You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni kali 1 / 2016

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 2016

Tarikh : 30 DISEMBER 2015


Tempat : Bilik 6 VIVEGAM
Hari : Isnin
Masa : 12.30 – 2.30 P.M
Kehadiran : Semua guru panitia

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Guru Kanan Pentadbir


1.1 En. Kannan mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk hadir
bersama dalam mesyuarat panitia Pendidikan Seni kali pertama 2015.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan
mesyuarat kali pertama.
1.3 Beliau memesan kepada semua guru supaya tidak menganggap
matapelajaran Pendidikan Seni sebagai matapelajaran sampingan tetapi ia
merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam pembentukan
kognitif murid.
1.4 Diharapkan pada mesyuarat kali ini, semua guru dapat berbincang tentang
panduan menulis rancangan pelajaran tahunan dan harian supaya seragam
semua guru kbsr dan kssr.
1.5 Beliau juga berpesan supaya panitia dapat berbincang untuk merancang
kewangan panitia dengan baik. Semua guru perlu berbincang untuk
mengemukakan pendapat tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang
perlu dibeli pada tahun 2016.
1.6 Seterusnya, beliau meminta panitia merancang pembinaan modul bagi guru
ganti supaya matapelajaran Pendidikan Seni dapat dijalankan walaupun
ketiadaan guru.
1.7 Perancangan program panitia 2016 juga perlu dilakukan dan pastikan
perancangan tersebut dapat dilaksanakan.
1.8 Beliau juga berpesan supaya pengurusan panitia pada tahun 2016 ini lebih
baik sama seperti panitia-panitia lain.

makluman

2. Ucapan Ketua Panitia


2.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
hadir ke mesyuarat kali pertama 2016.
2.2 Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama untuk pembangunan
panitia.
2.3 Pengerusi juga berpesan supaya semua guru dapat memberikan komitmen
yang baik dalam pengajaran Pendidikan Seni dan tidak mengajar
matapelajaran ini dengan sambil lewa.
makluman
3. Perkara-perkara berbangkit
3.1 Pelaksanaan PBS Dunia Seni Visual – Penyimpanan evidens Dunia Seni
Visual
3.2 Bilik Pendidikan Seni tidak berfungsi sepenuhnya.
3.3 Kekurangan bahan / alatan Pendidikan Seni untuk semua tahun.
3.4 Kekurangan bahan rujukan/ modul/ buku panduan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni.
Tindakan : Ketua Panitia
4. Agenda
4.1 Sukatan, huraian sukatan dan rancangan pengajaran tahunan matapelajaran
Pendidikan Seni.
4.1.1 Semua guru perlu memastikan mempunyai huraian, sukatan dan
rancangan pengajaran tahunan yang terkini. Bagi mata pelajaran
KSSR, guru perlu mempunyai dokumen standard kurikulum dan
rancangan pengajaran tahunan sebagai bahan rujukan.
4.2 Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian KSSR.
4.2.1 Rancangan pengajaran harian perlu ditulis selaras bagi semua guru
(KSSR). Guru boleh merujuk edaran bagi cara penulisan rancangan
pengajaran harian yang tepat bagi format KSSR. (Lampiran).
makluman
4.3 LDP KSSR Dunia Seni Visual Tahun 4.
4.3.1 Satu LDP Dunia Seni Visual Tahun 3 akan diadakan bagi
menerangkan tentang tatacara pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3,
cara penulisan rancangan pengajaran harian dan pelaksanaan PBS
kepada semua guru.
makluman
4.4 PBS KSSR Dunia Seni Visual
4.4.1 Semua guru perlu memahami pelaksanaan PBS KSSR walaupun tidak
mengajar matapelajaran KSSR. Guru yang mengajar KSSR Dunia
Seni Visual perlu memasukkan setiap hasil seni murid ke dalam fail
perkembangan murid dan memastikan fail perkembangan murid
sentiasa dikemas kini seterusnya memilih hasil seni murid yang terbaik
untuk dimasukkan ke dalam fail showcase.
Tindakan : Guru DSV Tahun 1, 2 dan 3

4.5 Perancangan Kewangan Panitia 2015


4.5.1 Setiap guru boleh menyenaraikan barangan keperluan yang perlu
dibeli oleh panitia.
4.5.2 KP mencadangkan panitia membeli buku rujukan atau modul
pengajaran Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual sebagai rujukan untuk
semua guru.
4.5.3 Pn Suppulaxmi mencadangkan supaya panitia membeli baldi kecil
untuk kegunaan pelajar mengisi air semasa aktiviti catan dijalankan.
Masalah sinki yang tiada air di bilik seni menyukarkan aktiviti catan
dijalankan. Oleh itu, panitia boleh menyediakan baldi kecil untuk
kegunaan pelajar bagi mengatasi masalah tersebut.
Tindakan : Semua Guru
4.6 Modul / Bahan untuk Guru Ganti
4.6.1 Guru yang tidak hadir ke sekolah perlu menyediakan bahan untuk guru
ganti. Oleh itu, satu modul akan dibina sebagai bahan untuk guru ganti
mengajar Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual.
4.6.2 Guru yang mempunyai bahan untuk pembinaan modul boleh
menyumbang kepada panitia. 2 buah fail (KBSR dan KSSR) akan
disediakan sebagai tempat simpanan untuk bahan-bahan modul
tersebut. Guru boleh mendapatkan fail tersebut daripada ketua panitia
sekiranya ingin membuat rujukan.

Tindakan : Ketua Paniti / Semua guru


4.7 Program Panitia 2016
4.7.1 Mengemas kini dan menceriakan Bilik Seni.
4.7.2 Amalan 5 S
4.7.3 Membuat mural di sekolah
4.7.4 Program Bulan Kemerdekaan
4.7.5 Program Anti Dadah
4.7.6 Program Minggu Bahasa
4.7.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KSSR Dunia Seni Visual

makluman
4.8 Pengurusan Fail Panitia
4.8.1 Perkara-perkara yang perlu ada :
4.8.1.1 Fail Am 435
 No fail boleh rujuk di pejabat
 Nama fail tidak boleh ditampal. Perlu tulis menggunakan blok dan
kemas.
 Maklumat dalam fail mesti lengkap dan dikemaskini di pejabat
 Kertas minit fail direkod dan dikemaskini dengan sistematik
 Surat panggilan mesyuarat perlu ada tarikh, masa, tempat,
dipengerusikan oleh dan senarai agenda mesyuarat.
 Salinan minit mesyuarat kurikulum dan panitia yang terkini perlu
ada.
 Masukkan juga salinan pencerapan guru

Tindakan : Ketua / Setiausaha Panitia


5.8.1.2 Dokumen berkaitan panitia
 Misi dan visi panitia
 Objektif dan matlamat
 Struktur dan carta organisasi
 Maklumat, biodata atau profil guru
 Jadual waktu guru
 Salinan surat pekeliling iktisas Bil 4/1986
 Sukatan dan rancangan matapelajaran
 Senarai ABM / BBM/ buku teks / buku kerja dan buku rujukan
 Anggaran belanjawan tahunan
 Rancangan jadual pencerapan
 Rancangan strategik / aktiviti, kertas cadangan dan laporan
 Perkembangan staf – rancangan dan laporan

5.8.1.3 Koleksi soalan


 Peperiksaan dalaman dan ujian

makluman
6 Hal-Hal Lain
6.1 Ketua Panitia mencadangkan supaya satu borang penilaian formatif / sumatif
dibuat untuk melihat perkembangan murid dalam aspek-aspek penilaian seni.
Tindakan : Ketua Panitia

6.2 Ketua panitia berharap panitia Pendidikan Seni dapat bergerak aktif pada
tahun ini untuk kecemerlangan bersama.

Makluman

Mesyuarat diangguhkan pada pukul 2.30 p.m

Disediakan Oleh :
_________________________
(En Alex Jay Robert)
Ketua Panitia Pendidikan Seni

You might also like