You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SALAH KECHIL

96200 DARO, SARAWAK.

MINIT CURAI

KEPADA : SEKH KARIM BIN JAPAR (GURU BESAR)


DARIPADA : MOHAMED AZIZI BIN OMAR (GURU PENDIDIKAN ISLAM)
KURSUS : KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM &
PENTAKSIRAN (SEMAKAN 2017) ALIRAN PERDANA TAHUN TIGA SECARA
ON SITE@BAHASA ARAB
TARIKH : 05 HINGGA 06 SEPTEMBER 2018 (RABU – KHAMIS)
MASA : 08.00 PAGI – 04.30 PETANG
TEMPAT : BILIK KURIKULUM, SK HIJRAH BADONG, DARO

PENCERAMAH 1 : USTAZ SALAHUDDIN


JU BAHASA ARAB, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DARO

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI,


NAMA : EN. NAIZATULAZMAN BIN BOKHARI
HP : 0168852310

BIL KANDUNGAN MINIT CURAI TINDAKAN/MAKLUMAN


1 Slot Pengenalan: (8.00 pagi – 8.30 pagi)
Ucapan/taklimat oleh Cik Seliah bt Ismail (Unit Kewangan, PPD Tindakan
Daro)

I. Pendaftaran peserta.
II. Ojektif kursus.
III. Maklumat perjalanan kursus.
IV. Kursus mengandungi 4 slot.
V. Urusan tuntutan perjalanan.

Slot 1 : (8.30 pagi – 10.30 pagi)


2 Makluman
Tajuk : Pengenalan Umum DSKP (Semakan 2017)
Penceramah: Ustaz Salahuddin

I. Konsep umum Dokumen Standard Kurikulum &


Pentaksiran (DSKP).
II. Konsep DSKP merangkumi 3 komponen utama untuk
disasarkan iaitu keperluan standard dalam ekuiti/kualiti,
akauntabiliti dan piawai pengukuran.
III. Perkembangan kurikulum sekolah rendah bermula dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1983
sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Semakan 2017.
IV. Pembaharuan KSSR (Semakan 2017) melibatkan 3 aspek
utama iaitu kandungan, pedagogi dan pentaksiran.
V. Rasionalnya DSKP (Semakan 2017) dari susur galur Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan, PIPP (2005-2010)
sehingga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
PPPM (2013-2025).

REHAT (10.30 pagi – 11.00 pagi)

Slot 2: (11.00 pagi – 01.00 petang)


3 Makluman
Tajuk: Perubahan DSKP Bahasa Arab Tahun 3 (Semakan 2017)
Penceramah: Ustaz Salahuddin

I. Penceramah membentangkan komponen-komponen yang


mengalami proses semakan dan penambahan. Komponen-
komponen yang disemak semula ialah objektif kurikulum,
sukatan pelajaran, peruntukkan waktu/jam, organisasi
kandungan, bilangan tajuk, dan bilangan tema. Komponen-
komponen yang ditambah pula ialah tajuk-tajuk
tatabahasa, unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT), kata-kata hikmah, tanda baca, dan ibarat
mutadawilah.

REHAT (01.00 petang – 02.30 petang)


4 Slot 3: (02.30 petang – 04.30 petang) Makluman
Tajuk: Unpacking DSKP Bahasa Arab Tahun 3 (Semakan 2017)
Penceramah: Ustaz Salahuddin

I. Penceramah membentangkan cara menyantuni DSKP


dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Bagaimana menyerapkan unsur KBAT dalam PdP.
II. Perkongsian tentang cara mengaplikasi Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK 21) menggunakan pendekatan seperti
pembelajaran berasaskan inkuiri dan pembelajaran
berasaskan projek dengan betul.
III. Tugasan; Peserta dibahagikan dalam kumpulan dan
dikehendaki menulis/menyediakan satu Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) untuk sesi
pembentangan/simulasi.

Slot 4: (08.00 pagi – 10.00 pagi)


5 Makluman
Tajuk: Pentaksiran Bilik Darjah@DSKP (Semakan 2017)
Penceramah: Ustaz Salahuddin

I. Penceramah memberi fokus kepada pentaksiran secara


berterusan yang sentiasa berlaku semasa proses PdP
didalam kelas.

II. Penceramah berkongsi jenis-jenis pentaksiran melibatkan


bentuk-bentuk seperti lisan, tugasan, hasil kerja, projek,
dan lembaran kerja.

REHAT (10.00 pagi – 10.30 pagi)

6 Slot 5: (10.30 pagi – 12.30 pagi) Makluman


Tajuk: Pentaksiran Bilik Darjah@DSKP (Semakan 2017)/BA

I. Penceramah menerangkan secara terperinci tentang


tahap-tahap penguasaan dalam pentaksiran yang
melibatkan Tahap 1 sehingga Tahap 6 di mana tahap 6
merupakan tahap tertinggi.
II. Tahap 1 adalah tahap paling minimum di mana murid
sekadar tahu. Tahap 2 adalah murid yang tahu serta
faham. Tahap 3 pula murid faham dan boleh
mengaplikasikan kefahaman tersebut. Tahap 4 murid
dapat mengaplikasikannya secara konsisten. Murid yang
dapat mengamalkannya secara konsisten dan sukarela
pula layak untuk tahap 5. Manakala tahap 6 adalah untuk
murid yang tahu, faham, mengaplikasikan secara
konsisten, sukarela dan dapat menjadi contoh kepada
rakan.

REHAT (12.30 tengahari – 02.00 petang)


Makluman
Slot 6: (02.00 petang – 0430 petang)
7
Tajuk: Bengkel/Pembentangan Hasil Tugasan

I. Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan masing-


masing. Pembentangan lebih memberi tumpuan kepada
aktiviti pembelajaran.
II. Setiap pembentangan disusuli dengan simulasi/micro
teaching dan sesi soal jawab.
III. Penceramah membuat ulasan untuk setiap pembentangan.
IV. Antara contoh aktiviti yang dibentangkan; hot seat, bom
kertas dan kapal terbang kertas.
V. Bahan/hasil tugasan akan dikongsi kepada setiap peserta
sebagai panduan.

Sesi Penutup/Majlis Penyampaian Cenderamata/Jamuan: (04.30


petang – 04.45 petang)
Ucapan penutup oleh Cik Seliah bt Ismail
Penyampaian Cenderamata oleh Cik Seliah bt Ismail
ULASAN(G/BESAR): …………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………

DISEDIAKAN OLEH: DITERIMA OLEH:

……………………………… ……………………………………
MOHAMED AZIZI BIN OMAR SEKH KARIM B JAPAR
Guru Pendidikan Islam Guru Besar
SK Salah Kechil Daro SK Salah Kechil Daro

TARIKH: TARIKH:

You might also like