You are on page 1of 8

Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMADF


1. ARAHAN AM

1.1. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam
Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga
mematuhi Perintah Am tersebut.
1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.
1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.
1.6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam
menjalankan tugas.
1.7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
1.8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan
tugas.

2. KEDATANGAN

2.1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah
2.2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 7.25 minit dan merakamkan kehadiran
semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
2.3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan
dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.
2.4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.

3. KELUAR WAKTU MENGAJAR

3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali
jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pelajaran /
Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua / Guru
Penolong Kanan.
3.2. Guru dikehendaki mengisi maklumat dalam Rekod Keluar Staf. Dapatkan tandatangan
Pengetua / Guru Penolong Kanan sebelum keluar.
3.3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
melalui Guru Penolong Kanan/ Guru Kanan/ Pentadbir Bertugas.

4. CUTI

4.1. Cuti Rehat / Cuti Penggal


Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A/(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada
jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

4.2. Cuti Sakit


4.2.1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam
setahun.
4.2.3. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk
menentukan pembayaran gaji.

1
Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

4.3. Cuti Tanpa Gaji


4.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.3.2. Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis
semua cuti rehatnya.
4.3.3. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
tetapi tidak melebihi 180 hari.
4.3.4. Cuti Tanpa Gaji tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
4.3.5. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran
Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4. Cuti Rehat Khas


4.4.1. Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2. Cuti ini boleh diluluskan Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara
agama bagi tempoh sepuluh hari dalam setahun.

4.5. Cuti Keluar Negeri


4.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari
Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4
minggu sebelum tarikh bercuti.

5. PAKAIAN

5.1. Guru-guru dimestikan memakai pakaian kemas ketika menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran atau tugas-tugas rasmi yang lain. Pakaian berseluar pendek, baju T, batik bukan
Malaysia atau jenis Hawaii atau Filipina yang terkeluar tidak digalakkan bila-bila masa. Semua
guru-guru lelaki dimestikan memakai pakaian yang mencerminkan etika profesion keguruan.
Guru-guru wanita dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. Sila
lihat Pekeliling Ikhstisas Bil. 8/85 KP/BS/Jld. (36) bth. 9 Mei 1995.
5.2. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian Pendidikan
Jasmani yang sesuai, seelok-eloknya berwarna putih; Baju T berkolar dan seluar track hitam /
biru gelap.
5.3. Sebagai contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid, guru-guru lelaki dinasihatkan
supaya menyimpan rambut yang sesuai. Mereka yang berambut panjang dikehendaki supaya
memendekkannya.
5.4. Semua guru diwajibkan memakai Tanda Nama di dada sebelah kiri ketika menjalankan tugas-
tugas rasmi sekolah dan di luar sekolah. Guru-guru yang belum mempunyai tanda nama
diharap dapat menyediakannya sendiri.
5.5. Guru-guru lelaki dikehendaki memakai pakaian rasmi yang lengkap dan bertali leher atau
memakai “bush jacket” pada tiap-tiap perhimpunan rasmi.
5.6. Selipar, capal dan sandal tidak digalakkan dipakai di kawasan bangunan sekolah .

6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU

6.1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama
guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat
mewujudkan perasaan kekitaan.
6.2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
6.3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di
sekolah.
7. BILIK GURU

2
Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini
termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
7.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran sahaja.
7.3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
7.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN.

8.1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.
8.2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua
Panitia, Guru Kanan atau Guru Penolong Kanan.

9. TUGAS

9.1. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka
mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi , cekap dan bertanggungjawab.
9.2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil
tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya
tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas
persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.

10. BUKU REKOD MENGAJAR

10.1. Setiap guru akan diberi satu ID VLE dan bertanggungjawab terhadap keselamatan VLE
tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku
Rekod dan eRPH ini hendaklah diserahkan ke pegawai dibawah seliaan yang telah ditetapkan
pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan/ Ketua
Bidang.
10.2. Jika seseorang guru bercuti, maklumat tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan/ Pentadbir Bertugas.

11. JADUAL WAKTU

11.1. Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam
kelas sendiri.
11.2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

12. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

12.1. Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab
memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi
kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
12.2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap
hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir,
Penyelarasan Tingkatan bertanggungjawab menandanya.
12.3. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.
12.4. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu,
ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
12.5. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang
bertanggungjawab.
12.6. Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
3
Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

13.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
13.2. Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

14. KEBERSIHAN

14.1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan
dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
14.2. Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel,
bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
14.3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

15. SURAT-MENYURAT

15.1. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pegetua untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.

16. SURAT YANG DITERIMA

16.1. Ada surat diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru
berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.
16.2. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua,
surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan
16.3. Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru
yang berkenaan , maka guru itu hendaklah :
16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya
16.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
16.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

17. PERGI KE JABATAN PELAJARAN NEGERI / PEJABAT PELAJARAN DAERAH

17.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah
untuk urusan peribadi.

18. PELAWAT

18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua /Guru Penolong Kanan terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

19. MEMBELI BARANG

19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan
borang yang diperolehi di pejabat.
19.2 Borang mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Guru Penolong
Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
19.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
19.4 Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku
stok dengan kemas.

20. KEGIATAN KOKURIKULUM

20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum

21. PERHIMPUNAN SEKOLAH


4
Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

21.1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari
yang ditetapkan.
21.2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.
21.3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah.

22. MESYUARAT GURU

22.1. Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke
mesyuarat ini adalah diwajibkan.
22.2. Guru diwajibkan menghadiiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan / Ketua Panitia.

23. BUKU STOK /INVENTORI

23.1. Ketua Panitia dan Setiausaha Jawatankuasa bertangungjawab menguruskan buku


stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini, setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah
direkodkan dengan serta merta ).
23.2. Guru Kanan Mata Pelajaran /Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh
Penolong Kanan/Pengetua.

24. TANDA NAMA

24.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/
di luar sekolah.

25. KEAHLIAN KELAB / GURU / PIBG

25.1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
25.2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

26.1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.


26.2. Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.
26.3. Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan
segera serta berkeadaan baik.
26.4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

27. ARAHAN DAN PEKELILING

27.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengurusan hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
27.2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.
27.3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran / PPD guru hendaklah
mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

28. TELEFON

28.1. Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan
telefon awam atas urusan peribadi.
28.2. Penggunaan telepon bimbit hanya dibenarkan di luar waktu PdP sahaja.

5
Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

29. KUNCI

29.1.Semua kunci mesti disimpan di pejabat


29.2.Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mestilah mendapat
kebenaran Pengetua dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik tersebut.

30. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

30.1. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

31. KOMPUTER RIBA/LCD PROJEKTOR

31.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD Projektor hendaklah mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Sebarang penggunaan
yang menyalahi etika akan dapat dikesan.
31.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk P&P sebagaimana objektif
penggunaannya.
31.3 Keselamatan komputer dan LCD adalah tanggungjawab sepenuhnya kepada penyimpan dan
mesti diserahkan ke pejabat apabila cuti akhir tahun.
31.4 Lapor segera sekiranya berlaku kerosakan untuk tujuan baik pulih.
31.5 Proses peminjaman dan pemulangan alatan ini hendaklah direkodkan dalam borang yang
disediakan.

32. MEMBERI KENYATAAN AKHBAR

32.1 Guru-guru adalah dilarang sama sekali membuat sebarang kenyataan akhbar.

33. KE LUAR NEGERI

33.1 Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran hendaklah diperolehi apabila guru-guru hendak
pergi ke luar negeri (Seberang Laut) iaitu dengan menggunakan borang permohonan
dan sampai 3 bulan sebelum tarikh lawatan.
33.2 Guru-guru dinasihatkan memberitahu atau memberi laporan kepada Pengetua apabila
meninggalkan stesen tempat bekerja (Negeri tempat bekerja) Negeri Melaka samaada dalam
masa cuti sekolah atau penggal persekolahan

34. PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT GURU , STAFF DAN PELAJAR

34.1 Sistem e Operasi perlu dikemaskinikan 4 kali setahun menggunakan ID setiap individu.
34.2 Sistem HRMIS perlu sentiasa dikemaskinikan sekurang-kurangnya sekali setahun.
34.3 Sistem APDM dan SSDM perlu dikemaskinikan setiap hari kerana ianya melibatkan
kehadiran pelajar dan sistem yang berkaitan dengan enrolmen pelajar terkini.

35. PENGURUSAN MELALUI QR KOD

35.1 Guru bertugas harian perlu melaporkan tugasan harian setiap hari .
35.2 Pentadbir bertugas perlu melaporkan tugasan mingguan setiap hujung minggu.
35.3 Pengetua dan setiap guru perlu merekodkan laporan pergerakan mereka sama ada
Menghadiri kursus/mesyuarat/taklimat /seminar dan lain-lain yang di adakan di luar
kawasan sekolah.
35.4 Setiap penyelia perlu membuat semakan e-rekod guru-guru mata pelajaraan di bawah
seliaannya 2 kali setahun.
35.5 Setiap penyelia perlu membuat semakan e-rph guru-guru mata pelajaraan di bawah
seliaannya setiap minggu.
35.6 Setiap Ketua Panitia perlu membuat semakan latihan murid melalui guru-guru mata
pelajaran di bawah seliaannya 3 kali setahun (Mac, Jun dan September)
35.7 Setiap Guru Kanan Mata pelajaran perlu membuat semakan latihan murid melalui Ketua
Panitia di bawah seliaannya 3 kali setahun (Mac, Jun dan September)
35.8 Pengetua dan Guru Penolong Pentadbiran perlu membuat semakan latihan murid melalui
6
Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

Guru Kanan Mata Pelajaran di bawah seliaannya 3 kali setahun (Mac, Jun dan
September)
35.9 Pembantu Operasi perlu mendaftarkan surat masuk dan surat keluar (google form) setiap
hari serta mengemaskini fail dari semasa ke semasa.
35.10 Semua Guru perlu merakamkan kehadiran setiap kali mesyuarat sama ada mesyuarat
JK Pentadbiran/JK Kurikulum/JK Hem/JK Kokurikulum melalui QR kod yang disediakan
oleh pihak urusetia.

7
Ketetapan Pengurusan dan Pentadbiran SMADF

You might also like