You are on page 1of 16

GARIS PANDUAN PEMILIHAN

INTERVENSI DOMAIN
PENDIDIKAN KHAS TERBAIK
DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

7/10/2018
KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Pengenalan 1
2. Tujuan Garis Panduan 1
3. Objektif Intervensi Domain Pendidikan Khas 2
4. Kategori Pertandingan 2
5. Syarat Pertandingan 2
6. Kod Etika 3
7. Sijil Pertandingan 4
8. Panduan Penulisan Laporan Intervensi Domain Pendidikan Khas 4
Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)Tahun 2018
9. Peranan dan Tanggungjawab 5
10. Penutup 8
Lampiran
Lampiran 1 9
Borang Penyertaan (Individu) Intervensi Domain Pendidikan
Khas Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 2018
Lampiran 2 10
Borang Penyertaan (Kumpulan) Intervensi Domain Pendidikan
Khas Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 2018
Lampiran 3 12
Senarai Semak Permohonan Penyertaan Intervensi Domain
Pendidikan Khas 2018
Lampiran 4 13

Kriteria Penilaian Intervensi Domain Pendidikan Khas Terbaik

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) 2018


1. PENGENALAN

Intervensi Domain merupakan satu aktiviti pemulihan untuk Murid Berkeperluan


Khas (MBK) yang tidak melepasi saringan Domain Pendidikan Khas. Tujuan
intervensi diberi adalah untuk memastikan MBK dapat menguasai domain
perkembangan kanak-kanak bagi membantu mereka belajar dengan baik.
Intervensi Domain boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau
kumpulan kecil oleh guru pendidikan khas dalam jangka masa tertentu mengikut
keperluan MBK semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Intervensi ini
boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian
dan keperluan MBK atau PdP.

Bagi menggalakkan guru pendidikan khas melaksanakan intervensi domain


yang lebih inovatif dan kreatif maka Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) akan
mengadakan Pemilihan Intervensi Domain Pendidikan Khas Terbaik dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Tujuan pertandingan ini diadakan adalah
untuk memberi pengiktirafan terhadap kreativiti guru pendidikan khas
menghasilkan inovasi teknik dan kaedah intervensi domain pendidikan khas bagi
membantu meningkatkan pembelajaran (MBK).

2. TUJUAN GARIS PANDUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan dan menerangkan prosedur


yang perlu dilaksanakan oleh guru pendidikan khas bagi menyertai Pemilihan
Intervensi Domain Pendidikan Khas Terbaik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Tahun 2018. Garis panduan ini dilengkapi dengan syarat
kelayakan, tatacara permohonan, format laporan, proses dan kriteria penilaian.

1
3. OBJEKTIF PERTANDINGAN

Pertandingan Intervensi Domain Pendidikan Khas Terbaik ini diadakan


untuk:

i. menggalakkan dan meningkatkan pemikiran kreatif dan inovatif guru


pendidikan khas.

ii. menjadi platform bagi guru Pendidikan Khas berkongsi idea dan inovasi
atau pengetahuan dalam melaksanakan intervensi domain pendidikan
khas.
iii. meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru
pendidikan khas.
iv. meningkatkan pencapaian penguasaan domain dalam kalangan MBK.

4. KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini dibuka kepada semua guru pendidikan khas mengikut kategori
domain iaitu:

i. Intervensi Domain Kognitif


ii. Intervensi Domain Sosioemosi
iii. Intervensi Domain Komunikasi dan Bahasa
iv. Intervensi Domain Tingkah Laku
v. Intervensi Domain Motor Kasar
vi. Intervensi Domain Motor Halus.

5. SYARAT PERTANDINGAN

i. Terbuka kepada semua guru pendidikan khas sekolah rendah di Sekolah


Pendidikan Khas (SPK) dan Progam Pendidikan Khas Integrasi (PPKI);

ii. Boleh disertai secara individu atau berkumpulan tidak melebihi 3 orang.
iii. Inovasi intervensi domain MESTI dihasilkan oleh guru pendidikan khas
sendiri dan dilaksanakan pada tahun semasa.

iv. Sekolah perlu mengenal pasti pencalonan mengikut kategori domain.

v. Penyertaan perlu melalui JPN dan setiap JPN perlu membuat penilaian
dan memutuskan wakil terbaik yang akan mewakili negeri masing-
masing.

vi. Setiap JPN menghantar minimum satu (1) penyertaan dan maksimum
tiga (3) penyertaan dari domain yang berbeza.

vii. Borang Penyertaan hendaklah ditandatangani oleh peserta dan


disahkan oleh Guru Besar sekolah.

viii. Guru pendidikan khas PERLU bersedia untuk berkongsi idea dan
pengalaman sekiranya terpilih sebagai intervensi domain pendidikan khas
terbaik.

ix. Keputusan pemilihan adalah muktamad.

6. KOD ETIKA

i. Hasil karya peserta mesti asli penulis, tidak diciplak, diubahsuai,


diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada
dalam bentuk cetakan atau elektrik ‘softcopy’.
ii. Hasil karya peserta yang diadaptasi mesti dinyatakan sumber.
iii. Penyertaan peserta mesti mendapat kebenaran dan kelulusan
pentadbir.
iv. Rakaman dalam bentuk video (jika ada) perlu mendapat kebenaran
ibu bapa / penjaga MBK.

7. SIJIL PERTANDINGAN
Sijil pertandingan akan diberikan kepada semua peserta dalam bentuk Sijil
Penyertaan. Manakala pemenang pertandingan akan diberikan Sijil
Penghargaan.

8. PANDUAN PENULISAN LAPORAN INOVASI INTERVENSI DOMAIN


PENDIDIKAN KHAS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

i. Laporan disediakan dalam Bahasa Melayu menggunakan tulisan jenis


Arial bersaiz 12 dengan jarak baris (spacing) 1.5 dan alignment justify
(maksimum 10 muka surat) yang mengandungi perkara–perkara berikut:

a. Kategori domain.
b. Nama aktiviti intervensi
c. Cetusan idea aktiviti intervensi
(Huraikan dengan ringkas bagaimana guru mendapat idea sama ada
melalui pembacaan, carian internet atau pemerhatian)
d. Langkah pelaksanaan intervensi (Huraikan dengan ringkas
intervensi yang dilaksanakan)
e. Impak intervensi terhadap MBK.
f. Ciri-ciri kreatif (jika ada)
g. Lain-lain maklumat yang relevan.

ii. Laporan mestilah hasil penulisan asli penulis, tidak diciplak, diubahsuai,
diterjemah atau pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada
dalam bentuk cetakan atau elektrik ‘softcopy’.

iii. Gambar, gambarajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam


penulisan hendaklah dinyatakan sumber rujukannya (sebaik-baiknya
dilukis atau gambar foto diambil sendiri).

4
iv. BPKhas juga berhak untuk menerbit atau memuat naik penulisan yang
terpilih, dan berhak membuat penyuntingan atau pindaan yang difikirkan
perlu ke atas hasil penulisan yang dihantar.
v. Hanya penulisan yang terpilih oleh panel BPKhas akan dimuat naik di
laman web Bahagian Pendidikan Khas. Penulis yang berjaya mewakili
negeri ke peringkat kebangsaan akan menerima sijil penghargaan.

vi. Tarikh akhir menghantar penyertaan kepada Jabatan Pendidikan


Negeri ialah 25 Ogos 2018.

vii. Karya terbaik peringkat negeri mesti sampai ke BPKhas dalam bentuk
CD (softcopy) pada atau sebelum 11 September 2017.

viii. Penyertaan yang lewat sampai tidak akan dipertimbangkan.

9. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

i. Peranan KPM

a) Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) sebagai Penyelaras


peringkat Kebangsaan.
b) Menyediakan jadual pelaksanaan pertandingan intervensi
domain pendidikan khas.
c) Menyedia dan memastikan Garis Panduan Pertandingan
Intervensi DomainPendidikan Khas difahami oleh semua
pegawai di JPN.
d) Mengumpul pelaporan intervensi domain terbaik daripada pihak
JPN.
e) Menyediakan pelaporan dan tindakan susulan.
f) Menilai dan memutuskan intervensi domain terbaik ke pemilihan
peringkat kebangsaan.

g) Melaporkan pencapaian intervensi domain terbaik pendidikan


khas kepada pihak Pengurusan Tertinggi KPM.
h) Memberi Sijil Penyertaan intervensi domain yang berjaya dipilih
ke peringkat kebangsaan dan Sijil Penghargaan bagi intervensi
domain terbaik.
i) Muat naik 6 intervensi domain pendidikan khas terbaik ke laman
web BPKhas untuk dikongsi dengan guru pendidikan khas.

ii. Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

a) Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas berperanan


Mengurus Pemilihan Intervensi Domain Pendidikan Khas dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
b) Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas / Ketua
Unit Pendidikan Khas sebagai Penyelaras Peringkat JPN.
c) Pegawai Meja LINUS Pendidikan Khas sebagai penyelaras
peringkat negeri.
d) Menyebarluas maklumat pertandingan kepada semua SPK dan
sekolah yang mempunyai PPKI.
e) Memastikan Garis Panduan Pertandingan Intervensi Domain
Pendidikan Khas difahami oleh semua SPK dan PPKI.
f) Mengumpul pencalonan daripada SPK dan PPKI untuk dibuat
pemilihan mewakili negeri.
g) Melaksanakan penilaian penghakiman untuk pemilihan
intervensi terbaik bagi mewakili negeri.
h) Melaporkan intervensi domain terbaik peringkat JPN kepada
BPKhas, KPM.
i) Memberi motivasi, pengiktirafan dan sokongan
Contohnya:
 Memberi sijil penghargaan kepada guru pendidikan khas yang
telah berjaya dicalonkan ke peringkat kebangsaan.
 Memberi sijil penyertaan kepada guru pendidikan khas yang
telah menghantar penyertaan.
6

iii. Peranan Guru Besar

a) Menyebarluas maklumat pertandingan kepada semua guru


pendidikan khas di peringkat sekolah.
b) Mengenalpasti guru pendidikan khas yang layak untuk dicalonkan.
c) Menggalakkan guru menghasilkan inovasi, kaedah, teknik
intervensi domain yang memberi kesan positif terhadap MBK.
d) Memantau dan memastikan intervensi dilaksanakan oleh guru
PKhas sama ada di SPK atau PPKI.

v. Peranan Penolong Kanan Pendidikan Khas di PPKI.

a) Membantu Guru Besar dalam menyebarluas maklumat pertandingan


intervensi domain kepada guru pendidikan khas.
b) Membantu Guru Besar dalam memastikan guru pendidikan khas
melaksanakan intervensi domain pendidikan khas.
c) Bertanggungjawab membantu Guru Besar menguruskan pemilihan
guru untuk menyertai pertandingan.

vi. Peranan Guru Pendidikan Khas

a) Merancang dan melaksanakan intervensi domain pendidikan khas


mengikut Garis Panduan Pentadbiran Saringan LINUS Pendidikan
Khas yang telah ditetapkan.
b) Menyediakan laporan mengikut format yang ditetapkan dan
melengkapkan borang penyertaan seperti (Lampiran 1 atau 2).
c) Laporan borang penyertaan disertakan bersama Senarai Semak
Permohonan Penyertaan Intervensi Domain Pendidikan Khas
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) (Lampiran 3) mendapat
kebenaran dan pengesahan pentadbir sekolah.

10. PENUTUP

Garis Panduan ini diharap dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas melaksanakan proses
pemilihan intervensi domain pendidikan khas terbaik oleh guru pendidikan khas
di SPK dan PPKI. Melalui penyertaan pertandingan ini, guru pendidikan khas
dapat menonjolkan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan intervensi
domain pendidikan khas yang sesuai dengan tahap kemampuan dan keperluan
MBK.

LAMPIRAN 1

BORANG PENYERTAAN (INDIVIDU)


PEMILIHAN INTERVENSI DOMAIN PENDIDIKAN KHAS TERBAIK
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) TAHUN 2017
___________________________________________________________________
1. Maklumat Sekolah

Nama Sekolah :…………………………………………………………

Alamat :…………………………………………………………

…………………………………………………………

No. Telefon :…………………….. No. Faks :…………………

2. Butiran Peserta

Nama Penuh :……………………………………………………………


No Kad Pengenalan :………………………. Gred / DG :……………
No. Tel. Bimbit :……………………… E-mel :…………..

Kategori Intervensi Domain Pendidikan Khas ( √ )

Domain Kognitif

Domain Bahasa dan Komunikasi

Domain Sosioemosi

Domain Tingkah Laku

Domain Motor Kasar

Domain Motor Halus

4. Pengesahan Penyertaan

Tandatangan Guru Besar :…………………………………………

Cop Sekolah :…………………………………………

Tarikh :…………………………………………

9
LAMPIRAN 2

BORANG PENYERTAAN (KUMPULAN)


PEMILIHAN INTERVENSI DOMAIN PENDIDIKAN KHAS TERBAIK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) TAHUN 2018
___________________________________________________________________
3. Maklumat Sekolah

Nama Sekolah :…………………………………………………………

Alamat :…………………………………………………………

…………………………………………………………

No. Telefon :…………………….. No. Faks :…………………

4. Butiran Peserta

Nama Penuh :……………………………………………………………


No Kad Pengenalan :………………………. Gred / DG :……………
No. Tel. Bimbit :……………………… E-mel :…………..

Nama Penuh :……………………………………………………………


No Kad Pengenalan :………………………. Gred / DG :……………
No. Tel. Bimbit :……………………… E-mel :…………..

Nama Penuh :……………………………………………………………


No Kad Pengenalan :………………………. Gred / DG :……………
No. Tel. Bimbit :……………………… E-mel :…………..

Kategori Intervensi Domain Pendidikan Khas ( √ )

Domain Kognitif

Domain Bahasa dan Komunikasi

Domain Sosioemosi

Domain Tingkah Laku

Domain Motor Kasar

Domain Motor Halus

10

5. Pengesahan Penyertaan

Tandatangan Guru Besar :…………………………………………

Cop Sekolah :…………………………………………


Tarikh :…………………………………………

11
LAMPIRAN 3

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENYERTAAN


INTERVENSI DOMAIN PENDIDIKAN KHAS TERBAIK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
TAHUN 2018
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
Saya dengan ini mengesahkan bahawa perkara–perkara tersebut telah dipatuhi
dalam mengemukakan permohonan menyertai Pemilihan Intervensi Domain
Pendidikan Khas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahagian Pendidikan Khas
Tahun 2018.
(Sila tandakan X pada petak yang berkenaan)

Menyertakan SATU (1) SALINAN Laporan Pelaksanaan


Intervensi Domain Pendidikan Khas dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) dalam bentuk hard copy.

1. Menyertakan SATU (1) SALINAN Laporan Pelaksanaan


Intervensi Domain Pendidikan Khas Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) dalam bentuk soft copy.

2. Cetakan Power Point [2 slide per page]) dan Power Point


[5-10 slide])

__________________________ ______________________
Tarikh Tandatangan

Nama :
Jawatan :
Cop Jabatan :

12
LAMPIRAN 4

KRITERIA PENILAIAN
INTERVENSI DOMAIN PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN (PdPc) GURU PENDIDIKAN KHAS 2017
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut:

BIL ASPEK KRITERIA MARKAH


a) Kreativiti
1. KREATIVITI Keaslian Idea
20
Kegunaan Bahan Bantu Belajar
Teknik, kaedah, strategi menyelesaikan masalah
penguasaan domain
b) Tahap Pelaksanaan
2. HASIL Tahap penghasilan Bahan Bantu Belajar
INTERVENSI Tahap penggunaan Bahan Bantu Belajar
20
DOMAIN c) Replicability (boleh dilaksanakan)
(OUTPUT) Boleh dilaksana terus kepada MBK
Boleh dilaksanakan dengan pengubahsuaian
mengikut keperluan MBK tanpa melibatkan kos
yang tinggi
d) Efisien (Kecekapan)
3. Teknik dan kaedah yang berkesan
Meningkatkan produktiviti guru pendidikan khas
40
IMPAK Meningkatkan penguasaan MBK
(OUTCOME) Mudah digunakan
e) Signifikan
Potensi untuk perkongsian dan amalan terbaik
domain pendidikan khas
LAPORAN Laporan Intervensi Domain Pendidikan Khas
4. PEDAGOGI Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam
20
INTERVENSI bentuk soft copy.
DOMAIN Cetakan Power Point [2 slide per page]) dan
Power Point [5-10 slide])
MARKAH KESELURUHAN 100

13

You might also like