You are on page 1of 228

MPU3123

TAMADUN ISLAM
DAN TAMADUN ASIA
Dr Ghazali Darusalam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Dr Rozeman Abu Hassan
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Ghazali Darusalam


Universiti Malaya

Penyederhana: Dr Azhar Mad Aros


Universiti Malaya

Mohd Jamaludin Muhammad


Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, April 2014


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), April 2014, MPU3123
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Thursus xi - xvi

Topik 1 Pengenalan Ilmu 1


1.1 Thonsep Tamadun 2
1.2 Ciri-ciri Tamadun 4
1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan 5
Thota (Urbanisasi)
1.2.2 Pembahagian Therja secara Tholektif 5
1.2.3 Stratifikasi dan Organisasi Sosial 6
1.2.4 Tulisan dan Thomunikasi 6
1.2.5 Sistem Agama dan Thepercayaan 7
1.2.6 Penggantian Thehidupan Nomad kepada Thehidupan 8
Moden melalui Themajuan Sains dan Teknologi
1.2.7 Thesenian dan Estetika 8
1.3 Prinsip Tamadun 9
1.4 Matlamat Tamadun 11
1.5 Sumber Tamadun 12
1.6 Perbezaan dan Hubungan Tamadun dengan Thebudayaan 13
1.7 Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun 14
Rumusan 17
Thata Thunci 18
Rujukan 18

Topik 2 Tamadun Islam 20


2.1 Definisi Tamadun Islam 21
2.2 Thonsep Tamadun Islam 24
2.3 Asas Tamadun Islam 25
2.4 Theistimewaan Tamadun Islam 28
2.5 Sumber Pembinaan Tamadun Islam 29
2.6 Matlamat Tamadun Islam 33
Rumusan 36
Thata Thunci 37
Rujukan 37

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

Topik 3 Sumbangan Tamadun Islam terhadap Thesejahteraan 41


Hidup Insan Sejagat
3.1 Sumbangan dalam Bidang Sosial 43
3.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 43
3.3 Sumbangan dalam Bidang Perubatan 44
3.4 Sumbangan dalam Bidang Matematik 45
3.5 Sumbangan dalam Bidang Astronomi 46
3.6 Sumbangan dalam Bidang Seni Muzik 47
3.7 Sumbangan dalam Bidang Seni Bina 49
3.8 Sumbangan dalam Bidang Seni Thaligrafi 52
3.9 Sumbangan dalam Bidang Seni Sastera 53
3.10 Sumbangan dalam Bidang Politik 54
3.11 Sumbangan dalam Bidang Sejarah 55
3.12 Sumbangan dalam Bidang Geografi 56
3.13 Sumbangan dalam Bidang Industri 57
3.14 Sumbangan dalam Bidang Pertanian 57
3.15 Sumbangan dalam Bidang Zoologi 58
3.16 Sumbangan dalam Bidang Fizik dan Falsafah 59
Rumusan 60
Thata Thunci 61
Rujukan 61

Topik 4 Tamadun Melayu 63


4.1 Thonsep Tamadun Melayu 64
4.2 Pembentukan Tamadun Melayu 65
4.3 Ciri-ciri Tamadun Melayu 68
4.4 Hubungan Tamadun Melayu dengan Islam 69
4.5 Tamadun Melayu Asas Tamadun Malaysia 70
4.5.1 Pengamalan Agama Islam 71
4.5.2 Penerapan Nilai Jati Diri 71
4.5.3 Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya 72
4.5.4 Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan 72
4.5.5 Pembinaan Pembangunan Ekonomi 73
4.5.6 Pembinaan Institusi Pendidikan 74
4.6 Tamadun Melayu di Alam Nusantara 75
Rumusan 77
Thata Thunci 78
Rujukan 78

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN v

Topik 5 Sumbangan dan Hasil Pencapaian Tamadun Melayu terhadap 80


Peradaban Dunia
5.1 Pencapaian Tamadun Melayu 81
5.1.1 Sumbangan dalam Pembentukan Therajaan dan 82
Sistem Pemerintahan
5.1.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 84
5.1.3 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan 85
5.1.4 Hasil Pencapaian dalam Bidang Perundangan 87
5.1.5 Hasil Pencapaian dalam Fahaman Beragama 88
dan Adat Istiadat
5.1.6 Hasil Pencapaian dalam Bidang Thomunikasi 89
5.1.7 Hasil Pencapaian dalam Bidang Bahasa, Tulisan, 90
Persuratan dan Sastera
5.1.8 Hasil Pencapaian dalam Bidang Themahiran 92
Pembuatan
5.1.9 Hasil Pencapaian dalam Bidang Thesenian 93
5.1.10 Hasil Pencapaian dalam Sains dan Teknologi 94
Rumusan 95
Thata Thunci 96
Rujukan 96

Topik 6 Tamadun China 98


6.1 Themunculan Tamadun China 99
6.2 Pembentukan Tamadun China 100
6.3 Zaman Pembentukan Tamadun China 102
6.4 Unsur Tamadun China 104
6.5 Hubungan Tamadun China dan Thebudayaan 110
6.6 Hubungan Tamadun China dengan Tamadun Melayu 112
6.7 Peranan Tamadun China dalam Pembinaan Budaya 114
Malaysia
Rumusan 118
Thata Thunci 119
Rujukan 119

Topik 7 Tamadun China dan Sumbangannya terhadap Peradaban 121


Dunia
7.1 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi 122
7.2 Sumbangan dalam Bidang Thetenteraan 123
7.3 Sumbangan dalam Bidang Pertanian 124
7.4 Sumbangan dalam Bidang Perusahaan 125
7.5 Sumbangan dalam Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran 126
7.6 Sumbangan dalam Bidang Thebudayaan dan Perayaan 127
7.7 Sumbangan dalam Bidang Themasyarakatan 129

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

7.8 Sumbangan dalam Bidang Sains dan Teknologi 129


7.9 Sumbangan dalam Bidang Thesusasteraan dan Penciptaan 131
Thalendar
7.10 Sumbangan dalam Bidang Perundangan 132
7.11 Sumbangan dalam Bidang Politik 132
7.12 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan 133
7.13 Sumbangan dalam Bidang Perubatan 134
7.14 Sumbangan dalam Bidang Astronomi 135
7.15 Sumbangan dalam Bidang Matematik 135
7.16 Sumbangan dalam Bidang Falsafah, Agama dan 136
Thepercayaan
7.17 Sumbangan dalam Sistem Tulisan 140
7.18 Sumbangan dalam Bidang Thesenian 142
Rumusan 146
Thata Thunci 146
Rujukan 147

Topik 8 Tamadun India 148


8.1 Pembentukan Tamadun India 149
8.1.1 Zaman Lembah Indus (1500 SM) 149
8.1.2 Zaman Pertengahan atau Zaman Therajaan Islam 156
(dari 1000 M hingga 1756 M)
8.1.3 Zaman Tamadun India Moden (dari 1750 M 158
hingga 1947 M)
8.2 Nilai Tamadun India 160
8.3 Ciri-ciri Utama Tamadun India 164
8.4 Theistimewaan Tamadun India 167
8.5 Hubungan Tamadun India dengan Tamadun Negara Lain 167
8.6 Hubungan Tamadun India dengan Thebudayaan 167
Rumusan 169
Thata Thunci 170
Rujukan 171

Topik 9 Sumbangan Tamadun India terhadap Peradaban Dunia 172


9.1 Sumbangan dalam Sistem Sosial dan Thekeluargaan 173
9.2 Sumbangan dalam Bidang Sastera 176
9.3 Sumbangan dalam Bidang Falsafah 180
9.4 Sumbangan dalam Bidang Bahasa 182
9.5 Sumbangan dalam Bidang Sains 183
9.6 Sumbangan dalam Bidang Ilmu Perubatan 186
9.7 Sumbangan dalam Pelbagai Cabang Seni 186
9.8 Sumbangan dalam Thepercayaan Beragama 189

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

Rumusan 190
Thata Thunci 191
Rujukan 119

Topik 10 Isu Semasa dan Masa Hadapan Berkaitan dengan Tamadun 193
10.1 Persamaan dan Perbezaan Tamadun Melayu, China dan 194
India
10.2 Theilmuan Asas Thesinambungan Peradaban Manusia 196
10.3 Sistem Nilai dan Jatuh Bangunnya Tamadun 198
10.4 Pertembungan Tamadun Barat dan Timur serta 204
Impaknya terhadap Pascamodenisme
10.5 Realiti Globalisasi dan Cabaran Abad The-21 206
10.6 Pengaruh Isme Barat Terhadap Tamadun Asia 207
10.7 Persefahaman antara Pelbagai Tamadun Menjana 208
Thesatuan
Rumusan 209
Thata Thunci 210
Rujukan 210

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


viii  ISI KANDUNGAN

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Thursus dengan berhati-hati dari awal hingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Thursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia adalah salah satu kursus yang
ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Gunaan di Open University Malaysia
(OUM). Thursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh
masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Thursus ini adalah wajib kepada semua pelajar yang mengikuti program Sarjana
Muda di Open University Malaysia.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa
sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai
3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 3
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep, ciri dan keistimewaan sesebuah tamadun;
2. Mengaitkan sesebuah tamadun dengan hasil pencapaiannya;
3. Menyelesaikan masalah dan isu semasa yang berkaitan dengan
pertembungan antara tamadun Melayu, China dan India;
4. Merancang strategi meningkatkan amalan peradaban ketamadunan dalam
konteks perguruan; dan
5. Membina watak sebagai individu dan bangsa yang bertamadun.

SINOPSIS KURSUS
Thursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memulakan perbincangan ke atas rentetan sejarah kewujudan manusia


di dunia ini sejak 10,000 tahun Sebelum Masihi turut membawa kepada
penemuan yang mengagumkan daripada pelbagai hasil man-made yang
datangnya daripada sesuatu bangsa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Topik 2 memperkenalkan terminologi tamadun Islam amat sinonim dengan


konsep madaniyyat, hadharah, thaqafah dan umran. Theempat-empat istilah
inilah yang membezakan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia ini
khususnya dari segi konsep asas, keistimewaan dan sumber tamadunnya.

Topik 3 membincangkan keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah


memberikan sumbangan yang amat besar dalam pembentukan sejarah
ketamadunan manusia.

Topik 4 menerangkan pembentukan tamadun Melayu yang berteraskan kepada


agama Islam, adat dan budaya, sama ada berlangsung secara defusi dan integrasi
antara lingkungan etnik dan geografi di nusantara.

Topik 5 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu


terhadap peradaban dunia seperti melalui bahasa dan seni sastera, budaya, sains
dan teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat sehingga hari
ini.

Topik 6 menerangkan pembentukan tamadun China banyak dipengaruhi oleh


kebudayaan dalamannya bermula daripada kepelbagaian etnik, perkahwinan,
upacara keagamaan, bahasa dan sebagainya.

Topik 7 menghuraikan kegemilangan tamadun China dalam beberapa bidang


seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik, pentadbiran, sains
dan teknologi, sosial, falsafah, kesusasteraan, perundangan, perubatan,
matematik dan perekonomian.

Topik 8 membincangkan perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula


di sekitar Mohenjodaro di Harrapa sekitar lembah Sungai Indus yang
berkembang sejak 2500 SM.

Topik 9 menyenaraikan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India yang


dilihat dari pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan
dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan,
pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian, falsafah dan seni bina.

Topik 10 membincangkan isu semasa seperti realiti dan impak daripada arus
globalisasi dan jajahan isme atau ideologi barat zaman post-modernism kepada
masa hadapan sesuatu tamadun.þ

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Umumnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Thendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Thendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Thebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan
seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Thomponen
ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik.
Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Thata Thunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Thursus (pada bahagian Rujukan),
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xv

pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi
kursus kerana ia kursus berstatus wajib MQA.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Abdul Alim Abdul Rahim., & Syed Idrus Syed Mohamad. (1995). Tamadun
Islam. Thuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor., & Zulkanain Abdul
Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia (Ed. ke-2). Thuala
Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Thuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan tamadun Islam di Andalus. Thuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahree, P. (1977). The Hindu world. Thuala Lumpur, Malaysia: ThL Silver Burdett.
Basham, A. L. (1967). The wonder that was India (3rd ed.). London, England:
Sidgwick and Jackson.
Canby, C. (1980). Archeology of the world. London, England: Chancelor Press.
Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Thuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors.
Mahayudin Yassin. (2004).Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.
Murugesu Patmanathan. (1985). Isu-isu hal ehwal antarabangsa. Petaling Jaya,
Malaysia: Pelanduk.
Rajakrishnan Ramasamy., & Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun
India. Thuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Stutley, M. (1985). Hinduisme: The eternal law an introduction to the literature,


cosmology and cults of the Hindu religion. Wellingborough, England:
Aquarian Press.
Wan Fuad Wan Hassan, (1990). Ringkasan sejarah sains. Thuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


T o pi k  Pengenalan
Ilmu
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud tamadun;
2. Menghuraikan konsep, ciri, prinsip, matlamat dan sumber tamadun;
3. Menganalisis perbezaan dan hubungan tamadun dengan
kebudayaan; dan
4. Menilai persamaan dan perbezaan antara tamadun.

 PENGENALAN
Seorang sarjana bernama Courtland Canby (1980) telah menyenaraikan rentetan
tamadun manusia yang bermula sejak 10,000 SM. Ia bermula di Timur Tengah
pada zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti tamadun
Mesir (SabaÊ dan SamarraÊ), Babylon, Yunan, Romawi, Byzantium dan Parsi,
China, India dan Semenanjung Arab. Pembinaan tamadun dan peradaban oleh
bangsa dan negara berkenaan berlaku secara evolusi yang didukung oleh para
sarjananya yang memiliki keilmuan yang tinggi sehingga dapat
menyumbangkan hasil kesarjanaan mereka kepada keperluan bangsa dan
negaranya. Sejarah kewujudan manusia di dunia ini juga turut membawa
kepada penemuan yang mengagumkan daripada pelbagai hasil man-made yang
datangnya daripada sesuatu bangsa. Setiap negara dan bangsa memiliki
tamadunnya tersendiri yang berbeza-beza mengikut sumbangan para sarjana
mereka. Pembentukan tamadun berasaskan kepada ilmu dan kesarjanaan.
Sejarah juga telah membuktikan kepada kita bahawa sewaktu memuncaknya
sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan kehadiran begitu ramai para
cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan yang dapat memberikan
sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

Tamadun Barat moden yang sedang kita saksikan sekarang merupakan


peradaban baru yang begitu dikagumi oleh seluruh penghuni dunia. Ia juga
tidak terlepas daripada pembangunan keilmuan dan budaya yang ingin
diterapkan oleh tamadun tersebut. Namun malangnya tamadun moden kini,
sama ada yang muncul di dunia Barat mahu pun di sebelah Timur, rata-rata
tidak bertunjangkan kepada sistem nilai moral dan agama. Akhirnya kita
menyaksikan dua aspek yang terpecah dan terpisah, di mana pembangunan
material nampaknya begitu hebat pada satu sisi, manakala pada sisi yang lain
pembangunan rohaninya kelihatan terabai. Thetidakseimbangan ini
menyebabkan sesuatu tamadun yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara
lambat launnya akan hancur. Peperangan, perbalahan etnik dan agama,
ketamakan kuasa politik dan perebutan sumber ekonomi menjadi punca
runtuhnya sesebuah tamadun yang telah dibina sekian lama.

1.1 KONSEP TAMADUN


Perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis
Thristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab.
Sesetengah sarjana pula berpendapat Ibn Thhaldunlah yang mula-mula
memperkenalkan istilah „tamadun‰ yang diambil daripada Bahasa Arab. Dari
sudut etimologi dalam bahasa Inggeris, tamadun selari dengan perkataan
civilisation. Perkataan ini diambil daripada bahasa Latin civitas yang bererti
bandar (city ) atau proses urbanisasi, dengan alasan bahawa setiap perubahan
bermula di bandar dan ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di
bandar. Civilisation juga bermaksud tamadun manusiawi yang merujuk kepada
kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai
peringkat terutamanya di peringkat negara. Penggunaan perkataan ini mula
digunakan dan terjelma dalam buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.

Mengikut Thamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan,


kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama
pengertiannya dengan perkataan tamadun ialah perkataan „peradaban‰ yang
membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani).

Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan,


kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia.
Istilah tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang
dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan
pemikiran yang tinggi peradabannya. Tokoh Barat (Eropah) seperti Max Weber,
Dancy Ribeiro, Arnold Toynbee, Clicve Bell dan David Rodnick (sarjana Sains
Themasyarakatan) melihat konsep tamadun dari perspektif material (kebendaan)
semata-mata dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan, di mana

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  3

kebudayaan mencakupi aspek bahasa, cara berfikir, agama, adat resam,


kepercayaan dan kesenian. Thesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran (lihat
Rajah 1.1).

Pendapat tokoh-tokoh Timur (Islam) seperti Ibn Thhaldun, Muhammad al-Bahi,


Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Beg M. A. J pula mengatakan bahawa
tamadun bukan berdasarkan kepada aspek material semata-mata atau akal
fikiran sahaja, sebaliknya tamadun perlu berlandaskan kepada aspek kerohanian
(agama) iaitu wahyu dan sunnah. Sesuatu bentuk tamadun dan kebudayaan
yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis adalah bukan tamadun dan
kebudayaan Islam. Menurut mereka, tamadun merupakan kesepaduan
pencapaian manusia dalam aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di
kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi,
kepercayaan, perundangan dan politik. Tamadun menurut mereka adalah
beberapa situasi dan kondisi yang melebihi daripada apa yang ada dalam
konteks kemajuan. Dengan itu tamadun membawa makna segala kemajuan dan
perkembangan yang mencakupi kegiatan manusia yang meliputi semua aspek
kebudayaan, keilmuan dan agama manusia.

Rajah 1.1: Tamadun Mesir purba dari perspektif material


Sumber: http://s4g09hhloh-ppc.blogs.smjk.edu.my/category/tamadun-mesir-purba/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Jelaskan perbezaan konsep tamadun dari sudut pandangan Jurji
Zaidan dan Ibnu Thhaldun.

2. Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun dari perspektif


Barat dan Timur?

1.2 CIRI-CIRI TAMADUN


Dari dekad ke abad, manusia menjadi lebih inovatif dan kreatif untuk
menyesuaikan kehidupan mereka dengan alam persekitaran. Perubahan ini
bergantung pada pencapaian keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka. Proses
pembentukan tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia
dalam kedua-dua aspek ini. Perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat
dilihat dalam sebuah negara yang bertamadun. Rajah 1.2 menunjukkan ciri-ciri
tamadun yang dapat dilihat dalam sesebuah negara. Setiap ciri tersebut akan
diikuti dengan penjelasan dalam subtopik yang seterusnya.

Rajah 1.2: Ciri-ciri sesebuah tamadun

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  5

1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan


Kota (Urbanisasi)
Ciri utama kelahiran tamadun ialah kehidupan manusia ketika itu yang hidup
lebih teratur dan bersistematik. Mereka ingin memastikan bekalan makanan
mereka mencukupi dan berterusan. Pada masa ini, manusia menetap di suatu
tempat. Mereka memilih persisiran sungai sebagai penempatan kerana lembah
sungai yang subur amat sesuai untuk aktiviti pertanian bagi pengeluaran
makanan. Selain itu, sungai juga amat kaya dengan sumber bekalan makanan.
Manusia juga boleh menggunakan sungai sebagai salah satu jalan pengangkutan.
Dengan adanya bekalan air yang mencukupi, ia memainkan peranan yang
penting dalam menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian,
penternakan, perikanan dan perdagangan.

Daripada perusahaan pertanian mereka berkembang dari segi penanaman,


penyimpanan bahan makanan dan penternakan binatang. Masyarakat ketika ini,
lebih maju dan berdaya saing dalam mencipta peralatan baru seperti cangkul
untuk memudahkan aktiviti pertanian. Mereka juga turut membina empangan
dengan menggunakan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran
makanan untuk menampung keperluan asas kehidupan. Contohnya,
penempatan awal bermula di Mesir sejak tahun 7000 Sebelum Masihi lagi.
Thesinambungan daripada berlakunya Revolusi Pertanian, akhirnya membawa
kepada kemunculan banyak bandar baru. Antara bandar yang muncul ketika ini
ialah Memphis, Dhilkah dan Thebes.

1.2.2 Pembahagian Kerja secara Kolektif


Thesan daripada peningkatan produktiviti manusia, setiap anggota masyarakat
mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu,
pengkhususan pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan
kepakaran menjadi amalan mereka. Thewujudan pelbagai jenis pekerjaan seperti
petani, penternak dan nelayan menjadikan kehidupan masyarakat ketika ini
seimbang dan saling bergantungan antara satu sama lain. Barangan atau produk
dihasilkan oleh ahli komuniti ini secara tidak langsung membawa kepada proses
pertukaran antara barang dengan barang sesama mereka bagi memenuhi
tuntutan keperluan seharian.

Proses pertukaran barang dengan barang ini dikenali sebagai sistem barter.
Thetika itu, penggunaan mata wang masih belum berkembang. Sistem barter
inilah yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan yang berlaku pada zaman
tersebut. Sebagai contoh, tamadun China mengkhusus dalam pengeluaran kain
sutera. Hasil daripada kepelbagaian pengkhususan pekerjaan ini akan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun. Thesannya,


hubungan dengan tamadun luar akan berlaku dan menyebabkan penyebaran
ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara masyarakat.

1.2.3 Stratifikasi dan Organisasi Sosial


Penambahan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang
mencakupi pelbagai aspek seperti aspek sosial, ekonomi dan politik. Bermula
daripada sebuah keluarga kecil kemudiannya ia menjadi sebuah masyarakat
yang kompleks. Thebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid adalah secara
stratifikasi (bersusun lapis). Pemimpin atau raja menggunakan unsur religi
(agama) dan magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat
pengiktirafan sebagai pemerintah. Wujud golongan pemerintah dan golongan
yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan
yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Golongan teknokratik menjadi
pemimpin diikuti oleh pembesar istana dan seterusnya ahli agama, golongan
pendeta dan paling rendah adalah golongan rakyat.

Thewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan


dan penghakiman untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa
serta harta benda. Contoh kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam
kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja
Hammurabi.

1.2.4 Tulisan dan Komunikasi


Thewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada
perkembangan ilmu pengetahuan dalam proses pembentukan tamadun.
Hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Pada awalnya tulisan dipahat dalam
bentuk gambar, simbol atau berbentuk pepaku. Tulisan ini digunakan untuk
menceritakan kisah dan peristiwa sesuatu perkara. Lambang bertulis merupakan
alat bagi melahirkan idea secara kronologi seperti perundangan, pengetahuan
serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan pada
zaman itu.

Bahasa amat penting untuk tujuan komunikasi dan penyebaran ilmu


pengetahuan dalam sesebuah masyarakat dan juga menjadi medium antara
sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tulisan pula amat penting
untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan
undang-undang dan hal keagamaan. Oleh sebab itu, bahasa dan tulisan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  7

merupakan instrumen paling penting untuk menyampai, memperkembang serta


mencatatkan idea pemikiran manusia.

Sistem bahasa dan tulisan adalah alat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit. Contoh tulisan
awal ialah tulisan Heiroglyphic iaitu tulisan orang Mesir Purba yang dipahat
dengan cantik, halus dan penuh kesenian pada makam dan batu. Tulisan
Cuneiform pula tulisan bergambar yang dipermudahkan dengan bentuk simbol
yang ditulis pada kepingan tanah liat oleh masyarakat Mesopotamia untuk
merekodkan tentang kegiatan perdagangan. Sistem tulisan berbentuk pepaku
pula dihasilkan oleh orang Sumeria. Tulisan Piktograf (huruf berbentuk gambar)
pula telah dicipta oleh masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan
lagi. Tulisan Histogram merupakan tulisan yang berbentuk simbol terkenal
dalam masyarakat Cina.

1.2.5 Sistem Agama dan Kepercayaan


Menganuti sesuatu agama adalah fitrah manusia. Manusia memerlukan agama
supaya ia mengetahui matlamat hidup agar tidak tersasar daripada destinasi
yang ingin ditujuinya. Thehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi
merupakan perkara yang dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun. Pada
awal ketamadunan, masyarakat mengamalkan kepercayaan secara berevolusi
bermula daripada naturalisme atau penyembahan alam semula jadi seperti
pokok, batu dan sebagainya, berunsur kepada kepercayaan animisme iaitu
percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling seperti
roh, kemudiannya dinamisme iaitu penyembahan kepada unsur ghaib
(supernatural ) seperti matahari, api, angin dan petir yang dipercayai
mempunyai semangat dan harus dihormati demi menjaga keamanan dan
kemakmuran hidup. Dari semasa ke semasa, secara evolusi kepercayaan
bertukar menjadi agama yang menjadi pegangan hidup mereka (lihat Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Evolusi agama dan kepercayaan tamadun awal

Selain itu, terdapat amalan politeisme iaitu penyembahan banyak Tuhan seperti
menyembah dewa-dewi yang dewa-dewi juga dipercayai mempengaruhi
kehidupan seharian manusia. Mereka mempercayai jika tidak disembah, dewa-dewi
ini akan marah dan boleh mendatangkan malapetaka seperti banjir serta kemarau.
Amalan Politeisme ini diamalkan ketika zaman tamadun Indus yang mana mereka

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

menyembah dewi bermuka tiga. Masyarakat tamadun Mesopotamia juga


mempunyai kepercayaan bahawa terdapat penyembahan dewa dewi. Ia banyak
diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat oleh masyarakat Zeus.

1.2.6 Penggantian Kehidupan Nomad kepada


Kehidupan Moden melalui Kemajuan Sains dan
Teknologi
Penaakulan pemikiran dan keilmuan yang tinggi melambangkan kemajuan sains
dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Threativiti dan peningkatan
inovatif dalam penciptaan teknologi dan pembinaan dibuat bertujuan bagi
menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan manusia. Masyarakat awal adalah
golongan nomad yang sentiasa berpindah randah dengan membuka kawasan
pertanian dan penternakan baru. Pada zaman itu mereka sudah pandai mencipta
peralatan pertanian seperti parang, bajak dan cangkul yang kemudiannya maju
setapak dengan mencipta kincir air, roda, kapal, empangan, terusan dan
peralatan peperangan. Thesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian,
perdagangan dan pengangkutan. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah
tamadun amat bergantung kepada ketinggian sains dan teknologi. Thehidupan
nomadik beralih kepada kehidupan yang lebih moden dengan penciptaan yang
lebih hebat seperti robotik, komputer, telefon dan sebagainya.

1.2.7 Kesenian dan Estetika


Setiap unsur kesenian memiliki nilai estetika (lihat Rajah 1.4). Nilai estetika
merupakan perasaan indah yang dapat dirasakan jauh ke dalam jiwa manusia.
Hal ini dapat dilihat dari segi seni lagu, seni tari, seni bina, seni ukir, lukisan,
kraf dan sastera. Contohnya, dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik
Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya iaitu Illiad dan Odyssey.
Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang
Yunani. Theindahan seni lukisan Leonardo da Vinci, keindahan seni muzik oleh
Mozart dan kelunakan taranum al-Quran adalah contoh kesenian estetika yang
melambangkan ketinggian sesebuah tamadun yang dicipta.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  9

Rajah 1.4: Theindahan seni bina masjid kini akan menjadi nilai estetika untuk
rujukan di tamadun akan datang
Sumber: http://www.panoramio.com/photo/31442368

AKTIVITI 1.1
Dengan merujuk kepada satu tamadun tertentu dan secara
berkumpulan, bincangkan ciri-ciri tamadun yang boleh didapati dan
bentangkannya di dalam kelas.

1.3 PRINSIP TAMADUN

Subtopik ini akan membincangkan prinsip tamadun yang mencakupi pelbagai


aspek seperti yang diringkaskan dalam Rajah 1.5. Setiap prinsip tersebut akan
dijelaskan lagi dalam perenggan berikutnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

Rajah 1.5: Prinsip tamadun


(a) Sosioekonomi
Sosioekonomi merupakan prinsip paling asas dalam mewujudkan sebuah
tamadun. Ini supaya manusia boleh menjalani kehidupan mereka dengan
lebih sistematik. Sosioekonomi menggambarkan bagaimana sesebuah
masyarakat melaksanakan aktiviti perekonomian berdasarkan sesuatu
etnik dan kaum. Pada asalnya sesuatu kaum melambangkan kegiatan
penguasaan perekonomiannya seperti kaum Cina dengan perniagaannya,
masyarakat India dengan perladangan estetnya dan kaum Melayu sinonim
dengan pertanian. Pendidikan dan keilmuan telah mengubah persepsi ini
yang pada zaman pasca modernisme tiada lagi berlaku penguasaan
ekonomi berasaskan kaum, sebaliknya semua kaum bebas menjalankan
kegiatan perekonomian mengikut kebolehan dan minat mereka.
Thebijaksanaan sesuatu kaum dalam menguasai dan memonopolikan
perekonomian melambangkan ketinggian keilmuan dan kemahiran dalam
mencipta ketamadunan bangsa.

(b) Interaksi Manusia dengan Alam


Manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk terus
hidup. Interaksi dengan alam pula hendaklah dibudayakan secara
kolektif. Pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman akan
terhasil daripada interaksi antara manusia dengan alam. Bermula dengan
memahami dan menerokai alam, manusia dapat mengeluarkan isi alam
untuk dimanfaatkan bagi mengisi keperluan kehidupan manusia.
Penciptaan peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan hasil mahsul
bumi menunjukkan kebijaksanaan manusia dalam menggunakan teknologi
yang menjadi salah satu prinsip tamadun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  11

(c) Daya Threativiti Manusia


Manusia diberi akal dan pancaindera untuk berfikir serta mencari jalan
penyelesaian. Daya cipta manusia yang tinggi melambangkan tamadun
sesebuah bangsa. Bangsa Mesir, contohnya, telah membina piramid yang
begitu unik sekali yang tidak dapat ditandingi dengan teknologi moden
masa kini. Tiada satu bangsa pun di dunia ini yang dapat menandingi
ketinggian tamadun mereka yang hebat pada zaman itu.

(d) Persaingan Manusia


Setiap manusia mempunyai kehendak masing-masing. Manusia perlu
berhadapan dengan dua batasan bagi memenuhi kehendaknya, iaitu
keupayaan diri sendiri dan batasan sumber yang diperlukan. Ini
menyebabkan manusia terpaksa bersaing antara satu sama lain. Dalam
persaingan manusia sudah tentunya mereka saling berlumba-lumba untuk
menghasilkan sesuatu idea dan penciptaan akhirnya memberi manfaat
kepada individu lain. Penciptaan dan inovasi baru inilah salah satu prinsip
tamadun.

(e) Peminjaman Thepakaran


Manusia mempunyai keupayaan diri masing-masing dan kemungkinan
berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, pertukaran kerjasama dan bantuan
diperlukan. Perkongsian idea atau kepakaran akan membantu
menjimatkan tenaga, jarak dan masa.

SEMAK KENDIRI 1.2

Apakah perbezaan antara ciri-ciri dan prinsip sesuatu tamadun?


Senaraikan.

1.4 MATLAMAT TAMADUN


Tamadun mempunyai pelbagai matlamat dan setiap matlamat ini membezakan
suatu tamadun dengan tamadun yang lain. Jadual 1.1 menjelaskan beberapa
matlamat tamadun dengan lebih terperinci.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

Jadual 1.1: Matlamat Sesuatu Tamadun

Matlamat Tamadun Penjelasan


Ilmu pengetahuan Ilmu merupakan kekuatan ekstrinsik dan intrinsik sesuatu
bangsa. Bangsa Yunan yang hidup 2,000 tahun yang lalu sangat
cintakan ilmu pengetahuan sehingga daripada kalangan
mereka inilah lahirnya ahli falsafah yang terkemuka seperti
Plato, Socrates, Hippocratic yang telah mempengaruhi bangsa
lain di Eropah dan dunia Arab.
Pencapaian material Tamadun yang dibangunkan daripada pencapaian kebendaan
melalui pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian,
perindustrian, perkapalan, penternakan dan sebagainya boleh
memberikan kehidupan yang sempurna kepada manusia.
Pengamalan agama, Tamadun yang tinggi juga terbina daripada individu yang
moral dan akhlak konsisten mengamalkan agama dan nilai moral serta akhlak.
Setiap tamadun menghendaki setiap insan atau bangsa bukan
sahaja perlu memiliki agama bahkan diwajibkan untuk
melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala tegahan
sesuai dengan taraf manusia sebagai khalifah (pemimpin) di
dunia ini.
Thesejahteraan hidup Segala penciptaan terbaru hasil daripada kreativiti dan inovasi
sesuatu bangsa telah memberikan kesejahteraan kepada
kehidupan manusia sejagat. Penciptaan komputer dan alat
terbaharu, contohnya, memudahkan manusia melakukan tugas
dengan cepat dan dapat berkomunikasi tanpa sempadan ruang
dan masa.

AKTIVITI 1.2
Merujuk kepada prinsip dan matlamat tamadun yang telah
dibincangkan, berikan contoh sesuai yang diambil dari tamadun
tertentu. Bincang dan bentangkan di kelas bersama tutor dan rakan.

1.5 SUMBER TAMADUN


Semua bangsa di dunia ini mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Jadual 1.2
menunjukkan sumber asas sesuatu tamadun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  13

Jadual 1.2: Sumber Tamadun

Sumber Tamadun Penjelasan


Ilmu Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan ilmu pengetahuan yang
mengangkat darjat ketinggian manusia berbanding dengan makluk-
Nya yang lain. Dengan ilmulah manusia membina tamadun dan
peradaban melalui pelbagai penciptaan yang sangat maju.
Pemikiran Tamadun awal manusia seperti tamadun Yunan, Babylonia, Sumero-
Assyro-Mesopotamia dan Mesir berkembang seiring dengan
perkembangan pemikiran, peradaban, kebudayaan dan
pembangunan bangsa mereka. Melalui pemikiran yang tinggi,
mereka dapat membina monumen yang dikagumi sehingga hari ini.
Material Thebendaan ialah asas bagi pembinaan sesebuah negara. Tanpa
sumber dan hasil bumi yang ada manusia tidak dapat
membangunkan negara. Semakin kaya hasil bumi sesebuah
negara, maka semakin tinggi kualiti tamadun yang dicipta.
Agama Agama dapat membentuk peribadi dan komuniti yang memiliki
personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk
sebuah masyarakat, negara atau bangsa.

SEMAK KENDIRI 1.3


Berikan contoh terperinci tamadun yang dibangunkan dengan sumber
yang telah dibincangkan.

1.6 PERBEZAAN DAN HUBUNGAN TAMADUN


DENGAN KEBUDAYAAN
Thebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan
daripada sesuatu yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih
sempurna. Thebolehan manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang
baru juga disebutkan sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering
digunakan bagi menunjukkan elite sesuatu masyarakat atau negara.

Menurut Thamus Dewan (1970), perkataan tamadun bermaksud kebudayaan,


peradaban dan kemajuan. Dari segi penggunaan, peradaban sinonim dengan
tamadun. Beradab bererti bersopan dan hidup diatur oleh hukum dan
mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna,
maksud tamadun adalah lebih meluas berbanding peradaban dalam konteks
penggunaannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat manusia dicirikan sebagai


masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk
kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya (termasuk
persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya
tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan
moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat


daripada dua keadaan berikut:

(a) Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh


budaya. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu
tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka kini
jauh berbeza dari dahulu. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis
makanan pula merupakan pengaruh budaya kerana telah mengalami
banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.

(b) Tamadun lebih bersifat universal merentasi sempadan geografi dan


budaya. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan
budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu.
Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara
atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di
rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di
Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan
ketamadunan Islam. Budaya sesesuatu tamadun biasanya terikat dengan
kedudukan geografi.

1.7 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA


TAMADUN
Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu
tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh
dilihat terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh,
persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza
daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta
(Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun
manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Thristian dan Yahudi. Islam,
Thristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik
tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  15

Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh


persoalan etika berikut dikemukakan:
(a) Alam sekitar
Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang
diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama,
alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai penjaga
alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Thristian
memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara
bertanggungjawab. Namun, dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara
alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah
dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan
pandangan ini, namun tamadun tradisional secara umumnya tidak
memusnahkan alam sekitar.

(b) Theluarga
Tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas
pembentukan masyarakat. Dalam sesebuah keluarga, telah menjadi
warisan turun-temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum
lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa. Menurut
Thonfusianisme, kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep
kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan
bertentangan dengan keadilan. Thonsep kekeluargaan dalam pengajaran
Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.

(c) Thomuniti
Thomuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan
identiti seseorang manusia. Thomuniti juga dapat memastikan bahawa nilai
dan norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu,
komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada
anggotanya. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan
bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai
keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

(d) Therajaan
Falsafah tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau
akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab
kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja.
Sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun silam.
Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Thung Fu-Tze, Meng Tze
dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga
dalam tamadun India, Thautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang
saksama dan adil. Manakala dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

al-Ghazali dan Ibn Thhaldun turut menumpukan perhatian kepada


persoalan yang sama. Thesetiaan kepada raja dan perlindungan yang
diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan
dalam tamadun tradisional.

(e) Ekonomi
Dalam tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks
„Moral Semesta‰ (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep
hak kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada
eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan
haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat
ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh
mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan
ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Thonsep „wang‰,
„keuntungan‰, „ganjaran‰ dan „pasaran‰ sangat dipengaruhi oleh
pertimbangan moral. Walau bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah
bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk penyelewengan yang
lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

(f) Pendidikan
Dalam tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk
pembinaan sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses
pengajaran ilmu. Menyedari akan perkara tersebut, dimensi inner
being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam, Thristian,
Hinduisme dan agama lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai
dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui
pengetahuannya tentang alam. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza
dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalan tauhid
memainkan peranan penting dalam transformasi manusia tetapi dalam
ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat
dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

(g) Thesihatan
Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan
dalam tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta
sesebuah agama. Sifat yang penting dalam konsep kesihatan tamadun
tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik
bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang
dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan
saling berhubungan. Menurut konsep holistik, mengubati penyakit
bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan dengan melalui
proses ini, keharmonian dapat dipulihkan dalam tubuh badan pesakit dan
seterusnya mencapai keseimbangan dalam kehidupannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  17

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa


teras kepada konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam
tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu,
dalam persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi
wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan
dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya
mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan
keharmonian sejagat. Thesimpulannya, mengetahui persoalan dasar
berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh
manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih
saksama.

SEMAK KENDIRI 1.4


Melalui aktiviti berkumpulan jelaskan:
(a) Perbezaan dan hubungan antara peradaban dan tamadun; dan
(b) Cari persamaan dan perbezaan ciri-ciri tamadun yang dimiliki
oleh sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain.

• Perbezaan pendapat mengenai definisi tamaduan antara sarjana Barat dan


Timur dilihat dari sudut etimologi. Barat lebih memfokuskan kepada
maksud kebendaan dengan pembentukan bandar sebagai kayu ukur
pemodenan, kemajuan, peradaban dan perubahan, manakala sarjana Timur
pula mentakrifkan tamadun dari sudut pandangan kerohanian dengan
impak akhlak, moral, keimanan, hidup dalam peraturan dan perundangan
syariat di samping tidak menolak aspek materi.

• Dari segi ciri-ciri tamadun, ia mencakupi aspek urbanisasi, sosial, pekerjaan,


bahasa, komunikasi, agama dan kepercayaan, sains dan teknologi dan seni
estetika sebagai manifestasi kandungan tamadun yang perlu ditunjukkan
oleh sesuatu bangsa.

• Interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan


ketinggian keilmuan mengisi prinsip tamadun itu sendiri.

• Matlamat tamadun adalah untuk memperlihatkan kehebatan hasil


penciptaan manusia dalam pelbagai aspek kebendaan di samping
pengamalan terhadap agama bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENGENALAN ILMU

• Sumber tamadun diambil daripada ilmu, pemikiran, material dan agama.

• Perbezaan antara tamadun dengan kebudayaan amat ketara jika dilihat dari
segi maksud antara dua etimologinya. Tamadun memberi pengaruh yang
berkekalan sepanjang zaman, bersifat universal dan merentasi sempadan
geografi, manakala kebudayaan lebih bersifat sementara dan sentiasa
berubah mengikut perubahan sesuatu kaum.

• Setiap bangsa dan negara memiliki tamadunnya yang tersendiri dan


senantiasa dikongsi bersama secara sejagat.

Animisme Perubahan
Dinamisme Politeisme
Estetika Sosioekonomi
Falsafah Stratifikasi
Themajuan Tamadun
Naturalisme Transformasi
Pemodenan Urbanisasi
Peradaban

Bell, C. (1973). Civilization and old friends. Chicago, IL: The University of Chicago
Press.
Ibn Thhaldun., & Abd. Rahman Ibn Thhaldun. (1960). Muqaddimah Ibn Thhaldun,
Qaherah, Mesir: Dar al-Thutub al-Arabiyah.
Thamus Dewan. (1991). Thuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Taba. (1994). Pengenalan tamadun Islam, al-Quran dan ideologi masa
kini. Bangi, Malaysia: Pusat Pengajian Umum, Universiti Thebangsaan
Malaysia.
Muhammad Abdul Jabar Beg. (1980). Islam and Western concept of civilization .
Thuala Lumpur, Malaysia: The Universiti of Malaya Press.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN ILMU  19

Renfew, C. (1972). Before civilization. London, England: The Chaucer Press.


Ribeiro, D. (1968). The civilization process. Washington, WA: Smithsonian
Institution Press.
Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1977). Islam: Fahaman agama dan asas
akhlak. Thuala Lumpur, Malaysia: ABIM

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun Islam
2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep dan asas tamadun Islam;
2. Menilai keistimewaan tamadun Islam;
3. Menganalisis sumber tamadun Islam ; dan
4. Menyenaraikan hasil karya dan monumen yang terdapat dalam
tamadun Islam.

 PENGENALAN
Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan manusia
berdasarkan kepada tamadun yang telah dicapai selama beberapa abad.
Tamadun yang dibina adalah hasil dari sumbangan para sarjana yang telah
menggarap ilmu yang tinggi hasil dari sistem pendidikan yang telah dilalui.
Menurut Roziah Sidik (2011), kehebatan tamadun Islam sering dikaitkan dengan
pelbagai faktor. Antaranya ialah peranan aktif semua pihak termasuk
pemerintah dan orang perseorangan melalui kegiatan penterjemahan, seni bina,
monumen dan perpustakaan, naungan yang diberikan kepada saintis, hubungan
dengan negara luar, faktor bahasa Arab dan juga faktor ekonomi. Namun, pada
hakikatnya banyak lagi faktor lain yang turut menyumbang kepada kehebatan
tamadun tersebut. Tholaborasi antara muslim dan non-muslim, misalnya, turut
memberikan sumbangan, lebih-lebih lagi apabila banyak nama besar yang
menggerakkan aktiviti penterjemahan khususnya teks perubatan Greek yang
dihasilkan oleh Hippocrates dan Galen ke dalam bahasa Syria dan bahasa Arab.

Satu lagi perkara yang turut wajar diberi pertimbangan sebagai antara faktor
yang menonjolkan lagi kehebatan tamadun Islam ialah aspek penguasaan ilmu.
Islam bukan hanya terhad kepada penguasaan ilmu yang dimiliki oleh sarjana
yang menggerakkan tamadun tersebut sahaja, bahkan turut meliputi penguasaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  21

ilmu dari pelbagai aspek lain serta hubung kait penguasaan ilmu dari tamadun
terdahulu yang ketara menerusi keupayaan menghasilkan karya asli dalam
bidang yang diceburi. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pembangunan
tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Selama berabad-abad
tamadun Islam telah mencipta the golden age yang kemudiannya menerangi
Barat yang pada waktu itu berada dalam the dark age of Europe sebegitu lama.

2.1 DEFINISI TAMADUN ISLAM


Perkataan „tamadun‰ berasal daripada kata terbitan maddana yang bererti
pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu
kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Perkataan maddana juga
membawa pengertian hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan
menikmati kehidupan yang maju (Mustafa et al., 1990). Menurut Mustapha
Thamal, Ahmad Thassim dan Zahiah Haris @ Harith (2012), perkataan tamadun
telah melahirkan beberapa perkataan lain yang dapat menjelaskan lagi maksud
yang diungkapkan. Dalam dunia penulisan Arab, terdapat beberapa istilah yang
pernah digunakan selain istilah tamadun itu sendiri, antaranya madaniyah,
umran, hadharah, dan thaqafah (Abdul Rahim et al., 1995). Manakala Beg (1980)
menjelaskan sebelum kemunculan perkataan tamadun, sudah ada tiga perkataan
lain yang pernah digunakan iaitu madaniyah, umran dan hadharah.

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks
tamadun Islam. Antara istilah tersebut ialah Madaniyah, Tamadun, dan
ÂHadharahÊ. Ibn Thhaldun (2006) menjelaskan tamadun Islam sebagai pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus
dan mempunyai nilai syumuliah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972) juga telah memberikan takrifan


tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakatnya. Ini bermakna, tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau
kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata.
Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki,
Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi
atau dikenali sebagai kesatuan umat dan berpegang kepada unsur penyatuan
iaitu konsep tauhid (mengesakan Allah SWT). Manakala golongan minoriti
bukan beragama Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dianggap
sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam. Antara sumbangan
golongan minoriti bukan Islam ialah menterjemahkan buku daripada tamadun

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

sebelum Islam ke dalam bahasa Arab dan sumbangan dalam bidang


pengkhususan tertentu yang dianggap tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

Sekarang kita akan membincangkan lebih lanjut lagi tiga istilah yg dikaitkan
dengan tamadun pada awal tadi, iaitu umran, hadharah dan madaniyah.

(a) al-Umran
Ibn Thhaldun pada abad ke-14 adalah sarjana Islam yang mula-mula
memperkenalkan etimologi umran dalam mentakrifkan tamadun.
Perkataan ini terus digunakan sehingga abad ke-19. Ibn Thhaldun (2006)
menggunakan istilah umran yang bermaksud bandar atau ibu kota yang
memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal
menetap, berkembang subur dan maju. Menurut Ibn Thhaldun (2006) lagi,
umran merangkumi perkembangan dan pembangunan masyarakat yang
memiliki pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang teratur,
sistem perundangan yang tersusun rapi dan pencapaian ilmu pengetahuan
yang tinggi dalam pelbagai kepakaran. Umran dalam maksud yang lebih
sempurna ialah suatu kawasan yang didiami dan diusahakan dan
berkembang subur, aman makmur dan ditadbir secara baik dan sistematik.

Perkataan umran juga dikaitkan dengan ibu kota atau bandar yang telah
didirikan oleh raja pada zaman pemerintahan Islam. Dengan sebab itulah
perkataan bunyan juga merujuk kepada maksud tamadun tetapi dalam
maksud yang lebih spesifik kepada struktur dan kerja pembinaan sesuatu
bangunan sahaja (Beg, 1980). Dengan kata lain, tamadun atau
umran adalah suatu pencapaian yang tinggi merangkumi semua aspek
kemajuan dalam masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dunia
dan akhirat.

(b) al-Hadharah
Ibn Thhaldun (2006) turut memperkenalkan perkataan hadharah dalam
kitabnya, al-Muqaddimah. Perkataan ini bermaksud sekumpulan manusia
yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah
pertanian, atau suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang
diusahakan. Penggunaan perkataan hadharah mula diperkenalkan pada
abad ke-14 dan penggunaannya menjadi popular pada abad ke-20. Pada
masa itu, istilah Hadharah mengalami perubahan maksudnya dan
penggunaannya dalam bentuk yang lebih meluas dengan merujuk kepada
pembangunan wilayah, bandar dan kampung yang sudah mengalami
perubahan dari segi penggunaan tanah, pemikiran masyarakat, akhlak atau
moral dan kehidupan masyarakat adalah dalam bentuk yang lebih moden
dan maju dan seiring dengan istilah tamadun (Beg, 1980).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  23

Mengikut Malik Bennabi (2003), hadharah mengandungi dua pengertian


iaitu:
(i) Pengertian yang objektif – Himpunan kemajuan dalam bidang ilmu
pengetahuan, teknikal dan perundangan yang dipindahkan dari satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat; dan
(ii) Pengertian yang subjektif – Peringkat perkembangan kehidupan
manusia yang lebih maju dan lebih bermoral atau digambarkan
sebagai kehidupan yang ideal dan bergantung kepada kedudukan
masa, tempat dan nilai yang dianuti.

Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini


dimaksudkan kepada aspek kemajuan dalam bidang pemikiran, moral dan
sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Ia lebih ketara dalam bidang
ilmu pengetahuan, kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan,
peraturan moral dan adat resam, budi pekerti dan kepercayaan agama atau
dengan kata lain, perkembangan peradaban dalam masyarakat.

(c) al-Madaniyah
Perkataan madaniyah telah diperkenalkan oleh al-Farabi pada abad ke-11.
Perkataan ini berasal daripada kata terbitan Madinah yang bermaksud
kota. Madaniyah ialah kehidupan yang berasaskan akidah, syaraÊ dan
akhlak (Beg, 1980). Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini,
perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup di bandar dan kota
dipanggil Mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun. Perkataan maddana
membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan
membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran atau
hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan
yang maju (Mustafa et al., 1990).

Muhammad Farid Wajdi dan Sheikh Muhammad Abduh menjelaskan


perkataan madaniyah diambil daripada perkataan madinah atau city dan
perkaitannya dengan tamadun adalah kerana kebiasaannya bandar adalah
induk tamadun atau tamadun asalnya berkembang di bandar. Beg (1980)
menjelaskan madaniyah sebagai gambaran ketinggian dalam kehidupan
kebendaan dalam sesuatu masyarakat khususnya dalam aspek
pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan
kemudahan infrastruktur dan wujudnya pelbagai keperluan hidup yang
asasi dan tidak asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan
hiburan. Theperluan ini mestilah mempunyai pelbagai keperluan kewangan
serta kemampuan untuk berbelanja (Osman, 1989). Oleh itu, penekanan
yang diberikan oleh al-madaniyah adalah lebih bersifat kebendaan dan
keperluan lahiriah manusia. Thetamadunan sesuatu umat dalam konteks ini

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

adalah bergantung pada kemampuan kekayaan sumber hasil bumi dan


pembangunannya (Mustapha, 2012).

SEMAK KENDIRI 2.1


Dengan membuat perbandingan, bezakan istilah yang merangkumi
maksud tamadun Islam seperti madaniyah, hadharah dan umran.

AKTIVITI 2.1

Buat satu kumpulan kecil bagi membincangkan signifikan konsep


ilmu yang menjadi asas pembentukan sesebuah tamadun. Themudian
bentangkan kepada rakan-rakan anda yang lain.

2.2 KONSEP TAMADUN ISLAM


Thonsep tamadun Islam merupakan pembangunan potensi diri dan kehidupan
sesebuah masyarakat agar dapat menguasai pelbagai bidang kemajuan terutama
dalam bidang kesenian dan seni bina. Thonsep tamadun Islam tidak hanya
terbatas dalam bidang kebendaan tetapi juga meliputi aspek akidah dan moral,
berbanding dengan konsep tamadun Barat yang mementingkan pembangunan
lahiriah iaitu kebendaan seperti undang-undang dan perbandaran. Tamadun
Barat menolak tentang kemajuan rohaniah.

Tamadun Islam berkonsepkan kepada wahyu Ilahi melalui sumber al-Quran dan
sunnah. Sunnah merupakan hadis Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan,
menerangkan dan menegaskan serta menyokong isi kandungan al-Quran.
Thandungan kedua-dua sumber Islam ini diamalkan oleh seluruh umat Islam di
dunia ini tanpa membezakan ras, etnik, kaum, bangsa dan negara. Ini bermakna,
tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa,
budaya atau bersifat kebangsaan atau wilayah semata-mata. Al-Quran dan
sunnah juga menjadi syariah dan perlu dipatuhi sepanjang masa walaupun
zaman berganti zaman. Ia tetap kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, tamadun
Islam tetap kekal hingga ke hari ini kerana ianya mempunyai panduan dan
pedoman yang lengkap dan diamalkan oleh umatnya di seluruh dunia.
Tamadun Islam tidak pernah mengetepikan hak bangsa atau agama lain
sebaliknya tetap mengambil kira akan hak mereka selagi mereka tidak
menimbulkan ancaman atau bahaya yang boleh menjejaskan kesucian tamadun
Islam dan agama Islam itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, bahawa tamadun Islam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  25

boleh menjamin akan kesejahteraan dan keharmonian kehidupan semua umat


yang bernaung di bawahnya kerana Islam itu merupakan agama yang syumul
tanpa menindas dan mengancam golongan bukan Islam.

Tamadun Islam berbeza daripada tamadun lain di dunia ini kerana ia


merupakan tamadun yang mempunyai jangka hayat yang panjang dan
berkekalan. Tamadun selain daripada tamadun Islam hanya lebih merupakan
kepada kebudayaan yang mempunyai jangka hayat yang pendek serta sentiasa
mengalami perubahan dan pembaharuan kerana biasanya ianya dimonopoli oleh
golongan tertentu yang cuba menampilkan kebudayaan mereka sendiri yang
akhirnya akan ditolak oleh golongan lain atau generasi yang berikutnya.

2.3 ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam menitikberatkan empat asas seperti yang ditunjukkan dalam


Rajah 2.1. Setiap asas itu akan dibincangkan dalam subtopik yang seterusnya.

Rajah 2.1: Asas Tamadun Islam

(a) Akidah
Akidah merupakan asas kelahiran tamadun Islam yang ia berasaskan
tauhid. Akidah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti
kepercayaan atau keyakinan. Menurut etimologi bahasa Arab, aqidah
terbitan daripada aqada (ikatan atau simpulan). Akidah merupakan
prasyarat kepada pembentukan peradaban manusia (lihat Rajah 2.2). Istilah
akidah ialah mengakui kekuasaan Allah SWT dan membenarkan
keseluruhan ajaran Nabi Muhammad SAW dengan penuh keyakinan yang
mutlak. Secara tidak langsung seseorang yang bergelar Muslim perlu
mempercayai dengan hati tentang kewujudan Allah dan dibuktikan
melalui pengamatan serta berfikir tentang kejadian alam. Secara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

prinsipnya, sebagai Muslim, tidak ada perbezaan antara manusia sama ada
bangsa, keturunan dan warna kulit di sisi Allah melainkan perbezaan
daripada aspek iman. Akidah merupakan mekanisme yang menyatukan
umat Islam di dunia ini. Akidah Islam ialah prasyarat yang mesti ada
dalam tamadun Islam. Pendidikan pada era Rasulullah SAW ini agak
berbeza dengan yang sebelumnya kerana ia bersumberkan wahyu. Aktiviti
pembetulan akidah dan pembersihan kebudayaan yang dijalankan oleh
Baginda di Mekah merupakan proses pertama ke arah pembentukan
sebuah tamadun Islam yang syumul. Program peningkatan tamadun umat
Islam ini diteruskan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah dengan
memperbanyakkan lagi institusi pendidikan. Baginda telah menjadikan
masjid di sekitar Madinah sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran di
samping kegiatan lain (Ismail, 1999).

(b) Syariah
Syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT yang mengatur
hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia
bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Umat
yang bertamadun adalah umat yang hidup menurut hukum dan peraturan
sama ada ia datang daripada peraturan Ilahi yang disebut sebagai syariah
(syariat) atau apa sahaja perundangan yang datang daripada adat
(daripada sesebuah kaum) atau perundangan daripada perlembagaan
negara.

(c) Akhlak
Perkataan akhlak berasal daripada Bahasa Arab khuluq. Ia membawa
maksud budi pekerti, perangai, sikap, agama atau tabiat seseorang. Akhlak
boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu akhlak baik (Mahmudah) seperti
jujur, sabar, ikhlas, benar, pemurah dan akhlak buruk (Mazmumah) seperti
hasad, riyak, takabbur dan ujub. Menurut Imam al-Ghazali (1939), akhlak
ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia
untuk menghasilkan tingkah laku yang baik. Menurut perspektif Islam,
baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak. Akhlak Islam hendaklah
berdasarkan kepada al-Quran, hadis dan pendapat ulama. Perkaitan akhlak
dengan tamadun Islam adalah jelas – akhlak melambangkan keperibadian
dan tatasusila sesuatu bangsa umat manusia dalam sesebuah peradaban.
Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang paling sempurna dan
ideal dari aspek akhlak yang perlu dicontohi oleh umat manusia. Sifat
Baginda yang tinggi budi pekerti, adab yang mulia, berintegriti, pemalu
dan sebagainya diakui oleh umat Islam bahkan diiktiraf oleh pihak lawan.
Theperibadian Baginda yang mulia telah melemahkan musuh Islam apabila
berdepan dengannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  27

(d) Ilmu
Ilmu merupakan elemen yang penting dalam membangunkan peradaban
manusia. Thepentingan ilmu ini boleh dilihat dengan jelas dalam surah al-
Alaq, ayat 1 yang bermaksud:

„Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta


(sekalian makhluk).‰

Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang
pendidikan. Perkataan iqraÊ (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibril
a.s. berulang-ulang kali kepada Rasulullah SAW menegaskan supaya umat
manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih
mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya
menjadi orang yang berilmu (Yusuf Ahmad, 2002). Berdasarkan ayat ini
juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu
adalah wajib, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan agama Islam.
Thejadian Allah SWT yang sangat luas memerlukan kajian yang mendalam,
memerlukan manusia menggunakan akalnya dan memperoleh
pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh
Islam. Oleh itu, Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan
untuk menuntut ilmu secara berterusan. Thewajipan ini juga bertujuan
supaya umat Islam itu tergolong dalam umat yang cerdas dan terhindar
daripada kejahilan. Inilah ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT
dan ia merupakan rahmat Allah yang terbesar untuk umat manusia.

Pemerhatian terhadap kebangkitan tamadun Islam pada masa lalu tidak


menafikan pembangunan dalam bidang pendidikan sebagai asas
terpenting kekuatan sesuatu tamadun. Tidak dinafikan juga bahawa ilmu
merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan
kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Thehormatan dan
kemuliaan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara juga terletak pada
kekuatan ilmu setiap individu di dalam masyarakat. Ilmu yang bermanfaat
akan menjadikan setiap individu Muslim itu maju, berdaya saing dan
berkembang di atas landasan syariah seperti mana yang telah ditunjukkan
pada zaman awal Islam (Zakaria Stapa et al., 2012).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Rajah 2.2: Institusi masjid adalah tempat pembinaan akidah dan akhlak muslim
Sumber: http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Brunei_-
_Masjid_Sultan_Omar_Ali_Saifuddin.jpg

AKTIVITI 2.2
Pada pendapat anda, asas tamadun Islam manakah paling utama?
Bincangkan bersama rakan-rakan dengan memberikan contoh dan
penjelasan yang sesuai.

2.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM


Theistimewaan tamadun Islam ialah ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan
sesuai dengan sifat ajaran Islam. Ia tentunya berbeza dengan tamadun bangsa
atau agama lain di dunia ini.

Yang berikut ialah keistimewaan tamadun Islam:


(a) Bersumberkan al-Quran dan sunnah;
(b) Diasaskan secara tegas dan tetap tanpa pengaruh kebendaan;
(c) Bersifat terbuka kepada semua jenis tamadun bangsa dan agama;
(d) Sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia; dan
(e) Bersifat syumul, sempurna, konsisten dan global.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  29

Thesyumulan atau sifat global tamadun Islam boleh diterangkan seperti yang
berikut:

„Islam ialah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya dapat
mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi
setiap persoalan dunia dan akhirat.‰

Islam adalah addin bagi setiap zaman dan tempat. Risalah Islam merupakan
risalah sejagat, untuk semua manusia seutuhnya, di mana ia mencakupi ke setiap
peringkat kehidupan. Hanya tamadun Islam sahaja yang bersifat integrated
dengan memadukan nilai duniawi dan ukhrawi atau memadukan unsur
material dan spiritual.

Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang unik kerana mempunyai tiga
dimensi hubungan yang sangat erat iaitu:
(a) Menghubungkan manusia dengan Tuhan;
(b) Menghubungkan manusia dengan manusia; dan
(c) Menghubungkan manusia dengan alam.

2.5 SUMBER PEMBINAAN TAMADUN ISLAM


Sumber bermaksud tempat pengambilan, tempat rujukan atau punca daripada
mana datangnya sesuatu perkara. Terdapat sembilan sumber dalam tamadun
Islam (rujuk Rajah 2.3). Setiap sumber ini akan dijelaskan lagi dalam subtopik
yang selanjutnya.

Rajah 2.3: Sumber pembinaan tamadun Islam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

(a) Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun Islam
(lihat Rajah 2.4). Al-Quran ialah sumber hukum yang paling utama yang
diberikan Allah SWT untuk manusia. Al-Quran juga ialah kalam Allah
yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah tauladan, sumber
rujukan ilmu dan sebagainya. Thebenaran al-Quran adalah muktamad
kerana ia bersumberkan Allah. Tiada syak dan ragu-ragu terhadapnya. Al-
Quran juga adalah mukjizat terbesar Rasulullah SAW. Ia merupakan
wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Al-Quran mengandungi syariah
Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam
ghaib dan sebagainya. Al-Quran dan sunah merupakan sumber utama
dalam pembinaan tamadun Islam. Ini kerana setiap tamadun yang berlaku
memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Wahyu
yang pertama dengan jelas dan nyata telah menyarankan agar manusia
berusaha untuk membaca dan menulis bagi membasmi buta huruf, mencari
dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan umatnya.

Al-Quran ialah kalam suci yang yang mengandungi nilai mukjizat yang
tinggi sama ada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa,
persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan, rahsia alam
semesta dan sebagainya. Thandungan al-Quran sangat sesuai diamalkan
sepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan
ketamadunan. Thandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk
mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat kepada
mereka untuk meneroka di segenap bidang. Segala kegiatan dan kemajuan
yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas yang telah ditetapkan.

Rajah 2.4: Al-Quran ialah asas sumber tamadun Islam


Sumber: https://www.google.com/search?q=emage&rlz=1C2RNRC_
enMY509MY509&source

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  31

(b) Sunnah
Sunnah dianggap sebagai wahyu yang kedua selepas al-Quran yang juga
merupakan sumber tamadun Islam yang penting. Ia berfungsi sebagai
penjelas kepada al-Quran serta memperkukuhkan kedudukan dan peranan
al-Quran. Sunnah ialah setiap perkara meliputi pengakuan, perkataan,
perbuatan dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW. Sunnah
berperanan sebagai pentafsir al-Quran serta menjelaskan perkara yang
terkandung dalam al-Quran. Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam
untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.
Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-
Quran dan sunnah. Daripada al-Quran dan sunnah dicerakinkan akidah,
syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan manusia.
Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para ulama selepas
Baginda.

(c) Akal atau Pemikiran


Akal atau pemikiran pula adalah sumber pembinaan tamadun Islam yang
kedua terpenting selepas al-Quran dan sunnah. Ini kerana ilmu
pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang melalui akal fikirannya dapat
membentuk dan melahirkan sesuatu yang baharu dan menghasilkan
tamadun. Manusia boleh membangun dan bergerak maju dengan
menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Namun sekiranya
akal digunakan untuk mereka cipta sesuatu yang boleh merosakkan
keselamatan agama, maruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda,
maka ia boleh merosak dan memusnahkan tamadun manusia.

(d) Ijmak
Ijmak ialah persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatan Baginda untuk mengeluarkan hukum
atau fatwa bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah an-NisaÊ, ayat 59 yang
bermaksud:

„Themudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka


kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan
lebih baik akibatnya.‰

(e) Qias
Qias bermaksud penetapan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang
lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi Âilah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr, ayat 2 yang bermaksud:

„Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang


mempunyai pandangan.‰

(f) Ijtihad
Sekiranya terdapat beberapa permasalahan baharu yang melibatkan
permasalahan hidup umat Islam sejagat sedangkan al-Quran dan hadis
hanya menyebut dalil secara umum mengenai sesuatu isu tersebut, maka
Mujtahidin dibenarkan untuk berijtihad atau mengemukakan pendapat
bagi menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang melibatkan umat Islam.
Mujtahidin ialah sekumpulan pakar atau pemikir Islam yang sangat tinggi
keilmuan dan akhlaknya yang diberikan autoriti dalam mengeluarkan
fatwa atau pendapat.

(g) Tamadun Lain dan Penemuan Baharu


Penemuan baharu dalam berbagai bidang hasil penyelidikan boleh
dijadikan sumber tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi
tidak melanggar prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan
diterima untuk tamadun Islam. Contohnya, bentuk bangunan yang
melambangkan sesuatu bangsa boleh diterima dalam tamadun Islam
setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak
ciptaan baharu dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaan Abbasiah
dan kerajaan Islam di Sepanyol.

Sejarah membuktikan bahawa banyak monumen tamadun dari Greek,


Rom, China, Iran dan India telah diterima sebagai sumber tamadun Islam
Abbasiyah. Sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan
tamadun baharu. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam
diterima sebagai sumber tamadun.

Menurut Osman Bakar (1998), elemen dalam tamadun lain, contohnya,


tamadun Asia haruslah dilihat sebagai faktor pelengkap dan pengukuh
kepada tamadun Islam sendiri. Theunggulan tamadun lain yang wujud
pada tamadun Melayu, India, China dan Jepun menjadi faktor
penyumbang kepada usaha meningkatkan kefahaman dan rasa
penghargaan terhadap sejarah pembudayaan masing-masing.

(h) Penemuan dan Penciptaan Baharu


Allah SWT menganugerahkan kepada setiap hamba-Nya dengan bakat
tertentu. Thepelbagaian bakat yang ada pada manusia membolehkan
mereka mereka cipta sesuatu mengikut kebolehan masing-masing. Umat
Islam telah berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan yang berpaksikan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  33

akidah, syarak dan akhlak serta bersumberkan al-Quran dan sunnah


seperti teknologi pelayaran, penyelidikan angkasa lepas (falak), pertanian,
saliran, timbangan, perubatan, dan lain-lain (Mustapha Thamal Ahmad
Thassim dan Zahiah Haris @ Harith, 2012). Threativiti umat Islam meliputi
penghasilan baharu dalam bidang sains dan teknologi. Penemuan ini
adalah hasil daripada penyelidikan, penjelajahan dan penerokaan seluruh
alam dari bumi hinggalah ke angkasa lepas. Penemuan ini merupakan
sebahagian sunnatullah atau undang-undang Allah. Akhirnya, segala
penemuan ini akan menghasilkan penciptaan baharu yang juga anugerah
Allah terhadap manusia.

(i) Pengubahsuaian dan Penyempurnaan Semula


Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir
tamadun Islam. Umpamanya, setelah wilayah Islam berkembang luas,
umat Islam terdedah kepada pelbagai tamadun asing yang tinggi mutunya
seperti tamadun Rom dan Parsi (Iran). Mereka telah melalui pencapaian
yang tinggi seperti dalam bidang sains, perubatan, seni bina, pengurusan,
dan pentadbiran. Umat Islam tiada pilihan lain, melainkan mempelajari
dan menguasai pencapaian mereka itu. Selepas itu, mereka melakukan
pengubahsuaian dan penyempurnaan semula agar sesuai dengan akidah,
syarak dan akhlak Islam. Inilah beberapa keistimewaan dan uniknya
sumber tamadun Islam. Tamadun lain lahir daripada satu sumber sahaja,
iaitu sumber alam. Sebaliknya, tamadun Islam lahir daripada pelbagai
sumber yang disebut di atas.

SEMAK KENDIRI 2.2

Mengapakah al-Quran dikatakan sebagai sumber utama pembinaan


tamadun Islam berbanding sumber lain.

2.6 MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Islam ialah agama fitrah, agama yang selaras dengan fikiran yang sihat serta
sentiasa selari dengan peredaran zaman. Addin Islam juga bersendikan tamadun
yang tinggi yang dijelaskan dalam kitab suci al-Quran sebagai addin yang luas
dan menjadi pedoman bagi seluruh kehidupan manusia kerana Islam adalah
agama berilmu, beradab, dinamik dan progresif. Islam ialah addin yang telah
membentuk tamadunnya yang istimewa dan mempunyai perbezaan dengan
tamadun sebelumnya (tamadun Mesapotamia) atau selepasnya (tamadun Barat).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai matlamat yang selari dan sesuai dengan konsep
addin yang mencakupi cara hidup manusia yang serba lengkap di alam ini.

Terdapat enam matlamat tamadun Islam iaitu (Ghazali Darusalam, 2001):


(a) Hubungan manusia dengan pencipta-Nya (Allah SWT);
(b) Hubungan manusia dengan manusia;
(c) Hubungan manusia dengan alam ghaibat (malaikat, jin, syaitan);
(d) Hubungan manusia dengan alam nabatat (tumbuh-tumbuhan);
(e) Hubungan manusia dengan alam jamadat (benda-benda tegar); dan
(f) Hubungan manusia dengan alam hayawaniat (haiwan).

Rajah 2.5 berikut menggambarkan hubungan tamadun Islam dalam konteks


addin.

Rajah 2.5: Hubungan tamadun Islam dalam konteks addin

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  35

Di sini, kita boleh lihat bahawa lima hubungan iaitu hubungan antara manusia
dengan manusia, manusia dengan alam ghaibat, manusia dengan alam nabatat,
manusia dengan alam jamadat dan manusia dengan alam hayawaniat
merupakan interaksi manusia secara alami yang bersifat „syumul‰ atau
„holistik‰. Thelima-lima hubungan ini hendaklah berpaksikan kepada hubungan
manusia dengan pencipta-Nya (Allah SWT).

SEMAK KENDIRI 2.3

Beri pendapat anda mengenai hubungan berikut:

Culture Civilisation
Alam Nature
(Ada usaha (Hidup
(Alam semula
manusia) bertambah
jadi)
man-made maju)

AKTIVITI 2.3
Thementerian Pendidikan telah menggariskan 10 tujuan mata pelajaran
Tamadun Islam dengan penegasannya seperti mana dalam dokumen
awal pelaksananannya. Ia adalah seperti yang berikut:
1. Memupuk persefahaman tulen dan sikap hormat menghormati
dalam kalangan rakyat pelbagai agama, keturunan bangsa dan
budaya di negara ini;
2. Memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai
menerusi musyawarah dan ijmak;
3. Memperkukuh jati diri Malaysia sebagai negara majmuk yang
mengamalkan toleransi tinggi;
4. Memupuk nilai universal dalam kalangan rakyat Malaysia;
5. Melahirkan siswazah yang berfikiran luas dan berpandangan
global;
6. Melahirkan bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi dan
sanggup memperjuangkan nilai ketamadunan universal yang
luhur dan murni;
7. Memantapkan penghayatan nilai murni dalam kalangan rakyat
Malaysia;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

8. Membekalkan bakal pewaris kepimpinan negara dengan ilmu yang


membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan dunia
dan cabaran global semasa;
9. Membantu melahirkan masyarakat madani dalam erti kata sebenar;
dan
10. Memajukan ilmu ketamadunan demi kemajuan ilmu pengetahuan
seluruhnya.

Berdasarkan tujuan mata pelajaran Tamadun Islam ini, bincangkan


bagaimana pelajar dapat membina peribadi untuk membangunkan bangsa,
agama dan negara.

 Tamadun Islam telah mencapai aneka kegemilangannya dalam sejarah


kemajuan tamadunnya di Afrika Eropah, Asia Barat, Asia Timur dan Asia
Tenggara. Thini pengaruh Islam mula menapak di Amerika dan Australia.

 Thehebatan Islam bermula pada zaman Rasulullah SAW hingga ke zaman


Thhalifah al-Rasyidin, Abbasiyah, Umaiyah di Andalusia, zaman Moghul,
zaman Uthmaniyah hingga ke zaman empayar Melayu Melaka memang
mengagumkan dunia. Jadi tidak menghairankan apabila Islam sentiasa
berhadapan dengan mereka yang mencemburui kebesarannya termasuk
Nasara dan Yahudi.

 Zaman kegemilangan tamadun Islam ditandai dengan zaman umara


(pemerintah) menghormati ulama (ilmuwan). Sebaliknya zaman kejatuhan
juga ditandai dengan kerakusan umara sehingga sanggup memperalat
ulama.

 Ibn Thhaldun (tahun 1332 hingga 1406) hidup pada era kejatuhan tamadun
Islam di Afrika Utara dan Andalusia. Beliau telah menyaksikan bagaimana
kerajaan yang gagah perkasa tumbang satu persatu.

 Untuk memahami jatuh bangkitnya sesuatu tamadun tidak cukup hanya


dengan melihat kepada pencapaian masa lalu. Thita perlu mengerti bahawa
sesuatu pohon yang rimbun dan kukuh semestinya memiliki akar yang
kuat (asluha thabitun wa farÊuha fi al samaÊ ).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  37

 Akar peradaban Islam adalah tauhid, ketinggian budaya ilmu, peranan


ilmuwan sebagai pencerah, akhlak dan nilai moral yang tinggi. Therosakan
pada akar ini, seperti kekeliruan epistemologi, kerendahan dan
ketidakcerdasan pemikiran, hilangnya semangat kekitaan (asabiyah) dan
nilai akhlak yang rendah, inilah fakor yang boleh dianggap sebagai musuh
peradaban yang sejak mula menjadi musuh Islam (Thhalif Muammar, 2007).

Akidah Pengertian yang objektif


Hadarah Pengertian yang subjektif
Ijmak Qias
Intelektual Sunnah
IqraÊ Thaqafah
Madaniyah Umran
Mukjizat Wahyu

Abdul Alim Abdul Rahim., & Syed Mohamad Syed Idrus. (1995). Tamadun
Islam. Thuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Abdul Tharim Zaidan. (1982). MaÊalim al-thaqafah al-Islamiyyah. Beirut, Lebanon:
Muassasah al-Risalah.
Abdul Tharim Zaidan. (1987). Usul al-dakwah. Mesir: al-Manaral-Islamiyah.
Awang Yahya Ibrahim. (2004). Ilmu pengetahuan dan tujuan pendidikan
mengikut pandangan Islam. Brunei: Pusat Dakwah Islam Thementerian Hal
Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian, Mansor., & Zulkanain Abdul
Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia (Ed. ke-2). Thuala
Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Thuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publications and Distributors.
Hasan Langgulung. (1987). Pendidikan Islam: Satu analisa sosio psikologikal.
Thuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Antara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Hitti, P. Th. (1970). History of the Arabs (Ed. ke-10). London, England: Macmillan.
Ibn Thhaldun, Abd al-Rahman. (2004). Al-Muqaddimah. Beirut, Lebanon: Dar al-
Fikr.
Ibn Thhaldun. (2006). Mukadimah Ibn Thhaldun (Terj.) Thuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Manzur. (1997). Lisan al-arah. Beirut, Lebanon: Dar Ihya al-Turath.
Ibn Taymiyyah., & Ahmad Abd al-Salam. (1988). Al-Siyasah al-SharÂiyyah fi Islah
al-RaÂi wa al-RaÂiyyah. Dlm. Abu YaÊla al-Quwaysani (pnyt.). al-Siyasah al-
SharÊiyyah. Beirut, Lebanon: Dar al-Thutub al-ÂIlmiyyah.
Ismail Bakar. (1999). Sejarah tamadun Islam. Thuala Lumpur, Malaysia:
Perpustakaan Negara Malaysia.
Thamil al Baba. (1983). Dinamika kaligrafi Islam. (Terj. Sirojuddin, A. R., 1992).
Jakarta, Indonesia: Dar al-ÂUlum Press.
Thamus Dewan Edisi Theempat. Thuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Thhalif Muammar. (2009). Faktor kegemilangan tamadun Islam: Pengajaran dari
masa lalu. Jurnal Hadhari. 2: 15-31. Thuala Lumpur, Malaysia: Akademi
Islam, Univesiti Malaya.
Leadership Competency Model (LCM): An Islamic alternatif. Thuala Lumpur,
Malaysia: ICLIF.
Mahayudin Yahya. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.
Malik Bennabi. (2003). The question of culture, ISTAC : Islamic Book Trust.
Mohd Mokhtar Shafie. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Thuala Lumpur,
Malaysia: Nurin Enterprise.
Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan sejarah pendidikan Islam (Ed. ke-2).
Thuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Abdul Jabbar Beg. (1980). The image of Islamic civilization . Bangi,
Malaysia: Universiti Thebangsaan Malaysia.
Mustafa Ibrahim et al. (1990). Al-MuÊjam al-wasit. Thaherah, Mesir: MajmaÊ al-
Lughah al-ÂArabiyyah, Dar al-DaÊwah.
Mustapha Thamal Ahmad Thassim., & Zahiah Haris @ Harith. (2012). Peranan
tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam pembangunan modal
insan. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Themanusiaan. 5(2).
Osman Bakar. (1998). Bengkel pengajian TITAS. Thuala Lumpur, Malaysia:
Universiti Malaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 TAMADUN ISLAM  39

Ramlee Mustapha. (2003). Pemikiran dalam pendidikan ke arah memperkasakan


pendidikan menurut acuan Malaysia . Bangi, Malaysia: Fakulti Pendidikan
UThM.
Roziah Sidik. (2011). Tamadun Islam dan pengusaaan ilmu dlm jurnal
usuluddin.
Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terj. Sutejo., 1992)
Bandung, Indonesia: Mizan.
Shuhairimi et al. (2010). Melestari pembangunan manusia ke arah penjanaan
modal insan: Satu tinjauan umum menurut perspektif al-Quran dalam
Mohd Roslan Mohd Nor dan Ahmad.
Syahrul Reza. (2008). Thonsep pendidikan Islam menurut pemikiran Ibn Thhaldun:
Suatu kajian terhadap elemen-elemen kemasyarakatan Islam. Tesis Sarjana.
Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.
Syed Muhammad Naquib al-Attas., & Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). The
ICLIF.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1969). Preliminary statement on a general
theory of the lslamization of the Malay: Indonesian Archipelago. Thuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1991). The concept of education in Islam.
Thuala Lumpur, Malaysia: ISTAC.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (pnyt.). (1979). Aims and objectives of Islamic
education. London, England: Hodder & Stoughton.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. (pnyt.). (1992). Tujuan dan objektif
pendidikan Islam. Terj.. Shamsuddin Jaafar, Thuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (1997). Penjelasan budaya ilmu (Ed. ke-3). Thuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud. (2007). Iklim kehidupan intelektual di Andalusia:
Satu cerminan islamisasi dua-dimensi. Pulau Pinang, Malaysia: Universiti
Sains Malaysia.
Yaacob Yusoff Awang., & Che Bakar Che Mat. (2012). Theperluan kependidikan
Islam dalam pengajian ketamadunan. Samarahan, Malaysia: Universiti
Teknologi MARA.
Yusuf al-Qaradawi. (1995). Fatawa Muasirah – Fatwa masa kini (Terj.) Thuala
Lumpur, Malaysia: Pustaka Salam.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 TAMADUN ISLAM

Zainuddin Jaafar. (2003). Matlamat dan fungsi penubuhan institusi pengajian


Islam. Dlm. Suzalie Mohamad. Memahami isu-isu pendidikan Islam di
Malaysia. Thuala Lumpur, Malaysia: Institusi Thebajikan Islam Malaysia.
Zakaria Stapa., Noranizah Yusuf., & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Pendidikan
menurut al-Quran dan sunnah serta peranannya dalam memperkasakan
tamadun ummah, Jurnal Hadhari Special Edition 2012, Bangi, Malaysia:
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Thebangsaan Malaysia.
Zaki Berahim. (2010). Pembangunan modal insan dan tamadun dari perspektif
Islam. Thuala Lumpur, Malaysia: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
APIUM.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumbangan
3 Tamadun Islam
terhadap
Thesejahteran
Hidup
Insan Sejagat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti sumbangan tamadun Islam dalam pelbagai bidang;
2. Menyenaraikan kegunaan ilmu astronomi terhadap umat Islam;
3. Membezakan bentuk tulisan khat seperti thuluth, riqaÊah, ijazi dan
dewani; dan
4. Membezakan sumbangan tamadun Islam dalam bidang pertanian
dan botani.

 PENGENALAN
Theagungan empayar Islam satu masa dahulu telah memberikan sumbangan
yang amat besar dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia. Antara ciri-
ciri keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan
mereka dilihat melalui penciptaan mereka dalam pelbagai bidang yang
seterusnya memberi sumbangan terhadap kesejahteraan hidup insan sejagat baik
manfaatnya untuk dunia Timur (Islam) mahu pun dunia Barat (Thristian). Hasil
penciptaan karya mereka dalam pelbagai bidang seperti seni bina, astronomi,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

ekonomi, kesenian, politik, ilmu pengetahuan, sejarah, geografi, pertanian, sains,


falsafah dan sebagainya telah melahirkan tokoh ternama yang sangat ramai.
Antaranya ialah al-Thhawarizmi, al-Thindi, al-Farabi dan al-Biruni. Mereka ini
berserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar
dalam kemajuan manusia sejagat.

Theagungan sesebuah negara atau bangsa banyak bergantung pada


pencapaiannya dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini akhirnya menjadi
sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal
mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak zaman dahulu hingga kini.
Tamadun Islam banyak memberi sumbangan kepada tamadun dunia seperti
Eropah, Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Afrika
dan lain-lain negara di dunia ini, berbanding tamadun lain yang pernah dibina
dan dicatat dalam sejarah dunia. Dalam topik ini, kita akan membincangkan
sumbangan pelbagai bidang dalam tamadun Islam kepada tamadun dunia
seperti dalam Rajah 3.1. Sumbangan dalam setiap bidang akan dibincangkan
lebih lanjut dalam subtopik yang seterusnya.

Rajah 3.1: Bidang sumbangan tamadun Islam untuk kesejahteraan sejagat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  43
HIDUP INSAN SEJAGAT

3.1 SUMBANGAN DALAM BIDANG SOSIAL


Nabi Muhammad SAW berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial
masyarakat Arab daripada hidup berpuak-puak kepada kesatuan umat di bawah
satu agama (Islam). Penyatuan masyarakat yang selama ini tidak pernah wujud
dalam kehidupan bangsa Arab telah menjadi kenyataan dengan kedatangan
Rasulullah SAW. Thehidupan mereka menjadi lebih aman dan tenteram.
Contohnya, Rasulullah SAW berusaha mempersaudarakan golongan Ansar
dengan Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk
kepentingan bersama. Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka
dibolehkan menerima harta pusaka kerana sebelum ini mereka tidak punya apa-
apa hak.

Selain itu, Rasulullah SAW juga telah memberi fungsi penting kepada institusi
masjid, iaitu sebagai pusat ibadat khusus sekaligus menjadikan masjid sebagai
sebuah markas, madrasah dan juga parlimen. Rasulullah SAW telah menyusun
segala aktiviti harian yang berbentuk sebaran maklumat dan arahan melalui
institusi masjid. Ia juga berperanan sebagai tempat menerima tetamu, tempat
musafir bermalam dan menyelesaikan masalah ketenteraan serta kehakiman.

AKTIVITI 3.1
Selain daripada yang dinyatakan tadi, berikan contoh sumbangan
tamadun Islam dalam bidang sosial lain dari zaman yang berbeza.

3.2 SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI


Melalui keagungan tamadun Islam, orang Eropah juga telah mendapat
pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti kegiatan perdagangan,
perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti
sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau juga telah dipelajari daripada orang
Islam. Tokoh Islam yang dicontohi dalam bidang ekonomi ini ialah Ibn Baytar
dan al-Ghafiqi.

Selain itu, Rasulullah SAW telah mengemaskinikan sistem pungutan zakat, cukai
ghanimah, faiÊ dan kharaj. Pada ketika itu, golongan Yahudi ialah kapitalis yang
menguasai ekonomi Madinah. Mereka mengaut keuntungan tanpa perhitungan
moral. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW telah memberi galakan kepada orang
Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah
monopoli yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Melalui cara ini,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

masyarakat Islam dapat memecahkan jaringan kewangan golongan Yahudi yang


telah memerangkap golongan orang miskin dengan memberi pinjaman dengan
kadar faedah yang sangat tinggi.

AKTIVITI 3.2
Apakah kesinambungan sumbangan tamadun Islam dalam bidang
ekonomi setelah kewafatan Rasulullah? Bincangkan bersama rakan dan
bentangkan.

3.3 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUBATAN
Tamadun Islam juga banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan (lihat
Rajah 3.2). Tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan
al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul Al-Hawi. Buku ini telah
dijadikan sebagai rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn
Sina yang berjudul Al-Qanun yang telah menjadi bahan rujukan penting di
Eropah.

Dalam bidang perubatan, Islam telah memperkenalkan kaedah perubatan


melalui eksperimen, amali dan pemerhatian. Perubatan dalam Islam terbahagi
kepada dua: Tib al-Nabi dan Tib al-Nafs (perubatan jiwa). Ibn Hazm telah
menyatukan dua jenis perubatan ini melalui rawatan jiwa dan perubatan fizikal
melalui kauteri, surgeri serta penyediaan ubat-ubatan. Etika kedoktoran juga
mula diperkenalkan melalui kelayakan, kebersihan badan, kebersihan pakaian
dengan warna putih. Hospital juga mula dibuka 24 jam dan mempunyai
bahagian yang berlainan menurut jenis penyakit. Al-Razi, Haly Abbas dan Ibn
Sina antara tokoh terkemuka dalam perubatan Islam. Ibnu Juljul (934M) telah
mengelaskan ubat-ubatan menurut spesifikasi farmakologi. Ibn Abd Al-
Rahman Ibn Shuhayd terkenal dengan cara mengubati penyakit dan pakar
mengenai dadah dalam perubatan. Abu al-Qasim al-Zahrawi (1013M) (Abd
Casis) pakar surgeri telah menulis Al-Tasrif yang merupakan ensiklopedia
perubatan yang sangat lengkap. Abu Marwan Ibn Auhr (1162M) sangat popular
di dunia Barat sebagai Avenzoar yang merupakan doktor perubatan dan farmasi.
Beliau telah melakukan banyak eksperimen dan perawatan mengenai tumor
melalui panduan perubatan melalui kitab Al-Iqtisad fi Islah. Ibn Rusyd
(Averoses) juga sangat masyhur di Barat menulis Thulliyat fi al-Tibb telah
diterjemahkan ke bahasa Latin memberikan penerangan yang lengkap mengenai
anatomi fisiologi penyakit, simptom serta rawatannya, ubat-ubatan, makanan
dan pemeliharaan kesihatan. Tokoh lain yang masyhur adalah seperti Ibn Bajah,
Ibn Tufail dan Maimonides.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  45
HIDUP INSAN SEJAGAT

Rajah 3.2: Sebahagian daripada peralatan pembedahan dalam perubatan Islam


Sumber: http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/03/08/abu-al-qasim-al-zahrawi-
saintis-perubatan/

SEMAK KENDIRI 3.1


Senaraikan tokoh perubatan Islam yang telah dibincangkan dan
sumbangannya. Sila buat penambahan tokoh lain yang anda ketahui.
Themudian, bincangkan.

3.4 SUMBANGAN DALAM BIDANG


MATEMATIK
Bidang matematik telah wujud sejak awal zaman perkembangan Islam (lihat
Rajah 3.3). Pada zaman pemerintahan Islam, ramai penuntut berbangsa Eropah
yang datang belajar ke Andalus. Thebanyakan mereka telah menjadi pakar dalam
bidang tersebut. Antaranya ialah Adelard dan Morley dari Britain. Adelard telah
berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-
Thhawarizmi tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah
menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Leonardo Fibonacci of Pisa
iaitu tokoh Matematik Eropah pula telah mempelajari ilmu matematik di
Andalus. Tharya-karya beliau antaranya LiberabÊci telah dijadikan bahan bacaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

asas ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik
dari Vienna pada abad ke-15 banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh
ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik
rajah segi tiga.

Rajah 3.3: Ilmu matematik awal zaman Islam


Sumber: http://upload.wikimedia.org/wikipedia

3.5 SUMBANGAN DALAM BIDANG


ASTRONOMI
Dalam bidang ini, terdapat beberapa karya Abu MaÊsyar dan al-Thhawarizmi
yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of
Siville. Tharya al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh
Alfonso X. Romond, ahli astronomi Eropah yang telah menulis karya
astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali.

Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari. Beliau telah


mencipta kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan antara
bintang dengan matahari (lihat Rajah 3.4). Selain itu, dalam bahasa Eropah
terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab.
Antaranya ialah alsumut dan nadir (nazir).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  47
HIDUP INSAN SEJAGAT

Pada zaman keagungan tamadun Islam juga, umat Islam telah berjaya mencipta
kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan terciptanya kompas
itu, pelayaran di laut dan juga kegiatan perdagangan semakin berkembang
dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa pula telah mencipta astrolab iaitu jam
matahari. Beliau juga telah mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan
dunia. Pada abad ke-12, Abu Solet telah mencipta alat yang dapat menimbulkan
semula kapal yang sudah tenggelam. Sultan Malik Syah telah membina balai
cerap (observatory) untuk kegunaan ahli astronomi mengadakan persidangan.
Di balai cerap inilah Thalendar Parsi diperbaharui (Mahayudin, 2004).

Rajah 3.4: Ibn al-Zarqiyali mahir dalam bidang astronomi Islam


Sumber: http://www.merdeka.com/teknologi/tekmatis-sejarah-
astronomi-dalam-islam-1.html

3.6 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI


MUZIK
Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama
yang indah dan menyenangkan (Mahayudin, 2004). Bangsa Yunani dikatakan
perintis dalam bidang seni muzik. Namun setelah kedatangan Islam, orang Islam
telah memajukannya. Perkembangan seni muzik berlaku pesat pada zaman
pemerintahan Therajaan Abbasiyah yang kebolehan menyanyi dan bermain alat
muzik dijadikan prasyarat untuk diterima bekerja (Mohd Mokhtar, 1993).
Thesannya, lahirlah ramai tokoh terkemuka yang arif dalam bidang muzik seperti
al-Farabi dan al-Thindi.

Pada abad ke-12, didapati karya penting yang dihasilkan oleh orang Islam
tentang muzik telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Terjemahan ini giat
dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of Cologne (1190 M) telah
mengikut jejak al-Thindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu muncul pula John

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada


suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik Arab.

Al-Farabi (847 M) merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya
beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain
mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta
sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983) (lihat Rajah 3.5).
Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi ialah pencipta dan
pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. al-Farabi turut
menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik
Islam yang diberi judul al-Musiqa Abd Alim & Syed Idrus, 1995; Mahayudin,
2004; Haliza, 2006. Menurut Mahayudin (2004), al-Farabi juga terkenal menerusi
karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music
dan On the Classification of Rhythm. Buku ini menjadi rujukan penting di
Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam
penciptaan not muzik.

Al-Thindi (800 M) merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan
banyak menghasilkan buku mengenai teori muzik. Banyak karyanya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Antaranya ialah Essentials of
Thnowledge in Music, On the Melodies dan The Necessary Book in the
Composition of Melodies (Mahayudin, 2004). Al-Thindi juga telah berjaya
menemui pelbagai not muzik yang mana apabila digabung akan menghasilkan
harmoni. Menurut beliau, nada suara yang terlalu rendah dan terlalu tinggi
adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan. Al-Thindi juga berpendapat
bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains di samping turut berhubung
rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood
Zuhdi, 2003).

Muhyiddin Ibn Arabi merupakan ahli muzik Islam yang terkenal. Tharyanya
banyak berkisar tentang alat muzik. Didalam bukunya beliau menerangkan
bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan (Mahayudin,
2004). Safi al-Din Abd al-MuÊmin merupakan orang yang pertama sekali
membina sekolah muzik. Malahan, beliau turut menghasilkan beberapa karya
muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik. Beliau turut digelar ÊFather of
MusicÊ oleh ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya (Mahayudin,
2004).

Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din telah menulis buku muzik dan telah
diterjemahkan sebagai The Jewels of Arrangement in the Thnowledge of the
Melodies (Mahayudin, 2004). Selain itu, al-Isfahani telah menulis al-Aghani dan
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan nama The Grand Book of
Songs yang mengandungi 21 jilid (Mahayudin, 2004). Thhalil bin Ahmad adalah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  49
HIDUP INSAN SEJAGAT

orang yang pertama berjaya menghasilkan kamus muzik yang telah


diterjemahkan bertajuk The Book Notes dan The Book of Rhythm. Hasil karya
beliau ini telah dijadikan sebagai buku teks rujukan bagi pelajar universiti di
Sepanyol (Mahayudin, 2004). Al-Urmawi (1230M) pula ialah pemuzik yang telah
mencipta biola dan juga ahli muzik pada zaman Thhalifah al-MustaÊsim.

Berdasarkan fakta tadi, dapat disimpulkan bahawa orang Islam bukannya


mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti mereka
begitu kreatif dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri.

Rajah 3.5: Contoh gambus yang dicipta oleh al-Farabi dalam satu persembahan muzik
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Arabic_music#mediaviewer/
File:Aleppomusic.jpg

3.7 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI BINA


Seni bina merupakan antara bentuk seni yang terdapat pada sesuatu tamadun.
Menurut Ab Alim dan Syed Idrus (1995), seni bina bermaksud satu bidang seni
untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh
manusia untuk digunakan oleh manusia. Mahayudin (2004) pula berpendapat
bahawa seni bina merupakan satu daripada ciri-ciri ketamadunan yang penting
kerana ia merupakan lambang atau mercu tanda kegemilangan sesuatu bangsa
atau negara, contohnya, kita dapat lihat pada Rajah 3.6.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Pencapaian dan pembangunan seni bina telah bermula sejak zaman Rasulullah
SAW yang dilihat menerusi pembinaan Masjid QubaÊ dan Masjid Nabawi
(Mahayudin, 2004). Pada zaman pemerintahan ThhulafaÊ al-Rashidin,
terutamanya zaman Thhalifah Umar al-Thhattab, perkembangan seni bina
dianggap paling berjaya kerana beliau amat mengambil berat tentang
pembaharuan dalam pelbagai bidang khususnya pembinaan masjid. Pada zaman
Therajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah, khalifah yang memerintah telah
banyak memberi sumbangan penting dalam pencapaian seni bina Islam.

Thhalifah al-Walid bin ÂAbdul Malik (86 H hingga 87 H) telah membina Masjid
Suriah di Damsyik, membina pejabat kerajaan dan juga beberapa buah bangunan
bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi di Madinah,
Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil ÊAqsa di Baitul Maqdis. Beliau juga telah
menyempurnakan pembinaan batu di Baitul Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah
(Mahayudin, 2004).

Thhalid bin ÂAbdullah al-Qasri membina parit dan tali air dalam usaha
menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Thhalifah Hisham bin Abd al-
Malik. Thhalifah Abdul Rahman II membuat projek membina menara lampu di
beberapa buah pelabuhan untuk memudahkan kapal perdagangan berlabuh di
pantai Andalus (Mahayudin, 2004). Thhalifah Abu JaÊafar al-Mansur pula telah
mendirikan sebuah istana yang bernama Al-Thhuldi di pinggir Sungai Dajlah.
Reka bentuk istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah
menyebabkan beliau menamakannya Qasr al-Thhuldi yang bermaksud istana
abadi. Beliau juga telah membina Masjid JamiÊ al-Mansur di hadapan Istana Al-
Zahab yang merupakan masjid yang tertua di Thota Baghdad (Mahayudin, 2004).

Thhalifah al-Mahdi telah membina Istana Al-Salam di Isabaz dan Masjid JamiÊ al-
Rishafah pada tahun 157 H. Thhalifah al-MaÊmun sinonim dengan pembinaan
Universiti Nizamiyyah merupakan pusat pengajian tinggi secara formal, Imam
Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, al-Thindi, al-Farabi, Abu Bakar al-Razi
dan Ibn Sina adalah antara tokoh intelektual yang pernah menuntut di universiti
bersejarah tersebut. Al-MaÊmun juga telah membina Bayt al-Hikmah yang
merupakan pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terbesar terletak di Baghdad
(Mahayudin, 2004). Pelbagai aktiviti penulisan karya ilmiah dan juga aktiviti
penterjemahan buku ke dalam bahasa Arab dijalankan di kutub khanah ini.
Beliau juga telah memperkembangkan bidang astronomi dengan membina pusat
astronomi di Syamsiyah, berhampiran Thota Baghdad untuk mengawasi
pergerakan bintang (Mahayudin, 2004). Thesan daripada penubuhan ini ahli
geografi Islam telah berjaya membuktikan bahawa bumi ini bulat yang
mengandungi 360 darjah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  51
HIDUP INSAN SEJAGAT

Seni bina dan seni halus Islam telah berkembang luas meliputi Asia Barat, Asia
Timur dan Selatan Eropah. Bandar baru dibina seperti Thufah, Basrah, Qayrawan
dan Baghdad. Setiap bandar dibina masjid, istana, perumahan, pasar dan
tembok. Monumen daripada seni bina Islam diakui keindahan seni binanya baik
di luar mahupun hiasan dalamannya. Masjid Cordoba, rumah rekreasi, istana,
dinding mihrab diukir dengan emas lapan ela panjang, mimbar diukur daripada
kayu jati pilar, al-Cazar, pintu gerbang yang dihiasi dengan tembaga diukir
dengan halus dan Giralda di Sevile, Istana al-Zahra dan al-Zahirah yang
dilengkapi dengan lukisan berwarna, ukiran kayu yang berbunga dan geometri,
dewan yang dilengkapi dengan kristal tulen yang disinari oleh cahaya matahari
mengeluarkan pelangi serta Masjid al-HambraÊ di Granada terkenal sebagai the
artistic genius of Muslim Spin. Theindahannya terletak pada kehalusan
geometrinya.

Rajah 3.6: Seni bina Islam bercirikan bangunan Turki


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Alhambra#mediaviewer/File:Ventanas_con_
arabescos_en_la_Alhambra.JPG

AKTIVITI 3.3

Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri-ciri seni bina dalam tamadun Islam
telah mempengaruhi seni bina bangunan di negara kita, khususnya dalam
pembinaan masjid? Bincangkan berserta bukti yang sesuai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

3.8 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI


KALIGRAFI
Syeikh Shams al-Din al-Akfani (Mahayudin, 2004) menjelaskan bahawa seni khat atau
kaligrafi ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk huruf tunggal, letaknya dan
cara merangkanya menjadi tulisan yang tersusun atau apa-apa yang ditulis di atas
garis-garis, bagaimana cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu
ditulis; menggubah ejaan yang perlu digubah dan menentukan cara bagaimana untuk
menggubahnya (lihat Rajah 3.7).

Terdapat banyak khat yang digunakan oleh orang Islam seperti khat kufi,
nasakh, thuluth, rayhan, muhaqqaq, tawqiÊ, riqÊah, diwan, ijazah, parisi, diwan jali,
taÊliq dan nastaÊliq (Thamil al-Baba, 1992). Terdapat sumber mengatakan
bahawa khat yang tertua ialah khat kufi (Seyyed Hossein Nasr, 1987; Ab Alim &
Syed Idrus, 1995; Mahayudin, 2004). Antara tokoh ilmuwan yang terkenal dalam
bidang seni khat dan kaligrafi ialah Ibn Muqlah, Ibn Bawwab dan juga Yaqut al-
MustaÊsimi.

Ibn Muqlah (886 M) merupakan antara ahli kaligrafi yang masyhur pada zaman
pemerintahan Bani Abbasiyah. Ibn Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan
khat naskhi yang menggantikan tempat khat kufi dalam keseragaman kaligrafi
Islam (Thamil al-Baba, 1992). Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub
(proportional script) dalam sejarah kaligrafi Islam. Di dalam khat ini, beliau telah
menetapkan satu sistem ukuran dalam menulis sesuatu huruf. Misalnya huruf
alif ditulis berpandukan titik-titik (tiga, lima atau tujuh titik) (Thamil al-Baba,
1992).

Ibn Bawwab yang merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyah
dianggap sebagai pencipta kepada khat rayhani dan muhaqqaq. Terdapat
sebanyak 64 buah al-Quran ditulis oleh Ibn Bawwab yang salah satunya ditulis
dengan khat rayhani (Thamil al-Baba, 1992). Yaqut al-MustaÊsimi selain daripada
menjadi ketua di Perpustakaan Al-Mustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai
budayawan dan ahli pujangga. Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada Ibn
Muqlah dan Ibn Bawwab. Beliau pernah digelar sebagai Qiblat al-Thuttab yang
bermaksud kiblat para penulis khat (Thamil al-Baba, 1992). Beliau juga dikatakan
pengasas kepada Sittah, enam jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali
Darusalam, 2001).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  53
HIDUP INSAN SEJAGAT

Rajah 3.7: Contoh seni khat Islam dan peralatan penulisan khat
Sumber: http://arabbahasa.blogspot.com/2011/02/khat-islam.html

AKTIVITI 3.4
Senaraikan jenis seni khat yang telah dibincangkan dan cari bagaimana
bentuk rupanya. Bentangkan di dalam kelas.

3.9 SUMBANGAN DALAM BIDANG SENI


SASTERA
Thesusasteraan Islam bermula sejak turunnya wahyu dari Allah SWT yang
terakhir iaitu kitab al-Quran al-Tharim. Al-Quran merupakan sebesar-besar
mukjizat bagi umat Islam. Menurut Mustafa Haji Daud (1991) al-Quran ialah
sumber kesusasteraan Islam yang dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan
bahasa dan dari segi isi. Terdapat ramai tokoh ilmuwan Islam yang memberi
sumbangan yang besar dalam seni sastera Islam. Tharya seperti The Arabian
Night, Ali Baba and the 40 Thieves, Sinbad the Sailor dan Aladin and the Magic
Lamp begitu popular hingga ke negara Barat. Antara intelektual Islam yang
terkenal dalam seni sastera ialah Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya
yang berjudul Hikayat 1001 Malam. Ceritanya telah banyak memberi kesan
kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang Barat sehinggakan ia
telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga menghasilkan
karya bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
dengan judul Epic Things (Ghazali Darusalam, 2001).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Ibn Tufayl dalam karyanya menceritakan tentang bagaimana seseorang


mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan apa-apa daripada
orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan, 1971). Ibn Tufayl dengan karyanya
Hayy Ibn Yaqzan mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan
tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Tharya ini
telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-
sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671. Orang Eropah bukan setakat
menterjemah malahan mereka juga menghayatinya melalui penciptaan kisah
berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut
ialah Crusoe yang dihasilkan pada abad ke-18 (Hasan, 1971).

Omar Thhayyam juga terkenal sebagai failasuf dan penyair yang hebat di
zamannya. Malah, beliau pernah menjadi terkenal dalam kalangan dunia Barat
sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa
Inggeris bagi bukunya, Rubayyat. Abu al-Sult Ibn Abdul Aziz (1067 M) banyak
menggubah syair puji-pujian kepada raja untuk mencari rezeki. Selain antologi
syair, beliau juga menghasilkan karya sastera iaitu al-Mulah al-Asriyah, Hadiqah
al-Adab dan al-Risalah al-Misriyyah (Mahmood Zuhdi, 2003). Ibn Bajjah
merupakan sasterawan yang unggul, ahli bahasa dan hafiz al-Quran. Beliau
menghasilkan karya seperti Risalah al-WidaÊ, Al-Risalah al-Ittisal dan Al-
Madinah al-Fadilah (Umar Furrukh, 1983).

AKTIVITI 3.5

Buat kumpulan kecil di kelas anda, bincangkan aspek berikut:


(a) Thedudukan seni muzik dalam Islam;
(b) Perubatan Tib al-Nabi dan perubatan moden;
(c) Theindahan nilai estetika dalam seni bina Islam; dan
(d) Penulisan sastera Islam.

3.10 SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK


Tamadun Islam juga banyak memberi sumbangan yang besar dalam bidang
politik. Menurut catatan Ibnu Hisyam, Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah
ialah perlembagaan negara yang pertama ditulis di dunia yang telah diasaskan
selepas terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian antara
orang Muhajirin dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  55
HIDUP INSAN SEJAGAT

kaum seperti Aus, Thhazraj serta kaum Yahudi (Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan
Bani al-Nadir).

Termeterainya perjanjian ini bermakna Rasulullah SAW telah berjaya mengasas


dan memantapkan kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang
sama Baginda telah berjaya mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai
Ummah. Ini juga telah mengubah prinsip suku bangsa yang selama ini
melahirkan ketegangan kaum yang berpanjangan. Thejayaan Rasulullah SAW
dalam bidang ini telah membawa keharmonian kepada penduduk kota
Madinah. Sebarang aktiviti yang tidak sihat, kebangkitan Yahudi dan kaum
munafik di Madinah juga dapat dibendung dengan baik. Sebarang pihak yang
melanggar perjanjian akan dihukum.

3.11 SUMBANGAN DALAM BIDANG SEJARAH


Mengenai sejarah, Ibnu Thhaldun (1332 M), berpendapat ahli sejarah sepatutnya
mempunyai tamadun.

Yang berikut ialah senarai antara tokoh yang telah memberi sumbangan dalam
bidang sejarah pada tamadun Islam:
(a) ÂAbd Al-Malik Ibn Habib (845 M) telah menulis karya sejarah yang
masyhur iaitu Tarikh;
(b) Muhammad Ibnu Musa al-Razi (886 M), menulis salasilah keturunan amir-
amir di Andalus serta sejarah ibu kota, jalan raya bandar dan peperangan;
(c) Marwan Ibn Hayyan (987 M) menulis buku sejarah yang tebal seperti Al-
Matin yang mengandungi 60 jilid, Al-Muqtabis 10 jilid, menulis protokol
istana, majlis istana juga peperangan;
(d) Ibn Hazm pula telah mengarang 400 judul dalam pelbagai bidang seperti
falsafah, teologi, moral, perundangan, puisi, sastera dan sejarah;
(e) Ibnu Idhari dengan karya Al-Bayan al-Maghrib, menjadi salah satu sumber
rujukan sejarah mengenai Afrika Utara;
(f) Ibnu al-Thhatib (1313 M) menulis riwayat hidup Nabi Muhammad SAW
secara lengkap; dan
(g) Al-Maqqari (1631 M) kitabnya Nafh al-Tib dan Azhar al-Riyad
mengandungi maklumat mengenai sejarah dan kebudayaan di Andalus
dan Arab (Azizan Baharudin, 1986).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

3.12 SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOGRAFI


Istilah geografi itu sendiri telah diambil daripada perkataan Arab Jughrafiyah.
Bidang ilmu geografi sangat penting dalam mengetahui tentang dunia daripada
segi bentuk, kedudukan tempat, garis bujur dan garis lintang (lihat Rajah 3.8).

Terdapat tiga pembahagian ilmu Geografi, iaitu:


(a) Geografi deskriptif membicarakan hal ketenteraan serta pemerintahan,
topografi, cuaca dan sumber asli. Contohnya, kitab Ilm Ajaib al-Buldan
yang merupakan ensiklopedia, kamus geografi dan cerita pengembaraan;
(b) Geografi matematik pula menjelaskan bentuk bumi, garisan bujur dan
garisan lintang, dan peta negara dunia;
(c) Geografi teoretikal dan amalinya pula dikenali melalui tokoh seperti al-
Thhawarizmi (847 M) yang mengarang kitab Surat al-Ard yang di
dalamnya mengandungi peta dunia, Ibn Thurdadhbih (900 M) melalui kitab
Al-Masalik wa al-Mamalik menjelaskan kedudukan bumi dan benua.
Ibrahim al-Farazi merupakan ahli geografi Islam yang telah membuat
banyak kajian. Beliau telah berjaya mencipta astrolab yang digunakan oleh
ahli pelayaran sehingga kini (Mahayudin, 2004).

Rajah 3.8: Peta awal dalam geografi Islam


Sumber: http://tamadunmalay.blogspot.com/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  57
HIDUP INSAN SEJAGAT

3.13 SUMBANGAN DALAM BIDANG INDUSTRI


Bidang perindustrian berkembang sejajar dengan bidang pertanian dan
perlombongan. Al-Qaysariayahd, Andalus ialah sebuah bangunan yang
menempatkan urusan perdagangan yang menjual pelbagai barang seperti tekstil,
logam (emas, perak, besi, tembaga, kuprum), Bab al-Attarin tempat menjual
rempah ratus di Cordoba, Sug al-Itr plaza tekstil. Thilang pengisar tepung telah
wujud sejak kurun ke-8 M di Andalus yang digerakkan dengan menggunakan
jentera air melalui tenaga angin dan haiwan. Thilang memerah minyak zaitun
juga telah digunakan pada abad ke-9 M. Pertukangan kayu bagi pembinaan
perkapalan berkembang maju di sekitar pelabuhan seperti di Tortosa dan juga
industri kulit dan kertas di Samarkand tahun 704 Masihi.

Pada kurun ke-12 M pada zaman kerajaan Umaiyah, orang Islam telah
mempelajari membuat kertas yang bermutu tinggi melalui perdagangan dengan
orang Cina serta menjadi bahan eksport ke Timur dan Barat. Pada kurun ke-13 M
orang Islam telah membuat kertas daripada kapas dan linen yang industri kertas
dan penulisan ini mula ditiru di Perancis dan England. Satu lagi perindustrian
yang berkembang maju ialah industri tenunan tekstil di sekitar laut
Mediterranean (Byzantium, Mesir, Sepanyol dan kepulauan Sicily). Industri
tembikar juga mula berkembang sejak kurun ke-10 M hingga ke-14 M. Selain itu,
pada zaman Islam tembikar emas Hispono-Morisco sangat masyhur di dunia
Eropah.

3.14 SUMBANGAN DALAM BIDANG PERTANIAN


Masyarakat Arab adalah antara bangsa yang paling rajin dalam mengusahakan
tanah untuk pertanian serta bangsa yang pakar dalam mencipta peralatan
pertanian untuk menambahkan pengeluaran dan juga menggunakan baja serta
saliran air untuk menyuburkan tanah. Ahli botani yang masyhur seperti Ibnu al-
Hajah dan Ibnu al-Awwam telah melakukan kajian mengenai kualiti tanah
kepada 10 kelas mengikut sifat dan jenis tanah untuk pertanian. Terusan air
dibina secara saintifik bukan sahaja untuk pertanian tetapi juga untuk
membekalkan air kepada beribu-ribu masjid dan kepada penduduk tempatan.
Jentera hidraulik dibina di Fez oleh Muhammad Ibn al-Haj pada kurun ke-13 M.
Pada masa itu, orang Islam juga pandai mengawetkan buah-buahan dan juga
bijirin seperti anggur, jagung, padi, gandum, zaitun, ceri dan pic yang boleh
digunakan sehingga 30 hingga 100 tahun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Selain itu, sains botani mula diperkenalkan pada kurun ke-11M oleh Abu Ubaid
al-Bakri yang telah menyusun buku tentang tumbuh-tumbuhan, menamakan
dan mengelaskannya melalui tulisannya. Themudian pada abad ke-12 M, Ibn
Sarabi telah menulis buku al-Ghafiqi juga mengenai botani di samping buku al-
Nabati oleh Abu al-Abbas. Seorang lagi tokoh ialah Ibnu Baytar (1197 M). Beliau
ialah pengkaji ilmu tumbuh-tumbuhan yang terbaik dengan membuat kajian
yang mendalam melalui pemerhatian dan uji kaji dengan mengembara ke
seluruh benua seperti Afrika Utara Semenanjung Arab, Syria dan negeri di
pesisir lembah Nil dan Mesopotamia. „Buku Pertanian‰ yang ditulis oleh Ibn al-
Awwam mengandungi 34 bab (Azizan Baharudin, 1986).

3.15 SUMBANGAN DALAM BIDANG ZOOLOGI


Zoologi ialah ilmu mengenai haiwan. Salah seorang tokoh yang telah memberi
sumbangan dalam bidang ini pada zaman awal tamadun Islam ialah Ibn Jawa
Liqi yang telah menulis buku mengenai perihal pelbagai jenis haiwan tentang,
jantina, sifat dan ciri-ciri, sihat dan sakit seekor haiwan (Azizan Baharudin, 1986)
(lihat Rajah 3.9).

Rajah 3.9: Contoh ilmu zoologi Islam


Sumber: http://pengajianislam.pressbooks.com/files/2012/09/anatomi_lembu.jpg

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  59
HIDUP INSAN SEJAGAT

3.16 SUMBANGAN DALAM BIDANG FIZIK DAN


FALSAFAH
Bidang fizik juga telah bermula dan berkembang pada zaman awal tamadun
Islam. Antara tokohnya ialah Ibn Bajah atau Avenpace yang terkenal dengan
teori Avenpace mengenai teori daya gerak atau pergerakan. Dari sinilah Galileo,
St. Thomas dan Duns Scotus mengembangkan idea Ibn Bajah di dunia Barat
dengan menggunakan formula yang telah ditulis oleh Ibn Bajah (Azizan
Baharudin, 1986).

Dalam bidang falsafah pula tamadun Islam telah mempelajarinya daripada


falsafah Yunani dan Sanskrit pada sekitar kurun ke-7 M dan ke-8 M dan telah
mencapai kemuncaknya pada kurun ke-10 M. Bermula dengan falsafah
Hellenisme Yunani orang Islam telah mengembangkan asas ilmu falsafah ini
melalui penterjemahan buku falsafah ke dalam bahasa Arab. Pada zaman
Thhalifah Abbasiyah, al-Mansur (754 M) dan al-MaÊmun (833 M) telah
menterjemahkan karya falsafah daripada Aristotle, Galen, Hippocrates, Ptolemy
dan Euclid ke dalam bahasa Arab. Ilmu falsafah sangat dipentingkan dalam
Islam kerana ia dapat membantu pemikiran logik mengenai manusia, alam dan
ketuhanan yang tidak bertentangan dengan wahyu.

Al-Thindi (865 M) ialah failasuf Islam yang terkemuka kerana telah menulis lebih
daripada 270 karya yang antaranya mencakupi buku falsafah. Al-Thindi
membahaskan Al-Mahiyah dan realiti segala fizik (benda) dan metafizik
(ketuhanan). Al-Farabi (950 M) membahaskan jirim dan hubungannya dengan
bentuk dan roh. Ibn Sina (1037 M) telah merungkai fahaman Ikhwan al-Safa
mengenai „manusia akan mencapai kesempurnaan apabila dapat memahami
bahawa Tuhan itu satu, roh itu satu, alam ini satu, kemanusiaan itu satu, agama
itu satu, kebenaran itu satu dan falsafah itu satu‰. Ibn Masarrah, Ibn Hazm dan
Ibnu Tumlus menjelaskan kebenaran itu terletak dalam falsafah serta dapat
memadukan antara agama dengan falsafah.

Said Ibn Fattah (1029 M) telah menulis Shajat al-Hikmah mengenai pengenalan
terhadap ilmu falsafah. Ibn Bajah melalui kitab Tadbir al-Mutawahhid menulis
mengenai alam metafizik yang dirujuk daripada Plato, Aristotale, Galen, Al-
Farabi, Ibn Sina dan al-Ghazali. Ibn Tufayl (1106 M) dengan kitab Hayy ibn
Yaqzan mengenai kronologi kehidupan seorang manusia. Ibn Rusyd (1198 M)
atau Averroism dengan aliran pemikiran bahawa dunia ini abadi, jirim dan
bentuk, jasad dan roh yang dimuatkan dalam kitabnya Fasl al-Maqal dan
Tahafut al-Tahafut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Semua pengetahuan daripada pelbagai disiplin keilmuan khususnya bidang


sains tabii mula mencerah di Andalusia sejak kurun ke-8 hingga kurun ke-13 M.
Dunia Eropah pada masa itu berada dalam zaman kegelapan daripada sumber
pengetahuan. Ini kerana pihak gereja melarang penganutnya daripada menuntut
ilmu dengan tujuan memudahkan institusi gereja mengawal orang Thristian.
Situasi ini berubah apabila berlakunya perang agama atau perang Salib pada
abad ke-11M. Pertembungan, pertempuran dan peperangan antara tentera
Thristian dengan Islam telah menyedarkan orang Thristian akan kehebatan
keilmuan yang dimiliki oleh orang Islam. Pertemuan ini telah membuat fikiran
mereka berminat terhadap intelektual Islam. Themasukan mereka melalui
Sepanyol, Syria, Palestin dan Sicily telah membawa kejayaan dalam bidang
keilmuan kerana orang Thristian belajar dengan orang Islam. Penterjemahan buku
Arab ke bahasa Latin membolehkan khazanah Islam ini tersebar dan berpindah
ke dunia Barat sehingga kurun ke-16 M. Orang Islam Andalus yang telah
menyampaikan keilmuan Islam ke negara Eropah.

 Berdasarkan fakta yang dinyatakan tadi, sememangnya telah terbukti


bahawa tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar
melalui intelektual Islam dalam perkembangan sebahagian besar cabang seni
yang wujud pada hari ini.

 Pada hakikatnya Islam tidak pernah menolak kesenian malahan menerapkan


unsur murni yang menjadi teras kepada setiap cabang seni iaitu tauhid
bersesuaian dengan peredaran zaman.

 Jelas menunjukkan bahawa perkembangan seni sama ada seni khat, seni
bina, seni sastera mahupun seni muzik telah pun dibangunkan awal-awal
lagi oleh ilmuwan Islam. Buktinya ramai pencinta seni dari Barat
mempelajari dan mengkaji hasil seni ilmuwan Islam dan seterusnya
menggunakan pengetahuan itu untuk menjadi teras kebangkitan
ketamadunan mereka.

 Pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah diakui sebagai pemangkin


kepada zaman Renaissance atau Pembaharuan di Eropah yang akhirnya
melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN  61
HIDUP INSAN SEJAGAT

 Generasi pada hari ini sepatutnya merasa bangga dengan sumbangan


ilmuwan Islam yang begitu besar terhadap peradaban dan tamadun manusia
malahan mereka perlu mempunyai semangat dan iltizam untuk mengulangi
keagungan tahap pencapaian ilmu pengetahuan intelektual Islam satu masa
dahulu.

 Apa yang membantu kejayaan umat Islam dalam bidang ilmu seperti ini
ialah Islam itu sendiri yang bersikap terbuka dan positif terhadap ilmu
pengetahuan.

 Al-Quran juga sentiasa menggesa umat Islam supaya berfikir dan meneliti
tentang manusia dan alam.

 Ia menjadi aspirasi dan impian kita untuk menyaksikan suatu hari nanti
sejarah keagungan umat Islam seperti dahulu akan kembali berulang.

Astronomi Thitab
Botani Metafizik
Falsafah Monumen
Farmakologi Sains tabii
Fizik Seni bina
Thaligarafi Zoologi
Thhat

Abdul Alim Abdul Rahim., & Syed Idrus Syed Mohamad. (1995). Tamadun
Islam. Thuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor., & Zulkanain Abdul
Rahman. (2002). Tamadun Islam dan tamadun Asia (Ed. ke-2). Thuala
Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Azizan Baharudin. (1986). Pengenalan tamadun Islam di Andalus. Thuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pusataka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 SUMBANGAN TAMADUN ISLAM TERHADAP KESEJAHTERAN HIDUP
INSAN SEJAGAT

Ghazali Darusalam. (2001). Sumbangan sarjana dalam tamadun Islam. Thuala


Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors.
Hasan Langgulung. (1987). Pendidikan Islam: Satu analisa sosio psikologikal.
(t.th.). Thuala Lumpur, Malaysia: Pustaka Antara.
Thamil al-Baba. (1983). Dinamika kaligrafi Islam. (Terj. Sirojuddin, A. R., 1992).
Jakarta, Indonesia: Dar al-ÂUlum Press.
Mahayudin Yahya. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam, Malaysia: Fajar Bakti.
Mohd Mokhtar Shafie. (1993). Sejarah keagungan kerajaan Islam. Thuala Lumpur,
Malaysia: Nurin Enterprise.
Seyyed Hossein Nasr. (1987). Spiritualitas dan seni Islam. (Terj. Sutejo, 1992).
Bandung, Indonesia: Mizan.
Zulkifli Hassan., & Hanani Harun. (2006). Sumbangan intelektual Islam dalam
seni. Penang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


T o pi k  Tamadun
Melayu
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pembentukan tamadun Melayu;
2. Mengaitkan agama Islam dengan pembentukan tamadun Melayu;
3. Menyenaraikan ciri-ciri tamadun Melayu;
4. Membuktikan tamadun Malaysia berasaskan kepada tamadun
Melayu; dan
5. Membezakan Melayu Deutro dengan Melayu Proto dalam konteks
tamadun Melayu di alam nusantara.

 PENGENALAN
Tamadun adalah suatu peradaban masyarakat yang mempunyai penyusunan
stratifikasi masyarakat yang kompleks mengikut pengkhususan pekerjaan dan
tahap sosial yang berbeza yang tinggal menetap di sesebuah perbandaran.
Memartabatkan sesebuah tamadun bukan satu usaha yang mudah; ia
memerlukan kepakaran dan minat yang mendalam. Zaman moden ialah era
globalisasi dan ia juga cabaran baru abad ke-21 di mana jurang antara tamadun
Islam dan Barat semakin meluas dan tentunya memberi pengaruh serta kesannya
terhadap tamadun Melayu. Orang Islam di Malaysia berteraskan budaya Melayu
dan tentunya beragama Islam. Dengan itu tamadun Melayu tidak boleh
dipisahkan dengan agama Islam. Tamadun Melayu perlu diteruskan kerana
sumbangan besarnya terhadap tamadun manusia sejagat yang akan membantu
mengangkat tamadun Islam sedunia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

4.1 KONSEP TAMADUN MELAYU


Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di
suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama
seperti Gugusan Thepulauan Melayu, Gugusan Thepulauan Melayu-Indonesia,
Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi (Azam Hamzah, 1997).

Menurut Tenas Effendy (2004), istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam
dan luas. Sebahagian pengkaji menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua
pengertian, iaitu „Melayu‰ dan „kemelayuan‰. Melayu dimaksudkan sebagai
satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara
kemelayuan mengandungi erti „nilai anutan‰ dan „jati diri Melayu‰. Istilah
Melayu juga boleh ditakrifkan berdasarkan kriteria mengikut rumpun bangsa
dan bahasanya iaitu Melayu. Pelbagai suku yang tergolong dalam Melayu-
Indonesia adalah seperti Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau,
Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban dan Sulu.

Bellwood (1997) pula menegaskan Melayu merupakan satu masyarakat peribumi


atau masyarakat asal rantau ini – rantau atau wilayah kebudayaan yang disebut
sebagai Malay Archipelago, Thepulauan Melayu atau Alam Melayu. Thesatuan
Melayu ini hidup aman, damai dan rukun lantaran sifat adaptif, akomodatif dan
assimilatif. Thesatuan Melayu begitu mantap dalam kalangan masyarakat Melayu
kerana nilai kemelayuan yang dimiliki. Nilai kemelayuan inilah yang memberi
pengertian kehidupan bangsa Melayu dalam membina jati diri bangsa.

Tamadun Melayu ialah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa


Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di
seluruh rantau alam Melayu. Pemahaman terhadap tamadun Melayu sebagai
satu tamadun bangsa di rantau alam Melayu amat bersandar kepada
pemahaman terhadap tamadun Islam. Ini kerana kemunculan tamadun Melayu
bertitik tolak daripada penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam Melayu
secara keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh para pendakwah Islam di
seluruh rantau alam Melayu secara berperingkat-peringkat telah membina asas
tamadun Melayu. Islamnya Melayu adalah kerana pengislaman sultan dan
pembesar istana berdasarkan ketaatan rakyat terhadap sultan yang memerintah.

Menurut Ismail Hamid (1985), kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa


perubahan sehingga menjadikan bangsa Melayu sebahagian daripada dunia
Islam. Perubahan tersebut dapat dilihat dari semua aspek kehidupan seperti
bidang bahasa, sastera, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat
istiadat dan kesenian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  65

SEMAK KENDIRI 4.1

Nyatakan apakah konsep penting tamadun Melayu.

4.2 PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU


Dari segi kronologi pembentukan tamadun Melayu, ia dapat diselusuri bermula
dari zaman Paleolitik (zaman batu awal) kira-kira 35,000 tahun yang lalu.
Themudian ia diikuti oleh zaman Meseolitik (zaman batu tengah) 11,000 tahun
yang lalu, zaman Neolitik (zaman batu baru) 5,000 tahun dahulu dan seterusnya
dari zaman besi kira-kira 2,500 tahun yang lalu. Thronologi terakhirnya ialah
zaman kedatangan Islam di Nusantara kira-kira abad ke-11 Masihi.

Tamadun Melayu terdiri daripada bangsa Melayu yang mendiami kawasan di


Asia Tenggara yang dikenali sebagai gugusan kepulauan Melayu (The Malay
Archipelago) meliputi Melayu-Indonesia, Alam Melayu Nusantara atau
dipanggil sebagai Tanah Jawi (lihat Rajah 4.1). Istilah Melayu juga dikenali
dengan ciri-ciri bangsa Melayu, adat Melayu, berbahasa Melayu, berbudaya
Melayu dan beragama Islam (Shaharir Mohamad Zain, 2000).

Rajah 4.1: Peta alam Melayu


Sumber: http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab3-tamadun-awal-asia-tenggara/

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

Bangsa Melayu diperintah oleh kerajaan-kerajaan Melayu. Therajaan Melayu awal


mempunyai susunan struktur masyarakat yang kompleks dalam bentuk
piramid, raja sebagai pemimpin diikuti oleh pembesar istana dan paling bawah
rakyat jelata. Sarjana tempatan (Nik Hassan Suhaimi, 1993) mengatakan bahawa
orang Melayu ialah penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini
mengambil kira bahawa pada satu masa dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu),
kawasan Asia Tenggara merupakan satu dataran besar yang merangkumi pulau
Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo. Jika
kita menerima pendapat tersebut dan menggunakan pentarikhan tapak
prasejarah yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu tapak paleolitik,
maka didapati bahawa orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih daripada
12,000 tahun dahulu (Ahmad Hakimi, 1998).

Sungguhpun masyarakat dan kebudayaan Melayu mungkin telah wujud lebih


awal di kawasan Asia Tenggara, asas kepada kemunculan tamadun (atau
perbandaran) dan susunan masyarakat kompleks dibentuk dengan penguasaan
teknologi pertanian tetap pada zaman Neolitik (zaman batu 5000 M) (Ahmad
Hakimi, 2006). Secara umumnya, zaman Neolitik (atau zaman batu baru)
memperlihatkan perubahan teknologi yang berteraskan kepada penubuhan
tempat tinggal tetap (atau petempatan) sepanjang tahun (untuk menjaga
tanaman) dan pertanian tetap (untuk menghasilkan makanan yang mencukupi
sepanjang tahun).

Manifestasi tamadun Melayu yang terawal di kawasan Asia Tenggara adalah


dalam bentuk kerajaan awal Melayu sekurang-kurangnya 2,500 tahun dahulu
(Bellwood, 1997). Therajaan Melayu awal ini ialah kerajaan pra-Islam yang
memerintah di Oc Eo di Funan (sekarang Vietnam), Langkasuka di Selatan
Thailand, empayar Srivijaya di Palembang, Thuala Selinsing di Perak dan Lembah
Bujang di Thedah (Ahmad Hakimi, 2006). Sebahagian besar daripada kerajaan
Melayu awal di kawasan Asia Tenggara lebih tertumpu kepada aktiviti maritim.
Pelabuhan yang dirikan oleh mereka terlibat dengan perdagangan jarak jauh.
Perdagangan jarak jauh menunjukkan rangkaian perhubungan yang besar dan
memerlukan penempatan yang agak lama dan tetap untuk memudahkan
pengekalan perhubungan tersebut. Secara umumnya, perdagangan jarak jauh
dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan.

Sarjana menjangkakan bahawa lokasi Semenanjung Malaysia pada satu masa


dahulu begitu penting sekali untuk laluan perdagangan yang melalui perairan
Selat Melaka (Ahmad Hakimi, 2006). Pelabuhan di Semenanjung Malaysia
memainkan peranan sebagai tempat berehat yang penting untuk kapal layar
untuk meneruskan perjalanan sama ada ke Barat ataupun ke Timur mengikut
musim yang bersesuaian. Pelabuhan sedemikian berkembang untuk membentuk
tamadun (atau perbandaran) Melayu yang awal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  67

Tamadun Melayu awal yang terbentuk di Thuala Selinsing berbeza daripada yang
terdapat di Lembah Bujang oleh kerana ia tidak berfungsi sebagai sebuah pusat
keagamaan. Pada waktu yang sama, maklumat dari peninggalan arkeologi yang
ditemui di Thuala Selinsing menunjukkan bahawa tamadun ini tidak dipengaruhi
oleh kebudayaan Hindu-Buddha. Beberapa artifak yang ditemui di tapak
arkeologi ini menunjukkan bahawa penghuninya menggunakan sistem tulisan
Pahlavi (atau Sanskrit) untuk menulis dalam bahasa Melayu (Nik Hassan
Suhaimi, 1991). Pembentukan tamadun Melayu awal ditandai dengan wujudnya
bandar, penempatan yang lebih tersusun, pusat keagamaan dan pembinaan
monumen (besar) yang menggunakan batu. Contoh kerajaan Melayu awal yang
menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha adalah Angkor Wat di Themboja,
Borobudur di Pulau Jawa, Indonesia dan Lembah Bujang di Thedah, Malaysia.

Tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya dibentuk oleh
orang Melayu. Thebudayaan orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun awal
di rantau Asia Tenggara kerana teknologi mereka pada waktu itu mampu untuk
menguasai laluan perdagangan jarak jauh yang melalui kawasan perairan
kerajaan awal Melayu. Themampuan ini membezakan masyarakat Melayu
daripada masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, yang selalunya lebih
tertumpu ke kawasan pedalaman Asia Tenggara. Selepas kemunculan kerajaan
Melayu awal ini, perkembangan seterusnya dalam tamadun masyarakat Melayu
adalah dalam bentuk kerajaan Melayu Islam. Themunculan kerajaan Melayu
Islam adalah penting dalam perkembangan tamadun masyarakat Melayu.
Penggabungan antara kebudayaan Melayu dan agama Islam membentuk satu
tamadun Melayu yang baru iaitu satu tamadun yang menjadi asas kepada
identiti kebudayaan Melayu dan yang menjadi teras kepada pembentukan
tamadun Malaysia.

Terdapat kesinambungan daripada kerajaan (tamadun) awal Melayu ke kerajaan


Islam Melayu Melaka hingga ke kerajaan Persekutuan Malaysia yang sedia ada.
Sistem penyusunan kerajaan Persekutuan Malaysia ialah hasil daripada kerajaan
Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh penjajah Inggeris, satu perkembangan
yang mengambil masa lebih 500 tahun. Jika kita mengambil kira bahawa
kerajaan Melayu Islam tersebut telah berkembang dari kerajaan awal Melayu,
perkembangan kerajaan Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini telah
mengambil masa sekurang-kurangnya 2,000 tahun.

Tamadun Melayu ialah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa


Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di
seluruh rantau alam Melayu. Pemahaman terhadap tamadun Melayu sebagai
satu tamadun bangsa di rantau alam Melayu amat bersandar kepada
pemahaman terhadap tamadun Islam. Ini kerana kemunculan tamadun Melayu
bertitik tolak daripada penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam Melayu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

secara keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh para pendakwah Islam di


seluruh rantau alam Melayu secara bertahap telah membina asas tamadun
Melayu. Situasi ini bertambah mantap apabila para pendakwah berjaya menarik
minat pemerintah Melayu khususnya golongan istana. Sedikit demi sedikit
pemerintah Melayu beralih kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini memberi
kesan yang amat besar kepada pembinaan tamadun Melayu sebagai satu
tamadun yang menghubung jalin suku kaum Melayu yang pelbagai.

Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world
view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu
disandarkan kepada falsafah Islam. Oleh itu, akar umbi bagi tamadun Melayu
adalah tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya
merubah kepercayaan, pemikiran, budaya dan tingkah laku masyarakat Melayu
di negara dan rantau ini (Mohd Taib Osman, 1989).

4.3 CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU


Tamadun Melayu mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

(a) Wujudnya sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai
melalui etika dan moral yang berwibawa. Sistem ini dikuatkuasakan untuk
menjamin kemakmuran dari semua perlakuan dan tindak tanduk
masyarakat Melayu dalam segala aktiviti;

(b) Themajuan ilmu pengetahuan melalui lahir dan berkembangnya daya


kreativiti dalam penciptaan sains, teknologi, kesenian, kesusasteraan,
falsafah dan sebagainya;

(c) Terdapat penempatan masyarakat Melayu di sesuatu atau beberapa


kawasan yang disatukan menjadi bandar, kota atau negara kota serta
mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun;

(d) Jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan panjang;

(e) Wujudnya sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang kukuh dalam
bidang pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan, agama dan sebagainya;

(f) Penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang sama atau
serumpun;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  69

(g) Peningkatan kualiti hidup melalui pendidikan, kesihatan dan


perekonomian; dan

(h) Terdapatnya sistem kepercayaan agama (Islam) dan amalan beragama.

AKTIVITI 4.1

Berdasarkan ciri-ciri yang telah dibincangkan, berikan contoh yang sesuai


dengan merujuk kepada suatu tempoh masa tertentu. Bentang dan
bincangkan bersama rakan.

4.4 HUBUNGAN TAMADUN MELAYU


DENGAN ISLAM
Interaksi antara tamadun Melayu dengan Islam bermula apabila agama Islam
mula berkembang di alam Melayu. Perkembangan Islam di alam Melayu ini
mulanya dibawa oleh orang Arab yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-7
Masihi. Ini dapat dibuktikan melalui catatan tulisan Arab atau Jawi yang dipahat
di batu nisan dan batu bersurat. Selain daripada itu terdapat juga pendapat yang
mengatakan Islam masuk ke Tanah Melayu melalui India dan China.
Thedatangan Islam ke alam Melayu telah diterima baik oleh orang Melayu kerana
faktor ketaatan mereka terhadap sultan, pembesar istana dan tok guru.
Themasukannya juga berlaku secara aman berdasarkan faktor dakwah, geografi,
perekonomian, perkahwinan serta faktor politik dan penaklukan.

Coedes (1968) menjelaskan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu telah


mengubah kepercayaan kehidupan beragama daripada dinamisme, animisme,
naturisma, pluralisme (Hinduisme dan Buddhisme) kepada monoteisme dengan
menyembah Tuhan yang Esa. Ia juga turut mengubah pemikiran orang Melayu
terhadap unsur religi dan magi. Thedatangan tamadun Islam mengubah corak
pemikiran, akidah dan akhlak masyarakat Melayu melalui sikap hormat-
menghormati antara manusia, cara berpakaian, cara berpolitik, kebudayaan dan
menitikberatkan soal persamaan taraf.

Biarpun Islam telah mengubah kepercayaan dan fahaman keagamaan kepada


orang Melayu, namun masyarakat Melayu masih tekal dengan identiti dan entiti
kemelayuan dengan mengekalkan nilai dan struktur yang tidak berlawanan
seperti lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Didikan ibu bapa atau
keluarga sangat dalam sehingga nilai kemelayuan tidak terhapus dengan
kedatangan Islam. Secara kebetulan pula nilai murni orang Melayu selari dengan
nilai Islam. Ini yang menyebabkan orang Melayu mudah menerima Islam dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

pada masa yang sama masih mengekalkan identiti kemelayuan (Buerah Tunggak
& Hussin Salamon, 2011).

Thesimpulannya, interaksi tamadun Islam dengan tamadun Melayu memberi


kesan besar dalam pembangunan tamadun Melayu, terutamanya dari aspek
pembangunan insan dan kesannya dapat dilihat sehinggalah hari ini.

4.5 TAMADUN MELAYU ASAS TAMADUN


MALAYSIA
Tamadun Melayu yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah bertunjangkan
kepada tamadun Melayu yang telah dibina sekian lama berdasarkan kronologi
persejarahan. Tamadun Melayu adalah tamadun yang bersifat sejagat,
dibangunkan oleh bangsa Melayu itu sendiri berteraskan bahasa Melayu,
berbudaya Melayu dan beragama Islam. Pemahaman terhadap tamadun Melayu
sebagai satu tamadun bangsa di rantau alam Melayu amat bersandar kepada
pemahaman terhadap tamadun Islam. Ini kerana kemunculan tamadun Melayu
bertitik tolak daripada penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam Melayu
secara keseluruhannya. Manakala tamadun Malaysia pula dibentuk berdasarkan
unsur Melayu yang dikaitkan dengan keagamaan, keunggulan identiti diri,
kesenian dan budaya, nilai politik dan perundangan.

Dalam subtopik yang seterusnya, kita akan membincangkan beberapa asas


utama yang menjadi tunjang kepada pembentukan tamadun Melayu seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Asas pembentukan tamadun Melayu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  71

4.5.1 Pengamalan Agama Islam


Agama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membina tamadun
Melayu. Tanpa kemasukan agama Islam ke alam Melayu sudah tentunya
pengaruh dan nilai Hinduisme-Buddhisme akan menjadi anutan kepada
masyarakat Melayu. Islam datang membawa perubahan secara drastik dengan
menekankan unsur akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan dan kemuliaan
insan. Agama Islam yang bersifat murunah (lentur) sangat sesuai dengan jiwa
dan budaya masyarakat Melayu yang bersifat lemah lembut dan saling bertolak
ansur. Dorongan belajar yang diketengahkan oleh Islam bermula dengan
pengajaran membaca al-Quran dan diselang-selikan dengan membaca dan
menyelongkar isi kandungan naskhah kitab yang telah ditulis oleh ulama
terdahulu. Fahaman ini memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk lebih
banyak berfikir dan berdaya maju. Situasi ini telah mencetuskan fenomena baru
kepada perkembangan intelektual masyarakat Melayu. Pendidikan Islam yang
bermula di istana telah dikembangkan di masjid, madrasah, pondok, sekolah dan
universiti.

Sejarah Malaysia telah mencatatkan, ketika membentuk Perlembagaan


Persekutuan 1956, perkara agama tidak diketepikan, malah ia menjadi perkara
penting dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3(1) memperuntukkan
agama Islam ialah agama bagi persekutuan. Walau bagaimanapun, agama lain
boleh diamalkan tanpa sebarang halangan atau gangguan daripada mana-mana
pihak. Dengan kata lain, agama ialah salah satu aspek penting dan perlu diambil
kira dalam membentuk dan membangun tamadun negara.

4.5.2 Penerapan Nilai Jati Diri


Thelangsungan tamadun sesuatu bangsa terletak kepada kekuatan nilai jati diri.
Jati diri Melayu diasuh melalui pengamalan lima rukun negara dan nilai
patriotisme melalui persejarahan bangsa. Antara nilai yang diketengahkan dan
menjadi asas kepada pembentukan tamadun bangsa Melayu sebagai asas kepada
pembentukan tamadun Malaysia adalah seperti bertanggungjawab, jihad,
istiqamah, ihsan, jujur dan ikhlas, adil, bijaksana, bertolak ansur, cekap,
produktif, dedikasi dan kerjasama.

Jika diperhatikan secara halus, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu
bertitik tolak daripada keluarga. Theluarga dilihat sebagai agen sosialisasi utama
dalam masyarakat. Apabila keluarga telah menjalankan tanggungjawab, ia telah
menyelesaikan sebahagian tuntutan dalam pembinaan ketamadunan bangsa.
Oleh sebab masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh Islam sebagai teras
kehidupan, mereka telah menjadikan ajaran ini sebagai nadi pembentukan nilai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

dan peradaban di samping nilai asal yang sedia ada dalam masyarakat Melayu
yang terkenal dengan sopan santun, hormat-menghormati, taat setia dan mesra.

4.5.3 Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya


Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan seni estetika seperti seni sastera, seni
lagu, seni tari, seni ukiran, seni bina, seni hias dan seni drama. Sebagai
contohnya, seni bina masjid banyak menerima pengaruh dan kesan daripada
seni reka Islam daripada Timur Tengah dari reka bentuk kubah, hiasan mimbar
dan hiasan dalamannya. Selain itu seni ukir batu nisan dengan seni tulisan khat
juga berinspirasikan tamadun Islam. Warisan kesenian budaya Melayu ini juga
boleh dilihat dalam pelbagai bentuk hasil seni seperti pada tenunan, arca, ukiran
dan barang hiasan rumah.

Seni lagu dan muzik tamadun Melayu di Malaysia juga tidak terkecuali daripada
menerima pengaruh Islam di samping seni kontemporari semasa seperti muzik
dakwah, nasyid, qasidah, muzik keroncong, muzik Melayu asli dan sebagainya.
Theindahan melodi dan seni kata mengenai unsur alam, kemasyarakatan dan
unsur humanisme mampu meningkatkan imej dan keperibadian diri agar
mendekati nilai murni. Masyarakat Melayu juga terkenal dengan penciptaan
peralatan seperti rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, gambang, dan
gong. Selain itu mereka juga kaya dengan keindahan seni sastera seperti sajak,
gurindam, syair, puisi, prosa, cerpen, cerita pedoman dan novel, juga kaligrafi
tulisan Melayu klasik yang terpancar melalui tulisan khat ayat al-Quran atau
hadis Nabi.

4.5.4 Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan


Thedatangan Islam di alam Melayu turut merubah aspek politik dan
perundangan. Pentadbiran negara mula ditandai melalui kesultanan Melayu
Melaka. Melaka pada abad ke-13 M terkenal sebagai pusat pentadbiran dan
perundangan di kepulauan Melayu. Politik Islam melalui musyawarah dalam
membuat sebarang keputusan telah diimplementasikan di setiap jabatan
kerajaan di samping politik demokrasi dalam menentukan dan memilih
kepimpinan negara.

Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia sejak pemerintahan Therajaan


Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksana oleh Thesultanan
Melaka bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan (munakahat), jual beli
(muamalat), jenayah (jinayat) dan kemasyarakatan (muamalat) malah
melangkaui bidang sivil. Hal ini dibuktikan dengan adanya naskhah Melayu
dalam perundangan seperti Hukum Thanun Melaka yang mengandungi 27 fasal

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  73

undang-undang, sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskhah


yang terdapat dalam koleksi Muzium British mengandungi 44 fasal (Mahmood
Saedon: 219). Menerusi teks ini dapat dibuat kesimpulan bahawa Undang-
undang Thanun Melaka berdasarkan undang-undang Islam daripada aliran
mazhab Syafie. Selain itu, kewujudan unsur adat Melayu tidak dinafikan dalam
undang-undang Melayu.

4.5.5 Pembinaan Pembangunan Ekonomi


Dari aspek perekonomian, sekali lagi Melaka telah mencatatkan sejarah
kegemilangannya dalam urusan perdagangannya dengan negara penjajah dari
Eropah seperti Belanda dan Inggeris. Tidak ketinggalan juga perdagangannya
dengan negara dari Timur Tengah (Arab). Pelbagai jenis barang perdagangan
diperniagakan bagi memenuhi keperluan domestik sehingga ke peringkat
antarabangsa seperti barangan logam, rempah ratus, pembinaan, kayu kayan
dan pertanian. Pada waktu itu urusan jual beli dijalankan dengan menggunakan
wang emas (lihat Rajah 4.3)

Rajah 4.3: Siling wang emas yang pernah digunakan suatu masa dahulu
Sumber: http://www.sabrizain.org/malaya/gallery/currency/pasai-zainal.jpg

Perkembangan pesat ekonomi Semenanjung Tanah Melayu telah mencetuskan


keperluan tenaga kerja di sektor perladangan dan perlombongan. Bagi mengatasi
masalah ini penjajah Inggeris telah membawa buruh asing khususnya dari India
dan Cina untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Tiga kelompok bangsa ini
mudah dikenali menerusi kegiatan ekonomi yang mereka usahakan dan
penempatan warisan mereka sehingga membentuk masyarakat majmuk. Pada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

tahun 1970, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi


merapatkan jurang perbezaan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu
(pertanian), masyarakat Cina (perniagaan) dan masyarakat India (perladangan).
Pengeksportan pertanian negara seperti timah, getah, kelapa sawit, kelapa dan
juga perindustrian turut menyumbang kepada hasil negara. Buat masa ini
FELDA dan PETRONAS menjadi peneraju utama dalam mengukuhkan
pendapatan negara.

4.5.6 Pembinaan Institusi Pendidikan


Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di alam Melayu
ditulis dengan menggunakan huruf Thawi dan Nagari yang berasal dari Pallava,
India. Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam tamadun Melayu selepas
kedatangan Islam. Huruf Arab yang berasal daripada al-Quran telah
menggantikan huruf Thawi dan Nagari. Oleh itu, kedatangan Islam ke alam
Melayu ini telah melahirkan satu bentuk tulisan baru bagi masyarakat rantau ini
yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini kemudiannya telah digunakan
secara meluas dalam bidang penulisan kitab agama Islam yang menjadi medium
utama penyebaran ajaran Islam di daerah Nusantara ini.

Thedatangan penjajah Inggeris dengan membawa tulisan Rumi turut menjadi


cabaran kepada tulisan Jawi. Pihak Inggeris enggan mengiktiraf tulisan Jawi
kerana ia mirip tulisan Arab yang dikaitkan dengan agama Islam. Thehadiran
Inggeris dengan misi kristianisasi telah gagal mengubah akidah orang Melayu
yang sangat kuat berpegang dengan akidah Islam tetapi telah berjaya
menggantikan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi. Asas penguasaan tulis-baca
inilah yang menyebabkan institusi pendidikan terus berkembang bermula
daripada pendidikan di istana, rumah tok guru, sistem pondok, sekolah Arab
atau agama, pendidikan Inggeris dan seterusnya tertubuhnya sekolah rendah
dan menengah, kolej, maktab dan universiti.

AKTIVITI 4.2
1. Buktikan tamadun Melayu mempunyai identiti tersendiri
berbanding tamadun lain di dunia ini.

2. Sejauh manakah kebenaran yang mengatakan tamadun Melayu


ialah asas pembentukan Tamadun Malaysia?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  75

4.6 TAMADUN MELAYU DI ALAM


NUSANTARA
Nusantara merupakan satu nama yang tidak asing dan amat sinonim dengan
alam Melayu. Alam Melayu pula dirujuk kepada negara di Asia Tenggara
termasuklah kepulauan Indonesia, Tanah Melayu dan kepulauan Borneo dan
Filipina. Menurut sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih daripada 5,000
tahun, manakala tamadun Melayu Deutro (Melayu baru) lebih kurang 3000
tahun Sebelum Masihi.

Masyarakat Melayu Proto (Melayu lama) yang dominan sebagai pelaut belayar
di sepanjang Sungai Mekong, China, Myanmar, Laos, Themboja, Vietnam,
Thailand hingga Semenanjung Tanah Melayu. Masyarakat Melayu Proto terkenal
dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi. Mengikut teori
tersebut Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai
kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro
yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai
kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Berlaku pertembungan budaya apabila
Melayu Proto dan Melayu Deutro berkahwin dengan masyarakat dari pulau
selatan seperti Jawa serta penduduk tempatan yang berasal daripada keturunan
Australasia dan Negrito. Thedua-dua rumpun Melayu Proto dan Deutro
mempunyai persamaan adat resam Melayu yang hampir sama menggunakan
bahasa Melayu yang hampir sama.

Tamadun terawal rumpun Melayu dicatat dalam sejarah Thhmer ialah tamadun
Thhmer Funan di Delta Mekong. Therajaan Funan wujud dalam abad ke-1 Masihi
hingga pertengahan abad ke-6 Masihi sehingga 800 M. Therajaan Funan
merangkumi sebahagian besar Indo-China hingga ke negeri di utara
Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3 Masihi hingga ke-6 Masihi
seluruh selatan Thailand dan negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang ini
berada di bawah Funan. Themudian, Therajaan Funan dijatuhkan Themboja atau
Chenla mengikut catatan China pada pertengahan abad ke-6 M. Berlaku migrasi
mencari perlindungan semasa Empayar Thhmer Angkor. Palembang dan Melaka
merupakan antara tempat yang mereka datang dan menetap di situ.

Inskripsi Batu Bersurat Thedukan Bukit mempunyai teks silam Melayu yang
mempunyai persamaan dengan tulisan yang terdapat pada muka pintu Yunan,
2006 (lihat Rajah 4.4). Ini menunjukkan terdapat migrasi penduduk Yunan
sehingga ke Palembang. Tulisan moden Yunan itu merupakan tulisan tradisional
minoriti Dai iaitu salah satu penduduk asal Wilayah Yunan, China.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

Rajah 4.4: Teks naskhah tertua


Sumber: https://www.google.com/#q=image+of+tamadun+melayu

Hubungan antara Melayu dan Cham dapat dikesan daripada persamaan bahasa
Cham dan bahasa Melayu dan persamaan tersebut ditemui pada nama tempat
seperti Thampong Cham, Thambujadesa dan Thampong Chhnang. Pada sekitar
tahun 1400 wujudnya komuniti Cham di Melaka dan kenyataan tersebut dengan
jelasnya terdapat dalam Sejarah Melayu. Menurut sejarah, Therajaan Campa
dihancurkan oleh Vietnam pada tahun 1471 dan telah mengorbankan lebih
kurang 120,000 pada pertengahan tahun 1400. Themudian setelah pengaruh Islam
meluas di Nusantara pada ketika itu, Raja Champa telah memeluk Islam sekitar
tahun 1600 M. Migrasi berlaku apabila raja Muslim yang terakhir Pô Chien
mengumpulkan orangnya dan berhijrah ke selatan Themboja sementara mereka
yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke
Thelantan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  77

SEMAK KENDIRI 4.2

Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu:

1. Rumpun bahasa bangsa Melayu terangkum dalam kelompok


Austronesia-Nusantara

2. Thawasan wilayah tamadun Melayu merangkumi kawasan


Thampuchea, Myanmar, Pattani, Semanjung Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa
kepulauan lain di selatan Thailand, Filipina dan Indonesia.

Masyarakat Melayu era pascamodernisme telah migrasi ke serata dunia


dari Asia Tenggara, Asia Tengah, benua Afrika, Eropah hinggalah ke
benua Amerika. Adakah masyarakat Melayu minoriti di negara-negara
ini memiliki tamadun Melayu? Mari fikirkan dan cari jawapannya.

 Thedatangan Islam di alam Melayu bukan sahaja mengubah landskap


kepercayaan agama bahkan juga turut membina tamadun Melayu yang baru.

 Bangsa Melayu telah berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang


terutamanya setelah kedatangan Islam ke rantau ini.

 Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan


tamadunnya dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan
pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, amalan pendidikan, kerancakan
ekonomi, keindahan seni estetika, kemurnian budaya serta kesepaduan
sosialnya.

 Dalam membina peradaban Melayu menjelang negara maju 2020, apa yang
perlu dilakukan oleh masyarakat Melayu adalah terus mempertahankan
eksistensi Melayu dan terus memperkasakan tamadun Melayu melalui
pelbagai aktiviti yang bersifat inovasi serta bergerak aktif, dan mampu
berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain seperti China, Jepun,
Thorea dan India.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 TAMADUN MELAYU

Adaptif Maritim
Akomodatif Melayu Deutro
Assimilatif Melayu Proto
Dominan Nusantara
Huruf Thawi Zaman Mesolitik
Huruf Nagari Zaman Neolitik
Interaksi Zaman Paleolitik

Ahmad Hakimi Thhairuddin. (2006). Arkeologi dan sejarah kebudayaan Melayu:


Satu tinjauan awal. Purba, 24, 1-10.

Azam Hamzah. (1986). Sejarah dan tamadun Islam di Andalus. Thuala Lumpur,
Malaysia: Hizbi.

Bellwood, P. S. (1997). Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago (Ed. semak).


Honolulu, HI: University of Hawai'i Press.

Braddell, R. (1935). An introduction to the study of ancient times in the Malay


Peninsula and the Straits of Malacca, Journal of the Malayan Branch of the
Royal Asiatic Society, 13 (2), 70-109.

Buerah Tunggak., & Hussin Salamon. (2011). Mengembalikan kegemilangan


tamadun Melayu-Islam menerusi pemupukan budaya niaga berteraskan
akhlak. Sari-international Journal of the Malay World and Civilisation ,
29 (2), 123-147.

Coedes, G. (1968). The indianized states of Southeast Asia. (Walter, F. V. Trans.)


(2nd ed.). Canbera, Australia: ANU Press.

Hashim Awang A. R., Zahir Ahmad., & Zainal Abidin Borhan (Terj.). Pengajian
sastera dan sosiobudaya Melayu: Memasuki alaf baru. Thuala Lumpur,
Malaysia: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TAMADUN MELAYU  79

Hassan Suhaimi. (1999). Arkeologi pra-Islam pesisir Selat Melaka: Evolusi atau
migrasi. Syarahan Perdana Universiti Thebangsaan Malaysia. Bangi,
Malaysia: Universiti Thebangsaan Malaysia.

Ismail Hamid. (1985). Peradaban Melayu dan Islam. Petaling Jaya, Malaysia:
Fajar Bakti.

Mohd Taib Osman. (1989). Malay folk beliefs an intregration of disparate


elements. Thuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. (1993). Menyusuli asal usul orang
Melayu: Dari perspektif arkeologi Semenanjung Malaysia. Dalam sejarah
dan proses pemantapan negara bangsa. Prosiding Thongress Sejarah
Malaysia kedua. jil. 2.

Shaharir Mohamad Zain. (2000). Angka Melayu sebelum kedatangan Islam.


Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society. Bangi, Malaysia:
Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti
Thebangsaan Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumbangan
5 dan Hasil
Pencapaian
Tamadun
Melayu
terhadap
Peradaban
Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan pencapaian tamadun Melayu dalam pelbagai bidang; dan
2. Memberi contoh pencapaian tamadun Melayu yang sesuai dalam
bidang tertentu.

 PENGENALAN
Asas tamadun Melayu adalah bersumberkan daripada bangsa Melayu yang
tentunya berteraskan kepada agama Islam, kebudayaan Melayu dan bahasa
Melayu. Terdapat sesetengah pengkaji yang menyatakan bahawa kedatangan
agama Islam telah merubah tamadun Melayu kepada tamadun Islam atau
tamadun Melayu Islam kerana sifat asimilasi Islamnya yang kuat menerap dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  81
TERHADAP PERADABAN DUNIA

memberi kesan terhadap tamadun Melayu. Malah banyak unsur dalam tamadun
Melayu dari segi intelektual ilmu, penggunaan bahasa, amalan agama dan pola
hidup budaya telah berubah menjadi Islam sepenuhnya. Sehubungan dengan
itu, segala hasil pencapaian dan sumbangan tamadun Melayu terhadap
peradaban dunia yang menjadikan bukti kegemilangan Melayu pada hari ini
bersumberkan daripada worldview agama Islam.

Memang benar bahawa tamadun Melayu telah wujud sebelum kedatangan Islam
lagi khususnya apabila dirujuk kepada keagungan kota Melaka tetapi dengan
kedatangan Islam selepasnya pada abad ke-15 M, tamadun Melayu telah
bertambah matang dan lebih dikenali melalui kegemilangannya. Pencapaian ini
dibuktikan dalam banyak bentuk seperti melalui bahasa dan seni sastera,
budaya, sains dan teknologi, seni bina, artifak dan sebagainya yang boleh dilihat
sehingga ke hari ini.

Pada asasnya, sumbangan dan pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban


dunia boleh dilihat dari tiga aspek utama, iaitu agama dan kepercayaan,
keilmuan dan kebendaan. Thita akan membincangkan ketiga-tiga aspek ini
dengan lebih mendalam lagi pada subtopik yang seterusnya.

5.1 PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU


Banyak pencapaian dalam tamadun Melayu yang boleh dilihat pada hari ini
berasaskan kepada sumbangan para sarjana Melayu pada masa silam. Hasil
material, intelektual dan spiritual dalam tamadun Melayu boleh kita ringkaskan
seperti dalam Rajah 5.1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.1: Sumbangan pencapaian tamadun Melayu terhadap peradaban dunia

Setiap satu aspek sumbangan dalam ketiga-tiga kategori ini akan dibincangkan
dengan lebih lanjut lagi dalam subtopik seterusnya.

5.1.1 Sumbangan dalam Pembentukan Kerajaan dan


Sistem Pemerintahan
Tamadun Melayu kaya dengan pelbagai sumber sejarah yang berkesinambungan
melalui pelbagai sumber dari penulisan hingga penemuan berbentuk arkeologi.
Menurut Zainal Abidin (2001), dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah
politik atau negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik atau
kerajaan Melayu sebelumnya (lihat Rajah 5.2). Sistem berkerajaan dan
pemerintahan Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah
kerajaan atau pusat tamadun Melayu lama seperti Srivijaya, Temasik, Melaka,
Johor-Riau dan Lingga.

Dari segi kerajaan dan sistem pemerintahan negara Malaysia pada hari ini,
Malaysia mengamalkan sistem beraja (monarki) melalui sistem pentadbiran
berparlimen dan berperlembagaan yang merangkumi seluruh 16 buah negeri.
Walau bagaimanapun, empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak diperintah melalui Thetua Menteri dan Gabenor berbanding dengan 12

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  83
TERHADAP PERADABAN DUNIA

buah negeri selainnya yang diketuai oleh Sultan. Biarpun begitu kesemua negeri
tersebut diletakkan di bawah „Therajaan Persekutuan‰ yang diketuai oleh Duli
Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Setiap politik Melayu yang dinyatakan di atas, diperintah oleh raja atau sultan
atau Yang di-Pertuan menjadi sistem pemerintahan raja berperlembagaan.
Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua institusi beraja, iaitu Yang di-Pertuan
Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam
pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertuan Agong
merupakan ketua utama negara yang mengetuai tiga buah badan dalam kerajaan
iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan
kehakiman (judiciary). Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam politik dan
pemerintahan negara dan baginda boleh mewakilkan tugasnya kepada sesiapa
atau suruhanjaya yang dilantik atas perkenan baginda berdasarkan bidang
kuasanya. Baginda merupakan payung dan paksi kepada perjalanan sistem
pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja berperlembagaan kerana
baginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat
Perdana Menteri atau jemaah menteri seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Abdul Aziz Deraman, 2003).

Melalui sistem pemerintahan di atas, maka dapat dilihat betapa majunya


tamadun Melayu di bawah sistem beraja. Melalui payung ke bawah Duli Yang
Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong semua sistem pemerintahan dapat
disepadukan, keadilan dapat ditegakkan, agama Islam dapat dipelihara, budaya
dan bahasa yang datang daripada pelbagai kaum juga telah dapat disatukan.
Yang menariknya terdapat sembilan buah negeri iaitu Perlis, Thedah, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Thelantan yang terus
mengekalkan sistem pemerintahan secara bersultan. Thesultanan Melayu inilah
menjadi tunjang utama dalam kelangsungan tamadun Melayu hingga sekarang.

Susur-galur sistem pemerintahan di Tanah Melayu bermula melalui kerajaan


Islam Palembang, Pasai, Acheh dan Riau di bahagian selatan Tanah Melayu.
Manakala di utara Tanah Melayu dimulai dengan kerajaan Islam Patani.
Thesemua negeri tersebut diperintah melalui sistem pentadbiran berasaskan
syariat Islam. Banyak contoh dan bukti dikutip melalui penemuan batu bersurat
dan makam para raja atau sultan yang bertulisan Arab. Begitu juga melalui
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Thanun Melaka yang juga
mengamalkan perundangan syariat Islam melalui sistem percukaian dan hukum
muamalat (perniagaan) semasa pemerintahan Thesultanan Melayu Melaka.
Manakala negeri di utara Tanah Melayu seperti Thedah telah menerima pengaruh
kerajaan Islam Patani, melalui "Undang-undang Thedah" kemudiannya tersebar
di Therajaan Thesultanan Melayu Perak melalui sistem pentadbiran yang diberi
nama Âal-AsmaÊullah dan „Undang-undang 99‰ oleh kerajaan Melayu Pahang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.2: Therajaan dan sistem pemerintahan Melayu Melaka


Sumber: http://www.malaysiakini.com/columns/174272

AKTIVITI 5.1
Secara berkumpulan, kaitkan pencapaian tamadun Melayu dalam
pembentukan kerajaan dan sistem pemerintahan ini dengan peradaban
dunia dengan memberi contoh yang lebih terperinci.

5.1.2 Sumbangan dalam Bidang Ekonomi


Dari aspek perekonomian, pelabuhan Melaka, Acheh dan lain-lain di rantau
alam Melayu telah berjaya menggerakkan sistem perekonomian masyarakat
Melayu hingga terkenal ke serata dunia khususnya Eropah, China, Arab dan
India pada waktu itu. Hal ini dapat dibuktikan melalui catatan bahawa kekayaan
dan kemakmuran ekonomi kerajaan Melayu Melaka telah menjadi faktor utama
penaklukan Portugis ke atas Melaka. Pada awal perdagangan, pelabuhan
dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat Melayu Melaka yang dibuat secara mikro
perdagangan melalui individu, pasar dan bandar kecil. Ia kemudiannya bergerak
ke arah perekonomian makro apabila aktiviti perdagangan Melaka mula
menjalankan kegiatan import dan eksport melalui kedatangan para pedagang
luar yang bukan sahaja dari Eropah, China, Arab dan India, malah pedagang
sekitarnya seperti Acheh, Pasai, Makasar, Maluku, Demak, Betawi, Terengganu,
Siam, Pahang, Thedah dan Johor turut merancakkan lagi perdagangan di
pelabuhan kota Melaka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  85
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Themakmuran kota Melaka pada masa itu telah ditadbir urus oleh Sultan
Muzaffar Shah yang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas. Jawatankuasa
itu ditubuhkan bagi mengawasi semua laluan dan aktiviti perdagangan kota
Melaka melalui Datuk Shah Bandar yang memperkenalkan sistem kutipan cukai
serta peraturan perniagaaan yang lain seperti hal timbangan, pertukaran sistem
„barter‰ dan tukaran mata wang.

Thepesatan perekonomian kota Melaka dan kesan hubungan diplomatik dan


perniagaan dengan dunia luar melalui sistem perdagangan terbuka telah
menjadikan kota Melaka sebuah kota yang sangat terkenal. Pekan kecil di
sekitarnya telah tumbuh melata menjalankan perniagaan domestik melalui hasil
pertanian, ternakan, perikanan, barangan tembaga, emas, kraf, kayu, gaharu dan
rempah ratus. Desa dan kampung telah berubah menjadi kota, warga desa
bermigrasi ke bandar yang berpusat di kota Melaka. Pertambahan penduduk
kota menyebabkan Sultan Melaka telah menyediakan prasarana yang
selengkapnya seperti jalan, sistem pengairan, perumahan, perparitan, lampu
jalan, tempat mandi dan tandas awam. Masyarakat kota Melaka mula dididik
dengan hidup menurut peraturan dan undang-undang yang merupakan
sebahagian daripada cara hidup bertamadun.

Thegiatan perekonomian masyarakat Melayu kota Melaka bertambah tersusun


dan maju apabila Sultan Muzaffar Shah memperkenalkan penggunaan mata
wang menggantikan sistem „barter‰ (pertukaran barang dengan barang) yang
digunakan dalam semua bentuk perdagangan. Antara mata wang yang telah
digunakan ialah mata wang Thesultanan Melayu Melaka dan Thesultanan Melayu
Acheh Darussalam.

AKTIVITI 5.2

Pada pendapat anda, bagaimanakah sumbangan tamadun Melayu


dalam bidang ekonomi ini membantu perkembangan ekonomi dunia
dari dulu hingga kini? Bincangkan bersama tutor dan rakan.

5.1.3 Sumbangan dalam Bidang Pendidikan


Sistem pendidikan di Tanah Melayu pada awalnya kurang jelas. Selepas
kedatangan Islam, sistem pendidikan di Tanah Melayu mula menampakkan ciri-
ciri pendidikan yang tersusun melalui istana dan kemudiannya tersebar di
rumah ulama atau rumah tok guru, masjid, pondok dan madrasah.
Thebijaksanaan para pendakwah dari negara Arab yang pada mulanya datang ke
Melaka sebagai pedagang telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

agama Islam. Mereka menyedari dengan Islamnya Sultan Melaka dan para
pembesar istana, maka seluruh rakyat kota Melaka akan turut menganut agama
Islam kerana sifat taat masyarakat Melayu Melaka terhadap sultannya. Oleh
sebab itu sistem pendidikan Islam yang mula bertapak di istana akan tersebar
kepada sekalian rakyat melalui teori domino tersebut.

Sistem pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu bermula melalui


pendidikan informal yang dibuat secara tradisional melalui pantun, syair,
hikayat, gurindam, seloka, nazam dan sebagainya. Melalui tradisi ini juga,
masyarakat disindir, dihukum dan dinasihatkan melalui perumpamaan, bidalan,
peribahasa dan simpulan. Manakala pendidikan formal pula dibuat secara lebih
bersistematik melalui institusi pondok dan madrasah. Dari segi kurikulumnya, ia
lebih berfokuskan kepada bidang pendidikan Islam seperti tauhid, fikah, akhlak,
tafsir dan sejarah Islam (Mohd Salleh Lebar, 2002) (lihat Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Permulaan sistem pendidikan tamadun Melayu

Pendidikan Melayu yang berteraskan pendidikan Islam berkembang maju


apabila sultan mengetuai sistem pendidikan dalam sesebuah negeri. Sejarah
Melayu telah memaparkan situasi ini di mana Sultan Melaka telah membuka
sistem pendidikan melalui pengajian di istana dengan memanggil ramai ulama
dari Tanah Arab untuk mengajar di istana dan juga kepada rakyat jelata. Sultan
Melaka juga telah memperkenalkan sistem gaji melalui bayaran upah mengajar
di rumah tok guru, masjid, pondok dan madrasah. Bukan itu sahaja malah Sultan
Melaka sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga banyak kitab agama
berbahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu melalui tulisan
Jawi-Arab seperti kitab Dur al-Manzum, kitab al-Lumadan, kitab Thifayah al-
Muhtajin ila Mashrab al-Muwahhidin al-Qailin bi Wahdatal-wujud.

Melalui sistem pendidikan ini telah melahirkan ramai golongan intelektual


Melayu yang berperanan membantu kerancakan, kematangan dan penerusan
dalam memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat Melayu. Antara intelek

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  87
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Melayu yang tercatat dalam sejarah ialah Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-
SumateraÊi, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Abdul Samad al-
Palembani, Yusuf Tajul Thhalwati Makasar, Muhamad Nafis al-Banjari,
Muhamad Arsyad al-Banjari, Daud al-Fatani dan keturunannya (Zainal Abidin
Borhan, 2001).

Tokoh dalam kalangan intelektual Melayu inilah yang telah melahirkan karya
dan naskhah Melayu atau manuskrip Melayu. Naskhah Melayu yang dihasilkan
oleh golongan intelek Melayu merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat
seperti perubatan, ilmu falak (astronomi), undang-undang, pemerintahan
(ketatanegaraan), pertanian, pengetahuan Islam, sejarah Melayu dan
kemasyarakatan. Sebagai contoh, naskhah perubatan berjudul Thitab Tib, naskhah
undang-undang berjudul Hukum Thanun Melaka, naskhah ketatanegaraan
berjudul Bustan al-Salatin, naskhah pertanian berjudul pembukaan kebun kelapa
di Pulau Themili, naskhah agama Islam dalam bidang tauhid berjudul MasaÊil al-
MubtadiÊ Li Ikhwan al-MubtadiÊ. Naskhah Melayu mempunyai keunikan yang
menampakkan identiti bangsa Melayu apabila ia ditulis dengan menggunakan
tulisan jawi yang berteraskan 30 aksara arab dengan beberapa penambahan
enam abjad Melayu. Naskhah Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi
kerana penulis dan penyalin memaparkan daya kreatif semasa menghasilkan
karya. Ini terbukti dengan adanya ilustrasi dan seni hias pada naskhah Melayu.

5.1.4 Hasil Pencapaian dalam Bidang Perundangan


Perundangan Melayu yang paling awal dikesan adalah melalui perundangan adat
Melayu dan perundangan Islam (hukum syarak). Antara catatan awal mengenai
undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang
ditemui pada tahun 1899 di Sungai Teresat, Thuala Berang, Terengganu. Batu
bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303 M. Ia
mengandungi beberapa catatan tentang hukum Islam yang perlu dilaksanakan,
iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa
ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat ke atas
penzina, hukum menuduh zina dan tentang kesaksamaan antara semua orang
sama ada orang atasan atau rakyat bawahan.

Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan


dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang. Undang-undang Pahang
telah disusun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah
(tahun 1592 hingga 1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka, Hukum
Thanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Adat Perpatih dan Adat
Temenggong juga telah dijadikan sistem perundangan di Melaka pada masa
itu (Abdul Monir, 2005).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

5.1.5 Hasil Pencapaian dalam Fahaman Beragama


dan Adat Istiadat
Menurut Ahmad Ibrahim (1987), kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu
bukan sahaja telah mengubah sistem kepercayaan beragama tetapi juga turut
memantapkan adat istiadat Melayu selagi tidak bertentangan dengan hukum
syarak. Islam dan adat Melayu secara khususnya telah menjadi salah satu
struktur dan elemen penting kemelayuan dalam tamadun Malaysia, malah ia
merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke wadah
kemelayuan. Islam terus menjadi faktor identiti Melayu iaitu orang Melayu
sebagai orang yang mengamalkan istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan
beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan dalam Perlembagaan
Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang dalam
perlembagaan.

Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja
menjadi faktor yang mentakrif Melayu, ia juga dimaktubkan dalam Perlembagaan
Persekutuan bahawa orang Islam menjadi ketua agama bagi setiap negeri di dalam
Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyebut pihak kerajaan pusat
menerusi jabatan agama Islam bagi setiap negeri boleh melaksanakan
pembangunan agama Islam dan pentadbiran hukum syariah Islam. Dengan
termaktubnya agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia, tidak
bermakna agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama
tetapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh menggubal undang-undang
untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap
menyeleweng atau sesat. Dalam konteks pengamal adat istiadat Melayu dalam
kalangan orang Melayu, ia menjelaskan bahawa apabila orang Melayu menganut
agama Islam, adat lama yang mereka amalkan telah diubah suai agar ia selari
dengan ajaran Islam. Contoh adat istiadat yang dilakukan oleh masyarakat
Melayu adalah dalam soal kelahiran, pertunangan, perkahwinan, berkhatan,
pertabalan dan sebagainya (Ahmad Ibrahim, 1987) (lihat Rajah 5.4).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  89
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.4: Perkahwinan dalam masyarakat Melayu yang dipenuhi dengan adat istiadat
Sumber: https://www.google.com/search?q=emage+tamadun+melayu&rlz

AKTIVITI 5.3
Pilih salah satu daripada adat yang terdapat dalam masyarakat anda
serta kongsikan dengan rakan anda bagaimana adat istiadat tersebut
dilaksanakan. Adakah adat telah ditambah baik atau dilupakan?

5.1.6 Hasil Pencapaian dalam Bidang Komunikasi


Thomunikasi di alam Melayu dijalinkan melalui hubungan diplomatik antara
pelbagai negara di samping perdagangan dan interaksi budaya. Thomunikasi
yang dibuat secara harmoni berjalan lancar bagi menghubungkan perpaduan
dan penyampaian sistem maklumat secara berkesan untuk mengukuhkan ikatan
pelbagai bangsa dan negara di alam Melayu. Pada zaman dahulu komunikasi
dibuat berasaskan kepada polisi pemerintahan kerajaan.

Hubungan komunikasi melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perantara (lingua


franca) di alam Melayu telah memudahkan para sultan Melayu membuat
interaksi antara satu wilayah ke satu wilayah serta antara satu negeri ke satu
negeri juga dengan negara sekitarnya sama ada di rantau Nusantara mahupun
hubungan antarabangsa. Ilmu persuratan yang dapat dikuasai dengan baik
melalui tulisan Jawi-Arab oleh para pemerintah Melayu telah dapat
menghubungkan antara kerajaan Melayu Islam seperti Melaka, Johor, Thedah,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Perak dan Pahang dengan kerajaan di Patani, Sumatera, Jawa, China, India, Arab
dan Inggeris (catatan di Arkib Negara menyatakan Sir Stamford Raffles dan Sir
Francis Light boleh menulis dan membaca dalam tulisan Jawi).

Penyampaian sistem komunikasi dibuat melalui perutusan surat antara kerajaan


kepada kerajaan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Melayu Melaka yang
mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan pelbagai kerajaan
sama ada dengan Majapahit di Pulau Jawa mahupun dengan Dinasti Ming di
Tanah Besar Cina dan penjajah British. Di samping itu juga hubungan komunikasi
dibuat melalui perkahwinan antara Therajaan Acheh Darussalam dengan Therajaan
Pahang melalui perkahwinan puteri Iskandar Muda Mahkota Alam bernama
Puteri Safiatuddin dengan putera Sultan Pahang bernama Raja Ahmad.

Medium komunikasi yang sangat berkesan pada masa itu dibuat melalui surat-
menyurat. Dalam hal ini kerajaan Melayu telah mengadakan interaksi
komunikasi dengan orang bukan Melayu khususnya kuasa Eropah. Interaksi ini
dibuktikan dengan adanya surat sultan Melayu kepada pegawai British.
Contohnya, surat daripada Sultan Cakra Adiningrat dari negeri Madura kepada
Gabenor Jeneral Thomas Stamford Raffles di Betawi, surat sultan ratu Mahmud
Badruddin dari Palembang kepada Thomas Raffles Esquire di Melaka, surat
Sultan Syarif Thasim Ibni al-Marhum Sultan Syarif Abdul Rahman Ibni al-
Marhum Habib al-Husin al-Thadri dari Pontianak kepada Thomas Raffles
Esquire, surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dari Thedah kepada Thomas
Raffles di Melaka dan surat Yang di-Pertuan Negeri Perak kepada Thomas
Raffles Esquire di Melaka.

AKTIVITI 5.4
Bincangkan bersama rakan kuliah anda mengenai beberapa persamaan
istilah bahasa Melayu yang diguna pakai berdasarkan negeri masing-
masing.

5.1.7 Hasil Pencapaian dalam Bidang Bahasa, Tulisan,


Persuratan dan Sastera
Bahasa ialah medium yang sentiasa berkembang dan berubah (lihat Rajah 5.5).
Suatu masa dahulu dari abad ke-14 hingga ke-18 M ketika kerajaan Melaka
mencapai kegemilangannya, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa
perantara (lingua franca) bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh
pedagang dan pengembara asing dari China, Eropah dan juga India. Pengaruh
Islam sangat dominan menerap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  91
TERHADAP PERADABAN DUNIA

menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih meluas serta mampu digunakan
untuk membahaskan perkara ilmiah seperti tauhid, tasawuf, hadis, fikah dan
falsafah.

Dari segi penulisan, bahasa Melayu bermula dengan penggunaan skrip Sanskrit
(Pahlawi), yang seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (Jawi).
Penggunaan tulisan Jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang Melayu
sejak zaman Melaka pada abad ke-14 hasil pengaruh Islam dari istana.
Perubahan dari segi bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu
menyesuaikan perkataan Arab kepada sistem tulisan Jawi Melayu serta menulis
kitab agama, hikayat, undang-undang dan pentadbiran (Anas Ahmad, 1982).

Perkembangan bidang persuratan Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa


bahagian seperti sastera rakyat Melayu, sastera pengaruh Jawa dan Hindu serta
sastera pengaruh Islam. Terdapat banyak buku kesusasteraan Melayu yang telah
ditulis khususnya cerita mengenai sahabat nabi dan tokoh Islam seperti Hikayat
Abu Bakar, Hikayat Amir al-Muminin Umar, Hikayat Hassan dan Hussain.
(Anas Ahmad, 1982).

Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi. Prosa merupakan karya dalam
bentuk esei atau karangan untuk menjelaskan satu perkara. Puisi pula
merupakan karya yang memaparkan kemahiran bahasa dan penggunaan bahasa
yang indah melalui rima bunyi yang tertentu. Sastera prosa Melayu dapat dilihat
pada naskhah Melayu. Penulisannya meliputi pelbagai bidang seperti
ketatanegaraan, pemerintahan, perubatan, undang-undang, agama Islam, ilmu
falak dan petua. Sebagai contoh, buku atau naskhah Taj al-Salatin, Bustan al-
Salatin, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan MirÊat al-Tullab (Anas Ahmad,
1982).

Daripada bidang sastera, puisi Melayu terdiri daripada beberapa genre, antaranya
syair, pantun, gurindam, seloka, nazam dan sajak. Syair menghasilkan rima bunyi
akhir yang sama: a, a, a, a. Pantun pula menghasilkan rima bunyi rangkap 1 sama
dengan rangkap 3 dan rangkap 2 sama dengan rangkap 4: a, b, a, b. Pantun
Melayu terdiri daripada beberapa rangkap, antaranya pantun dua rangkap, ia juga
dikenali dengan pantun dua kerat, pantun empat rangkap juga dikenali dengan
pantun empat kerat, pantun enam rangkap juga dikenali dengan pantun enam
kerat dan pantun lapan rangkap dikenali dengan pantun lapan kerat (Anas
Ahmad, 1982).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.5: Manuskrip lama zaman kegemilangan Melaka


Sumber: http://www.pnm.gov.my/resources/index/Image/Tholeksi/4-10Dec2012-
151521.jpg

5.1.8 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kemahiran


Pembuatan
Menurut Abdul Halim Nasir (1985), masyarakat Melayu terkenal dengan
pelbagai kemahiran pembuatan barang keperluan. Setiap hasil kemahiran
disematkan nilai falsafah Melayu yang berteras kepada agama Islam. Selain itu,
hasil kemahiran masyarakat Melayu juga dipenuhi dengan nilai estetika yang
tinggi. Antara kemahiran tersebut ialah pembuatan rumah (lihat Rajah 5.6).

Themahiran membuat rumah dalam kalangan masyarakat Melayu menyebabkan


tukang Melayu mampu memberi identiti pada rumah Melayu.

Antara identiti rumah Melayu adalah seperti yang berikut:


(a) Bumbung seperti bumbung limas;
(b) Thepelbagaian ruang: ruang induk atau ruang ibu, ruang tengah, ruang
dapur dan serambi atau beranda;
(c) Rumah panggung yang dilengkapi dengan seni hias pada tingkap, dinding,
atap dan lain-lain; dan
(d) Peralatan kelengkapan rumah.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  93
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajah 5.6: Contoh rumah tradisional masyarakat Melayu


Sumber: http://shuhaida.blogspot.com/2008_08_01_archive.html

Di samping itu juga masyarakat Melayu awal bijak mengolah tanah liat untuk
menghasilkan keperluan rumah seperti pinggan, mangkuk, cawan, periuk dan
kuali. Masyarakat Melayu di Perak, sebagai contoh, terkenal dengan hasil
pembuatan labu sayong yang merupakan satu bekas air yang dingin tanpa air
batu. Semua keperluan dan peralatan harian dibuat dengan hasil kreativiti dan
inovasi yang diusahakan oleh titik peluh sendiri. Demikian juga perabot seperti
almari, meja dan kerusi. Masyarakat Melayu awal juga mampu menghasilkan
sampan, perahu, bot dan kapal untuk meredah lautan mencari rezeki. Mereka
bekerjasama dan berganding bahu menghasilkan keperluan harian (Abdul Halim
Nasir, 1985).

Satu lagi penciptaan masyarakat Melayu adalah dalam mereka cipta bentuk
fesyen pakaian. Masyarakat Melayu juga merupakan pereka fesyen yang mampu
bertahan lama. Fesyen pereka Melayu jelas memaparkan identiti dan jati diri
bangsa Melayu, contoh yang jelas adalah seperti baju kurung, baju Melayu,
kebaya dan busana Muslim (Siti Zainon Ismail, 1949).

Mengenai peralatan menulis, masyarakat Melayu juga bijak menggunakan


tumbuhan di sekeliling mereka bagi menghasilkan kertas (daripada buluh),
peralatan tulis atau pena (daripada batang resam) termasuk dakwat (daripada
buah pinang, akar pokok dan bunga senduduk). Dengan menggunakan bahan
daripada sumber alam untuk membuat kertas, pena dan dakwat telah
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat kreatif dan berdaya maju.

5.1.9 Hasil Pencapaian dalam Bidang Kesenian


Masyarakat Melayu ialah satu bangsa yang sangat kreatif dengan penghasilan
yang bercirikan nilai estetika. Etnik Melayu dari negeri Thelantan, Terengganu
dan Pahang amat terkenal dengan rekaan seni yang dibuat daripada logam
seperti emas, tembaga dan koper juga ukiran kayu. Manakala masyarakat
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
94  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Melayu Perak juga turut terkenal dengan ukiran parang dan keris. Contoh
lainnya ialah masyarakat Melayu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan
Selangor terkenal dengan pembinaan rumah yang unik dan cantik. Bukan setakat
itu sahaja, malah pencapaian kesenian dalam tamadun Melayu mencakupi seni
ukir, seni drama, seni bina, seni hias, seni tulis, seni tari dan seni lagu.

Dari segi seni bina, masyarakat Melayu setanding dengan seni bina bangsa lain
dalam membina tamadun mereka. Banyak seni bina yang berkaitan agama
seperti pembinaan masjid dibangunkan hampir di setiap kampung dan bandar.
Thebanyakan masjid yang dibina adalah kombinasi daripada seni bina Melayu
melalui ukiran kayu di pintu dan mimbar masjid di samping reka bentuk masjid
yang diadaptasi daripada seni bina Yaman, Arab Saudi, China, India dan Iran.
Sebagai contoh, Masjid Tengkera di Melaka dan Masjid Thampung Laut di
Thelantan dikatakan mengandungi ciri-ciri seni bina dari China.

Seni ukiran yang diilhamkan oleh masyarakat Melayu dapat dilihat melalui
ukiran batu nisan yang bermotifkan geometri dengan adunan seni tulisan khat
seperti thuluth, nasakh dan riqaÊah. Begitu juga seni halus tenunan kain dan
barang hiasan rumah. Masyarakat Melayu kaya dengan khazanah seni
pembuatan alat muzik tempatan seperti gambang, rebana, kompang, kecapi,
seruling, gambus dan gong. Tidak kurang juga hebatnya dalam pembuatan
senjata dan ukirannya seperti keris, lembing dan tombak.

5.1.10 Hasil Pencapaian dalam Sains dan Teknologi


Dalam bidang sains dan teknologi, masyarakat Melayu telah banyak
menghasilkan inovasi sebagai manifestasi keperluan dalam kehidupan mereka.
Peralatan pertanian, contohnya, terdiri daripada parang, cangkul, tajak dan sabit
digunakan bagi memudahkan kerja pertanian. Peralatan bagi menangkap ikan
pula adalah seperti bubu, jala, rawa dan rawan. Masyarakat Melayu juga
membuat perangkap haiwan liar, mencipta peralatan bagi menebang pokok
seperti kapak, beliung dan melicinkan permukaan papan seperti ketam dan
pahat. Terdapat pelbagai lagi peralatan yang dicipta oleh masyarakat Melayu
yang boleh digunakan setiap hari bagi memudahkan urusan pekerjaan.

Adakah kita sedar bahawa budaya, peradaban dan tamadun orang Melayu akan
berubah atau terkesan mengikut peredaran masa pada setiap kali datangnya
pengaruh peradaban luar terutamanya daripada pengaruh tamadun dan
peradaban Barat moden? Lihat sahaja apa yang ada di sekeliling kita baik
daripada ideologi, hiburan, intelektual, makanan, fesyen, kebudayaan, bahasa
dan komunikasi, sosial dan sebagainya. Bagaimanakah untuk menangkis
pengaruh yang negatif ini? Sedangkan tamadun Melayu telah menunjukkan
aspek kemajuan yang telah dibangunkan secara bersepadu antara kekuatan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  95
TERHADAP PERADABAN DUNIA

spiritual, intelektual, emosional dan material. Agama dan negara akan menjadi
kuat, hebat, cemerlang, gemilang dan terbilang apabila umatnya mencapai tahap
gemilang dari segenap aspek. Oleh sebab itu, tamadun Melayu akan terhakis dan
boleh lenyap dari dunia ini jika bangsa Melayu gemar, suka, teruja, cepat meniru
dan rela mengadaptasi pengaruh Barat dalam kehidupan mereka seharian. Oleh
itu, marilah kita sebagai bangsa Melayu yang bermaruah tinggi sentiasa
memelihara tamadun dan peradaban Melayu demi kelangsungan „Takkan
Melayu hilang di dunia‰ – Laksamana Hang Tuah.

AKTIVITI 5.5

1. Senaraikan perkataan yang diambil daripada bahasa Arab yang telah


lazim digunakan dalam bahasa Melayu.

2. Apakah pendapat kamu apabila orang mengatakan bahawa seni bina


masjid yang banyak terdapat di Malaysia kebanyakannya bercirikan
daripada negara asing seperti Arab, China dan India? Bincangkan
dan beri contoh yang sesuai.

 Tamadun Melayu mempunyai pelbagai pencapaian yang terbukti melalui


catatan naskhah, binaan atau bangunan, batu bersurat, karya seni dan
sastera.

 Thetinggian tamadunnya memaparkan jati diri dan identiti bangsa Melayu.

 Thejayaan masyarakat Melayu silam mencorakkan tamadun dan budaya


menyebabkan bangsa Melayu menjadi satu rumpun bangsa yang dikenali,
dihormati dan disanjung tinggi.

 Tonggak kejayaan ini terletak pada pembentukan modal insan yang


berpegang kuat pada agama, falsafah bangsa, jati diri yang teguh dan budi
pekerti yang luhur.

 Thekuatan modal insan telah berjaya membina kecemerlangan dan kehebatan


tamadun Melayu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Ekonomi makro Thombinasi


Ekonomi mikro Manifestasi
Hikayat Prosa
Identiti Seloka
Inisiatif Seni hias
Jati diri Tulisan khat
Tharya

Abdul Aziz Deraman. (2003). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia: Suatu


analisis perkembangan kebudayaan di Malaysia (Ed. Baharu). Thuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Nasir. (1985). Pengenalan rumah tradisional Melayu Semenanjung


Malaysia. Thuala Lumpur, Malaysia: Darul Fikri.

Abdul Monir. (2005). Islam Hadhari: Himpunan isu kontemporari. Thuala


Lumpur, Malaysia: Institut Thefahaman Islam Malaysia.

Ahmad Ibrahim. (1987). The Malaysian legal system. Thuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pusataka.

Anas Ahmad. (1982). Sastera Melayu lama dan baru. Petaling Jaya, Malaysia:
International Book Service.

Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi
Thhairuddin., & Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi. (2006). Thonsep, latar
belakang dan pandangan semesta masyarakat Melayu, dalam tamadun
Islam dan tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Thuala Lumpur,
Malaysia: Universiti Malaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 SUMBANGAN DAN HASIL PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU  97
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT.
Thuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication and Distributors.

Siti Zainon Ismail. (2010). 100 pepatah petitih Melayu: Alam terlembang jadi
guru. Thuala Lumpur, Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Zainal Abidin Borhan. (2001). Peranan tamadun Melayu dalam membina


tamadun Malaysia. Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian
Melayu. Thuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun
6 China
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kemunculan tamadun China;
2. Membincangkan pembentukan tamadun China;
3. Membezakan zaman pembentukan tamadun China;
4. Menyenaraikan unsur tamadun China;
5. Menghubungkan tamadun China dengan kebudayaan; dan
6. Menghubungkan tamadun China dengan tamadun Melayu serta
peranan tamadun China dalam pembinaan budaya Malaysia.

 PENGENALAN
Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun terawal di dunia
selain tamadun Mesir dan India. Tamadun China buat pertama kalinya ditemui
di lembah Sungai Thuning di utara China kira-kira 4000 SM hingga 2000 SM
Tamadun China memiliki sifat terbuka, integratif dan dinamik. Sekalipun
tamadun China wujud sezaman dengan tamadun lain di dunia ini, tamadun
China tetap berjaya mengekalkan identitinya yang tersendiri. Seperti juga
tamadun lainnya, sungai tetap menjadi tumpuan manusia dalam membina
tamadun bangsa dan negara kerana dari sinilah bermulanya kelangsungan
manusia dalam usaha membina kehidupan melalui pertanian, penternakan,
perladangan, pertukangan dan sebagainya dengan membuat, mencipta atau
menghasilkan sesuatu inovasi untuk kegunaan serta urusan seharian.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan beberapa aspek yang meliputi
perihal tamadun China bermula dengan kemunculan dan pembentukannya
sehinggalah kaitannya dengan tamadun Melayu dan pengaruhnya dalam
pembentukan budaya Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  99

6.1 KEMUNCULAN TAMADUN CHINA


Tamadun awal China telah wujud di lembah Sungai Hwang Ho atau lembah
Sungai Thuning kira-kira pada tahun 4000 SM atau 5000 SM Thebanyakan ahli
sejarah mempercayai bahawa tamadun China bermula sejak tahun 2500 SM lagi.
Lembah Sungai Thuning seperti juga lembah Sungai Nil, Tigris, Euphrates
(tamadun Mesir), Indus (tamadun India) dan Lembah Bujang (tamadun Melayu)
dijadikan lokasi munculnya sesebuah tamadun kerana kesuburan tanah yang
menjadikan manusia terus menjalankan aktiviti kehidupan mereka. Penduduk
China mendirikan perkampungan tetap dan membentuk kerajaan yang
mempunyai sistem ekonomi dan struktur masyarakat yang kompleks.
Perkembangan di lembah Sungai Hwang Ho berkembang dengan pesat pada
zaman Dinasti Shang (dari 1500 SM hingga 1027 SM) atau Dinasti Yin. Melalui
kajian arkeologi ia menunjukkan dinasti ini merupakan dinasti terawal di China.
Pada zaman tersebut, gangsa dan buluh telah digunakan dengan meluas. Pada
masa pemerintahan Dinasti Shang, telah wujud beberapa negara kota. Negara
kota yang utama ialah Thota Shang (200 SM), Anyang (1800 SM), Loyang, Chang
Chow dan Changgan.

Negara kota Anyang telah muncul di tebing Sungai Hwang Ho dan menjadi ibu
kota Dinasti Shang dan bandar yang tertua di China. Raja China memerintah
dengan kuasa mutlak. Daerahnya diperintah oleh golongan bangsawan yang
berasal daripada kerabat diraja. Penduduknya sungguh taat setia kepada raja.
Mereka membayar ufti kepada raja dan juga berkhidmat dalam tentera raja.
Dinasti Shang telah diganti melalui satu rampasan kuasa. Thezaliman pemerintah
terakhir Dinasti Shang, menyebabkan Wu Wang daripada keluarga Chou
memberontak dan menggulingkan Dinasti Shang pada tahun 1027 SM Dari
Dinasti Chou (dari 1027 hingga 227 SM) bermula pula episod tamadun China
yang baru yang melalui tamadun ini berkembangnya tulisan Cina ke seluruh
negeri. Walaupun tulisan ini dapat dibaca dan difahami oleh kebanyakan
masyarakat China, tetapi sebutannya (ketiadaan fonetik) berbeza antara satu
etnik dengan etnik China yang lain menyebabkan sukar menyatupadukan
masyarakat China.

Theruntuhan tamadun Chou, telah digantikan oleh Dinasti Shih Huang Ti (dari
221 SM hingga 206 SM) (lihat Rajah 6.1). Zaman ini terkenal dengan penyatuan
orang China dan zaman yang banyak memberi perkembangan besar dalam
bidang sains dan teknologi. Pada zaman inilah Tembok Besar China dibina, juga
memperkenalkan sistem piawaian seperti timbang berat, lebar jalan raya, bahasa
dan lain-lain. Thegemilangan tamadun Shih Huang Ti terganggu apabila beliau
memusnahkan buku lama (Ghazali Darusalam, 2001).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Rajah 6.1: Maharaja Shih Huang Ti


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Qin_Shi_Huang

6.2 PEMBENTUKAN TAMADUN CHINA


Pembentukan tamadun China adalah berasaskan peranan lembah Sungai Hwang
Ho yang mempunyai kawasan sekitar yang subur dan dapat menarik penduduk
nomad untuk membina penempatan dan tinggal menetap. Mengikut catatan
sejarah China, penempatan awal masyarakat China ditemui di kawasan Banpo
sekitar Bandar Sian. Peninggalan masyarakat awal Banpo ditemui melalui kesan
pertanian dan penternakan binatang di samping hasil hutan serta melalui
peralatan yang digunakan bagi tujuan perburuan. Bermula daripada penempatan
awal masyarakat Banpo, penduduk China telah mula berkembang dengan
munculnya penempatan kota di sekitar lembah Sungai Hwang Ho seperti bandar
Anyang. Anyang merupakan penempatan awal yang teratur berasaskan pertanian
yang membawa kepada kemunculan bandar lain di sekitarnya.

Bandar Anyang telah menjadi negara kota terletak di kawasan tanah tinggi
Sungai Huan dan pusat kerajaan Dinasti Shang. Terdapat istana, kuil dan pusat
pentadbiran Dinasti Shang di bandar ini. Raja yang berperanan sebagai ketua
pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal di bandar. Anyang
dilengkapi dengaan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan
dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh petani. Perluasan kawasan ini

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  101

bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Maharaja Shih Huang Ti merupakan


pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga
terbentuk sebuah empayar. Thelahiran empayar yang pertama itu menandakan
satu peningkatan dalam tamadun China. Beliau telah berjaya menyatukan
seluruh wilayah China di bawah satu pemerintahan pusat (221 SM) dan
menyusun semula pentadbirannya. Beliau telah menghapuskan sistem
pemerintahan „negeri-negeri diperintah oleh putera-putera raja‰ (sistem feudal)
dan digantikan dengan sistem chun atau provinsi. Terdapat 36 provinsi semasa
pemerintahan dinasti ini. Beliau memerintah secara autokrasi. Beliaulah yang
bertanggungjawab membina Tembok Besar China untuk melindungi China
daripada serangan puak gasar dari utara (Mongolia) (lihat Rajah 6.2). Jajahan
takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam (Siti Hajar Che Man
Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan dalam usaha perluasan


wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar lembah Sungai Hwang
Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan
Sungai Yangtze. Semasa Dinasti Han (Maharaja Han Wu Ti dari 141 SM hingga
87 SM), empayar China diperluaskan lagi hingga ke wilayah Thorea, Manchuria,
Panir dan Thhokhand di Asia Tengah. Dasar perluasan kuasa Maharaja Han Wu
Ti adalah bertujuan bagi mendapatkan kekayaan. Beliau juga menjalin
hubungan perdagangan dengan kerajaan di Eropah, Asia Barat, Asia Selatan
dan Asia Tenggara.

Rajah 6.2: Tembok Besar China


Sumber: http://kotasejarah.blogspot.com/2011/03/seni-bina-dalam-tamadun-
china.html

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Mengapakah kemunculan tamadun China berlaku di sekitar


lembah Sungai Thuning seperti juga kemunculan tamadun Mesir
di lembah Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, tamadun India di
lembah Sungai Indus dan tamadun Melayu di lembah Bujang?

2. Apakah ciri-ciri bandar Anyang yang dikatakan telah membantu


pertumbuhan pembentukan tamadun China semasa Dinasti
Shang?

6.3 ZAMAN PEMBENTUKAN TAMADUN CHINA


Lok Chong Hoe (1998) membahagikan pembentukan tamadun China kepada
empat zaman seperti dalam Rajah 6.3. Setiap zaman itu akan dibincangkan
dalam subtopik yang seterusnya.

Rajah 6.3: Zaman pembentukan tamadun China

(a) Zaman Pembentukan


Zaman pembentukan tamadun China bermula dengan kemunculan
kerajaaan yang berbentuk dinasti (keluarga) beraja bermula dengan
Dinasti Hsia, Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Chin dan Dinasti Han.
Zaman ini penting dalam pertandaan penandaan tamadun kerana
kemunculan satu sistem politik yang teratur dan berasaskan perundangan
melalui amalan monarki dan feudalisme. Zaman awal pembentukan
tamadun China ini banyak dipenuhi dengan peperangan antara dinasti
tersebut sehinggalah muncul seorang maharaja China yang kuat dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  103

berwawasan seperti Shih Huang Ti. Beliau berjaya menyatukan rakyat


China menerusi militari dan perluasan empayar serta menjalankan dasar
tegas dalam soal bahasa, ekonomi, falsafah dan pentadbiran.

(b) Zaman Theagungan


Zaman ini dianggap tahap keagungan tamadun China kerana dari zaman
inilah istilah masyarakat Han mula dikenali ekoran dasar penyatupaduan
rakyat China di bawah Dinasti Han. Ciri keagungan tamadun era Dinasti
Han ialah kerana pencapaiannya dalam bidang pentadbiran kerana
mempunyai sistem pemerintahan yang cekap dan berkesan bagi seluruh
wilayah. Zaman keagungan Dinasti Han hanya bertahan selama 350 tahun
sahaja kerana masalah kekacauan politik dalaman yang berakhir dengan
keruntuhan Dinasti Han. Setelah itu digantikan dengan Dinasti Chin dan
selepasnya Dinasti Sui yang berjaya menyatukan China di bawah Maharaja
Yang Ti. Tidak lama selepas itu digantikan pula dengan Dinasti Tang dan
berjaya membina semula keagungan tamadun China melalui penyusunan
semula pentadbiran yang teratur. Sistem banci dan kerahan dipulihkan
semula. Manakala Empayar Tang dibesarkan lagi sehingga melebihi
keluasan empayar Zaman Han.

(c) Zaman Peralihan


Zaman peralihan merupakan zaman negara China dijajah dan diperintah
oleh orang luar dari kalangan bangsa Mongol dan Manchu. Dalam pada itu
Dinasti Ming telah berjaya menguasai kembali negara China daripada
kuasa penjajah daripada utara China ini, tetapi malangnya Dinasti Ming
juga tidak bertahan lama kerana dasar maharajanya yang menutup pintu
dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan luar menyebabkan
kuasa Barat mengambil peluang mengancam kedaulatan China pada abad
ke-19 M.

(d) Zaman Moden


Zaman moden tamadun China dilihat dengan campur tangan dan
interaksinya dengan kuasa asing Barat. Pada zaman ini tamadun China
sangat maju kerana dasar maharajanya yang menerima kuasa Barat serta
membuat pemodenan dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi,
ketenteraan dan sosial (Mahathir Mohamad, 1996).

AKTIVITI 6.1
Pembentukan tamadun China dibahagikan kepada empat zaman. Pada
pendapat anda, zaman manakah yang banyak mempengaruhi tamadun
China moden? Berikan sebabnya dan bincangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

6.4 UNSUR TAMADUN CHINA


Setiap tamadun sesebuah bangsa atau negara mempunyai unsur tamadunnya
yang tersendiri sebagai identiti tamadun yang dimiliki, begitu juga dengan
tamadun China. Rajah 6.4 meringkaskan unsur tamadun China.

Rajah 6.4: Unsur tamadun China

Setiap unsur ini akan dibincangkan dalam subtopik selanjutnya.

(a) Bandar dan Pertumbuhan Penduduk, Pertanian dan Perniagaan


Majoriti penduduk China ialah petani yang mengusahakan tanah
pertanian. Penanaman bijirin seperti gandum, jagung dan sekoi telah
ditemui ditanam di kawasan tanah tinggi China seperti di dataran Loes
tinggi, manakala padi telah ditanam di lembah Sungai Yangtze di bahagian
utara dan selatan China.

(b) Therajaan atau Pentadbiran yang Teratur


Wilayah di negara China yang luas telah dikecilkan melalui sistem negeri
yang setiap negerinya diperintah oleh seorang maharaja yang membentuk
sistem dinasti. Bagi memudahkan pentadbiran negeri, setiap negeri
dipecahkan kepada beberapa bahagian. Rakyat membayar cukai hasil
tanaman kepada maharaja sebagai balasan keamanan dan kesejahteraan
hidup.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  105

(c) Organisasi Sosial yang Tersusun


Masyarakat China mempunyai organisasi sosial yang tersusun serta
mempunyai lebih daripada 56 etnik. Etnik yang paling dominan ialah suku
Han yang terkenal dengan sifat nasionalismenya yang tinggi dengan
mempertahankan identitinya iaitu suka berdikari, peramah serta cintakan
kedamaian. Bagi mengekalkan identiti keturunan sesebuah etnik,
masyarakat China pada umumnya akan menggunakan nama sebelah lelaki.
Dari segi stratifikasi sosial, golongan pemerintah dan tentera menduduki
hierarki tertinggi kemudiannya diikuti oleh pegawai maharaja dan yang
paling bawah ialah rakyat jelata.

(d) Themajuan Sains dan Teknologi


Ilmu sains dan teknologi China telah wujud seawal sebelum kemunculan
kota Melaka. Hal ini dapat ditandai dengan kemahiran mereka dalam ilmu
perkapalan. Thetika kota Melaka berada di zaman awalnya, kaum pedagang
China telah sampai ke Melaka. Mengikut rekod catatan, pada tahun 1720,
Dinasti Ming telah memiliki 1,350 kapal perang dan 400 buah kubu besar.
Themajuan sains dan teknologi China juga boleh dilihat dalam pembinaan
terusan, mencipta kompas bermagnet, pembinaan Tembok Besar China,
perindustrian peleburan besi dan juga penciptaan peralatan senjata
peperangan seperti meriam.

Masyarakat China sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya


pembinaan empangan bagi pengaliran air untuk pertanian di samping
teknologi kejuruteraan hidraulik bagi mengatasi banjir dari limpahan
Sungai Thuning di samping digunakan bagi menambah hasil pertanian
negara. Masyarakat China juga telah mencipta pelana dan membuat kereta
berkuda untuk mengangkut barangan, mencipta kereta sorong untuk
memudahkan tenaga kerja, mencipta mesin percetakan semasa Dinasti
Tang (dari 618 M hingga 906 M) yang telah mendahului 400 tahun lebih
awal berbanding teknologi percetakan di Barat.

(e) Sistem Bahasa dan Tulisan


Bahasa Cina merupakan satu-satunya bahasa yang tidak berubah dari zaman
kuno dan masih kekal digunakan sehingga ke hari ini. Oleh sebab China
hanya mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal, maka semua orang
China menggunakan satu sahaja bahasa pengantar untuk berkomunikasi
dengan dialek yang berbeza (lihat Rajah 6.5).

Selain bangsa China, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa lain di Asia
terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Thorea.
Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri; namun tulisan Cina juga
digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka. Mengenai sistem

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta
berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang
petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan
bentuk-bunyi). Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina
mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah
menyumbang terhadap perpaduan bangsa China dan pembentukan
kebudayaan Cina yang agung di dunia.

Rajah 6.5: Bahasa dan sistem tulisan Cina


Sumber: http://titas-tamaduncina.blogspot.com/2013/04/bahasa-dan-sistem-
tulisan-china.html

(f) Institusi Agama dan Thepercayaan yang Wujud


Mengikut Lok Chong Hoe (1998), Thonfusianisme ialah agama terbesar di
China seperti yang termaktub dalam pengajaran Thonfusius (dari 551 SM
hingga 479 SM). Asas konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan
klasik yang diterbitkan atas nama Thonfusius. Pengajaran utama Thonfusius
seperti yang terkandung dalam kitab Analects, menekankan pengamalan
sifat serta nilai moral yang mulia seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan
(li), kewajaran (yi), kemaafan (zhi) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  107

Thesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap
mulia (junzi). Mencius (dari 372 SM hingga 289 SM), salah seorang
pujangga agung konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia
adalah baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan
berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat baik tersebut.

Selain itu, agama Buddhisme yang diasaskan oleh Siddhartha Gautama


Buddha (dari 563 SM hingga 483 SM) (lihat Rajah 6.6) juga berkembang di
China. Agama yang berasal daripada India pada kurun ke-6 SM ini telah
tersebar ke China pada kurun pertama Masihi. Walau bagaimanapun,
selepas tersebarnya Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami
pelbagai pengubahsuaian sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang
menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme
Cina. Ajaran Buddhisme terkenal dengan Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan
Pertengahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

(i) Panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betul dan


pemikiran yang betul;

(ii) Samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betul,


tindakan yang betul dan cara hidup yang betul; dan

(iii) Sila (moral) yang meliputi usaha yang betul, pertimbangan yang
betul, dan tumpuan yang betul.

Agama ketiga yang berpengaruh di China ialah Daoisme yang diasaskan


oleh Lao Zi dan Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan
semula jadi serta konsep wuwei atau melakukan perbuatan secara spontan
dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang
utama iaitu:

(i) Pemikiran falsafah Dao (daojia); dan

(ii) Aliran keagamaan Dao (daojiao).

Thitab Daoisme iaitu Daodejing mengandungi metafizik Dao. Dao ialah


jalan yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang
tidak dilahirkan dan tidak dapat diperikan. Tahap pencapaian pengamalan
Dao yang tertinggi adalah kembali semula dan bersatu dengannya.

Moisme ialah satu lagi kepercayaan yang telah diasaskan oleh Mo Zi (dari
479 SM hingga 381 SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini
termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka
berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Di samping itu, ajaran


Taoisme ialah agama yang diasaskan oleh Laozi dan Chuang Tzu yang
menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya
manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan
mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang
merugikan dengan cara meditasi.

Akhir sekali ialah kepercayaan Legalisme yang diasaskan oleh seorang ahli
falsafah Cina, Han Fei Zi. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik
dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya (Sazelin Arif et al., 2007).

Rajah 6.6: Gautama Buddha


Sumber: http://sejarahpcghs.blogspot.com/p/agama-kepercayaan.html

SEMAK KENDIRI 6.2


Senaraikan dan berikan perbezaan agama dan kepercayaan yang telah
dibincangkan dalam subtopik ini. Bincangkan bersama tutor dan rakan-
rakan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  109

(g) Pusat Utama Thebudayaan Bangsa


Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes
dan tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah
Yangtze.

(h) Pembentukan Bangsa Tionghua


Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar
pada zaman purba Cina iaitu:
(i) Thumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang
dikatakan berasal dari kawasan Loes di Provinsi Shaanxi di bahagian
barat China;
(ii) Thumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran yang terletak
di bahagian timur China; dan
(iii) Thumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku bangsa di Selatan China.

Hasil daripada asimilasi dan integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama


tersebut di samping suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun, maka
terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghua
(Zhonghua minzu) sehingga pada hari ini. Sejarah mencatatkan bahawa bangsa
Tionghoa juga dikenali daripada bangsa Han. Tokoh terkemuka dalam konteks
Malaysia ialah kedatangan Laksamana Zheng Ho (lihat Rajah 6.7) ke Melaka
dan seterusnya ke Pulau Jawa bagi melaksanakan misi perdagangannya.

Rajah 6.7: Laksamana Zheng Ho yang dikaitkan dengan bangsa Tionghua di Malaysia
Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Cheng_Ho

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

AKTIVITI 6.2
Pada pendapat anda, apakah tiga unsur tamadun China yang paling
penting dalam pembentukan tamadun itu dan mengapakah anda
berkata sedemikian? Bincang dan bentangkan bersama rakan.

6.5 HUBUNGAN TAMADUN CHINA DAN


KEBUDAYAAN
Thebudayaan adalah sebahagian daripada tamadun China yang banyak
dipengaruhi oleh aspek tertentu. Rajah 6.8 menunjukkan aspek yang
mempengaruhi tamadun China.

Rajah 6.8: Aspek yang mempengaruhi kebudayaan dalam tamadun China

Mari kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang aspek ini.

(a) Thepelbagaian Etnik


Bangsa China ialah satu bangsa yang rencam sesuai dengan negaranya
yang besar. Therencaman bangsa China dilihat dari sudut terdapatnya
kepelbagaian etnik. Dari segi perangkaan, kelompok etnik yang terbesar
ialah etnik Han yang dipercayai berketurunan daripada leluhur yang sama
dengan Maharaja Thuning dan Maharaja Yan. Orang Han bertutur dalam
berbagai-bagai bentuk bahasa Cina khususnya bahasa Hanyu. Etnik kedua
terbesar ialah etnik Man (Manchu), daripada golongan etnik Tungusic yang
dikatakan berasal dari Manchuria. Etnik ini mempunyai pengaruh yang
besar dalam kebudayaan Cina khususnya melalui pemakaian baju
Ceongsam atau qipao dalam kalangan wanita dan kuncir rambut pria bagi
kaum lelaki. Gaya rambut ini di mana setengah bahagian depan kepala

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  111

dibotakkan sedangkan setengah rambut di bahagian belakang kepala


dibiarkan panjang dan dikuncir.

Etnik ketiga terbesar ialah kaum Muslim China daripada etnik Hui. Etnik
Hui lebih tertumpu di bahagian barat laut China (Ningxia, Gansu,
Xinjiang). Budaya orang Hui lebih kurang sama dengan orang Han kecuali
mereka ialah penganut agama Islam. Aspek yang ditonjolkan oleh etnik
Hui ini ialah mereka makan makanan yang halal dan memakai kopiah
putih (lelaki) dan tudung (wanita) sebagaimana yang biasa dalam budaya
Islam. Etnik keempat ialah etnik Ming (Monggol). Etnik ini hidup secara
nomad. Antara budaya dalam etnik ini adalah kemahiran mereka
memainkan alat muzik Huobusi yang biasanya dimainkan dalam jamuan,
majlis perayaan dan sebagainya. Etnik kelima ialah etnik Tzang (Tibet).
Mereka ini merupakan sebuah kelompok etnik yang berasal dari Tibet.
Etnik Tzang bertutur dalam bahasa Tibet dalam rumpun bahasa Sino-Tibet.
Thebanyakan orang Tzang menganut agama Buddha Tibet.

(b) Thepercayaan kepada Penyembahan Roh Nenek Moyang


Menurut Ghazali Darusalam (2001), kepercayaan terhadap roh nenek
moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan
animisme ini berbentuk pemujaan yang dilakukan melalui upacara
keagamaan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh
ke atas kehidupan mereka atau kehidupan pada masa hadapan mereka.
Upacara pemujaan roh nenek moyang mereka merupakan budaya
masyarakat China yang telah sebati dengan jiwa mereka. Thebanyakan
masyarakat China akan meletakkan gambar nenek moyang mereka di
rumah serta dibuat upacara penyembahan dengan colok bagi tujuan
memohon pertolongan daripada nenek moyang mereka. Di samping itu
juga masyarakat China mempercayai ramalan melalui tenung nasib.
Mereka akan mengetahui susah senang kehidupan mereka menerusi
pendeta Cina yang menggunakan peralatan tukang nujum yang ditulis
dengan pelbagai soalan.

(c) Perkahwinan
Adat perkahwinan dalam tamadun China diatur sejak kecil kerana ini
boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan
tidak dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya
dilakukan oleh pihak lelaki sahaja. Masyarakat China pentingkan
perkahwinan kerana dianggap akan melahirkan generasi baharu yang akan
menggantikan generasi lama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

(d) Adat Resam


Adat kowtow merupakan satu adat resam yang dilakukan dengan penuh
rasa hormat terhadap Maharaja China. Setiap rakyat China dikehendaki
berlutut atau meniarap sebanyak sembilan kali ketika upacara menghadap
Maharaja China. Bagi rakyat China, maharaja mereka adalah mewakili
Tuhan serta mempunyai darjat yang paling tinggi. Bukan masyarakat
China sahaja yang dikehendaki mengamalkan adat kowtow ini malah
semua delegasi luar yang ingin menghadap maharaja juga dikehendaki
mengamalkan adat resam yang sama.

(e) Institusi Thekeluargaan


Institusi kekeluargaan dalam tamadun China berorientasikan humanisme
iaitu mementingkan unsur dan nilai kesejagatan manusia. Manusia
dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan
penting dalam alam semesta. Humanisme menyebabkan cara hidup orang
China bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan
keagamaan. Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu antara Tian
dengan Di (langit dan bumi). Sistem etika konfusianisme berasaskan pada
keluarga yang berinstitusi sosial merupakan falsafah terunggul dalam
tamadun China. Ibu bapa berusaha untuk membiayai anak dalam
pelajaran. Theharmonian juga dianggap sebagai suatu nilai yang
bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

SEMAK KENDIRI 6.3

Bagaimanakah tamadun China boleh dikaitkan dengan kebudayaan Cina


dalam membina peradaban China keseluruhannya.

6.6 HUBUNGAN TAMADUN CHINA DENGAN


TAMADUN MELAYU
Mengikut Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012), hubungan
tamadun China dengan tamadun Melayu telah dibuat melalui kunjungan
beberapa kali daripada pelbagai Dinasti China yang singgah atau melawat ke
Tanah Melayu semenjak zaman Dinasti Han dari 140 SM hingga 117 SM Semasa
pemerintahan Sun Quan (dari 222 M hingga 252 M), dua orang utusan telah
dihantar untuk melawat Funan dan beberapa buah negeri lain di Semenanjung
Tanah Melayu dan juga di alam Melayu. Begitu juga pada zaman Dinasti Tang
(dari 618 M hingga 907 M), yang merupakan dinasti yang paling terkenal dalam
sejarah China kerana hubungan diplomatik yang dibinanya dengan beberapa
negara asing.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  113

Dinasti Tang ini juga telah membuka tujuh jalur jalan perdagangan dengan
dunia luar, melalui alam Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya
dan Jawa (He-Ling) untuk menyambung perjalanan laut dari Guangzhou dengan
India, Parsi dan Arab. Pengunjung pertama China yang merakamkan
pengalamannya di Srivijaya ialah I-Tsing (Yi Jing) yang sampai di Srivijaya pada
tahun 67 Masihi. Dalam perjalanannya ke India, beliau sempat singgah di
Srivijaya dan menetap di sana untuk tempoh 14 tahun, mempelajari bahasa
Sanskrit dan mendalami ilmu agama Buddha sebelum meneruskan
perjalanannya. Beliau juga telah menterjemahkan buku agama Buddha daripada
bahasa Sanskrit ke bahasa Cina dan menulis dua buah buku tentang tamadun
Melayu-Srivijaya (Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

Dinasti Song (dari 960 M hingga 1279 M) telah meneruskan hubungan baik
melalui bidang perdagangan dengan negara luar seperti di Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Barat khususnya di Tanah Melayu. Theadaan perhubungan yang
begitu akrab antara negeri Melaka dan Dinasti Ming selama lebih dari satu abad
telah dibuktikan dengan ketiadaan perselisihan atau pergaduhan, apatah lagi
peperangan berlaku antara mereka. Hubungan yang paling gemilang ini telah
dibina dalam abad ke-15 Masihi. Pada tahun 1405, satu armada raksasa China
sebanyak 200 kapal dengan anak kapal menjangkau 28,000 orang yang dikepalai
oleh Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zeng He) telah dihantar oleh Raja
China, Ming Cheng Zhu, menjelajah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.
Pertalian kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun China pada zaman
prapenjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan negatif ke atas tamadun
Melayu. Ini adalah kerana kedatangan orang China ke alam Melayu dan negara
luar lain pada zaman itu bukanlah didorong oleh perasaan ingin menjajah atau
memonopoli negara itu. Sikap yang ada pada diri mereka adalah untuk
memperluaskan hubungan yang ada, di samping menghormati dan mengiktiraf
kedudukan yang ada pada mereka (Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd
Razak, 2012).

SEMAK KENDIRI 6.4

Bagaimanakah tamadun China memainkan peranannya dalam


pembinaan budaya Malaysia?

AKTIVITI 6.3
Themukakan elemen hubungan tamadun China dengan tamadun
Melayu dalam konteks masa kini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

6.7 PERANAN TAMADUN CHINA DALAM


PEMBINAAN BUDAYA MALAYSIA
Abdullah Ahmad Badawi (2001) menjelaskan interaksi tamadun China dengan
Malaysia telah terjalin sejak zaman Therajaan Melayu Melaka pada abad ke-15
sehingga ke hari ini. Tamadun China turut menyumbang pembinaan tamadun
Malaysia moden dalam pelbagai aspek seperti melalui:

(a) Amalan Falsafah Thonfusianisme


Esa Thhalid dan Mohd Azhar Abd Hamid (2004) menjelaskan multiracial
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh hidup
bersama dengan aman damai dan berkongsi nilai universal yang wujud
melalui falsafah Thonfusianisme. Melalui ajaran Thonfusius yang diambil
daripada buku Thlasik Confusius dan Analekta, yang memuatkan konsep
ren atau kebaikan dan kesederhanaan bagi manusia dan konsep li, tatalaku
yang baik jika diamalkan boleh memberi kesan kepada sifat dan nilai
perilaku positif diri. Menurut falsafah Thung Fu-Tze moral manusia boleh
membantu pemimpin yang baik untuk mentadbir negara dengan adil,
amanah, jujur, membantu rakyat dan sebagainya. Begitu juga dengan
penjawat awam boleh mengamalkan ajaran Thonfusianisme kerana sifat
baik itu juga merupakan amalan yang paling bernilai dan perlu dimiliki
oleh setiap pegawai. Sikap yang baik boleh dicapai melalui menanam sikap
yang baik ke dalam diri setiap individu terlebih dahulu sebelum
ditunjukkan kepada orang lain.

Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012) telah menjelaskan
bahawa konsep "jen" ialah satu konsep yang menekankan sifat
berperikemanusiaan terhadap sesama insan. Bagi Thung Fu-Tze, mereka
yang memiliki sifat perikemanusiaan ini akan mempunyai sifat seperti
amanah, budi bahasa, rajin dan murah hati. Mengikut ajaran ini juga,
kesempurnaan semua manusia adalah kerana usaha mereka sendiri untuk
memiliki sifat atau moral yang terpuji dan tidak ada hubungan dengan
kuasa ghaib seperti roh nenek moyang mereka. Untuk menjadi manusia
yang baik atau junzi, semua manusia mempunyai peluang, asalkan ada
usaha untuk mencapai ke arah itu. Ajaran falsafah konfusianisme yang
bersifat universal ini boleh diguna pakai oleh seluruh warga Malaysia agar
setiap individu mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menjadi
individu yang baik.

Menurut Siti Hajar lagi, selain itu, ajaran konfusianisme mengenai konsep
„lima hubungan utama‰ yang menitikberatkan kejujuran dan kebaikan
boleh juga diamalkan dalam konteks nilai yang universal dalam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  115

mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu. Lima hubungan


utama itu ialah:
(i) Hubungan bapa dengan anak;
(ii) Hubungan suami dengan isteri;
(iii) Hubungan saudara tua dengan muda;
(iv) Hubungan raja dan pegawai; dan
(v) Hubungan sesama sahabat.

(b) Falsafah Taoisme


Mengikut Osman Bakar, Azizan Baharuddin, dan Zaid Ahmad (2009), dua
ajaran utama falsafah Taoisme ialah nilai Yin dan Yang yang perlu diamalkan
kedua-duanya serentak untuk menghasilkan keharmonian. Ini kerana Yin dan
Yang dianggap sepasang dan tidak boleh diasingkan. Thenyataan ini sama juga
dengan kehidupan seharian yang wujud secara berpasangan. Contohnya,
lelaki dan perempuan, air dan api, dan sihat dan sakit. Thefahaman
mengenainya sangat penting bagi membentuk kesedaran bahawa hidup ini
memerlukan keseimbangan yang sempurna, saling melengkapi, saling
membantu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pengajarannya
adalah antara kaum Cina dan Melayu saling perlu-memerlukan bagi mencapai
wawasan yang sama baik dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Meskipun
di Malaysia terdapat banyak ajaran agama, namun mengenali, memahami dan
menghormati ajaran selain dari ajaran yang menjadi milik masing-masing
ialah satu amalan yang mulia dan seharusnya menjadi budaya hidup
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik.

(c) Pendidikan
Dalam aspek pendidikan pula, tamadun China amat menekankan prinsip
kekuatan pendidikan dalam pembentukan sesebuah negara dan bangsa.
Pendidikan ini penting untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan
kebijaksanaan dan pembentukan akhlak. Sumber pendidikan ini banyak
diperoleh dari sumber lama ajaran tokoh pemikir utama mereka seperti
Thung Fu-Tze. Dengan memahami kepentingan pendidikan dalam tamadun
China, kita sebagai masyarakat di Malaysia lebih memahami rasional
masyarakat Cina yang amat mementingkan pendidikan dalam semua
peringkat pendidikan, bermula daripada peringkat rendah hinggalah ke
peringkat universiti (Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak, 2012).

(d) Perkahwinan
Perkahwinan campur antara orang Cina dengan kaum lain seperti India,
Melayu, Sikh dan paling banyak dengan bumiputera Sabah dan Sarawak
telah melahirkan satu komuniti yang bersifat saling ambil-mengambil

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

dari aspek kebudayaan, bahasa, makanan, pakaian, amalan nilai moral


dan juga cara pemikiran. Ia juga akan menambahkan lagi kepelbagaian
budaya yang diamalkan.

(e) Perayaan
Perayaan Tahun Baru Cina disambut pada hari kedua bulan pertama
kalendar Cina. Perayaan ini lazimnya disambut secara besar-besaran
sebagai menandakan kedatangan tahun baru. Sehari sebelum kedatangan
Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
bersama-sama. Jamuan ini diadakan untuk menjalin dan mengeratkan
hubungan sesama anggota keluarga setelah lama tidak bertemu.

Hari pertama tahun baru selalunya disambut dengan meriah. Setiap orang
akan menggayakan pakaian baru dengan berwarna merah. Individu yang
telah berumah tangga akan memberi angpau kepada kanak-kanak serta
saudara-mara yang belum berumah tangga. Angpau ini membawa makna
kesejahteraan yang berpanjangan. Buah limau Mandarin dan kuih bakul
menjadi lambang perayaan Tahun Baru Cina. Ungkapan yang paling
popular diucapkan apabila bertemu ialah Gong Xi Fa Cai yang bermaksud
salam sejahtera dan murah rezeki. Sepanjang dua hari pertama Tahun Baru
Cina, orang Cina dilarang menyapu. Ini kerana dikhuatiri akan menghalau
keluar segala tuah. Thepercayaan tentang nasib sial yang dibawa oleh
penyapu masih dipegang oleh masyarakat Cina. Selepas hari ketiga barulah
rumah dibersihkan. Tarian naga sering dipersembahkan pada setiap
perayaan Tahun Baru Cina. Naga melambangkan ketangkasan, kekuatan
dan kemewahan. Tarian ini dipercayai boleh mendatangkan tuah kepada
orang yang menganjurkannya (http://www.slideshare.net/tlc1025/adat-
tradisional-masyarakat-di-malaysia).

Pesta Capgome juga dikenali sebagai Pesta "Yuan Siau". Pesta ini disambut
sebagai menandakan tamatnya sambutan perayaan Tahun Baru Cina iaitu
bermula pada hari yang ke-15. Pesta ini mempunyai sejarah yang panjang.
Sejak 2,000 tahun dahulu ia mula disambut oleh kerajaan Han. Pesta ini
diiringi dengan upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta
perlindungan supaya keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa sebarang
malapetaka. Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga malam.
Sepanjang masa itu setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu.
Mercun dibakar habis-habisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Ini
dipercayai dapat menghalau roh jahat. Theramaian pesta ini dimeriahkan
lagi dengan tarian singa dan naga. Pesta ini diakhiri dengan upacara
melempar buah limau mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi
yang berhasrat mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai (Esa Thhalid
& Mohd Azhar Abd Hamid, 2004).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  117

Satu lagi perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah Pesta
"Ching Ming". Pesta Ching Ming pada kebiasaannya akan disambut
mengikut bilangan nombor 33 iaitu pada hari ketiga dalam bulan ketiga
kalendar Cina. Manakala hari bagi masyarakat Cina menziarahi tanah
perkuburan kaum keluarga mereka dipanggil sebagai Hari Ching Ming.
Semua ahli keluarga akan pergi ke kubur untuk memeriahkan suasana.
Selain daripada itu, mereka akan bekerjasama membersihkan kubur.
Tujuan pesta ini diadakan adalah untuk mengenang jasa nenek moyang
mereka. Mengikut Thonfusius, keluarga merupakan institusi yang
terpenting dan harus dikekalkan. Oleh itu, nenek moyang dan mereka yang
lebih tua dalam keluarga perlu dihormati. Penghormatan akan berterusan
walaupun mereka telah meninggal dunia.

Menurut Poon Thin Lun (2013), Perayaan Thuih Bulan ini lebih dikenali
sebagai Pesta „Tanglung‰. Ia disambut pada hari ke-15 bulan lapan
kalendar Cina. Perayaan ini dinamakan Pesta Thuih Bulan kerana diadakan
sewaktu bulan sedang mengambang dan mencapai peringkat purnama.
Antara benda yang dianggap istimewa dan dimestikan dalam perayaan ini
ialah kuih bulan dan perarakan tanglung. Perayaan kuih bulan
dimeriahkan dengan adanya perarakan tanglung. Perayaan ini juga sebagai
menghormati seorang bidadari yang menjadi dewi dan menyalakan cahaya
di bulan.

Terdapat berita lain yang menerangkan asal usul bermulanya perayaan


kuih bulan ini. Perayaan ini bermula pada tahun 1271 di negara China.
Pada masa itu negara China diperintah oleh Dinasti Monggol.
Pemerintahan Monggol sangat kejam dan menindas orang China yang
berketurunan Han. Perkara ini telah menimbulkan perasaan marah dalam
kalangan kaum Han. Di bawah pemimpin mereka yang bernama Chu Yuan
Chang, satu gerakan di bawah tanah telah disusun untuk menentang
pemerintahan Monggol tetapi gagal. Melalui nasihat Liu Po Wen, strategi
baharu pula telah disusun di mana Liu Po Wen telah menyamar sebagai
seorang sami dan masuk ke kota Chu Chou. Dia menyebarkan berita
bahawa Chu Chou akan ditimpa wabak penyakit. Penduduk kota itu
meminta pertolongan sami tadi. Menurut beliau,cara untuk mengelakkan
wabak penyakit itu ialah setiap orang Han mesti memasang bendera,
menyalakan tanglung dan membunyikan gong pada tengah hari ke-15
bulan lapan. Beliau juga memberi sekeping kuih bulan yang mesti dipotong
pada tengah malam tersebut dan membaca azimat yang terkandung
dalamnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Menjelang pada malam tersebut, orang Han pun membuat seperti yang
diarahkan oleh beliau. Mereka mendapati azimat itu tertulis seruan supaya
orang Monggol dibunuh pada masa itu juga. Maka dengan itu orang Han
pun bangun menentang orang Monggol dengan dibantu oleh tentera Chu
Yuang Chang. Akhirnya kota Chu Chou dapat ditakluki semula. Perayaan
ini disambut sebagai ulang tahun merayakan kemenangan orang Han yang
berjaya merampas kembali tanah air mereka sampai ke hari ini (Ghazali
Darusalam, 2001).

Tamadun China telah berinteraksi dengan tamadun Melayu dan India di


Malaysia sejak abad ke-14 yang lalu. Thesan positif daripada pertembungan
ketiga-tiga tamadun ini menjadikan masyarakat Malaysia hidup secara
harmonis dalam semua aspek seperti sosial, budaya, bahasa, fesyen,
makanan, pembuatan, teknologi, pembinaan dan sebagainya. Namun
pertembungan tiga tamadun ini tidak memberi kesan terhadap amalan
agama. Setiap bangsa mengikut identiti agama masing-masing, Cina
dengan agama Buddha, India dengan agama Hindu dan Melayu dengan
agama Islam.

 Themunculan tamadun China mula bertapak di lembah Sungai Hwang Ho


atau di sekitar lembah Sungai Thuning kira-kira 4000 SM atau 5000 SM,
sezaman dengan kemunculan tamadun Mesir dan India.

 Bandar Anyang merupakan penempatan awal yang menjadi titik


kemunculan tamadun China yang lebih jelas.

 Pembentukan tamadun China boleh dibahagikan kepada empat zaman:


zaman pembentukan, zaman keagungan, zaman peralihan dan zaman
moden.

 Theagungan tamadun China terletak pada kehebatan Tembok Besar China


yang menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia.

 Unsur tamadun China adalah termasuk kerajaan atau pentadbiran yang


teratur, organisasi sosial yang tersusun, sistem bahasa dan tulisan,
kewujudan institusi keagamaan dan yang lain-lainnya seperti yang telah
dibincangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 TAMADUN CHINA  119

 Aspek kebudayaan dalam Tamadun China banyak dipengaruhi oleh


kepelbagaian etniknya, kepercayaan kepada penyembahan nenek moyang
dan beberapa perkara lain seperti yang telah dibincangkan.

 Sifat kreatif dan inovatif maharaja China serta dibantu oleh rakyat China
yang bersatu padu dalam menjayakan visi serta misi maharajanya yang telah
menjadikan tamadun China sangat dikagumi di seluruh dunia.

 Terdapat beberapa peranan tamadun China dalam pembinaan budaya


Malaysia seperti dalam bidang pendidikan, perkahwinan, perayaan dan lain-
lain.

 Biarpun penduduk China paling ramai di dunia iaitu 1.3 bilion orang, namun
mereka tetap menjaga kualiti penciptaan melalui produk dan monumen yang
dihasilkan.

 Jika dilihat pada hari ini, China telah bangkit menjadi kuasa politik dan
ekonomi yang dapat mengimbangi kehomogenan kuasa besar lain seperti
Amerika dan Rusia.

Bangsa Tionghua Identiti bangsa


Dinasti Interaksi tamadun
Evolusi politik Monarki
Falsafah Thonfusianisme Sistem feudal
Falsafah Taoisme

Abdullah Ahmad Badawi. (2001). Ucapan Perdana Menteri Malaysia semasa


merasmikan Seminar dialog peradaban: Peranan dan kepentingan di
Malaysia. Thuala Lumpur, 27-28 Ogos.

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian tamadun asia. Bentong, Malaysia: PTS.

Azizan Baharudin. (2000). Latihan Thakitangan Resource. Thertas kerja Bengkel


Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran TITAS. Thuala Lumpur, Malaysia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 TAMADUN CHINA

Esa Thhalid., & Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Beberapa aspek tamadun Melayu,
India, China,dan Jepun. Johor, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan Asia. Thuala Lumpur, Malaysia:
Utusan Publication & Distributors.

Thhoo, Th. Th. (2005). Asimilasi tamadun Cina dan India dalam konteks pembinaan
tamadun Malaysia. Prosiding seminar pemantapan kurikulum TITAS dan
hubungan etnik peringkat kebangsaan. Thuala Lumpur.

Lok, C. H. (1998). Tamadun Cina: Falsafah, pandangan hidup, dan aspek-aspek


kesenian. Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Mahathir Mohamad. (1996). Ucapan Perdana Menteri Malaysia. The 2nd


Malaysia-China Forum. Beijing, 25 September.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin, & Zaid Ahmad. (pnyt). (2009). Modul
pengajian tamadun Islam dan tamadun Asia. Thuala Lumpur, Malaysia:
Universiti Malaya.

Sazelin Arif. (2007). Tamadun Islam dan tamadun asia. Shah Alam, Malaysia:
McGraw-Hill.

Siti Hajar Che Man., & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran kursus
tamadun Islam dan tamadun Asia di institusi pengajian tinggi awam
Malaysia: Platform Utama. Journal Sosiohumanika, 5 (1), 49-64.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Tamadun
7 China dan
Sumbangannya
terhadap
Peradaban
Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sumbangan tamadun China terhadap tamadun dunia;
2. Mengenal pasti pengaruh tamadun China ke atas tamadun dunia;
dan
3. Menganalisis kesan tamadun China ke atas tamadun dunia.

 PENGENALAN
Penggunaan istilah tamadun lebih memberi perhatian terhadap keupayaan
sesebuah negara dan bangsa dalam mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang.
Tamadun China pada dasarnya ialah tamadun yang berasaskan kepada sistem
pertanian mengikut geografi negara tersebut serta banyak dipengaruhi oleh
iklim sejuk dan lembap. Proses membangunkan tamadun China mengambil
masa lebih daripada 5,000 tahun. Tamadun China dikatakan merupakan salah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

sebuah tamadun yang tertua di dunia selari dengan tamadun lain seperti
tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun India dan tamadun Greek.

Tamadun China telah berkembang dan membawa kepada kegemilangan dalam


beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni dan kebudayaan, politik,
pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah, sastera dan institusi sosial yang maju.
Thegemilangan tamadun China turut sumbangan kemajuan dan kemakmuran
kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini. Sebagai contoh,
pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban
dunia seiring dengan Piramid di Mesir, Taman Tergantung Babylon di Iran dan
Taj Mahal di India.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan sumbangan lain tamadun China
terhadap peradaban secara menyeluruh. Ia merangkumi aspek ekonomi, sosial,
pendidikan dan pelbagai lagi.

7.1 SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI


Dari segi pertanian, orang China telah mengamalkan sistem tanaman bergilir
untuk menambah hasil tuaian. Tenggala juga telah digunakan untuk membuat
batas tanaman dan mencipta kolar kuda untuk menggemburkan tanah. Selain
itu, mereka juga telah mengadakan sistem pengairan dan tanah tinggi ditereskan
untuk menambah keluasan tanah pertanian. Semua ini telah dilakukan sejak
zaman Dinasti Shang. Dari segi kewangan pula, penduduk China telah
menggunakan wang kertas sejak akhir abad ke-11 M untuk memudahkan urusan
perdagangan.

Semasa Dinasti Qin dan Han, orang China telah menjalankan perdagangan bebas
melalui jalan sutera (jalan darat) dengan negara Timur Tengah dan Eropah, di
samping melalui jalan laut seperti yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho
(dari 1405 M hingga 1433 M). Di samping itu, industri besi terbesar di China juga
dimajukan untuk memenuhi permintaan dalam bidang ketenteraan. Begitu juga
dalam bidang pembinaan kapal. Orang China juga telah mencipta sutera dan
menjadi pengeluar sutera utama di dunia. Pedagang sutera di China berdagang
hingga ke Rom. Themakmuran ekonomi China telah membawa kepada perubahan
sosial dengan munculnya golongan menengah dalam kalangan peniaga.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 123
TERHADAP PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 7.1
Dengan merujuk kepada dinasti pemerintahan tertentu, berikan lain-
lain contoh sumbangan tamadun China terhadap peradaban dunia.
Bentangkan.

7.2 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KETENTERAAN
Dalam bidang ketenteraan pula, Sun Tzu dikatakan sebagai seorang pemikir
terkenal dalam mengatur strategi ketenteraan. Beliau telah berkhidmat dengan
kerajaan Wu untuk menakluki negeri Chu dan Ying. Pada zaman beliaulah buku
mengenai ilmu ketenteraan (Seni Peperangan) yang mengandungi 13 bab dan 13
strategi taktikal peperangan telah ditulis. Sun Tzu juga telah mengemukakan
lima perkara yang wajar diberi pertimbangan dalam sesuatu peperangan iaitu:
(a) Thepimpinan;
(b) Bentuk muka bumi;
(c) Iklim;
(d) Moral; dan
(e) Strategi peperangan.

Sun Tzu juga turut menyatakan beberapa strategi peperangan seperti:


(a) Sebarang peperangan yang dilancarkan mestilah dibuat dalam tempoh
yang singkat;
(b) Hendaklah menggunakan ejen perisik untuk melemahkan musuh; dan
(c) Berundur seketika bila terdesak untuk mengatur strategi yang lebih
berkesan.

Idea Sun Tzu ini telah banyak dipraktikkan oleh ramai pemimpin tentera di
Jepun, Thorea dan negara Asia yang lain selama lebih 200 tahun. Dari aspek
ketenteraan juga, China mempunyai kelengkapan kapal perang yang banyak.
Misalnya pada tahun 1402 M, Dinasti Ming mempunyai 1,350 buah kapal
perang. Themajuan yang dicapai oleh orang China sejak abad ke-14 Masihi jelas
menggambarkan bahawa masyarakat China telah lama maju berbanding
masyarakat lain di Asia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

SEMAK KENDIRI 7.1

Apakah antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum dan


semasa berperang yang diilhamkan oleh Sun Tzu?

AKTIVITI 7.2

Berikan contoh peperangan yang telah berlaku dalam tamadun China.

7.3 SUMBANGAN DALAM BIDANG PERTANIAN


Bidang pertanian China semasa zaman Dinasti Han sangat maju pada ketika itu
kerana terdapat banyaknya inovasi atau penciptaan peralatan pertanian seperti
kereta sorong beroda yang digunakan untuk mengangkut hasil pertanian, bajak
untuk menggemburkan tanah dan juga kereta kuda bagi penghantaran hasil
pertanian ke serata tempat di wilayah China. Begitu juga semasa Dinasti Ching,
Song, Ming, Yuan dan Tang, bidang pertanian bertambah maju dan moden
dengan adanya bantuan dan intensif daripada Maharaja China melalui sistem
penanaman secara bergilir bagi tanaman kontan khususnya di perbukitan yang
diratakan bagi memperluaskan kawasan pertanian. Ini bagi memenuhi
permintaan penduduk China yang pesat bertambah semasa Dinasti Shang.
Masyarakat China suka tinggal setempat tanpa berpindah-randah dan telah tahu
bercucuk tanam serta membina terusan bagi sistem pengairan pertanian di
samping untuk kawalan banjir. Bangsa Cinalah yang telah mencipta bajak dan
cangkul, mereka barang daripada logam serta membina perahu.

AKTIVITI 7.3
Berdasarkan dinasti tertentu, senaraikan dengan terperinci tentang
sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian kepada
peradaban dunia. Bentangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 125
TERHADAP PERADABAN DUNIA

7.4 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUSAHAAN
Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman
Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar
China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan
Sutera Darat (lihat Rajah 7.1) dan kemudian melalui Jalan Laut semasa Dinasti
Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak pelabuhan kerajaan awal di
kawasan tersebut.

Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan. Hasil perusahaan China itu
bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negara China sendiri.
Di negara China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada
kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan perusahaan
yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan, iaitu
pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan
kereta lembu.

Rajah 7.1: Jalan sutera perdangangan China


Sumber: http://it411x34.tripod.com/peningkatan_ekonomi.htm

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 7.4

Pada pendapat anda, apakah perbezaan dan persamaan sumbangan


bidang perusahaan tamadun China ini kepada peradaban dunia
berbanding bidang ekonomi yang lain? Bincangkan.

7.5 SUMBANGAN DALAM SISTEM


PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran dalam tamadun China,
perluasan kuasa telah mengubah landskap politik China daripada sistem feudal
kepada pemerintahan monarki sejak zaman Dinasti Chin (dari 221 SM hingga
206 SM). Melalui sistem monarki, kerajaan China telah bertukar daripada sistem
beraja kepada maharaja yang mempunyai kuasa yang lebih luas. Sebagai contoh,
maharaja boleh melantik seseorang pegawai yang dipilih dalam kalangan
pembesar istana untuk mengetuai pentadbiran awam atau satu jawatankuasa
yang dianggotai oleh rakyat jelata juga dibenarkan membuat perlantikan jawatan
tersebut di wilayah masing-masing, dengan syarat, calon yang dipilih mesti
mempunyai rekod keputusan peperiksaan yang terbaik di peringkat negeri.
Peraturan dan syarat yang demikian telah diamalkan sejak zaman pemerintahan
Dinasti Shi Huang Ti.

Daripada ini dapat dilihat bahawa sistem pemerintahan yang wujud ialah sistem
pemerintahan beraja dan raja berperanan sebagai orang perantaraan antara
rakyat dengan Tuhannya. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti, negara China
menjadi sebuah negara yang maju dan lebih moden dengan sistem politik
pemerintahan yang teratur dan berpusat, juga mempunyai sistem perhubungan,
sistem timbang dan sukat, ketenteraan yang kuat dan mempunyai hubungan
yang baik dengan negara luar.

AKTIVITI 7.5

Senaraikan nama maharaja dalam tamadun China dan dinastinya serta


apakah sumbangannya yang anda rasakan berguna terhadap
peradaban dunia. Bincangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 127
TERHADAP PERADABAN DUNIA

7.6 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KEBUDAYAAN DAN PERAYAAN
Thehidupan masyarakat China banyak dilingkari dengan kepercayaan dan juga
adat istiadat. Mereka mempunyai pelbagai kepercayaan dalam kehidupan dan
kebudayaan mereka. Mereka inginkan kesempurnaan dalam segala hal, seperti
kelahiran yang sempurna, perkahwinan yang sempurna, kematian yang
sempurna dan juga pengebumian yang sempurna. Adat dan kepercayaan
masyarakat China ini dapat dilihat dengan jelas dalam upacara kelahiran,
perkahwinan, kematian dan pengebumian. Selain daripada keempat-empat
upacara tadi, terdapat satu lagi adat yang ketara dalam kehidupan mereka iaitu
perayaan.

Dari segi upacara perkahwinan mengikut kepercayaan masyarakat China,


terdapat enam pendekatan dalam menjayakan upacara perkahwinan iaitu:
(a) Na chai (pemilihan jodoh);
(b) Wen Ming (pertanyaan nama bagi menentukan keturunan);
(c) Na Ji (keserasian dan penyesuaian);
(d) Na Cha (penerimaan dan persetujuan);
(e) Qing Qi (keserasian atau persamaan tarikh atau masa); dan
(f) Ying Qing (majlis perkahwinan).

Dari segi upacara kematian dan pengebumian, rakan dan saudara-mara


mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada si
mati. Mereka berada berhadapan dengan tempat pemujaan dan di sisi tempat
pemujaan itu diletakkan keranda si mati. Makanan dan bahan pemujaan
diletakkan di atas tempat pemujaan. Penganut ajaran Buddha dan Taoisme
dijemput untuk membacakan doa dan bersembahyang. Wang kertas palsu akan
dibakar. Pembahagian waktu dalam upacara ini sangat penting kerana keranda
harus sampai ke tempat pengebumian mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Ayam jantan putih akan diletakkan di atas keranda. Selepas upacara
pengebumian, ayam tadi akan dibawa pulang ke rumah. Masyarakat China
percaya bahawa ayam itu boleh melindungi rumah kerana telah mempunyai
semangat nenek moyang si mati tadi.

Selain daripada adat dan kebudayaan yang telah dijelaskan tadi, masyarakat
China juga sangat kaya dengan perayaan. Banyak perayaan yang dijalankan
berkaitan dengan upacara keagamaan. Contohnya, setiap tahun pada hari kedua
bulan pertama mengikut kalendar China diadakan sambutan perayaan Tahun
Baru Cina. Seperti lazimnya masyarakat China akan menyambutnya secara

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

besar-besaran kerana kedatangannya hanya setahun sekali di samping bertujuan


bagi menyambut kedatangan tahun baharu. Sehari sebelum kedatangan Tahun
Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan bersama-sama.
Jamuan ini diadakan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan sesama
anggota keluarga setelah lama tidak bertemu. Angpau turut diberikan yang juga
membawa makna kesejahteraan yang berpanjangan. Tarian naga sering
dipersembahkan pada setiap perayaan Tahun Baru Cina. Naga melambangkan
ketangkasan, kekuatan dan kemewahan. Tarian ini dipercayai boleh
mendatangkan tuah kepada orang yang menganjurkannya.

Mengikut Morton (1995), terdapat pesta Capgome yang juga dikenali sebagai
Pesta Yuan Siau. Pesta ini disambut sebagai menandakan tamatnya sambutan
perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula pada hari yang ke-15. Pesta ini
mempunyai sejarah yang panjang. Sejak 2,000 tahun dahulu ia mula disambut
oleh kerajaan Han. Pesta ini diiringi dengan upacara pemujaan dewa-dewi untuk
meminta perlindungan supaya keluarga sentiasa bahagia dan tidak ditimpa
sebarang malapetaka. Pesta ini biasanya berlangsung selama tiga hari tiga
malam. Sepanjang masa itu setiap rumah akan diterangi dengan cahaya lampu.
Mercun dibakar habis-habisan untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Ini
dipercayai dapat menghalau roh jahat. Pesta ini diakhiri dengan upacara
melempar buah limau mandarin ke dalam laut oleh pemuda dan pemudi yang
berhasrat mendapatkan jodoh atau pasangan yang sesuai.

Terdapat juga Pesta Ching Ming yang disambut pada hari ketiga dalam bulan
ketiga kalendar China. Hari Ching Ming merupakan hari bagi orang China pergi
ke kubur untuk menziarahi nenek moyang serta saudara-mara yang telah
meninggal dunia. Selain itu, ada juga perayaan Thuih Bulan yang lebih dikenali
sebagai Pesta Tanglung. Ia disambut pada hari ke-15 bulan lapan kalendar
China. Perayaan ini dinamakan Pesta Thuih Bulan kerana diadakan sewaktu
bulan sedang mengambang dan mencapai peringkat purnama. Antara benda
yang dianggap istimewa dan dimestikan dalam perayaan ini ialah kuih bulan
dan perarakan tanglung. Perayaan ini juga sebagai menghormati seorang
bidadari yang menjadi dewi dan menyalakan cahaya di bulan. Perayaan ini
bermula pada tahun 1271 di negara China (Ghazali Darusalam, 2001).

AKTIVITI 7.6

Senaraikan jenis adat dan perayaan yang telah diadakan sejak dulu
hingga kini dalam tamadun China. Adakah ia berubah? Bincangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 129
TERHADAP PERADABAN DUNIA

7.7 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KEMASYARAKATAN
Mengikut Abdul Aziz Harjin (2013), susunan masyarakat dalam tamadun China
menunjukkan raja menduduki hierarki yang tertinggi. Di bawah raja terdapat
golongan bangsawan. Mereka ini merupakan golongan yang berpengaruh.
Selepas golongan bangsawan, golongan petani menjadi golongan yang penting.
Semasa Dinasti Chou, kebanyakan petani menjadi hamba berhutang tidak dapat
mengeluarkan hasil makanan yang mencukupi. Artisan, peniaga dan askar
menduduki tempat yang paling rendah dalam hierarki masyarakat China.

Daripada konteks sosial, tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling


ideal ialah datong. Datong diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini
dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini
dikongsi atau dibahagikan kepada semua pihak dengan adil serta saksama,
tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang
tua akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada
perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan.

7.8 SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS


DAN TEKNOLOGI
Sains dan teknologi telah maju sejak zaman Dinasti Shang. Antara kemajuan
yang diperoleh ialah:
(a) Penghasilan senjata dan alat pertanian yang diperbuat daripada gangsa;
(b) Penciptaan alat tembikar dan barang perhiasan yang diperbuat daripada
batu jed;
(c) Penghasilan sutera; dan
(d) Sistem kalendar dan perpuluhan diperkenalkan.

Pada zaman Dinasti Chou, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi semakin
berkembang di mana pada zaman ini wang telah dihasilkan daripada logam.
Mereka juga menerbitkan buku serta memperkenalkan alat tulisan. Teknologi
tamadun awal dalam bidang seni bina jelas memperlihatkan peningkatan
tamadun. Tembok Besar China merupakan peninggalan bukti seni bina yang
unik dan mengagumkan (lihat Rajah 7.2). Tembok Besar China ini dibina oleh
Maharaja Shih Huang Ti untuk menghadapi pencerobohan orang nomad. Ciri-
ciri Tembok Besar China ini ialah:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

(a) Ia merupakan salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia;


(b) Ianya setinggi bangunan tiga tingkat dan panjangnya kira-kira 2,410
kilometer;
(c) Ia dibina merentangi bukit-bukau;
(d) Ia dibina sepenuhnya oleh tenaga manusia dan mengambil masa lebih
kurang 100 tahun untuk disiapkan; dan
(e) Ia dibina untuk mempertahankan negara China daripada serangan kaum
Barbar (tartar) Monggol.

Rajah 7.2: Tembok Besar China


Sumber: http://p4a09glkuan-ppc.blogs.smjk.edu.my/

Orang China juga terkenal sebagai pencipta mesin tenun yang boleh menenun
kain dengan banyak dan pantas. Mereka juga merupakan bangsa pertama yang
membuat kertas di dunia. Orang China mempunyai teknologi untuk menjadikan
bahan seperti kulit pohon mulberi, bahan terpakai seperti kain buruk, tali dan
sebagainya menjadi pulpa dan akhirnya diproses menjadi kertas. Teknologi
membuat kertas ini kemudiannya telah sampai ke negara Eropah dan negara
Islam menjelang kurun ke-13 Masihi. Selain itu, mereka juga menghasilkan seni
tembikar dan seramik yang dihiasi dengan gambar yang menarik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 131
TERHADAP PERADABAN DUNIA

7.9 SUMBANGAN DALAM BIDANG


KESUSASTERAAN DAN PENCIPTAAN
KALENDAR
Banyak kajian dan karya telah dihasilkan dalam bidang kesusasteraan dan
sejarah pada zaman Han. Antara buku yang ditulis semula ialah Chien Han Shu,
Shih Ching, Li Chi, Shu Ching dan banyak lagi. Shi Ching yang ditulis oleh Su
Ma Chien merupakan catatan tentang peristiwa dan personaliti penting yang
merangkumi tempoh 2,000 tahun. Su Ma Chien ialah tokoh kesusasteraan yang
penting pada zaman Han. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China.

Buku Chien Han Shu atau sejarah Dinasti Han ditulis oleh Pan Thu, Pan Piao dan
Pan Chao. Seorang sarjana Liu Hsin mengumpul teks lama untuk disunting.
Thamus yang pertama di dunia iaitu Shou Wen telah dihasilkan pada zaman Han
iaitu kira-kira 100 SM. Thamus ini memberi penerangan kepada lebih kurang
2,000 perkataan.

Ahli cendekiawan China juga telah memperkenalkan sistem membahagikan hari


kepada hari siang dan malam dengan seragam. Tiap-tiap hari yang baharu akan
bermula pada tengah malam. Orang Han mencipta jam matahari untuk
mendapatkan masa yang lebih tepat. Ahli sains Han mengkaji matahari, bulan
dan bintang untuk mendapatkan kalendar yang tepat. Thalendar China telah
digunakan untuk lebih kurang 2,000 tahun.

Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat


30 hari sebulan dan 360 hari setahun. Thalendar digunakan oleh raja untuk
menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan sistem kalendar
turut digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara
perkahwinan, pemburuan dan pengebumian (Gernet, 1996).

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah kepentingan kalender dalam tamadun China pada awalnya?


Bincangkan.

AKTIVITI 7.7
Senaraikan contoh hasil sastera yang telah dibincangkan. Bolehkah
anda membuat tambahan kepada senarai itu berdasarkan hasil
pembacaan yang lain?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

7.10 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUNDANGAN
Melalui sistem perundangan, tamadun China telah memperkenalkan dua
hukuman iaitu:
(a) Hukuman berat; dan
(b) Hukuman bercorak sosial (kemasyarakatan).

Sistem perundangan tersebut telah menggunakan falsafah legalisme yang buat


pertama kalinya telah diperkenalkan oleh Maharaja Han Fei Tsu (lihat Rajah 7.3)
semasa Dinasti Chin (dari 221 SM hingga 206 SM). Dinasti Chin ialah dinasti
yang pertama dalam empayar China.

Rajah 7.3: Han Fei Tzu


Sumber: http://history.cultural-china.com/en/49History9316.html

Sistem perundangan China pada ketika itu banyak dipengaruhi oleh falsafah
Thonfusianisme yang bersifat autoritarianisme iaitu melalui penguatkuasaan
perundangan yang tegas serta hukuman berat kepada pesalah bertujuan
membendung jenayah sosial. Thuasa menjatuhkan hukum terletak di tangan
kuasa maharaja yang berperanan menjatuhkan hukuman atas kuasa legislatif
beliau sebagai maharaja yang memegang tampuk kuasa pemerintahan.

7.11 SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK


Menurut Del Testa (2001), dalam tamadun China, perluasan kuasa telah
membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin (221 SM) iaitu di
bawah pemerintahan Shih Huang Ti (dari 259 SM hingga 209 SM) yang telah
berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 133
TERHADAP PERADABAN DUNIA

secara autokratik iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa
golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk
mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang
gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China. Thejatuhan
Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han.

Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar
sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan takluknya
melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya
ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze,
Thwangsi, dan Thwang Tung di selatan. Pada zamannya, pengaruh China telah
tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negara China
telah berjaya diwujudkan.

7.12 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PENDIDIKAN
Mengikut catatan Wang (1991), masyarakat China sangat menghargai
pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama
pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga
peringkat pendidikan iaitu:

(a) Pendidikan Rendah


Pada pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan
ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.

(b) Pendidikan Menengah


Pada peringkat ini, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera.

(c) Pendidikan Peringkat Tinggi


Tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.

Pada peringkat pendidikan tinggi ini juga, sistem pendidikan mengandungi tiga
tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen dan tahap ketiga
Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf
dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang
terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di
daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar
yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus dengan
ijazah kelas pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah kelas
ketiga pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan
tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 7.8

Jelaskan peringkat pendidikan dalam tamadun China. Apakah anda


rasa ia masih kekal hingga ke hari ini? Bincangkan.

7.13 SUMBANGAN DALAM BIDANG


PERUBATAN
Menurut Zulkiflee Haron (2005), perkembangan bidang perubatan China telah
bermula sejak 10,000 tahun dahulu. Amalan perubatan China berkembang hasil
daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia
dan beberapa jenis penyakit. Thaedah akupunktur pernah diamalkan oleh
masyarakat China dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan
sebelum peralatan dicipta. Amalan perubatan China juga diperoleh daripada
karya tulisan pengamal perubatan China. Antara karya perubatan yang
dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh
mengenai rekod teori perubatan China. Namun demikian, karya teks klasik yang
awal dan terpenting ialah Yellow EmperorÊs Classic of Internal Medicine. Ia
disiapkan pada tahun sekitar 200 SM. Buku ini membincangkan mengenai teori
dan falsafah perubatan China klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal
kelebihan terapeutik dari akupunktur, herba, diet dan senaman.

Semasa Dinasti Han muncul, Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang
ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan
ialah Materia Medica (Pen Ts›ao Thang Mu) yang ditulis oleh Li Shih-chen
semasa Dinasti Ming. Tharya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang
menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah
diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara Asia Timur
dan Eropah.

Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu:


(a) Materia medica. Ia adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan
seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang
China telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek
tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis
sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput
laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya;
(b) Moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau
moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan; dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 135
TERHADAP PERADABAN DUNIA

(c) Akupunktur yang merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada


tempat tertentu (Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin & Ramli Awang,
2005).

AKTIVITI 7.9
Apakah cara merawat penyakit yang selalu dilakukan dalam
tamadun China? Bincangkan kebaikan dan keburukannya, jika ada.

7.14 SUMBANGAN DALAM BIDANG


ASTRONOMI
Dalam bidang astronomi, sumbangan besar orang China sejak 1300 SM. dapat
dilihat melalui cara mereka merekodkan dan membuat katalog mengenai
bintang, komet dan gerhana bulan serta matahari yang hampir tepat dengan
penulisan astronomi daripada tamadun Mesir, India dan Barat. Astronomi China
telah menemui crab nebula pada abad ke-11. Mereka juga telah menemui komet
Halley, mencipta gnomon sebagai satu instrumen yang terdiri daripada tiang
tegak bagi menentukan latitud matahari dengan mengukur kedudukan panjang
bayang-bayang pada waktu tengah hari dan clepsydra iaitu alat bagi mengukur
masa berdasarkan aliran air yang melalui suatu lubang kecil yang terdapat pada
alat tersebut.

Satu manuskrip tertua di dunia mengenai astronomi telah ditemui di gua


Dunhuang, wilayah Gansu (Mohd Azhar Abd Hamid et al., 2006). Thegiatan
dalam bidang astronomi menyebabkan orang China dapat membuat kalendar
dengan tepat berdasarkan peredaran bulan dan matahari.

7.15 SUMBANGAN DALAM BIDANG


MATEMATIK
Terdapat dua buah karya matematik yang tertua China iaitu:
(a) Chou Pei Suan Thing yang membicarakan mengenai kalendar, pengiraan
masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik; dan
(b) Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai kira-
kira, ukuran dan beberapa teori matematik.

Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam peperiksaan. Maharaja


Shih Huang-Ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem
sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China. Antara ahli matematik China

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

yang terkenal ialah Li Zhi (dari 1192 M hingga 1279 M), Liu Hui, Zhu Shijie
(1300 M) dan Li Shanlan (dari 1811 M hingga 1882 M). Liu Hui pernah
menerangkan mengenai teorem matematik seawal tahun 220 M hingga 267
Masihi.

Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segi


empat ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah
apabila angka baris yang menegak, mendatar atau miring dicampurkan ia akan
mendapat jumlah yang sama iaitu 15. Orang China juga memperkenalkan angka
positif dan negatif serta angka genap dan ganjil. Selain itu juga, orang China
telah pandai menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar
(Wang, 1991).

AKTIVITI 7.10
Pada pendapat anda, bagaimanakah sempoa berperanan dalam
perkembangan matematik dan kira-kira dalam tamadun China?
Bincangkan.

7.16 SUMBANGAN DALAM BIDANG


FALSAFAH, AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Goossaert dan Palmer (2011), menyatakan sukar untuk dipisahkan antara
falsafah, agama dan kerpercayaan dalam tamadun China. Ini kerana ketiga-tiga
aspek berkenaan saling berkait dan mempunyai isme yang sama. Falsafah
Thonfusianisme (dari 551 SM hingga 479 SM) diasaskan oleh Thong Fu Tze semasa
Dinasti Chou. Ia telah dijadikan doktrin asas oleh kerajaan China kerana
fahaman ini mencakupi hampir keseluruhan aspek kehidupan manusia baik dari
segi falsafah, agama mahupun kepercayaan. Berdasarkan kitab Analects,
konfusianisme bukanlah satu fahaman agama sebaliknya ia hanyalah doktrin
falsafah daripada ajaran Thong Fu Tze mengenai moral dan sifat humanisme.

Menurut Ghazali Darusalam (2001), ajaran falsafah konfusianisme mencakupi


pola laku manusia yang berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik
iaitu:
(a) Perikemanusiaan (ren);
(b) Thewajaran (yi);
(c) Thesusilaan (li); dan
(d) Thearifan (zhi).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 137
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Falsafah China juga dibentuk melalui ajaran Buddhisme. Asas ajaran Buddhisme
ialah penderitaan yang berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar
kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan dari mengikuti
lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan bagi mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Ajaran konfusius juga menekankan pada lima jenis hubungan baik untuk
mewujudkan masyarakat yang aman iaitu:
(a) Pemerintah yang baik;
(b) Ibu bapa dengan anak;
(c) Suami dengan isteri;
(d) Abang dengan adik; dan
(e) Thawan dengan kawan.

Mengikut ajaran Thonfusius, keluarga ialah unit terpenting dalam masyarakat.


Thonfusianisme sangat penting pada zaman Han; ia telah dijadikan agama rasmi
Empayar Han. Thonfusianisme pada zaman Han mempunyai atau mengandungi
ajaran Legalisme, Mohisme dan Taoisme. Tharya ahli falsafah Thonfusianisme
menjadi satu bahan kajian utama di sekolah pada zaman Han. Ia juga menjadi
asas kepada Peperiksaan Perkhidmatan Awam untuk memilih pegawai baru.
Teks klasik yang rasmi telah diukirkan di atas batu dan dipamerkan di luar
Akademi Negeri di ibu kota (Ghazali Darusalam, 2001).

Toisme atau Daoisme pula ialah ajaran falsafah agama berdasarkan teks Daode
Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. Thitab
Daode Jing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao
kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka
kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. Daoisme
merupakan agama bagi kebanyakan orang China. Ajaran ini menekankan satu
jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia
menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia
tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri
daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara
meditasi. Buku utama ajaran ini ialah Tao Te Ching. Setiap tindakan ditentukan
oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan
secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia.
Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Buddhisme (lihat Rajah 7.4) diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (dari
563 SM hingga 483 SM) yang bermula di India pada kurun ke-6 SM dan
kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Selepas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Buddhisme disebarkan ke negara China, Buddhisme telah mengalami perubahan


atau diubah suai melalui ciri-ciri kecinaan dan dikenali sebagai Buddhisme
China. Namun begitu, asas pengajarannya tetap sama iaitu penderitaan
berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan penyebab kepada pelbagai
masalah manusia. Manusia perlu mengawal hawa nafsu dengan mengikuti Jalan
Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan iaitu menjauhi daripada perbuatan
yang melampau.

Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu:
(a) Panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman dan pemikiran yang
betul;
(b) Samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan dan tindakan yang betul
serta cara hidup yang betul; dan
(c) Sila (moral) yang meliputi usaha, pertimbangan dan tumpuan yang betul.

Penganut agama Buddha mesti melakukan amalan hidup yang suci, seperti
bersedekah, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan menipu dan jangan
berzina. Buddha juga mengajar tentang ahimsa iaitu tidak boleh memusnahkan
atau merosakkan segala benda hidup.

Rajah 7.4: Buddhisme


Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Gautama_Buddha

Moisme pula diasaskan oleh Mo Zi (dari 479 SM hingga 381 SM). Antara konsep
penting dalam pemikiran aliran ini termasuklah beberapa aspek seperti:
(a) Thasih sayang sejagat (jian'ai);
(b) Menyerah kepada nasib (feiming);

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 139
TERHADAP PERADABAN DUNIA

(c) Mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian); dan


(d) Mengecam sikap suka berperang (feigong).

Disebabkan penegasan aliran ini yang tertumpu kepada sikap mengejar


kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat Tuhan yang
dikemukakan oleh aliran Thonfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan
konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah
mempelopori analisis logik di negara China.

Legalisme adalah salah satu daripada empat aliran utama falsafah China.
Legalisme telah diasaskan oleh Han Fei Zi (lihat Rajah 7.5), seorang ahli falsafah
Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Chin. Legalisme ialah suatu fahaman
falsafah politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan tingkat tinggi seperti
alam dan tujuan kehidupan. Ajaran dan fahaman legalisme lebih berteraskan
kepada undang-undang atau perundangan yang lebih praktikal berbanding
ajaran dan falsafah konfusianisme yang menekankan aspek teladan manusia.
Masyarakat China telah lama mengamalkan sistem kepercayaan yang berkait
rapat dengan manusia dan alam semesta (naturalistik). Sebagai contoh,
masyarakat China didapati memuja roh datuk nenek moyang mereka yang
dipercayai berada di atas langit atau dipanggil tian (langit) sebagai makhluk
unggul yang menguasai nasib seseorang di samping kepercayaan primitif iaitu
animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi.

Masyarakat China juga lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh


memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan.
Thebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi
moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri
manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding
konsep ketuhanan. Bagi masyarakat China, kepercayaan dan agama merupakan
perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan
kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan
hidup selagi tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Thebanyakannya
tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan Tuhan
yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Thristian. Masyarakat
China menggambarkan kewujudan Tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan
mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu
mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat (Ghazali
Darusalam, 2001).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Rajah 7.5: Han Fei Zi

AKTIVITI 7.11

Senaraikan falsafah, agama dan kepercayaan dalam tamadun China


yang telah dibincangkan. Adakah perbezaan atau persamaan antara
kesemuanya? Bincangkan.

7.17 SUMBANGAN DALAM SISTEM TULISAN


Salah satu sumbangan penting tamadun China terhadap peradaban dunia ialah
sistem tulisannya (lihat Rajah 7.6). Dinasti Han merupakan dinasti yang banyak
memberi sumbangan kepada ciptaan sistem tulisan China yang dikenali sebagai
Hanzi atau sistem tulisan Xiang Xing yang merupakan sistem tulisan yang
dibuat secara menggunakan lambang bergambar. Hanzi merupakan sistem
tulisan yang tertua dalam tamadun China. Zaman pemerintahan Maharaja Han
merupakan zaman penting dalam penulisan yang penyelidikan telah dibuat
terhadap tulisan purba dan penulisan kamus. Pada zaman Dinasti Tang pula
muncul cetakan yang menggunakan blok.

Bidang penulisan juga berkembang terutamanya penulisan puisi, begitu juga


dengan lukisan. Manakala sistem tulisan zaman Dinasti Shang wujud dalam
bentuk gambar yang melambangkan sesuatu benda atau perkara. Tulisan dalam
bentuk simbol digunakan untuk menggambarkan idea abstrak. Terdapat lebih
kurang 3,000 simbol yang kekal selama 3,500 tahun. Bentuk tulisan dalam simbol
dipanggil ideogram. Ia ditulis menegak dalam lajur yang kecil. Jurutulis yang
mahir membaca dan menulis menggunakan berus atau kayu runcing untuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 141
TERHADAP PERADABAN DUNIA

menulis di atas tulang, buluh, gangsa, tembikar, kayu, batu, jed dan sutera.
Contoh tulisan Hanzi atau sistem tulisan Xiang Xing adalah seperti yang berikut:
日 (rì) untuk "matahari", 月 (yuè) untuk "bulan" dan 木 (mù) untuk "kayu"
(Gernet, 1996).

Rajah 7.6: Sistem tulisan masyarakat China


Sumber: http://titas-tamaduncina.blogspot.com/2013/04/bahasa-dan-sistem-
tulisan-china.html

Thertas tertua yang berumur lebih daripada 2,000 tahun dijumpai pada tahun
1957. Thertas itu mempunyai 12 huruf sahaja. Bukti ini melambangkan
penyebaran kertas pada masa itu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

7.18 SUMBANGAN DALAM BIDANG KESENIAN


Thesenian dalam tamadun China boleh dilihat melalui Dinasti Yuan yang
memberi sumbangan dalam bidang muzik China. Tamadun dari negara China
ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi ketamadunan dunia (Ghazali
Darusalam, 2001). Pada masa pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou, alat
seni diperbuat daripada gangsa dan kain sutera. Masyarakat China sangat kreatif
dan inovatif dalam mencipta instrumen muzik China sesuai dengan minat yang
mendalam dalam kalangan maharaja China dan pegawai istana. Satu masa
dahulu muzik China hanya boleh diperdengarkan dalam kalangan kerabat
maharaja sahaja. Biasanya peralatan muzik China dibuatkan dengan bahan
seperti logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu, dan buluh (lihat
Rajah 7.7).

Rajah 7.7: Contoh peralatan muzik China


Sumber: http://sejarahmusisi.blogspot.com/2011/11/daftar-alat-musik-cina-sejarah-
musisi.html

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 143
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Thesenian kaligrafi Cina merupakan seni khat menggunakan berus Cina selama
4,000 tahun dalam penulisan. Asas kaligrafi terdiri daripada garis dan bentuk,
menekankan keharmonian, keseimbangan, impule dan momentum semasa
menulis (lihat Rajah 7.8). Hurufnya mempunyai teks yang berbeza dari segi
bentuk, gaya, dan pergerakan yang digelar sebagai penulisan kai, xing, cao, li
dan da zhuan. Thai dan xing ialah bentuk normal. Cao dan li berbentuk cakar dan
ditulis dengan cepat, da zhuan pula bentuknya seperti tulisan Cina purba Jia gu
wen (tulisan Han). Antara pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul ialah
Wang Xizhi (321 M hingga 379 M).

Rajah 7.8: Theindahan kaligrafi Cina


Sumber: http://www.mandarin-one.com/2013/08/seni-kaligrafi-china-shufa.html

Pemerintahan zaman Dinasti Song (dari 960 M hingga 1279 M) menjadi penanda
terhadap kemajuan seni lukis kerana ramai pelukis mahir dan terkenal telah
muncul pada zaman tersebut. Ramai dalam kalangan pelukis yang bukan sahaja
mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi. Thebanyakan
lukisan Cina merupakan kombinasi antara seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga
seni ukir cap. Seni lukis Cina boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu lukisan
xieyi yang dihasilkan secara spontan dan gonghi (menggunakan garis halus dan
teliti dengan memberi perhatian kepada butir objek yang hendak yang dilukis
berdasarkan objek) (lihat Rajah 7.9). Pelbagai bentuk dan jenis lukisan telah
dilukis pada kain sutera, tembikar, pinggan dan peralatan lainnya. Ia biasanya
terdiri daripada gambar yang berlatarbelakangkan cerita mitos dan peristiwa
yang benar-benar berlaku.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

Rajah 7.9: Contoh seni lukis masyarakat China


Sumber: http://titasib2013.blogspot.com/2013/04/kesenian-cina.html

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan
daripada tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah
Tembok Besar China. Tembok ini dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah
diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini dibina sepanjang 1,500 batu dari
Thansu ke Peking (lihat Rajah 7.10). Sementara itu bandar China purba seperti
Changan, Anyang, Peking dan Loyang juga dibina dengan rekaan yang
mempunyai tembok batu. Tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada
tanah liat dan batu-bata. Malahan di kampung juga terdapat tembok biarpun
dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang
dikelilingi oleh parit yang besar dan menara (Akashah Ismail, 2009).

Rajah 7.10: Thedudukan Tembok Besar China


Sumber: http://it411x34.tripod.com/peningkatan_sosial.htm

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 145
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Thawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah


istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Thota Larangan. Istana ini
mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai
penghadapan serta tempat pagoda. Thuil ini terdiri daripada beberapa buah
bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.
Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar, pagoda pula
berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk
oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi
semua binaan dan tempat (Morton, 1995).

Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia


menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam
persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks.
Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea
baru dalam memaju dan meningkatkan cara hidup. Themajuan tamadun dapat
diukur melalui pencapaian manusia dalam tiga aspek utama, iaitu peningkatan
politik, peningkatan ekonomi dan peningkatan sosial. Thesemuanya telah
dibincangkan dalam topik ini.

AKTIVITI 7.12

Dengan menggunakan kemudahan Internet di tempat anda, cari


maklumat tambahan berkenaan aspek berikut:
(a) Pemerintahan dan (i) Politik
pentadbiran (j) Pendidikan
(b) Thebudayaan
(k) Perundangan
(c) Perubatan
(l) Astronomi
(d) Themasyarakatan
(m) Matematik
(e) Sains dan teknologi
(n) Thesusasteraan
(f) Falsafah, agama dan
(o) Sistem tulisan
kepercayaan
(p) Perundangan
(g) Thalendar
(h) Thesenian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA TERHADAP
PERADABAN DUNIA

• Tamadun China telah memainkan peranan dan memberi sumbangan yang


besar kepada masyarakat global.
• Penghasilan produk yang pelbagai bermula daripada penciptaan kompas
bermagnet, kalendar, tembikar, peralatan dapur, instrumen muzik sehinggalah
kepada aspek falsafah, kepercayaan dan agama di samping monumen Tembok
Besar China adalah bukti kemajuan negara China yang sehingga ke hari ini
tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara di dunia ini.
• Themajuan negara China sewajarnya menjadi contoh kepada umat manusia
sedunia kerana keagungan tamadunnya tidak dapat ditandingi oleh
tamadun Barat.

Akupunktur Pemerintahan monarki


Autorianisme Pendidikan menengah
Datong Pendidikan rendah
Falsafah Thonfusianisme Pendidikan tinggi
Falsafah Taoisme atau Daoisme Seni peperangan
Thaligrafi Sistem feudal
Thuasa legislatif Sistem tulisan
Metafizik

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 TAMADUN CHINA DAN SUMBANGANNYA 147
TERHADAP PERADABAN DUNIA

Akashah Ismail. (2009). Fokus ACE SPM: Sejarah. Thuala Lumpur, Malaysia:
Pelangi.

Gernet, J. (1996). A history of chinese civilization. London, England: Cambridge


Universty Press.

Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Thuala Lumpur,
Malaysia: Utusan Publication.

Goossaert, V. & Palmer, D. A. (2011). The religious question in modern China.


Chicago, US: The Univestity of Chicago Press.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Thoharuddin Balwi, & Muhamed Fauzi
Othman. (2006). Reka cipta & inovasi dalam perspektif kreativiti . Skudai,
Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia.

Morton, W. S. (1995). China: ItÊs history and culture. New York, NY: McGraw
Hill.

Tenhouten, W. D. (2001). Lives & legacies: An encyclopedia of people who


changed the world. New York, NY: Routledge.

Wang, G. (1991). The chineseness of China. Hong Thong, China: Oxford


Universtity Press.

Zulkiflee Haron, Mohd Nasir Ripin, & Ramli Awang. (2005). Tamadun Islam:
Thepentingan ilmu ketamadunan kepada pembangunan negara. Skudai,
Malaysia: Universiti Teknologi Mara.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


T o pi k  Tamadun
India
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan pembentukan tamadun India melalui fasa zaman yang
terlibat;
2. Menghuraikan nilai dan unsur utama dalam tamadun India;
3. Membincangkan keistimewaan tamadun India dari sudut jangka
masa dan agama; dan
4. Menilai hubungan tamadun India dengan negara lain di Asia
Tenggara.

 PENGENALAN
Perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjo-Daro
di Harappa (kini Pakistan), lembah Sungai Indus. Tamadun ini berkembang
sejak 2,500 SM. Pencapaian tamadun ini adalah sama dengan tamadun purba
seperti Mesir dan Babylon. Masyarakat lembah Sungai Indus pada masa itu telah
mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan seperti agama, budaya, kemajuan
kebendaan, nilai dan kepercayaan.

Bukti menunjukkan bandar besar yang maju telah wujud di tebing Sungai Indus.
Ia meliputi kawasan tanah hampir satu batu persegi dengan lorong dalam
bandar raya berbentuk 90 darjah. Rumahnya kukuh dan diperbuat daripada
batu-bata dan hampir setiap rumahnya mempunyai bilik mandi. Tempat mandi
awam juga telah ditemui, mempunyai taraf kesihatan yang baik dan terdapat
juga sistem tali air yang sempurna. Sesetengah pengkaji pula berpendapat
bahawa tamadun Hindu dikesan bermula 4,000 tahun dahulu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  149

Tamadun India adalah sama usianya dengan tamadun China dan ia masih
berlanjutan. Ayat daripada Veda (kitab suci sejak zaman Arya) masih lagi dibaca
dalam sembahyang pagi, petang, malam dan juga upacara perkahwinan, seperti
yang diamalkan 4,000 tahun dahulu. Asas sistem undang-undang dan sosial
mereka telah diwujudkan sebelum Rom diasaskan. Malah, sebelum Socrates
dilahirkan telah ada ahli falsafah India.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan fasa pembentukan tamadun India,
unsur pembentukannya, nilainya, keistimewaannya serta kaitannya dengan
tamadun lain di dunia. Setiap fasa tersebut akan dibincangkan dalam subtopik
yang berikutnya.

8.1 PEMBENTUKAN TAMADUN INDIA


Sejarah India sebelum 500 SM agak kurang jelas kerana tidak banyak kajian yang
dapat membantu dalam menerangkan pembentukan tamadun India. Mengikut
Azharudin Mohd Dali (2004), tamadun India terbentuk melalui beberapa fasa
seperti yang diringkaskan dalam Rajah 8.1.

Rajah 8.1: Fasa pembentukan Tamadun India

8.1.1 Zaman Lembah Indus (1500 SM)


Mengikut tulisan Azharudin Mohd Dali (2004), tamadun India pada awalnya
ditemui di sekitar Lembah Indus (Rajah 8.2). Terdapat banyak pemerintahan
pada zaman tersebut yang terdiri daripada kerajaan Vedik, Maurya, Gupta,
Sangam, Palava dan Chola. Apabila kerajaan tersebut runtuh, tamadun India
tidak lagi menyerlah di Lembah Indus sebaliknya telah berpindah ke kawasan
lain terutama di Gujarat. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan tembikar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

merah yang pernah ditemui di Lembah Indus juga ditemui di Gujerat, begitu
juga pelbagai jenis periuk dan benda logam. Penemuan dari galian di Ankamedu
dan Adichanallur di India Selatan juga menunjukkan unsur yang sama dengan
tamadun Indus.

Rajah 8.2: Lembah Indus


Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Peradaban_Lembah_Sungai_Indus

(a) Zaman Therajaan Vedik (dari 1500 SM hingga 500 SM)


Pada zaman ini dikatakan bermulanya asal usul orang-orang Indo Arya
yang pernah mendiami kawasan antara Poland dan Asia Tengah.
Thekurangan kawasan rumput-rampai bagi ternakan mereka telah
mendorong kaum ini untuk bermigrasi ke kawasan utara, barat dan
selatan. Sebahagian daripada kumpulan ini telah bermigrasi ke kawasan
Iran dan Iraq meneruskan perjalanan mereka sehingga sampai ke benua
kecil India. Thedatangan mereka tidak berlaku serentak tetapi berselang-seli
dan dalam masa inilah berlaku pertembungan budaya dengan penduduk
tempatan. Walaupun kumpulan Arya dapat mengekalkan beberapa unsur
budaya yang dibawa bersama mereka tetapi pertembungan ini
menyebabkan kemunculan satu budaya komposit di kawasan utara India
yang dikenali sebagai Budaya Indo Arya (Budaya Vedik). Orang Indo Arya
telah mencipta teks agama atau Veda-veda yang mengandungi mazmur
agama. Dari Veda-veda ini, terutama Rig Veda yang disusun antara tahun
1200 SM dan 1000 SM (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  151

Asas organisasi politik dan sosial masyarakat Indo Arya ialah Thula
(keluarga) yang diketuai oleh Grihaspati; beberapa keluarga tinggal dalam
sebuah kampung (Grama) yang diketuai oleh Gramina; beberapa buah
kampung adalah sebahagian daripada Visya (bandar) yang diketuai oleh
Visyapati dan beberapa Visya adalah sebahagian daripada Jana yang
diketuai oleh raja (Rajana). Thedudukan raja begitu dihormati dan baginda
dinasihati oleh Mantriparishad (ahli ialah negarawan yang dipilih oleh
raja). Thuasanya dikawal oleh pandangan umum dan rakyat mempunyai
kuasa untuk menggantikan seorang raja yang menyeleweng dalam
tugasnya. Dua badan iaitu Sahha (anggotanya terdiri daripada ketua dan
orang kaya raya) dan Samriti (perhimpunan rakyat) berperanan dan
bertanggungjawab mengawal kuasa raja (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Menurut Azharudin Mohd Dali (2004) lagi, dari sudut percukaian, cukai ke
atas tanah merupakan cukai asas. Pertanian merupakan aktiviti utama
orang Indo Arya terutamanya tanaman bijirin iaitu barli dan gandum.
Selain itu, kegiatan penternakan binatang juga penting dan orang Indo
Arya menggunakan lembu dalam bidang pertanian dan sebagai sumber
susu. Terdapat juga orang Indo Arya yang menjadi nelayan, tukang dobi,
penggunting rambut, penjual daging, pembuat bakul, pembuat tembikar,
peminjam wang dan pedagang. Bharukachcha dan Tamralipti menjadi kota
penting dalam perdagangan luar.

Zaman Vedik yang terkemudian (dari 600 SM hingga 320 SM) ialah
penubuhan sebuah republik dan negeri beraja di kawasan utara India telah
membawa sejarah tamadun India ke satu tahap yang penting.
Pemerintahan secara republik pada zaman kerajaan Vedik terletak di
kawasan kaki Gunung Himalaya dan di barat laut Punjab, manakala negeri
yang mengamalkan sistem beraja terletak di kawasan Sungai Ganges.
Pemerintahan secara republik terdiri daripada beberapa puak seperti
Shakya, Tholiya dan Malla atau gabungan puak seperti Vriji dan Yadava.
Corak pemerintahan dibuat dalam bentuk kerjasama antara pihak kerajaan
dengan rakyat. Biasanya pihak kerajaan akan bertemu dengan wakil puak
atau ketua keluarga untuk membincangkan perkara penting. Salah seorang
wakil akan mempengerusikan pertemuan itu dan wakil tersebut diberi
gelaran ÂrajaÊ dan pangkat ini bukan secara turun-temurun. Sumber
pendapatan sesebuah republik adalah daripada cukai tanah, perindustrian
dan perdagangan. Bandar perindustrian dan perdagangan pada zaman
Vedik antaranya Shravasti, Champa, Rajagriha, Ayodhya, Thaushambi dan
Thashi. Bandar terpenting adalah Vaishali, Ujjain, Taxila dan Bharukachcha
di sebelah barat India yang mengadakan hubungan ekonomi yang lebih
luas. Semasa zaman Vedik tidak ada sekatan atau tentangan terhadap
pandangan individu yang berbeza dan ini menyebabkan kemunculan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

pemimpin dan pemikir yang membawa pandangan bukan ortodoks seperti


Siddharta Gautama (Buddha) daripada puak Shakya dan Vardhamana
(Mahavira) dari puak Jnatrika (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Semasa pemerintahan kerajaan Magadha dan Bimbisara dikatakan sebagai


zaman keemasan bagi zaman Vedik kerana rajanya merupakan seorang
yang gigih serta berwawasan politik. Baginda berkahwin dengan puteri
Thosala dan Vaishali, menakluki kawasan di barat dan utara, mendirikan
dan menyusun pentadbiran dengan cekap, membina jalan raya, melantik
pegawai untuk mengukur tanah dan menggalakkan pembangunan dalam
bidang pertanian. Thegemilangan zaman Vedik tidak dapat bertahan lama
apabila berlaku perebutan kuasa dan wilayah jajahan antara rajanya.
Contohnya peperangan antara kerajaan beraja Thashi, Thosala dan Magadha
dan republik Vriji yang berlaku selama 100 tahun dan akhirnya Magadha
dapat mengekalkan kuasanya di India Utara. Pada tahun 413 SM,
Mahapadma Nanda mendirikan kerajaan dinasti bukan Thshatriya yang
pertama. Baginda mewarisi kerajaan Magadha, mengenakan cukai tanah
yang tinggi, membina saluran air dan sebagainya. Namun begitu,
perkembangan ini tersekat kerana Chandragupta Maurya dapat
mengalahkan Nanda dan menerajui kerajaan pada tahun 321S M
(Azharudin Mohd Dali, 2004).

Manakala kawasan yang terletak di barat laut India berada di bawah


pengaruh Cyrus dari Persia (Iran) (dari 558 M hingga 520 SM) dan puak
dari Themboja. Therajaan India di bawah Gandhara dan kawasan Indus
dikehendaki membayar ufti kepada kerajaan Cyrus. Pengaruh Persia ini
dapat dilihat pada duit syiling India dan skrip kesusasteraan lama India
seperti Thharoshti mempunyai unsur skrip Aramaic yang digunakan di
Persia. Pada tahun 519 SM Wilayah Hindush dianggap sebagai wilayah
kedua puluh empayar Persia dan terdapat askar India yang bertugas dalam
tentera Persia. Pada tahun 330 SM, Maharaja Alexander dari Macedonia
(Greece) telah menewaskan Darius III, kemudian mara ke Punjab,
berperang dengan Raja Poros (Puru) di Jhelum, kemudiannya menakluki
puak tempatan dan melantik gabenor untuk mentadbir wilayah tersebut.
Oleh sebab tenteranya tidak ingin meneruskan dasar perluasan kuasa,
Alexander akhirnya terpaksa membatalkan rancangannya untuk menakluki
seluruh India. Dasar perluasan kuasa dan serangan Maharaja Alexander
telah menyebabkan terbentuknya beberapa petempatan orang Greek di
Punjab. Pergerakan tentera Greek ini telah merintis dan membuka beberapa
jalan perdagangan antara barat laut India melalui Afghanistan dan Persia
ke Laut Mediterranean (selatan Eropah) (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  153

(b) Zaman Therajaan Maurya (dari 321 SM hingga 185 SM)


Zaman ini telah memberi dimensi baru terhadap kejelasan kemunculan
tamadun India. Gambaran politik India juga semakin jelas kerana empayar
Maurya merupakan sebuah kuasa besar yang menguasai kebanyakan
kawasan di India. Pengasas empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya
telah menggantikan Nanda pada tahun 321 SM Thetika baginda berusia 25
tahun, baginda telah menjalankan dasar perluasan kuasa dengan
menakluki kawasan Indus, Ganges dan barat laut India. Pada tahun 297
SM, Chandragupta telah memeluk agama Jainisme dan menyerahkan
takhta kepada puteranya, Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar
sehingga ke Mysore di selatan India dan penggantinya, Asoka Piyadassi
kemudiannya menakluki Thalinga di timur. Penaklukan Thalinga penting
dalam sejarah Maurya kerana kemusnahan yang berlaku dalam
peperangan ini menimbulkan kesedihan kepada Asoka sehingga baginda
memeluk agama Buddha yang menekankan ahisma (tidak melakukan
kekejaman). Di bawah pemerintahan Asoka sistem Buddhisme disusun
semula semasa Majlis Buddhis Thetiga bersidang di Pataliputra pada tahun
250 SM. Majlis ini juga memutuskan supaya dihantar pengembang agama
Buddha ke kawasan lain di India dan ke luar India. Asoka telah
menghantar utusan diplomatik dan agama ke Syria (Antiochus II Theos
dari 260 SM hingga 246 SM), Mesir (Ptolemy III Philadelphus dari 285
hingga 247 SM), Macedonia (Antigonus Gonatus dari 276 SM hingga 239
SM), Cyrene (Magas) dan Epirus (Alexander). Themerosotan Empayar
Maurya (dari 200 SM hingga 300 Tahun Masihi) bermula dengan peristiwa
politik yang lebih dipengaruhi oleh keadaan di Asia Tengah. Empayar
Maurya diganti oleh kemunculan Dinasti Shunga (keluarga Brahmin) yang
diketuai oleh Pushyamitra pada tahun 180 SM Therajaan ini sering
berperang dengan kerajaan di selatan, dengan Greek di barat laut dan
Thalinga di Tenggara. Dalam masa seratus tahun, empayar Maurya menjadi
semakin kecil dan kawasan Magadha yang diperintah oleh Shunga
dikuasai oleh dinasti Thanva yang meneruskan pemerintahan sehingga
tahun 28 SM Dinasti Thanva mencapai zaman kegemilangan di bawah
pemerintahan Raja Thharavela dengan kawasan yang dikuasai terbentang
sehingga ke India Selatan (Azharudin Mohd Dali, 2004).

(c) Zaman Therajaan Gupta (dari 300 Masihi hingga 600 Masihi)
Zaman ini kemudiannya digelar sebagai Zaman Thlasik atau Zaman
Theemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh di kawasan utara
India. Asal usul Gupta tidak begitu jelas dan dipercayai suatu keluarga
tuan tanah beransur-ansur menguasai arena politik kawasan Magadha,
tinggalan Empayar Maurya. Dinasti Gupta menjadi semakin penting
selepas Chandra Gupta II berkahwin dengan seorang puteri Lichchavi,
suatu puak ternama dan mengambil gelaran Maharajadhiraja. Puteranya,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Samudra Gupta yang menaiki takhta pada tahun 335 telah meluaskan
kawasan pengaruhnya sehingga raja di timur dan selatan tunduk serta
membayar ufti. Baginda mengekalkan kerajaan Hindu, memulihkan
konsep Devaraja dan Asamedha, meneruskan hubungan luar dan
mendirikan pentadbiran yang cekap. Raja Meghavarnadari Ceylon (dari
352 M hingga 379 M) telah meminta kebenaran untuk membina biara dan
rumah rehat di Bodh Gaya bagi orang Ceylon yang berziarah ke tempat
suci ini. Bandar pada zaman Gupta dirancang dengan baik kerana
mempunyai jalan raya yang teratur, sistem perparitan yang baik, saluran
bekalan minuman, sistem pembuangan najis yang teratur dan tempat
mandi yang sempurna. Selepas kemerosotan empayar Gupta, India Utara
dibahagikan kepada empat buah kerajaan iaitu, Gupta di Magadha,
Maukhari di Uttar Pradesh barat, Pushyabhuti di Thanesar (di utara Delhi)
dan Maitraka (asal usul Persia) di Gujarat. Therajaan Maukhari menewaskan
Gupta dan mengadakan hubungan kekeluargaan dengan Pushyabhuti.
Theluarga Pushyabhuti menjadi kuasa penting dan selepas kemangkatan
raja Maukhari, pemerintah Pushyabhuti iaitu Harsha telah
menggabungkan kedua-dua kerajaan ini. Manakala kerajaan Maitraka
kekal sehingga pertengahan kurun ke-8 tetapi kemudian menghadapi
serangan dari orang Arab (Azharudin Mohd Dali, 2004).

(d) Zaman Therajaan Sangam (dari 300 SM hingga 200 Masihi)


Zaman ini lahir di India Selatan, rekod kesusasteraan Sangam memberi
gambaran jelas tentang peristiwa politik. Therajaan Chera di barat, Chola di
timur dan Pandya di selatan sering berperang antara satu sama lain. Pada
tahun 200 SM, kerajaan Chola telah menakluki dan memerintah Ceylon
Utara sehingga dihalau oleh Raja Sinhala Duttagamini. Masyarakat India
Selatan mengadakan hubungan dengan kawasan India utara melalui
kawasan Deccan, di samping menjalinkan hubungan perdagangan dengan
negara barat seperti Romawi dan Greek. Chola mengendalikan
perdagangan Lautan India, membina kapal besar dan kecil yang digunakan
dalam pelayaran ke rantau Asia Tenggara. Thewujudan pelabuhan atau
pangkalan kapal, dermaga, menara api, pejabat kastam dan bangunan
membuktikan terdapatnya perdagangan luar (antarabangsa). Thapal Yavana
(dari Asia Barat dan Laut Mediterranean) berlayar ke Thaveripattinam
untuk berdagang atau bertukar barang (barter) mereka dengan barangan
dari Asia Tenggara dan China. Thepentingan Arikamedu dan
Thaveripattinam dalam perdagangan lautan boleh dibandingkan dengan
kepentingan Bharukachcha dan Taxila di barat laut India yang
mengendalikan perdagangan luar dari Persia, Afghanistan dan Asia
Tengah (Azharudin Mohd Dali, 2004).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  155

(e) Zaman Therajaan Pallava (dari 600 M hingga 900 Masihi)


Zaman ini terbentuk di selatan India selepas zaman Sangam dan dikatakan
oleh para sejarawan India sebagai sebagai zaman gelap. Namun begitu,
terdapat satu golongan yang dikenali sebagai Thalabhra telah menguasai
India Selatan, memperkenalkan Buddhisme sebagai agama rasmi dan
mementingkan bahasa Sanskrit. Daripada keterangan kitab Buddhisme
dapat diketahui bahawa raja Accutavikkanta telah menggalakkan kegiatan
agama Buddha dan penyair Buddha telah mendapat layanan yang baik.
Cara pemerintah Thalabhra mengembangkan agama Buddha telah
membangkitkan kemarahan orang Tamil yang menyifatkan mereka sebagai
raja yang zalim. Selepas pemerintahan Accuta, kerajaan Pallava dan
Pandya berkembang serta mengusir golongan Thalabhra. Raja Pandya
Thandungon menewaskan Thalabhra pada tahun 575 M dan menamatkan
pemerintahan golongan ini yang telah berkuasa selama tiga ratus tahun di
India Selatan. Walaupun zaman Thalabhra digelar zaman gelap terdapat
beberapa sumbangan penting (istimewa) yang berlaku. Selain daripada
Perhimpunan Penyair Jain (Sangam Jain) yang diadakan pada 470 M,
dipercayai karya etika Tamil yang disanjung tinggi oleh masyarakat Tamil
seperti Naladiyar, Tirukkural dan Palamoli telah disusun pada zaman ini
(Azharudin Mohd Dali, 2004).

(f) Zaman Therajaan Chola (dari 850 SM hingga 1200 SM)


Zaman ini dikatakan bertapak di tepi Sungai Thaveri. Chola merupakan
sebuah kerajaan yang tidak begitu penting dan memerintah di kawasan yang
dikenali sebagai Rayalaseema. Penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan
pembinaan sebuah kuil untuk Dewi Durga (Nishumbhasudini) pada 850 SM
merupakan langkah pertama ke arah kebangkitan semula kerajaan Chola.
Therajaan Chola muncul semula daripada kemerosotan dan berkembang
menjadi satu kuasa imperialis selama tiga ratus lima puluh tahun. Raja yang
termasyhur dalam dinasti Chola adalah Raja Rajendra I dan Thulotangga dan
pemerintahnya menggunakan gelaran Chakravarthigal. Therajaan Chola
melalui dasar perluasan kuasa, meluaskan wilayahnya sehingga meliputi
seluruh kawasan India Selatan. Walaupun Tanjore dipilih sebagai ibu negeri
utama tetapi selepas penaklukan kerajaan Pallava, Thanchi menjadi ibu negeri
yang kedua pentingnya dalam empayar Chola. Pemerintah Chola begitu giat
terlibat dalam pembinaan kuil, reklamasi tanah, menggalakkan kerja talian
air, menyelenggarakan sekolah dan hospital. Mereka juga menjalinkan
hubungan perdagangan luar dengan Gugusan Thepulauan Melayu dan
negeri lain di rantau Asia Tenggara. Penemuan inskripsi Tamil di Takuapa,
membuktikan kegiatan persatuan pedagang iaitu Manigaman bergiat dalam
perdagangan di negeri Siam (Thailand). Ekspedisi ketenteraan dan serangan
Rajendra Chola I pada tahun 1025 SM terhadap empayar Srivijaya
membuktikan sebelum ini, sudah terbentuk hubungan erat dengan empayar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

itu yang menunjukkan dasar luar kerajaan China (Azharudin Mohd Dali,
2004).

Pada kurun ke-13, sejarah dan empayar Chola telah berakhir. Thekosongan
kerajaan India telah digantikan dengan empat buah kerajaan baharu seperti
Pandya, Hoysala, Thakatiya dan Yadava. Theempat-empat kerajaan Hindu
tersebut saling bermusuhan dan asakan daripada tentera Islam daripada
kuasa Mughal yang berterusan menyebabkan kerajaan Hindu tersebut
terus lemah dan kucar-kacir. Namun pada abad ke-14 telah muncul satu
kerajaan Hindu yang kuat. Therajaan Vijayanagar (tahun 1336 hingga 1570)
di bawah pentadbiran Harihara I telah menyatupadukan seluruh wilayah
di India serta kembali menyatupadukan antara golongan Hindu dan
Muslim. Begitu juga semasa zaman Thrishnadewa Raya, empayar
Vijayanagar yang berpusat di Selatan India terus maju dan gemilang
melalui perluasan wilayah, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan
negara luar. Dikisahkan bahawa Thrishnadewa Raya ialah seorang
pahlawan yang sangat berani berperang serta mengetuai semua
peperangan, pentadbir yang cekap, penaung seni dan kesusasteraan,
melayani dengan baik delegasi luar, cintakan agama dan sangat
menyayangi rakyatnya. Selepas kemangkatan Thrishnadewa Raya, kerajaan
Vijhayanagar terus runtuh kerana ketiadaan tokoh yang berwibawa serta
tidak dapat menandingi kuasa kerajaan Islam yang semakin kuat dan mula
menakluki wilayah Vijayanagar.

SEMAK KENDIRI 8.1


Apakah zaman kerajaan pemerintah yang terdapat semasa zaman
Lembah Indus dalam Tamadun India? Senaraikan contoh yang
terdapat dalam setiap kerajaan tersebut dan ciri-cirinya.

8.1.2 Zaman Pertengahan atau Zaman Kerajaan Islam


(dari 1000 M hingga 1756 M)
R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran (1994) menjelaskan sebaik hancurnya
empayar Chola Hindu, negara India telah memasuki zaman baharu, iaitu zaman
yang ditandai dengan pengaruh Islam ke atas masyarakat India yang meliputi
kesultanan Delhi, Dinasti Thhilji, Tughluq, Sayid, Lodi dan Babur atau Mungal.
Zaman Muslim India Utara tidak bebas daripada ancaman dan serangan luar
sejak sebelum tahun Masihi. Thumpulan orang Greek, Scythia, Parthia dan Hun
yang datang sebagai orang asing untuk memerintah India, akhirnya mereka
telah diasimilasikan. Sebaliknya, kedatangan kumpulan Muslim (orang Islam)
adalah berbeza kerana mereka dapat mengekalkan agama mereka di India.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  157

Di India, penyebaran agama Islam dilakukan melalui dua cara iaitu:


(a) Hubungan pedagang Arab dengan penduduk India dari kawasan pantai di
India Selatan yang menyebabkan mereka memeluk agama Islam sehingga
tahun 1000 SM Pengaruh politik mereka begitu kuat sehinggakan
pedagang kuda dan peniaga Arab di Thorkai dilantik sebagai menteri dalam
kerajaan Pandya.
(b) Penerimaan Islam selepas penaklukan mula berlaku selepas kumpulan
Muslim berketurunan Turki, Afghan dan Mongol menguasai kawasan di
India dan menubuhkan kesultanan mereka. Ini bermula dengan serangan
Mahmud Ghaznih dari tahun 1008 M hingga 1026 M yang menyebabkan
beberapa buah bandar yang mempunyai kuil seperti Thanesar, Thanauj dan
Mathura dimusnahkan. Ini diikuti pula oleh serangan Muhammad Ghuri
pada tahun 1191M dan pembukaan petempatan di India Utara. Pada tahun
1206M, Ghuri telah dibunuh oleh Qutb-ud-din Aibak, seorang pengikut
(hamba) Ghuri yang kemudiannya membentuk Thesultanan Delhi.
Pemerintah Dinasti Hamba (dari 1206 M hingga 1290 M) digantikan oleh
Dinasti Thhiiji (dari 1290 M hingga 1320 M), Dinasti Tughluq (dari 1320 M
hingga 1412 M), Dinasti Sayyid (dari 1412 M hingga 1450 M) dan Dinasti
Lodi (dari 1451 M hingga 1526 M).

Selepas Dinasti Lodi, tampuk pemerintahan India telah disambung oleh Dinasti
Mughal. Therajaan Mughal sangat masyhur di bawah pemerintahan Genghis
Thhan dan Akhbar (1526 M) yang mencakupi wilayah dari Thhasmir di Utara
hingga Deccan di Selatan India. Bagi menjaga kestabilan politik Mughal, Akhbar
telah mengadakan hubungan politik dengan kerajaan Hindu melalui
perkahwinan campur serta melantik pegawainya dalam kalangan orang Hindu
memegang jawatan pentadbiran, juga melantik penjawat awam dalam kalangan
etnik lainnya seperti Uzbek, Turki, Afgan, Thayastha, Ternuni dan lain-lain. Bagi
mengelakkan sebarang konflik dengan etnik Hindu, Akbar telah memansuhkan
cukai jizyah, membina dan memulihara kuil Hindu serta memberi kebebasan
dalam hal yang berhubung dengan agama dan budaya. Begitu juga dengan
agama Islam, diberi kebebasan bagi masyarakat India memeluk dan
mengamalkannya.

Selepas Akhbar, politik dan kerajaan India telah dipegang Jahangir (dari 1605 M
hingga 1627 M). Jahangir tidak meneruskan dasar serta polisi pentadbiran yang
telah diperkenalkan oleh Akhbar. Jahangir mula memusuhi agama Sikh dengan
membunuh ketua mereka. Begitu juga halnya semasa zaman pemerintahan Shah
Jahan (dari 1628 M hingga 1658 M) yang tidak membenarkan pembinaan kuil
Hindu. Semasa pemerintahan Aurangzeb (dari 1658 M hingga 1707 M) baginda
tidak membenarkan masyarakat India yang telah memeluk Islam untuk keluar
memeluk agama Hindu serta menukarkan pegawai kerajaan yang beragama

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Hindu kepada pegawai-pegawai Muslim. Tindakan yang sedemikian telah


mendapat tentangan dalam kalangan kaum Hindu seperti Rajput, Peshwa,
Maratha juga daripada etnik Sikh yang tidak lagi memberi sokongan moral
kepada kerajaan Islam India. Hal ini dapat dibuktikan apabila kedatangan British
ke India untuk menyerang kerajaan Islam, kaum Hindu, Sikh dan etnik lainnya
membantu Inggeris untuk menggulingkan kerajaan Islam.

Islamisasi India telah memberi kesan dalam pelbagai sektor seperti agama,
politik, ekonomi, budaya, seni, bahasa dan intelektual. Terdapat percampuran
dalam bidang tersebut khususnya dari segi bahasa Urdu dengan bahasa Arab,
seni muzik Vinai Hindu dengan seni muzik gambus Arab, seni bina Hindu-
Turki-Afghan, juga termasuk pakaian Farsi-Hindu. Thedatangan Islam ke India
juga telah melahirkan tamadun baharu India yang unik dengan integrasi unsur
Islam, Hindu, Jaina dan Sikh.

SEMAK KENDIRI 8.2

Bagaimanakah Islam telah berkembang di India pada Zaman


Pertengahan ini? Berikan contoh yang sesuai.

8.1.3 Zaman Tamadun India Moden (dari 1750 M


hingga 1947 M)
Zaman ini ialah zaman era penjajahan British ke atas India sehinggalah ke zaman
kemerdekaan India serta zaman bermulanya pembahagiaan wilayah Hindu dan
Islam. Thedatangan imperialis Inggeris ke India pada tahun 1612 hingga 1750 M
telah mengubah tamadun India kepada kehidupan yang lebih moden.
Penaklukan tentera British hanyalah satu pertiga negara India sahaja kerana dua
pertiga lagi negara India tidak dapat dijajah kerana wilayah tersebut
mengamalkan sistem beraja.

Therajaan British telah menggunakan dasar ÂPecah dan PerintahÊ dengan


membahagikan India kepada tiga residensi; wilayah Bombay di Barat, Madras di
Selatan dan Benggal di Timur. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor
British serta dibantu oleh seorang ketua pentadbir berketurunan India. Digelar
Zaman Tamadun India moden pada ketika itu kerana penguasa British telah
memperkenalkan dasar, sistem dan amalan British dalam hampir semua
lapangan hidup rakyat India termasuklah dari segi politik, pentadbiran,
ekonomi, sosial dan pendidikan kecuali aspek budaya dan agama kerana pihak
British menganggap ia tidak penting untuk dikuasai kerana tiada unsur
komersial. Hal ini dapat dilihat apabila pihak British melantik Gabenor Jeneral

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  159

Warren Hasting bagi mengetuai pentadbiran moden, Lord Mountbatten


mengetuai dasar politik India, Lord Dalhosi mengetuai perluasan dan
penaklukan wilayah India, Lord Curzon mengetuai dasar luar negara dan
William Bentinck mengetuai pendidikan India.

Pada awal kurun ke-19 M, pihak British telah memperkenalkan revolusi


perindustrian dan dasar perdagangan dengan membawa masuk mesin
pembuatan dan barangan dari England untuk dipasang dan dipasarkan di India.
Hal ini menyebabkan barangan tempatan India gagal bersaing. Di samping itu
juga kerajaan British tidak menghiraukan sensitiviti bahasa, budaya, adat tradisi
dan agama orang India. Atas kedua-dua faktor ini maka pada tahun 1857 M
rakyat India bangun melawan penjajah British. Ekoran peristiwa tersebut pihak
British telah memperkuatkan kuasa tentera dan undang-undang bagi
menghalang kebebasan orang India.

Pihak British juga telah memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris melalui


pembinaan sekolah mubaligh dengan motif tersembunyi untuk mengkristiankan
masyarakat Hindu, Buddha, Jaina, Sikh dan Islam. Melalui platform Âreformasi
sosial dan agamaÊ pihak British telah berjaya mengurangkan amalan adat dan
ritual masyarakat Hindu serta dapat memperbaiki kedudukan kaum wanita
Hindu yang sebelumnya mundur.

Tindakan penjajah British yang banyak mencampuri urusan kehidupan rakyat


India telah menyebabkan kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat India. Organisasi seperti Arya Samaj, Ramakrishna Mission, Prarthana
Samaj, Brahman Samaj dan sebagainya telah bangkit menentang dasar Inggeris.
Themuncak daripada itu lahirlah pertubuhan Indian National Conggress (1885 M)
yang diketuai oleh Mahatma Gandhi yang lantang bersuara menuntut
kemerdekaan India daripada cengkaman British sehinggalah pada tahun 1947 M.
India telah mendapat kemerdekaan melalui persetujuan pembahagian India
kepada dua negara, India diperintah oleh orang Hindu dan Pakistan ditadbir
oleh orang Muslim.

AKTIVITI 8.1
Berdasarkan kepada tiga zaman pembentukan tamadun India yang telah
dibincangkan, apakah kesinambungan antara ketiganya yang membawa
kepada India pada hari ini? Bincangkan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

8.2 NILAI TAMADUN INDIA


Menurut Bahree dan Patricia (1977), tamadun India menekankan beberapa nilai
yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan,
menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat. Rajah 8.3 menunjukkan antara nilai dan kepercayaan yang
menyumbangkan kepada unsur tersebut yang akan dibincangkan lebih lanjut
dalam subtopik seterusnya.

Rajah 8.3: Nilai dan kepercayaan yang membentuk tamadun India

(a) Dharma
Thonsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu
dan masyarakat. Dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau
deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma
masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi
menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu
memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran
dan peringkat dalam kehidupan. Dharma khas bagi individu atau
svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat
dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna.

Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu


kumpulan seperti vamadharma (bagi vama), jatidharma (bagi jan),
rajadharma (bagi raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya, rajadharma
meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang
pemerintah. Thuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan
kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  161

berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi


undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja
yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak
melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan
rakyat dan rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap
kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai
tugas utamanya. Oleh itu, dharma yang dikaitkan dengan tugas,
tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia
iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dalam
kehidupan keseluruhan.

(b) Thepercayaan kepada Tuhan


Dalam karya Upanishad, konsep ketuhanan telah dipelopori secara
mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek
iaitu Saguna (mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek
Saguna, Brahman ialah ketua bagi semua Tuhan, mengetahui segala-
galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Brahman ialah
pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya
memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk
dan yang tinggal di dalamnya. Brahman menganugerahkan kebahagiaan
berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan
kebebasan, sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Brahman digelar
sebagai Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam
semesta.

Dalam aspek Nirguna kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan


kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifatnya.
Dialah yang menerangkan kesemua dan Nirguna Brahman hanya dapat
diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak
pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya
(Rajendran dan Ee, 1995).

(c) Tharma
Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran
dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan
kedudukannya dalam kelahiran semula (Reincarnation). Perbuatan yang
baik membantu seseorang individu mengumpulkan Punya Tharma dan
perbuatan sebaliknya mengumpulkan Pava Tharma. Thepercayaan bahawa
seseorang yang mempunyai banyak Pava Tharma akan lahir semula dalam
keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan supaya tidak
membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia
berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan
bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata


yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara yang
baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur cara hidup yang
disyorkan bagi seseorang yang menuju ke Punya Tharma.

Ajaran Bhagavadgita menekankan Nishkama Tharma atau membuat kerja


tanpa menginginkan hasil daripada kerja itu. Mengesyorkan Tharma Yoga
sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan daripada kehidupan
duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna
sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkan apa jua pun balasan.
Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan unsur
Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.

(d) Ahimsa
Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, ditegaskan oleh
pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti
mempunyai kuasa untuk mengawal emosi dan keinginan, beransur- ansur
melepaskan diri daripada ikatan kepada badan. Tindakan melakukan
kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk lain.
Oleh yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur
penting dalam budaya India sejak zaman purba. Di dalam semua benda
yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti
mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai
perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan Pava Tharma yang
menjauh individu daripada mencapai Nirvana atau pelepasan.

Bagi Mahatma Gandhi, kuasa Ahimsa merupakan instrumen untuk


mengubah individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang
untuk kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan.
Menggunakan kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar
mencapai kemenangan pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya kalah
dalam perlawanan kerana perkembangan rohani terhenti dan pencarian
kebenaran menjadi sukar. Sebenarnya, pihak lawan merupakan kuasa
kekejaman yang wujud dalam diri manusia. Menurut Mahatma Gandhi,
beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih sayang dan
simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa jahat. Seseorang haruslah
melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu dan emosi
supaya dapat mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami kebenaran.

(e) Satya
Satya ialah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang
kekal abadi, tidak berubah dan terdapat dalam sifat semula jadi semua
manusia. Nilai Satya mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  163

peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, Satya juga


dianggap sebagai kuasa kebaikan. Oleh itu Satya bererti pengetahuan benar
yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan
pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kehidupan kerana kedua-dua
ini dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang
mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan
mencapainya. Thesucian merupakan cara yang amat penting dalam
mencapai sesuatu tujuan. Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam
siri tindakan dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan merupakan
pencapaian separuh tujuan itu. Ini bermakna tujuan dan cara mempunyai
sifat semula jadi yang sama. Doktrin Tharma Yoga iaitu bertindak tanpa
mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu ajaran penting
dalam falsafah India dan adalah sama dengan Satya.

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah


menggunakan Satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping
mengumumkan tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British
beliau juga sanggup mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan.
Beliau menyeksa dirinya dengan mengamalkan tindakan berpuasa
sehingga mati dengan harapan penderitaannya akan menyentuh perasaan
dalaman pihak pemerintah dan juga pihak yang saling bermusuhan iaitu
Hindu dan Muslim. Thesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan
prinsip Satya (Thrishnan & Rajantheran, 1994).

(f) Perpaduan
Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama
dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan
keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah
mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim.

(g) Sistem Thekeluargaan


Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu:

(i) Ashrama Dharma – Tahap yang harus dilalui oleh manusia; dan

(ii) Purusartha – Empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap
insan,iaitu:
 Aramldharma – Diperoleh melalui pendidikan yang bersifat
kerohanian yang mementingkan moral dan etika. Ianya
merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

 Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran


hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan
melalui cara yang halal;
 Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara
halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan
moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi
makanan dan pakaian ahli keluarga; dan
 Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana
golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi
nafsu dan keinginan terutama perkara duniawi. Mereka
melakukan kerja amal di samping menyebarkan ajaran agama.

AKTIVITI 8.2

Jelaskan nilai yang terdapat dalam tamadun India berserta contoh yang
bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia.

8.3 CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN INDIA


Pada umumnya, Stutley dan Margerat (1985) menjelaskan ciri-ciri utama dalam
tamadun India bersumberkan kepada pengaruh Hinduisme dan Buddhisme
mengenai amalan yang menjadi teras dalam kehidupan seharian masyarakat
India.

Secara ringkasnya unsur utama tamadun India adalah seperti yang berikut:

(a) Sistem Pemerintahan


Salah satu unsur tamadun India ialah sistem pemerintahan. Sistem
pemerintahan Tamadun India bercorak monarki sejak kerajaan awal
sehingga kemasukan British ke India. Pemimpin tertinggi dikenali
sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti,
Rendan, Arasar dan Mannar yang dikenali sebagai Thetua Negara. Raja
mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri. Raja dilantik secara
turun-temurun, manakala penyandang jawatan Raja Mahkota akan
berpeluang menjadi bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang
rapat dengan golongan Brahmin.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  165

Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat. Unit infantri


mereka ialah unit gajah dan unit kuda. Semasa India di bawah
pemerintahan kerajaan Islam, sultan dianggap sebagai khalifah yang
mengetuai undang-undang ÂSyariahÊ. Manakala pentadbiran sivil diketuai
oleh seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan
percukaian, akaun dan perbelanjaan negara di samping menjadi penasihat
kepada raja atau sultan. Perdana Menteri akan diberi kuasa untuk melantik
para menteri yang akan mengetuai kementerian seperti pendidikan,
ekonomi, agama, tentera, hal ehwal luar negara dan sebagainya.
Pentadbiran di peringkat wilayah atau negeri pula akan diketuai oleh
seorang gabenor serta dibantu oleh patwari (akauntan), Chauduri
(pendaftar) dan seorang ketua kampung.

(b) Pentadbiran Wilayah


Oleh sebab India merupakan sebuah negara juga sebuah benua yang besar
maka bagi memudahkan urusan, pentadbiran negara telah dibuat secara
pentadbiran wilayah. Wilayah ini pula dibahagikan kepada kampung
besar (Thurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Thottam). Apabila
British datang menjajah selatan India, British telah memperkenalkan sistem
ÂpresidensiÊ seperti yang diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

(c) Agama
India mempunyai sifat multi-racial dari segi penduduknya yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik, kepelbagaian kaum ini membawa
kepada kepelbagaian agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha, Jaina,
Sikhisme dan juga Islam.

(d) Ilmu Sains dan Matematik


Ilmu sains dan matematik India sangat maju setanding dengan negara lain
yang bertamadun. Dari segi fizik dan kimia, konsep jirim diperkenalkan. Alam
ini terdiri daripada lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Dari
segi perubatan, tamadun India memiliki bidang perubatan seperti fisiologi,
pembedahan, seni pernafasan (Yoga) reproduksi manusia, farmakologi
serta perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.
Dari segi matematik pula, konsep Geometri telah digunakan dalam upacara
keagamaan dan memperkenalkan sistem perpuluhan. Tharya matematik yang
terkenal ialah ialah Bakshali dan Aryabhatiya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

Dari segi Astronomi pula, India merupakan pelopor bidang astronomi.


Unsur matahari, bulan dan bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab
Rig Veda ada dinyatakan mengenai keterangan lintasan matahari yang
dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36
bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

(e) Bahasa dan Sastera


Dari segi penggunaan bahasa dan sastera, masyarakat Indo-Arya yang
mendiami bahagian utara India menggunakan bahasa Sanskrit, manakala
masyarakat Dravidia yang menduduki bahagian selatan India
menggunakan bahasa Tamil. Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan
bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. Tharya epik yang utama ialah
Ramayana, Mahabrata dan Buddhacharita. Tema yang dibincangkan dalam
Ramayana adalah tentang peperangan antara Rama dan Ravanab.
Manakala Mahabrata pula tentang peperangan antara Thaurava dengan
Pandara dan Arthasastra pula menceritakan tentang aspek politik,
ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.

Pada zaman Islam, kesusasteraan India dikenali dengan kesusasteraan


Siddha. Tharya utama Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Pada
zaman Mughal muncul tokoh sasterawan Islam seperti Abu Fazl,
Nizamuddin dan Badauni. Akhbar, Shah Jehan dan Jahangir adalah antara
sultan yang amat mencintai kesusasteraan.

(f) Seni bina Hindu


Seni bina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Thuil
menggunakan ukiran Hindu. Seni bina Buddha bermula pada zaman
Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha.
Seni bina Islam menggabungkan ciri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa
pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan Masjid
Quwait al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu Islam. Seni
bina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur
dan Allahabad, Masjid Moti di Agra, Taj Mahal dan Thota Merah di Agra.

(g) Themasyarakatan dan Thekeluargaan


Daripada aspek kemasyarakatan dan kekeluargaan, masyarakat India
mengamalkan sistem kasta. Masyarakat Brahmin ialah golongan yang
paling mulia dan paling tinggi darjat kedudukannya berbanding dengan
masyarakat yang lain seperti Thystira yang terdiri daripada kalangan tentera
dan keselamatan, Vaisya pula peniaga dan Sudra pula petani. Thaum wanita
mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun
Lembah Indus yang dikenali sebagai Mother Goddes (Conby, 1980).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  167

AKTIVITI 8.3

Jelaskan unsur utama yang terdapat dalam tamadun India berserta contoh
yang bersesuaian dalam konteks masyarakat India di Malaysia.

8.4 KEISTIMEWAAN TAMADUN INDIA


Theistimewaan tamadun India terletak kepada:
(a) Themampuannya bertahan ribuan tahun serta dapat mengekalkan tradisi
kebudayaannya tanpa banyak mengalami perubahan;
(b) Pengaruh agama yang menjadi asas pembentukan terutamanya agama
Hindu, Buddha, Sikh dan Islam; dan
(c) Penguasaan tradisi pra-Arya dan kelangsungannya dengan pembentukan
Tamadun India yang baru.

8.5 HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN


TAMADUN NEGARA LAIN
Seperti juga dengan tamadun negara yang lain, India juga mempunyai
hubungan dengan negara luar seperti Greek, Rom Mesopotamia, Parsi, bahagian
tengah Asia, Burma, China, Sumatera, Jawa dan Tanah Melayu. Hubungan
tamadun India dengan negara seperti yang disebutkan di atas bermula dengan
pembukaan jalan di genting seperti Genting Bolan dan Genting Thhyber.
Hubungan tamadun India dengan tamadun negara lainnya amat jelas melalui
kebudayaan seperti yang akan dibincangkan dalam topik berikutnya.

8.6 HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN


KEBUDAYAAN
Patmanathan (1985) menyatakan dalam persejarahan India sehingga zaman
pertengahan, berlakunya hubungan atau interaksi antara orang India dengan
dunia luar terutama di kawasan rantau Asia. Hubungan awal telah bermula
sejak zaman sebelum Masihi di mana pedagang India telah berlayar ke lautan
Asia Tenggara untuk mencari kekayaan termasuklah rempah ratus, kayu-kayan,
damar, emas dan sebagainya. Melalui penemuan arkeologi, cari gali di
Arikamedu di Selatan India, Oceo di Indo-China dan Thuala Selinsing di Perak

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

menunjukkan kesan pusat perniagaan antarabangsa yang meliputi rantau Asia


Tenggara, kawasan India Selatan dan Empayar Greco-Roman pada permulaan
tarikh Masihi. Inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa (Selatan Thai) dan Labu
Tuwa (di Sumatera) menunjukkan peranan gabungan syarikat perdagangan
India di Asia Tenggara.

Para pedagang India yang mempunyai hubungan perniagaan dengan negara


Asia Tenggara dan Asia Selatan telah membawa budaya, bahasa, sastera, seni
dan agama kepada negara seperti China, Thailand, Malaysia, Indonesia,
Australia hingga ke negara Timur Tengah khususnya negara Arab. Banyak
peninggalan kebudayaan India di negara tersebut khususnya dari segi bahasa
Tamil, agama Hindu, Buddha dan pakaian sari. Di Thailand contohnya,
nyanyian suci Tevaram dan Tiruvacakam yang menggunakan bahasa Sanskrit
dan Tamil digunakan bagi istiadat pertabalan Raja Thai. Thedua bahasa ini juga
digunakan di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, Thuil Hindu di
Bali dan Candi Angkor Torn di Thampuchia, cerita Ramayana, Mahabharata dan
Jataka yang telah memperkaya seni pentas wayang kulit di Thedah dan Thelantan
juga Ramakien di Siam. Semuanya menjadi bukti difusi tamadun India melalui
kebudayaan ke negara luar.

Dalam bidang bahasa, perbendaharaan kata dan bahasa di Asia Tenggara


diperkayakan melalui pinjam-meminjam daripada banyak perkataan yang
diadaptasi daripada bahasa Sanskrit, Pali dan Tamil, perkataan raja, tali, istana
dan sebagainya dikatakan diambil daripada bahasa Tamil. Manakala pengaruh
tamadun India melalui kebudayaan juga dapat ditemukan di China dan Sri
Lanka melalui penyebaran agama Buddha sejak zaman kerajaan Asoka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  169

AKTIVITI 8.4

1. Dengan mengambil peta Asia Tenggara, tunjukkan melalui


beberapa anak panah hubungan tamadun India dengan negara
lain yang berdekatan serta jelaskan hubungan tersebut daripada
sudut pengaruh:
(a) Bahasa;
(b) Agama;
(c) Thebudayaan;
(d) Perdagangan;
(e) Politik; dan
(f) Sosial.

2. Mengapakah tamadun India gagal mengekalkan pengaruhnya


dalam tamadun Melayu? Adakah kerana aspek berikut:
(a) Agama Islam;
(b) Thebudayaan Melayu;
(c) Bahasa dan tulisan Jawi Melayu;
(d) Adat dan istiadat Melayu; dan
(e) Pola pemikiran masyarakat Melayu.
Bincangkan.

 Thehebatan tamadun India menyamai tamadun Mesir dan tamadun China


kerana keunikannya dan sifat bertahan lama serta pengaruhnya begitu
menyeluruh daripada segenap aspek politik, ekonomi, sosial, agama,
kebudayaan dan keilmuan.

 Zaman pembentukan tamadun India boleh dibahagikan kepada zaman


Lembah Indus, zaman Pertengahan atau zaman kerajaan Islam dan zaman
tamadun India moden.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 8 TAMADUN INDIA

 Tamadun India menekankan beberapa nilai penting seperti kepercayaan


kepada Tuhan, karma, perpaduan dan sistem kekeluargaan.

 Pengaruh agama Hindu dan Buddha amat meluas khususnya di negara Asia
Tenggara dan kekal sehingga ke hari ini, begitu juga kebudayaan dan seni
bina kuilnya yang dibangunkan di serata pelosok negara Asia.

 Tamadun India mempunyai keistimewaan dan cirinya yang tersendiri dalam


memastikan kelangsungan dan eksistensinya.

 Thesinambungan daripada kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya


adalah hasil sikap terbuka dan boleh menerima segala perubahan dan
pengaruh tamadun lain asalkan ia memberi manfaat kepada sesuatu bangsa
berkenaan.

 Tamadun India sifatnya saling berinteraksi dengan tamadun lain melalui


perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan sifat kemanusiaan sejagat yang
tidak pernah putus dalam sepanjang peradaban manusia.

 Interaksi antara tamadun India kepada tamadun lain ada yang meninggalkan
kesan positif dan juga impak negatif. Perkara yang amat penting ialah hasil
dan pencapaian sesebuah tamadun itu dapat dikongsi bersama dalam
membawa dunia ke tahap yang lebih maju.

Ahimsa Yoga
Brahmin Zaman Lembah Indus
Dharma Zaman Pertengahan
Tharma Zaman Tamadun India moden
Satya
Sistem presidensi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 TAMADUN INDIA  171

Abd Aziz Harjan. (2012). Tamadun Islam di India. Thuala Lumpur, Malaysia:
Pusat Pemikir dan Thefahaman Islam.
Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Thuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bahree, P. (1977). The Hindu world. Thuala Lumpur, Malaysia: ThL Silver Burdett.
Besham, A. L. (1967). The wonder that was India. (3rd ed.). London, England:
Sidgwick & Jackson.
Canby, C. (1980). Archeology of the world. London, England: Chancelor Press.
Murugesu Patmanathan. (1985). Isu-isu hal ehwal antarabangsa. Petaling Jaya,
Malaysia: Pelanduk Publication.
N. Rajendran., & Ee Ah Meng. (1995). Pendidikan moral (Dinamika Guru). Thuala
Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Rajakrishnan Ramasamy., & Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun
India. Thuala Lumpur, Malaysia: Fajar Bakti.
Rajakrishnan Ramasamy., & Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun
Islam. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti.
Stutley, M. (1985). Hinduisme. England: England The Aquarian Press.
Wan Fuad Wan Hassan. (1990). Ringkasan sejarah Sains. Thuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sumbangan
9 Tamadun
India terhadap
Peradaban
Dunia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sumbangan tamadun India terhadap peradaban dunia;
2. Menghuraikan kesusasteraan India;
3. Membincangkan cabang seni India yang memberi sumbangan besar
kepada peradaban dunia; dan
4. Menerangkan sumbangan tamadun India terhadap peradaban
dunia daripada aspek sistem sosial dan kekeluargaan, falsafah, sains
sosial, bahasa, ilmu perubatan dan agama.

 PENGENALAN
Tamadun India adalah tamadun yang dikatakan juga sebagai tamadun yang
paling awal ditemui oleh para pengkaji 1,000 tahun lebih awal daripada tamadun
China dan 3,000 tahun terkemudian daripada tamadun Mesir purba. Tamadun
India juga adalah tamadun yang tertua di dunia yang muncul kira-kira 3000 SM
Tamadun India berpusat di sekitar lembah Sungai Indus yang dikenali sebagai
„Harrapa‰. Tamadun India sangat istimewa kerana kemampuannya bertahan
beribu tahun serta masih lagi mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa banyak
mengalami perubahan. Theunikan tamadun India juga terletak pada pengaruh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  173

ketiga-tiga agama besar dunia iaitu Hindu, Buddha dan Islam. Daripada tiga
agama terbesar inilah lahirnya sumbangan dan hasil pencapaian tamadun India
yang dilihat daripada pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan,
pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan
kepercayaan, pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian dan seni
bina.

9.1 SUMBANGAN DALAM SISTEM SOSIAL


DAN KEKELUARGAAN
Dalam bidang sosial, aspek yang paling ketara bagi masyarakat India ialah
sistem kastanya. Sistem kasta merupakan satu institusi sosial yang unik bagi
masyarakat India dan ia juga dikenali sebagai sistem jati.

Teori sistem kasta ini mengatakan bahawa Tuhan telah membahagikan


masyarakat kepada empat kasta seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9.1.

Jadual 9.1: Pembahagian Masyarakat India kepada Sistem Thasta

Bahagian Thasta Peranan


Brahmin Melaksanakan upacara pengorbanan dan keagamaan. Terdiri
daripada para pemimpin, ketua masyarakat, tokoh politik, raja,
sultan dan peniaga.
Thshatriya Berperang dan menjaga keamanan. Mereka terdiri daripada
tentera.
Vaishya Terlibat dengan beberapa pekerjaan yang menguntungkan.
Mereka terdiri daripada para pekerja, petani dan tuan tanah.
Sudra Melaksanakan tugas yang paling hina. Mereka terdiri daripada
kalangan buruh dan kuli.

Thetiga-tiga anggota kasta yang pertama di atas terdiri daripada bangsa Arya
(Brahmin, Thshatriya, Vaishya) dan yang keempat (Sudra) ialah orang biasa.
Namun amalan kasta ini dikatakan tidak pernah sejajar dengan teorinya.
Pemerintah dan pahlawan enggan menerima golongan Brahmin sebagai
golongan atasan yang baik dan individu sekali-sekala berpindah kepada satu
kasta ke satu kasta yang lain. Pada zaman Gupta amalan kasta telah dimajukan
sepenuhnya iaitu susunan keutamaan dalam kalangan kasta telah ditakrifkan
dengan tepat dan corak kelakuan mengikut adat di dalam dan di luar setiap
kasta tertentu yang menunjukkan dengan munasabah satu takrif kelakuan yang
betul dalam kehidupan lazim untuk semua orang India.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

Di India hari ini, wujud beribu-ribu kasta. Banyak kasta moden baharu telah
muncul. Themunculan kasta ini bermula dan terbentuk pada asasnya di sekitar
golongan pekerja. Contohnya, satu kasta yang terdiri daripada penjaga
kenderaan telah dibentuk beberapa tahun yang lalu. Sistem India moden yang
kompleks wujud secara kasar menjelang 500 SM Ia mungkin bermula sejak
hubungan awal antara bangsa Arya dan bangsa bukan Arya. Zaman antara
700 SM dan 500 SM apabila kota mula menjadi penting di India, merupakan
masa yang genting bagi prinsip kasta kerana individu daripada pelbagai unsur
bercampur gaul dalam persekitaran kota. Pada masa itu, mereka mungkin lebih
bebas mengubah status masing-masing.

Selain sistem kasta, sistem Varna juga menjelaskan mengenai pembahagian kelas
sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah iaitu sistem ini
mengehadkan mobiliti sosial. Thelas sosial dibahagikan kepada lima kategori
iaitu:

(a) Brahmin (lihat Rajah 9.1) iaitu golongan bangsawan, Pedanda (imam) atau
pengendali upacara di kuil, golongan terpelajar dan lain-lain;

(b) Thshatriya iaitu kelas pemerintah dan pasukan keselamatan negara;

(c) Vaishya iaitu kelas perekonomian;

(d) Shudra yang berkhidmat kepada tiga-tiga golongan tadi; dan

(e) Panchama atau Chandala iaitu golongan murtad dan dibuang varna.

Sistem jati juga termasuk dalam stratifikasi kelas sosial masyarakat India. Pada
akhir zaman Veda (dari 1000 SM hingga 500 SM), terdapat pelbagai suku kaum
yang berperang antara satu sama lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi
dapat menjamin keselamatan rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga
kebajikan masing-masing. Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-
Arya meletakkan dan menyusun masyarakat mereka kepada unit pentadbiran
kecil berasaskan pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi
lumpuh dan ini merintis jalan bagi kewujudan unit kecil yang dikenali sebagai
jati yang pada asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja. Bezanya keahlian dalam
jati ditentukan menurut kelahiran (warisan atau keturunan) dan pada peringkat
awalnya, sistem jati tidak bersifat hierarki.

Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang


mempunyai identiti sosial dan kepentingan ekonomi. Sistem ini bermula di India
Utara dan kemudiannya tersebar meluas ke seluruh benua kecil India dan tiada
sesiapa pun yang terkecuali dalam sistem ini. Sistem jati memiliki sistem
pentadbiran, peraturan serta sistem keadilan yang tersendiri. Sistem keadilan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  175

bagi jati dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang iaitu Panchayat.


Pemerintahan pusat tidak dipedulikan oleh ahli jati kerana segala isu mereka
dikendalikan oleh jati mereka dan ini bermakna jati berperanan sebagai unit
politik terkecil. Wakil jati akan memastikan kebajikan masing-masing dipelihara.
Semangat jatisme semakin bertambah kuat sehinggakan dapat mengatasi
semangat kebangsaan (nasionalisme). Selepas beberapa kurun kemudiannya
muncul pula pemeringkatan taraf dalam sistem jati dan ianya begitu
dititikberatkan. Pengasingan sosial (makan-minum, perkahwinan, dan
sebagainya) digunakan sebagai alat yang berkesan untuk menjaga identiti jati
masing-masing. Perkahwinan endogami amat dipentingkan supaya martabat jati
tidak dicemari.

Sistem jati bukan sahaja wujud dalam kalangan orang beragama Hindu,
sebaliknya terdapat juga dalam kalangan penganut agama lain seperti Thristian,
Islam, Bahai dan sebagainya di India yang turut mengamalkan jati masing-masing.
Pengasingan sosial yang diamalkan kemudiannya menjadi sebegitu kejam
sehinggakan terdapat jati yang dianggap „tidak boleh disentuh‰ (untouchables)
iaitu Harijan dan mereka ini juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman
jati atasan tanpa urusan kerja. Manusia dalam golongan jati seumpama ini
sekarang dikenali sebagai Harijan (anak-anak Tuhan) (Bahree, 1977).

Rajah 9.1: Gambaran kedudukan masyarakat Brahmin


Sumber: https://www.google.com/search?q=images+tamadun+india&sa=X&rlz

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

AKTIVITI 9.1
Pada pendapat anda, adakah sistem kelas sosial berhierarki dalam
kalangan masyarakat India memberi kesan positif terhadap penyatuan
pelbagai etniknya? Bincangkan.

9.2 SUMBANGAN DALAM BIDANG SASTERA


Menurut Thrishnan dan Rajantheran (1994), bersesuaian dengan dua kumpulan
keluarga besar India dan juga bahasa Indo-Arya dan Dravida, kesusasteraan
India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan
kesusasteraan Dravida.

(a) Thesusasteraan Indo-Arya


Thesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua
dan terkemuka di India. Hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan
dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang paling berjaya lagi
menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan
bahasa utama dalam kumpulan bahasa Indo-Arya. Oleh itu, tumpuan
diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.

Thesusasteraan Indo-Arya ini mempunyai jenis dan ciri kesusasteraannya


yang tersendiri seperti yang berikut:

(i) Thesusasteraan Vedik


Thesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500 SM sehingga
500 SM. Perkataan Veda berasal daripada kata dasar Vid, ertinya
melihat dan mengetahui. Sastera cerita terdapat dalam kesusasteraan
Vedik menjelaskan sastera cerita dongeng Jataka. Cerita Jataka yang
bersifat pendidikan moral dimasukkan ke dalam ajaran Buddhisme
pada kurun pertama Sebelum Masihi. Sastera cerita sebenarnya tidak
mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

(ii) Thesusasteraan Epik


Thebanyakan teks dharma (ajaran mengenai keadilan dan kebaikan
yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan
langsung tanpa ulasan tambahan dan bukan semua lapisan
masyarakat dapat memahami. Cerita epik ini mudah difahami dan
diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu,
cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran dharma.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  177

Terdapat dua cerita epik yang masyhur, iaitu:

 Epik Mahabharata
Epik Mahabharata dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun
400 SM dan 400 Masihi. Tharya ini mengandungi lebih kurang
100,000 seloka (puisi) dan merupakan karya puisi yang terbesar di
dunia. Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan kerajaan
Thurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah
berkaitan dengan peperangan besar di antara Pandava dengan
Thaurava tetapi epik ini sengaja diperluaskan dengan pelbagai
jenis cerita sisipan. Cerita sisipan ini berperanan sebagai didaktik,
memberi ajaran agama dan moral. Secara ringkas Mahabharata
boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa
(kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan).

Selain daripada itu, Mahabharata mengandungi pelbagai perkara


yang menarik perhatian sarjana dalam pelbagai bidang seperti
agama, falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan. Sebab
itulah Mahabharata dianggap sebagai itihasa (yang
membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan),
purana (cerita tentang dewa dewi), akhyana (yang mengandungi
lagenda dan mitos), dharmasastra (yang mengajar tentang
pelbagai jenis dharma), arthasastra (karya yang menyentuh
perkara kerajaan dan pemerintahan), Thamasutra (yang
membincangkan percintaan), nitisastra (yang menekankan idea
etika) dan moksasastra (membincangkan cara membebaskan diri
daripada kelahiran semula).

Dari sudut pandangan biasa Mahabharata merupakan peristiwa


benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut
takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia
mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara
kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan
ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak
yang mendukung dharma.

 Epik Ramayana
Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang
pertapa di antara tahun 200 SM hingga tahun 200 Masihi. Epik ini
mengandungi 24,000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di
Ayodhya. Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk
menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna,
iaitu gambaran perwatakan yang ideal. Dalam epik ini, Rama

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap


manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal
pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta
pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama
digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang
bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia,
penegak keadilan dan sebagainya.

Epik Ramayana, selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah,
ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar
perihal keadilan. la menerangkan prinsip abadi (sanatoria
dharma) dan menjelaskan sifat ideal yang merupakan asas kepada
dharma.

(iii) Drama
Dalam arena drama, ciptaan Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks
drama, muzik dan tarian yang menyumbangkan kepada
perkembangan drama. Buku ini membincangkan mengenai seni bina
teater, konvensi pentas, teknik produksi, persembahan dan artis.
Misalnya, teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat
dalam sistem pelbagai pergerakan fizikal. Natya Sastra menyatakan
terdapat 13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan
untuk badan dan lain-lain. Drama Sanskrit dicipta untuk
menghiburkan para hadirin dengan menyampaikan rasa melalui
lapan emosi (sthayihhava). Contoh drama ialah drama Sakuntala
(yang menggambarkan cinta dan belas kasihan), Mudraraksasa
(menggambarkan heroisme) dan Mrcchakatika (menggambarkan
kama). Oleh kerana terdapat bahan falsafah dan dramatik yang
dimasukkan, sesuatu drama yang dipersembahkan kadangkala akan
mengambil masa selama 3 hingga 15 hari.

(iv) Tharya Linguistik


Tharya linguistik ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke-4 SM
Tharya nahu ini menandakan pencapaian terkemuka dan terulung
dalam bidang linguistik. Menurut Basham (2001), ketepatan prinsip
linguistik yang terdapat dalam karya ini tidak pernah dicapai oleh
tamadun lain di seluruh dunia sehingga kurun ke-19 M. Tharya ini
mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang teliti dan
saintifik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  179

(b) Thesusasteraan Dravida


Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa
Tamil, Telugu, Malayalam dan Thannada yang memiliki tradisi
kesusasteraan yang kaya. Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan
terawal dalam keluarga bahasa Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai
bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida dan oleh sebab itu, bahagian
kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan penting.

(i) Tharya Nahu Tolkappiyam


Tharya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300 SM
merupakan bahan bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil.
Tharya ini mengandungi tiga bahagian iaitu fonologi, morfologi dan
sintaksis dan konvensi puisi. Buku ini masih menjadi rujukan penting
dalam bidang nahu serta konvensi Tamil.

(ii) Thesusasteraan Sangam


Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair agung. Penyair
ini menghasilkan karya berbentuk puisi zaman Sangam yang meliputi
tempoh masa dari kurun ke-3 SM sehingga kurun ke-2 M. Puisi
Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (10 puisi iaitu
setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara)
dan Ettuttokai (lapan antologi puisi). Tema puisi Sangam boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham dan puram. Aham bererti
bahagian dalaman ataupun perasaan dalam hati. Dalam konteks puisi
zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali sebagai
aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi
Sangam menandakan sifat mulia seperti semangat keperwiraan,
keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

(iii) Tirukkural
Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali
sebagai Pathinenkilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural
merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi kerana
kewibawaan ajarannya yang bersifat universal dalam kalangan
masyarakat Tamil. Tharya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar
(Valluvar). la mengandungi tiga bahagian utama dengan 1,330 kuplat
dalam 133 bab iaitu Aram (etika atau kebenaran) yang mengandungi 38
bab, Porul (kebendaan atau politik) yang mengandungi 70 bab dan
Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25 bab. Thandungan Thural
adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat penting dalam
struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk maksud,
iaitu jika diasingkan daripada struktur ia kehilangan maksud dalam
strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

(iv) Thesusasteraan Bhakti


Angkatan Bhakti disertai oleh wali Hindu bagi menghapuskan
pengaruh agama Buddha dan Jaina yang mula meresap masuk dalam
kalangan masyarakat Tamil di India Selatan. Thesusasteraan Bhakti
dikategorikan kepada dua, iaitu nayanmar dan alvar. Nayanmar dan
alvar menggunakan bahasa Tamil yang mudah untuk menyebarkan
ajaran mazhab Hindu mereka melalui lagu suci yang dinyanyikan
dengan iringan muzik dicipta oleh mereka sendiri. Tholeksi lagu suci
ini bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11 Masihi.

(v) Tharya Bahasa


Tatabahasa, gaya bahasa (rhetoric) dan perkamusan (lexicography)
sentiasa diberi perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya
kesusasteraan bertulis. Perkembangan yang besar dalam bidang ini
berlaku pada zaman Chola. Yapparungalam dan Yapparungalakkaarigai
merupakan karya tentang Prosodi yang disusun oleh Amitasagara,
seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke-10. Virasoliyam pula ialah
sebuah karya yang amat berguna untuk mengetahui sejarah teori
tatabahasa dalam bahasa Tamil.

SEMAK KENDIRI 9.1

Senaraikan semula contoh kesusasteraan India dalam bentuk peta


minda.

9.3 SUMBANGAN DALAM BIDANG FALSAFAH


Falsafah dalam tamadun India wujud dalam ajaran agama yang dipengaruhi
oleh kesusasteraan Mahabharata. Perbincangan mengenai falsafah yang
terkandung dalam Bhagavadgita menduduki tempat yang penting dalam koleksi
pemikiran falsafah India. Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa
dengan Thaurava, Arjuna (kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana
beliau terpaksa membunuh sanak saudara dan ahli keluarganya. Sri Thrishna
yang berperanan sebagai penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu
mengajar intipati kebenaran suci untuk mencapai taraf hidup yang kekal abadi.
Thrishna menggalakkan beliau supaya bertindak tanpa mengharapkan apa-apa
balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan. Beliau juga
menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan manusia di mana
segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Thaurava) merupakan
kuasa jahat yang ada dalam badan kita, Arjuna merupakan kuasa mulia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  181

(diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme) dan Thrishna merupakan
jiwa yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Thrishna mengajar
kepada Arjuna agar melawan kuasa jahat ini.

Bhagavadgita mengajar manusia tentang svadharma atau kewajipan hidup


seseorang untuk mencapai kebenaran, di samping mengesyorkan rajayoga
(disiplin badan dan minda), karma-yoga (jalan kesempurnaan), nanayoga
(melalui pengetahuan benar) dan hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan)
sebagai jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang
ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa
sahaja yang dilaksanakan hendaklah disertakan dengan kebaktian dan ia harus
ditujukan kepada Tuhan.

Menurut Ghazali Darusalam (2001), falsafah Vedik mementingkan lima konsep


yang saling berkaitan antara satu sama lain, seperti yang diringkaskan dalam
Jadual 9.2.
Jadual 9.2: Thonsep dalam Falsafah Vedik

Thonsep Penerangan
Brahman Ia menandakan Tuhan yang dibincangkan sebagai satu prinsip yang
menyelubungi segala-galanya (roh duniawi).
Atman Merupakan roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk
diserap ke dalam roh Brahman.
Tharma Merupakan perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh
individu dalam sesuatu kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam
kehidupan akan datang.
Samsara Merupakan lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman.
Moksha Merupakan pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan
dengan Brahman. Jadi tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan
diri daripada karma dan mencapai moksha.

SEMAK KENDIRI 9.2

Terangkan semula beberapa falsafah yang penting dalam tamadun


India.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

9.4 SUMBANGAN DALAM BIDANG BAHASA


Thejayaan dari segi bahasa yang menakjubkan bagi India ialah tatabahasa
Sanskrit bersama dengan pengajian linguistik yang berkaitan seperti penyusunan
kamus dan sistem metrik. Tatabahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang
kerana keperluan untuk peraturan umum dalam membantu golongan Brahmin
mengingat sukatan pelajaran suci Veda. Pnini, seorang ahli tatabahasa India
pada abad ke-4 SM menulis tulisan Sanskrit dalam bentuk klasik. Pengajian
tatabahasa menjadi syarat wajib bagi semua pendidikan lanjutan. Di negara
India, terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat tetapi hanya 14 bahasa
utama diperakui menurut perlembagaan. Lebih kurang 87 peratus daripada
rakyat India menggunakan 14 bahasa utama ini. Bahasa tersebut dan peratus
penggunaannya ialah bahasa Hindi (30%), Telugu (9%), Bengali (8%), Marathi
(8%), Tamil (7%), Urdu (5%), Gujarati (5%), Thannada (4%), Malayalam (4%),
Punjabi (3%), Assam (2%), Oriya (1%), Thashmiri (1%) dan lain-lain (13%). Bahasa
di India dibahagikan kepada dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa Indo-
Arya dan bahasa Dravida.

Mengenai bahasa Indo-Arya, bentuk asli bahasa ini terdapat dalam bahasa
Sanskrit. Apabila orang Indo-Arya meluaskan kawasan sehingga ke Lembah
Ganges dan ke timur, perbezaan loghat tempatan (bersifat daerah) membawa
perubahan dalam bahasa Sanskrit. Pada tahun 800 SM, bahasa Sanskrit
mengalami perubahan fonologi dan morfologi sehingga wujudnya loghat baru
zaman pertengahan seperti Prakrit, Pali, Shauraseni dan Magadhi. Pada zaman
Buddha (500 SM), loghat ini dianggap sebagai bahasa tempatan yang
dihubungkan dengan kawasan geografi masing-masing. Bahasa ini menjadi
awalan kepada bahasa tempatan yang digunakan sekarang. Bahasa dalam
kumpulan ini termasuklah Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Thashmiri,
Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit, Urdu, Rajastam dan Sindhi. Mengenai bahasa
Dravida, bahasa Dravida kuno digunakan oleh beberapa puak seperti Toda.
Bahasa Dravida termasuklah Tamil, Malayalam, Thannada, Telegu dan juga
Gondi (Madhya Pradesh), Brahui (Baluchistan), Thaudh atau Thui (Orissa) dan
dalam kalangan puak Toda dan Thota.

Selain daripada kumpulan bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida terdapat juga
kumpulan bahasa Munda yang digunakan terutama di kawasan pergunungan di
Bengal dan Bihar (Thherwari), Orissa Quang) dan Madhya Pradesh (Thurku).
Contoh kumpulan bahasa Tibet-Burma ialah Ladakhi di Thashmir dan Garo,
Tripura Naga dan Thuku Chin di Assam. Bahasa yang belum diklasifikasikan
termasuklah Burushaski di Thashmir Utara dan Andamanese di kepulauan
Andaman.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  183

Dokumen bertulis yang tertua sekali ialah inskripsi zaman Asoka (kurun ke-
3 SM) yang menggunakan skrip Thharosthi. Skrip ini juga digunakan di Parsi dan
di barat laut India dan kemudiannya tidak digunakan selepas kurun ke-3. Skrip
Parsi-Arab yang diperkenalkan oleh orang Muslim dari Arab dan Parsi masih
digunakan dalam bahasa Urdu moden. Bentuk arah tulisannya adalah dari
kanan ke kiri dan ia menggunakan beberapa vokal sahaja. Tetapi kebanyakan
skrip India mempunyai asal usul dalam skrip Brahmi kerana adaptasinya kepada
pelbagai bunyi bahasa India. Selain daripada bentuk lama Brahmi terdapat juga
skrip India Utara, iaitu skrip Devanagari yang menggunakan garis di atas
perkataan untuk menyambung huruf. Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan
variasi tempatan seperti Punjabi, Oriya, Gujarati dan Bengali menggunakan skrip
ini. Skrip yang digunakan di India Selatan mengambil bentuk yang berlainan,
iaitu hurufnya mempunyai perhiasan bulat. Orang Tamil mengembangkan huruf
mereka tersendiri.

AKTIVITI 9.2
1. Bagaimanakah kedudukan sastera dalam masyarakat India?
2. Jelaskan perkaitan antara falsafah dan agama dalam konteks
tamadun India.
3. Themukakan alasan anda mengapa penduduk India mempunyai
pelbagai bahasa.

9.5 SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS


Penemuan awal dan penciptaan yang telah dilakukan dalam bidang sains telah
menjadikan tamadun India sangat dikenali oleh negara lain. Pengetahuan orang
India dalam bidang matematik, astronomi, fizik, kimia, perubatan dan bidang
logam merupakan sumbangan yang tidak ternilai kepada perkembangan
tamadun dunia.

(a) Ilmu Matematik


Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri
telah berkembang sejak zaman sebelum Masihi lagi. Sejak zaman Gupta
(319 Tahun Masihi), India telah maju dalam bidang ilmu matematik.
Themajuan ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang
dimiliki oleh mereka dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya
membezakan nombor abstrak dan nombor kuantiti objek ataupun keluasan
ruang. Berbanding dengan matematik Greek (Yunani) yang lebih bersifat
mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap ini
lebih awal lagi. Orang India menggunakan nombor asas dengan simbol 0

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

hingga 9 untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan
tamadun India menceburi bidang ilmu matematik yang lebih rumit.

Dalam batu bersurat atau inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis
dengan menggunakan simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah
digunakan sembilan notasi (notation) bagi sembilan angka pertama diikuti
dengan angka „0‰ dan 0 menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan sebagainya.
Inskripsi seumpama ini bertarikh 595 Masihi telah ditemui di Gujerat,
India. Pada kurun ke-6, konsep ini sudah pun sampai ke Syria dan juga
telah tersebar sehingga ke Indo-China. Ada sarjana yang beranggapan
bahawa sistem perpuluhan yang digunakan dalam matematik ialah ciptaan
awal orang Arab. Tetapi anggapan ini salah kerana orang Arab menamakan
bidang matematik sebagai Hindisat, ertinya seni India dan ini
membuktikan bahawa sistem perpuluhan ialah ciptaan orang India.
Sebenarnya orang Arab telah mempelajari seni matematik dari orang India.
Ini berkemungkinan besar berlaku menerusi hubungan perdagangan yang
kukuh antara India dan Timur Tengah sejak kurun sebelum Masihi lagi.
Terdapat juga kemungkinan orang Arab mempelajarinya setelah mereka
menakluki Sind, India pada tahun 712 Masihi.

Beberapa penemuan baru yang dilakukan pada zaman pertengahan oleh


pakar matematik seperti Brahmagupta (kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9)
dan Bhaskara (kurun ke-12) tidak pernah diketahui di Eropah sehingga
berlakunya zaman Renaissance (Pemulihan Budaya). Orang India telah
mengenali nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3. Mereka juga
dapat menyelesaikan persamaan kuadratik dan beberapa persamaan.
Orang India juga telah memahami trigonometri, geometri bulatan, kalkulus
dan sebagainya. Angka 0 (sunya) dan infiniti telah diketahui lebih awal di
India berbanding dengan tamadun lain.

(b) Ilmu Astronomi dan Thalendar


Jyotisa ialah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan
astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan
masa bagi upacara pengorbanan. Dari sudut astronomi orang India
menggunakan kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India berjaya
menemui tujuh planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet tersebut
ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan
kemudian dua lagi planet ditambah, iaitu Rahu dan Thethu (pusat tenaga)
yang berada pada arah bertentangan 180. 27 bintang (nakshatra) turut
dikenali dan mempercayai 27 bintang dan sembilan planet ini
mempengaruhi kehidupan manusia. Thepercayaan inilah yang menjadi asas
bagi kemunculan ilmu menilik (astrologi).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  185

(c) Ilmu Fizik dan Thimia


Pengetahuan mengenai ilmu fizik dan kimia orang India adalah berkaitan
dengan agama dan teologi. Dari sudut ilmu fizik, konsep jirim muncul
berdasarkan intuisi dan logika dan bukannya eksperimen. Dipercayai
bahawa alam semesta terdiri daripada gabungan lima elemen iaitu tanah,
angin, api, air dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak
angkasa. Hampir semua aliran agama di India percaya bahawa unsur alam
kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India adalah lebih tulen
dan berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Thatyayana
(sezaman dengan Buddha). Menurut Jaina, corak percantuman atom yang
berbeza menghasilkan elemen dengan pelbagai sifat. Orang Buddha
melihat atom sebagai occupying minutest space in the minutest time.
Mengikut falsafah Vaisesika pula, atom membuat satu percantuman
diacldsin triad yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu
objek bahan. Orang India percaya bahawa elemen tanah dan air ialah jenis
jatuh, api jenis menaik, padu dan bendalir jenis mengembang dalam panas.
Tetapi malangnya usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik tidak
dilakukan dalam bidang ini. Thonsep bunyi ditentukan berdasarkan
eksperimen. Latihan bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat
untuk memahami intonasi sebutan mazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak
awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti (microtone).

Bidang kimia di India lebih tertumpu pada pembuatan ubat. Pengetahuan


kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam besi
kepada emas, seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India membuat
ubat bagi hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga
beberapa bahan alkali utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses
yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka juga dikatakan
sudah mencipta ubat bedil.

(d) Bidang Logam


Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran orang India jelas nampak pada
Iron Pillar (Tiang Besi) di Delhi yang dibuat pada kurun ke-5. la merupakan
sebatang besi tujuh meter tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat.
Mereka berkemahiran dalam bidang ilmu kaji logam dan barangan logam
buatan mereka begitu dihargai pada zaman Empayar Romawi dan di Asia
Barat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

SEMAK KENDIRI 9.3

Berikan contoh terperinci sumbangan tamadun India dalam bidang


sains.

9.6 SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU


PERUBATAN
Ilmu perubatan India dikesan sejak abad pertama Masihi atau bermula pada
zaman Vedik melalui bukti penemuan satu katalog lama yang sistematik tentang
penyakit berjangkit dan rawatannya. Pengetahuan perubatan orang India seperti
fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia,
farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun Masihi. Teks
perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun
ke-4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan
lebih maju pada keseluruhannya (Stutley, 1985).

Dalam ilmu perubatan India, jampi, ilmu sihir, ubat dan pembedahan
memainkan peranan penting dalam teknik perubatan Hindu. Manakala doktrin
falsafah tentang jasad dan jiwa, bersama-sama dengan pendapat keagamaan
tentang kosmologi, syaitan dan dewata mempunyai pengaruh terhadap teori
perubatan India. Satu buku teks Sustura merupakan buku panduan ringkas dan
tersusun dengan baik menjadi contoh untuk semua tulisan perubatan yang
berpengaruh di India. Sustura mengakui pembedahan sebagai satu seni
keupayaan doktor dan juga mengesyorkan upacara pembedahan mayat sebagai
satu cara mempelajari anatomi, walaupun tuntutan upacara keagamaan
menghalang pembedahan.

9.7 SUMBANGAN DALAM PELBAGAI CABANG


SENI
Tamadun India juga memberi banyak kesan peninggalan yang bermakna dalam
bidang seni. Cabang seni yang akan dibincangkan adalah seperti dalam subtopik
yang berikutnya.

(a) Seni Bina dan Perbandaran


Perubahan hidup masyarakat India terus berkembang seperti dalam ilmu
seni bina. Ini terbukti melalui pembinaan kuil Hindu. Sebelum zaman
Gupta (dari 320 Masihi hingga 540 Masihi) tidak ada pembinaan kuil, tetapi
zaman Gupta telah wujud kemahiran seni bina. Pembinaan kuil semakin

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  187

meluas pada zaman pertengahan dinasti Hindu (dari 750 Masihi hingga
1250 Masihi). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bandar ini
dirancang dengan baik kerana mempunyai jalan raya yang teratur, sistem
perparitan yang baik, saluran bekalan air minuman, sistem buangan najis
yang teratur dan tempat mandi yang sempurna, yang menunjukkan taraf
pencapaian pemikiran dan bidang ilmu yang tinggi (Wan Fuad, 1990).

(b) Seni Ukir


Semua seni ukir dan lukisan terbaik zaman Gupta yang wujud merupakan
inspirasi Buddha. Walaupun agama Buddha merosot ketika itu, tetapi
pelukis yang diamanahkan oleh biara Buddha memiliki teknik kemahiran
yang amat tinggi dalam bidang mengukir dan melukis. Antara hasil karya
terbaik yang terdapat di India ialah lukisan gua Ajanta dan Buddha
Sarnath, juga kecantikan serta ketetapan badan patung Boddhisattra yang
tiada beranggota dari Sanchi. Seni ukir patung Tuhan Hindu mula dicipta
apabila orang Hindu cuba memberi gambaran kepada dewa dewi mereka
dan menempatkan imej sedemikian di tempat kediaman yang setanding
keindahannya.

(c) Seni Halus


Perkembangan seni halus (tarian, taridra dan muzik) di India mula meluas
pada zaman awal Masihi iaitu dengan wujudnya karya sastera yang
disusun oleh Bharata (dari abad ke-2 hingga ke-6 Masihi). Dalam karya
sastera juga dijelaskan tentang drama, bahasa persajakan, tarian dan muzik.
Thehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi dan kesenian.
Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal
tahun masihi lagi. Bidang muzik, tarian dan drama berkembang maju.
Asimilasi budaya Hindu dan Muslim memberikan sumbangan yang tidak
ternilai dalam bidang seni bina, seni ukir dan lukisan di benua kecil India.

(d) Seni Muzik


Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama.
Raga atau corak melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram
biasanya menjelaskan rangka tala dengan menggunakan pelbagai paluan
dengan tangan dan jari di bahagian gendang untuk memperbaiki irama
yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu
meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak
melodi Barat.

Pada zaman pertengahan, raga telah mempunyai skala pelengkap yang


disebut ragini. Raga dan ragini digunakan untuk menggambarkan waktu
(kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alat muzik India terbahagi
kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali), kedua, avanaddha (dram),

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

ketiga, ghana (solid atau idiophone) dan keempat, susira (angin). Alat
muzik India Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di
India Utara, sitar, sahnai, dan tabala merupakan alat muzik utama. Vinai,
natasvaram dan mridanga, menjadi alat muzik yang penting di India
Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan
(Tharnataka) mempunyai asal usul dalam teks asas Natya-Sastra dan
Sangita Ratnakara.

(e) Seni Tarian


Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni
muzik mempunyai hubungan yang erat. Misalnya tarian Thathak dan muzik
Hindustani (India Utara), dan Bharata Natyam dan muzik Tharnataka (India
Selatan). Manakala taridra pula biasanya dimainkan berdasarkan tradisi
sastera, misalnya taridra Thatakkali yang berdasarkan bahan epik Purana
dan taridra Manipuri pula berdasarkan tema dari Bhagavata Purana dan
Gita Govinda. Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh
Bharata antara kurun ke-2 dan ke-6 Masihi. la membincangkan secara
keseluruhan tentang drama, cara dan teknik mengatur pentas, bahasa
persajakan, dan emosi dramatik.

Jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah


diakui oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama.
Antara tarian utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis
wanita sebagai taridra. Berasal dari Manipur di sempadan India-Burma
pada akhir kurun ke-18 dan disebarkan ke seluruh India oleh Rabindranath
Tagore pada tahun 1920-an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen
disifatkan sebagai penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan,
pernyataan perasaan pada muka, gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang
terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17. la dipersembahkan oleh penari
istana (rajasadasi) dan penari di kuil (deva dasi). Thatakkali iaitu
dipersembahkan oleh artis lelaki berasal dari Therala pada kurun ke-16 dan
taridra ini dilambangkan dengan pakaian berwarna-warni. Thathak yang
dipersembahkan oleh artis lelaki atau wanita secara solo dan kadang-
kadang dipersembahkan oleh dua atau tiga orang penari. la berasal dari
India Utara pada kurun ke-14. Tarian lain seperti Orissi, Mokiniyattam,
Bhagavata Mela Nataka, Thutiyattam dan Yaksagana dianggap sebagai
tarian minor.

(f) Seni Lukis


Bidang seni lukis India banyak dipahat di dinding istana dan ruang
dalaman rumah golongan berada yang dihiasi dengan lukisan yang
menarik. Thebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi dengan lukisan
bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  189

seperti Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah
antara contoh bagi lukisan bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan
Gua Ajanta ialah agama tetapi ianya turut memuatkan unsur lukisan
bersifat sekular. Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di
India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-
Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi lukisan untuk menggabungkan
gaya lukisan Islam dengan Hindu (Conby, 1980).

9.8 SUMBANGAN DALAM KEPERCAYAAN


BERAGAMA
Menurut Patmanathan (1985), tamadun India juga tidak dapat lari daripada
perkembangan dalam bidang keagamaan. Terdapat pelbagai agama di India,
termasuk yang berikut:

(a) Agama Brahmin


Agama Brahmin muncul selepas penaklukan orang Arya ke atas India.
Agama ini dikatakan menerima seluruh lapisan rakyat India yang terdiri
daripada petani yang percayakan tahyul.

(b) Agama Jaina


Pengasas agama Jaina ialah Mahavira dan Gautama Buddha. Mereka
merupakan dua orang tokoh yang telah mempopularkan fahaman
Upanishad ini. Pengajaran mereka bermula secara besar-besaran dan
merupakan pergerakan agama di India. Penganut agama Jaina dan Buddha
memberikan cabaran hebat kepada upacara Brahmin. Dua abad selepas
kematian Buddha, India hampir menjadi sebuah negara Buddha.
Brahminisme terus wujud dan menentang, hanya untuk mengubah apa
yang dikenali sebagai agama Hindu. Dalam proses ini, ia banyak
menggabungkan sifat dan cita-cita yang diutarakan oleh Upanishad.

(c) Agama Buddha


Pengasas doktrin Buddhisme ini ialah Siddhartha Gautama Buddha.
Agama Jaina dan Buddha, kedua-duanya mempunyai banyak persamaan.
Namun agama Buddha dikatakan sangat bererti kepada sejarah India.
Buddha tidak mengajar mengenai hal ketuhanan, metafizik atau suatu
falsafah kerana beliau sendiri tidak menggalakkan falsafah. Sebaliknya,
ajaran Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait
dengan kehidupan. Ajaran metafizik dalam Buddhisme ialah tambahan
(Ahhidhamma) kemudian kepada ajaran asal Buddha (Dhamma). Idea
utama agama Buddha mengatakan bahawa kehidupan melibatkan
penderitaan dan pengetahuan yang betul dan tabiat hidup yang baik dapat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

menghapuskan penderitaan tersebut, kelihatan mudah. „Jalan Lapan


Rukun‰ yang diperkenalkan dalam mencapai kebebasan daripada
penderitaan ini melibatkan usaha yang sistematik untuk membangunkan
pandangan yang betul, cara hidup yang betul dan pemikiran serta
keasyikan yang betul. Agama Jaina dan Buddha juga di katakan sebagai
agama Heterodoks.

(d) Agama Hindu


Agama Hindu berkembang setelah kurangnya penganut agama Brahmin,
agama Brahmin kemudiannya telah dibentuk kembali dan dipopularkan
melalui agama Hinduisme yang akhirnya berkembang di India. Pada
zaman Gupta, Maharaja sendiri merupakan penganut dan penaung bagi
kepercayaan ini.

(e) Agama Islam


Agama Islam telah muncul di India melalui perdagangannya dengan orang
Arab yang datang daripada Asia Tengah pada kurun ke-18 Masihi. Biarpun
agama Islam dianuti oleh minoriti masyarakat India namun ia terus
berkembang dan diberi tempat setanding dengan agama tempatan yang
lain.

AKTIVITI 9.3
Bahagikan ahli kelas anda kepada empat kumpulan kecil serta
bincangkan sumbangan tamadun India daripada aspek berikut:
(a) Sains;
(b) Ilmu perubatan;
(c) Thesenian; dan
(d) Agama.

 Tamadun India unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek


seperti agama, falsafah, ekonomi, fizik, matematik, seni, bahasa budaya dan
sebagainya.

 Tamadun India turut dianggap unggul kerana telah melahirkan beberapa


orang cendekiawan yang banyak memberi sumbangan besar kepada
keilmuan dan peradaban dunia khususnya pencapaiannya dalam

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA  191

mengembangkan agama besar dunia seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh,
di samping peranannya dalam memperkembangkan agama Islam ke Asia.

 Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun Asia yang
lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik dan
sosial.

 Dalam konteks Malaysia, hubungan tamadun India sangat memberi


pengaruh terhadap perkembangan agama dan kebudayaan Hindu dan
Buddha.

Agama Jaina Thesusasteraan Indo-Arya


Atman Moksha
Brahmin Samsara
Epik Mahabharata Seni halus
Epik Ramayana Sistem jati
Tharma Sistem Thasta
Thesusasteraan Dravida Sistem varna

Azharudin Mohd Dali. (2004). Tamadun India. Thuala Lumpur, Malaysia: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bahree, P. (1977). The Hindu world. Thuala Lumpur, Malaysia: ThL Silver Burdett.
Basham, A. L. (2001). The wonder that was India. London, England: Sidgwick &
Jackson.
Canby, C. (1980). Archeology of the world. London, England: Chancelor Press.
Ghazali Darusalam. (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Thuala Lumpur,
Malaysia: Utusan Publication & Distributors.
Murugesu Patmanathan. (1985). Isu-isu hal ehwal antarabangsa. Petaling Jaya,
Malaysia: Pelanduk Publication.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN DUNIA

Rajakrishnan Ramasamy dan Rajantheran Muniandy. (1994). Pengantar tamadun


India. Petaling Jaya, Malaysia: Fajar Bakti.
Stutley, M. (1985). Hinduisme. England, London: England The Aquarian Press
Wan Fuad Wan Hassan, (1990). Ringkasan sejarah sains. Thuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Isu Semasa dan
10 Masa Hadapan
Berkaitan
dengan
Tamadun
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan persamaan dan perbezaan tamadun Melayu, China
dan India;
2. Mengenal pasti keilmuan asas kesinambungan peradaban manusia;
3. Menghuraikan sistem nilai dan jatuh bangunnya sesebuah tamadun;
4. Menghuraikan pertembungan tamadun Barat dan Timur serta
impaknya terhadap pascamodernisme;
5. Membincangkan realiti globalisasi dan cabaran abad ke-21;
6. Menjelaskan pengaruh isme barat terhadap tamadun Asia; dan
7. Menerangkan persefahaman antara pelbagai tamadun menjana
kesatuan ummah.

 PENGENALAN
Memetik kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-5 (2001) yang menegaskan bahawa generasi muda yang bakal
menjadi pemimpin dan penggerak pembangunan negara semestinya memahami
perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kalangan peradaban yang menjadi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

asas kehidupan pelbagai kaum di negara ini. Pihak kerajaan akan sentiasa
memberi komitmen yang tidak berbelah bagi ke atas usaha yang mampu
menjayakan agenda membudayakan dialog antara peradaban dunia. Sebenarnya
di peringkat antarabangsa, komitmen Malaysia dalam agenda global „dialog
antara peradaban‰ telah pun ternyata apabila Malaysia merupakan salah sebuah
negara (daripada 25 buah negara) yang telah menyokong usul atau idea dialog
antara peradaban apabila dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Bangsa-
bangsa Bersatu pada tahun 1999.

Dalam topik terakhir ini, sepintas lalu kita akan membincangkan isu semasa dan
masa hadapan yang berkaitan dengan tamadun. Ia akan dilihat dari beberapa
aspek seperti dalam subtopik seterusnya.

10.1 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN


TAMADUN MELAYU, CHINA DAN INDIA
Persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga tamadun Melayu, China dan India
boleh dilihat daripada pelbagai sudut, khususnya daripada aspek agama,
budaya, bahasa dan etika. Persamaan dan perbezaan antara tamadun Melayu,
China dan India boleh dilihat berdasarkan Jadual 10.1 dan 10.2 berikut.

Jadual 10.1: Persamaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India


Persamaan
Agama Meyakini agama Meyakini agama itu Meyakini agama itu
penting dan perlu penting dan perlu penting dan perlu
dianuti serta diamalkan melalui nilai diamalkan melalui
mengimani moral yang boleh nilai moral yang boleh
wujudnya satu kuasa membawa membawa
yang mengawal kesejahteraan kepada kesejahteraan kepada
manusia dan alam manusia. manusia melalui
ini melalui keimanan upacara ritual di kuil.
kepada Allah SWT.
Budaya Masyarakat Melayu Masyarakat Cina Masyarakat India
sangat menjaga halal mengutamakan sangat mengutamakan
dan haram sesuatu makanan yang bersih, kekeluargaan,
budaya seperti dari pergaulan yang baik, menegah
aspek makanan, pakaian yang sopan penganutnya
pakaian, pergaulan dan kesenian yang memakan daging
dan kesenian. menghiburkan. lembu dan sentiasa
menjaga adab dan
pergaulan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 195
TAMADUN

Bahasa Menjaga adab dan Menjaga adab dan Menjaga adab dan
sopan santun ketika sopan santun ketika sopan santun ketika
bercakap atau bercakap atau bercakap atau
berkomunikasi berkomunikasi berkomunikasi
terhadap semua terhadap semua orang. terhadap semua
orang. orang.
Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Cina juga Masyarakat India juga
sangat sangat mengutamakan sangat mengutamakan
mengutamakan kebersihan, moral dan kebersihan, moral, dan
kebersihan, akhlak, saling hormat hormat menghormati
dan adab pergaulan menghormati khususnya dalam
khususnya dalam khususnya dalam aspek hubungan
aspek hubungan aspek hubungan manusia dengan
manusia dengan manusia dengan manusia dan
manusia dan manusia dan hubungan manusia
hubungan manusia hubungan manusia dengan alam.
dengan alam. dengan alam.

Jadual 10.2: Perbezaan antara Tamadun Melayu, China dan India

Aspek Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India


Perbezaan
Agama Masyarakat Islam Masyarakat Cina Bagi masyarakat India,
mempercayai Allah khususnya yang mereka mempercayai
SWT ialah satu zat beragama Buddha kepada pelbagai dewa
yang Maha Esa yang menolak kewujudan seperti Brahman,
wajib disembah dan Tuhan yang esa Vishu dan Siva.
ditaati melalui amal sebaliknya
ibadah khususnya menggalakkan
lima rukun Islam. penganutnya menjauhi
kemewahan dunia dan
menjauhi hawa nafsu.
Budaya Boleh dilihat dari Dari aspek berpakaian, Masyarakat India
aspek fesyen pakaian masyarakat Cina bebas mengenakan sari
menutup aurat kerana memilih pakaian sebagai pakaian rasmi
mentaati perintah asalkan dianggap kaum India yang
agama Islam. selesa dan bersopan. dikaitkan dengan
agama Hindu.
Bahasa Masyarakat Melayu Tamadun China telah Masyarakat Hindu
menggunakan tulisan mencipta tulisan Hanzi menggunakan bahasa
jawi yang berasal yang dibaca dari atas Sanskrit dan Tamil
daripada huruf al- ke bawah dan juga dari serta lain-lain bahasa
Quran, dibaca dari kiri ke kanan. utama mengikut
kanan ke kiri. wilayah dan etnik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Etika Masyarakat Melayu Masyarakat Cina yang Masyarakat India


tidak membenarkan berfahaman lebih mengutamakan
unsur yang konfusianisme kaum wanita
membawa kepada memandang rendah berbanding kaum
„matlamat kepada golongan lelaki dan sangat
menghalalkan cara‰ peniaga yang menghormati ibu.
seperti riba, dikatakan sentiasa Harta kekayaan
penindasan dan terlibat dengan keluarga terletak di
penipuan. penipuan dan tangan wanita atau
Masyarakat Melayu keuntungan semata- isteri. Bagi warga tua
memandang sama mata. dikehendaki
rata antara lelaki dan Masyarakat Cina lebih menunjukkan contoh
wanita dalam banyak mengutamakan kaum dan teladan kepada
aspek kecuali hal lelaki berbanding kaum golongan muda.
harta pusaka; kaum wanita.
lelaki dilebihkan
berbanding kaum
wanita.

AKTIVITI 10.1
Bagaimanakah persamaan dan perbezaan ini dapat menjamin
kesejahteraan hidup bersama? Bincangkan.

10.2 KEILMUAN ASAS KESINAMBUNGAN


PERADABAN MANUSIA
Ilmu atau pengetahuan amat penting dalam peradaban manusia membina
tamadun bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa hakikat ilmu mempunyai
kelebihan yang banyak dari pelbagai sudut seperti mengelakkan kejahilan,
membentuk minda, memandu cara berfikir dengan betul, memperoleh
kebenaran dan berkemampuan mencipta. Asas ilmu ialah teori; daripada teori ia
dikembangkan dalam bentuk praktikal sehingga seseorang itu berkemampuan
dalam membuat analisis, sintaksis, menilai dan menaakul. Manusia mesti
mencintai ilmu agar mereka lebih memahami agama dan ketuhanan, serta
menemukan kebenaran, mencipta dan memiliki daya fikir yang tinggi.

Penguasaan terhadap pelbagai bidang ilmu sama ada ilmu dalam kelompok
agama atau sains sosial (bahasa, sejarah, geografi, matematik, sastera, politik,
sosial, ekonomi dan lain-lain) serta kemunculan sains dan teknologi
memantapkan lagi pembinaan dan penerusan sesebuah tamadun bangsa.
Thelahiran para sarjana dalam membuat kajian dan kegiatan kepelbagaian

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 197
TAMADUN

keilmuan mendorong ke arah pembinaan pusat intelektual. Sejarah dan


peradaban manusia telah mencatatkan Baghdad, Andalus, Melaka, Patani, China
dan India adalah antara pusat intelektual yang terkenal.

Legasi kesinambungan peradaban manusia melalui ilmu tidak pernah terputus.


Banyak contoh sejarah boleh dilihat seperti keilmuan Islam yang pernah runtuh
pada zaman Bani Umaiyah telah disambung di zaman Thhalifah Abbasiyah,
apabila kerajaan Abbasiyah runtuh, keilmuan Islam berpindah ke kerajaan
Uthmaniyah, Uthmaniyah runtuh, keilmuan Islam telah berhijrah ke negara Asia
sehingga ke hari ini. Dalam konteks Malaysia melihat kepada sejarah silam, kita
dapati apabila kerajaan Melayu Melaka tumbang ekoran penjajahan Inggeris,
keilmuan Melaka berpindah ke Acheh, Pahang, Thedah dan Johor.

Melalui perkembangan ilmu tamadun, dapat kita saksikan semakin tinggi


keilmuan yang tinggi dimiliki oleh sesuatu bangsa, maka semakin tinggilah nilai
penciptaan terhadap penghasilan tamadunnya. Untuk membina sesebuah
tamadun yang hebat sesuatu bangsa perlu memiliki pelbagai jenis keilmuan dan
kemahiran yang tinggi dalam mencipta dan menghasilkan sesuatu produk dan
monumen. Dewasa ini bangsa Barat amat dikagumi oleh hampir semua negara
di dunia kerana kemajuan dan penguasaan mereka dalam bidang sains dan
teknologi, di samping negara seperti Rusia, Jepun, China dan Thorea Selatan.

Tidak terdapat satu peradaban pun yang wujud tanpa didahului oleh bangkitnya
tradisi ilmu. Tanpa terkecuali, peradaban Melayu, China dan India. Theilmuan
tamadun Melayu bermula di istana sultan kemudiannya merebak ke rumah tok
guru, madrasah, masjid, pondok dan sekolah dengan melahirkan ramai
cendekiawan dalam pelbagai bidang. Tokoh dalam kalangan intelektual Melayu
inilah yang telah melahirkan karya dan naskhah Melayu atau manuskrip
Melayu. Naskhah Melayu yang dihasilkan oleh golongan intelek Melayu
merangkumi segala aspek kehidupan masyarakat seperti perubatan, ilmu falak
(astronomi), undang-undang, pemerintahan (ketatanegaraan), pertanian,
falsafah, agama, sejarah Melayu dan kemasyarakatan.

Begitu juga keilmuan dalam tamadun China, kita dapati tamadun China telah
dibina dan diperkembangkan sejak 4,000 tahun yang lalu telah membawa
kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti kepercayaan (agama), seni
dan kebudayaan, politik, pentadbiran, sains dan teknologi, falsafah, sastera dan
institusi sosial yang maju. Melalui keilmuan seni bina yang sangat tinggi bangsa
China telah berjaya membina Tembok Besar China dan menjadi salah satu
daripada tujuh keajaiban dunia sehingga ke hari ini.

Hasil pencapaian dalam tamadun India juga berasaskan kepada ketinggian


keilmuan masyarakat India sehingga mereka berjaya membangunkan peradaban

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

mereka dari pelbagai sudut seperti kemasyarakatan, kebudayaan, pemerintahan


dan pentadbiran, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, agama dan kepercayaan,
pendidikan dan keilmuan, sains dan teknologi, kesenian dan seni bina. Seperti
juga tamadun China, tamadun India telah berjaya membina monumen Taj Mahal
yang juga menjadi salah satu daripada tarikan pelancong dunia.

SEMAK KENDIRI 10.1

Jelaskan kepentingan ilmu sebagai asas kesinambungan peradaban


manusia.

10.3 SISTEM NILAI DAN JATUH BANGUNNYA


TAMADUN
Thelahiran tamadun Melayu, China dan India semuanya bertitik tolak daripada
perkembangan agama dan falsafah hidup yang dipegang. Biar pun intelektual
(ilmu) menjadi faktor penentu maju mundurnya sesebuah tamadun bangsa,
namun aspek agama dan kepercayaan turut juga menjadi penyumbang utama
bangunnya sesebuah tamadun. Ilmu dan agama mempunyai sistem nilainya
yang tersendiri, dengan itu jatuh bangunnya sesebuah tamadun bertunjang
daripada nilai yang diamalkan atau dibuang dalam kehidupan ketiga-tiga
bangsa tersebut. Pengabaian terhadap nilai agama, intelektual dan ketiadaan
pimpinan yang berkarisma boleh menjadi petanda awal keruntuhan sesebuah
tamadun yang dibina, walaupun bangunan kukuh yang didirikan masih
tersergam indah. Hal ini terjadi kerana pembangunan fizikal semata-mata yang
bersifat material tidak dapat menjamin keabadian sesebuah tamadun.

Mari kita lihat kesan pengabaian nilai tersebut.

(a) Thesan Pengabaian Nilai Theagamaan


Tamadun Melayu dibina berasaskan kepada agama Islam. Penerimaan
agama Islam dalam kalangan kaum Melayu telah mengubah landskap
pemikiran dan budaya hidup masyarakat Melayu. Sebagai contoh, sistem
tulisan Jawi menyebabkan orang Melayu celik huruf serta berkebolehan
menulis dan membaca sehingga banyak karya naskhah Melayu telah
dihasilkan baik dalam bentuk kesusasteraan, keagamaan dan bahasa.
Thefahaman dan amalan masyarakat Melayu melalui pengkajian terhadap
al-Quran banyak membuka minda mereka dari segi akidah keagamaan,
kemajuan dan kesedaran terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 199
TAMADUN

Dikatakan juga bahawa tamadun India dibina berasaskan kepada agama


Brahmin dan Hindu yang dianuti oleh masyarakat India kerana
pengamalan terhadap agama ini telah membuka minda mereka terhadap
kebenaran serta kenyataan sebenar berbanding kepercayaan tahyul yang
diamalkan sebelumnya. Agama Buddha yang dianuti juga telah mengajar
masyarakat India mengenai intelektualisme pemikiran falsafah, psikologi
dan etika.

Pengajaran utama Thonfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral


yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan dan menjaga institusi
kekeluargaan. Begitu juga melalui ajaran Toisme, masyarakat Cina mula
mengenal ilmu falsafah. Ajaran Toisme menekankan satu jalan atau cara
untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan
keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak
mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik. Ajaran Mohisme telah
menjadikan masyarakat China hidup dengan aman damai melalui kasih
sayang sejagat serta bencikan peperangan.

Theruntuhan ketiga-tiga tamadun Melayu, India dan China akan berlaku


apabila mereka melupakan amalan agama. Thehilangan nilai agama ini
boleh menyebabkan masyarakat hilang pedoman dan panduan hidup,
hidup tanpa peraturan, hilang kasih sayang sesama manusia, mengikut
hawa nafsu dan mementingkan materialistik ialah faktor yang
menghilangkan sifat peradaban manusia.

(b) Thesan Pengabaian Nilai Akhlak dan Moral


Nilai akhlak bagi masyarakat Melayu dan nilai moral bagi masyarakat Cina
dan India perlu diamalkan kerana ia berkait dengan nilai agama sebagai
salah satu unsur dalam pembinaan tamadun. Nilai akhlak mahmudah yang
diamalkan boleh melahirkan insan Muslim yang bertakwa, beriman dan
beramal soleh. Manakala nilai moral yang diamalkan oleh masyarakat Cina
melalui perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), kearifan (zhi)
boleh mengelakkan daripada melakukan perbuatan melampau dengan
mengikut hawa nafsu. Nilai murni dalam masyakat India boleh ditemui
melalui Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak
gentar, tanpa egoisme), Thrishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam
hati setiap manusia, svadharma atau kewajipan hidup seseorang untuk
mencapai kebenaran, rajayoga disiplin badan dan minda, karma-yoga jalan
kesempurnaan, nanayoga melalui pengetahuan benar dan bhakti yoga
melalui kebaktian kepada Tuhan). Nilai moral tersebut telah mengangkat
tamadun India sebagai sebuah tamadun yang berasaskan nilai sejagat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

Apabila nilai akhlak dan moral diabaikan, tamadun sesuatu bangsa akan
menemui kehancuran sebagaimana yang berlaku ke atas empayar Melaka
apabila Thitul yang diamanahkan telah belot dan meminta bantuan kepada
kuasa asing untuk menakluk Melaka. Hal yang sama juga dalam tamadun
China melalui Dinasti Shang telah diganti melalui satu rampasan kuasa
ekoran kezaliman pemerintahnya Wu Wang daripada keluarga Chou
memberontak dan menggulingkan Dinasti Shang. Hal yang sama ditemui
juga dalam tamadun India melalui amalan sistem kasta yang merosakkan
stratifikasi masyarakat yang hidup dengan kebencian, diskriminasi,
dendam dan permusuhan yang berpanjangan.

(c) Thesan Pengabaian dalam Politik dan Pemerintahan


Politik dan pemerintahan turut memainkan peranan yang penting dalam
menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan dan ketamadunan sesuatu
bangsa. Politik yang stabil dan kepimpinan yang berwibawa akan dapat
mengekalkan sesebuah tamadun. Sebaliknya, kepincangan dan kelemahan
kepimpinan akan mempercepatkan berakhir sesebuah kerajaan yang dibina
oleh tamadun sesebuah bangsa.

Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan yang berdaya maju,


pemerintahan yang adil dan perpaduan dalam politik telah meninggikan
tamadun sesuatu bangsa. Sebaliknya, apabila pemimpin mementingkan
diri sendiri, berfoya-foya, melakukan penyelewengan, rasuah berleluasa
dalam kalangan para pegawai kerajaan, keruntuhan akhlak dan moral akan
melemahkan pemerintahan. Sejarah juga memaparkan bahawa keadaan
politik yang kacau bilau, kelemahan pentadbiran, pergolakan dalaman
menjadi faktor keruntuhan sesebuah kerajaan. Suasana ini dapat dilihat
melalui kejatuhan Therajaan Bani Umaiyah, Thesultanan Melayu Melaka,
kerajaan Islam di Andalus dan Therajaan Uthmaniyah di Turki. Pergolakan
dalaman dan kelemahan pemerintahan menyebabkan tamadun yang dibina
penuh gemilang menemui titik penamatnya.

Gandingan mantap Sultan Mansor Syah dan Bendahara Tun Perak dalam
sejarah Thesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat
tamadun Islam di Asia Tenggara yang terunggul sebaliknya pada zaman
Sultan Mahmud Shah, Melaka terus lemah dan dijajah oleh imperialis
Inggeris. Melihat ke dalam tamadun China pula Dinasti Chin telah berjaya
memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.
Thelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam
tamadun China. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di
bawah satu pemerintahan pusat tetapi asakan demi asakan daripada puak
gasar atau bar dari bangsa Monggol utara (Monggolia) serta dari bangsa
Manchu menyebabkan Dinasti China menjadi lemah. Begitu juga dengan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 201
TAMADUN

Dinasti Ming juga tidak bertahan lama kerana dasar maharajanya yang
menutup pintu dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan
dunia luar.

Peperangan untuk menentukan keagungan politik dan kekuasaan berlaku


antara kerajaan beraja Thashi, Thosala dan Magadha dan republik Vriji.
Peperangan berlaku selama 100 tahun dan akhirnya Magadha dapat
mengekalkan kuasanya di India Utara. Pemerintah Magadha dan Bimbisara
memerintah pada pertengahan kedua kurun ke-6 SM dan merupakan
seorang raja yang gigih serta berwawasan politik. Baginda berkahwin
dengan puteri Thosala dan Vaishali, menakluki kawasan di barat dan utara,
mendirikan dan menyusun pentadbiran cekap, membina jalan raya,
melantik pegawai untuk mengukur tanah dan menilai tanaman dan
menggalakkan pembangunan di bidang pertanian, tetapi keagungan ini
tidak bertahan lama kerana Mahapadma Nanda akhirnya tunduk
membayar ufti kepada kerajaan Cyrus yang masyhur dari Persia (Iran).

(d) Thesan Pengabaian Sosial


Theharmonian sosial antara individu dalam masyarakat dengan berteraskan
ilmu, kesepakatan dan toleransi yang mempunyai wawasan boleh
meningkatkan martabat bangsa dan meninggikan tamadun yang dibina.
Hal inilah yang dapat kita saksikan semasa pemerintahan awal kerajaan
Melayu Melaka, biarpun sentiasa diancam oleh musuh luar, namun mereka
mampu membina masyarakat yang berkualiti. Pembinaan tamadun Melayu
yang ditunjangi oleh sosial secara harmoni antara masyarakat Melayu
zaman itu mampu mengembangkan tamadun ke seluruh pelosok alam
Nusantara sehingga ke China, malah terus berkembang ke seluruh dunia
timur dan barat sehingga Portugis dan Inggeris datang menjajah,
merampas hasil bumi Melaka sehingga meruntuhkan tamadun Melayu
Melaka.

Menyorot kembali sistem sosial tamadun India kita dapati biarpun


masyarakat India dibahagikan mengikut sistem kasta seperti Brahmin,
Thshatriya, Vaishya dan Sudra tetapi mereka dapat hidup aman dan damai
melalui jenis tugas yang dilakukan, individu daripada pelbagai unsur
bercampur gaul dalam persekitaran kota yang pada masa itu, mereka
mungkin lebih bebas mengubah status masing-masing. Namun keharmonian
sosial masyarakat India tersebut juga tidak bertahan lama apabila pada akhir
zaman Veda, terdapat pelbagai suku kaum yang berperang antara satu sama
lain. Pemerintahan pusat yang lemah tidak lagi dapat menjamin keselamatan
rakyat dan kesannya, rakyat terpaksa menjaga kebajikan masing-masing.
Desakan dan tekanan ini menyebabkan orang Indo-Arya meletakkan dan
menyusun masyarakat mereka kepada unit pentadbiran kecil berasaskan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

pengkhususan pekerjaan. Dengan ini sistem varna menjadi lumpuh dan ini
merintis jalan bagi kewujudan unit kecil yang dikenali sebagai jati yang pada
asasnya adalah bersifat kesatuan pekerja.

Begitu juga dalam tamadun China, kita dapati melalui golongan petani
mempunyai stratifikasi masyarakat yang rapat, saling membantu dalam
urusan pertanian. Namun begitu, sistem masyarakat agrarian ini tidak juga
bertahan lama apabila semasa Dinasti Chou menjadikan masyarakat petani
sebagai hamba untuk bekerja di ladang bagi membayar hutang kepada
golongan istana yang akhirnya tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian
yang mencukupi untuk makanan.

Begitulah jika sistem sosial menjadi longgar kerana kerapuhan jati diri
sehingga masyarakat berpecah kerana faktor politik, hiburan, kelekaan dan
bebas dengan budaya hedonistik pastinya akan mengundang keruntuhan
sosial dan memberi pengaruh besar kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

(e) Thesan Pengabaian Ekonomi


Faktor ekonomi juga adalah antara faktor yang membantu membangun
dan mengembangkan sesebuah tamadun. Tamadun silam membuktikan
masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan ekonomi perdagangan,
pertanian, penternakan secara lokal dan glokal, biarpun mereka bermula
daripada kegiatan ekonomi sara diri berskala mikro. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu pada zaman Thesultanan Melayu Melaka berjaya
membina satu pusat perdagangan bertaraf antarabangsa melalui pelabuhan
Melaka. Pelabuhan ini berjaya menjadi pusat persinggahan para pedagang
Arab, India, China serta bangsa Eropah. Disebabkan faktor perebutan
pelabuhan antara Melaka dan Portugis, akhirnya kegiatan perdagangan
import eksport yang rancak di pelabuhan Melaka telah terjejas.

Tamadun India terkenal dalam bidang pertukangan besi dan kerja logam,
membuat hasil kreatif kerja tangan melalui barangan logam buatan mereka
begitu dihargai pada zaman Empayar Romawi dan di Asia Barat.
Thetinggian ilmu kerja logam dan sumber logam yang banyak di India
menyebabkan pihak penjajah British datang menakluk India. Thedatangan
British menjajah India telah meruntuhkan nilai tamadun yang telah sekian
lama dibina.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 203
TAMADUN

Menurut Siti Hajar Che Man dan Ratna Roshida Abd Razak (2012),
penduduk China telah menggunakan wang kertas sejak akhir abad ke-11 M
untuk memudahkan urusan perdagangan. Di samping itu, industri besi
terbesar di China juga dimajukan untuk memenuhi permintaan dalam
bidang ketenteraan. Begitu juga dalam bidang pembinaan kapal. Bangsa
China telah berjaya menjelajah dan berdagang di seberang laut sejak
dahulu lagi seperti yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho (dari 1405 M
hingga 1433 M). Orang China juga telah mencipta sutera dan menjadi
pengeluar sutera utama di dunia. Pedagang sutera di China berdagang
hingga ke Rom. Themakmuran ekonomi China telah membawa kepada
perubahan sosial dengan muncul golongan peniaga. Semasa pemerintahan
Shih Huang Ti, Dinasti Chin ini telah memerintah secara autokratik, beliau
juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik
gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Hal ini menyebabkan
gabenor dan panglima tentera terlalu berkuasa sehingga mengganggu
kebebasan perniagaan dalam kalangan pedagang China, keruntuhan
tamadun China dari aspek ekonomi bertambah parah apabila sentiasa
diancam oleh orang gasar daripada wilayah Mongolia.

Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan bahawa jatuh bangunnya sesebuah


tamadun adalah berdasarkan teori berikut:

(a) Teori Irama


Themerosotan dan kejatuhan sesebuah tamadun berlaku apabila tiada
terdapat lagi keseimbangan antara aspek fizikal, mental dan spiritual.

(b) Teori Thitaran


Naik dan turunnya sesebuah tamadun seperti satu kitaran, dimulakan
dengan fasa pengasasan, kemajuan dan kegemilangan dan akhirnya
kepada fasa kemerosotan serta keruntuhan. Satu kerajaan kepada satu
kerajaan yang lain akan mengalami proses yang sama. Apabila tamatnya
sesebuah pemerintahan, maka kekosongan itu akan diambil alih oleh
sebuah kerajaan atau peradaban yang lain. Therajaan atau dinasti baharu itu
akan mengikut kitaran yang serupa seperti kerajaan sebelumnya.

(c) Teori linear


Linear bererti aliran yang sehala. Teori ini menyatakan bahawa sesebuah
tamadun akan berubah mengikut aliran yang sehala atau serupa. Teori ini
menunjukkan bagaimana sesebuah tamadun itu dilahirkan, berkembang
dengan pesat, mencapai puncak kegemilangan dan kemudiannya
mengalami kemerosotan dan berakhir dengan kemusnahan dan
kehancuran. Thejatuhan sesebuah tamadun disebabkan oleh faktor dalaman
dan bukannya faktor luaran. Contohnya, pihak pemerintah yang leka

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

dengan kemewahan dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai


memudaratkan sesebuah peradaban.

(d) Teori Pertembungan


Pertembungan sesebuah tamadun dengan tamadun yang lainnya melalui
interaksi dan difusi akan mengalami saling saing menyaingi atau saling
ambil-mengambil, pindah-memindah. Sesebuah tamadun yang amat
dominan akan menakluk atau melemahkan tamadun yang lainnya.

(e) Teori Pendekatan Psikologi atau Thetuhanan


Thelahiran dan perkembangan sesebuah tamadun bermula dengan
kelahiran agama yang diamalkan memberi sumber dan inspirasi untuk
terus mencapai kehidupan yang lebih maju. Sebaliknya kejatuhan sesebuah
tamadun berpunca daripada sikap alpa meninggalkan tuntutan agama dan
hidup dengan nilai sekularistik dan ekstremis terhadap kebendaan.

AKTIVITI 10.2
Apakah peranan sistem nilai dalam menentukan jatuh bangunnya
sesebuah tamadun?

10.4 PERTEMBUNGAN TAMADUN BARAT


DAN TIMUR SERTA IMPAKNYA
TERHADAP PASCAMODENISME
Huntington (1993) telah menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang
kepada kekuatan sesebuah tamadun moden serta ada juga faktor yang menjadi
penentu kurangnya pengaruh sesebuah tamadun. Setiap tamadun sentiasa
mengalami perkembangan dan kemunduran. Huntington juga menjelaskan
bahawa pertembungan antara tamadun merupakan era terbaru dalam konflik
pasca modenisme khususnya selepas era perang dingin. Menurutnya, identiti
tamadun pada masa hadapan dan sebahagian dunia akan dibentuk oleh interaksi
tamadun besar ini. Tamadun besar itu termasuklah tamadun daripada negara
Barat dan tamadun daripada Timur seperti tamadun China, Jepun, Islam, Hindu,
Slavic-Orthodox, Amerika Latin dan mungkin juga tamadun Afrika.
Pertembungan dan konflik yang akan berlaku pada masa hadapan yang boleh
meretakkan hubungan antara Barat dan Timur.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 205
TAMADUN

Huntington meletakkan enam faktor yang menyebabkan berlakunya


pertembungan dan keretakan antara tamadun iaitu:
(a) Pembeza satu tamadun dengan tamadun yang lainnya terletak pada
bahasa, sejarah, tradisi, budaya dan yang paling penting ialah agama;
(b) Interaksi antara manusia daripada berlainan tamadun semakin bertambah
kerana dunia kini semakin mengecil;
(c) Proses perubahan sosial dan pemodenan ekonomi di seluruh dunia telah
memisahkan orang daripada identiti dan jati diri tempatan yang telah
lama berakar umbi dan proses ini melemahkan negara bangsa sebagai asas
identiti;
(d) Thesedaran tamadun akan semakin meningkat dan akan dipercepatkan oleh
peranan Barat. Pada satu pihak, Barat berada di puncak kekuasaan dan
pada masa yang sama sebagai kesan kekuasaan Barat menyebabkan dunia
Barat mencari jalan keluar seperti pengislaman semula Timur Tengah;
(e) Ciri dan perbezaan sesuatu kebudayaan agak sukar untuk diubah suai dan
dikompromikan berbanding dengan ciri-ciri ekonomi dan politik. Agama
merupakan tekanan yang hebat dalam kalangan umat manusia. Seseorang
itu mungkin boleh dianggap separuh Perancis dan separuh Arab dan
seterusnya menjadi warga dua buah negara. Namun tidak mungkin boleh
menjadi separuh Thatolik dan separuh Islam; dan
(f) Theserantauan ekonomi semakin meningkat menyebabkan kerjasama
serantau menguntungkan negara anggota kesatuan berdasarkan tamadun
yang sama. Salah satu kejayaan Barat ialah kerjasama serantau yang
diamalkan dan dikongsi bersama seperti Thesatuan Ekonomi Eropah (EEC –
European Economic Community). Bergantung pada asas dalam budaya di
Eropah dan Thristian Barat tetapi kejayaan ini tidak mutlak akibat timbul
masalah tentang tiadanya persefahaman seperti itu. Penggunaan mata
wang Euro memperlihatkan Britain enggan menyertainya. Sungguhpun
tamadun lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara mempunyai organisasi
serantau mereka sendiri, seperti Pertubuhan Therjasama Serantau Asia
Selatan (SAARC – South Asian Association for Regional Cooperation) dan
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN – Association of
Southeast Asian Nations), namun kejayaan kerjasama dalam bidang
ekonomi kurang menggalakkan.

Pertembungan antara dua tamadun Barat dan Timur ini telah memberi
impaknya terhadap pascamodenisme. Pada umumnya pascamodenisme ialah
satu gaya hidup bebas, tanpa batas adat, agama dan moral dengan penolakan
terhadap agama dan apa sahaja kebenaran yang hakiki, juga penolakan terhadap
nilai yang mutlak. Pascamodenisme merupakan satu produk budaya dan gaya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

hidup baharu sebagai pemikiran dan amalan. Selain itu, ia merupakan cara
pemikiran dan penteorian baru tentang kehidupan manusia dan masyarakat hari
ini. Zaman yang punya cara dan gaya serba baru membuang semua gaya kuno
dan lapuk.

Nilai pascamodenisme sangat merbahaya kepada nilai agama dan moral kerana:
(a) Menolak rukun iman dan rukun Islam;
(b) Ia menentang nilai rohaniah yang hakiki dan menolak ibadat seperti
sembahyang, puasa dan zakat;
(c) Ia menolak nilai moral dan etika yang mutlak dalam agama, kerana semua
nilai dalam agama dan moral boleh dirasionalkan; dan
(d) Ia menolak sistem hukum yang dibawa oleh agama dalam bentuk hukum
hakam syariat (Mohd Azhar Abd Hamid et al., 2013).

SEMAK KENDIRI 10.2

Senaraikan impak atau kesan pascamodenisme akibat pertembungan


antara tamadun Barat dan Timur.

10.5 REALITI GLOBALISASI DAN CABARAN


ABAD KE-21
Menurut Fariza (2000), globalisasi merujuk kepada semua proses yang manusia
di dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyarakat dunia (single
world society) atau masyarakat global. Globalisasi menjadikan jarak, ruang dan
waktu bersifat maya dan pendek, dimensinya boleh digerakkan sepantas yang
mungkin. Melalui jaringan komunikasi manusia semakin cepat dan dekat.
Maklumat dapat disalurkan dan diterima hanya dalam beberapa saat. Sekali gus,
globalisasi memberi impak yang bukan sedikit terhadap budaya dan tamadun
hidup manusia.

Menurut Wan Hashim (1997), globalisasi yang berselindung di sebalik dan akibat
langsung ledakan teknologi maklumat merupakan suatu proses re-westernisasi
atau imperialisme budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan
mempunyai kesan melemah dan akhirnya meminggirkan proses Islamisasi. Ia
menjadikan masyarakat Malaysia secara relatifnya lebih materialistik dan
berorientasikan kepenggunaan serta berorientasikan perniagaan untuk mengaut
keuntungan sebanyak mungkin.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 207
TAMADUN

Arus globalisasi memberi impak dan cabaran baru dalam abad ke-21 dalam
konteks tamadun meliputi:
(a) Asimilasi, akulturasi dan difusi dalam pelbagai budaya;
(b) Membina keperibadian maya dengan nilai, norma dan moral yang bersifat
maya;
(c) Mengutamakan nilai materialistik;
(d) Pengamalan budaya hedonisme;
(e) Mementingkan diri sendiri; dan
(f) Hilangnya sifat dan semangat kekitaan, kekeluargaan, kejiranan.

Di samping itu juga cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada abad ke-
21 ini meliputi:
(a) Pembinaan sebuah masyarakat pelbagai kaum yang bersatu padu serta
demokratik dengan mengamalkan semangat 1Malaysia;
(b) Membangunkan masyarakat pelbagai kaum yang beretika, berakhlak,
bermoral dan yang berpegang kuat kepada nilai agama dan rohaniah serta
mempunyai standard etika yang tinggi;
(c) Melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang bertoleransi dari aspek agama,
budaya dan bahasa; dan
(d) Membentuk masyarakat pelbagai kaum yang penyayang, berteraskan satu
sistem sosial yang berpegang kepada konsep kolektif mendahului
kepentingan individu.

SEMAK KENDIRI 10.3

Jelaskan maksud globalisasi dan senaraikan cabaran terkini dalam abad


ke-21.

10.6 PENGARUH ISME BARAT TERHADAP


TAMADUN ASIA
Siri penjajahan Barat ke negara Asia telah bermula sejak abad ke-14 dan lebih
drastik pada abad ke-18 dan 19. Penjajahan Barat yang begitu lama tentunya
meninggalkan kesan yang negatif dan tentunya ada juga impak yang positif.
Sepanjang abad ke-19, 20 dan 21, Barat telah membina tamadunnya di negara
Asia khususnya di Malaysia, China, India dan negara Asia lainnya. Pengaruh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

tamadun Barat terhadap tamadun Melayu, China dan India dapat dilihat dari
segi sistem pentadbiran negara, perundangan, sains dan teknologi, budaya,
pemikiran, fesyen, sosial, media, pendidikan, bahasa dan komunikasi. Negara
Asia yang mengamalkan sistem politik, media, ekonomi, sosial dan budaya Barat
telah mempengaruhi rakyat dari segi pelaksanaan serta amalannya.

Pengaruh isme Barat terhadap Tamadun Asia boleh dilihat dari segi:
(a) Sekularisme (fahaman pemisahan antara agama dengan politik, sosial,
ekonomi dan lain-lain);
(b) Materialisme (fahaman kebendaan yang melampau); dan
(c) Hedonisme (fahaman budaya bebas tanpa unsur-unsur nilai etika dan estetika).

SEMAK KENDIRI 10.4

Bagaimanakah isme Barat boleh mempengaruhi tamadun Asia?

10.7 PERSEFAHAMAN ANTARA PELBAGAI


TAMADUN MENJANA KESATUAN
Dialog antara tamadun sebagai mekanisme menghadapi abad ke-21 telah
diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai „Tahun
Dialog Tamadun‰. PBB melihat dialog antara tamadun ini amat signifikan
kepada dunia dalam keadaan masyarakat dunia dilihat tidak seimbang dari segi
perbezaan ideologi dan pendapat serta berlaku pengasingan budaya yang sangat
ketara antara tamadun Barat dan Timur. Dialog ini juga penting bagi mencari
persefahaman dan titik pertemuan antara pelbagai tamadun dunia.

Bagi menjana kesatuan kaum di Malaysia, dialog antara tamadun ini sangat
penting kerana ia dapat:
(a) Membincangkan perkara yang boleh disepakati dari segi kompromi kaum,
kesatuan ideologi, nilai kemanusiaan, alam sekitar dan fahaman beragama;
(b) Memperbetulkan salah faham terhadap tamadun lain;
(c) Memupuk nilai sepadu yang boleh dikongsi bersama;
(d) Memahami dan menghormati tamadun sesuatu bangsa; dan
(e) Memahami isu yang memisahkan antara tamadun Melayu, China dan India.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 209
TAMADUN

Pertentangan atau pertembungan antara pelbagai tamadun selalunya berkaitan


dengan sesuatu perubahan sama ada perubahan tersebut ke arah yang lebih
positif mahupun yang negatif. Contohnya, pertembungan antara tamadun Barat
dan Timur banyak memberi impak positif dari segi pemindahan keilmuan,
kemahiran, kepakaran sama ada dalam bidang bahasa, mahupun dalam bidan
sains dan teknologi. Tidak kurang juga dalam pertembungan ini Tamadun Barat
telah memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tamadun Timur (khasnya
rantau Asia) dari segi pemindahan budaya, sosial, bahasa, agama, sekularisasi,
isme, media dan telekomunikasi yang mungkin tidak sejajar dengan kepercayaan
dan pemikiran masyarakat Asia khususnya di Malaysia. Satu lagi kesan
pertembungan antara dua tamadun ini ialah pengaruh globalisasi yang memberi
impak berganda terhadap tamadun Islam, Melayu, China dan India. Ini kerana
dunia yang kita lihat pada hari ini seolah-olahnya telah menjadi sebuah tamadun
Barat yang besar dan berpengaruh dengan sifat hegemoninya tidak lagi
memperlihatkan identiti tamadun tempatan, lihat sahaja dari segi jenis makanan,
pakaian, pendidikan, hiburan, gajet dan sebagainya.

 Ilmu merupakan aspek yang sangat penting dalam proses membentuk


sesebuah tamadun. Thetinggian ilmu dan pendidikan merupakan lambang
masyarakat bertamadun dan beberapa tamadun dunia yang dibina juga
berakar umbi daripada asas keilmuan yang kukuh dan pelbagai.

 Dengan sebab itu mana-mana negara yang mempunyai tamadun yang hebat
sangat memberi keutamaan terhadap ilmu dengan mendirikan universiti
yang ternama demi mentamadunkan rakyatnya.

 Tamadun ialah penciptaan terhadap penghasilan atau produk. Dengan sebab


itu setiap tamadun mempunyai sumbangannya yang tersendiri kepada
masyarakat, baik tamadun Islam, Melayu, China, India dan juga tamadun
Barat.

 Jika diteliti isi kandungan setiap tamadun tersebut, banyak iktibar, nilai dan
pengajaran yang bermakna boleh dikutip untuk membina tamadun diri.
Contohnya, kemajuan, kemakmuran dan ketenteraman hidup dalam setiap
tamadun tersebut ialah hasil daripada kerjasama dan tolak ansur antara
masyarakatnya.

 Ia adalah sangat penting bagi generasi sekarang untuk mempelajari tamadun


awal bangsa atau negara serta sedar bahawa mereka boleh menyumbang ke
arah kebaikan untuk semua tanpa mengira bangsa ataupun agama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN
TAMADUN

 Juga diharapkan agar kita semua boleh belajar dan mendapat faedah
daripada interaksi antara tamadun bagi memupuk persefahaman tulen dan
sikap hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama,
keturunan, bangsa dan budaya khususnya kepada generasi yang bakal
menjadi pemimpin negara.

Akulturasi Lokal
Asimilasi Materialisme
Difusi Pascamodenisme
Glokal Sekularisme
Hedonisme

Fariza Md Sham et al. (pnyt). (2000). Dakwah dan perubahan sosial. Thuala
Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors.
Hunting, S. (1993). The clash of civilization and the remaking of world order.
Foreign Affairs, 72(3), 22-49.
Huntington, S. P. (1992). Pertembungan peradaban. Terj.. Normala Soulie
Mohamad. Thuala Lumpur, Malaysia: Institut Strategik Thajian
Antarabangsa Malaysia, 1992, 4-6.
Mohd Azhar Abd Hamid., Mohd Thoharuddin Balwi Muhamed Fauzi Othman.,
& Othman A. Thassim. (2013). Wajah moral masyarakat Melayu
pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan. Skudai, Malaysia:
Universiti Teknologi Malaysia.
Siti Hajar Che Man., & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran kursus
tamadun Islam dan tamadun Asia di institusi pengajian tinggi awam
Malaysia: Platform utama ke arah memperkenalkan tamadun Cina. Journal
Sosiohumanika, 5 (1).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 ISU SEMASA DAN MASA HADAPAN BERKAITAN DENGAN 211
TAMADUN

Wan Hashim Wan Teh. (1997). Tamadun silam dan pembinaan tamadun abad
kedua puluh satu. Bangi, Malaysia: Universiti Thebangsaan Malaysia.
Wilson, J. (1990). A new introduction to moral education . London, England:
Casell.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi)
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like