You are on page 1of 161

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

KANDUNGAN

Prakata
Tip
Ringkasan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Koleksi soalan peperiksaan PMR 2005 hingga 2011
Modul 1 : Tujuan pemberian kerja rumah
Modul 2 : Kebaikan amalan gotong-royong
Modul 3 : Kesan-kesan pembakaran terbuka
Modul 4 : Langkah-langkah membangunkan industri pelancongan di Malaysia
Modul 5 : Kepentingan sungai kepada manusia
Modul 6 : Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja
Modul 7 : Amalan-amalan baik dalam menjaga kesihatan
Modul 8 : Peranan masyarakat untuk menangani jenayah
Modul 9 : Kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid
Modul 10 : Langkah-langkah memajukan permainan tradisional
Modul 11 : Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme di negara kita
Modul 12 : Sebab-sebab berlakunya gejala ponteng sekolah
Modul 13 : Punca-punca keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah
Modul 14 : Punca-punca kes penculikan kanak-kanak
Modul 15 : Masalah-masalah penduduk di kawasan setinggan
Modul 16 : Langkah-langkah menangani masalah kemiskinan di kampung
Modul 17 : Sebab-sebab berlakunya jerebu
Modul 18 : Kekangan dalam memajukan sektor pertanian
Modul 19 : Langkah-langkah berjimat cermat
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

PRAKATA

Pendahuluan

Kertas 2 Bahasa Melayu PMR (02/2) terdiri daripada empat bahagian iaitu, Bahagian A
(ringkasan dan pemahaman), Bahagian B (karangan berdasarkan bahan rangsangan),
Bahagian C (karangan respons terbuka) dan Bahagian D (kajian novel).

Bagi soalan Bahagian A (ringkasan dan pemahaman), pelajar dikehendaki menulis

ringkasan daripada petikan yang diberikan tidak lebih daripada 80 perkataan. Dalam soalan
ini, pelajar diberikan satu petikan yang berkaitan dengan sesuatu isu. Panjang petikan tersebut
lebih kurang 350 patah perkataan. Pelajar dikehendaki menulis ringkasan berdasarkan kata
kunci yang diberikan dalam arahan soalan. Bagi soalan pemahaman pula, pelajar akan
diberikan tiga soalan, iaitu soalan pertama yang berkaitan dengan maksud rangkai kata atau
frasa, soalan kedua berdasarkan petikan dan soalan ketiga berdasarkan pendapat sendiri
(KBKK). Pelajar wajib menjawab ketiga-tiga soalan tersebut.

Modul ini bertujuan membantu para guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Semoga modul ini akan memberi manfaat yang sepenuhnya kepada para guru
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-
pelajar Tingkatan 3 untuk menulis ringkasan yang berkualiti di samping menjawab soalan
pemahaman yang betul dan bahasa yang gramatis.

Penghargaan

Kami mengambil kesempatan untuk merakamkan perhargaan kepada semua pihak yang telah
memberikan teguran dan cadangan membina sehingga terhasilnya modul P&P ringkasan dan
pemahaman panduan guru ini. Ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada penyelenggara
modul, iaitu
En Mohd Noor bin Abdullah (SMK Sungai Layar)
Pn Rozilinawati binti Zainal (SMK Sg Layar)
En. Suhaimi bin Salleh (SMK St Theresa)
En. Akmal bin Ismail (SMK Merbok)
En. Anwar bin Ali (SMK Merbok)
Pn. Siti Norma binti Abu Asan (SMK Seri Badong)
Pn. Roheda binti Kamarudin (SMK Seri Badong)
En. Rosli bin Md. Isa (SMK Che Tom)

Unit Bahasa
Pejabat Pelajaran Daerah KMY

TIP
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Baca soalan dengan teliti dan kenal pasti tema petikan tersebut.
 Kenal pasti dan menggarisbawahi kata kunci yang terdapat dalam soalan.
 Baca petikan ringkasan dengan teliti.
 Kenal pasti isi-isi penting berdasarkan kata kunci dan menggarisbawahi isi-isi

penting tersebut.
 Tulis sekurang-kurangnya lima isi dalam satu perenggan dengan menggunakan

penanda wacana yang sesuai dan tidak melebihi 80 patah perkataan.

 Pastikan ayat yang ditulis gramatis dan tiada kesalahan bahasa kerana terdapat

markah bagi bahasa dalam penulisan karangan.

 Jangan menulis pendahuluan dan penutup dalam ringkasan.
 Jangan menyalin bulat-bulat daripada petikan yang diberikan.

 Jangan masukkan pendapat sendiri.

 Jangan masukkan contoh dalam ringkasan anda.

 Tulis dalam satu perenggan sahaja.

 Tulis jumlah perkataan pada penjuru kanan di bawah ringkasan anda.

Ringkasan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1
 Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Langkah 2
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Langkah 3
 Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Langkah 4
 Memilih penanda wacana yang sesuai.

Langkah 5
 Pemurnian jadual kerja

Langkah 6
 Menulis ringkasan

Koleksi Soalan A (i) Peperiksaan PMR

Tahun Kata Kunci/Tajuk/Tema

2005 Usaha-usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara.

2006 Langkah-langkah berjimat cermat.

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2007 Sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

2008 Amalan-amalan baik dalam pemakanan.

2009 Tujuan pemberian kerja rumah.

2010 Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid.

2011 Cara-cara menangani masalah remaja.

* Catatan: Frasa bergaris (berhuruf condong) adalah kata kunci dalam tugasan.

MODUL 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
tujuan pemberian kerja rumah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak semestinya
dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh itu, kerja rumah
diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja rumah juga menjadi
aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah perlu disiapkan oleh
murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah menimbulkan rungutan kerana kerja
rumah dikatakan telah ‘merompak’ masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.

Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa
menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun, perlu
diingat bahawa kerja rumah diberikan bagi membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga
yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja rumah juga dapat memberikan
gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.

Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada tugasan
yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja rumah merupakan
satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana mereka sentiasa belajar dan
membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah supaya
tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan multimedia
seperti televisyen, komputer, internet, dan sumber-sumber maklumat lain seperti buku, majalah dan
akhbar pula menjadi sumber sokongan yang penting bagi murid membuat kerja rumah. Oleh itu, kerja
rumah yang diberikan, diharapkan dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada
sumber-sumber maklumat yang tidak boleh diperoleh di bilik darjah.

Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa senggang murid. Kerja
rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam pelajaran.

Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah, namun
hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif kepada murid-murid.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada

‘Pengurusan Kerja Rumah yang Efektf’,
Oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim,
Pendidik, Bil.16 2005

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata masa senggang.

2. Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja
rumah kepada murid.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3. Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Memupuk pembelajaran kendiri

2. Aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas.
3. Peluang kepada ibu bapa bersama-sama anak-anak.
4. Memberi gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari di sekolah.
5. Usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya.
6. Guru dapat beri tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan
bimbingan mereka.
7. Bantu murid meneroka perkara-perkara baharu.
8. Mengisi masa senggang.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
tujuan pemberian kerja rumah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi tidak semestinya
dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh itu, kerja rumah
diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja rumah juga menjadi
aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah perlu disiapkan oleh
murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah menimbulkan rungutan kerana kerja
rumah dikatakan telah ‘merompak’ masa anak-anak untuk berkembang dari segi jasmani.

Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa
menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun, perlu
diingat bahawa kerja rumah diberikan bagi membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga
yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja rumah juga dapat memberikan
gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.

Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada tugasan
yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja rumah merupakan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana mereka sentiasa belajar dan
membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah supaya
tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan multimedia
seperti televisyen, komputer, internet, dan sumber-sumber maklumat lain seperti buku, majalah dan
akhbar pula menjadi sumber sokongan yang penting bagi murid membuat kerja rumah. Oleh itu, kerja
rumah yang diberikan, diharapkan dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada
sumber-sumber maklumat yang tidak boleh diperoleh di bilik darjah.

Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa senggang murid. Kerja
rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam pelajaran.

Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah, namun
hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif kepada murid-murid.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

tujuan pemberian kerja rumah

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 mempunyai unsur pembelajaran kendiri
4
2 menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas
7
3 membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain
bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar 15
4 memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang
dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah 12
5 merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya
9
6 memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah supaya tumpuan
dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran 15
7 membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-
sumber maklumat yang tidak boleh diperoleh di bilik darjah 14
8 dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
9

JUMLAH PERKATAAN* 85

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

tujuan pemberian kerja rumah

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Pertamanya, mempunyai unsur pembelajaran kendiri
5
2 Seterusnya, menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam
kelas 8
3 Di samping itu, membuka peluang kepada ibu bapa mahupun ahli
keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar 17
4 Malahan, memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-
perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah 13
5 Selain itu, merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan
murid berjaya 11
6 Akhir sekali, memberikan latihan tambahan sebagai kerja rumah
supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan 17
pembelajaran
JUMLAH PERKATAAN* 71

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak tujuan pemberian kerja rumah.

Bil. Isi Jumlah Perkataan

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

1 Pertamanya, kerja rumah boleh memupuk pembelajaran kendiri

7
2 Seterusnya, kerja rumah juga sebagai aktiviti pengukuhan bagi
pembelajaran di dalam kelas 11
3 Di samping itu, memberi peluang kepada ibu bapa mahupun ahli
keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar 18
4 Malahan, kerja rumah turut memberikan gambaran kepada ibu bapa
tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di 17
sekolah
5 Selain itu, merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan
murid berjaya 11
6 Akhir sekali, guru dapat memberikan tumpuan kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran melalui latihan tambahan. 14

JUMLAH PERKATAAN* 78

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak tujuan pemberian kerja rumah. Pertamanya, kerja rumah boleh memupuk
pembelajaran kendiri. Seterusnya, kerja rumah juga sebagai aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran
di dalam kelas. Selain itu, memberi peluang kepada ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain
bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Malahan, kerja rumah turut memberikan
gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah
di samping merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya. Akhir sekali,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

guru dapat memberikan tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui latihan
tambahan.

( 84 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata masa senggang.

 Masa bermaksud waktu, ketika atau kala.

 Senggang bermaksud lapang, terluang, rehat atau lengang.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata masa senggang bermaksud waktu terluang. (2 markah)

Soalan 2
Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah
kepada murid.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan pertama dan awal perenggan kedua.

 Dikatakan merompak masa kanak-kanak untuk berkembang dari segi jasmani.

 Menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk
membimbing anak-anak membuat kerja rumah.

Contoh:

Sesetengah pihak kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah kepada murid kerana
dikatakan merompak masa kanak-kanak untuk berkembang dari segi jasmani. Selain itu,
menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa menghabiskan banyak masa untuk
membimbing anak-anak membuat kerja rumah. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Bertanya kepada guru

 Mengulang kaji pelajaran
 Belajar dalam kumpulan
 Mengunjungi perpustakaan
 Membeli buku rujukan
 Menghadiri kelas tambahan
 Menyertai kem motivasi

Contoh:

Pada pendapat saya, selain menyiapkan kerja rumah, antara usaha yang boleh dilakukan oleh
murid untuk berjaya dalam pelajaran seperti menghadiri kelas tambahan dan menyertai kem
motivasi. (4 markah)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

MODUL 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah ringkasan
tentang kebaikan amalan gotong-royong.Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Amalan gotong-royong perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat sama ada di

bandar mahupun di desa. Amalan gotong-royong yang dijalankan dapat memupuk semangat
bekerjasama antara satu sama lain. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara golongan muda dengan yang tua. Semua ahli masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama akan berkumpul untuk menjayakan aktiviti ini. Antara aktiviti
bergotong-royong tersebut adalah bergotong-royong mengadakan majlis kenduri. Aktiviti ini
juga melibatkan kerja-kerja membersihkan tempat-tempat ibadat. Tidak ketinggalan juga,
aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman.

Amalan gotong-royong bukan sahaja dapat mewujudkan persekitaran yang bersih

malah merupakan satu daripada aktiviti riadah beramai-ramai. Melalui aktiviti gotong-royong
kita akan menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh. Hal ini secara tidak langsung
membantu meningkatkan tahap kesihatan sesebuah masyarakat, selain mewujudkan
persekitaran yang bersih dan lebih indah.

Kebiasaannya setiap individu akan dibahagikan dengan tugas-tugas tertentu sebelum

aktiviti gotong-royong dijalankan. Setiap individu perlu mengetahui tanggungjawab masing-
masing seperti menyediakan peralatan yang perlu dibawa untuk menjalankan aktiviti gotong-
royong.

Mereka yang muda dan bertenaga akan membuat kerja-kerja yang berat, manakala
golongan tua atau kurang upaya akan membuat kerja yang lebih mudah. Oleh itu, selain
mewujudkan semangat kerjasama, sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dalam diri
individu tersebut juga dapat dipupuk.

Masyarakat yang sering bergotong-royong turut membantu menjadikan persekitaran

lebih selamat daripada serangan wabak penyakit. Sebagai contoh, kawasan yang kotor dan
menjadi tempat pembiakan serangga seperti nyamuk dan lalat dapat dihapuskan. Hal ini
seterusnya mengelakkan penyakit yang boleh berjangkit daripada disebarkan oleh serangga-
serangga ini.

Oleh yang demikian, jelaslah amalan gotong-royong dapat memberi pelbagai faedah
dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, amalan ini wajar disuburkan dalam masyarakat
terutama dalam masyarakat majmuk di negara kita.
Soalan A (ii) Pemahaman

1. Apakah maksud frasa mengeratkan hubungan silaturahim?

2. Berdasarkan petikan, berikan beberapa contoh kegiatan yang dapat dikaitkan dengan
peribahasa ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang kurang mengamalkan aktiviti

gotong-royong?

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Memupuk semangat bekerjasama.

2. Mengeratkan hubungan silaturahim.
3. Mewujudkan persekitaran yang bersih.
4. Aktiviti riadah beramai-ramai.
5. Membantu meningkatkan tahap kesihatan.
6. Sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dalam diri individu tersebut juga dapat
dipupuk.
7. Menjadikan persekitaran lebih selamat daripada serangan wabak penyakit.
8. Mengisi masa senggang.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kebaikan amalan gotong-royong. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Amalan gotong-royong perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat sama ada di

bandar mahupun di desa. Amalan gotong-royong yang dijalankan dapat memupuk semangat
bekerjasama antara satu sama lain.Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara golongan muda dengan yang tua.Semua ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan agama akan berkumpul untuk menjayakan aktiviti ini. Antara aktiviti tersebut
adalah bergotong-royong mengadakan majlis kenduri. Aktiviti ini juga melibatkan kerja-kerja
membersihkan tempat-tempat ibadat. Tidak ketinggalan juga, aktiviti bergotong-royong
membersihkan kawasan kediaman.

Amalan gotong-royong bukan sahaja dapat mewujudkan persekitaran yang bersih

malah merupakan satu daripada aktiviti riadah beramai-ramai. Melalui aktiviti gotong-royong
kita akan menggunakan tenaga dan mengeluarkan peluh. Hal ini secara tidak langsung
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

membantu meningkatkan tahap kesihatan sesebuah masyarakat, selain mewujudkan

persekitaran yang bersih dan lebih indah.

Kebiasaannya setiap individu akan bahagikan dengan tugas-tugas tertentu sebelum

aktiviti gotong-royong dijalankan. Setiap individu perlu mengetahui tanggungjawab masing-
masing seperti menyediakan peralatan yang perlu dibawa untuk menjalankan aktiviti gotong-
royong.

Mereka yang muda dan bertenaga akan membuat kerja kerja yang berat manakala
golongan tua atau kurang upaya akan membuat kerja yang lebih muda. Oleh itu, selain
mewujudkan semangat kerjasama, sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dalam diri
individu tersebut juga dapat dipupuk.

Masyarakat yang sering bergotong-royong turut membantu menjadikan persekitaran

lebih selamat daripada serangan wabak penyakit. Sebagai contoh, kawasan yang kotor dan
menjadi tempat pembiakan serangga seperti nyamuk dan lalat dapat dihapuskan. Hal ini
seterusnya mengelakkan penyakit yang boleh berjangkit daripada disebarkan oleh serangga-
serangga ini.

Oleh yang demikian, jelaslah amalan gotong-royong dapat memberi pelbagai faedah
dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, amalan ini wajar disuburkan dalam masyarakat
terutama dalam masyarakat majmuk di negara kita.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

kebaikan amalan gotong-royong
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Amalan gotong-royong yang dijalankan dapat memupuk
semangat bekerjasama antara satu sama lain. 12

2 Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara

12
golongan muda dengan golongan tua.
3 Amalan bergotong-royong bukan sahaja dapat mewujudkan
9
persekitaran yang bersih.
4 Malah merupakan merupakan satu daripada aktiviti riadah
8
beramai-ramai.
5 Hal ini secara tidak langsung membantu meningkatkan tahap
11
kesihatan sesuatu masyarakat
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

6 Oleh itu, selain mewujudkan semangat kerjasama sikap

bertanggungjawab dan tolak ansur dalam diri individu tersebut 18
juga dapat dipupuk.
7 Seiring bergotong-royong dapat menjadikan persekitaran lebih
11
selamat daripada serangan wabak penyakit.
JUMLAH PERKATAAN* 81

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Kebaikan amalan gotong-royong
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, memupuk semangat bekerjasama
4
2 Seterusnya, mengeratkan hubungan silaturahim
4
3 Di samping itu, mewujudkan persekitaran yang bersih
6
4 Malahan, merupakan satu daripada aktiviti riadah beramai-ramai
7
5 Selain itu, membantu meningkatkan tahap kesihatan
6
6 Seterusnya,sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dalam diri
13
individu tersebut juga dapat dipupuk
7 Akhir sekali, menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat
11
daripada serangan wabak penyakit
JUMLAH PERKATAAN* 51
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat pelbagai kebaikan amalan gotong-royong.
Jumlah
Isi
Perkataan
1 Pertamanya, amalan gotong-royong memupuk semangat
bekerjasama. 6

2 Seterusnya, amalan ini mengeratkan hubungan silaturahim.

6
3 Di samping itu, dapat mewujudkan persekitaran yang bersih.
7
4 Malahan,amalan ini juga merupakan satu daripada aktiviti riadah
9
beramai-ramai.
5 Selain itu, gotong-royong membantu meningkatkan tahap
8
kesihatan.
6 Seterusnya, sikap bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam
13
diri individu tersebut juga dapat dipupuk
7 Akhir sekali, menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat
11
daripada serangan wabak penyakit
JUMLAH PERKATAAN* 61

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak kebaikan amalan bergotong-royong. Pertamanya, kegiatan gotong-

royong dapat memupuk semangat bekerjasama. Seterusnya, kegiatan ini dapat mengeratkan
hubungan silaturahim. Selain itu, kita dapat mewujudkan persekitaran yang sihat. Malahan,
amalan gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti riadah beramai-ramai. Di samping
itu, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan. Seterusnya, sikap
bertanggungjawab dan tolak ansur dalam diri individu tersebut juga dapat dipupuk. Akhir
sekali, kita menjadikan persekitaran lebih selamat daripada serangan wabak penyakit.

( 70 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata mengeratkan hubungan silaturahim.

 Mengeratkan bermaksud mengukuhkan.

 Hubungan silaturahim bermaksud tali persaudaraan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata mengeratkan hubungan silaturahim bermaksud mengukuhkan tali
persaudaraan. (2 markah)

Soalan 2
Berdasarkan petikan, berikan beberapa contoh kegiatan yang dapat dikaitkan dengan
peribahasa ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan pertama .

 Bergotong-royong mengadakan majlis kenduri.

 Membersihkan tempat-tempat ibadat.
 Membersihkan kawasan kediaman.

Contoh:

Kegiatan bergotong-royong yang dapat dikaitkan dengan peribahasa ringan sama dijinjing,
berat sama dipikul adalah bergotong-royong mengadakan majlis kenduri. Selain itu,
membersihkan tempat-tempat ibadat. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang kurang mengamalkan aktiviti
gotong-royong?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Masing-masing sibuk mencari rezeki.

 Kurang didedahkan dengan aktiviti seumpama itu.
 Menganggap tugas menjaga kebersihan harus dilakukan oleh pihak majlis daerah atau
swasta.

Contoh:

Pada pendapat saya, selain menyiapkan kerja rumah, masyarakat sekarang kurang
mengamalkan aktiviti gotong-royong kerana masing-masing sibuk mencari rezeki dan kurang
didedahkan dengan aktiviti seumpama itu. (4 markah)

MODUL 3
Baca petikan di bawah dengan teliti.Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kesan-kesan pembakaran terbuka. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pembakaran terbuka ialah proses penghasilan asap daripada pembakaran yang

kemudiannya dilepaskan ke udara secara terus tanpa melalui cerobong asap. Pembakaran
terbuka menyebabkan pencemaran udara yang dapat mempengaruhi kesihatan manusia.
Pembakaran seperti ini berlaku dengan adanya kegiatan membakar sampah di rumah, proses
melupuskan sampah, pembakaran jerami dan pembakaran semasa membersihkan tanah oleh
petani.

Pembakaran terbuka menyebabkan udara menjadi kotor disebabkan oleh kandungan

benda asing, gas karbon dioksida, karbon monoksida dan bahan pencemaran lain. Kandungan
bahan asing dan gas ini dapat mengakibatkan mata berair serta pedih. Jerebu merupakan
kesan yang amat ketara yang berlaku akibat pembakaran terbuka kerana memberikan kesan
buruk kepada sektor penting negara. Masalah jerebu juga secara tidak langsung telah
merugikan sektor-sektor pertanian, sektor perikanan dan sebagainya.

Kesan pembakaran terbuka yang lain ialah gangguan kesihatan terutamanya dalam
kalangan bayi dan pesakit lelah. Pesakit terpaksa mengeluarkan kos rawatan yang tinggi
termasuk pesakit luar yang terpaksa menanggung kos perjalanan dan perubatan. Secara tidak
langsung, produktiviti turut berkurangan.

Selain itu, pembakaran terbuka menjejaskan industri pelancongan yang dapat

merugikan negara. Kadar kemasukan pelancong yang berkurangan menyebabkan hotel,
restoran dan sistem pengangkutan awam mengalami kerugian teruk. Aktiviti ekonomi yang
lain seperti industri penerbangan dan pengangkutan tidak dapat beroperasi dengan baik.
Perjalanan kapal terbang terjejas akibat kabus tebal. Langkah-langkah tertentu seharusnya
diambil dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak perkara buruk berlaku akibat
pembakaran terbuka.

Soalan A (ii) Pemahaman

1. Apakah maksud frasa kadar kemasukan pelancong yang berkurangan?

2. Nyatakan punca-punca berlakunya pembakaran terbuka.
3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai dilakukan untuk mengatasi
masalah pembakaran hutan?

Teknik Mengajar

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Kata kunci – kesan-kesan

Tema - pembakaran terbuka
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kesan-kesan pembakaran terbuka. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Pembakaran terbuka ialah proses penghasilan asap daripada pembakaran yang

kemudiannya dilepaskan ke udara secara terus tanpa melalui cerobong asap. Pembakaran
terbuka menyebabkan pencemaran menyebabkan pencemaran udara yang dapat
mempengaruhi kesihatan manusia. Pembakaran seperti ini berlaku dengan adanya kegiatan
membakar sampah di rumah, proses melupuskan sampah, pembakaran jerami dan
pembakaran semasa membersihkan tanah oleh petani.

Pembakaran terbuka menyebabkan udara menjadi kotor disebabkan oleh kandungan

benda asing, gas karbon dioksida, karbon monoksida dan bahan pencemaran lain. Kandungan
bahan asing dan gas ini dapat mengakibatkan mata berair serta pedih. Jerebu merupakan
kesan yang amat ketara yang berlaku akibat pembakaran terbuka kerana memberikan kesan
buruk kepada sektor penting negara. Masalah jerebu juga secara tidak langsung telah
merugikan sektor-sektor pertanian, sektor perikanan dan sebagainya.

Kesan pembakaran terbuka yang lain ialah gangguan kesihatan terutamanya dalam
kalangan bayi dan pesakit lelah. Pesakit terpaksa mengeluarkan kos rawatan yang tinggi
termasuk pesakit luar yang terpaksa menanggung kos perjalanan dan perubatan. Secara tidak
langsung, produktiviti turut berkurangan.

Selain itu, pembakaran terbuka menjejaskan industri pelancongan yang dapat

merugikan negara. Kadar kemasukan pelancong yang berkurangan menyebabkan hotel,
restoran dan sistem pengangkutan awam mengandungi kerugian teruk. Aktiviti ekonomi yang
lain seperti industri penerbangan dan pengangkutan tidak dapat beroperasi dengan baik.
Perjalanan kapal terbang terjejas akibat kabus tebal. Langkah-langkah tertentu seharusnya
diambil dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak perkara buruk berlaku akibat
pembakaran terbuka.

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Menyebabkan pencemaran udara yang dapat mempengaruhi kesihatan manusia.

2. Menyebabkan jerebu.
3. Gangguan kesihatan terutama dalam kalangan bayi dan pesakit lelah.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

4. Produktiviti turut berkurangan.

5. Menjejaskan industri pelancongan.
6. Industri pelancongan dan penerbangan tidak dapat beroperasi dengan baik.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

Kesan-kesan pembakaran terbuka
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pencemaran udara menyebabkan pencemaran udara yang dapat
10
mempengaruhi kesihatan manusia
2 Jerebu merupakan kesan yang amat ketara yang berlaku akibat
pembakaran terbuka kerana memberi kesan buruk kepada sektor 20
penting dalam negara
3 Kesan pembakaran terbuka yang lain ialah gangguan kesihatan
15
terutamanya dalam kalangan bayi dan pesakit lelah
4 Masalah jerebu juga secara tidak langsung telah merugikan sektor
11
ekonomi negara
5 Secara tidak langsung produktiviti turut berkurangan
6
6 Menjejaskan industri pelancongan yang dapat merugikan
8
ekonomi negara
7 Industri penerbangan dan pengangkutan tidak dapat beroperasi
9
dengan baik
8 Dapat mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti yang
9
berfaedah
JUMLAH PERKATAAN* 88

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

kesan-kesan pembakaran terbuka
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, mengganggu kesihatan manusia.
4
2 Seterusnya, berlakunya fenomena jerebu.
4
3 Di samping itu, gangguan kesihatan dalam kalangan bayi dan
10
pesakit lelah.
4 Malahan, menjejaskan produktiviti negara.
4
5 Selain itu, industri pelancongan terjejas.
5
6 Akhir sekali, industri penerbangan dan pengangkutan tidak dapat
11
beroperasi dengan baik.
JUMLAH PERKATAAN* 38

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 70 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat pelbagai implikasi pembakaran terbuka.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

1 Pertamanya, pembakaran terbuka menyebabkan berlakunya

pencemaran udara yang mengganggu kesihatan manusia. 11

2 Seterusnya, pembakaran terbuka mencetuskan fenomena jerebu.

6
3 Di samping itu, situasi ini menimbulkan gangguan kesihatan
14
terutamanya dalam kalangan bayi dan pesakit lelah.
4 Malahan, pembakaran terbuka secara tidak langsung menjejaskan
9
produktiviti negara.
5 Selain itu, menjejaskan industri pelancongan yang merugikan
9
negara.
6 Akhir sekali, industri penerbangan dan pengangkutan tidak dapat
11
beroperasi dengan baik.
JUMLAH PERKATAAN* 60

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat pelbagai implikasi pembakaran terbuka. Pertamanya, pembakaran terbuka

menyebabkan pencemaran udara yang dapat mempengaruhi kesihatan manusia. Seterusnya
situasi ini menyebabkan berlakunya fenomena jerebu yang merugikan pelbagai sektor
ekonomi negara.. Selain itu, pembakaran terbuka menimbulkan ganggguan kesihatan
terutamanya dalam kalangan bayi dan pesakit lelah. Malahan, pembakaran terbuka turut
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

mengakibatkan produktiviti berkurangan. Di samping itu, industri pelancongan negara turut

terjejas. Akhir sekali, industri penerbangan dan pengangkutan tidak dapat beroperasi dengan
baik.

( 71 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata kadar kemasukan pelancong yang berkurangan.

 Kadar kemasukan bermaksud bilangan kedatangan.

 Pelancongan yang berkurangan bermaksud pelawat yang semakin sedikit.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Maksud frasa kadar kemasukan pelancong yang berkurangan ialah bilangan pelancong yang
berkurangan. (2 markah)

Soalan 2
Nyatakan punca-punca berlakunya pembakaran terbuka.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan pertama.

 aktiviti pembakaran di tempat kediaman.

 proses pelupusan sampah.
 pembakaran jerami dan pembakaran semasa membersihkan tanah untuk aktiviti
pertanian.

Contoh:

Sebab-sebab berlakunya pembakaran terbuka ialah aktiviti pembakaran di tempat kediaman

dan pembakaran jerami semasa membersihkan tanah untuk aktiviti pertanian. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sesuai dilakukan untuk mengatasi
masalah pembakaan terbuka?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Tindakan tegas oleh pihak berkuasa terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan
tersebut
 Pelupusan sampah dilakukan dengan cara menanam sampah atau kitar semula
 Jerami yang hendak dibakar oleh para petani pula hendaklah dikumpulkan di suatu
tempat khas sebelum dibakar

Contoh:

Pada pendapat saya, langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah
pembakaran terbuka ialah tindakan tegas oleh pihak berkuasa terhadap sesiapa yang
melakukan perbuatan tersebut. Selain itu, pelupusan sampah dilakukan dengan cara
menanam sampah atau kitar semula. (4 markah)

MODUL 4
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah membangunkan industri pelancongan di Malaysia. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud awal petikan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang indah dan kaya dengan pusat pelancongan yang mampu menjadi daya tarikan
pelancong. Hakikatnya, industri pelancongan merupakan suatu industri yang berupaya
menjana ekonomi ,termasuk perolehan tukaran asing.

Sebuah kementerian yang khusus untuk memajukan dan mempromosikan industri

pelancongan telah diwujudkan, iaitu Kementerian Pelancongan. Dengan wujudnya
kementerian ini, diharapkan industri pelancongan negara akan menjadi suatu sektor utama
dan mampan, selain berdaya maju serta berkualiti dalam memberi sumbangan kepada
pembangunan sosio ekonomi negara.

Bagi menarik minat pelancong, infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan

destinasi-destinasi pelancongan ditambah selain perlu dipertingkatkan dari segi kualiti.
Kerajaan juga menggalakkan sektor swasta melabur dalam bidang perhotelan serta
pembangunan pusat beli-belah mega. Hal ini wajar agar kemudahan yang disediakan
mencukupi bagi menampung kedatangan pelancong-pelancong.

Di samping itu, promosi pelancongan berasaskan ekologi yang menggalakkan

pelancong berkunjung ke kawasan semula jadi juga diperluas. Terdapat beberapa kawasan
pelancongan berasaskan ekologi yang terkenal seperti Taman Negeri Wang Kelian di Perlis,
Tasik Bera di Pahang dan Taman Hidupan Liar Hilir Kinabatangan di Sabah.

Kawasan bukit-bukit peranginan seperti Bukit Bendera, Bukit Fraser, Tanah Tinggi
Cameron serta pulau-pulau peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Pangkor perlu
dibangunkan seiring dengan promosi kawasan tersebut sebagai kawasan peranginan.

Malaysia turut dipromosikan sebagai destinasi membeli-belah antarabangsa. Selain

itu, pelbagai acara menarik turut diadakan seperti Pameran Buatan Malaysia, Mingguan
Fesyen Malaysia dan Jualan Larut Malam. Acara atau temasya bertema sama ada di peringkat
kebangsaan atau negeri turut diadakan sebagai satu daripada promosi meningkatkan industri
pelancongan. Acara ini termasuklah dengan mengadakan Citrawarna Malaysia, Perayaan
Kemerdekaan dan Pesta Air Kebangsaan.

Oleh yang demikian, penglibatan semua pihak amat penting dalam membangunkan
industri pelancongan di Malaysia. Usaha-usaha seperti ini tidak akan berhasil tanpa
penglibatan semua pihak lain seperti sektor swasta serta media massa dan media elektronik
yang menjalankan promosi. Malah, rakyat Malaysia perlu juga sama terlibat dalam
memajukan industri pelancongan di negara kita.

Soalan A (ii) Pemahaman

1. Apakah maksud rangkai kata menjana ekonomi?

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2. Nyatakan beberapa langkah untuk membangunkan industri pelancongan di negara kita?

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan melancong dalam negara?

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan
1. Sebuah kementerian yang khusus untuk memajukan dan mempromosikan industri
pelancongan telah diwujudkan, iaitu Kementerian Pelancongan.
2. Infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan destinasi-destinasi pelancongan
ditambah selain perlu dipertingkatkan dari segi kualiti.
3. Menggalakkan sektor swasta melabur dalam bidang perhotelan serta pembangunan
pusat beli-belah mega.
4. Promosi pelancongan berasaskan ekologi yang menggalakkan pelancong berkunjung
ke kawasan semula jadi juga diperluas.
5. Kawasan bukit-bukit peranginan dibangunkan seiring dengan promosi kawasan
tersebut sebagai kawasan peranginan.
6. Malaysia turut dipromosikan sebagai destinasi membeli-belah antarabangsa.
7. Acara atau temasya di peringkat kebangsaan atau negeri turut diadakan sebagai satu
daripada promosi meningkatkan industri pelancongan.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah membangunkan industri pelancongan. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang indah dan kaya dengan pusat pelancongan yang mampu menjadi daya tarikan
pelancong. Hakikatnya, industri pelancongan merupakan suatu industri yang berupaya
menjana ekonomi ,termasuk perolehan tukaran asing.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Sebuah kementerian yang khusus untuk memajukan dan mempromosikan industri

pelancongan telah diwujudkan, iaitu Kementerian Pelancongan. Dengan wujudnya
kementerian ini, diharapkan industri pelancongan negara akan menjadi sektor utama dan
mampan, selain berdaya maju serta berkualiti dalam memberi sumbangan kepada
pembangunan sosio ekonomi negara.

Bagi menarik minat pelancong, infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan

destinasi-destinasi pelancongan ditambah selain perlu dipertingkatkan dari segi kualiti.
Kerajaan juga menggalakkan sektor swasta melabur dalam bidang perhotelan serta
pembangunan pusat beli-belah mega. Hal ini wajar agar kemudahan yang disediakan
mencukupi bagi menampung kedatangan pelancong-pelancong.

Di samping itu, promosi pelancongan berasaskan ekologi yang menggalakkan

pelancong berkunjung ke kawasan semula jadi juga diperluas. Terdapat beberapa kawasan
pelancongan berasaskan ekologi yang terkenal seperti Taman Negeri Wang Kelian di Perlis,
Tasik Bera di Pahang dan Taman Hidupan Liar Hilir Kinabatangan di Sabah.

Kawasan bukit-bukit peranginan seperti Bukit Bendera, Bukit Fraser, Tanah Tinggi
Cameron serta pulau-pulau peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Pangkor perlu
dibangunkan seiring dengan promosi kawasan tersebut sebagai kawasan peranginan.

Malaysia turut dipromosikan sebagai destinasi membeli-belah antarabangsa. Selain

itu, pelbagai acara menarik turut diadakan seperti Pameran Buatan Malaysia, Mingguan
Fesyen Malaysia dan Jualan Larut Malam. Acara atau temasya bertema sama ada di peringkat
kebangsaan atau negeri turut diadakan sebagai satu daripada promosi meningkatkan industri
pelancongan. Acara ini termasuklah dengan mengadakan Citrawarna Malaysia, Perayaan
Kemerdekaan dan Pesta Air Kebangsaan.

Oleh yang demikian, penglibatan semua pihak amat penting dalam membangunkan
industri pelancongan di Malaysia. Usaha-usaha seperti ini tidak akan berhasil tanpa
penglibatan semua pihak lain seperti sektor swasta serta media massa dan elektronik yang
menjalankan promosi. Malah, rakyat Malaysia perlu juga sama terlibat dalam memajukan
industri pelancongan di negara kita.

Soalan A (ii) Pemahaman

1. Apakah maksud rangkai kata menjana ekonomi?

2. Nyatakan manfaat-manfaat yang diperoleh dengan penubuhan Kementerian

Pelancongan?

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan melancong dalam negara?

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

langkah-langkah membangnkan industri pelancongan di Malaysia
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 sebuah kementerian yang khusus untuk memajukan dan
mempromosikan industri pelancongan diwujudkan iaitu
13
Kementerian Pelancongan

2 infrastruktur dan kemudahan di kawasan destinasi-destinasi

12
pelancongan ditambah selain dipertingkatkan dari segi kualiti
3 menggalakkan sektor swasta melabur dalam bidang perhotelan
12
serta pembangunan pusat beli-belah negara.
4 pelancongan berasaskan ekologi yang menggalakkan pelancong
12
berkunjung ke kawasan semula jadi juga diperluas
5 kawasan bukit-bukit peranginan serta pulau-pulau peranginan
dibangunkan seiring dengan promosi kawasan tersebut sebagai 15
kawasan peranginan
6 Malaysia turut dipromosikan sebagai destinasi membeli-belah
7
antarabangsa
7 acara atau temasya bertema sama ada di peringkat kebangsaan
atau negeri turut diadakan sebagai satu daripada promosi 19
meningkatkan industri pelancongan
JUMLAH PERKATAAN* 90

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

langkah-langkah membangunkan industri pelancongan di Malaysia
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, mewujudkan Kementerian Pelancongan untuk
memajukan dan mempromosikan industri pelancongan 9

2 Seterusnya, menambah dan meningkatkan kualiti infrastruktur

10
dan kemudahan di kawasan-kawasan pelancongan
3 Di samping itu, memperluas promosi pelancongan berasaskan
7
ekologi
4 Malahan, membangunkan kawasan bukit-bukit dan pulau-pulau
peranginan seiring dengan promosi kawasan tersebut sebagai 15
pusat pelancongan
5 Selain itu, menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam bidang
14
perhotelan serta pembangunan pusat membeli-belah mega
6 Akhir sekali, Malaysia turut dipromosikan sebagai destinasi
9
membeli-belah antarabangsa
JUMLAH PERKATAAN* 64

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Langkah-langkah membangunkan industri pelancongan di Malaysia.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, mewujudkan KementerianPelancongan untuk 9
memajukan dan mempromosikan industri pelancongan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2 Seterusnya, menambah dan meningkatkan kualiti infrastruktur

10
dan kemudahan di destinasi-destinasi pelancongan
3 Di samping itu, memperluas promosi pelancongan berasaskan
7
ekeologi
4 Malahan, membangunkan kawasan bukit-bukit dan pantai-pantai
peranginan seiring kawasan tersebut sebagai destinasi 13
pelancongan
5 Selain itu, mengalakkan pelaburan sektor swasta dalam
14
bidang perhotelan serta pembangunan pusat beli-belah mega
6 Akhir sekali, Malaysia turut dipromosikan sebagai pusat
9
membeli-belah antarabangsa .
JUMLAH PERKATAAN* 62

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil untuk membangunkan industri

pelancongan di Malaysia. Pertamanya, mewujudkan Kementerian Pelancongan untuk
memajukan dan mempromosikan industri pelancongan di Malaysia. Seterusnya,
mempertingkat kualiti infrastruktur dan menambah kemudahan di kawasan destinasi-destinasi
pelancongan. Selain itu, menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam bidang perhotelan
serta pembangunan pusat beli-belah mega. Malahan, memperluas promosi memperkenalkan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

pelancongan berasaskan ekologi. Di samping itu, kawaan bukit-bukit dan pulau-pulau

peranginan dimajukan dan dipromosikan. Akhir sekali, Malaysia dipromosikan sebagai
destinasi membeli-belah antarabangsa.

( 70 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata menjana ekonomi.

 Menjana bermaksud menghasilkan.

 Ekonomi bermaksud sumber pendapatan atau kekayaan.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata menjana ekonomibermaksud menghasilkan pendapatan. (2 markah)

Soalan 2
.
 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan kedua.

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Industri pelancongan negara akan menjadi sktor utama dan mapan.

 Berdaya maju seta berkualiti dalam memberi sumbangan kepada pembangunan sosio
ekonomi negara.

Contoh:

Faedah-faedah yang diperoleh dengan wujudnya Kementerian Pelancongan membolehkan

industri pelancongan menjadi sektor ekonomi utama dan mapan. Selain itu, industri
pelancongan menjadi berdaya maju serta berkualiti dalam memberi sumbangan kepada
pembangunan sosio ekonomi negara. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan melancong dalam negara?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Negara mempunyai keunikan dan keindahan sendiri

 Menjimatkan kos
 Membantu meningkatkan industri pelancongan tempatan
 Mengenali negara kita dengan lebih dekat

Contoh:

Pada pendapat saya, kita digalakkan melancong dalam negara kerana Malaysia mempunyai
keunikan dan keindahan sendiri dan menjimatkan kos. (4 markah)

MODUL 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis sebuah ringkasan tentang
kepentingan sungai kepada manusia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Sejak belakangan ini, hampir semua akhbar tempatan membuat liputan tentang berita
pencemaran sungai. Lebih menjijikkan apabila sampah dan najis binatang dibuang ke dalam
sungai. Sebilangan besar rakyat marah, mengutuk dan ada yang mendesak pihak berwajib
supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap segelintir masyarakat yang tidak
bertanggungjawab ini.

Walau apa-apa jua yang terjadi, kita sebagai manusia perlu bertanggungjawab
menjaga kebersihan sungai yang merupakan sumber bekalan air kepada manusia. Manusia
menggunakan air untuk memasak, minum, mandi dan membasuh. Sungai yang bersih dan
bebas daripada pencemaran boleh dijadikan pusat rekreasi atau kawasan rehat untuk
menenangkan fikiran. Keadaan ini boleh kita lihat di Sungai Congkak, Selangor.

Di sesetengah negeri, sungai masih lagi digunakan sebagai salah satu jalan
pengangkutan. Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama di Sabah misalnya, digunakan untuk
menghanyutkan hasil kayu balak ke kilang papan yang banyak dibina di hilir sungai. Sungai
Rajang yang terdapat di negeri Sarawak sangat penting untuk menghubungi tempat-tempat
dari muara sungai ke hulu sungai. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar,
sungai dijadikan sebagai sumber mencari rezeki. Mereka menangkap hasil sungai seperti ikan
dan udang serta menjalankan perusahaan menternak ikan di dalam sangkar.

Dalam bidang pertanian, air sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian.
Projek-projek pengairan yang dibina di Sungai Muda(Kedah) dan Sungai Kelantan bertujuan
untuk mengairi kawasan sawah padi. Selain itu, sungai juga berperanan sebagai sempadan
semula jadi. Sungai Bernam misalnya ialah sempadan bagi negeri Selangor dengan Perak.
Memandangkan sungai sangat penting kepada kehidupan manusia, semua pihak perlulah
sama-sama menjaga dan memulihara kebersihan sungai. Kempen “Cintailah Sungai Kita”
perlu dihayati dan diamalkan oleh semua pihak.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Sungai

Dalam Kehidupan”, Berita Harian, 21 Februari 2011)

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Berikan maksud rangkai kata pihak berwajib.

2. Nyatakan dua sumber rezeki yang dapat kita peroleh daripada sungai?

3. Cadangkan dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan pencemaran sungai?
Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. merupakan sumber bekalan air kepada manusia.

2. Sungai yang bersih dan bebas daripada pencemaran boleh dijadikan pusat rekreasi
atau kawasan rehat untuk menenangkan fikiran.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3. digunakan sebagai salah satu jalan pengangkutan.

4. sungai dijadikan sebagai sumber mencari rezeki.
5. air sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian.
6. sungai juga berperanan sebagai sempadan semula jadi.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis sebuah ringkasan tentang
kepentingan sungai kepada manusia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Sejak belakangan ini, hampir semua akhbar tempatan membuat liputan tentang berita
pencemaran sungai. Lebih menjijikkan apabila sampah dan najis binatang dibuang ke dalam
sungai. Sebilangan besar rakyat marah, mengutuk dan ada yang mendesak pihak berwajib
supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap segelintir masyarakat yang tidak
bertanggungjawab ini.

Walau apa-apa jua yang terjadi, kita sebagai manusia perlu bertanggungjawab
menjaga kebersihan sungai yang merupakan sumber bekalan air kepada manusia. Manusia
menggunakan air untuk memasak, minum, mandi dan membasuh. Sungai yang bersih dan
bebas daripada pencemaran boleh dijadikan pusat rekreasi atau kawasan rehat untuk
menenangkan fikiran. Keadaan ini boleh kita lihat di Sungai Congkak, Selangor.

Di sesetengah negeri, sungai masih lagi digunakan sebagai salah satu jalan
pengangkutan. Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama di Sabah misalnya, digunakan untuk
menghanyutkan hasil kayu balak ke kilang papan yang banyak dibina di hilir sungai. Sungai
Rajang yang terdapat di negeri Sarawak sangat penting untuk menghubungi tempat-tempat
dari muara sungai ke hulu sungai. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar,
sungai dijadikan sebagai sumber mencari rezeki. Mereka menangkap hasil sungai seperti ikan
dan udang serta menjalankan perusahaan menternak ikan di dalam sangkar.

Dalam bidang pertanian, air sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian.
Projek-projek pengairan yang dibina di Sungai Muda(Kedah) dan Sungai Kelantan bertujuan
untuk mengairi kawasan sawah padi. Selain itu, sungai juga berperanan sebagai sempadan
semula jadi. Sungai Bernam misalnya ialah sempadan bagi negeri Selangor dengan Perak.
Memandangkan sungai sangat penting kepada kehidupan manusia, semua pihak perlulah
sama-sama menjaga dan memulihara kebersihan sungai. Kempen “Cintailah Sungai Kita”
perlu dihayati dan diamalkan oleh semua pihak.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

kepentingan sungai kepada manusia

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 merupakan sumber bekalan air kepada manusia.
6
2 sungai yang bersih dan bebas daripada pencemaran boleh boleh
dijadikan pusat rekreasi atau kawasan rehat untuk menenangkan 18
fikiran.
3 sungai masih lagi digunakan sebagai salah satu jalan
9
pengangkutan.
4 sungai dijadikan sebagai sumber mencari rezeki.
6
5 air sungai digunakan untuk mengairi kawasan pertanian.
7
6 Sungai juga berperanan sebagai sempadan semula jadi.
7

JUMLAH PERKATAAN* 53

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kata Kunci dan Tema :

kepentingan sungai kepada manusia

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Pertamanya, merupakan sumber bekalan air kepada manusia.
7
2 Seterusnya, sungai yang bersih dan bebas daripada pencemaran
boleh dijadikan pusat rekreasi atau kawasan rehat untuk 19
menenangkan fikiran.
3 Di samping itu, sungai masih lagi digunakan sebagai salah satu
12
jalan pengangkutan.
4 Malahan, sungai dijadikan sebagai sumber mencari rezeki.
7
5 Selain itu, air sungai digunakan untuk mengairi kawasan
9
pertanian.
6 Akhir sekali, sungai juga berperanan sebagai sempadan semula
9
jadi.
JUMLAH PERKATAAN* 63

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak kepentingan sungai kepada manusia.

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Pertamanya, sungai merupakan sumber bekalan air kepada
manusia. 7
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2 Seterusnya, sungai yang bersih dan bebas daripada pencemaran

boleh dijadikan pusat rekreasi atau kawasan rehat untuk 18
menenangkan fikiran
3 Di samping itu, sungai juga masih lagi digunakan sebagai salah
14
satu jalan pengangkutan.
4 Malahan, sungai juga dijadikan sebagai sumber mencari rezeki.
10
5 Selain itu, air sungai juga digunakan untuk mengairi kawasan
11
pertanian.
6 Akhir sekali, sungai juga berperanan sebagai sempadan semula
9
jadi.
JUMLAH PERKATAAN* 70

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:
Terdapat banyak kepentingan sungai kepada manusia.. Pertamanya, sungai merupakan sumber
bekalan air kepada manusia. Seterusnya, sungai yang bersih dan bebas daripada pencemaran
boleh dijadikan pusat rekreasi atau kawasan rehat untuk menenangkan fikiran. Di samping itu,
sungai juga masih lagi digunakan sebagai salah satu jalan pengangkutan. Malahan, sungai
juga dijadikan sebagai sumber mencari rezeki. Selain itu, air sungai juga digunakan untuk
mengairi kawasan pertanian. Akhir sekali, sungai juga berperanan sebagai sempadan semula
jadi.

( 75 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Berikan maksud rangkai kata pihak berwajib.

 pihak bermaksud golongan atau puak

 berwajib bermaksud bertanggungjawab.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata pihak berwajib bermaksud golongan bertanggungjawab (2 markah)

Soalan 2
Nyatakan dua sumber rezeki yang dapat kita peroleh daripada sungai?

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan ketiga.

 menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang.

 menjalankan perusahaan menternak ikan di dalam sangkar.

Contoh:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Dua sumber rezeki yang dapat kita peroleh daripada sungai ialah dengan menangkap
hasil sungai seperti ikan dan udang. Selain itu, menjalankan perusahaan menternak ikan
di dalam sangkar. (4 markah)

Soalan 3

Cadangkan dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan pencemaran sungai?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan pencemaran sungai.

 Mengenakan hukuman yang lebih berat.
 Banyakkan iklan yang berkaiatan dengan pencemaran sungai
 Adakan kempen-kempen yang sesuai.
 Terapkan budaya cintai alam semulajadi di sekolah.
 Wujudkan aktiviti yang sesuai, supaya lahir kesedaran dalam diri masyarakat.
 Adakan ceramah yang bertemakan pencemaran sungai.

Contoh:

 Dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan pencemaran sungai ialah dengan
menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan pencemaran sungai. Selain itu,
pihak berwajib juga perlu kempen-kempen yang bersesuaian.

MODUL 6
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Persoalan keruntuhan moral remaja Malaysia memang menjadi topik popular dalam
kalangan pengkaji sosial sejak sekian lama. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka
untuk menangani masalah itu. Setiap keluarga digalakkan menyertai program bercirikan
kemasyarakatan, kekeluargaan, rumah tangga, dan belia. Namun, kita berpendapat bahawa
masalah ini bukanlah sepatutnya berakhir dengan menganjurkan seminar, bengkel atau kursus
semata-mata. Masalah sebenar berlaku akibat tekanan yang kuat di persekitaran tempat
tinggal. Kealpaan segelintir ibu bapa juga bertanggungjawab menyebabkann keruntuhan
moral yang merupakan faktor keruntuhan institusi keluarga.

Selain itu, pengaruh negatif dan rakan sebaya merupakan punca masalah. Dalam
keghairahan mengejar kemajuan, ibu bapa tertumpu kepada kerjaya sehingga terlupa
memberi kasih sayang kepada anak-anak. Si anak pula mengambil kesempatan terhadap
ruang yang terbuka luas di depan mata. Dalam waktu yang sama , ibu bapa tidak pernah
memantau pergerakan anak di luar rumah. Sudahlah tidak memantau, mereka terlalu percaya
akan kata-kata anak mereka. Keadaan diburukkan lagi oleh sikap suami isteri yang kurang
berkomunikasi dengan anak-anak kerana tekanan kerja.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak mengandungi
unsur negatif telah gagal untuk kita menyekatnya dan telah menyumbang kepada keruntuhan
moral remaja. Kita yakin, dengan meningkatkan tahap pendidikan masyarakat sahaja dapat
menangani gejala buruk dari barat. Selain memberi penekanan kepada ilmu yang dapat
memajukan kita sebagai satu bangsa yang dihormati, kita juga perlu berpegang kepada
pendidikan agama. Pengetahuan kita terhadap sesuatu perbuatan yang ditegah oleh agama,
akan menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan budaya.

Masalahnya kebanyakan remaja hari ini terlalu bersikap ingin mencuba sesuatu yang
baru yang tidak pasti kesan positifnya. Golongan remaja yang berbuat demikian tanpa
memikirkan implikasinya terhadap diri, masyarakat, dan negara. Oleh itu golongan remaja
perlulah berfikir secara mendalam sebelum bertindak. Ingat, biarlah menangis dahulu, jangan
menangis kemudian.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Apakah maksud rangkai kata pengaruh negatif ?

2. Bagaimanakah gejala buruk dalam kalangan remaja dapat ditangani?

3. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan terhadap negara jika remaja terus
terpengaruh dengan budaya negatif dari barat?
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Kealpaan segelintir ibu bapa.

2. Pengaruh negatif dan rakan sebaya.
3. Ibu bapa tidak pernah memantau pergerakan anak di luar rumah.
4. Terlalu percaya akan kata-kata anak mereka.
5. Sikap suami isteri yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak kerana tekanan
kerja.
6. Kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak mengandungi unsur negatif telah
gagal untuk kita menyekatnya.
7. Kebanyakan remaja hari ini terlalu bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru yang
tidak pasti kesan positifnya.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja . Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Persoalan keruntuhan moral remaja Malaysia memang menjadi topik popular dalam
kalangan pengkaji sosial sejak sekian lama. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka
untuk menangani masalah itu. Setiap keluarga digalakkan menyertai program bercirikan
kemasyarakatan, kekeluargaan, rumah tangga, dan belia. Namun kita berpendapat bahawa
masalah ini bukanlah sepatutnya berakhir dengan menganjurkan seminar, bengkel atau kursus
semata-mata. Masalah sebenar berlaku akibat tekanan yang kuat di persekitaran tempat
tinggal. Kealpaan segelintir ibu bapa juga bertanggungjawab menyebabkan keruntuhan moral
yang merupakan faktor keruntuhan institusi keluarga.

Selain itu, pengaruh negatif dan rakan sebaya merupakan punca masalah. Dalam
keghairahan mengejar kemajuan, ibu bapa tertumpu kepada kerjaya sehingga terlupa
memberi kasih sayang kepada anak-anak. Si anak pula mengambil kesempatan terhadap
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

ruang yang terbuka luas di depan mata. Dalam waktu yang sama , ibu bapa tidak pernah
memantau pergerakan anak di luar rumah. Sudahlah tidak memantau, mereka terlalu percaya
akan kata-kata anak mereka. Keadaan diburukkan lagi oleh sikap suami isteri yang kurang
berkomunikasi dengan anak-anak kerana tekanan kerja.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak mengandungi
unsur negatif telah gagal untuk kita menyekatnya dan telah menyumbang kepada keruntuhan
moral remaja. Kita yakin, dengan meningkatkan tahap pendidikan masyarakat sahaja dapat
menangani gejala buruk dari barat.Selain memberi penekanan kepada ilmu yang dapat
memajukan kita sebagai satu bangsa yang dihormati, kita juga perlu berpegang kepada
pendidikan agama. Pengetahuan kita terhadap sesuatu perbuatan yang ditegah oleh agama,
akan menghindarkan kita daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan budaya.

Masalahnya kebanyakan remaja hari ini terlalu bersikap ingin mencuba sesuatu yang
baru yang tidak pasti kesan positifnya. Golongan remaja yang berbuat demikian tanpa
memikirkan implikasinya terhadap diri, masyarakat, dan negara. Oleh itu golongan remaja
perlulah berfikir secara mendalam sebelum bertindak. Ingat, biarlah menangis dahulu, jangan
menangis kemudian.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Kealpaan segelintir ibu bapa.
4

2 Pengaruh negatif dan rakan sebaya.

5

3 Ibu bapa tidak pernah memantau pergerakan anak di luar rumah.

10
4 Terlalu percaya akan kata-kata anak mereka.
6

5 Sikap suami isteri yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak

11
kerana tekanan kerja.
6 Kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak mengandungi
15
unsur negatif telah gagal untuk kita menyekatnya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

7 Kebanyakan remaja hari ini terlalu bersikap ingin mencuba

16
sesuatu yang baru yang tidak pasti kesan positifnya.

JUMLAH PERKATAAN* 70

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Pertamanya, kealpaan segelintir ibu bapa.
5

2 Seterusnya, pengaruh negatif dan rakan sebaya.

6

3 Di samping itu, ibu bapa tidak pernah memantau pergerakan anak

13
di luar rumah.
4 Malahan, terlalu percaya akan kata-kata anak mereka.
7

5 Selain itu, sikap suami isteri yang kurang berkomunikasi dengan

13
anak-anak kerana tekanan kerja.
6 Akhir sekali, kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak
17
mengandungi unsur negatif telah gagal untuk kita menyekatnya.
JUMLAH PERKATAAN* 61

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Pertamanya, keruntuhan moral remaja disebabkan oleh kealpaan
segelintir ibu bapa. 10

2 Seterusnya, disebabkan oleh pengaruh negatif dan rakan sebaya.

8
3 Di samping itu, fenomena ini juga disebabkan oleh ibu bapa tidak
18
pernah memantau pergerakan anak di luar rumah.
4 Malahan, situasi ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa terlalu percaya
14
akan kata-kata anak mereka.
5 Selain itu, kejadian ini juga disumbangkan oleh sikap suami isteri
yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak kerana tekanan 18
kerja.
6 Akhir sekali, disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat hari
14
ini yang banyak mengandungi unsur negatif .
JUMLAH PERKATAAN* 82

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.

 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja.

Pertamanya, keruntuhan moral remaja disebabkan oleh kealpaan segelintir ibu bapa. Seterusnya,
disebabkan oleh pengaruh negatif dan rakan sebaya. Di samping itu, fenomena ini juga
disebabkan oleh ibu bapa tidak pernah memantau pergerakan anak di luar rumah. Malahan,
situasi ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa terlalu percaya akan kata-kata anak mereka. Selain
itu, kejadian ini juga disumbangkan oleh sikap suami isteri yang kurang berkomunikasi dengan
anak-anak kerana tekanan kerja. Akhir sekali, disebabkan oleh kemajuan teknologi maklumat
hari ini yang banyak mengandungi unsur negatif .

( 86 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Apakah maksud rangkai kata pengaruh negatif ?

 pengaruh bermaksud , ikutan, amalan atau anutan.

 negatif bermaksud jahat, buruk atau tidak baik.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:
Rangkai kata pengaruh negatif bermaksud ikutan jahat . (2 markah)

Soalan 2
Bagaimanakah gejala buruk dalam kalangan remaja dapat ditangani?

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian pertengahan dan akhir perenggan ketiga.

Dengan meningkatkan tahap pendidikan masyarakat sahaja dapat menangani gejala

buruk dari barat. Selain memberi penekanan kepada ilmu yang dapat memajukan kita sebagai
satu bangsa yang dihormati, kita juga perlu berpegang kepada pendidikan agama.
Pengetahuan kita terhadap sesuatu perbuatan yang ditegah oleh agama, akan menghindarkan
kita daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan budaya.

 dengan meningkatkan tahap pendidikan masyarakat .

 kita juga perlu berpegang kepada pendidikan agama.

Contoh:

Gejala buruk dalam kalangan remaja dapat ditangani dengan meningkatkan tahap pendidikan
masyarakat. Selain itu, kita juga perlu berpegang kepada pendidikan agama.
(4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan terhadap negara jika remaja terus terpengaruh
dengan budaya negatif dari barat?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Ketandusan pemimpin yang berkaliber

 Kekurangan tenaga kerja yang mahir
 Akan hilang identiti ketimuran
 Akan berhadapan dengan masalah sosial yang semakin meningkat.

Contoh:

Pada pendapat saya, antara kesan terhadap negara jika remaja terus terpengaruh
dengan budaya negatif dari barat ialah negara kita akan hilang identiti ketimuran dan akan
ketandusan pemimpin masa depan yang berkaliber.

MODUL 7

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang amalan-amalan baik dalam menjaga kesihatan. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Tidak banyak antara kita yang mengambil berat tentang kesihatan semasa sihat.
Ramai yang berpendapat bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Walau
bagaimanapun, berapa ramaikah antara kita yang mengamalkan kata-kata ini?
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Menyedari hakikat tersebut, pelbagai saranan telah dikemukakan oleh beberapa pihak
tentang kepentingan menjaga kesihatan. Paling tidak pun, kita dinasihati supaya menjaga
amalan pemakanan. Pengambilan makanan yang seimbang akan menentukan kita sihat dan
bebas daripada sebarang penyakit yang berbahaya.

Selain itu, kita dinasihati supaya menjauhkan diri daripada rokok dan dadah. Kedua-
dua bahan ini bukan sahaja membahayakan kesihatan, malahan mampu mengancam nyawa
kita sendiri. Kita juga perlu memastikan bahawa makanan yang kta ambil bebas daripada
kuman, di samping mengelakkan diri daripada makan di tempat-tempat yang terdedah kepada
bahaya.

Seterusnya, kita dinasihati supaya menjaga kebersihan demi menjaga kesihatan.

Kebersihan ini sangat luas pengertiannya, iaitu mencakupi bersih diri dan juga bersih
persekitaran. Bersih diri bermaksud menjaga kebersihan diri untuk mencegah sebarang
penyakit. Bersih persekitaran pula merujuk kebersihan tempat tinggal, sama ada di dalam
mahupun di luar rumah. Kebersihan ini akan mewujudkan suasana yang indah dan dapat
menjauhkan diri daripada unsur-unsur yang boleh mengganggu kesihatan.

Amalan hidup yang sihat ini akan menjamin kesejahteraan hidup. Sebuah keluarga
yang bahagia bukan sahaja terletak pada wang ringgit atau harta benda tetapi kesihatan turut
menjadi ukurannya.

Keluarga yang bahagia dan sihat tentulah datangnya daripada keluarga yang
mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang dinyatakan di atas. Selain itu, mereka juga
mestilah melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, bersukan
dan sebagainya. Namun, masyarakat kini terlalu sibuk dengan pelbagai urusan sehingga tidak
mengambil berat akan hal ini sedangkan aktiviti ini menjadi asas kepada kesihatan kita.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Berikan maksud kesejahteraan hidup dalam petikan

4. Mengapakah masyarakat kini mengabaikan amalan gaya hidup sihat?
5. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan dialami oleh mereka yang tidak
mengamalkan gaya hidup sihat?

Teknik Mengajar
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Isi-isi ringkasan

1. Pengambilan makanan yang seimbang akan menentukan kita sihat.

2. Kita dinasihati supaya menjauhkan diri daripada rokok dan dadah.
3. Kita perlu memastikan bahawa makanan yang kita ambil bebas daripada kuman.
4. Mengelakkan diri daripada makan di tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya.
5. Menjaga kebersihan diri untuk mencegah sebarang penyakit.
6. Kebersihan tempat tinggal sama ada di dalam mahupun di luar rumah menjauhkan kita
daripada unsur-unsur yang boleh mengganggu kesihatan.
7. Mestilah melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang amalan-amalan baik dalam menjaga kesihatan.. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Tidak banyak antara kita yang mengambil berat tentang kesihatan semasa sihat.
Ramai yang berpendapat bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Walau
bagaimanapun, berapa ramaikah antara kita yang mengamalkan kata-kata ini?

Menyedari hakikat tersebut, pelbagai saranan telah dikemukakan oleh beberapa pihak
tentang kepentingan menjaga kesihatan. Paling tidak pun, kita dinasihati supaya menjaga
amalan pemakanan. Pengambilan makanan yang seimbang akan menentukan kita sihat dan
bebas daripada sebarang penyakit yang berbahaya.
Selain itu, kita dinasihati supaya menjauhkan diri daripada rokok dan dadah. Kedua-
dua bahan ini bukan sahaja membahayakan kesihatan, malahan mampu mengancam nyawa
kita sendiri. Kita juga perlu memastikan bahawa makanan yang kita ambil bebas daripada
kuman, di samping mengelakkan diri daripada makan di tempat-tempat yang terdedah kepada
bahaya.

Seterusnya, kita dinasihati supaya menjaga kebersihan demi menjaga kesihatan.

Kebersihan ini sangat luas pengertiannya, iaitu mencakupi bersih diri dan juga bersih
persekitaran. Bersih diri bermaksud menjaga kebersihan diri untuk mencegah sebarang
penyakit. Bersih persekitaran pula merujuk kebersihan tempat tinggal, sama ada di dalam
mahupun di luar rumah. Kebersihan ini akan mewujudkan suasana yang indah dan dapat
menjauhkan diri daripada unsur-unsur yang boleh mengganggu kesihatan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Amalan hidup yang sihat ini akan menjamin kesejahteraan hidup. Sebuah keluarga
yang bahagia bukan sahaja terletak pada wang ringgit atau harta benda tetapi kesihatan turut
menjadi ukurannya.

Keluarga yang bahagia dan sihat tentulah datangnya daripada keluarga yang
mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang dinyatakan di atas. Selain itu, mereka juga
mestilah melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, bersukan
dan sebagainya. Namun, masyarakat kini terlalu sibuk dengan pelbagai urusan sehingga tidak
mengambil berat akan hal ini sedangkan aktiviti ini menjadi asas kepada kesihatan kita.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

Amalan-amalan baik dalam menjaga kesihatan.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pengambilan yang seimbang akan menentukan kita sihat.
7
2 Kita dinasihati supaya menjauhkan diri daripada rokok dan dadah
9
3 Kita perlu memastikan bahawa makanan yang kita ambil bebas
daripada kuman. 11

4 Mengelakkan diri daripada makan di tempat-tempat yang

terdedah kepada bahaya. 9

5 Kita dinasihati supaya menjaga kebersihan diri untuk mencegah

sebarang penyakit. 10

6 Kebersihan tempat tinggal sama ada di dalam mahupun di luar

rumah menjauhkan kita daripada unsur-unsur yang boleh
17
mengganggu kesihatan.

7 Mestilah melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeluarkan 7

peluh.

JUMLAH PERKATAAN* 70
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Antara,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Begitu juga,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Amalan-amalan baik dalam menjaga kesihatan
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Antara amalan baik dalam menjaga kesihatan ialah pengambilan
11
makanan yang seimbang.
2 Seterusnya, kita dinasihati supaya menjauhkan diri daripada
10
rokok dan dadah.
3 Di samping itu, kita juga perlu memastikan bahawa makanan
12
yang diambil bebas daripada kuman.
4 Malahan, kita perlulah mengelakkan diri daripada makan di
12
tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya.
5 Selain itu, kita dinasihati supaya menjaga kebersihan diri untuk
11
mencegah sebarang penyakit.
6 Begitu juga, menjaga kebersihan tempat tinggal sama ada di
dalam mahupun di luar rumah dapat menjauhkan diri daripada 20
unsur-unsur yang boleh mengganggu kesihatan.
7 Akhir sekali, kita mestilah juga melakukan aktiviti-aktiviti yang
10
boleh mengeluarkan peluh.
JUMLAH PERKATAAN* 86

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kata Kunci dan Tema :

Amalan-amalan baik dalam menjaga kesihatan
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Antara, amalan baik dalam menjaga kesihatan ialah pengambilan
10
makanan seimbang.
2 Seterusnya, kita perlu menjauhkan diri daripada rokok dan
9
dadah.
3 Di samping itu, kita juga perlu memastikan makanan yang
11
diambil bebas daripada kuman.
4 Malahan, kita perlu mengelakkan diri daripada makan di tempat-
11
tempat terdedah kepada bahaya.
5 Selain itu, kita dinasihati menjaga kebersihan diri untuk
10
mencegah sebarang penyakit.
6 Begitu juga, menjaga kebersihan tempat tinggal sama ada di
dalam mahupun di luar rumah dapat menjauhkan kita daripada 19
unsur-unsur yang mengganggu kesihatan.
7 Akhir sekali, kita mestilah melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh
9
mengeluarkan peluh.
JUMLAH PERKATAAN* 79

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh;
Antara amalan baik dalam menjaga kesihatan ialah pengambilan makanan seimbang.
Seterusnya, kita perlu menjauhkan diri daripada rokok dan dadah. Di samping itu, kita juga
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

perlu memastikan makanan yang diambil bebas daripada kuman. Malahan, kita perlu
mengelakkan diri daripada makan di tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya.Selain itu,
kita dinasihati menjaga kebersihan diri untuk mencegah sebarang penyakit. Begitu juga,
menjaga kebersihan tempat tinggal sama ada di dalam mahupun di luar rumah dapat
menjauhkan kita daripada unsur-unsur yang boleh mengganggu kesihatan. Akhir sekali, kita
mestilah melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.

(79 patah perkataan)

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman.

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata kesejahteraan hidup .

 Kesejahteraan bermaksud kebahagiaan

 Hidup bermaksud diri

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata kesejahteraan hidup bermaksud kebahagiaan diri. (2 markah)

Soalan 2
Mengapakah masyarakat kini mengabaikan amalan gaya hidup sihat?

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada perenggan perenggan akhir.

- Terlalu sibuk dengan pelbagai urusan

- Tidak mengambil berat akan kepentingan amalan gaya hidup sihat.

Contoh:
Masyarakat kini mengabaikan amalan gaya hidup sihat kerana mereka terlalu sibuk dengan
pelbagai urusan. Selain itu, mereka juga tidak mengambil berat akan kepentingan amalan
gaya hidup sihat. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan dialami oleh mereka yang tidak
mengamalkan gaya hidup sihat?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Menghidapi pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, jantung dan darah
tinggi
 Mengalami obesiti hingga menjejaskan aktiviti harian.

Contoh:

Pada pendapat saya, kesan-kesan yang akan dialami oleh mereka yang tidak mengamalkan
gaya hidup sihat ialah mudah dihinggapi pelbagai penyakit seperti kencing manis, jantung
dan darah tinggi. Selain itu, mereka juga akan mengalami obesiti sehingga menjejaskan
aktiviti harian.(4 markah)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

MODUL 8

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang peranan masyarakat untuk menangani jenayah. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Hampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian jenayah.
Paparan kes jenayah dalam media massa telah membangkitkan perasaan takut orang ramai
terhadap keselamatan awam khususnya di bandar-bandar besar. Malah, insiden yang semakin
menjadi-jadi ini bukan sekadar mencederakan mangsa tetapi turut mengorbankan nyawa.

Peningkatan kes jenayah ini turut menimbulkan kesangsian dalam kalangan penduduk
terhadap kesungguhan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan. Apa yang
mendukacitakan terdapat segelintir pihak berkuasa yang bersikap lepas tangan dalam isu ini
dan hanya bertindak apabila kes-kes jenayah diberikan publisiti yang meluas oleh pihak
media. Sikap hangat-hangat tahi ayam ketika bertindak ini memberikan imej buruk kepada
kredibiliti pihak berkuasa. Namun, tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan tidak harus
diletakkan pada bahu pihak tertentu sahaja. Masyarakat sendiri perlu lebih proaktif dan
bersedia memeberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membasmi kegiatan jenayah.
Masyarakat perlu mengikis persepsi bahawa kejadian jenayah tidak akan berlaku kepada diri
sendiri kerana panjenayah sering bertindak tanpa mengira masa dan tempat.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia(YPJM) melaporkan satu kes ragut berlaku

setiap jam dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan 141 atau tiga peratus
berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Walaupun kes ragut di negara ini masih
dianggap rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk, namun fenomena ini tidak
boleh dipandang ringan. Masyarakat tidak boleh bersikap dingin dan mementingkan diri
sendiri sehingga menyebabkan peragut semakin berani bermaharajalela untuk melakukan
jenayah di tempat terbuka.

Penglibatan dan kerjasama orang ramai memang diperlukan untuk membantu polis
membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih pantas dan berkesan. Tanpa sokongan
masyarakat polis tidak mampu mengurangkan kadar jenayah dengan kekuatan sebanyak
95171 orang anggota berbanding populasi penduduk yang melebihi 26 juta orang.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan lebih 65% jenayah harta benda yang
dilaporkan dapat dikurangkan jika orang ramai berganding bahu membantu polis. Memang
sudah menjadi impian kita agar negara ini bersih daripada jenayah .Walaupun kelihatan sukar,
tetapi usaha yang serius dan berterusan dengan pelbagai mekanisme dapat mewujudkan
keselamatan dan keamanan dalam masyarakat.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata mengikis persepsi.

2. Apakah kesan-kesan paparan peningkatan kes-kes jenayah dalam media massa?
3. Pada pendapat anda, mengapakah kejadian jenayah semakin berleluasa dalam negara?

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Tidak harus diletakkan pada bahu pihak tertentu.

2. Masyarakat perlu lebih proaktif menangani jenayah
3. Bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membasmi jenayah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

4. Perlu mengikis persepsi bahawa kejadian jenayah tidak akan berlaku kepada diri sendiri.
5. Tidak boleh bersikap dingin dan mementingkan diri sendiri
6. Penglibatan dan kerjasama membantu polis dapat membanteras dan mencegah jenayah
dengan lebih pantas dan berkesan.
7. Usaha yang serius dan berterusan dengan pelbagai mekanisme

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang peranan masyarakat untuk menangani jenayah. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Hampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian jenayah.
Paparan kes jenayah dalam media massa telah membangkitkan perasaan takut orang ramai
terhadap keselamatan awam khususnya di bandar-bandar besar. Malah, insiden yang semakin
menjadi-jadi ini bukan sekadar mencederakan mangsa tetapi turut mengorbankan nyawa.

Peningkatan kes jenayah ini turut menimbulkan kesangsian dalam kalangan penduduk
terhadap kesungguhan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan. Apa yang
mendukacitakan terdapat segelintir pihak berkuasa yang bersikap lepas tangan dalam isu ini
dan hanya bertindak apabila kes-kes jenayah diberikan publisiti yang meluas oleh pihak
media. Sikap hangat-hangat tahi ayam ketika bertindak ini memberikan imej buruk kepada
kredibiliti pihak berkuasa. Namun, tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan tidak harus
diletakkan pada bahu pihak tertentu sahaja . Masyarakat sendiri perlu lebih proaktif dan
bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membasmi kegiatan jenayah.
Masyarakat perlu mengikis persepsi bahawa kejadian jenayah tidak akan berlaku kepada diri
sendiri kerana panjenayah sering bertindak tanpa mengira masa dan tempat.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia(YPJM) melaporkan satu kes ragut berlaku

setiap jam dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini, iaitu peningkatan 141 atau tiga peratus
berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Walaupun kes ragut di negara ini masih
dianggap rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk, namun fenomena ini tidak
boleh dipandang ringan. Masyarakat tidak boleh bersikap dingin dan mementingkan diri
sendiri sehingga menyebabkan peragut semakin berani bermaharajalela untuk melakukan
jenayah di tempat terbuka.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Penglibatan dan kerjasama orang ramai memang diperlukan untuk membantu polis
membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih pantas dan berkesan. Tanpa sokongan
masyarakat polis tidak mampu mengurangkan kadar jenayah dengan kekuatan sebanyak
95171 orang anggota berbanding populasi penduduk yang melebihi 26 juta orang.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan lebih 65% jenayah harta benda yang
dilaporkan dapat dikurangkan jika orang ramai berganding bahu membantu polis. Memang
sudah menjadi impian kita agar negara ini bersih daripada jenayah .Walaupun kelihatan sukar,
tetapi usaha yang serius dan berterusan dengan pelbagai mekanisme dapat mewujudkan
keselamatan dan keamanan dalam masyarakat.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

Peranan masyarakat untuk menangani jenayah
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Peranan masyarakat untuk menangani jenayah tidak harus
13
diletakkan pada bahu pihak tertentu sahaja.
2 Masyarakat sendiri perlu lebih proaktif untuk menangani jenayah
8
3 Bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk
10
membasmi kegiatan jenayah.
4 Perlu mengikis persepsi bahawa kejadian jenayah tidak akan
12
berlaku kepada diri sendiri.
5 Masyarakat tidak boleh bersikap dingin dan mementingkan diri
9
sendiri
6 Penglibatan dan kerjasama orang ramai memang diperlukan
membantu polis membanteras dan mencegah jenayah dengan
18
lebih pantas dan berkesan.

7 Usaha yang serius dan berterusan dengan pelbagai mekanisme

10
oleh masyarakat.
JUMLAH PERKATAAN* 80

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Peranan masyarakat untuk menangani jenayah.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, peranan masyarakat untuk menangani jenayah tidak
harus diletakkan pada bahu pihak tertentu sahaja. 14

2 Seterusnya, masyarakat sendiri perlu lebih proaktif dan bersedia

memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membasmi 16
jenayah.
3 Di samping itu, masyarakat perlu mengikis persepsi bahawa
14
kejadian jenayah tidak akan berlaku kepada diri sendiri.
4 Malahan, masyarakat tidak boleh bersikap dingin dan
13
mementingkan diri sendiri
5 Selain itu, penglibatan dan kerjasama masyarakat memang
diperlukan membantu polis membanteras dan mencegah jenayah 18
dengan lebih pantas dan berkesan.
6 Akhir sekali, masyarakat perlu serius dan berterusan dengan
12
pelbagai mekanisme bersama menangani jenayah.
JUMLAH PERKATAAN* 87

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Peranan masyarakat untuk menangani jenayah.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

1 Pertamanya, peranan masyarakat untuk menangani jenayah tidak

13
harus diletakkan pada pihak tertentu sahaja.
2 Seterusnya, masyarakat perlu lebih proaktif dan bersedia
memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menangani 15
jenayah.
3 Di samping itu, perlu dikikis persepsi bahawa kejadian jenayah
13
tidak akan berlaku kepada diri sendiri.
4 Malahan, masyarakat tidak boleh bersikap dingin dan
9
mementingkan diri.
5 Selain itu, penglibatan dan kerjasama masyarakat memang
diperlukan untuk membantu pihak polis mencegah jenayah 18
dengan lebih pantas dan berkesan.
6 Akhir sekali, usaha yang serius dan berterusan oleh masyarakat
14
dengan pelbagai mekanisme dapat menangani jenayah.
JUMLAH PERKATAAN* 82

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Pertamanya, peranan masyarakat untuk menangani jenayah ialah tidak harus

diletakkan pada pihak tertentu sahaja. Seterusnya, masyarakat perlu lebih proaktif dan
bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menangani jenayah. Di samping
itu, perlu dikikis persepsi bahawa kejadian jenayah tidak akan berlaku kepada diri sendiri.
Malahan, masyarakat tidak boleh bersikap dingin dan mementingkan diri. Selain itu,
penglibatan dan kerjasama masyarakat memang diperlukan untuk membantu pihak polis
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

menangani jenayah dengan lebih pantas dan berkesan. Akhir sekali, usaha yang serius dan
berterusan oleh masyarakat dengan pelbagai mekanisme dapat menangani jenayah.

( 82 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata mengikis persepsi dalam petikan.

 Mengikis bermaksud melenyap, meluput,menghapus,menghilang

 Persepsi bermaksud tanggapan,gambaran

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata mengikis persepsi bermaksud melenyap tanggapan (2 markah)

Soalan 2
Apakah kesan-kesan peningkatan kes jenayah seperti dipaparkan dalam media massa kepada
masyarakat?
 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada perenggan pertama dan perenggan kedua.

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Membangkitkan perasaan takut orang ramai terhadap tahap keselamatan awam

 Menimbulkan kesangsian terhadap kesungguhan pihak berkuasa meningkatkan
kawalan keselamatan.

Contoh:

Antara kesan peningkatan kes jenayah seperti dipaparkan oleh media massa kepada
masyarakat ialah membangkitkan perasaan takut orang ramai terhadap tahap keselamatan
awam. Selain itu, keadaan ini juga akan menimbulkan kesangsian terhadap kesungguhan
pihak berkuasa untuk meningkatkan kawalan keselamatan. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, mengapakah kejadian jenayah semakin berleluasa dalam negara?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.
 Kebanjiran pendatang asing
 Kesan penyalahgunaan dadah
 Terpengaruh dengan kebendaan
 Kekurangan kasih sayang
 Rapuh pegangan agama/nilai murni
 Kekurangan pendidikan

Contoh:

Pada pendapat saya, kejadian jenayah semakin berleluasa di negara kita kerana
kebanjiran pendatang asing yang semakin tidak terkawal melibatkan diri dalam jenayah untuk
mendapat kemewahan hidup. Selain itu, mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah
juga melakukan jenayah untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. (4 markah)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

MODUL 9

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah yang dilakukan selepas
waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum biasanya dilakukan pada sebelah petang atau
pada setiap hari Sabtu minggu kedua atau keempat pada setiap bulan. Kegiatan kokurikulum
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu aktiviti persatuan dan kelab, sukan dan pasukan
pakaian seragam.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum banyak mendatangkan manfaat.

Antara manfaat yang diperoleh murid ialah dapat mengisi masa lapang murud dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindarkan murid
daripada kegiatan-kegiatan yang negatif.

Kegiatan kokurikulum juga merupakan satu alternatif untuk mengurangkan tekanan

yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran. Di samping dapat merehatkan otak dan
mengembangkan minda, murid juga memperoleh pengalaman baru dan pengetahuan yang
lebih mendalam apabila menyertai aktiviti kokurikulum ini seperti aktiviti sukan atau
pasukan pakaian seragam.

Perkara yang lebih penting ialah murid dapat mencungkil bakat yang tersimpan
dalam diri mereka pabila menyertai kegitan yang diminati. Tidak mustahil juga bakat yang
digilap itu menjadi suatu keistimewaan yang dapat dibanggakan. Selain itu, nilai kepimpinan
dalam diri murid dapat diterampilkan apabila mereka bergiat aktif dalam kegiatan
kokurikulum ini.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga murid dapat mendisiplinkan diri.

Sebagai contoh, jika murid menyertai aktiviti sukan seperti bola sepak sudah tentu murid
tersebut harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam permainan itu. Selain itu,
seseorang pemain itu juga perlu menepati masa latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih.
Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid yang menyertai kegiatan
kokurikulum. Seterusnya, melalui kegiatan kokurikulum murid juga dapat menambahkan
kenalan daripada pelbagai peringkat usia, bangsa dan jantina yang berbeza. Mereka juga
dapat bertukar-tukar fikiran dalam pelbagai perkara termasuklah dalam bidang pelajaran
mahupun pengetahuan am.

Sesungguhnya, melalui pembabitan yang aktif dalam kegiatan kokurikulum, murid-

murid dapat menghindarkan diri mereka daripada gejala sosial yang berleluasa dalam
kalangan remaja pada masa sekarang. Oleh itu, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu
bekerjasama memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah untuk menjayakan
kegiatan kokurikulum.
Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata mencungkil bakat.

2. Bagaimanakah penyertaan dalam kegiatan kokurikulum dapat mendisiplinkan murid?

3. Pada pendapat anda, apakah kaedah yang perlu dilakukan untuk menarik minat murid
agar menyertai kegiatan kokurikulum?
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Dapat mengisi masa lapang murid dengan aktiviti-aktiviti berfaedah

2. Dapat mengindarkan murid daripada kegiatan yang negatif
3. Mengurangkan tekananyang dihadapi oleh murid dalam pelajaran
4. Memperoleh pengalaman baru dan pengetahuan yang lebih mendalam
5. Dapat mencungkil bakat dan nilai kepimpinan dalam diri murid dapat diterampilkan
6. Murid dapat mendisiplinkan diri
7. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid
8. Dapat menambahkan kenalan daripada pelbagai peringkat untuk bertukar-tukar fikiran

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan kegiatan kokuriklum kepada murid. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan di luar bilik darjah yang dilakukan selepas
waktu persekolahan. Kegiatan kokurikulum biasanya dilakukan pada sebelah petang atau
pada setiap hari Sabtu minggu kedua atau keempat pada setiap bulan. Kegiatan kokurikulum
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu aktiviti persatuan dan kelab, sukan dan pasukan
pakaian seragam.

Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum banyak mendatangkan manfaat.

Antara manfaat yang diperoleh murid ialah dapat mengisi masa lapang murud dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindarkan
murid daripada kegiatan-kegiatan yang negatif.

Kegiatan kokurikulum juga merupakan satu alternatif untuk mengurangkan tekanan

yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran. Di samping dapat merehatkan otak dan
mengembangkan minda, murid juga memperoleh pengalaman baru dan pengetahuan
yang lebih mendalam apabila menyertai aktiviti kokurikulum ini seperti aktiviti sukan atau
pasukan pakaian seragam.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Perkara yang lebih penting ialah murid dapat mencungkil bakat yang tersimpan
dalam diri mereka apabila menyertai kegitan yang diminati. Tidak mustahil juga bakat yang
digilap itu menjadi suatu keistimewaan yang dapat dibanggakan. Selain itu, nilai
kepimpinan dalam diri murid dapat diterampilkan apabila mereka bergiat aktif dalam
kegiatan kokurikulum ini.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga murid dapat mendisiplinkan diri.

Sebagai contoh, jika murid menyertai aktiviti sukan seperti bola sepak sudah tentu murid
tersebut harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam permainan itu. Selain itu,
seseorang pemain itu juga perlu menepati masa latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih.
Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid yang menyertai
kegiatan kokurikulum. Seterusnya, melalui kegiatan kokurikulum murid juga dapat
menambahkan kenalan daripada pelbagai peringkat usia, bangsa dan jantina yang
berbeza. Mereka juga dapat bertukar-tukar fikiran dalam pelbagai perkara termasuklah
dalam bidang pelajaran mahupun pengetahuan am.

Sesungguhnya, melalui pembabitan yang aktif dalam kegiatan kokurikulum, murid-

murid dapat menghindarkan diri mereka daripada gejala sosial yang berleluasa dalam
kalangan remaja pada masa sekarang. Oleh itu, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu
bekerjasama memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah untuk menjayakan
kegiatan kokurikulum.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

tujuan pemberian kerja rumah

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Dapat mengisi masa lapang murid dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah 9
2 Dapat menghindarkan murid daripada kegiatan-kegiatan yang negatif
7
3 Untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid dalam
pelajaran 9
4 Memperoleh pengalaman baru dan pengetahuan yang lebih mendalam
7
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

5 Murid dapat mencungkil bakat dan nilai kepimpinan dalam diri murid
dapat diterampilkan 12
6 Murid dapat mendisiplinkan diri
4
7 Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan murid yang
menyertai kegiatan kokurikulum 12
8 Dapat menambahkan kenalan daripada pelbagai peringkat untuk
bertukar-tukar fikiran 9

JUMLAH PERKATAAN 69

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.
Antaranya
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Antara kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid ialah dapat
mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 15

2 Seterusnya, aktiviti ini dapat menghindarkan murid daripada kegiatan-

kegiatan yang negatif. 11
3 Di samping itu, dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid
dalam pelajaran. 10
4 Malahan, murid juga boleh memperoleh pengalaman baru dan
pengetahuan yang lebih mendalam. 12
5 Selain itu, aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan nilai kepimpinan
untuk diterampilkan. 11
6 Aktiviti ini juga dapat mendisiplinkan murid.
6
7 Seterusnya semangat kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan
murid. 9
8 Akhir sekali, murid juga dapat menambahkan kenalan untuk bertukar-
tukar fikiran. 9

JUMLAH PERKATAAN* 83
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid.

Bil. Isi Jumlah Perkataan

1 Antara kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid ialah dapat
mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. 15
2 Seterusnya, aktiviti ini dapat menghindarkan murid daripada kegiatan-
kegiatan yang negatif. 10
3 Di samping itu, dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid
dalam pelajaran. 10
4 Malahan, murid juga boleh memperoleh pengalaman baru dan
pengetahuan yang mendalam. 11
5 Selain itu, aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan nilai kepimpinan
untuk diterampilkan. 11
6 Aktiviti ini juga dapat mendisiplinkan murid.
6
7 Seterusnya, semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan murid.
8
8 Akhir sekali, murid juga dapat menambahkan kenalan untuk bertukar-
tukar fikiran. 9
JUMLAH PERKATAAN
80

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Antara kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid ialah dapat mengisi masa
lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Seterusnya aktiviti ini dapat menghindarkan
murid daripada kegiatan-kegiatan yang negatif. Di samping itu, dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran. Malahan, murid juga memperoleh
pengalaman baru dan pengetahuan yang mendalam. Selain itu, aktiviti ini dapat mencungkil
bakat dan nilai kepimpinan untuk diterampilkan. Aktiviti ini juga dapat mendisiplinkan
murid. Seterusnya, semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan murid. Akhir sekali,
murid juga dapat menambahkan kenalan untuk bertukar-tukar fikiran.

( 80 patah perkataan)

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata mencungkil bakat.

- mencungkil bermaksud mempamer,mengasah atau menggilap

- bakat bermaksud kebolehan.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:
Rangkai kata mencungkil bakat bermaksud mempamer kebolehan. (2 markah)

Soalan 2
Bagaimanakah penyertaan dalam kegiatan kokurikulum dapat mendisiplinkan murid?

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan kelima.

- Murid tersebut harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

- Perlu menepati masa

Contoh

Penyertaan dalam kegiatan kokurikulum dapat mendisiplinkan murid supaya mematuhi

segala undang-undang yang ditetapkan dalam aktiviti yang disertainya. Selain itu, murid
perlu menepati masa yang telah ditetapkan semasa menyertai aktiviti kokurikulum(4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan untuk menarik minat murid agar menyertai
kegiatan kokurikulum?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Melakukan aktiviti perkhemahan di tempat menarik

 Aktiviti lawatan tempat-tempat menarik
 Menawarkan hadiah setiap penyertaan
 Memberikan sijil penyertaan
 Menyediakan kemudahan yang mencukupi

Contoh:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pada pendapat saya, kaedah yang boleh dilakukan untuk menarik minat murid agar
menyertai kegiatan kokurikulum ialah mengadakan aktiviti perkhemahan di tempat-tempat
menarik dan mencabar. Selain itu, setiap aktiviti berbentuk pertandingan dalam kegiatan
kokurikulum perlu menawarkan hadiah yang menarik supaya murid berminat untuk
menyertainya. (4m)

MODUL 10
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah memajukan permainan tradisional. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Permainan tradisional semakin kurang popular dalam kalangan remaja pada masa
kini, berbanding dengan permainan moden seperti permainan komputer, catur dan bola sepak.
Antara permainan tradisional adalah seperti congkak, gasing, wau, galah panjang dan sepak
raga. Walau apapun puncanya, langkah-langkah yang sewajarnya patut diambil untuk
mempopularkan permainan tradisional semula.

Antara langkah yang wajar diambil ialah menganjurkan pertandingan permainan

tradisional sama ada di peringkat daerah, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan. Pihak
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

kerajaan dan swasta seharusnya berganding bahu dalam hal ini. Dengan tawaran hadiah yang
menarik, pertandingan sedemikian pasti dapat meraih perhatian khususnya daripada golongan
remaja.

Selain itu, kerajaan seharusnya memainkan peranan dengan mengadakan kempen

serta promosi secara besar-besaran. Permainan tradisional bukan saja harus diperkenalkan
kepada rakyat tempatan malahan pelancong dari luar negara. Cara bermain, peraturan
permainan, dan segala aspek yang berkaitan dengan permainan tersebut seharusnya
ditunjukkan dengan jelas agar dapat dipraktikkan oleh sesiapa saja. Diharap kempen dan
promosi yang dijalankan dapat menarik perhatian banyak orang untuk beralih minat terhadap
permainan tradisional.

Langkah lain yang boleh dijalankan adalah dengan menjadikan permainan

tradisional sebagai aktiviti kokurikulum wajib di sekolah, kolej, dan universiti. Dalam hal
ini, setiap pelajar wajib mempelajari permainan tradisional. Secara tidak langsung akan
mempopularkan semula permainan tradisional.

Ibu bapa patut juga mengajar anak-anak mereka tentang permainan tradisional.
Permainan tradisional berkenaan mungkin dapat dimainkan bersama keluarga sebagai satu
aktiviti keluarga. Secara tidak langsung akan dapat memupuk sikap bangga dan cinta akan
warisan nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman serta dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mempopularkan permainan

tradisional semula. Sesungguhnya suatu kerugian bagi kita sekiranya permainan tradisional
yang boleh mencabar minda ini akan lenyap begitu saja ditelan zaman pemodenan.

Soalan A (ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata mencabar minda.

2. Jelaskan kepentingan-kepentingan permainan tradisional.

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3. Pada pendapat anda, mengapakah permainan tradisional kurang mendapat perhatian

masyarakat hari ini?

Teknik Pengajaran dan pembelajaran

Isi-isi ringkasan

1. Menganjurkan pertandingan permainan tradisional di peringkat negeri, daerah dan

kebangsaan.

2. Kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk mengadakan pertandingan.

3. Kerajaan perlu adakan kempen dan promosi secara besar-besaran.

4. Cara permainan berkenaan harus ditunjukkan dengan jelas.

5. Jadikan permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum wajib sekolah.

6. Dimainkan bersama keluarga sebagai satu aktiviti keluarga.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah memajukan permainan tradisional. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Permainan tradisional semakin kurang popular dalam kalangan remaja pada masa
kini, berbanding dengan permainan moden seperti permainan komputer, catur dan bola sepak.
Antara permainan tradisional adalah seperti congkak, gasing, wau, galah panjang dan sepak
raga. Walau apapun puncanya, langkah-langkah yang sewajarnya patut diambil untuk
mempopularkan permainan tradisional semula.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Antara langkah yang wajar diambil ialah menganjurkan pertandingan permainan

tradisional sama ada di peringkat daerah, negeri, mahupun di peringkat kebangsaan. Pihak
kerajaan dan swasta seharusnya berganding bahu dalam hal ini. Dengan tawaran hadiah yang
menarik, pertandingan sedemikian pasti dapat meraih perhatian khususnya daripada golongan
remaja.

Selain itu, kerajaan seharusnya memainkan peranan dengan mengadakan kempen

serta promosi secara besar-besaran. Permainan tradisional bukan saja harus diperkenalkan
kepada rakyat tempatan malahan pelancong dari luar negara. Cara bermain, peraturan
permainan, dan segala aspek yang berkaitan dengan permainan tersebut seharusnya
ditunjukkan dengan jelas agar dapat dipraktikkan oleh sesiapa saja. Diharap kempen dan
promosi yang dijalankan dapat menarik perhatian banyak orang untuk beralih minat terhadap
permainan tradisional.

Langkah lain yang boleh dijalankan adalah dengan menjadikan permainan

tradisional sebagai aktiviti kokurikulum wajib di sekolah, kolej, dan universiti. Dalam hal
ini, setiap pelajar wajib mempelajari permainan tradisional. Secara tidak langsung akan
mempopularkan semula permainan tradisional.

Ibu bapa patut juga mengajar anak-anak mereka tentang permainan tradisional.
Permainan tradisional berkenaan mungkin dapat dimainkan bersama keluarga sebagai satu
aktiviti keluarga. Secara tidak langsung akan dapat memupuk sikap bangga dan cinta akan
warisan nenek moyang agar tidak luput ditelan zaman serta dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mempopularkan permainan

tradisional semula. Sesungguhnya suatu kerugian bagi kita sekiranya permainan tradisional
yang boleh mencabar minda ini akan lenyap begitu saja ditelan zaman pemodenan.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kata Kunci dan Tema :

langkah-langkah memajukan permainan tradisional
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Menganjurkan pertandingan permainan tradisional 4

2 Kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk mengadakan 9

pertandingan
3 kerajaan perlu adakan kempen dan promosi secara besar-besaran 8

4 Cara permainan berkenaan harus ditunjukkan dengan jelas agar 13

dapat dipraktikkan oleh sesiapa saja
5 Jadikan permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti 10
kokurikulum wajib sekolah
6 Dimainkan bersama keluarga sebagai satu aktiviti keluarga 7

JUMLAH PERKATAAN* 51

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

langkah-langkah memajukan permainan tradisional
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, menganjurkan pertandingan permainan tradisional 5

2 Seterusnya, kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk 10

mengadakan pertandingan
3 Di samping itu, kerajaan perlu adakan kempen dan promosi 10
secara besar-besaran.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

4 Selain itu, cara permainan berkenaan harus ditunjukkan dengan 15

jelas agar dapat dipraktikkan oleh sesiapa saja.
5 Malahan, jadikan permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti 11
kokurikulum wajib sekolah.
6 Akhir sekali, dimainkan bersama keluarga sebagai satu aktiviti 9
keluarga
JUMLAH PERKATAAN* 69

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat beberapa langkah untuk memajukan permainan tradisional.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, kita boleh menganjurkan pertandingan permainan 10
tradisional di mana-mana saja.
2 Seterusnya, pihak kerajaan dan swasta boleh bekerjasama untuk 11
mengadakan pertandingan tersebut
3 Di samping itu, kerajaan juga perlu mengadakan kempen dan 11
promosi secara besar-besaran.
4 Malahan, teknik permainan berkenaan harus ditunjukkan dengan 14
jelas agar dapat dipraktikkan oleh sesiapa saja.
5 Selain itu, di peringkat sekolah permainan tradisional mesti 13
dijadikan sebagai salah satu aktiviti kokurikulum wajib.
6 Akhir sekali, permainan tersebut boleh dimainkan bersama ahli 13
keluarga sebagai satu aktiviti riadah.
JUMLAH PERKATAAN* 72
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya

Contoh:

Terdapat beberapa langkah untuk memajukan permainan tradisional. Pertamanya, kita

boleh menganjurkan permainan tradisional di mana saja. Selain itu, pihak kerajaan dan
swasta boleh bekerjasama untuk mengadakan pertandingan tersebut. Di samping itu,
kerajaan juga perlu mengadakan kempen dan promosi secara besar-besaran. Seterusnya,
teknik permainan berkenaan harus ditunjukkan dengan jelas agar dapat dipraktikkan oleh
sesiapa saja. Malahan, di peringkat sekolah permainan tradisional mesti dijadikan sebagai
salah satu aktiviti kokurikulum wajib. Akhir sekali, permainan tersebut boleh dimainkan
bersama ahli keluarga sebagai satu aktiviti riadah.

( 79 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata mencabar minda?

• Mencabar bermaksud menguji atau menduga

• Minda bermaksud akal atau daya berfikir

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata mencabar minda bermaksud menguji akal. (2 markah)

Soalan 2
Nyatakan kepentingan-kepentingan permainan tradisional.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada baris ketiga dan keempat perenggan kedua akhir.

 memupuk sikap bangga dan cinta akan warisan nenek moyang

 dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan

Contoh
Permainan tradisional dapat memupuk sikap bangga dan cinta akan warisan nenek moyang
serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Soalan 3
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pada pendapat anda, mengapakah permainan tradisional kurang mendapat perhatian

masyarakat hari ini?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Tidak dipertandingkan dalam acara-acara sukan yang dianjurkan

 Kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan, swasta atau badan-badan sukan
 Alatan permainan tradisional sukar diperoleh
 Memerlukan tempat khas (contoh: wau, gasing dan sepak raga)
• Terima isi-isi lain yang relevan.

Contoh:

Pada pendapat saya, permainan tradisional kurang mendapat perhatian masyarakat hari ini
kerana permainan tersebut tidak dipertandingkan dalam acara-acara sukan dan alatan
permainan tradisional sukar diperoleh dalam pasaran. (4 markah)
MODUL 11
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme di negara kita. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Setiap tahun, kerajaan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk menyediakan

pelbagai kemudahan awam di negara ini. Namun begitu, gejala vandalisme berlaku secara
berleluasa dan jumlah kerosakan meningkat secara mendadak.

Contohnya, telefon awam disediakan bagi orang awam menghubungi ahli keluarga,
sahabat handai dan juga ketika berlaku kecemasan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
dan sebagainya. Perbuatan merosakkan telefon awam menyebabkan kemudahan itu tidak
dapat digunakan pada waktu kita memerlukannya.

Selain telefon awam, kemudahan awam lain turut dirosakkan. Tandas-tandas

disumbat dengan sampah sarap, kepala paip dipecahkan, tong sampah ditelangkupkan,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

pondok menunggu bas diconteng dan ditumbangkan, papan tanda dicabut, bangku di taman
dirosakkan atau dipecahkan.

Banyak faktor yang mendorong berlakunya gejala vandalisme ini. Tekanan hidup
memungkinkan seseorang melepaskan geram dan kekecewaan dengan merosakkan harta
benda awam. Selain itu, sikap antisosial juga merangsang seseorang melakukan gejala ini
dengan alasan kononnya untuk membuktikan keberanian mereka. Mereka sesungguhnya
merupakan golongan yang tidak mempunyai kesedaran sivik. Jiwa mereka perlu dibersihkan
supaya insaf dan tahu menghargai kemudahan yang disediakan. Kempen membersihkan jiwa
perlu dilancarkan bagi menangani gejala ini.

Di samping itu, remaja yang melakukan vandalisme kurang didikan agama dan moral.
Malahan, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan faktor yang penting. Keluarga yang
porak peranda menyebabkan anak-anak melepaskan geram mereka dengan merosakkan harta
benda awam.

Gejala vandalisme pelajar di sekolah sering berkait rapat dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran di kelas. Sesetengah pelajar sekolah yang tidak berpuas hati dengan
segelintir guru turut melakukan vandalisme.

Dalam pada itu, pengaruh rakan sebaya memang besar kerana rakan sebaya mudah
mempengaruhi mereka untuk turut serta merosakkan kerusi, meja, cermin tingkap dan
sebagainya.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata kesedaran sivik.

2. Nyatakan implikasi daripada gejala vandalisme.

3. Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam usaha
menangani gejala vandalisme?

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1.Tekanan hidup
2.Sikap antisosial
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3.Tidak mempunyai kesedaran sivik

4.Kurang didikan agama dan moral
5.Keruntuhan institusi keluarga
6.Pelajar sekolah yang tidak berpuas hati dengan guru
7.Pengaruh rakan sebaya

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme di negara kita. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Setiap tahun, kerajaan membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk menyediakan

pelbagai kemudahan awam di negara ini. Namun begitu, gejala vandalisme berlaku secara
berleluasa dan jumlah kerosakan meningkat secara mendadak.

Contohnya, telefon awam disediakan bagi orang awam menghubungi ahli keluarga,
sahabat handai dan juga ketika berlaku kecemasan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan
dan sebagainya. Perbuatan merosakkan telefon awam menyebabkan kemudahan itu tidak
dapat digunakan pada waktu kita memerlukannya.

Selain telefon awam, kemudahan awam lain turut dirosakkan. Tandas-tandas

disumbat dengan sampah sarap, kepala paip dipecahkan, tong sampah ditelangkupkan,
pondok menunggu bas diconteng dan ditumbangkan, papan tanda dicabut, bangku di taman
dirosakkan atau dipecahkan.

Banyak faktor yang mendorong berlakunya gejala vandalisme ini. Tekanan hidup
memungkinkan seseorang melepaskan geram dan kekecewaan dengan merosakkan harta
benda awam. Selain itu, sikap antisosial juga merangsang seseorang melakukan gejala ini
dengan alasan kononnya untuk membuktikan keberanian mereka. Mereka sesungguhnya
merupakan golongan yang tidak mempunyai kesedaran sivik. Jiwa mereka perlu dibersihkan
supaya insaf dan tahu menghargai kemudahan yang disediakan. Kempen membersihkan jiwa
perlu dilancarkan bagi menangani gejala ini.

Di samping itu, remaja yang melakukan vandalisme kurang didikan agama dan moral.
Malahan, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan faktor yang penting. Keluarga yang
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

porak peranda menyebabkan anak-anak melepaskan geram mereka dengan merosakkan harta
benda awam.

Gejala vandalisme pelajar di sekolah sering berkait rapat dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran di kelas. Sesetengah pelajar sekolah yang tidak berpuas hati dengan
segelintir guru turut melakukan vandalisme.

Dalam pada itu, pengaruh rakan sebaya memang besar kerana rakan sebaya mudah
mempengaruhi mereka untuk turut serta merosakkan kerusi, meja, cermin tingkap dan
sebagainya.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Tekanan hidup
2
2 Sikap antisosial
2
3 Tidak mempunyai kesedaran sivik
4
4 Kurang didikan agama dan moral
5
5 Keruntuhan institusi keluarga
3
6 Pelajar sekolah yang tidak berpuas hati dengan guru
8
7 Pengaruh rakan sebaya
3
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

JUMLAH PERKATAAN* 28

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, tekanan hidup yang dialami seseorang
6
2 Seterusnya, sikap antisosial untuk menunjukkan kehebatan diri
7
3 Di samping itu, tidak mempunyai kesedaran sivik
6
4 Malahan, kurang didikan agama dan moral
6
5 Selain itu, keruntuhan institusi keluarga
5
6 Di samping itu, pelajar sekolah yang tidak berpuas hati dengan
guru 10

7 Akhir sekali, pengaruh rakan sebaya

5

JUMLAH PERKATAAN* 45

* Catatan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gejala vandalisme.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, tekanan hidup yang dialami oleh seseorang
7
2 Seterusnya, sikap antisosial yang ditunjukkan untuk
12
mempamerkan kehebatan diri kepada orang lain
3 Di samping itu, mereka yang terlibat tidak mempunyai kesedaran
9
sivik
4 Malahan, mereka juga kurang didikan agama dan moral
8
5 Selain itu, masalah ini turut disebabkan oleh keruntuhan institusi
10
kekeluargaan
6 Perasaan tidak puas hati seseorang pelajar terhadap gurunya juga
14
menjadi sebab kepada berlakunya vandalisme.
7 Akhir sekali, remaja juga mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya.
9

JUMLAH PERKATAAN* 77

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gejala vandalisme.

Pertamanya, tekanan hidup yang dialami oleh seseorang. Seterusnya, sikap antisosial yang
ditunjukkan untuk mempamerkan kehebatan diri kepada orang lain. Di samping itu, mereka
yang terlibat tidak mempunyai kesedaran sivik. Malahan, mereka juga kurang didikan
agama dan moral. Selain itu, masalah ini turut disebabkan oleh keruntuhan institusi
kekeluargaan. Perasaan tidak puas hati seseorang pelajar terhadap gurunya juga menjadi
sebab kepada berlakunya vandalisme. Akhir sekali, remaja juga mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya.

( 77 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata kesedaran sivik.

 Kesedaran bermaksud insaf, tahu, ingat atau mengerti.

 Sivik bermaksud hak atau tanggungjawab.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:
Rangkai kata kesedaran sivik bermaksud tahu tanggungjawab. (2 markah)

Soalan 2
Nyatakan implikasi daripada gejala vandalisme.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada perenggan pertama dan akhir perenggan kedua.

 Jumlah kerosakan meningkat secara mendadak.

 Kemudahan itu tidak dapat digunakan pada waktu kita memerlukannya.

Contoh:
Antara implikasi akibat daripada masalah vandalisme ialah jumlah kerosakan harta benda
meningkat. Selain itu, kemudahan awam yang dirosakkan tersebut tidak dapat digunakan
pada waktu kita memerlukannya. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam usaha
menangani gejala vandalisme ?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Peraturan sekolah yang longgar

 Sikap ibu bapa yang terlalu mempertahankan anak-anak
 Kurang kerjasama daripada ibu bapa serta masyarakat
 Pengaruh media massa yang begitu kuat

Contoh:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pada pendapat saya, kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam usaha menangani
gejala vandalisme ialah peraturan sekolah yang agak longgar dan sikap ibu bapa yang

MODUL 12
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang sebab-sebab berlakunya gejala ponteng sekolah. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Gejala ponteng sekolah semakin serius dan membimbangkan semua pihak. Boleh
dikatakan hampir setiap sekolah menengah di negara ini menghadapi masalah ini. Kajian
menunjukkan bahawa lebih kurang lima peratus pelajar ponteng sekolah setiap hari.

Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Mereka lebih mementingkan pekerjaan dan
mengejar kemewahan sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka. Hal ini
menyebabkan anak-anak mula mencari jalan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Oleh sebab itu, mereka akan ponteng sekolah.

Tambahan pula, sistem pengajaran di sekolah agak membosankan. Dalam hal ini,
guru-guru dikatakan gagal menimbulkan minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran
mereka selama 40 minit. Terlintas dalam fikiran kita, adakah teknik pengajaran guru kian
ketinggalan zaman atau sukatan pelajaran oleh pihak Kementerian Pelajaran terlalu berat
hingga menimbulkan tekanan terhadap pelajar?
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Dalam pada itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan satu faktor yang tidak kurang
pentingnya. Kesilapan memilih kawan menyebabkan mereka terpengaruh dan terjerumus
dalam gejala ponteng sekolah. Justru, lama-kelamaan akan memusnahkan jati diri mereka.

Di samping itu, kebanyakan bandar berkembang pesat dan banyak pusat hiburan
bagaikan cendawan yang tumbuh selepas musim hujan. Pusat-pusat hiburan ini merupakan
faktor penarik kepada golongan pelajar yang dahagakan hiburan dan keseronokan.

Dalam pada itu, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan punca berlakunya
gejala ponteng sekolah. Keluarga yang porak-peranda seperti pergaduhan ibu bapa,
penceraian dan sebagainya menyumbang kepada gejala tersebut.

Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah memerlukan kerjasama erat antara pihak

sekolah, ibu bapa, polis dan masyarakat untuk membendungnya.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata mengejar kemewahan.

2. Jelaskan kesan yang akan berlaku sekiranya gejala ponteng sekolah tidak ditangani
segera.
3. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menangani gejala
ponteng sekolah?

Teknik Pengajaran dan pembelajaran

Isi-isi ringkasan

1.Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat pelajaran anak-anak kerana lebih
mementingkan pekerjaan.
2.Sistem pengajaran di sekolah agak membosankan.
3.Pengaruh rakan sebaya.
4.Kebanyakan bandar berkembang pesat dan banyak pusat hiburan.
5.Keruntuhan institusi keluarga.
6.Kurang didikan agama dan moral.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang sebab-sebab berlakunya gejala ponteng sekolah. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Gejala ponteng sekolah semakin serius dan membimbangkan semua pihak. Boleh
dikatakan hampir setiap sekolah menengah di negara ini menghadapi masalah ini. Kajian
menunjukkan bahawa lebih kurang lima peratus pelajar ponteng sekolah setiap hari.

Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Mereka lebih mementingkan pekerjaan dan
mengejar kemewahan sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka. Hal ini
menyebabkan anak-anak mula mencari jalan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Oleh sebab itu, mereka akan ponteng sekolah.

Tambahan pula, sistem pengajaran di sekolah agak membosankan. Dalam hal ini,
guru-guru dikatakan gagal menimbulkan minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran
mereka selama 40 minit. Terlintas dalam fikiran kita, adakah teknik pengajaran guru kian
ketinggalan zaman atau sukatan pelajaran oleh pihak Kementerian Pelajaran terlalu berat
hingga menimbulkan tekanan terhadap pelajar?

Dalam pada itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan satu faktor yang tidak kurang
pentingnya. Kesilapan memilih kawan menyebabkan mereka terpengaruh dan terjerumus
dalam gejala ponteng sekolah. Justru, lama-kelamaan akan memusnahkan jati diri mereka.

Di samping itu, kebanyakan bandar berkembang pesat dan banyak pusat hiburan
bagaikan cendawan yang tumbuh selepas musim hujan. Pusat-pusat hiburan ini merupakan
faktor penarik kepada golongan pelajar yang dahagakan hiburan dan keseronokan.

Dalam pada itu, keruntuhan institusi keluarga juga merupakan punca berlakunya
gejala ponteng sekolah. Keluarga yang porak-peranda seperti pergaduhan ibu bapa,
penceraian dan sebagainya menyumbang kepada gejala tersebut. Tambahan pula sikap
sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap didikan agama dan moral turut
memberi kesan yang buruk kepada kehidupan pelajar.

Kesimpulannya, gejala ponteng sekolah memerlukan kerjasama erat antara pihak

sekolah, ibu bapa, polis dan masyarakat untuk membendungnya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

sebab-sebab berlakunya gejala ponteng sekolah
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran
14
anak-anak kerana lebih mementingkan kerjaya
2 Sistem pengajaran di sekolah agak membosankan hingga
10
menimbulkan tekanan kepada pelajar
3 Pengaruh rakan sebaya
3
4 Kebanyakan bandar berkembang pesat dan banyak pusat hiburan.
8
5 Keruntuhan institusi keluarga
3
6 Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap didikan
agama dan moral. 12

JUMLAH PERKATAAN* 50

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

sebab-sebab berlakunya gejala ponteng sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
15
terhadap pelajaran anak-anak kerana lebih mementingkan kerjaya
2 Seterusnya, sistem pengajaran di sekolah agak membosankan
12
hingga menimbulkan tekanan kepada pelajar
3 Di samping itu, pengaruh rakan sebaya
5
4 Malahan, kebanyakan bandar berkembang pesat dan banyak
9
pusat hiburan
5 Selain itu, keruntuhan institusi keluarga
5
6 Akhir sekali, kurang didikan agama dan moral.
7

JUMLAH PERKATAAN* 48

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak sebab berlakunya gejala ponteng sekolah.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
15
terhadap pelajaran anak-anak kerana lebih mementingkan kerjaya
2 Seterusnya, sistem pengajaran di sekolah agak membosankan
12
hingga menimbulkan tekanan kepada pelajar
3 Di samping itu, pelajar juga terpengaruh dengan rakan sebaya
8
4 Selain itu, kemunculan banyak bandar yang mempunyai pusat-
14
pusat hiburan menjadi penyebab kepada masalah ini
5 Malahan, keruntuhan institusi keluarga turut menyumbang
10
kepada masalah yang sama
6 Akhir sekali, masalah ponteng sekolah ini juga disebabkan oleh
kurang didikan agama dan moral. 14
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

JUMLAH PERKATAAN* 73

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak sebab berlakunya gejala ponteng sekolah. Pertamanya, sikap ibu
bapa yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak kerana lebih mementingkan
kerjaya. Seterusnya, sistem pengajaran di sekolah agak membosankan hingga menimbulkan
tekanan kepada pelajar. Di samping itu, pelajar juga terpengaruh dengan rakan sebaya.
Selain itu, kemunculan banyak bandar yang mempunyai pusat-pusat hiburan menjadi
penyebab kepada masalah ini. Malahan, keruntuhan institusi keluarga turut menyumbang
kepada masalah yang sama. Akhir sekali, masalah ponteng sekolah ini juga disebabkan oleh
kurang didikan agama dan moral.

( 80 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata mengejar kemewahan.

 Mengejar bermaksud memburu, menghambat atau menyusul.

 Kemewahan bermaksud kaya, banyak, atau selesa.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata mengejar kemewahan bermaksud memburu kekayaan. (2 markah)

Soalan 2
Jelaskan kesan yang akan berlaku sekiranya gejala ponteng sekolah tidak ditangani segera.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan kedua dan akhir perenggan keempat.

 Melakukan perkara yang tidak berfaedah.

 Lama-kelamaan akan memusnahkan jati diri mereka.

Contoh:

Kesan yang akan berlaku sekiranya gejala ponteng sekolah tidak ditangani segera ialah
pelajar akan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan lama-kelamaan memusnahkan jati
diri mereka (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menangani gejala ponteng
sekolah?
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Memperketatkan peraturan sekolah

 Mengadakan ceramah motivasi
 Mengadakan perjumpaan antara guru, pelajar dan waris
 Bekerjasama dengan pihak polis untuk mengadakan operasi membanteras gejala
ponteng sekolah
 Menambahbaik sistem pengajaran agar lebih menarik
 Mengadakan sistem merit dan dimerit
 Isi-isi lain yang relevan.

Contoh:

Pada pendapat saya, antara usaha yang boleh dilakukan untuk menangani gejala ponteng
sekolah ialah dengan memperketatkan peraturan sekolah dan menambahbaik sistem
pengajaran guru agar lebih menarik minat pelajar. (4 markah)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

MODUL 13

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca-punca keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kes keracunan makanan di sekolah sering mendapat liputan meluas dalam media
massa. Ada pelajar yang keracunan setelah minum susu yang disediakan melalui Program
Susu Sekolah. Banyak juga kes keracunan makanan yang dilaporkan berlaku setelah pelajar
makan makanan yang dijual di kantin sekolah. Walaupun pelbagai langkah untuk mencegah
kejadian ini telah diambil, namun kejadian ini terus berulang.

Siasatan terhadap beberapa kes keracunan oleh Jabatan Kesihatan menunjukkan

bahawa jabatan tersebut perlu memberikan perhatian yang serius kepada pihak yang
menyediakan makanan di sekolah. Pengusaha kantin didapati mengabaikan kebersihan diri
seperti berpakaian kotor dan berkuku panjang. Selepas menggunakan tandas, pengendali
makanan tidak mencuci tangan dengan sempurna menyebabkan bakteria berpindah ke dalam
makanan. Ada antara pengusaha kantin yang tergamak menjual makanan yang tidak habis
dijual pada hari sebelumnya. Selain itu, perbuatan tidak bermoral pengusaha kantin semasa
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

mengendalikan makanan turut mencemarkan makanan. Contohnya menghisap rokok, batuk,

dan berludah.

Makanan yang tercemar oleh mikro organisma boleh menyebabkan seseorang

mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah, hilang selera makan, loya, pening, dan demam.
Mikro organisma mudah membiak dalam makanan mentah, basah atau berair, tidak dicuci
dengan bersih, serta yang terdedah kepada sinaran matahari.

Dalam pada itu, makanan seperti ayam dan daging yang tidak dimasak dengan
sempurna turut menyumbang kepada masalah keracunan. Hal seperti ini sering berlaku di
sekolah-sekolah dewasa ini. Sesetengah pelajar pula amat gemar menikmati makanan atau
minuman di dalam tin tanpa menyedari bahawa makanan dan minuman tersebut sudah tamat
tempoh penggunaannya.

Seseorang yang mengalami dehidrasi, najis berdarah, dan gangguan elektrolit tubuh
pada tahap yang serius, mungkin berpunca daripada makanan yang terdedah kepada
persekitaran yang kotor. Oleh yang demikian, pihak sekolah seharusnya mengambil berat
tentang masalah tersebut agar kes ini dapat diatasi sepenuhnya.

Dalam menangani kemelut ini, semua tindakan haruslah bermula di rumah. Hal ini
menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pemilihan makanan
yang berkhasiat. Dengan ini, diharapkan mereka tidak menyesal jika sesuatu yang buruk
berlaku kepada keluarga mereka.Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Kes Keracunan

Makanan”, Dewan Masyarakat, Julai 2007 )

Soalan A(ii) : Pemahaman

1.Nyatakan maksud rangkai kata menangani kemelut.

2.Huraikan dua cara untuk mengatasi masalah keracunan makanan.

3.Sebagai seorang pelajar, berikan dua peranan anda untuk memastikan kantin sekolah anda
sentiasa dalam keadaan bersih.

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Pengusaha kantin mengabaikan kebersihan diri.

2. Pengusaha kantin menjual makanan yang tidak habis dijual pada hari sebelumnya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3. Perbuatan tidak bermoral oleh pengusaha kantin semasa mengendalikan makanan.

4. Makanan yang tercemar oleh mikro organisma.
5. Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
6. Pelajar makan makanan dan minuman di dalam tin yang tamat tempoh penggunaannya.
7. Makanan terdedah kepada persekitaran yang kotor.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca-punca keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kata kunci - punca-punca

Tema - keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Kes keracunan makanan di sekolah sering mendapat liputan meluas dalam media
massa. Ada pelajar yang keracunan setelah minum susu yang disediakan melalui Program
Susu Sekolah. Banyak juga kes keracunan makanan yang dilaporkan berlaku setelah pelajar
makan makanan yang dijual di kantin sekolah. Walaupun pelbagai langkah untuk mencegah
kejadian ini telah diambil, namun kejadian ini terus berulang.

Siasatan terhadap beberapa kes keracunan oleh Jabatan Kesihatan menunjukkan

bahawa jabatan tersebut perlu memberikan perhatian yang serius kepada pihak yang
menyediakan makanan di sekolah. Pengusaha kantin didapati mengabaikan kebersihan diri
seperti berpakaian kotor dan berkuku panjang. Selepas menggunakan tandas, pengendali
makanan tidak mencuci tangan dengan sempurna menyebabkan bakteria berpindah ke dalam
makanan. Ada antara pengusaha kantin yang tergamak menjual makanan yang tidak habis
dijual pada hari sebelumnya. Selain itu, perbuatan tidak bermoral pengusaha kantin semasa
mengendalikan makanan turut mencemarkan makanan. Contohnya menghisap rokok, batuk,
dan berludah.

Makanan yang tercemar oleh mikroorganisma boleh menyebabkan seseorang

mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah, hilang selera makan, loya, pening, dan demam.
Mikroorganisma mudah membiak dalam makanan mentah, basah atau berair, tidak dicuci
dengan bersih, serta yang terdedah kepada sinaran matahari.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Dalam pada itu, makanan seperti ayam dan daging yang tidak dimasak dengan
sempurna turut menyumbang kepada masalah keracunan. Hal seperti ini sering berlaku di
sekolah-sekolah dewasa ini. Sesetengah pelajar pula amat gemar menikmati makanan atau
minuman di dalam tin tanpa menyedari bahawa makanan dan minuman tersebut sudah tamat
tempoh penggunaannya.

Seseorang yang mengalami dehidrasi, najis berdarah, dan gangguan elektrolit tubuh
pada tahap yang serius, mungkin berpunca daripada makanan yang terdedah kepada
persekitaran yang kotor. Oleh yang demikian, pihak sekolah seharusnya mengambil berat
tentang masalah tersebut agar kes ini dapat diatasi sepenuhnya.

Dalam menangani kemelut ini, semua tindakan haruslah bermula di rumah. Hal ini
menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pemilihan makanan
yang berkhasiat. Dengan ini, diharapkan mereka tidak menyesal jika sesuatu yang buruk
berlaku kepada keluarga mereka.Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

tujuan pemberian kerja rumah
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pengusaha kantin didapati mengabaikan kebersihan diri ketika
9
mengendalikan makanan.
2 Pengusaha kantin tergamak menjual makanan yang tidak habis
dijual pada hari sebelumnya. 11

3 Perbuatan tidak bermoral oleh pengusaha kantin semasa

mengendalikan makanan. 9

4 Makanan yang tercemar oleh mikro organisma.

5
5 Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
5
6 Pelajar gemar memakan makanan dan minuman di dalam tin yang
13
tamat tempoh penggunaannya
7 Makanan terdedah kepada persekitaran yang kotor
6

JUMLAH PERKATAAN* 59
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

* Catatan
Sekiranya (jumlah perkataan) melebihi 70 patah perkataan, maka beberapa isi perlu
digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Punca-punca keracunan makanan
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, pengusaha kantin didapati mengabaikan kebersihan
10
diri ketika mengendalikan makanan.
2 Seterusnya, pengusaha kantin yang tergamak menjual makanan
yang tidak habis dijual pada hari sebelumnya kepada pelajar-
16
pelajar.

3 Di samping itu, perbuatan tidak bermoral oleh pengusaha kantin

semasa mengendalikan makanan telah menyebabkan pencemaran. 14

4 Malahan, pelajar yang gemar memakan makanan dan minuman

15
di dalam tin yang tamat tempoh penggunaannya
5 Selain itu, makanan yang tercemar oleh mikroorganisma
menyebabkan keracunan makanan. 10

6 Akhir sekali, makanan yang terdedah kepada persekitaran yang

11
kotor menyebabkan pencemaran.
JUMLAH PERKATAAN* 76

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak punca keracunan makanan.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, pengusaha kantin didapati mengabaikan kebersihan
diri ketika mengendalikan makanan. 7

2 Seterusnya, pengusaha kantin yang tergamak menjual makanan

yang tidak habis dijual pada hari sebelumnya kepada pelajar-
11
pelajar.

3 Di samping itu, perbuatan tidak bermoral oleh pengusaha kantin

semasa mengendalikan makanan telah menyebabkan pencemaran. 18

4 Malahan, pelajar yang gemar memakan makanan dan minuman

17
di dalam tin yang tamat tempoh penggunaannya.
5 Selain itu, makanan yang tercemar oleh mikro organisma
menyebabkan keracunan makanan. 11

6 Akhir sekali, makanan yang terdedah kepada persekitaran yang

14
kotor menyebabkan pencemaran.
JUMLAH PERKATAAN* 78

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:

Terdapat banyak punca keracunan makanan, Pertamanya, pengusaha kantin

didapati mengabaikan kebersihan diri ketika mengendalikan makanan. Seterusnya,
pengusaha kantin yang tergamak menjual makanan yang tidak habis dijual pada hari
sebelumnya kepada pelajar-pelajar. Di samping itu, perbuatan tidak bermoral oleh
pengusaha kantin semasa mengendalikan makanan telah menyebabkan pencemaran.
Malahan, pelajar yang gemar memakan makanan dan minuman di dalam tin yang tamat
tempoh penggunaannya. Selain itu, makanan yang tercemar oleh mikro organisma
menyebabkan keracunan makanan. Akhir sekali, makanan yang terdedah kepada
persekitaran yang kotor menyebabkan pencemaran.

( 83 patah perkataan)

*Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata menangani kemelut.

 Menangani bermaksud menyelesaikan atau mengatasi.

 kemelut bermaksud masalah .

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Rangkai kata menangani masalah bermaksud menyelesaikan masalah. (2 markah)

Soalan 2
Huraikan dua cara untuk mengatasi masalah keracunan makanan.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan.

 Pihak sekolah perlu memberikan perhatian yang serius kepada pihak

yang menyediakan makanan di sekolah.

 Pihak ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang masalah keracunan makanan ini.

Contoh:

Dua cara untuk mengatasi masalah keracunan di sekolah ialah pihak sekolah perlu
memberikan perhatian yang serius kepada pihak yang menyediakan makanan di
sekolah dan peranan ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang masalah
keracunan makanan ini.

Soalan 3
Sebagai seorang pelajar, berikan dua peranan anda untuk memastikan kantin sekolah anda
sentiasa dalam keadaaan bersih.

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Bertanya kepada guru

 Mengulang kaji pelajaran
 Belajar dalam kumpulan
 Mengunjungi perpustakaan
 Membeli buku rujukan
 Menghadiri kelas tambahan
 Menyertai kem motivasi
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:

Pada pendapat saya, saya perlu menasihati rakan agar memasukkan bekas makanan dan
minuman ke tempat ke tempat yang disediakan dan akan mengutip sampah yang bertaburan
di kantin . (4 markah)

MODUL 14

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca-punca kes penculikan kanak-kanak. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kes penculikan kanak-kanak sering berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini. Kes-
kes ini banyak dilaporkan melalui media massa. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak
sehingga ada ibu bapa yang bimbang untuk melepaskan anak-anak mereka keluar dari rumah.

Kejadian penculikan kanak-kanak yang berlaku ini amat menyedihkan pihak yang
terbabit. Lebih-lebih lagi, ada antara kanak-kanak yang diculik ini dijadikan hamba seks atau
dicacatkan anggota badan mereka untuk dijadikan pengemis atau peminta sedekah serta
untuk pelbagai tujuan yang tidak baik.

Penculikan kanak-kanak dikatakan berlaku ekoran kegagalan ibu bapa memainkan

peranan dan memikul tanggungjawab mereka dalam menjaga anak-anak. Ada ibu bapa yang
mengabaikan tanggungjawab tersebut seperti membiarkan anak-anak mereka merayau-rayau
di tempat yang tidak sepatutnya. Terdapat juga kes penculikan kanak-kanak yang berpunca
daripada tindakan pembantu rumah melarikan anak majikan mereka untuk tujuan tertentu,
terutama bersubahat dengan sindiket penjualan kanak-kanak. Pasangan yang tidak
mempunyai anak dikatakan menjadi sasaran sindiket ini untuk meraih keuntungan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Bagi kanak-kanak sekolah pula, kegagalan pihak sekolah dalam mewujudkan

persekitaran yang selamat untuk mereka menyebabkan mereka menjadi sasaran penculik.
Kanak-kanak sekolah mudah diculik akibat kegagalan pihak sekolah dalam mengawasi
kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak pula selalunya tidak berhati-hati atau tidak dapat
membaca niat serong orang yang tidak dikenali apabila mereka berada di luar kawasan
sekolah. Mereka mudah terpengaruh dengan pujukan orang yang tidak dikenali sehingga
menjadi mangsa golongan yang tidak berhati perut ini.

Kes penculikan kanak-kanak mempunyai kaitan dengan usaha sesetengah pihak yang
tidak bertanggungjawab serta mahu mengaut keuntungan dengan jalan yang mudah. Ada
segelintir pihak yang mahu mengaut keuntungan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai
sasaran mereka untuk mendapatkan organ kanak-kanak tersebut.

Pelbagai pihak terutamanya ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak pada
setiap masa, di samping menasihati mereka agar sentiasa berhati-hati apabila berada di luar
kawasan rumah agar mereka tidak menjadi mangsa golongan yang tidak berperikemanusiaan
ini.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata niat serong.

2. Mengapakah kes penculikan kanak-kanak di negara kita dianggap sebagai satu kes yang
serius?

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang terbaik untuk menangani kes
penculikan kanak-kanak.

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Isi-isi ringkasan

1. Kegagalan ibu bapa menjaga anak-anak mereka dengan baik.

2. Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
3. Mereka membiarkan anak-anak merayau di tempat yang tidak sepatutnya.
4. Pembantu rumah melarikan anak majikan untuk tujuan tertentu
5. Kegagalan pihak sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk
mereka.
6. Kanak-kanak tidak berhati-hati serta tidak dapat membaca niat serong orang yang
tidak dikenali.
7. Ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada organ kanak-kanak yang diculik.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca-punca kes penculikan kanak-kanak. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kata kunci - punca-punca

Tema - kes penculikan kanak-kanak

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Kes penculikan kanak-kanak sering berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini. Kes-
kes ini banyak dilaporkan melalui media massa. Hal ini membimbangkan pelbagai pihak
sehingga ada ibu bapa yang bimbang untuk melepaskan anak-anak mereka keluar dari rumah.

Kejadian penculikan kanak-kanak yang berlaku ini amat menyedihkan pihak yang
terbabit. Lebih-lebih lagi, ada antara kanak-kanak yang diculik ini dijadikan hamba seks atau
dicacatkan anggota badan mereka untuk dijadikan pengemis atau peminta sedekah serta
untuk pelbagai tujuan yang tidak baik.

Penculikan kanak-kanak dikatakan berlaku ekoran kegagalan ibu bapa memainkan

peranan dan memikul tanggungjawab mereka dalam menjaga anak-anak. Ada ibu bapa yang
mengabaikan tanggungjawab tersebut seperti membiarkan anak-anak mereka merayau-rayau
di tempat yang tidak sepatutnya. Terdapat juga kes penculikan kanak-kanak yang berpunca
daripada tindakan pembantu rumah melarikan anak majikan mereka untuk tujuan tertentu,
terutama bersubahat dengan sindiket penjualan kanak-kanak. Pasangan yang tidak
mempunyai anak dikatakan menjadi sasaran sindiket ini untuk meraih keuntungan.

Bagi kanak-kanak sekolah pula, kegagalan pihak sekolah dalam mewujudkan

persekitaran yang selamat untuk mereka menyebabkan mereka menjadi sasaran penculik.
Kanak-kanak sekolah mudah diculik akibat kegagalan pihak sekolah dalam mengawasi
kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak pula selalunya tidak berhati-hati atau tidak dapat
membaca niat serong orang yang tidak dikenali apabila mereka berada di luar kawasan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

sekolah. Mereka mudah terpengaruh dengan pujukan orang yang tidak dikenali sehingga
menjadi mangsa golongan yang tidak berhati perut ini.

Kes penculikan kanak-kanak mempunyai kaitan dengan usaha sesetengah pihak yang
tidak bertanggungjawab serta mahu mengaut keuntungan dengan jalan yang mudah. Ada
segelintir pihak yang mahu mengaut keuntungan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai
sasaran mereka untuk mendapatkan organ kanak-kanak tersebut.

Pelbagai pihak terutamanya ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak pada
setiap masa, di samping menasihati mereka agar sentiasa berhati-hati apabila berada di luar
kawasan rumah agar mereka tidak tidak menjadi mangsa golongan yang tidak
berperikemanusiaan ini.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

Punca-punca kes penculikan kanak-kanak
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Kegagalan ibu bapa menjaga anak-anak mereka dengan baik.
8
2 Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-
7
anak.
3 Mereka membiarkan anak-anak merayau di tempat yang tidak
9
sepatutnya.
4 Pembantu rumah melarikan anak majikan untuk tujuan tertentu
8
5 Kegagalan pihak sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang
selamat untuk mereka. 10

6 Kanak-kanak tidak berhati-hati serta tidak dapat membaca niat

serong orang yang tidak dikenali. 13

7 Mereka mudah terpengaruh dengan pujukan orang yang tidak

9
dikenali.
8 Ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada organ kanak-
11
kanak yang diculik.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

JUMLAH PERKATAAN* 75

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Punca-punca keracunan makanan
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, kegagalan ibu bapa menjaga anak-anak mereka
dengan baik. 9

2 Seterusnya, mereka membiarkan anak-anak merayau-rayau di

tempat yang tidak sepatutnya. 10

3 Di samping itu, pembantu rumah melarikan anak majikan untuk

tujuan yang tertentu. 11

4 Malahan, kegagalan pihak sekolah dalam mewujudkan

11
persekitaran yang selamat untuk mereka.
5 Selain itu, kanak-kanak tidak berhati-hati serta tidak dapat
15
membaca niat serong orang yang tidak dikenali.
6 Akhir sekali, ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada
13
organ kanak-kanak yang diculik.
JUMLAH PERKATAAN* 69

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak punca kes penculikan kanak-kanak.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, kegagalan ibu bapa menjaga anak-anak mereka
dengan baik. 9

2 Seterusnya, terdapat ibu bapa membiarkan anak-anak mereka

merayau-rayau di tempat yang tidak sepatutnya. 13

3 Di samping itu, pembantu rumah melarikan anak majikan untuk

12
tujuan yang tertentu.
4 Malahan, kegagalan pihak sekolah dalam mewujudkan
11
persekitaran yang selamat untuk mereka
5 Selain itu, kanak-kanak tidak berhati-hati serta tidak dapat
15
membaca niat serong orang yang tidak dikenali.
6 Akhir sekali, ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan
daripada organ kanak-kanak yang diculik. 15

JUMLAH PERKATAAN* 75

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:

Terdapat banyak punca berlakunya kes penculikan kanak-kanak. Pertamanya,

kegagalan ibu bapa menjaga anak-anak mereka dengan baik. Seterusnya, terdapat ibu bapa
membiarkan anak-anak mereka merayau-rayau di tempat yang tidak sepatutnya. Di samping
itu, pembantu rumah melarikan anak majikan untuk tujuan yang tertentu. Malahan,
kegagalan pihak sekolah dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka. Selain
itu, kanak-kanak tidak berhati-hati serta tidak dapat membaca niat serong orang yang tidak
dikenali. Akhir sekali, ada pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan daripada organ
kanak-kanak yang diculik.

( 82 patah perkataan)

*Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata niat serong.

 Niat bermaksud tujuan,hajat,atau kehendak.

 Serong bermaksud jahat atau tidak baik .

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:
Rangkai kata niat serong bermaksud tujuan yang tidak baik. (2 markah)

Soalan 2
Mengapakah kes penculikan kanak-kanak di negara kita dianggap sebagai satu kes yang
serius?

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian perenggan pertama dan perenggan kedua.

 Kes semakin kerap berlaku dan banyak dilaporkan melalui media massa .

 Kes juga semakin serius ekoran terdapat laporan yang menunjukkan bahawa kanak-
kanak diculik untuk dijadikan hamba seks dan dicacatkan untuk dijadikan peminta
sedekah.

Contoh:

 Kes penculikan kanak-kanak dianggap serius kerana kes semakin kerap berlaku dan
banyak dilaporkan melalui media massa . Selain itu, kes juga semakin serius ekoran
terdapat laporan yang menunjukkan bahawa kanak-kanak diculik untuk dijadikan
hamba seks dan dicacatkan untuk dijadikan peminta sedekah.

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang terbaik untuk menangani kes penculikan
kanak-kanak.

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Mendidik anak-anak agar tidak berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali
 Kerjasama lapisan masyarakat supaya peka dengan keadaan sekeliling
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Mengadakan kempen kewaspadaan dalam media-media massa

 Memasang kemera litar tertutup
 Memberi penekanan dalam subjek yang diajar di sekolah.
 Mengenakan hukuman berat kepada penculik

Contoh:

Pada pendapat saya, langkah-langkah yang terbaik untuk menangani kes ini adalah dengan
menasihati dan mendidik kanak-kanak agar tidak berkomunikasi atau berinteraksi dengan
orang yang tidak dikenali. Selain itu, kerjasama daripada semua lapisan masyarakat juga
amat penting supaya mereka sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

MODUL 15

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang masalah-masalah penduduk di kawasan setinggan. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Masyarakat di kota dan di pinggir kota sudah tidak hairan lagi dengan kewujudan
kawasan setinggan atau rumah haram. Kawasan setinggan telah menjadi pemandangan yang
biasa bagi mereka dan boleh dilihat di mana-mana bandar sekalipun di negara kita.

Hakikatnya, kewujudan kawasan setinggan telah mencacatkan pemandangan di

bandar. Lantaran itu, kewujudan kawasan ini sering dipantau kerana boleh menjejaskan
industri pelancongan. Walau bagaimanapun, tuntutan hidup serta masalah untuk mendapatkan
rumah dan kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan rumah haram menjadi pilihan
segelintir masyarakat.

Fenomena setinggan agak menyedihkan kerana penduduk di kawasan ini terpaksa

menanggung pelbagai masalah. Ketiadaan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan
elektrik dan jalan yang sempurna menyebabkan hidup mereka tidak seperti penduduk yang
tinggal di kawasan lain. Mereka juga terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan kerana
sistem perparitan ataupun longkang yang tidak sempurna. Situasi ini membuatkan mereka
mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kedudukan rumah setinggan yang rapat pula memudahkan kebakaran berlaku. Lebih-
lebih lagi, pembinaannya adalah daripada bahan-bahan yang mudah terbakar. Kebakaran
yang berlaku di kawasan setinggan selalunya merebak dengan cepat dan sukar untuk dikawal.
Akibatnya, penduduk akan mengalami kerugian yang besar kerana harta benda mereka
musnah akibat kebakaran tersebut.

Penghuni di kawasan setinggan juga sering dikaitkan dengan kemiskinan. Kemiskinan

memungkinkan mereka tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat
yang lebih tinggi. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka tercicir dalam pelajaran.
Kemiskinan juga mendorong penglibatan mereka dalam gejala sosial seperti penagihan
dadah, mencuri, merompak dan sebagainya.

Kes-kes jenayah juga banyak berlaku di kawasan setinggan. Kedudukan rumah yang
rapat dan ketiadaan ciri-ciri keselamatan mendorong kegiatan jenayah. Struktur binaan rumah
yang tidak kukuh juga memudahkan berlakunya kes pecah rumah serta rumah senang
diceroboh masuk dan dimasuki pencuri.

Kawasan setinggan telah mewujudkan jurang perbezaan taraf hidup di kawasan

bandar. Penduduk di kawasan setinggan sering dipandang rendah dalam semua aspek. Walau
bagaimanapun, kerajaan berusaha untuk memindahkan penduduk di kawasan setinggan ke
kawasan yang sesuai. Pembinaan rumah kos rendah dan menawarkannya kepada penduduk
setinggan dengan harga yang berpatutan merupakan satu langkah yang telah dan masih
dilakukan sehingga kini. Pembangunan dan peluang pekerjaan di bandar menjadikan kawasan
setinggan masih terdapat di bandar-bandar besar.

Soalan A(ii) : Pemahaman

6. Nyatakan maksud rangkai kata perbezaan taraf hidup.

7. Apakah tindakan kerajaan bagi menangani masalah setinggan di negara ini?

8. Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan yang wajar diberikan dalam usaha untuk
menghapuskan kawasan setinggan di negara ini?

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Isi-isi ringkasan

1. Ketiadaan kemudahan asas.

2. Terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

3. Mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit.

4. Kedudukan rumah setinggan yang rapat memudahkan kebakaran berlaku.
5. Kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu menyekolahkan anak-anak ke peringkat
lebih tinggi.
6. Anak-anak penduduk di kawasan setinggan terlibat dengan gejala sosial.
7. Kes-kes jenayah banyak berlaku di kawasan setinggan.
8. Kawasan setinggan mewujudkan jurang perbezaan taraf hidup di kawasan bandar.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang masalah-masalah penduduk di kawasan setinggan. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kata kunci - masalah-masalah

Tema - penduduk di kawasan setinggan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Masyarakat di kota dan di pinggir kota sudah tidak hairan lagi dengan kewujudan
kawasan setinggan atau rumah haram. Kawasan setinggan telah menjadi pemandangan yang
biasa bagi mereka dan boleh dilihat di mana-mana bandar sekalipun di negara kita.

Hakikatnya, kewujudan kawasan setinggan telah mencacatkan pemandangan di

bandar. Lantaran itu, kewujudan kawasan ini sering dipantau kerana boleh menjejaskan
industri pelancongan. Walau bagaimanapun, tuntutan hidup serta masalah untuk mendapatkan
rumah dan kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan rumah haram menjadi pilihan
segelintir masyarakat.

Fenomena setinggan agak menyedihkan kerana penduduk di kawasan ini terpaksa

menanggung pelbagai masalah. Ketiadaan kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan
elektrik dan jalan yang sempurna menyebabkan hidup mereka tidak seperti penduduk yang
tinggal di kawasan lain. Mereka juga terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan kerana
sistem perparitan ataupun longkang yang tidak sempurna. Situasi ini membuatkan mereka
mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit.

Kedudukan rumah setinggan yang rapat pula memudahkan kebakaran berlaku. Lebih-
lebih lagi, pembinaannya adalah daripada bahan-bahan yang mudah terbakar. Kebakaran
yang berlaku di kawasan setinggan selalunya merebak dengan cepat dan sukar untuk dikawal.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Akibatnya, penduduk akan mengalami kerugian yang besar kerana harta benda mereka
musnah akibat kebakaran tersebut.

Penghuni di kawasan setinggan juga sering dikaitkan dengan kemiskinan. Kemiskinan

memungkinkan mereka tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat
yang lebih tinggi. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka tercicir dalam pelajaran.
Kemiskinan juga mendorong penglibatan mereka dalam gejala sosial seperti penagihan
dadah, mencuri, merompak dan sebagainya.

Kes-kes jenayah juga banyak berlaku di kawasan setinggan. Kedudukan rumah yang
rapat dan ketiadaan ciri-ciri keselamatan mendorong kegiatan jenayah. Struktur binaan
rumah yang tidak kukuh juga memudahkan berlakunya kes pecah rumah serta rumah senang
diceroboh masuk dan dimasuki pencuri.

Kawasan setinggan telah mewujudkan jurang perbezaan taraf hidup di kawasan

bandar. Penduduk di kawasan setinggan sering dipandang rendah dalam semua aspek. Walau
bagaimanapun, kerajaan berusaha untuk memindahkan penduduk di kawasan setinggan ke
kawasan yang sesuai. Pembinaan rumah kos rendah dan menawarkannya kepada penduduk
setinggan dengan harga yang berpatutan merupakan satu langkah yang telah dan masih
dilakukan sehingga kini. Pembangunan dan peluang pekerjaan di bandar menjadikan kawasan
setinggan masih terdapat di bandar-bandar besar.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

Masalah-masalah penduduk di kawasan setinggan
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Ketiadaan kemudahan asas.
3
2 Mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit.
5

3 Kedudukan rumah setinggan yang rapat memudahkan kebakaran

berlaku. 8

4 Kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu menyekolahkan

11
anak-anak ke peringkat lebih tinggi.
5 Anak-anak penduduk di kawasan setinggan terlibat dengan gejala
9
sosial.
6 Kes-kes jenayah banyak berlaku di kawasan setinggan.
7
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

7 Kawasan setinggan mewujudkan jurang perbezaan taraf hidup di

kawasan bandar. 10

JUMLAH PERKATAAN* 53

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

Masalah-masalah penduduk di kawasan setinggan
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, ketiadaan kemudahan asas yang sempurna di
9
kawasan setinggan.
2 Seterusnya, penduduk mudah terdedah dengan pelbagai jenis
9
penyakit berjangkit.
3 Di samping itu, kedudukan rumah setinggan yang rapat pula
12
memudahkan kebakaran berlaku.
4 Malahan, kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu
14
menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi
5 Selain itu, kes-kes jenayah banyak berlaku di kawasan setinggan.
9
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

6 Akhir sekali, kawasan setinggan telah mewujudkan jurang

13
perbezaan taraf hidup di kawasan bandar.
JUMLAH PERKATAAN* 66

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak masalah penduduk di kawasan setinggan.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, ketiadaan kemudahan asas yang sempurna di
9
kawasan setinggan.
2 Seterusnya, penduduk di kawasan setinggan mudah terdedah
dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit. 13

3 Di samping itu, kedudukan rumah setinggan yang rapat pula

15
memudahkan kebakaran berlaku di kawasan tersebut.
4 Malahan, kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu
14
menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi
5 Selain itu, kes-kes jenayah banyak berlaku di kawasan setinggan
9
6 Akhir sekali, kawasan setinggan telah mewujudkan jurang
perbezaan taraf hidup di kawasan bandar 13

JUMLAH PERKATAAN* 73

Langkah 6
Menulis ringkasan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak masalah penduduk di kawasan setinggan. Pertamanya, ketiadaan

kemudahan asas yang sempurna di kawasan setinggan. Seterusnya, penduduk di kawasan
setinggan mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Di samping itu,
kedudukan rumah setinggan yang rapat pula memudahkan kebakaran berlaku di kawasan
tersebut. Malahan, kemiskinan menyebabkan mereka tidak mampu menyekolahkan anak-
anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, kes jenayah banyak berlaku di
kawasan setinggan. Akhir sekali, kawasan setinggan telah mewujudkan jurang perbezaan
taraf hidup di kawasan bandar.

( 80 patah perkataan)

*Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata perbezaa taraf hidup.

 Perbezaan bermaksud perbandingan.

 Taraf hidup bermaksud darjat .

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata perbezaan taraf hidup bermaksud perbandingan darjat. (2 markah)

Soalan 2
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani masalah setinggan di negara ini ?

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan.

 Kerajaan berusaha memindahkan penduduk di kawasan setinggan ke kawasan yang

lebih sesuai.

 Pembinaan rumah kos rendah dan menawarkannya kepada penduduk dengan harga
yang berpatutan.

Contoh:

 Tindakan kerajaan dalam menangani masalah setinggan di negara ini ialah kerajaan
berusaha memindahkan penduduk di kawasan setinggan ke kawasan yang lebih
sesuai. Selain itu, pembinaan rumah kos rendah dan menawarkannya kepada
penduduk dengan harga yang berpatutan.

Soalan 3
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan yang wajar diberikan dalam usaha untuk
menghapuskan kawasan setinggan di negara ini?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Memburukkan pemandangan
 Kawasan setinggan tidak terurus
 Menggugat industri pelancongan
 Menjadi sarang penjenayah
 Menular pelbagai jenis penyakit
 Sistem peparitan tidak terurus menyebabkan berlaku banjir kilat

Contoh:

Pada pendapat saya, alasan-alasan yang wajar diberikan dalam usaha untuk
menghapuskan kawasan setinggan ialah penempatan setinggan boleh memburukkan
pemandangan di kawasan bandar. Di samping itu, penempatan setinggan tidak terurus
bukan sahaja boleh mengugat sektor pelancongan negara bahkan juga menyebabkan
menjadi sarang penjenayah di kawasan rumah yang tidak teratur.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

MODUL 16

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah menangani masalah kemiskinan di kampung. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sudah menjadi lumrah, kampung sering dikaitkan dengan kemiskinan. Kampung yang
terletak jauh dari bandar dan pekan sering dilihat sebagai suatu tempat yang mundur iaitu
tempat yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan dihimpit pelbagai masalah
lagi. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, keadaan kampung telah mulai berubah.

Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk
memajukan kampung sekali gus mengurangkan jurang perbezaan antara kampung dengan
bandar mahupun pekan. Justeru, pelbagai kemudahan asas disediakan supaya masyarakat di
kampung mudah berhubung dengan dunia luar. Antaranya, jalan tar dan pondok telefon
disediakan untuk kemudahan penduduk kampung. Selain itu, kerajaan telah mendirikan
sekolah-sekolah di kawasan pedalaman supaya kanak-kanak di kampung dapat menerima
pelajaran, seterusnya boleh mengubah taraf hidup penduduk kampung.

Kini, anak-anak kampung telah mencipta nama dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Semuanya ini hasil daripada kemudahan pendidikan yang diterima oleh mereka seterusnya
membolehkan mereka melangkah seiring dengan penduduk di bandar.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Di samping itu, pihak kerajaan selalu pergi ke kampung-kampung untuk memberikan

penerangan tentang dasar kerajaan. Penduduk kampung telah didedahkan dengan pelbagai
rancangan seperti Dasar Ekonomi Baru. Penduduk kampung juga telah diperkenalkan dengan
pelbagai jenis saham untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Bekalan elektrik turut disediakan hingga ke kampung-kampung mahupun ke

kawasan-kawasan yang sangat terpencil. Dengan adanya bekalan elektrik, penduduk
kampung boleh memiliki televisyen. Melalui media massa ini, penduduk kampung boleh
mengetahui pelbagai peluang untuk mengubah taraf hidup mereka.

Kemiskinan di kampung juga turut dibasmi oleh warga kampung yang prihatin akan
nasib penduduk kampung. Ada dalam kalangan orang muda yang berpelajaran di kampung
yang menghidupkan dan mengaktifkan Persatuan Belia. Menerusi persatuan ini,
jawatankuasa persatuan mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup belia dan penduduk
kampung.

Kerajaan pula memberikan bantuan subsidi dalam pelbagai aspek kepada penduduk
kampung. Bantuan ini turut mengurangkan kadar kemiskinan di kampung. Walau
bagaimanapun, penduduk kampung sekarang sudah mula celik dan mahu berusaha sendiri
untuk mengubah nasib mereka.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata sudah mula celik.

2. Jelaskan pelbagai faedah yang diterima oleh penduduk kampung apabila kerajaan
menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka.

3. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang bakal anda lakukan sekiranya kampung
anda dijadikan sebuah bandar?

Teknik Pengajaran dan Pembalajaran

Isi-isi ringkasan

1. Pihak kerajaan sudah lama mengambil inisiatif untuk memajukan kampung.

2. Pelbagai kemudahan asas disediakan supaya masyarakat di kampung mudah berhubung
dengan dunia luar.
3. Mendirikan sekolah supaya anak-anak kampung dapat menikmati pelajaran dan boleh
mengubah taraf hidup penduduk kampung.
4. Pihak kerajaan masuk ke kampung untuk memberikan penerangan tentang pelbagai dasar
kerajaan.
5. Bekalan elektrik disediakan hingga ke kawasan yang sangat terpencil.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

6. Melalui media massa, penduduk kampung boleh mengetahui peluang untuk mengubah
taraf hidup mereka.
7. Kemiskinan dibasmi melalui sikap warga kampung yang prihatin akan nasib mereka.
8. Jawatankuasa Persatuan Belia di kampung mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup
belia dan penduduk kampung.
9. Kerajaan memberikan bantuan subsidi dalam pelbagai aspek.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah menangani masalah kemiskinan di kampung. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Sudah menjadi lumrah, kampung sering dikaitkan dengan kemiskinan. Kampung yang
terletak jauh dari bandar dan pekan sering dilihat sebagai suatu tempat yang mundur iaitu
tempat yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan dihimpit pelbagai masalah
lagi. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, keadaan kampung telah mulai berubah.

Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk
memajukan kampung sekali gus mengurangkan jurang perbezaan antara kampung dengan
bandar mahupun pekan. Justeru, pelbagai kemudahan asas disediakan supaya masyarakat di
kampung mudah berhubung dengan dunia luar. Antaranya, jalan tar dan pondok telefon
disediakan untuk kemudahan penduduk kampung. Selain itu, kerajaan telah mendirikan
sekolah-sekolah di kawasan pedalaman supaya kanak-kanak di kampung dapat menerima
pelajaran, seterusnya boleh mengubah taraf hidup penduduk kampung.

Kini, anak-anak kampung telah mencipta nama dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Semuanya ini hasil daripada kemudahan pendidikan yang diterima oleh mereka seterusnya
membolehkan mereka melangkah seiring dengan penduduk di bandar.

Di samping itu, pihak kerajaan selalu pergi ke kampung-kampung untuk memberikan

penerangan tentang dasar kerajaan. Penduduk kampung telah didedahkan dengan pelbagai
rancangan seperti Dasar Ekonomi Baru. Penduduk kampung juga telah diperkenalkan dengan
pelbagai jenis saham untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Bekalan elektrik turut disediakan hingga ke kampung-kampung mahupun ke

kawasan-kawasan yang sangat terpencil. Dengan adanya bekalan elektrik, penduduk
kampung boleh memiliki televisyen. Melalui media massa ini, penduduk kampung boleh
mengetahui pelbagai peluang untuk mengubah taraf hidup mereka.

Kemiskinan di kampung juga turut dibasmi oleh warga kampung yang prihatin akan
nasib penduduk kampung. Ada dalam kalangan orang muda yang berpelajaran di kampung
yang menghidupkan dan mengaktifkan Persatuan Belia. Menerusi persatuan ini,
jawatankuasa persatuan mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup belia dan penduduk
kampung.

Kerajaan pula memberikan bantuan subsidi dalam pelbagai aspek kepada penduduk
kampung. Bantuan ini turut mengurangkan kadar kemiskinan di kampung. Walau
bagaimanapun, penduduk kampung sekarang sudah mula celik dan mahu berusaha sendiri
untuk mengubah nasib mereka.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

langkah-langkah menangani masalah kemiskinan di kampung
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pihak kerajaan sudah lama mengambil inisiatif untuk memajukan
kampung . 9

2 Pelbagai kemudahan asas disediakan supaya masyarakat di

kampung mudah berhubung dengan dunia luar. 12

3 Mendirikan sekolah supaya anak-anak kampung dapat menikmati

pelajaran dan boleh mengubah taraf hidup penduduk kampung. 15

4 Pihak kerajaan masuk ke kampung untuk memberikan penerangan

11
tentang pelbagai dasar kerajaan
5 Bekalan elektrik disediakan hingga ke kawasan yang sangat
terpencil. 8

6 Melalui media massa, penduduk kampung boleh mengetahui

peluang untuk mengubah taraf hidup mereka. 13

7 Kemiskinan dibasmi melalui sikap warga kampung yang prihatin 11

akan nasib mereka.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

8 Jawatankuasa Persatuan Belia di kampung mencari jalan untuk

meningkatkan taraf hidup belia dan penduduk kampung. 13

9 Kerajaan memberikan bantuan subsidi dalam pelbagai aspek.

7

JUMLAH PERKATAAN* 99

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

langkah menangani masalah kemiskinan di kampung
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, pihak kerajaan sudah lama mengambil inisiatif
untuk memajukan kampung 10

2 Seterusnya, pelbagai kemudahan asas disediakan supaya

masyarakat di kampung mudah berhubung dengan dunia luar. 12

3 Di samping itu, mendirikan sekolah supaya anak-anak kampung

dapat menikmati pelajaran dan boleh mengubah taraf hidup 17
penduduk kampung.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

4 Malahan, pihak kerajaan masuk ke kampung untuk memberikan

penerangan tentang pelbagai dasar kerajaan 12

5 Selain itu, bekalan elektrik disediakan hingga ke kawasan yang

sangat terpencil. 10

6 Akhir sekali, melalui media massa, penduduk kampung boleh

mengetahui peluang untuk mengubah taraf hidup mereka. 15

JUMLAH PERKATAAN* 76

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak langkah menangani masalah kemiskinan di kampung

JUMLAH PERKATAAN* 84

Langkah 6
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak langkah menangani masalah kemiskinan di kampung. Pertamanya,

pihak kerajaan sudah lama mengambil inisiatif untuk memajukan kampung. Seterusnya,
pelbagai kemudahan asas disediakan supaya masyarakat di kampung mudah berhubung
dengan dunia luar. Di samping itu, kerajaan mendirikan sekolah supaya anak-anak kampung
dapat menikmati pelajaran dan boleh mengubah taraf hidup penduduk kampung. Malahan,
pihak kerajaan masuk ke kampung untuk memberikan penerangan tentang pelbagai dasar
kerajaan. Selain itu, bekalan elektrik disediakan hingga ke kawasan yang sangat terpencil.
Akhir sekali, melalui media massa, penduduk kampung boleh mengetahui peluang untuk
mengubah taraf hidup mereka.

( 84 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata sudah mula celik.

 Sudah mula bermaksud telah semakin.

 Celik bermaksud sedar.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata sudah mula celik bermaksud telah semakin sedar. (2 markah)

Soalan 2
Jelaskan pelbagai faedah yang diterima oleh penduduk kampung apabila kerajaan
menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada perenggan kedua.

 Mereka dapat menggunakan telefon.

 Mereka dapat menggunakan jalan tar.
 Anak-anak kampung mendapat kemudahan untuk belajar.
 Taraf hidup penduduk kampung boleh diubah

Contoh:

Pelbagai faedah yang diterima oleh penduduk kampung apabila kerajaan menyediakan
pelbagai kemudahan kepada mereka ialah mereka dapat menggunakan telefon dan dapat
menggunakan jalan tar. Anak-anak kampung mendapat kemudahan untuk belajar dan taraf
hidup penduduk kampung boleh diubah. (4 markah)

Soalan 3
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang bakal anda lakukan sekiranya kampung anda
dijadikan sebuah bandar?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Berusaha untuk mengekalkan tradisi kampung

 Mempertahankan ciri-ciri budaya kampung dalam kalangan generasi muda

Contoh:

Pada pendapat saya, tindakan yang bakal saya lakukan sekiranya kampung saya dijadikan
sebuah bandar ialah saya berusaha untuk mengekalkan tradisi kampung. Selain itu, saya
akan mempertahankan ciri-ciri budaya kampung dalam kalangan generasi muda. (4 markah)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

MODUL 17

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang sebab-sebab berlakunya jerebu. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Jerebu yang sering melanda negara kita telah mendatangkan pelbagai masalah. Jerebu
yang melanda negara pada tahun 2005 juga telah menyebabkan pihak kerajaan terpaksa
mengisytiharkan darurat di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang. Hakikatnya, jerebu telah
mendatangkan kesan yang buruk kepada kita. Jerebu bukan sahaja menjejaskan pelbagai
aktiviti harian, malahan turut menjejaskan kesihatan kita.

Punca utama jerebu ialah aktiviti pembakaran secara terbuka. Pembakaran hutan
untuk membuka ladang pertanian dan sebagainya telah menyebabkan ruang udara berjerebu.
Aktiviti pembakaran secara terbuka pula dilakukan di beberapa tempat di Indonesia. Ada juga
sesetengah penduduk di negara kita mengambil kesempatan dengan membakar kawasan
pertanian mereka termasuklah kawasan semak untuk dijadikan kawasan tanaman. Selain itu,
pembakaran sampah sarap di kawasan pembuangan sampah dengan tujuan melupuskan
sampah tersebut tambah memburukkan keadaan.

Selain itu, asap kenderaan turut menjadi penyebab berlakunya jerebu. Jumlah
kenderaan yang semakin meningkat di negara kita menyebabkan ruang udara menjadi kotor.
Keadaan ini bertambah buruk ekoran pelepasan asap dari cerobong kilang perindustrian. Di
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

kawasan bandar yang maju, jerebu mudah berlaku. Ruang udaranya sentiasa panas. Lebih-
lebih lagi di bandar kekurangan pokok atau kawasan hutan.

Jelaslah bahawa pembangunan menyebabkan jerebu berlaku. Kawasan hutan yang

ditebang untuk tujuan membangunkan sesuatu kawasan sama ada untuk tujuan penempatan
mahupun pembukaan kilang-kilang menjadikan ruang udara semakin panas, seterusnya
menyebabkan jerebu mudah berlaku.

Jerebu dikatakan berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Manusia

mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima oleh pihak-pihak
yang tertentu akibat perbuatan mereka. Manusia dikatakan rakus mengejar kemajuan dan
kesannya terpaksa ditanggung oleh pelbagai pihak. Oleh itu, manusia mesti
bertanggungjawab terhadap alam sekitar demi menjamin kehidupan yang sempurna bagi
semua pihak.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata rakus mengejar kemajuan.

2. Apakah yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala

Selangor dan Pelabuhan Klang.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah jerebu di negara kita dapat diatasi?

Teknik Mengajar

Isi-isi ringkasan

1. Punca utama ialah aktiviti pembakaran secara terbuka.

2. Pembakaran hutan secara terbuka pula dilakukan di beberapa tempat di Indonesia.
3. Sesetengah penduduk di negara kita membakar kawasan pertanian mereka.
4. Penduduk membakar kawasan semak untuk dijadikan kawasan tanaman.
5. Pembakaran sampah sarap di kawasan pembuangan sampah dengan tujuan untuk
melupuskan sampah.
6. Asap kenderaan turut menjadi penyebab berlakunya jerebu.
7. Jumlah kenderaan yang meningkat di negara kita menyebabkan ruang udara menjadi
kotor.
8. Pelepasan asap dari kilang perindustrian.
9. Pembangunan seperti kawasan hutan yang ditebang untuk tujuan membangunkan sesuatu
kawasan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

10. Berpunca daripada sikap manusia yang mementingkan diri sendiri.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang sebab-sebab berlakunya jerebu.. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Jerebu yang sering melanda negara kita telah mendatangkan pelbagai masalah. Jerebu
yang melanda negara pada tahun 2005 juga telah menyebabkan pihak kerajaan terpaksa
mengisytiharkan darurat di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang. Hakikatnya, jerebu telah
mendatangkan kesan yang buruk kepada kita. Jerebu bukan sahaja menjejaskan pelbagai
aktiviti harian, malahan turut menjejaskan kesihatan kita.

Punca utama jerebu ialah aktiviti pembakaran secara terbuka. Pembakaran hutan
untuk membuka ladang pertanian dan sebagainya telah menyebabkan ruang udara berjerebu.
Aktiviti pembakaran secara terbuka pula dilakukan di beberapa tempat di Indonesia. Ada juga
sesetengah penduduk di negara kita mengambil kesempatan dengan membakar kawasan
pertanian mereka termasuklah kawasan semak untuk dijadikan kawasan tanaman. Selain itu,
pembakaran sampah sarap di kawasan pembuangan sampah dengan tujuan melupuskan
sampah tersebut tambah memburukkan keadaan.

Selain itu, asap kenderaan turut menjadi penyebab berlakunya jerebu. Jumlah
kenderaan yang semakin meningkat di negara kita menyebabkan ruang udara menjadi kotor.
Keadaan ini bertambah buruk ekoran pelepasan asap dari cerobong kilang perindustrian. Di
kawasan bandar yang maju, jerebu mudah berlaku. Ruang udaranya sentiasa panas. Lebih-
lebih lagi di bandar kekurangan pokok atau kawasan hutan.

Jelaslah bahawa pembangunan menyebabkan jerebu berlaku. Kawasan hutan yang

ditebang untuk tujuan membangunkan sesuatu kawasan sama ada untuk tujuan penempatan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

mahupun pembukaan kilang-kilang menjadikan ruang udara semakin panas, seterusnya

menyebabkan jerebu mudah berlaku.

Jerebu dikatakan berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Manusia

mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima oleh pihak-pihak
yang tertentu akibat perbuatan mereka. Manusia dikatakan rakus mengejar kemajuan dan
kesannya terpaksa ditanggung oleh pelbagai pihak. Oleh itu, manusia mesti
bertanggungjawab terhadap alam sekitar demi menjamin kehidupan yang sempurna bagi
semua pihak.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

sebab-sebab berlakunya jerebu
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Punca utama ialah aktiviti pembakaran secara terbuka
7
2 Pembakaran hutan secara terbuka pula dilakukan di beberapa
9
tempat di Indonesia
3 Sesetengah penduduk di negara kita membakar kawasan pertanian
8
mereka
4 Penduduk membakar kawasan semak untuk dijadikan kawasan
8
tanaman
5 Pembakaran sampah sarap di kawasan pembuangan sampah
11
dengan tujuan untuk melupuskan sampah
6 Asap kenderaan turut menjadi penyebab berlakunya jerebu.
7
7 Jumlah kenderaan yang meningkat di negara kita menyebabkan
11
ruang udara menjadi kotor
8 Pelepasan asap dari kilang perindustrian.
5
9 Pembangunan seperti kawasan hutan yang ditebang untuk tujuan
11
membangunkan sesuatu kawasan
10 Berpunca daripada sikap manusia yang mementingkan diri sendiri
8
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

JUMLAH PERKATAAN* 85

* Catatan
Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

sebab-sebab berlakunya jerebu
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, punca utama ialah aktiviti pembakaran secara
8
terbuka
2 Seterusnya, pembakaran hutan secara terbuka pula dilakukan di
10
beberapa tempat di Indonesia
3 Di samping itu, sesetengah penduduk di negara kita membakar
10
kawasan pertanian mereka
4 Malahan, penduduk membakar kawasan semak untuk dijadikan
9
kawasan tanaman
5 Selain itu, pembakaran sampah sarap di kawasan pembuangan
13
sampah dengan tujuan untuk melupuskan sampah
6 Akhir sekali, asap kenderaan turut menjadi penyebab berlakunya
10
jerebu dan
7 jumlah kenderaan yang meningkat di negara kita menyebabkan
11
ruang udara menjadi kotor
JUMLAH PERKATAAN* 71

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak sebab berlakunya jerebu
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, punca utama ialah aktiviti pembakaran secara
8
terbuka
2 Seterusnya, pembakaran hutan secara terbuka pula dilakukan di
10
beberapa tempat di Indonesia
3 Di samping itu, sesetengah penduduk di negara kita membakar
10
kawasan pertanian mereka
4 Malahan, penduduk membakar kawasan semak untuk dijadikan
9
kawasan tanaman
5 Selain itu, pembakaran sampah sarap di kawasan pembuangan
13
sampah dengan tujuan untuk melupuskan sampah
6 Akhir sekali, asap kenderaan turut menjadi penyebab berlakunya
10
jerebu dan
7 jumlah kenderaan yang meningkat di negara kita menyebabkan
11
ruang udara menjadi kotor
JUMLAH PERKATAAN* 76

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Terdapat banyak sebab berlakunya jerebu. Pertamanya, disebabkan oleh aktiviti

pembakaran secara terbuka. Seterusnya, pembakaran hutan secara terbuka pula dilakukan di
beberapa tempat di Indonesia. Di samping itu, sesetengah penduduk di negara kita
membakar kawasan pertanian mereka. Malahan, penduduk membakar kawasan semak
untuk dijadikan kawasan tanaman. Selain itu, pembakaran sampah sarap di kawasan
pembuangan sampah dengan tujuan untuk melupuskan sampah. Akhir sekali, asap
kenderaan turut menjadi penyebab berlakunya jerebu dan jumlah kenderaan yang meningkat
di negara kita menyebabkan ruang udara menjadi kotor.

( 76 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata rakus mengejar kemajuan.

 Rakus bermaksud tamak, serakah.

 Mengejar bermaksud mendapatkan

 Kemajuan bermaksud kejayaan, kekayaan.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Contoh:
Rangkai kata rakus mengejar kemajuan bermaksud tamak mendapatkan kekayaan . (2
markah)

Soalan 2
Apakah yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala Selangor dan
Pelabuhan Klang.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada bahagian akhir perenggan pertama .

 Menjejaskan pelbagai aktiviti harian

 Menjejaskan kesihatan kita

Contoh:

Punca yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala Selangor dan
Pelabuhan Klang kerana jerebu bukan sahaja menjejaskan pelbagai aktiviti harian, malahan
turut menjejaskan kesihatan kita. (4 markah)

Soalan 3

Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah jerebu di negara kita dapat diatasi?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Mengenakan denda yang tinggi terhadap mereka yang melakukan pembakaran

terbuka
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Jabatan Alam Sekitar hendaklah sentiasa memantau pelepasan asap daripada kilang-
kilang dan asap kenderaan

Contoh:

Pada pendapat saya, masalah jerebu di negara kita dapat diatasi melalui cara seperti
mengenakan denda yang tinggi terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka dan
Jabatan Alam Sekitar hendaklah sentiasa memantau pelepasan asap daripada kilang-kilang
dan asap kenderaan. (4 markah)

MODUL 18

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kekangan dalam memajukan sektor pertanian. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Sektor pertanian amat penting bagi sesetengah negara. Di Malaysia, sektor ini
menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara sejak dahulu lagi. Walaupun
begitu, tahap kemajuan dalam bidang pertanian di negara ini masih belum membanggakan.
Pelbagai kekangan untuk memajukan sektor pertanian masih gagal diatasi sepenuhnya.

Kejayaan aktiviti pertanian banyak bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya

termasuklah kesesuaian jenis tanaman dengan keadaan tanah. Jika tanaman yang dipilih
sesuai dengan keadaan tanah yang dijadikan tapak tanaman, hasil yang lumayan bakal
menjadi milik petani. Meskipun demikian, dalam konteks negara ini, petani tidak dapat
menentukan jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di sesuatu tempat. Hujan lebat atau
cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar dielakkan. Keadaan cuaca yang sedemikian boleh
menyebabkan hasil pertanian terjejas dan sekali gus boleh mengurangkan minat petani untuk
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

meningkatkan usaha mereka. Kebijaksanaan petani menyesuaikan jenis tanaman dengan

keadaan yang tersedia di negara ini amatlah penting dalam memastikan usaha yang dilakukan
tidak sia-sia.

Di samping itu, petani juga berhadapan dengan masalah pemasaran hasil-hasil

pertanian . Kerajaan berusaha mengatasi masalah ini. Langkah ini penting demi membanteras
penindasan orang tengah terhadap petani. Dari aspek yang lain pula, terdapat sesetengah
pihak yang mempunyai tanggapan bahawa hasil pertanian yang diimport lebih berkualiti,
masih wujud dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Perkara ini bukanlah aneh
memandangkan segelintir anggota masyarakat kita masih mengagung-agungkan barangan
dari luar negara.
Pada masa dahulu, semua kerja bercucuk tanam dilakukan dengan menggunakan
kaedah tradisional. Amalan ini masih menjadi amalan kebanyakan petani pada hari ini. Bagi
mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang pertanian pula, teknologi terkini
telah diperkenalkan. Walaupun demikian, modal yang besar diperlukan untuk tujuan ini.
Perkara ini menjadi satu lagi permasalahan yang sukar ditangani dengan segera. Tidak
dinafikan bahawa memang ada pihak-pihak tertentu yang memberikan bantuan atau pinjaman
kepada petani untuk tujuan tersebut, namun kemudahan itu tidak mungkin dapat dinikmati
oleh semua petani. Oleh itu, permuafakatan dalam perkara ini perlu dijayakan untuk
menambahkan keaktifan petani mengusahakan ladang mereka agar kemajuan sektor pertanian
di negara ini seimbang dengan kemajuan dalam sektor perindustrian.

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata membanteras penindasan.

2. Nyatakan dua usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah petani negara ini.

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah petani dapat meningkatkan hasil pengeluaran

mereka?
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Teknik Pembelajaran dan Pengajaran Menjawab Soalan A(i) : Ringkasan

Isi- isi ringkasan

1. Petani tidak dapat menentukan jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di sesuatu
tempat .
2. Hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar dielakkan.
3. Pemasaran hasil-hasil pertanian.
4. Masalah penindasan orang tengah terhadap petani.
5. Sesetengah pihak yang mempunyai tanggapan bahawa hasil pertanian yang diimport
lebih berkualiti.
6. Menggunakan kaedah tradisional.
7. Modal yang besar diperlukan bagi menggunakan teknologi terkini.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.
Kata kunci - kekangan
Tema - sektor pertanian

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kekangan dalam memajukan sektor pertanian. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Sektor pertanian amat penting bagi sesetengah negara. Di Malaysia, sektor ini
menjadi salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara sejak dahulu lagi. Walaupun
begitu, tahap kemajuan dalam bidang pertanian di negara ini masih belum membanggakan.
Pelbagai kekangan untuk memajukan sektor pertanian masih gagal diatasi sepenuhnya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kejayaan aktiviti pertanian banyak bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya

termasuklah kesesuaian jenis tanaman dengan keadaan tanah. Jika tanaman yang dipilih
sesuai dengan keadaan tanah yang dijadikan tapak tanaman, hasil yang lumayan bakal
menjadi milik petani. Meskipun demikian, dalam konteks negara ini, petani tidak dapat
menentukan jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di sesuatu tempat. Hujan lebat atau
cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar dielakkan. Keadaan cuaca yang sedemikian boleh
menyebabkan hasil pertanian terjejas dan sekali gus boleh mengurangkan minat petani untuk
meningkatkan usaha mereka. Kebijaksanaan petani menyesuaikan jenis tanaman dengan
keadaan yang tersedia di negara ini amatlah penting dalam memastikan usaha yang dilakukan
tidak sia-sia.

Di samping itu, petani juga berhadapan dengan masalah pemasaran hasil-hasil

pertanian . Kerajaan berusaha mengatasi masalah ini. Langkah ini penting demi membanteras
penindasan orang tengah terhadap petani. Dari aspek yang lain pula, terdapat sesetengah
pihak yang mempunyai tanggapan bahawa hasil pertanian yang diimport lebih berkualiti,
masih wujud dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Perkara ini bukanlah aneh
memandangkan segelintir anggota masyarakat kita masih mengagung-agungkan barangan
dari luar negara.

Pada masa dahulu, semua kerja bercucuk tanam dilakukan dengan menggunakan
kaedah tradisional. Amalan ini masih menjadi amalan kebanyakan petani pada hari ini. Bagi
mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang pertanian pula, teknologi terkini
telah diperkenalkan. Walaupun demikian, modal yang besar diperlukan untuk tujuan ini.
Perkara ini menjadi satu lagi permasalahan yang sukar ditangani dengan segera. Tidak
dinafikan bahawa memang ada pihak-pihak tertentu yang memberikan bantuan atau pinjaman
kepada petani untuk tujuan tersebut, namun kemudahan itu tidak mungkin dapat dinikmati
oleh semua petani. Oleh itu, permuafakatan dalam perkara ini perlu dijayakan untuk
menambahkan keaktifan petani mengusahakan ladang mereka agar kemajuan sektor pertanian
di negara ini seimbang dengan kemajuan dalam sektor perindustrian.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kata Kunci dan Tema :

kekangan dalam memajukan sektor pertanian
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Petani tidak dapat menentukan jenis tanaman yang sesuai untuk
12
ditanam di sesuatu tempat.
2 Hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar
10
dielakkan.
3 Masalah pemasaran hasil-hasil pertanian.
4
4 Penindasan orang tengah terhadap petani.
5
5 Sesetengah pihak yang mempunyai tanggapan bahawa hasil
12
pertanian yang diimport lebih berkualiti.
6 Menggunakan kaedah tradisional.
3
7 Modal yang besar bagi menggunakan teknologi terkini.
7

JUMLAH PERKATAAN* 53

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.

Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

kekangan dalam memajukan sektor pertanian
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, petani tidak dapat menentukan jenis tanaman yang
13
sesuai untuk ditanam di sesuatu tempat.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2 Seterusnya, hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa

11
tertentu sukar dielakkan.
3 Di samping itu, masalah pemasaran hasil-hasil pertanian.
6
4 Malahan, penindasan orang tengah terhadap petani.
6
5 Selain itu, sesetengah pihak yang mempunyai tanggapan bahawa
14
hasil pertanian yang diimport lebih berkualiti.
6 Selepas itu, menggunakan kaedah tradisional.
5
7 Akhir sekali, modal yang besar bagi menggunakan teknologi
9
terkini.
JUMLAH PERKATAAN* 64

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak kekangan dalam memajukan sektor pertanian.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, petani tidak dapat menentukan jenis tanaman yang
13
sesuai untuk ditanam di sesuatu tempat.
2 Seterusnya, hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa
11
tertentu sukar dielakkan.
3 Di samping itu, petani menghadapi masalah pemasaran hasil-
8
hasil pertanian
4 Malahan, berlaku juga penindasan orang tengah terhadap petani.
8
5 Selain itu, terdapat sesetengah pihak yang mempunyai tanggapan
15
bahawa hasil pertanian yang diimport lebih berkualiti.
6 Selepas itu, terdapat para petani yang masih menggunakan 10
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

kaedah tradisional.

7 Akhir sekali, modal yang besar diperlukan oleh petani bagi

12
menggunakan teknologi terkini.
JUMLAH PERKATAAN* 77

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.
 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak kekangan dalam memajukan sektor pertanian. Pertamanya, petani

tidak dapat menentukan jenis tanaman yang sesuai untuk ditanam di sesuatu tempat.
Seterusnya, hujan lebat atau cuaca panas pada masa-masa tertentu sukar dielakkan. Di
samping itu, petani menghadapi masalah pemasaran hasil-hasil pertanian. Malahan, berlaku
juga penindasan orang tengah terhadap petani. Selain itu, terdapat sesetengah pihak yang
mempunyai tanggapan bahawa hasil pertanian yang diimport lebih berkualiti. Selepas itu,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

terdapat para petani yang masih menggunakan kaedah tradisional. Akhir sekali, modal yang
besar diperlukan oleh petani bagi menggunakan teknologi terkini.

( 84 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata membanteras penindasan.

 Membanteras bermaksud mengatasi atau menangani .

 Penindasan bermaksud penyelewengan atau penganiayaan.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata membanteras penindasan bermaksud menangani penganiayaan. (2 markah)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Soalan 2
Nyatakan dua usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah petani negara ini.

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada perenggan akhir.

 Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang pertanian pula,
teknologi terkini telah diperkenalkan.
 Ada pihak-pihak tertentu yang memberikan bantuan atau pinjaman kepada petani
untuk menangani masalah modal.

Contoh:
Usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah petani negara ini ialah memperkenalkan
teknologi terkini bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Selain itu, ada pihak-
pihak tertentu yang memberikan bantuan atau pinjaman kepada petani untuk menangani
masalah modal. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, bagaimanakah petani dapat meningkatkan hasil pengeluaran mereka?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Meningkatkan kemahiran terkini dalam pertanian

 Menggunakan teknologi moden
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Meminta bantuan kerajaan untuk memantau hasil tanaman

 Memohon bantuan atau pinjaman daripada kerajaan
 Meluaskan pasaran hasil tanaman

Contoh:

Pada pendapat saya, petani dapat meningkatkan hasil pengeluaran mereka dengan cara
meningkatkan kemahiran terkini dalam pertanian. Selain itu, petani juga perlu menggunakan
teknologi moden dan memohon bantuan atau pinjaman daripada kerajaan. (4 markah)

MODUL 19
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah berjimat cermat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan

Kepekaan Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negara yang lain terhadap
kenaikan harga minyak dan petrol mendorong mereka berusaha untuk mengurangkan
bebanan rakyat. Barisan kepimpinan negara memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan
harga bahan bakar ini. Oleh itu, untuk mengurangkan tekanan ekonomi ini, telah digariskan
beberapa kaedah agar rakyat dapat mengurangkan bebanan hidup yang ditanggung oleh
mereka.

Pelbagai pihak mencadangkan agar orang ramai mengawal penggunaan kad kredit
dalam perbelanjaan harian supaya tidak boros berbelanja. Sebaliknya, mereka digalakkan
agar berbelanja menggunakan wang tunai untuk mengelakkan mereka daripada berbelanja
secara berlebihan. Cara ini dikatakan dapat mengelakkan pembaziran kerana penggunaan kad
kredit dianggap sebagai salah satu faktor yang mendorong rakyat bersikap boros dalam
perbelanjaan. Selain itu, mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara pukal
juga dianggap sebagai satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan. Melaluinya, rakyat dapat
menjimatkan perbelanjaan untuk petrol atau kos pengangkutan. Pada masa yang sama, secara
tidak langsung, rakyat dapat menjimatkan perbelanjaan untuk bayaran tempat letak kereta
ataupun belanja makan minum jika asyik berada di luar rumah.

Dalam pada itu, tidak dinafikan juga bahawa penggunaan kenderaan berkuasa rendah
dapat mengurangkan penggunaan minyak, seterusnya menjimatkan perbelanjaan. Bagi rakyat
yang tidak mempunyai kenderaan yang berkuasa rendah, mereka digalakkan untuk
menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta terutama untuk pergi ke tempat
kerja.

Hakikatnya, tabiat membeli atau pengguna di Malaysia memang sukar diramal. Jika
tidak ada apa-apa tekanan atau masalah, kita begitu ghairah berbelanja sehingga seolah-olah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

lupa untuk membuat persediaan bagi menghadapi masa depan yang belum tentu keadaannya.
Oleh itu, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini, kita digalakkan membuat perbandingan
harga sebelum membeli sesuatu barang untuk mendapatkan barang yang lebih murah, sekali
gus sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula digalakkan membuat kerja-kerja

sambilan seperti melibatkan diri dalan jualan langsung dan berniaga secara kecil-kecilan.
Mereka juga mesti bijak mencari peluang-peluang baharu untuk menambahkan pendapatan
dan bukannya bergantung kepada pendapatan utama sahaja. Cadangan-cadangan bagi
membentuk sikap berjimat cermat ini perlu diberikan penegasan , di samping dijalankan
pemantauan dari semasa ke semasa agar rakyat tidak leka terhadap perkembangan ekonomi
global. Kebiasaannya, apabila harga minyak diturunkan, cadangan-cadangan ini diabaikan
begitu sahaja dan sikap boros kembali menguasai rakyat di negara kita.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada

‘Pelan Atasi Beban Rakyat Dirangka’,
Berita Harian, Mac 2008)

Soalan A(ii) : Pemahaman

1. Nyatakan maksud rangkai kata ghairah berbelanja.

2. Mengapakah rakyat digalakkan mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan

secara pukal?

3. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang bakal dialami sekiranya kita
mengamalkan sikap boros dalam perbelanjaan?

Teknik Pembelajaran dan Pengajaran Soalan A(i) : Ringkasan

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Isi-isi ringkasan

1. Mengawal penggunaan kad kredit dalam perbelanjaan harian supaya tidak boros
berbelanja.
2. Berbelanja menggunakan wang tunai untuk mengelakkan mereka daripada berbelanja
secara berlebihan.
3. Mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara pukal.
4. Penggunaan kenderaan berkuasa rendah dapat mengurangkan penggunaan minyak.
5. Menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta terutama untuk pergi ke
6. tempat kerja.
7. Membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang untuk mendapatkan
8. barang yang lebih murah.
9. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula digalakkan membuat kerja-kerja
10. sambilan.
11. Cadangan-cadangan bagi membentuk sikap berjimat cermat ini perlu diberikan
12. penegasan.
13. Pemantauan dari semasa ke semasa agar rakyat tidak leka.

Langkah 1
Menggarisbawahi kata kunci dan tema yang terdapat dalam soalan.
Kata kunci - langkah
Tema - berjimat cermat

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah berjimat cermat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan

Langkah 2
Membaca dan menggarisbawahi isi-isi yang terdapat dalam petikan.

Kepekaan Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negara yang lain terhadap
kenaikan harga minyak dan petrol mendorong mereka berusaha untuk mengurangkan
bebanan rakyat. Barisan kepimpinan negara memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

harga bahan bakar ini. Oleh itu, untuk mengurangkan tekanan ekonomi ini, telah digariskan
beberapa kaedah agar rakyat dapat mengurangkan bebanan hidup yang ditanggung oleh
mereka.

Pelbagai pihak mencadangkan agar orang ramai mengawal penggunaan kad kredit
dalam perbelanjaan harian supaya tidak boros berbelanja. Sebaliknya, mereka digalakkan
agar berbelanja menggunakan wang tunai untuk mengelakkan mereka daripada berbelanja
secara berlebihan. Cara ini dikatakan dapat mengelakkan pembaziran kerana penggunaan kad
kredit dianggap sebagai salah satu faktor yang mendorong rakyat bersikap boros dalam
perbelanjaan. Selain itu, mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara pukal
juga dianggap sebagai satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan. Melaluinya, rakyat dapat
menjimatkan perbelanjaan untuk petrol atau kos pengangkutan. Pada masa yang sama, secara
tidak langsung, rakyat dapat menjimatkan perbelanjaan untuk bayaran tempat letak kereta
ataupun belanja makan minum jika asyik berada di luar rumah.

Dalam pada itu, tidak dinafikan juga bahawa penggunaan kenderaan berkuasa rendah
dapat mengurangkan penggunaan minyak, seterusnya menjimatkan perbelanjaan. Bagi rakyat
yang tidak mempunyai kenderaan yang berkuasa rendah, mereka digalakkan untuk
menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta terutama untuk pergi ke tempat
kerja.

Hakikatnya, tabiat membeli atau pengguna di Malaysia memang sukar diramal. Jika
tidak ada apa-apa tekanan atau masalah, kita begitu ghairah berbelanja sehingga seolah-olah
lupa untuk membuat persediaan bagi menghadapi masa depan yang belum tentu keadaannya.
Oleh itu, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini, kita digalakkan membuat perbandingan
harga sebelum membeli sesuatu barang untuk mendapatkan barang yang lebih murah, sekali
gus sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan.

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula digalakkan membuat kerja-kerja

sambilan seperti melibatkan diri dalan jualan langsung dan berniaga secara kecil-kecilan.
Mereka juga mesti bijak mencari peluang-peluang baharu untuk menambahkan pendapatan
dan bukannya bergantung kepada pendapatan utama sahaja. Cadangan-cadangan bagi
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

membentuk sikap berjimat cermat ini perlu diberikan penegasan , di samping dijalankan
pemantauan dari semasa ke semasa agar rakyat tidak leka terhadap perkembangan ekonomi
global. Kebiasaannya, apabila harga minyak diturunkan, cadangan-cadangan ini diabaikan
begitu sahaja dan sikap boros kembali menguasai rakyat di negara kita.

Langkah 3
Membina jadual kerja serta melengkapkannya.

Kata Kunci dan Tema :

langkah berjimat cermat
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 mengawal penggunaan kad kredit dalam perbelanjaan harian
11
supaya tidak boros berbelanja.
2 berbelanja menggunakan wang tunai untuk mengelakkan mereka
11
daripada berbelanja secara berlebihan.
3 mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara pukal
7
4 penggunaan kenderaan berkuasa rendah dapat mengurangkan
8
penggunaan minyak.
5 menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta
11
terutama untuk pergi ke tempat kerja.
6 membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
13
untuk mendapatkan barang yang lebih murah.
7 golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula digalakkan
10
membuat kerja-kerja sambilan.
8 cadangan-cadangan bagi membentuk sikap berjimat cermat ini
10
perlu diberikan penegasan.
9 pemantauan dari semasa ke semasa agar rakyat tidak leka.
8

JUMLAH PERKATAAN* 89

* Catatan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Jumlah perkataan perlu dikurangkan agar tidak melebihi 70 patah perkataan. Oleh itu,
beberapa isi perlu digugurkan.

Langkah 4
Memilih penanda wacana yang sesuai.
Pertamanya,
Seterusnya,
Di samping itu,
Malahan,
Selain itu,
Akhir sekali,

Kata Kunci dan Tema :

langkah berjimat cermat
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, mengawal penggunaan kad kredit dalam
12
perbelanjaan harian supaya tidak boros berbelanja.
2 Seterusnya, berbelanja menggunakan wang tunai untuk
12
mengelakkan mereka daripada berbelanja secara berlebihan.
3 Di samping itu, mengamalkan pembelian barang keperluan
9
bulanan secara pukal.
4 Malahan, penggunaan kenderaan berkuasa rendah dapat
9
mengurangkan penggunaan minyak.
5 Selain itu, menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi
13
kereta terutama untuk pergi ke tempat kerja.
6 Akhir sekali, membuat perbandingan harga sebelum membeli
15
sesuatu barang untuk mendapatkan barang yang lebih murah.
JUMLAH PERKATAAN* 70

* Catatan
Pastikan terdapat lebih kurang 75 patah perkataan sahaja sebelum membina ayat
pendahuluan.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Langkah 5
Pemurnian jadual kerja

Kata Kunci dan Tema :

Terdapat banyak langkah berjimat cermat.
Jumlah
Bil. Isi
Perkataan
1 Pertamanya, langkah berjimat cermat ialah mengawal
penggunaan kad kredit dalam perbelanjaan harian supaya tidak 16
boros berbelanja.
2 Seterusnya, rakyat perlu berbelanja menggunakan wang tunai
untuk mengelakkan mereka daripada berbelanja secara 14
berlebihan.
3 Di samping itu, mengamalkan pembelian barang keperluan
9
bulanan secara pukal.
4 Malahan, penggunaan kenderaan berkuasa rendah dapat
9
mengurangkan penggunaan minyak.
5 Selain itu, menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi
13
kereta terutama untuk pergi ke tempat kerja.
6 Akhir sekali, membuat perbandingan harga sebelum membeli
15
sesuatu barang untuk mendapatkan barang yang lebih murah.
JUMLAH PERKATAAN* 76

Langkah 6
Menulis ringkasan

 Semasa membuat ringkasan, pelajar digalakkan menggunakan gaya bahasa sendiri.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri bermaksud, pelajar tidak digalakkan mengambil ayat-
ayat asal daripada petikan secara keseluruhannya, sebaliknya perlu dibuat sedikit
sebanyak pengubahsuaian.

 Penggunaan gaya bahasa sendiri termasuklah:

 Kata hubung – semasa menggabungkan antara satu isi dengan isi yang lain.
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

 Penanda wacana – contoh: Selain itu/Sementara itu/Namun demikian dan sebagainya.

 Pertukaran istilah yang sama maksud. Contoh: Kesan ditukar kepada implikasi,
mengatasi ditukar kepada menangani dan lain-lain.
 Mengubah ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
 Mengubah struktur ayat sama ada ayat biasa kepada ayat songsang atau sebaliknya.

Contoh:

Terdapat banyak langkah berjimat cermat. Pertamanya, langkah berjimat cermat

ialah mengawal penggunaan kad kredit dalam perbelanjaan harian supaya tidak boros
berbelanja. Seterusnya, rakyat perlu berbelanja menggunakan wang tunai untuk
mengelakkan mereka daripada berbelanja secara berlebihan. Di samping itu, mengamalkan
pembelian barang keperluan bulanan secara pukal. Malahan, penggunaan kenderaan
berkuasa rendah dapat mengurangkan penggunaan minyak. Selain itu, menggunakan
pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta terutama untuk pergi ke tempat kerja. Akhir
sekali, membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang untuk mendapatkan
barang yang lebih murah.

( 81 patah perkataan) *

* Mengira Perkataan

 Perkataan hendaklah dikira satu perkataan demi satu perkataan.

 Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan termasuk:

 Nama Khas contoh: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda.
 Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ contoh: Saya pergi ke Pulau Pinang ( 3 perkataan ).
 Angka atau Nombor contoh: 50, 2010, 14,000 dan lain-lain.
 Kata Ganda contoh: lauk-pauk, rumah-rumah, bantu-membantu dan sebagainya.
 Kata Majmuk yang menerima apitan seperti : penyatupaduan, ketidakadilan dan lain-
lain.

Teknik Menjawab Soalan A (ii) : Pemahaman

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Soalan 1
Nyatakan maksud rangkai kata ghairah berbelanja.

 Ghairah bermaksud leka atau boros.

 Berbelanja bermaksud membeli barang-barang.

Pelajar hendaklah memberikan maksud kedua-dua perkataan yang tepat mengikut konteks
dengan ayat gramatis.

Contoh:
Rangkai kata ghairah berbelanja bermaksud boros membeli barang-barang. (2 markah)

Soalan 2
Mengapakah rakyat digalakkan mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara
pukal?

 Pelajar dikehendaki menjawab soalan berdasarkan petikan.

 Untuk mencari jawapan soalan ini, pelajar seharusnya memberikan tumpuan pada
bahagian yang tiada kaitan dengan kata kunci dalam tugasan (bukan isi ringkasan).

 Jawapan terdapat pada perenggan kedua.

 Menjimatkan perbelanjaan untuk petrol atau kos pengangkutan.

 Menjimatkan perbelanjaan untuk bayaran tempat letak kereta.
 Menjimatkan belanja makan minum jika asyik berada di luar rumah.

Contoh:

Rakyat digalakkan mengamalkan pembelian barang keperluan bulanan secara pukal kerana
menjimatkan perbelanjaan untuk petrol atau kos pengangkutan. Selain itu, menjimatkan
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

perbelanjaan untuk bayaran tempat letak kereta dan menjimatkan belanja makan minum jika
asyik berada di luar rumah. (4 markah)

Soalan 3
Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang bakal dialami sekiranya kita mengamalkan
sikap boros dalam perbelanjaan?

 Soalan ketiga pemahaman memerlukan pendapat pelajar kerana berkaitan dengan

kemahiran berfikir.

 Pelajar tidak boleh mengambil apa-apa isi dalam petikan sebaliknya memerlukan jawapan
luaran yang munasabah berdasarkan tugasan.

 Sentiasa kekurangan wang

 Mendorong kita berhutang semata-mata
 Tertekan kerana gaji yang diperoleh sentiasa tidak mencukupi
 Tidak dapat membuat simpanan

Contoh:

Pada pendapat saya, kesan buruk yang bakal dialami sekiranya kita mengamalkan sikap boros
dalam perbelanjaan, ialah sentiasa kekurangan wang, seterusnya mendorong kita berhutang
semata-mata . Selain itu, kita akan tertekan kerana gaji yang diperoleh sentiasa tidak
mencukupi di samping tidak dapat membuat simpanan. (4 markah)
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

You might also like