You are on page 1of 2

TUGASAN 2

Kedudukan dua titik di atas permukaan bumi boleh ditentukan dengan pengukuran sudut dan jarak.
Maklumat kedudukan titik ini masih dikira tidak lengkap jika data perbezaan ketinggian antara dua titik ini tidak
diketahui. Oleh itu, pengukuran bagi menentukan perbezaan ketinggian antara titik di atas permukaan bumi
yang dipanggil ukur aras perlu dijalankan Dengan penggunaan alat ukur aras, kita akan dapat membentuk satu
garis pandangan, iaitu garis kolimantan bagi alat ini yang terletak dalam suatu satah ufuk melalui bebenang ufuk
bagi alat. Operasi ukur aras lebih terletak kepada menentukan jarak pugak dari garisan ini kepada titik-titik yang
ukuran tinggi atau perbezaan ketinggian berkait antara satu sama lain.
Antara aplikasi ukur aras dalam kejuruteraan awam ialah dalam pembinaan batu aras dan batu aras
sementara dalam pembinaan. Batu aras dan batu aras sementara digunakan sebagai panduan ketinggian sesuatu
tempat untuk memudahkan projek pembinaan. Aplikasi ukur aras digunakan untuk mengetahui ketinggian
sesuatu tapak pembinaan seterusnya akan di tulis di atas batu aras atau batu aras sementara untuk di jadikan
sebagai panduan. Standard Bench Mark (SBM) adalah monumen yang dibina secara stabil agar sebarang
gangguan yang berkemungkinan berlaku dapat diminimumkan. SBM ditubuhkan dalam rangkaian ukur aras
jitu untuk mewujudkan satu sistem tanda aras yang stabil serta mengawal jaringan aras. Tanda aras tersebut
ditempatkan di sepanjang jalan raya pada sela 40 kilometer.

Contoh Batu Aras Sementara


Selain itu, kerja ukur aras juga digunakan dalam kerja penandaan. Terdapat banyak kerja pembinaan
yang memerlukan maklumat aras laras titik. Dalam kerja penanaman cerucuk contohnya, aras laras kepala
cerucuk perlu ditentukan dengan tepat untuk memastikan bangunan yang akan di bina nanti mengikut aras reka
bentuk yang dicadangkan. Begitu juga dalam pembinaan parit dan tali air, aras laras dasar parit atau talian harus
di tentukan sebaik mungkin untuk membolehkan aliran air yang baik. Ukur aras laras juga digunakan dalam
menentukan potongan dalam kerja tanah seperti dalam pembinaan rumah. Dalam kerja seumpama ini, kadang
kala terdapat aras yang berlainan tingkat di antara satu blok dengan blok yang lain. Dalam banyak keadaan,
kerja-kerja ini melibatkan banyak titik antara.

You might also like