You are on page 1of 4

ANALISIS KEWANGAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD BAGI TAHUN 2009,

2010 DAN 2011.

ABSTRAK

Tajuk kajian ini ialah analisis kewangan syarikat Telekom Malaysia Berhad bagi tahun 2009,
2010 dan 2011. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji dan menganalisis serta mentafsir data
penyata kewangan. Kajian ini mengemukakan empat objektif kajian iaitu menghitung nisbah
kewangan syarikat Telekom Malaysia Berhad bagi 3 tahun berakhir tahun 2011. Kajian ini juga
dijalankan untuk mentafsir dapatan daripada pengiraan nisbah kewangan syarikat Telekom
Malaysia Berhad bagi 3 tahun berakhir tahun 2011. Seterusnya, kajian ini dijalankan untuk
membandingkan dapatan hitungan untuk 3 tempoh tahun berakhir 2011 serta menjelaskan
implikasi nisbah diperoleh kepada pertumbuhan syarikat Telekom Malaysia Berhad. Kaedah
kajian yang digunakan adalah dari rujukan dokumentasi seperti majalah, buku rujukan, laporan,
surat khabar, jurnal serta rujukan laman sesawang seperti internet. Dapatan kajian mendapati
bahawa nisbah kecairan syarikat Telekom Malaysia Berhad mempunyai tahap kecairan yang
memuaskan. Daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa nisbah semasa dan
nisbah cepat syarikat pengkaji semakin tinggi pada 3 tahun berakhir tahun 2011. Hal ini telah
menunjukkan syarikat pengkaji dapat membayar hutang dalam jangka masa yang pendek
kepada penghutang dengan pantas. Nisbah leveraj syarikat menunjukkan keadaan kurang stabil
kerana nisbah hutang atas aset pengkaji pada 3 tahun berakhir tahun 2011 tidak stabil. Nisbah
keberuntungan menunjukakan margin untung bersih syarikat TM Berhad tidak stabil. Margin
untung bersih pada tahun 2011 menunjukkan tidak konsisten. Selain itu, nisbah pengurusan
aset syarikat menunjukkan situasi yang tidak stabil pada tahun 2011. Pada tahun 2009 hingga
2010 margin untung bersih syarikat pengkaji telah meningkat dari 3.38% kepada 5.99% tetapi
nilai margin untung bersih pada tahun 2011 telah menurun dari 5.99% kepada 5.78%.
Kesannya, situasi ini menggambarkan perbelanjaan dan kos pembelian syarikat TM Berhad
semakin tinggi. Daripada analisis yang telah dibuat, pengkaji dapat merumuskan bahawa
kedudukan dan perkembangan syarikat TM Berhad dalam keadaan baik. Anatara cadangan
yang dikemukan oleh pengkaji ialah mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan supaya
dapat mengekalkan permintaan pelanggan, mempercepatkan kutipan bayaran daripada
penghutang, mengelakkan pembaziran sumber, menaikkan harga produk dan sebagainya.
Kesimpulannya, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh pengkaji supaya dapat
mengekalkan keadaan kewangan yang baik dan menambahbak perkhidmatan yang sedia ada.

i
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Abstrak i.
Isi kandungan ii-iii.
Senarai rajah iv.
Senarai jadual iv.

1.0 Pengenalan
2.0 Objektif kajian
2.1 Menghitung nisbah kewangan syarikat
Telekom Malaysia Berhad bagi tahun 2009,
tahun 2010 dan tahun 2011.
2.2 Mentaksir dapatan daripada pengiraan tersebut
bagi tahun 2009, tahun 2010 dan tahun 2011.
2.3 Membandingkan dapatan hitungan untuk
tempoh tiga tahun iaitu tahun 2009, tahun 2010
dan tahun 2011.
2.4 Menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang
diperoleh kepada pertumbuhan Syarikat
Telekom Malaysia Berhad.

3.0 Latar belakang kajian


3.1 Nisbah kecairan
3.1.1 Nisbah semasa
3.1.2 Nisbah cepat
3.2 Nisbah leveraj
3.2.1 Nisbah hutang atas aset
3.3 Nisbah keberuntungan
3.3.1 Pulangan atas aset
3.4 Nisbah pengurusan aset
3.4.1 Pusing ganti jumlah aset

ii
4.0 Kaedah kajian
4.1 Rujukan dokumentasi
4.1.1 Majalah
4.1.2 Buku rujukan
4.1.3 Laporan
4.1.4 Surat khabar
4.1.5 Jurnal
4.2 Rujukan laman sesawang
4.2.1 Internet

5.0 Dapatan kajian


5.1 Nisbah kecairan
5.1.1 Nisbah semasa
5.1.2 Nisbah cepat
5.2 Nisbah leveraj
5.2.1 Nisbah hutang atas aset
5.3 Nisbah keberuntungan
5.3.1 Pulangan atas aset
5.4 Nisbah pengurusan aset
5.4.1 Pusing ganti jumlah aset

6.0 Rumusan dan cadangan

7.0 Rujukan

8.0 Lampiran
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C

iii
SENARAI RAJAH MUKA SURAT
Rajah 1.1:

SENARAI JADUAL MUKA SURAT


Jadual

iv

You might also like