You are on page 1of 2

Nota kursus bm (2017)

KATA KERJA > KATA KERJA TAK TRANSITIF


<< KLIK SINI untuk kembali ke halaman sebelumnya
________________________________________
______________________
2) Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri, ia tidak
memerlukan objek atau penyambut selepasnya.
Kata kerja ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

A) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap


B) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

________________________________________________________________
__

A) Kata kerja tak transitif berpelengkap

1. Kata kerja ini mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan ayat.


2. Ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif berpelengkap tidak boleh
dipasifkan.
Contohnya:

Kata Kerja Tak Transitif Jika pelengkap digugurkan, Pelengkap tidak boleh
Berpelengkap ayat yang dihasilkan tidak dipasifkan
sempurna
Pesakit Pesakit itu beransur. Sembuh diansurkan oleh
itu beransur sembuh. pesakit itu.
Nordin tinggal dengan Nordin tinggal. Dengan
datuknya. datuknya ditinggalkan oleh
Nordin.

3. Pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, atau kata
sendi nama.
Pelengkap Kata Nama Imbuhan ber-…-kan a) Salbiah tidur berbantalkan lengan.
b) Hidupnya bertopengkan wang.
Kata kerja menjadi a) Datuknya menjadi Pengarah Syarikat Omega.
b) Dia menjadi ketua darjah.
Kata kerja ada a) Chua ada sebatang pensel 2B.
b) Kami ada hadiah yang istimewa untuk cikgu.
Pelengkap Kata Adjektif a) Kesihatannya bertambah baik.
b) Hidupnya kembali susah.
Pelengkap Sendi Nama a) Abdullah tinggal di Jalan Merak.
b) Motosikal itu melencong ke dalam semak.
________________________________________________________________
__

B) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

Boleh disertai unsur keterangan atau pelengkap selepasnya, ataupun tidak.


Contoh:

Mariam menyanyi di dalam bilik. (mempunyai pelengkap)


Mariam menyanyi. (tanpa pelengkap)

You might also like