You are on page 1of 6

LANGKAH PENYELESAIAN

Antara langkah yang dilakukan oleh kerajaan China untuk memulihkan kerajaan China yang
merosot disebabkan oleh Perang Candu ialah memperbaiki sistem pentadbiran kerajaan China dari
segi ketenteraan, diplomatik, pendidikan, ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.

1. Ketenteraan
Kerajaan China mengambil langkah memodenkan tentera mengikut sistem ketenteraan
Barat. Pegawai yang terlibat termasuklah Tseng Kuo-fan, Li Huang-Chang, dan Tso
Tsung-Tang. Antara langkah yang diambil adalah pembinaan kilang senjata iaitu
pada 1865 Kilang senjata di Kiangnan, Shanghai yang membuat senapang, meriam dan
peluru dan terlibat dalam pembinaan kapal perang dengan jumlah pekerja seramai 2000
orang. Selain itu, pada tahun 1865 Perbadanan Kejuruteraan Kim lin ditubuhkan oleh li
Hung-Chang yang terlibat dalam penghasilan meriam dan senapang. 1866 Kilang senjata
api di Foochow ditubuhkan oleh li Hung-Chang. 1868 Ditubuhkan di Kiangnan
Shangai yang melatih pekerja membuat senjata dan kapal berperanan menterjemah buku
dalam bidang kejuruteraan ke dalam Bahasa China. 1880 Maktab tentera laut telah
didirikan. Seterusnya pembinaan limbungan kapal pada tahun 1866 limbungan kapal
didirikan di Foochow, didirikan atas bantuan dua orang jurutera berbangsa Perancis hanya
menghasilkan 10 buah kapal dan 5 buah bot peronda. Penubuhan angkatan tentera laut,
Angkatan tentera laut Nanyang sebanyak 17 buah kapal, Angkatan tentera laut Peiyang 15
buah kapal, Angkatan tentera laut Hokkien 11 buah kapal. Disamping itu, Penghantaran
pegawai ke luar negara pada 1872, Pegawai tentera China di hantar ke Jerman untuk
mempelajari sains ketenteraan, tahun 1875 Pelajar limbungan kapal Foochow dihantar ke
Britain dan Perancis untuk menjalani ujian dan tahun 1884 Pelajar akademi laut dihantar
ke Perancis, Britain, dan Jerman untuk mempelajari pembinaan kapal
2. Pelaksanaan projek ekonomi
Setelah tamat dua siri peperangan dengan kuasa Barat, Kerajaan China telah menghadapi
masalah kewangan yang teruk akibat terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi
menampung kos peperangan dan terpaksa membayar ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa
Barat. Masalah kewangan semakin teruk apabila sistem ekonomi sara diri merosot selepas
kedatangan kuasa-kuasa Barat. Bagi mengatasi maslah ini, kerajaan mengambil pelbagai
langkah pembangunan ekonomi negara dengan menubuhkan pelbagai jenis industri
kecil-kecilan dan melaksanakan beberapa projek untuk menambahkan pendapatan negara.
Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Merchants Steam Navigation Company
ditubuhkan oleh Li Hung-Chang untuk membina kapal laut (1872), Syarikat perlombongan
arang batu ditubuhkan di Kaiping (1877), Kilang Tekstil yang pertama didirikan di
Shanghai (1878) dan Hupeh (1894), dan sebuah kilang besi didirikan di Kweichow (1894).
Selain itu, kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah untuk meluaskan kawasan
pertanian dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Antara langkah yang
diambil untuk meluaskan kawasan pertanian adalah menggalakkan petani mengusahakan
tanah pertanian yang terbiar, meneroka kawasan-kawasan baru untuk tujuan pertanian dan
menjual tanah kepada petani dengan harga yang murah. Seterusnya untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian, kerajaan telah membina sistem saliran dan pengairan serta
mengurangkan cukai pertanian.

3. Membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan


Langkah yang diambil ialah penbinaan landasan Kereta Api, Talian Telegraf dan
Perkhidmatan Pos. Pembinaan landasan Kereta Api dibina pada tahun 1876 yang
menghubungkan Shanghai dan Tientsin dibina oleh kerajaan dengan kerjasama Syarikat
Jardine dan Matheson. Tahun 1888 landasan Kereta Api menghubungkan Kaiping dan
Tientsin dibina dan 1896 landasan Kereta Api di panjangkan di pinggir bandar Peking.
Pembangunan sistem Telegraf 1881 Kerajaan China menubuhkan jabatan pentadbiran
Telegraf diraja. 1881 Talian Telegraf menghubungkan Tiensin dan Shanghai didirikan dan
pada tahun 1900 Perkhidmatan yang meliputi 14 000 batu menghubungakan bandar-bandar
utama disediakan.
4. Hubungan diplomatik
Kerajaan China mengambil langkah-langkah untuk menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara-negara Barat bertujuan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi
daripada Barat. Oleh itu, sebuah jabatan yang dikenali sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan
bagi menguruskan hubungan diplomatik kerajaan China dengan negara-negara Barat pada
tahun 1861. Jabatan ini diketuai oleh Putera Kung dan dibantu oleh seorang pegawai
British, iaitu Horatio Nelson. Selain itu, pejabat perwakilan juga ditubuhkan untuk
merapatkan lagi hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat. Pada tahun 1866,
kerajaan China juga turut menghantar perwakilannya ke negara-negara Barat seperti
Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belgium, Denmark, Sweden dan Belanda. Hasilnya
kedutaan China telah ditubuhkan di negara-negara Barat seperti London (1877), Berlin
(1877), Paris (1878), Washington (1878) dan St. Petersburg (1879). Kerajaan China turut
melantik Pesuruhjaya Perdagangan bagi mengendalikan hal ehwal perdagangan dengan
orang Barat terutama di pelabuhan Nanking dan Tientsin.

5. Pendidikan
Antara langkah yang diambil khususnya dalam bidang pendidikan ialah dengan
menubuhan Maktab Bahasa, dikenali sebagai Tung-Wen Kuan di Peking. Maktab ini
ditubuhkan untuk menterjemah Bahasa Jerman, dan Jepun kedalam Bahasa Mendarin,
Maktab ini memainkan peranan sebagai pusat penterjemahan. Selain itu sebuah sekolah
ditubuhkan di Wuchang oleh Chang Chin-Tung pada 1893 dimana sekolah ini bertujuan
untuk mengajar Bahasa Eropah dan ilmu Barat. Juga mengajar Bahasa Inggeris, Rusia,
Perancis, Akhir sekali ialah kerajaan China mengadakan program menghantar pelajar
ke luar negara. Pada tahun 1877 seramai 30 orang pelajar yang dihantar ke Britain dan
Perancis. Di antara tahun 1872-1881 seramai 120 orang pelajar yang dihantar ke Amerika
syarikat. Tujuan program ini adalah untuk menambahkan pengetahuan masyarakat cina
bagi memajukan negara mereka.
KESIMPULAN.

Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa Perang Candu yang berlaku di negara China
berlaku pada pertengahan abad ke 19, Imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era
baharu dalam sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian
membawa kepada kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih
berbangga dengan menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai tamadun
yang tinggi. Mereka juga keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana
menggangap orang Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing). Sistem
pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi tertinggi
diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat
dengan China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada
sejarah perjalanan China. Antara impak atau kesan yang dihadapi oleh kerajaan China ialah ramai
rakyat China yang terkorban dalam peperangan. Selain itu, Perang Candu juga telah merugikan
kerajaan China, dimana kerajaan China terpaksa membayar ganti rugi yang sangat banyak akibat
kekalahan mereka dalam peperangan. Seterusnya melahirkan dua golongan iaitu pro barat dan anti
barat, dimana golongan pro barat ini mereka meniru idea-idea barat dan anti barat pula menentang
kegiatan orang barat. Kesan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang kerajaan China
lakukan iaitu dari segi perdagangan, dimana mereka menganggap bahawa negara mereka sebagai
negara yang agung dan tidak memerlukan barangan dari luar dan hal ini berbeza dengan
perdagangan barat iaitu berkonsepkan perdagangan survival. Selain itu, masalah Candu, dimana
kerajaan barat telah membawa masuk Candu ke negara China dengan kuantiti yang sangat banyak
sehingga menyebabkan barangan mereka mendapat permintaan yang merosot. Disamping itu,
kerajaan China menolak hubungan diplomatik dengan kerajaan Barat iaitu British. Dalam
peperangan ini juga kerajaan China telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah
yang mereka hadapi. Antara langkah yang telah diambil ialah memperbaiki sistem ketenteraan,
pelaksanaan projek ekonomi, diplomatik, pendidikan serta membangunkan sistem perhubungan
dan pengangkutan.
RUJUKAN

1. Yusoff. N.A., Abdullah.A.N. & Vijaya. G. (2015) Buku Ace Ahead Teks STPM Sejarah
Dunia (1500-1955) Penggal 1 Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd
2. Ibrahim. H, Farouk. I. & Vijayan. D. (1995) Sejarah Asia Tenggara & Asia Timur.
Selangor Darul Ehsan. Pustaka Serjana Sdn. Bhd.
3. Rosdi. M. (1994). Sejarah Timur Jauh STPM. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
4. Ahmad. H. (1975) Sejarah Asia (1824-1954). Kota Bharu Kelantan. Pustaka Aman Press.
Maklumat ahli kumpulan.

Nama : Mohd Rody Bin Mahadi


Pusat Pengajian: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
No. Matrik: 139538
No. Kad pengenalan: 971213-12-5643
No. Telefon bimbit: 0162744671
Alamat email: rodymahadi@gmail.com

You might also like