You are on page 1of 11

Page |1

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SK PEKAN PAGOH 2016

1. Nama Program : Perkhemahan Unit Beruniform

2. Tarikh : 15 April 2016 – 16 April 2016

3. Hari / Masa : Jumaat – Sabtu

4. Tempat : SK Pekan Pagoh

5. Objektif : i) Mempelajari tentang kawad kaki secara teori dan


praktikal daripada jurulatih berpengalaman
En. Mohd Norsani Bin Pardi ( Pesara Tentera )

ii) Mendedahkan kepada murid- murid pengalaman


dan skill memasang khemah.

iii) Memberi pengalaman kepada murid- murid


Bermalam di dalam khemah.

iv) Memupuk sifat berani dan yakin diri dalam


melaksanakan semua tugasan yang diberi
samaada secara individu mahupun berkumpulan

v ) Memupuk sifat kerjasama, tanggungjawab dan


setiakawan dikalangan peserta perkhemahan.

6. Butiran Aktiviti : Mendirikan Khemah


Teori Dan Praktikal kawad Kaki
Pertandingan Kawad Kaki Antara Badan Beruniform
Ice Breaking / Pertandingan
Senaman Berirama
Pertandingan Senaman Berirama Antara Kumpulan
Tazkirah Maghrib
Explorace Night
Page |2

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

7. Penilaian Program :

Pada 15 April 2016 hingga 16 April 2016, Persatuan Bulan Sabit Merah SK
Pekan Pagoh telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2016.
Perkhemahan tersebut telah dijalankan dengan usahasama unit beruniform
sekolah yang lain iaitu Persatuan Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam. Ketika
perkhemahan ini berlangsung pelbagai aktiviti telah dijalakan antaranya ialah Teori
dan Praktiksl Kawad Kaki yang telah dikelolakan oleh En. Mohd Norsani bin Pardi
yang merupakan jurulatih jemputan yang berpengalaman sebagai tentera. Selain
itu, aktiviti lain yang dijalankan ialah ice breaking, senaman berirama dan
explorace night. Semua aktiviti yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan serta mendapat sokongan padu daripada semua warga sekolah .
Kebanyakan pelajar berpotensi dan berani dalam menyertai pertandingan dan
aktiviti yang disediakan.

Majlis perasmian dan penutup telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pekan
Pagoh iaitu En Samsudin Bin Kator. Semua hadiah telah disampaikan kepada para
pemenang yang Berjaya.

Pihak Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah mengucapkan ribuan terima


kasih di atas kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak dalam
menjayakan program ini.

8.1 Kekuatan Program

Aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan semua


jawatankuasa kerja yang dilantik telah menunjukkan komitmen yang baik dalam
menjayakan program ini.

8.2 Kelemahan Program

Program yang dijalankan terhad dilaksanakan hanya di kawasan bertutup


ekoran cuaca panas yang melanda negara jadi banyak aktiviti luar tidak dapat
dilaksanakan.
Page |3

8.3 Cadangan Penambahbaikan

Menambahkan lagi aktiviti memandangkan mendapat sambutan yang


menggalakkan serta memanjangkan tempoh perkhemahan seperti 3 hari 2
malam.

9. Dokumentasi Bergambar :

TAKLIMAT BERSAMA FASILITATOR SEHARI SEBELUM PERKHEMAHAN TENTANG


PERSEDIAAN UNTUK AKTIVITI ICE BREAKING DAN SENAM BERIRAMA
Page |4

TEORI DAN PRAKTIKAL KAWAD KAKI


Page |5

SEPANJANG AKTIVITI ICE BREAKING


Page |6
Page |7

SOLAT BERJEMAAH DAN TAZKIRAH MAGHRIB


Page |8
Page |9

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA FASILITATOR TERBAIK


P a g e | 10

PESERTA PERKHEMAHAN TERBAIK LELAKI DAN PEREMPUAN


P a g e | 11

Disediakan Oleh , Disahkan Oleh,

----------------------------------- ------------------------------------

You might also like