You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa, Perlis dahulu merupakan sebuah dari jajahan

Kesultanan Kedah yang terletak di sebelah tenggara wilayah Setul, Thailand dan di

sebelah barat laut serta utara daerah Kubang Pasu, Kedah. 1 Selain itu, terdapat

pemerintahan Kota Indera Kayangan bermula dari sejarah pemerintahan Kedah

hinggalah lahirnya Perlis dengan penubuhan tiga buah kota pentadbiran Kesultanan

Kedah dibina di Perlis iaitu Kota Sena, Kota Indera Kayangan I (1662-1687) di bawah

pemerintahan Sultan Dhiauddin AI-Mukaram Shah dan pemerintah Kota Indera

Kayangan II di bawah pemerintahan Tengku Dhiauddin Mukaram Shah Pemangku

Sultan Kedah (1795 -1815).2

Malahan, Kota Indera Kayangan, Kota Sena, Teluk Bua dan lain-lain menjadi

benteng pertahanan yang dibina khas bagi menghadapi pencerobohan musuh terutama

dari Siam.3 Dapat dilihat bahawa penulisan dan sumber sejarah negeri Perlis adalah

sedikit. Dr. Khoo Kay Kim pernah merungut,

“Tetapi malangnya bagi kita, sejarah negeri Perlis masih perlu lagi dituliskan.”4

Oleh itu, melalui penulisan ini akan diterangkan lebih lanjut mengenai sejarah

penubuhan Perlis dan kaitan penubuhan negeri tersebut dengan Kedah. Hal ini

1
Ahmad Ismail dan Yazid Mat, Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri

Berdaulat (Perlis: Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis, 1992), 1.

2
Shaliza Mohd Salleh, “Sejarah Penubuhan Kota Indera Kayangan di Perlis,” Jurnal Warisan Indera

Kayangan 1 (1989): 1.

3
Alwi Sudin, “Kota Indera Kayangan,” Jurnal Warisan Indera Kayangan 6 (1994): 18.

4
Yazid Mat, “Sumber-sumber Tempatan Sejarah Negeri Perlis Pra British Satu Tinjauan,” Jurnal

Warisan Indera Kayangan 2 (1990): 1.

1
demikian supaya sejarah tertubuhnya Perlis secara rasmi dapat dirungkap secara lebih

mendalam dan diketahui oleh masyarakat terutamanya golongan pelajar.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN PERLIS

Selepas tamatnya Perang Kedah Siam 1821-1841, dilihat kawasan pemerintahan

sultan Kedah telah berkurang hampir separuh menjelang 1842. Hal ini berpunca dari

kehilangan daerah Setul, Kubang Pasu dan terutamanya Perlis yang bakal

dibincangkan sebentar lagi. Di dalam pemerintahan sebuah negeri, terdapat sultan

yang dibantu oleh satu barisan kabinet yang terdiri daripada bendahara, menteri empat,

menteri lapan, menteri enambelas dan hulubalang sebagai pengawal negeri.5 Dalam

bahagian ini, penulis ingin melihat faktor dan peristiwa penting yang menyebabkan

seorang pembesar iaitu Syed Hussein berjaya menubuhkan Perlis.

Dapat dilihat bahawa konflik dalam negeri Kedah berlaku disebabkan ramai

kerabat diraja mempunyai cita-cita politik. Perkara ini akan mengheret para pembesar

untuk memihak kepada calon tertentu untuk menjaga kepentingan mereka. Peristiwa

paling awal berkaitan perebutan kuasa telah berlaku beberapa kali. Paling awal adalah

bermula pada tahun 1681 semasa zaman pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram

Shah (1661-1687).6 Sehingga tahun 1770, para pembesar dilantik untuk “menjaga”

Kota Sena dan Kayang yang berjumlah tiga orang sekurangnya pada satu masa yang

masing-masing bertanggungjawab ke atas sebahagian dari lembah Sungai Perlis di

5
Mohammad Isa Othman, “Salasilah atau Tarekh Kerajaan Kedah dalam Konteks Pensejarahan Awal

Abad ke-20,” dalam Warisan Mahawangsa Kedah, diselenggara oleh. Mahani Musa dan Ahmad Jelani

Halimi. (Alor Setar: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah), 75.

6
Mohammad Isa Othman, Politik Tradisional Kedah: 1681-1942 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1990), 16-17.

2
samping berkongsi dan bersaing kuasa. Hal ini bertujuan menghalang pembesar

daripada menjadi terlalu berkuasa serta menghalang penubuhan kerajaan Perlis.

Pada tahun 1770 sebaik sahaja umur Tunku Dhiauddin mencecah 16 tahun, beliau

telah dihantar oleh ayahnya ke Perlis untuk membentuk sebuah daerah baru dengan

menjadi pembesar daerah Perlis yang pertama. Di sana, beliau telah hidup berdikari

dan menghabiskan seluruh masa dewasanya dengan memendamkan semangat untuk

merampas kuasa kelak.7 Pada tahun yang sama juga, Sultan Muhammad Jiwa II telah

mengambil langkah drastik dengan membahagikan kerajaan kepada dua. Beliau telah

melantik putera sulung iaitu Tunku Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Muda serta

kuasa ke atas pemerintahan pusat yang merangkumi seluruh Kedah, utara dan Sungai

Kedah. Namun demikian, Tunku Dhiauddin hanya diberikan Perlis, Kubang Pasu dan

Setul bagi membentuk bahagian lain. Dengan pembahagian ini, Sultan Muhammad

Jiwa II ingin melindungi putera-puteranya dari serangan saudara-mara yang mahu

merampas takhta serta memastikan tiada rebutan kuasa berlaku di antara mereka

berdua. Malah, tidak dapat dinafikan pemberian daerah Perlis bersama-sama Setul dan

Kubang Pasu semata-mata berfungsi sebagai alat kepada Tunku Dhiauddin untuk

tidak bangkit menentang abang saudaranya yang akan menjadi sultan nanti.8

Seterusnya, dapat dilihat bahawa tanpa penglibatan Siam kerajaan Perlis

seharusnya sudah ditubuhkan oleh Tunku Dhiauddin. Pembesar daerah ini bukan

sahaja berjaya mempertahankan kuasa pemerintahan sehingga sultan baru yakni

Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar lain tidak berjaya merampas Perlis

daripadanya. Bagi beliau, Perlis hanyalah batu loncatan untuk mendapatkan takhta

7
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 40-41.

8
Ibid , 42.

3
serta dengan itu dapat menguasai seluruh Kedah dan menjadi Raja seluruh Kedah dan

Tunku Dhiauddin menduduki tempat paling dekat dengan takhta.

Sesungguhnya dilihat pembentukan kerajaan masih jauh, namun dibawah

pemerintahan Tunku Dhiauddin telah kelihatan bibit-bibit pemerintahan Perlis.

Walaupun diserahkan kuasa untuk memerintah tiga buah daerah iaitu Perlis, Kubang

Pasu dan Setul tetapi sejak tahun 1778, beliau telah menumpukan seluruh

perhatiannya untuk menjaga kepentingan Perlis dan menunggu peluang menaiki

takhta. Pada waktu yang sama, Tunku Dhiauddin telah menjalinkan hubungan dengan

Syarikat Hindia Timur Inggeris. Dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada

Francis Light di Pulau Pinang, tidak bertarikh tetapi dapat dipastikan sekitar

1786-1794. Beliau telah merujuk daerah ini sebagai sebuah negeri dan cuba

menjalinkan hubungan diplomatik sesama pemerintah dengan menggelarkan diri

sebagai “beta”.9

Seterusnya, terdapat bukti penghantaran ufti Bunga Emas dan Perak dari daerah

ini ke Ava (Burma) sekitar tahun 1760 dan 1786. Dalam perkara ini terdapat dua

kemungkinan identiti pemerintah Perlis yang terlibat. Pertama, Sultan Muhammad

Jiwa II yang menduduki Kangar pada tahun 1760 dan 1770-an. Kedua, fokus

perbincangan tahap ini iaitu Tunku Dhiauddin sendiri. Jika kemungkinan kedua sahih,

maka beliau turut berhubung dengan Maharaja Burma. Hal ini jelas menunjukkan

kuasa asing ini mengakui keperibadian dan kedudukan istimewa Perlis. Melalui

sepucuk surat daripada Maharaja Ava yang dibawa oleh utusan ke Kedah pada 1811

9
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 50-51.

4
menyebut bahawa Raja-raja Perlis dan Kedah sejak dahulu lagi sudah menghantar ufti

kepadanya.10

Pada tahun 1791, Tunku Dhiauddin telah menyertai sebuah rombongan berkaitan

rundingan pengembalian Pulau Pinang daripada Francis Light. Perkara ini

menjelaskan kesabaran Tunku Dhiauddin menunggu sehingga menjelang kematian

Sultan Abdullah untuk merampas takhta.11 Pada tahun 1798 pula, beliau bertolak dari

Kayang ke ibu kota iaitu Alor Setar untuk berada di sisi abang saudaranya yang sakit

tenat untuk merampas takhta sebaik sahaja abangnya mangkat. Malahan, dilihat

Tunku Dhiauddin berjaya menaiki takhta pada tahun yang sama. Walaupun

pemerintahan beliau hanya berlangsung selama enam tahun sahaja, namun beliau

merupakan sultan yang berkuasa mutlak. Beliau dilihat dari memerintah daerah

kepada penguasaan seluruh kerajaan. Malahan, secara zahirnya beliau merupakan

pemerintah yang terawal mengasingkan Perlis dari Kedah tetapi usaha penubuhan

sebagai kerajaan baru Perlis dipikul oleh cucu angkatnya iaitu Syed Hussein. Selain

itu, Sultan Dhiauddin merupakan pemerintah pertama yang menggunakan konsep

“Negeri” ke atas Perlis. Dalam hal ini jelas menunjukkan “Negeri Perlis” adalah

ciptaan beliau sendiri. Perlis ketika ini masih merupakan sebuah daerah dalam

kerajaan Kedah tetapi menikmati status istimewa.12

Selepas tahun 1803, Kedah kembali diselubungi perebutan kuasa yang hebat

akibat kemunculan Tunku Bisnu, Tunku Ibrahim dan Tunku Yaakob yang berkait

dengan Perlis. Perebutan kuasa antara mereka dengan Sultan Ahmad Tajuddin II serta

10
Ibid, 52.

11
Ibid, 54.

12
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 56-57.

5
sesama saudara sendiri telah bermula sebelum kematian Sultan Dhiauddin lagi.

Namun demikian, tiada seorang pun dalam kalangan mereka termasuk sultan sendiri

mampu menyentuh Perlis. Namun, beliau telah kehilangan jawatan Raja Muda Kedah

kepada Tunku Ibrahim iaitu adik saudara sultan.13

Kemudian, berlaku tahap kekacauan pada 1815 hingga 1821. Hal ini dilihat sejak

tahun 1815, Perlis semakin ditarik dalam perebutan kuasa Kedah. Perkara ini jelas

disebabkan Tunku Yaakob dari awal sehingga akhir menunjukkan dengan jelas

motifnya mendapatkan Perlis dan Setul. Malahan, dari satu sudut dapat dilihat

rancangannya disekat oleh sultan sendiri yang berhasrat menguasai Perlis melalui

Tunku Yusuf. Namun demikian, disebabkan anak Sultan Dhiauddin masih di bawah

umur maka, diletakkan daerah ini di bawah sebuah majlis pemangku pembesar daerah

yang terdiri daripada lima orang pembesar. Oleh sebab tuntutan Tunku Yaakob

ditolak, beliau telah berpakat dengan Gabenor Nakorn Sritammarat (Raja Ligor)

dengan menuduh pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II sebagai tidak cekap di

hadapan Raja Rama. Hal ini menjadi faktor serangan tentera Siam dan Ligor ke atas

Kedah pada tahun 1821 yang secara langsung mencetuskan Perang Kedah-Siam.

Begitu juga, rancangan Tunku Yaakob untuk menjadi pembesar daerah Perlis

ditentang hebat oleh Syed Harun dan Syed Hussein. Hal ini dapat dilihat, sejak awal

1815 Syed Harun berhasrat untuk merajakan anaknya dan kemudian niat Tunku

Yaakob pula menjadi penghalang. 14 Selepas itu, pada 1821 hingga 1841 telah

berlakunya pemberontakan demi menubuhkan kerajaan. Hal ini dapat dilihat apabila

penampilan keluarga Syed Harun dalam gelanggang politik Perlis dan didapati

13
Ibid, 62-63.
14
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 66-67.

6
pentingnya menyembunyikan serta menafikan sebarang perbalahan antara pembesar

daerah ini dengan pusat pemerintahan Kedah.

Malahan, Syed Hussein telah bercita-cita merajakan dirinya sebagai Raja Perlis

walaupun beliau bukan merupakan kerabat diraja Kedah. Malahan, beliau tidak sama

sekali mewarisi kedudukan bapanya sebagai pemerintah de jure Perlis. Syed Harun

sendiri pun tidak pernah menikmati kemewahan yang dinikmati oleh beliau. Jika

dibandingkan dengan Temenggung Johor dan Bendahara Pahang yang merajakan diri

lewat sedikit, Syed Hussein hanyalah pembesar kecil sahaja. Tetapi keunikan beliau

ketara sekali memandangkan kerajaan Kedah berada jauh sekali daripada ambang

keruntuhan semasa ia mengorak langkah memerdekakan daerah Perlis.15

Selain itu, ketiadaan sultan di dalam kerajaan dalam dilihat sebagai satu keadaan

sementara walaupun berlanjutan lebih kurang 20 tahun. Dapat dilihat bahawa

pengaruh kuasa yang jauh lebih kuat iaitu penaung Siam sangat dirasai terutama

sekali wakil Maharaja iaitu Raja Ligor. Oleh itu, Syed Hussein mesti melepasi sekatan

tersebut untuk menjadi Raja Perlis. Beliau sudah tentu menyedari Sultan Ahmad

Tajuddin II yang berada di puncak pemerintahan tidak berminat melantiknya sebagai

pembesar daerah. Semasa mendapati Sultan Kedah berada di luar Kedah, beliau perlu

memastikan baginda tidak akan pulang ke Kedah semula. Beliau menyedari bahawa

langkah ini hanya akan sempurna dengan bantuan pembesar-pembesar Kedah yang

tidak mahu baginda pulang semula.16 Dalam kalangan mereka, dilihat bahawa Tunku

Bisnu dan Tunku Anum paling berpengaruh serta kuat. Malahan, bapa mertuanya

15
Ibid, 68-69.

16
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 70.

7
iaitu Muhammad Arshad bin Muhammad Yunus memainkan peranan yang penting

dalam penubuhan Perlis.

Beliau menyedari bahawa menantunya sememangnya tidak cukup kuat untuk

bertindak berseorangan. Oleh itu, beliau telah berpakat bersama Tunku Anum dan

Tunku Bisnu iaitu dua orang pemberontak kerabat diraja Kedah yang masing-masing

menginginkan takhta Kedah. Namun demikian, penglibatan aktif Syed Hussein di luar

daerah adalah terhad. Beliau telah membiarkan bapa mertuanya berjuang di luar

manakala beliau mesti bertahan di dalam daerah. Oleh itu, Syed Hussein tidak

mengikuti rombongan Tunku Anum ke Ligor mahupun ke istana Bangkok. 17

Ternyata dilihat Syed Hussein adalah seorang pemberontak kerana bukan sahaja

memberontak terhadap Sultan Ahmad Tajuddin II tetapi terhadap kerajaan Kedah

secara keseluruhannya. Hal ini demikian kerana beliau bercita-cita ingin memisahkan

sebahagian bumi Kedah untuk dirinya sendiri. Malahan, darah dan semangat

pemberontak mengalir dalam dirinya. Bapanya, Syed Harun pernah membuat

percubaan merajakan diri di Chenak dahulu tetapi gagal lalu terpaksa melarikan diri

ke daerah Perlis dan kemudian membuka mukim Arau. Bukan itu sahaja, sekiranya

merujuk kepada sumber-sumber semasa difahamkan semasa tempoh perang

terutamanya peringkat awal sebenarnya merupakan halangan besar kepada matlamat

Syed Hussein serta peluang penubuhan Perlis sebagai kerajaan baru.

Dari satu segi, sehingga akhir tempoh perang dilihat bahawa Syed Hussein tidak

dipandang oleh Rama III sebagai pilihan untuk memerintah daerah tersebut.

Sebaliknya, Perlis diletakkan di bawah seorang Gabenor iaitu seorang pembesar

17
Ibid, 71-72.

8
berbangsa Siam yang berpangkat Chiom. 18 Selain itu, tidak dapat dipastikan

kesahihan cita-cita Raja Ligor sehingga ingin mengusai Semenanjung Tanah Melayu

dari Kedah ke Selangor, namun yang dapat dipastikan adalah ia tidak akan

membiarkan orang lain menyentuh Kedah. Justeru itu, jalan yang perlu diambil Syed

Hussein adalah merampas daerah Perlis daripada gengaman Raja Ligor dan anaknya.

Walau bagaimanapun, jika Syed Hussein ingin meminta bantuan British untuk

merajakan diri, maka bantuan tersebut tidak akan tiba. Hal ini dapat dilihat semasa

awal 1822, Gabenor Pulau Pinang ketika itu iaitu W.E. Philips telah membuat

keputusan tidak akan membenarkan berlakunya pemberontakan dalam apa-apa bentuk

dari mana-mana bahagian Kedah.19

Kemudian, berlakunya percubaan Sultan Ahmad Tajuddin II cuba merampas

kembali kerajaan Kedah pada 1831. Didapati terdapat satu pertempuran serius yang

dipimpin Tunku Kudin dan Tunku Long Puteh iaitu ipar sultan. Manakala serangan

kedua pada 1838 bukan atas arahan sultan tetapi, dicetuskan oleh Tunku Muhammad

Saad bin Tunku Daud iaitu seorang lagi kerabat diraja Kedah. Namun demikian, perlu

disedari bahawa semasa perang berlaku, terdapat empat kecenderungan dalam

kalangan pembesar Kedah. Pertama, yang cenderung untuk berperang bagi pihak

(bekas) Sultan Ahmad Tajuddin II dan bagi pihak Kedah. Kedua, yang berperang

menentang sultan bagi mendapatkan takhta dan ketiga yang melarikan diri ke Pulau

Pinang. Seterusnya, keunikan yang keempat dilihat berperang untuk menubuhkan

kerajaan baru. Maka, di sini terletaknya kecenderungan Syed Hussein.20

18
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 76.

19
Ibid, 81.

20
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 82-83.

9
Seterusnya, nama Syed Hussein akhirnya muncul dalam pertempuran 1838 yang

dicetuskan oleh Tunku Muhammad Saad. Melalui tulisan Abdullah Zakaria, dilihat

Syed Hussein dan bapa mertuanya menyahut seruan Tunku Muhammad Saad bagi

mengumpulkan angkatan yang besar untuk merampas semula kerajaan. 21 Namun

demikian, nama Syed Hussein sekali lagi ‘hilang’ sehinggalah angkatannya seramai

300 orang kalah di tangan tentera Siam pada 6 April 1839. Maka, daerah Perlis

ditawan tentera Siam selepas itu dan Tunku Muhammad Saad serta Dato’ Wan

Muhammad melarikan diri ke Seberang Perai. Menjelang penghujung 1839,

munculnya agenda kerajaan Siam untuk membahagikan Kedah selaras dengan

bahagian-bahagian lamanya. Di Bangkok, Rama III melalui suatu “kompromi”

mengisytiharkan Tunku Anum sebagai Gabenor Kedah. Sekembalinya beliau dari

Ligor, Muhammad Arshad bergesa menemui besannya iaitu Wan Fatimah untuk

menulis sepucuk surat kepada Raja Ligor. Hal ini bagi menunjukkan sokongan para

pembesar dan penduduk Perlis serta bahawa Raja Ligor sendiri memastikan

pelantikan Syed Hussein sebagai Raja Perlis. Akan tetapi untuk menjadi raja, Syed

Hussein mesti mengatasi kuasa Raja Long Krok. Kemudian, nasib menyebelahi Syed

Hussein dan Muhammad Arshad apabila Raja Long Krok mangkat empat bulan

kemudian. Dalam tahun 1841, Rama III membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin II

kembali tetapi sebagai jaminan beliau tidak lagi berupaya menentang beliau.22

Maka, pemerintahan Kedah diperkecilkan. Tunku Anum telah dianugerahkan dua

puluh empat buah mukim dan melantiknya sebagai Raja Kubang Pasu yang berpusat

di Pulau Pisang. Seterusnya, Syed Hussein memerintah di Perlis yang berpusat di

21
Ibid, 84.

22
Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis: 1871-1957 (Kuala Lumpur: MBRAS, 2002), 90.

10
Arau. Malahan, Tunku Bisnu (Tunku Seraja Wang) memerintah Setol yang berpusat

di Mambang Segara. 23 Terdapat juga versi Sultan Ahmad Tajuddin II sendiri

memanggil dan menghadiahkan ketiga-tiga daerah tersebut kepada Syed Husein,

Tunku Anum dan Tunku Bisnu sebagai membalas jasa mereka dalam membantu

menamatkan perang.24 Kemudian, Raja Hussein melantik Orang-orang Besar yang

kuat berusaha bersama baginda mewujudkan negeri Perlis yang memilih baginda

menjadi raja, iaitu Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda.25 Malahan, sejak

1843 Perlis telah menghantar bunga emas dan Perak ke Siam sebanyak 22 kali. Oleh

itu, hal ini jelas menunjukkan Perlis telah berdiri dengan teguhnya sebagai sebuah

negeri seperti negeri-negeri lain di Tanah Melayu dengan terdapatnya seorang

pemerintah.26

3.0 KAITAN PENUBUHAN PERLIS DENGAN KEDAH

Sedia maklum dalam perbincangan sebelum ini, negeri Perlis dahulunya terkenal

dengan nama Kayang atau Indera Kayangan yang menjadi satu daripada jajahan yang

diperintah oleh negeri Kedah.27 Malahan, Perlis Indera Kayangan dianggap sebagai

23
Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu (Sintok: Universiti Utara Malaysia, 2008), 84.

24
Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd Arshad, At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968), 175.

25
Putera Indera, “Sejarah Raja-raja Perlis Tuanku Syed Husain: Raja Perlis 1,” Jurnal Warisan Indera

Kayangan 3 (1991): 1.

26
Omar Yaakob, “Bunga Emas: Persembahan Rakyat Perlis Kepada Negara Siam,” Jurnal Warisan

Indera Kayangan 17 (2005): 14.

27
Hussain Baba bin Mohamad, “Sejarah Negeri dan Raja-raja Perlis,” JMBRAS 42 (1969): 173.

11
“negeri bongsu” berbanding negeri lain. 28 Namun demikian, fokus perbincangan

dalam bahagian ini adalah kaitan penubuhan Perlis dengan Kedah melalui perebutan

takhta yang berlaku di Kedah.

Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II, dilihat perebutan kuasa

berlaku apabila beliau tidak mempunyai pewaris. Beliau telah melantik anakandanya

Tunku Abdullah (anak gundiknya) sebagai Raja Muda dan dianugerahkan selatan

Kedah. Malahan, Tunku Dhiauddin (seorang lagi anak gundiknya) dilantik sebagai

Raja Muda Perlis. Begitu juga, dua orang saudara Tunku Abdullah yang juga anak

gundik iaitu Tunku Long Putera dan Tunku Anjang diketepikan. Ketika ini, Tunku

Abdullah kurang popular dalam kalangan pembesar malahan, terdapat orang lain

dianggap lebih layak memegang pangkat tersebut.29 Semasa Tunku Abdullah berada

di Selangor, satu pemberontakan telah berlaku di Kedah di bawah pimpinan Tunku

Long Dewa iaitu seorang kerabat diraja Kedah. Beliau terpaksa pulang ke Kedah

bukan sahaja disebabkan keadaan politik yang gawat tetapi juga ancaman Burma dan

Siam yang semakin kuat. Tenaga beliau amat diperlukan memandangkan Sultan

Muhammad Jiwa II semakin uzur.

Selepas pemerintahan Sultan Abdullah (1778-1798), konflik perebutan kuasa di

Kedah muncul kembali. Hal ini disebabkan beliau mempunyai ramai putera dari dua

orang permaisuri dan beberapa orang gundik. Pemerintahan Kedah telah jatuh ke

tangan Tunku Dhiauddin (Sultan Dhiauddin) yang memerintah antara tahun 1798
28
Muhamad Safwan Mohd A’seri, “Perlis dalam Teks-teks Melayu: Satu Penelitian Awal,” (Prosiding

Seminar Institusi Raja (Siraj II): Seminar Raja dan Kerajaan Perlis, Pusat Kajian Institusi Raja

Malaysia, UniMAP, Jun, 2014).

29
Mohammad Isa Othman, Politik Tradisional Kedah: 1681-1942 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1990), 18.

12
hingga 1803. Beliau berjaya memerintah kerana disokong oleh ramai pembesar.

Malahan, kedudukan dan kewibawaannya sebagai yang kukuh sebagai pemerintah

Perlis menjadi asas kekuatan kuasa.30 Namun demikian, pemerintahan beliau dicabar

oleh anak saudaranya iaitu Tunku Pangeran. Malahan, terdapat saudaranya yang lain

yang berhajat akan takhta Kedah iaitu Tunku Bisnu dan Tunku Sulaiman.

Kelak, apabila Tunku Pangeran berjaya dirajakan dengan gelaran Sultan Ahmad

Tajuddin II namun, kedudukannya sering dicabar oleh saudaranya. Malahan, berlaku

perselisihan faham antara beliau dengan saudara-saudaranya berkenaan masalah

pajakan $10 000 dari Syarikat Hindia Timur Inggeris. Mereka mahukan wang itu

dibahagikan sama rata. Namun demikian, pihak British tidak melayan tuntutan

tersebut dan terus membayar kepada sultan antara tahun 1821 hingga 1842. Selepas

itu, berlaku penaklukan Siam yang menyebabkan lahirnya dua golongan elit di Kedah

iaitu golongan elit yang mencetuskan pemberontakan dan golongan elit yang

bekerjasama dengan Siam. Di sini lahirnya satu lagi pihak elit Kedah yang

menjalankan dasar bekerjasama dengan Siam setelah sukar menghadapi Siam melalui

kekerasan. Golongan ini dipimpin oleh Tunku Anum, Tunku Bisnu dan Syed

Hussein. 31 Oleh itu, dapat dilihat bahawa kaitan penubuhan Perlis dan Kedah

disebabkan perebutan kuasa antara kaum kerabat menyebabkan kekacauan di

Kedah.

4.0 KESIMPULAN

30
Mohammad Isa Othman, Politik Tradisional Kedah: 1681-1942 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1990), 23-24.

31
Ibid, 31.

13
Kesimpulannya, penubuhan kerajaan baru Perlis pada tahun 1841 menampilkan

ciri-ciri tersendiri. Pertama, kelahiran Perlis adalah hasil kerjasama pembesar

tempatan dengan kuasa asing iaitu pihak Siam. Di sini, terdapatnya kebijaksanaan

bapa mertuanya iaitu Muhammad Arshad dan ibunya Wan Fatimah bagi

merealisasikan cita-cita beliau. Kedua, kejayaan Syed Husssein yang bukan

berketurunan diraja dan merupakan peranakan Arab-Melayu mampu memerintah

sebuah kerajaan Melayu. Sumber mengenai Perlis antara tahun 1841 hingga awal

1890-an amat berkurangan. Namun demikian, daripada maklumat yang ditemui Perlis

memainkan peranan sebagai kerajaan naungan Siam yang unggul. Raja Syed Hussein

dan penggantinya kelak sudi melaksanakan tanggunjawab pemerintah yang dinaungi

agar memperoleh sokongan berlanjutan daripada Maharaja Siam.

Selain itu, penaklukan Siam ke atas Kedah merupakan pengajaran kepada negeri

ini. Namun demikian, konflik antara golongan elit tetap berlaku selepas keluarnya

Perlis dari Kedah. Sebagai contoh pada tahun bulan Oktober 1846, Tunku

Muhammad Saad telah kembali serta cuba menghidupkan kembali daerah pengaruh

berautonomi dengan mendakwa mempunyai hak terhadap Kupang dan Karangan.

Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa dari segi sejarah Kedah dan Perlis tidak dapat

berpisah. Namun, mereka sering dihantui kemungkinan Kedah akan menyerapkan

semula Perlis ke Kedah setelah pulih dari Perang Kedah-Siam yang berakhir pada

1842. Kedah sebagai sebuah kerajaan lama, telah lama menafikan kedudukan

berasingan Perlis. Kedah juga menganggap saiz Bunga Emas dan Perak hantaran

Perlis adalah lebih kecil yang melambangkan kedudukannya lebih rendah. Oleh itu,

tidak dapat dinafikan sehingga hari ini Perlis masih kekal sebagai sebuah negeri yang

berdaulat tanpa diserap ke mana-mana negeri lain termasuklah Kedah.

14

You might also like