You are on page 1of 8

Pandan Cup Cake

BAHAN2
200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
125 gm unsalted butter - lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
160 gm gula halus atau gula caster
2 biji telur saiz A - suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan - 5 helai daun pandan kisar
dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau
CARA2
1.Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek
pada suhu 180C
2.Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak -
ketepikan
3.Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau
dan gaul rata - ketepikan
4.Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla
dan garam dan pukul sebentar
5.Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
6.Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
7.Masukkan tepung berselang seli dengan campuran
santan,putar atau kaup balik hingga adunan sebati
8.Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja &
bakar selama 25 minit
Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

A) - 50 gm gula Melaka
- 1 helai daun pandan
- 1/8 cawan air
Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula
larut & kemudian sejukkan

B) 80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam - di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula
Melaka yang di masak tadi )

Satukan air dan gula dan masak hingga pekat.


Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul
rata biarklan sekejap ia pekat.
Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk
kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam
mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang
terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi
sambil terus putar hingga sebati
Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan
pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali
Bila dah betul- betul sejuk ( sejukkan 1 2 jam )
keluarkan
Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan butter
satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan
atas cupcake tadi

Caramel Gula Melaka

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air

1.Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan


pekat
2.Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung
jagung yang di bancuh sedikit air
3.Masak semula hingga pekat
4.Sejukkan
5.Bila dah sejuk baru drizzle atas cupcake tadi
Vanilla Cupcake
Bahan untuk cupcake:
125g tepung naik sendiri
125g gula kastor
1/4 sudu teh soda bikarbonat
125g unsalted butter,
2 biji telur gred A
1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanilla
Cara untuk cupcake:
1. Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat.
2. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul
butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning
pucat.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-
selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan
sebati.4. Sudukan adunan ke dalam cawan kertas
anggaran separuh penuh.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama
10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk
dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah
masak.
Bahan untuk buttercream:
200g unsalted butter
400g gula icing, ayak
2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanilla
Cara untuk buttercream:
Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke
tepi.
Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan
warna menjadi putih pucat.
Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit
demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan
sebati. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit
demi sedikit, dan kasau sehingga mendapat tekstur
yang lembut dan sekata.
Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah
dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan
cantik di atas cupcake tadi. Sejukkan dulu buttercream
selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang
dibentuk.
BISKUT CHOCOLATE FAMOUS TAK AMOUS
Bahan A:
3/4 cawan gula
3/4 cawan gula perang
1 cawan(150g) butter
1 cawan minyak
1 telur
Pinch garam
1 sudu besa susu segar
1 sudu kecil vanilla
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung ayak
1 sudu kecil cream of tartar/cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan kekacang(almond/sunflower)
2 cawan semisweet chocolate chips
Cara-cara:
Pukul bahan A sehingga sebati
Tambah bahan ayak + kekacang + chocolate chips
Bakar suhu 150, 25 - 35 mins
BISKUT NESTUM SEDAP
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
ayak campur dalam
1 ½ tsp baking powder
bekas
1 cawan nestum – kisar halus
1 cawan nestum – 2 kisar
Bahan B:
125g butter
1
1/4 gula kastor + 1/4 gula perang
1 tsp vanilla
2
1 biji telur

Cara-cara:
Pukul bahan 1 + 2 + bahan A
Simpan dalam peti sekejap (20 mins)
Bakar suhu 150, 25 - 35 min

You might also like