You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

PEMILIHAN MURID
PRASEKOLAH SK PEKAN PAGOH, BAGI SESI 2019

Tarikh : 11 JULAI 2018

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Prasekolah Ar-Raudhah

Pengerusi : En Samsuddin B Kator

Kehadiran(Bilangan) : - En Samsudin B Kator


- Pn Ain Syazwani Bt Haron
- Pn Zamrinawati Bt Ismail
- Pn Hasnah Binti Md Roslan
- Pn Salwa Binti A. Rahim
- Pn Yusniza Binti Paiman
- Pn Noordiana Binti Morni

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Ucapan alu-aluan oleh pengerusi atas kehadiran semua guru dan dalam menjayakan
mesyuarat pemilihan murid prasekolah untuk sesi 2019 pada hari ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dibentangkan oleh Pn. Ain Syazwani Binti Haron
Dicadang untuk disahkan oleh Pn Yusniza Binti Paiman
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Noordiana Binti Morni

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1.Panitia prasekolah dengan kerjasama guru-guru tahap 1 wajar memastikan
murid-murid tahap 1 dan prasekolah mencapai prestasi yang ditetapkan dengan
sedaya upayanya kerana kerjasama guru prasekolah dan guru tahap 1 sangat
penting demi memastikan objektif sifar LINUS tercapai.
Tindakan:
3.2.Segala aktiviti luar prasekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa /
penjaga terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah kelak
Tindakan: Guru Prasekolah dan PPM

4 PERBINCANGAN ISU SEMASA


4.1.Pemilihan murid-murid prasekolah bagi sesi 2019
 Mengiklankan permohonan kepada masyarakat
 Kain rentang telah dipasang di pintu hadapan sekolah.
 Garis panduan mengisi borang pendaftaran telah diedar kepada komuniti
 Seramai 37 orang murid telah mendaftar dengan 8 pendaftaran secara
manual oleh sekolah.
 Pengambilan murid bagi sesi 2019 pada kelayakan yang tertentu iaitu
Warganegara Malaysia, berumur 5 dan 6 tahun pada tahun yang dipohon,
berpendapatan kapita dibawah garis panduan yang ditetapkan dan seramai

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

25 orang murid diterima bagi sebuah kelas prasekolah.


 .

4.2. Oleh kerana permohonan murid Prasekolah bagi sesi 2019 bagi dua buah kelas
adalah seramai 37 orang sahaja, maka semua permohonan telah diterima dan
tindakan selanjutnya akan dilakukan.
Tindakan:Guru Prasekolah dan PPM

5 HAL-HAL LAIN
5.1.Diharap Prasekolah SK Pekan Pagoh dapat melahirkan murid-murid yang mampu
menguasai kemahiran asas 4M
Tindakan:
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengah hari

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….....
(PN SALWA BINTI A.RAHIM) (EN SAMSUDIN BIN KATOR)
GURU BESAR
SK PEKAN PAGOH,PAGOH

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like