You are on page 1of 5

Sekolah Kebangsaan Sungai Soi

25150 Kuantan

Kertas Konsep

1. Tajuk :
- Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) Sekolah Kebangsaan Sungai Soi
Tahun 2017

2. Rasional :
- Bernasnya pemikiran, cekapnya penulisan dan petahnya berhujah serta berisinya
buah fikiran semuanya melalui sikap dan tabiat suka membaca.
- Kecemerlangan akademik, moleknya sahsiah dan seimbangnya emosi adalah kerana
banyaknya membaca.
- Bahan-bahan bacaan mudah diperolehi.

3. Matlamat :
- Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Sungai Soi.
- Menyemai tabiat sukakan buku dan suka membaca.
- Membudayakan sikap suka membaca

4. Objektif :
- Menggalakkan murid banyak membaca yang melibatkan semua genre, bahan yang
berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan
peperiksaan semata-mata.
- Melahirkan ramai murid yang cintakan bahan bacaan.
- Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan, berani
berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan, berpengetahuan luas dan berjiwa besar
melalui pembacaan.
- Menjadi pemangkin kepada amalan dan budaya membaca dalam masyarakat kita.

5. Jangkamasa :
- 1 Januari 2017 hingga 31 Oktober 2017
-
6. Sasaran :
- Semua murid Sekolah Kebangsaan Sungai Soi – 1082 orang
7. Anggaran Kos :
- Rm2000 – Membeli sebuah basikal sebagai Hadiah Utama NILAM
- Hadiah disediakan untuk murid Pra Sekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6 yang banyak membaca sepanjang tahun 2017.

8. Sumber Kos :
- Sumbangan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

9. Sumber Tenaga :
- Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah
- Guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Soi

10. Strategi Pelaksanaan :

10.1 Sesi perbincangan bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Petang dan Penyelaras Pusat
Sumber bagi menentukan bentuk hadiah, cara pemilihan dan jadual pelaksanaan
program.

10.2 Membentuk Jawatankuasa Kerja

Pengerusi : Guru Besar


Encik Mohd Noor B. Ismail

Naib Pengerusi: Guru Penolong Kanan Pentadbiran


Pn. Narian Bt. Ahmed

Pengerusi 1 : Guru Penolong Kanan HEM


En. Che Ku Abu Bakar B. Che Amat

Pengerusi 2 : Guru Penolong Kanan Kokurikulum


En. Mohd Khairi B. Mohammad

Pengerusi 3 : Guru Penolong Kanan Petang


Pn. Che Noriah Bt Salleh

Setiausaha : Pn. Zilma Hana Bt. Abdul Rahman


Guru Penyelaras Program NILAM
Bendahari : Pn Narian Bt. Ahmed

Ahli Jawatankuasa

1. Pn. Zarilawati Bt. Ab Manaf


Guru Perpustakaan dan Media / Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
2. Pn. Zawati Bt. Abdullah
Penyelaras Perpustakaan
3. Penyelaras Pra Sekolah
4. Penyelaras Tahun 1
5. Penyelaras Tahun 2
6. Penyelaras Tahun 3
7. Penyelaras Tahun 4
8. Penyelaras Tahun 5
9. Penyelaras Tahun 6

10.3 Perbincangan di peringkat Ahli Jawatankuasa bagi menyelesaikan tugasan


sepatutnya.

Murid :
- Membaca buku sebanyak mungkin.
- Menentukan bahan bacaan yang dibaca direkodkan seperti kehendak Program
NILAM.
- Menentukan sentiasa mempunyai bahan bacaan tidak kira di mana sahaja.
- Mendapat bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
- Memastikan mereka mencapai tahap pembacaan yang ditetapkan untuk mendapat
pengiktirafan.
- Menjadi rakan pembaca bagi mereka yang layak dan berkelayakan.

Guru :
- Membawa murid ke perpustakaan semasa pengajaran dan pembelajaran seperti
jadual yang ditetapkan.
- Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid
- Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam program i-NILAM
- Mengenalpasti dan menyenaraikan murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber.
10.4 Maklumkan kepada warga sekolah mengenai program yang akan dilaksanakan
untuk perkongsian.

10.5 Memberi penjelasan dan kefahaman Program NILAM kepada semua murid dalam
perhimpunan pagi dan setiap Perhimpunan Rasmi. Guru bertugas mingguan
sentiasa memaklumkan tentang perkembangan program NILAM.

10.6 Sesi briefing dan debriefing akan diadakan pada hari Isnin, minggu pertama setiap
bulan bagi mengenalpasti kekangan dan penambahbaikan.

10.7 Gunapakai dapatan dari sesi-sesi perbincangan dan laksanakan dalam program.

10.8 Hantar pelaporan bertulis kepada Guru Besar.

11. Penutup :
Program yang dirancang ini diharapkan dapat membantu membentuk keyakinan murid
dan satu pendekatan yang memberi peluang serta galakan untuk murid ulat buku dan
mentabiatkan amalan membaca buku.

12. Penilaian :

- Sambutan serta sokongan ibu dan bapa menyemak Rekod NILAM anak-anak mereka.
- Kerjasama dan sokongan warga Sekolah Kebangsaan Sungai Soi.
- Bilangan buku yang dibaca oleh murid akan dikira penghujung tahun nanti.
- Murid yang terbanyak bacaannya akan dianugerahkan Tokoh NILAM Sekolah
mengikut kategorinya dan menerima sebuah basikal.

13. Refleksi

Disediakan oleh :

Zarilawati bt Ab Manaf
Guru Perpustakaan dan Media,
Sekolah Kebangsaan Sungai Soi,
25150 Kuantan,
Pahang.

You might also like