You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT TAHUN 2017

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERTEH

Tarikh: 19 NOVEMBER 2017 ( Ahad)

Masa: 1.30 ptg

Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Kerteh

HADIR

1. Pn. Hajah Che Zaliha Binti Ibrahim


2. Pn. Nadzifah Binti Mokhtar
3. Pn. Hasmah Binti Muda
4. Pn. Hasnah Binti Sulong
5. En. Sansudin Bin Abd Ghani
6. En. Usamah Bin Musa
7. Pn. Rohani Binti Mohd
8. Pn. Nor aini Binti Yaacob
9. Pn. Siti Mukminah Binti Dalimi
10. Pn. Norlaili Binti Abdul Aziz
11. En Asri Bin Muda
12. En.Rospa’azi Bin Rokik
13. En Azam Bin Yusoff
14. En. M Sukri Bin Ibrahim
15 Pn. Norzalina Binti Osman
16 En. Azemi Bin Hashim
17 En. Helmee Zazuan Bin Hussain
18 En. Ahmad Sarib Bin Yaacob
19 Pn. Shahira Bt Said
20 Pn. Esah Binti Embong
21 Pn. Nur Hani Binti Harun
22 Pn. Arfah Binti Zahid
23 Pn. Che Maria Idayu Binti Che Harun
24 Pn. Ninacrisna Binti Bunari
25 Pn. Wan Nor Fazilah Bt Wan Yunus
26 Pn. Nor Hayati Bt Hamzah
27 Pn.Samsiah Binti Awang
28 Pn.Noraini Bt Muhammad
29 Pn.Nor Akiah Bt Fadzil
30 Pn. Fauziah Binti Shahir
31 Pn. Nor Aina Bt Abu Yamin
32 Pn. Noor Hamiza Bt Mohamad
33 Pn. Siti Juliana Bt Harun @ Abd Latif
34 Pn. Rahaya Bt Mat Nawi
35 Pn. Husna Bt Ab Rahman
36 Pn. Ros Liza Bt Yusof @ Othman
37 Pn. Hanida Bt Lutpi
38 Pn. Nurhuda Bt Ambak
39 Pn. Haslina Bt Ab Ghani
40 Pn.Noor Zahrah Bt Mustafa
41 Pn.Nor Laili Bt Abdul Aziz
42 Pn.Siti Mukminah Bt Dalimi
43 Pn.Nor Maziana Bt Md Nawi
44 Pn. Wan Naimah Bt Wan Mohd Noor
45 Cik. Nurul Aisyah Bt Kasim
46 Pn. Nurul Nasirah Bt Abdullah
47 Cik.Khadijah Binti ahmad
48 Cik.Naimah Binti Md Wiyah
49 Pn. Yasmin Binti Yusof
50 Pn.Rushdan Bt Ali
51 Pn.Azizah Bt Muda
52 Pn.Azila Bt Ab Mubin
53 Pn.Roznee Bt Amat
54 Pn.Mariam Bt Yusof
55 Pn.Rozita Bt Jaafar
56 Pn.Umi Kalsom Bt Abdul Wahab

TIDAK HADIR

Bil Nama Sebab


1. Pn. Hafidzah Binti Abdul Hamid CTG
2. En Hazren Bin Hamid CRK
4. Pn. Norhafizan Bt Zakaria Cuti Bersalin
7. Pn Zawahi Bt Shafie CRK

URUS SETIA

Bil Nama Jawatan


1. Pn. Zawahi Bt Shafie Guru penolong
2. Pn.Norzalina Binti Osman Guru penolong

1.Kata Aluan Tuan Pengetua

1.1 Tuan Pengetua memohon maaf atas ketidakselesaan dalam bilik mesyuarat kerana
pendingin hawa tidak berfungsi dengan baik.Beliau telah berbincang dengan Cg Azmi
dan Cg Helmee untuk menyelesaikan masalah tersebut.
1.2 Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang
telah membantu melaksanakan semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah,PPD
dan Jabatan.
1.3 Tuan Pengetua turut memaklumkan bahawa banyak kejayaan yang telah dicapai oleh
sekolahseperti kejayaan dalam kitar semula, EEC dan BTPN (VLE dan SSQS).Kejayaan
ini menurutnya adalah hasil kesepakatan semua bersesuaian dengan slogan sekolah`
Sepakat Menjana Keunggulan Kecemerlangan’.
1.4 Tuan Pengetua mengingatkan mana-mana unit atau guru yang belum menyelesaikan
laporan perlu menyiapkan pelaporan walaupun hanya sekadar satu muka surat.
1.5 Tuan Pengetua memaklumkan rumusan SKPMg2 sekolah kerteh mencapai markah 75%
dengan mencampur standard 1,2 dan 3. Oleh itu markah tersebut perlu diperbaik lagi
pada tahun hadapan.
1.6 Tuan Pengetua juga memaklumkan bahawa pada tahun depan PAK21 akan dilaksanakan
sepanjang masa.Semua guru perlu bersedia dengan evidens mulai tahun 2018. Budaya
pelaporan dalam semua aktiviti yang dijalankan perlu diamalkan oleh semua guru.Guru –
guru juga digalakkan menggunakan ICT sebagai saluran Pdpc.
Tindakan : semua guru
1.7 Tuan Pengetua turut memaklumkan bahawa pada tahun 2018, E-RPH akan dilaksanakan
.Hampir sebahagian dari sekolah di Terengganu telah berdaftar untuk penggunaannya.Cg
Haslina akan mengadakan ladap E-RPH kepada semua guru pada suatu tarikh yang akan
ditetapkan kemudian untuk memudahkan guru menggunakan ICT sebagai bahan untuk
menulis.
Tindakan : Pn Haslina
1.8 Tuan Pengetua juga mengingatkan para guru bahawa pada tahun hadapan frog guru dan
pelajar akan diambilkira dalam pengiraan pencapaian Frog keseluruhan.
1.9 Tuan Pengetua mengucapakan terima kasih kepada guru –guru yang berjaya
mengekalkan anugerah pembestarian. Daerah Kemaman mendapat anugerah pengurusan
VLE terbaik.
1.10 Tuan Pengetua memaklumkan tarikh – tarikh penting untuk tahun 2018 dan
mengingatkan para guru tentang `First Bell,First Lesson,Satu Meja,Satu Kerusi dan Satu
Set Buku Teks ‘ pada hari pertama persekolahan.Semua tugasan yang perlu dihantar
hendaklah mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Tindakan: Semua guru
1.11 Semua Ketua Panitia diharapkan dapat menyerahkan semua dokumen penting sekolah
berkaitan Pelan Taktikal,Operasi dan Strategik.
Tindakan : Ketua Panitia
2.Kata aluan Penolong Kanan Pentadbiran

2.1 PK Pentadbiran yang mewakili barisan pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua guru atas hasil kerja buat sepanjang tahun.
2.2 PK Pentadbiran juga memaklumkan bahawa sekolah telah berjaya memenangi tiga
anugerah
-Pembestarian Sekolah,EEC dan Program Kitar Semula Peringkat Kebangsaan.
2.3 PK Pentadbiran meminta semua guru memberi perhatian berkaitan dengan edaran Senarai
Semak Tarikh –Tarikh Penting Mesyuarat Sesi 2018, Minit Mesyuarat Guru kali Ke 3
dan Senarai Semak Serah Tugas Akhir Tahun.
2.4 PK Pentadbiran meminta agar semua guru melengkapkan butiran dalam Senarai Serah
Tugas Akhir Tahun.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Dicadangkan : Pn. Che Maria Idayu Binti Che Harun


3.2 Disahkan : Pn.Siti Mukminah Bt Dalimi

4. Laporan Kurikulum

4.1 PK Pentadbiran meminta agar semua guru menghantar Borang Keberhasilan sebelum
23.11.2017.Guru – guru digalakkan menghantar borang berkenaan lebih awal bagi
memudahkan pegawai penilai membuat penilaian.
Tindakan: semua guru

4.3 Fail Pengurusan Panitia – PK Pentadbiran memaklumkan bahawa hasil semakan SU JKS
iaitu Pn Siti Mukminah bt Dalimi,mendapati ada fail yang belum dikemaskini. Oleh itu
semua ketua dan setiausaha panitia perlu mengemaskini minit mesyuarat dan fail Panitia
dengan kadar segera.
Tindakan : KP dan SU Panitia
4.4 Pengurusan Kewangan -PK Pentadbiran juga berharap agar Panitia yang masih ada baki
wang mohon dibelanjakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Tindakan: Ketua Panitia
4.5 PK Pentadbiran turut mengingatkan para guru tentang pengurusan bilik darjah,
pengurusan makmal, pengurusan bengkel dan pengurusan makmal agar memastikan
semua alatan disimpan dengan baik dan kunci diserahkan kepada pihak yang terlibat.
4.6 SKPMG2 – PK Pentadbiran memaklumkan bahawa proses mengemaskini telah selesai
sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu sebelum 15.November. Audit akan dilakukan dalam
dua fasa iaitu (3-7/12/2017) dan (15/01 – 28 Feb 2018). Semua Unit Kurikulum perlu
menghantar evidens selewat-lewatnya pada 23 Disember 2017.
Tindakan: Makluman
4.7 PK Pentadbiran mengingatkan semua guru bahawa tarikh akhir memasukkan markah
Peperiksaan Akhir Tahun ialah pada 20 November 2017. Semua guru perlu
mengemaskini data cuti bersalin , guru yang bercadang mengambil Cuti Tanpa Gaji dan
guru yang ingin bercuti agar menghantar borang dua minggu lebih awal sebelum ke
destinasi.
Tindakan: Semua guru
4.9 PK Pentadbiran memaklumkan bahawa pelaporan PT3 akan diumumkan pada 14
Disember 2017. Satu jawatankuasa akan dikeluarkan kepada guru yang terlibat.
4.10 Peperiksaan SPM masih belum selesai dan memandangkan keadaan cuaca yang tidak
menentu semua pihak perlu bersiap siaga untuk menghadapi banjir.
Tindakan: Ajk Ops Payung
4.11 PK Pentadbiran menyatakan bahawa ERPH masih dalam proses kenal dan pelajari. Satu
pengkongsian maklumat akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan. Pengunaan
Buku Rekod Mengajar masih ada dan perlu ditempah bagi guru – guru yang bersalin,
CTG dan lain-lain.Penghantaran Buku Rekod Mengajar masih ada yang belum lengkap.
Tindakan: Semua guru
4.12 Latihan Dalam Perkhidmatan iaitu LADAP. Semua guru perlu mencukupkan kehadiran 7
hari kursus kerana masih berkuatkuasa pada masa ini.Semua kursus perlu selesai atau
mesti ada pembacaan buku sekiranya tidak cukup 7 hari. Ucapan terima kasih kepada
Setiausaha Ladap iaitu Pn. Nor maziana bt Md Nawi yang telah menjalankan tugas
dengan baik dan bertanggungjawab.
Tindakan: Semua guru
4.13 KBAT – PK Pentadbiran memaklumkan bahawa Bengkel Pembugaran Bahan Sumber
Hebat BM telah dihadiri oleh Pn Norzalina dan Pn Zawahi manakala BI dihadiri oleh Pn
Noraini dan Pn Wan Naimah.KPM menekankan isi pentadbiran Kendiri KBAT dalam
membudayakan PLC,KBAT dalam semua mata pelajaran. Pembudayaan Kendiri yang
meliputi Pdpc, Kokurikulum dan Kepimpinan.
Tindakan: Makluman
4.14 PK Pentadbiran juga memaklumkan bahawa seramai 6 orang guru yang tidak mengambil
cuti rehat khas pada tahun 2017 iaitu Ust Asri bin Muda, Pn Haslina bt Abd Ghani, Cik
Naimah bt Md Wiyah, Pn Norhaslinda bt Hussin,Pn Aida bt dan Pn.Umi Kalsom Bt
Abdul Wahab.
4.15 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada guru – guru yang sanggup menjadi
pemeriksa kertas SPM pada tahun ini.
4.16 PK Pentadbiran mengakhiri ucapan dengan memohon maaf dan mengucapkan ribuan
terima kasih sekali lagi kepada semua guru dan selamat bercuti serta selamat menunaikan
ibadat umrah kepada guru yang berkenaan.

5.0 Laporan HEM

5.1 PK Hem memulakan ucapan dengan kalimah Bismillahirrahmanirahim dan mengucapkan


terima kasih kepada semua guru atas kerja buat sepanjang tahun .
5.2 PK Hem mengingatkan semua guru bahawa hanya tinggal seminggu lagi untuk
melengkapkan kerja - kerja akhir sebelum bercuti. Sekiranya masih ada kerja – kerja
yang belum diselesaikan mohon diselesaikan sebelum hari Khamis .
5.3 PK Hem menekankan bahawa perkara yang paling penting iaitu Buku Kedatangan Pelajar
perlu dilengkapkan.Minggu lepas guru – guru tingkatan telah diberikan taklimat berkaitan
buku kedatangan, nombor pendaftaran yang perlu dilengkapkan.
Tindakan: Semua guru
5.4 Guru tingkatan perlu menyemak dan melengkapkan maklumat pelajar dalam buku
pendaftaran pelajar yang berwarna hijau di pejabat.Maklumat dalam APDM juga perlu
dikemaskini untuk tindakan guru tingkatan dan Penyelaras APDM iaitu En Hazrein bin
Abd Hamid.
Tindakan: Penyelaras APDM
5.5 PK Hem turut mengingatkan biasiswa berkaitan APDM online. Walaupun pelajar diberi
borang, pendapatan perlu diisi secar atas talian. Pelajar perlu mohon biasiswa setiap
tahun. Kriteria utama pemberian biasiswa berdasarkan pencapaian akademik dan
kokurikulum.Bantuan Kwamp untuk tingkatan satu sahaja.
Tindakan:Guru Biasiswa/Kwamp
5.5 Pengurusan Hem
- PK Hem memaklumkan kepada semua guru tingkatan perlu menulis nombor telefon ibu
bapa atau penjaga di dalam buku kedatangan. Pendaftaran tahun 2018, guru – guru
tingkatan akan dibekalkan dengan fail beserta borang pendaftaran. Penyerahan dan
penyimpanan Fail peribadi murid – Kad 001 tidak perlu lagi digunakan.
Tindakan: Guru Tingkatan
5.6 Penyerahan Buku Teks
- Proses pemulangan buku teks berjalan dengan lancar.Namun sedikit gangguan daripada
pelajar tingkatan empat yang tidak sabar dan bising sewaktu proses berjalan.
- Buku teks tingkatan 1 dan 2 belum lagi diserahkan kepada pelajar kerana buku
berkenaan baru sampai. Pungutan duit buku hilang dan buku tidak berbalut juga tidak
menghadapi masalah.
-Surat siaran untuk sesi persekolahan 2018 telah diedarkan kepada semua pelajar pada
hari Khamis (16/11/2018)
- Pelajar darjah 6 yang akan menyambung persekolahan di SMK Kerteh telahpun
membuat pengesahan dan semua ibu bapa telah menerima maklumat yang diperlukan.
5.7 Guru pengawas perlu menyediakan senarai penilaian prestasi pengawas,senarai ajk
pengawas 2018, sijil penghargaan dan senarai nama pengawas baru 2018.
5.8 Guru kantin perlu mengemaskini fail berkaitan kantin dan menyediakan borang penilaian
kendiri kantin. Guru Kwamp ,guru kesihatan dan guru unit 4K perlu membuat analisis
dan laporan ringkas berkaitan unit masing-masing.
Tindakan: Guru Kantin, Kwamp, kesihatan, 4K

5.9 PK Hem memaklumkan bahawa hari persekolahan pada tahun ini sebanyak 190 hari
5.10 Semua guru tingkatan perlu menyemak senarai hutang pelajar bagi memastikan tiada
masalah pelajar mengaku telah membayar yuran sewaktu keputusan dikeluarkan.
5.11 PK Hem memaklumkan bahawa guru perlu memasukkan nama pelajar yang menerima
anugerah sukarelawan ke dalam SSDM.Setiap program perlu diambil gambar dan dicetak
untuk dijadikan evidens.
Tindakan : Guru Tingkatan
5.12 PK Hem mengakhiri ucapan dengan mengucapkan ribuan terima kepada semua guru atas
kerjasama yang telah diberikan.
6.0 Laporan Kokurikulum
6.1 PK Kokurikulum memaklumkan berkaitan borang saham koperasi. Pihak sekolah
bersetuju semua guru yang bertukar ke SMK Kerteh secara outomatik menjadi ahli
koperasi dan mempunyai saham dalam koperasi.
Tindakan: Makluman
6.2 PK Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang membantu
menjayakan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun. Perjumpaan sebanyak 12 kali telah
berjaya dilaksanakan.
Tindakan: Makluman
6.3 Ucapan terima kasih kepada Pn Rushdan dan pasukan dalam kejayaan EEC Challenge
dan En Hazrein bersama-sama pasukan kitar semula yang telah berjaya mendapat tempat
ketiga peringkat kebangsaan dalam pertandingan tersebut.Guru-guru boleh terus
menghantar lagi barang kitar semula mengikut jadual penghantaran yang telah ditetapkan.
Tindakan: Makluman
6.4 Ucapan terima kasih kepada semua guru tingkatan yang telah memasukkan data-data
kokurikulum ke dalam sistem atas talian.Bagi tingkatan 3, data – data akan dicetak
sebelum keputusan PT3 diumumkan.
6.5 Senarai Semak Pengurusan KoKurikulum.Guru-guru penasihat unit perlu menghantar
buku laporan setiap unit selewat-lewatnya sebelum cuti.Ketua –ketua unit perlu
membuat perancangan aktiviti bagi tahun 2018.
Tindakan: Ketua Unit Koku
6.6 Jualan buku,pembelian barang di koperasi akan beroperasi seminggu sebelum sekolah
dibuka.Kain rentang juga akan dipasang di dinding pagar sekolah untuk makluman
semua.
Tindakan: Makluman
6.7 Semua guru kelas perlu mengira kerusi,meja,lampu dan kipas dalam kelas masing-masing
untuk tindakan selanjutnya. Guru – guru yang menguruskan dewan perlu memastikan
kerusi hijau dan kuning dirantai untuk tujuan keselamatan.
Tindakan: Guru Kelas, Ajk Dewan
6.8 Guru –guru yang menguruskan aset sekolah perlu merujuk kepada AKP sekolah yang
bertanggungjawab menguruskan aset sekolah.
Tindakan: Guru Aset dan AKP
6.9 Mana – mana unit yang belum menyerahkan lagi evidens SKPMg2, perlu menyerahkan
evidens berkenaan dalam fail yang disediakan.
6.10 Dari pemantauan PK Kokurikulum, satu kekurangan yang diperoleh berkaitan .post
mortem aktiviti dan perjumpaan aktiviti. Cadangan untuk mengadakan borang post
mortem yang mengandungi item seperti kekuatan, kelemahan dan penambahbaik
digunakan selepas sesuatu aktiviti diadakan.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

__________________________ ________________________
( NOR ZALINA BT OSMAN ) ( HJH CHE ZALIHA BT IBRAHIM)
Urus setia mesyuarat guru Pengetua SMK Kerteh
MAKLUMBALAS MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT TAHUN 2017

AGENDA KEPUTUSAN TINDAKAN MAKLUM


BALAS
1.6 PAK21 akan dilaksanakan sepanjang masa.Semua guru perlu Semua guru
bersedia dengan evidens mulai tahun 2018. Budaya pelaporan
dalam semua aktiviti yang dijalankan perlu diamalkan oleh semua
guru.Guru –guru juga digalakkan menggunakan ICT sebagai saluran
Pdpc.
1.7 Pada tahun 2018, E-RPH akan dilaksanakan .Hampir sebahagian dari Semua guru .
sekolah di Terengganu telah berdaftar untuk penggunaannya.Cg
Haslina akan mengadakan ladap E-RPH kepada semua guru pada
suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian untuk memudahkan
guru menggunakan ICT sebagai bahan untuk menulis.
1.11 Semua Ketua Panitia diharapkan dapat menyerahkan semua Semua Telah
dokumen penting sekolah berkaitan Pelan Taktikal,Operasi dan Ketua dilaksanakan
Strategik. Panitia .
4.3 Semua ketua dan setiausaha panitia perlu mengemaskini minit Ketua dan Telah
mesyuarat dan fail Panitia dengan kadar segera. Setiausaha diambil
Panitia tindakan
4.4 Pengurusan Kewangan -PK Pentadbiran juga berharap agar Panitia Ketua Telah
yang masih ada baki wang mohon dibelanjakan mengikut SOP yang Panitia diambil
telah ditetapkan tindakan
4.10 Peperiksaan SPM masih belum selesai dan memandangkan keadaan AJK Ops Telah
cuaca yang tidak menentu semua pihak perlu bersiap siaga untuk Payung diambil
menghadapi banjir. tindakan

5.4 Guru tingkatan perlu menyemak dan melengkapkan maklumat Guru Telah
pelajar dalam buku pendaftaran pelajar yang berwarna hijau di Tingkatan diambil
pejabat.Maklumat dalam APDM juga perlu dikemaskini untuk dan tindakan
tindakan guru tingkatan dan Penyelaras APDM iaitu En Hazrein bin penyelaras
Abd Hamid. APDM

5.8 Guru kantin perlu mengemaskini fail berkaitan kantin dan Guru Telah
menyediakan borang penilaian kendiri kantin. Guru Kwamp ,guru Kantin dilaksanakan
kesihatan dan guru unit 4K perlu membuat analisis dan laporan Kwamp
ringkas berkaitan unit masing-masing. Kesihatan
4K
5.11 PK Hem memaklumkan bahawa guru perlu memasukkan nama Guru Telah
pelajar yang menerima anugerah sukarelawan ke dalam Tingkatan diambil
SSDM.Setiap program perlu diambil gambar dan dicetak untuk tindakan
dijadikan evidens.
6.5 Guru-guru penasihat unit perlu menghantar buku laporan setiap unit Ketua Unit Telah
selewat-lewatnya sebelum cuti.Ketua –ketua unit perlu membuat Kokurikulu diambil
perancangan aktiviti bagi tahun 2018. m tindakan

6.7 Semua guru kelas perlu mengira kerusi,meja,lampu dan kipas dalam Guru Kelas Telah
kelas masing-masing untuk tindakan selanjutnya. Guru – guru yang AJK Dewan dilaksanakan
menguruskan dewan perlu memastikan kerusi hijau dan kuning .
dirantai untuk tujuan keselamatan.
6.8 Guru –guru yang menguruskan aset sekolah perlu merujuk kepada Guru Aset Telah
AKP sekolah yang bertanggungjawab menguruskan aset sekolah. AKP diambil
tindakan

You might also like