalan Tindakan


Penghapusan  Tiada
Penggantian  Tiada
Pengasingan  Tiada
Kawalan kejuruteraan  Menyediakan penghadang mudah alih di bahagian mesin.

Kawalan pentadbiran  Menyediakan latihan secara berkala.


 Mengadakan taklimat ringkas kepada pekerja sebelum memulakan
kerja.
 Melakukan pemantauan yang berterusan oleh penyelia.

Alat Perlindungan  Memakai coverall


Diri(PPE)

36
KAWALAN KEJURUTERAAN

Berdasarkan daripada dua kejadian jari tersepit semasa penyelenggaraan mesin, maka
langkah kawalan kejuruteraan merupakan satu langkah yang praktik untuk mengelakkan
daripada berlakunya lagi kemalangan. Penghadang mudah alih boleh dipasang pada bahagian
mesinuntuk mengelakkan daripada jari tersepit.

KAWALAN PENTADBIRAN

1. Menyediakan latihan secara berkala.

Latihan secara berkala adalah penting untuk memastikan tahap kesedaran pekerja berada pada
tahap yang memuaskan dari segi aspek keselamatan semasa melakukan kerja
penyelenggaraan tali sawat. Dengan cara memberi latihan oleh orang yang berpengalaman
dapat menilai sejauh mana kefahaman pekerja mengenai cara menjaga keselamatan diri
semasa bekerja. Selain itu pekerja yang silih berganti juga menyebabkan kefahaman pekerja
tentang aspek keselamatan berkurangan. Latihan yang diberikan secara berkala dapat
menyegarkansemula minda pekerja supaya tidak berlaku kecuian atau kesilapan lagi. Latihan
yang di beri mestilah berpandukan daripada prosedur amalan kerja selamat. Hal ini adalah
untuk memastikan pekerja tahu tentang adanya prosedur yang disediakan untuk melakukan
kerja penyelenggaraan tali sawat.

2. Mengadakan taklimat ringkas kepada pekerja sebelum memulakan tugas.

Majikan perlu mengadakan satu sesi taklimat ringkas kepada pekerja yang ditugaskan
melakukan kerja penyelenggaraan tali sawat sebelum kerja-kerja dimulakan. Cara ni dapat
mengingatkan pekerja aspek-aspek keselamatan yang perlu dipatuhi semasa, sebelum dan
juga selepas melakukan kerja penyelenggaraan ini. Disamping itu juga dapat menyedarkan
pekerja tentang bahaya yang mungkin ada semasa melakukan kerja. Maka tidak akan timbul

37
alasan pekerja tidak tahu aspek menjaga keselamatan diri semasa melakukan kerja
penyelenggaraan.

Pemantauan yang berterusan oleh penyelia.


Penyelia diwajibkan melakukan pemantauan secara kerap keatas pekerja di bawah seliannya
supaya pekerja tidak melanggar prosedur amalan kerja selamat semasa melakukan kerja
penyelenggaraan. Longgarnya pemantauan daripada penyelia menyebabkan ada pekerja yang
mengambil jalan pintas untuk menyiapkan kerja dengan cepat tanpa memikirkan keselamatan
diri sendiri.

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI

Pakaian yang longgar boleh menyebabkan berlakunya hazard membelit. Kerja


penyelenggaraan ini boleh menyebabkan baju tersangkut dan boleh mewujudkan kemalangan
yang lebih teruk lagi. Pemakaian coveralldiwajibkan kepada pekerja sebelum melakukan
kerja. Hal ini kerana baju coverall bersesuaian dengan kerja kerana baju yang dipakai tidak
terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Hazard kesihatan – ergonomik – bekerja menggunakan abah-abah (safety harness)


secara kerap.
Hirarki pengawalan Tindakan
Penghapusan  Tiada
Penggantian  Menggunakan gondola.
 Menggantikan abah-abah yang boleh menyokong postur tulang
belakang.
Pengasingan  Tiada
Kawalan kejuruteraan  Tiada
Kawalan pentadbiran  Menyediakan jadual shift bertugas
 Melakukan senaman sebelum dan selepas bekeja.

PPE  Tiada

38
PENGGANTIAN

1. Menggunakan gondola.

Keselesaan kepada pekerja merupakan satu perkara yang penting untuk memastikan tahap
kerja yang memuaskan. Penggunaan gondola adalah satu tindakan yang sewajarnya dilakukan
kerana sebahagian tempat boleh menggunakan gondola. Hal ini kerana kesemua tempat yang
di lakukan untuk kerja-kerja menyelenggara.Sekiranya menggunakan gondola dapat
mengurangkan penggantungan badan menggunakan abah-abah berbanding gondola yang
membolehkan pekerja berdiri sahaja diatas platform. Walaupun masih ada tempat yang
terpaksa meggunakan kaedah abseiling tetapi dengan adanya gondola dapat mengurangkan
hampir 30% penggunaan kaedah abseiling. Justeru itu dapat mengurangkan kekerapan pekerja
menggunakan abah-abah.

2. Menggantikan abah-abah yang boleh menyokong kedudukan postur tulang


belakang.

Berdasarkan kajian yang di buat, dipasaran sekarang ada menjual sejenis abah-abah yang
sesuai untuk penggunaan pekerja yang boleh menyokong kedudukan postur tulang belakang.
Hal ini kerana pada masa sekarang abah-abah yang digunakan adalah merupakan yang biasa
dan tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja abseiling yang dilakukan secara kerap. Perlatan
yang yang baik merupakan peralatan yang boleh memberi kesihatan yang baik kepada
pekerja.

39
KAWALAN PENTADBIRAN

1. Menyediakan jadual syif bertugas.

Melalui pemantauan yang di buat tiada penggiliran syif dibuat. Ini bermakna setiap hari hanya
pekerja yang sama melakukan aktivitipenyelenggaraan. Seharusnya jadual syift bekerja
dibuatuntuk memastikan pekerja mendapat rehat yang secukupnya. Pekerja yang sama bekerja
lapan jam sehari dan enam hari seminggu. Dengan adanya giliran bekerja kadar untuk
mendapat penyakit MSDS boleh di kurangkan kerana dapat mengurangkan kadar aktiviti
yang dilakukan.

3.2 Semakan Semula Langkah Kawalan

Untuk memastikan langkah kawalan tersebut dipraktikkan, semakan semula langkah –


langkah kawalan berikut dicadangkan :
1. Pengawasan, pemantauan dan pemerhatian.
 Menjalankan pemantauan bagi memastikan amalan kerja selamat yang telah
ditetapkan dipatuhi oleh pekerja dan mereka mempraktikkan apa yang diberitahu
semasa latihan.
 Membuat pemerhatian pada setiap aktiviti kerja yang dilakukan bagi mengenalpasti
hazard yang wujud

2. Rekod.
 Merekod semua aktiviti latihan yang telah dijalankan supaya dapat mengenalpasti
mana-mana latihan yang belum dijalankan dan yang mana perlu dijalankan semula.
 Merekodkan semua kemalangan atau insiden yang berlaku bagi tujuan mengenalpasti
punca dan langkah kawalan yang boleh diambil.
 Merekodkan laporan pengawasan perubatan yang telah dijalankan untuk rujukan bagi
masalah kesihatan pekerja.
 Menyimpan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan pekerja untuk rujukan.

40
3. Komunikasi dan arahan.
 Komunikasi melalui kaedah taklimat ringkas harian atau mingguan untuk
mengingatkan pekerja di samping mendapatkan maklum balas masalah yang dihadapi
oleh pekerja berkenaan dari sudut keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
 Memberi arahan atau menegur pekerja yang tidak mematuhi prosedur keselamatan
yang telah ditetapkan.
 Melaksanakan komunikasi bukan lisan seperti meletakkan papan tanda atau
penerbitan seperti papan notis kemalangan, buletin keselamatan dan kesihatan

3.0 Latihan

 Latihan untuk tahap keselamatan dan kesihatan yang lebih spesifik seperti bantuan
asas, penggunaan kelengkapan diri PPE juga perlu dirancang dan dilaksanakan.
 Latihan dan induksi awalan terhadap pekerja perlu dilakukan sebelum memulakan
kerja. Antaranya peraturan dan prosedur keselamatan dan kesihatan, prosedur melapor
dan tindakan kecemasan, hazard dan risiko di tempat kerja dan tindakan pengawalan.

Semakan semula semua langkah kawalan yang diambil sangat penting bagi tujuan
menghapuskan atau mengurangkan risiko serta menjadikan tempat kerja sebagai tempat kerja
yang selamat dan sihat.

41
Manfaat kepada syarikat

Terdapat banyak manfaat yang diperolehi syarikat daripada kesemua langkah kawalan yang
dicadangkan dalam 7.1 dan 7.2. Antaranya ialah, keselamatan tempat kerja dapat
dipertingkatkan dengan adanya langkah kawalan yang berkesan. Apabila semua langkah
kawalan yang diambil secara komprehensif, maka hazard dan kemalangan dapat dicegah di
tempat kerja. Pekerja juga akan lebih berhati-hati semasa bekerja dan cuba untuk
mengelakkan kemalangan. Oleh yang demikian, jumlah kemalangan atau insiden dapat
dikurangkan.

Hasil daripada ini juga, syarikat dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada
menanggung kos perubatan dan kos tersembunyi ekoran kurang atau tidak berlakunya
kemalangan di tempat kerja.

Di samping itu, penggunaan masa dan tenaga kerja juga dapat dikurangkan. Ini disebabkan
oleh kurangnya atau tiada penangguhan dan pemberhentian kerja akibat tiada belakunya
kemalangan di tempat kerja.

Dalam pada itu, pekerja akan dapat melakukan kerja dengan lebih selesa tanpa bimbang akan
keselamatan dan kesihatan mereka. Dengan itu, produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan
dari semasa ke semasa.

Akhirnya, imej organisasi atau syarikat lebih menonjol ekoran kurangnya berlaku kes-kes
kemalangan terutama yang menyebabkan kematian dan kecederaan parah. Ini akan memberi
input yang lebih besar kepada organisasi kerana akan menyumbang kepada keyakinan dan
kepercayaan pihak pihak kerajaan atau. Keadaan ini akan menguntungkan pihak syarikat
untuk terus berkembang maju ke hadapan.

42
RUJUKAN / SUMBER

1. Rujukan bercetak :

a.NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 1 OSH Management, NIOSHMalaysia 2005

b. NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 2 OSH Legislations, NIOSHMalaysia 2005

c. NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 3 Occupational Health and Industrial Hygiene, NIOSH

Malaysia 2005

d. NIOSH Malaysia, Training Manual for Safety & Health Officer Certificate

Programme – Module 4 Occupational Safety, NIOSH Malaysia 2005

e. Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control

(HIRARC), JKKP Malaysia 2008

f. Occupational Safety and Health Act and Regulations, MDC Publishers Sdn Bhd

2008

g. Factories and Machinery Act with Regulations, MDC Publishers Sdn Bhd 2008

h. Rujukan internet : http:// www.dosh.gov.my/wps/por http://www.niosh.com.my

43

You might also like