You are on page 1of 4

‫اَ ِ‬

‫له َوايَةُ‬
‫علينا أَن نَملَؤُ وه بأَفعَال‬
‫ت الفَراغِ‪ .‬البُدَّ َ‬ ‫س ُ‬
‫ان فى َوق ِ‬ ‫طةُ الَّ ِتي تَ ِ‬
‫عم ُل ِ‬
‫اإلن َ‬ ‫ي األَن ِش َ‬
‫ال ِهوايَةُ ِه َ‬
‫صر‪:‬‬
‫ورةِ العَ ِ‬
‫س َ‬‫ت َك َما قَال هللاُ تعالى فى ُ‬ ‫ال ُم ِفيدَةِ ِلكيال َن ُكونَ ُمس ِل ًما خَا ِس ًرا ِلنِع َم ِة َ‬
‫الوقـ ِ‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬
‫‪  ‬‬
‫الص َّحةُ‬
‫اس ِ‬ ‫ير ِمنَ النَّ ِ‬ ‫ان َمغب ٌ‬
‫ُون ِفي ِهما َك ِث ٌ‬ ‫سو ُل هللاِ صلى هللاُ عليه وسلم‪ِ " :‬نع َمت َ ِ‬ ‫َوقَا َل َر ُ‬
‫وغيرها‪.‬‬
‫ُ‬ ‫والس َبا َحةُ ِإس ِتع َما ُل ال ُكم ِبيُوت ُ ِر َّ‬
‫والرس ُم‬ ‫ِ‬ ‫ضة ُ‬ ‫َوالفَ َراغُ "‪َ .‬و ِمن أَمثَا ِل َها ال ِقرا َءة ُ َو ِ‬
‫الر َيا َ‬
‫َّ‬
‫والطا ِل َباتُ ِل َيح ُ‬
‫ص َل ِمن َها ال ِعل ُم‬ ‫ب‬ ‫ان الَ ِس َي َما ال ُ‬
‫ط َّال ُ‬ ‫س ِ‬ ‫ِإ َّن ال ِقرا َءة َ ُم ِه َّمةٌ فى َح َيا ِة ِ‬
‫اإلن َ‬
‫والثَّقَافَةُ َو ِز َيادَة ُ المعلُو َماتِ‪َ .‬وقَد اِهت َ َّم هللاُ تعالى عنها فى أ َ َّو ِل سورةِ ال َعلَق كما قا َلهُ تعالى فى‬
‫ق‪:‬‬‫ورةِ ال َع َل ِ‬
‫س َ‬‫ُ‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬
‫‪ ‬‬
‫ور َو َّ‬
‫الظ َال ِم‪ .‬وال ِعل ُم‬ ‫والباط ِل‪ ,‬والنُّ ِ‬
‫ِ‬ ‫ق‬ ‫وال ِعل ُم ُم ِه ٌّم ِليُفَ ِرقَ شَخ ً‬
‫صا بينَ ال َعا ِل ِم والجا ِه ِل‪ ,‬وال َح ِ‬
‫الك‪َ .‬و َمادَة ُ ال ِق َرا َءةِ‬
‫ظهُ ِمنَ ال َه ِ‬‫ضال ِل وأ َ َّما الما ُل نَحفَ ُ‬
‫ظنَا ِمنَ ال َ‬ ‫س ُن ِمنَ ال َما ِل ِألَنَّهُ َيحفَ ُ‬‫ضا أَح َ‬
‫أَي ً‬
‫ب الدِينِيَّ ِة َو َم َج َّالتُ ال ِع ِلميَّ ِة وال َج َرائِد ُ التى ت ُ َحد ُ‬
‫ِث فيها القضايا الم َح ِليَة‬ ‫رءان و ُكت ُ ُ‬
‫ُ‬ ‫يرة ٌ منها القُ‬
‫َك ِث َ‬
‫والدَّو ِليِة‪.‬‬
‫ص َّح ِة‬ ‫ظ على ِ‬ ‫ضا ُم ِه َّمةٌ فى م ِعي َ‬
‫شتِنَا ِألَنَّها تُحافِ ُ‬ ‫ض ِة البدَ ِنيَّ ِة وإِنَّها أي ً‬
‫الريا َ‬
‫ظ ُر إلى ِ‬‫ث ُ َّم نَن ُ‬
‫طا‪.‬‬ ‫س ِد وال َعق ِل ِلتَ ُكونَ قَ ِويًّا َونَشِي ً‬‫فظ ال َج َ‬ ‫بح ِ‬ ‫ث على أ ُ َّم ِت ِه ِ‬ ‫واإلسالم َي ُح ُّ‬ ‫سم وت َ ِقي ِه ِمن اآلفَاتِ‪ِ .‬‬
‫الج ِ‬
‫ِ‬
‫ؤم ِن‬ ‫هللا ِمنَ ال ُم ِ‬ ‫َير وأَ َحب إلى ِ‬ ‫يخ ٌ‬ ‫ؤم ُن القَ ِو ُّ‬
‫َك َما قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‪" :‬ال ُم ِ‬
‫ور من‬ ‫يس علي ِهم ُ‬
‫شع ُ ٌ‬ ‫عق ِل ِهم نَشِي ً‬
‫طا َولَ َ‬ ‫سلي ًما فَ َ‬
‫ذلك ي َُؤدِي إلى َ‬ ‫اإلنسان َ‬
‫ِ‬ ‫يف"‪ .‬و ِإذَا كان ِجس ُم‬
‫الض ِع ِ‬
‫سم السليم"‪.‬‬ ‫س ِل فى الع َم ِل‪َ .‬كما قال ال ُح َك َماء ‪" :‬اَل َعق ُل الس ِليم فى ِ‬
‫الج ِ‬ ‫الت َّ َع ِ‬
‫ب وال َك َ‬
‫ب‬ ‫ِهن‪ .‬وتُدَ ِر ُ‬
‫سم والذ ِ‬ ‫ون ِإستِ َرا َحةً ِ‬
‫للج ِ‬ ‫س َم ِك‪ ,‬وهذه ال ِه َوايَةُ تَ ُك ُ‬ ‫صي ِد ال َّ‬ ‫عن َ‬ ‫ث ُ َّم نَتَ َحد ُ‬
‫َّث َ‬
‫صيدِ‪ .‬وتَستَر ُح ال َق َ‬
‫لب ِب ِزيَادَ ِة‬ ‫ار ال َّ‬ ‫واإلستِقَا َم ِة د ُونَ اليَائِ ِس َوالملَ ِل ِعندَ اِن ِت َ‬
‫ظ ِ‬ ‫بر ِ‬ ‫ص ِ‬‫اإلنسانَ إلى ال َ‬ ‫ِ‬
‫ق هللاِ ِمن ُمشَا َهدَةِ ال َعالَ ِم الرائِعِ وال َج ِمي ِل ونَت َ َف َّك ُر إلى قُ َ‬
‫درتِ ِه الذِي‬ ‫اإليمان ِعندَما نَن ُ‬
‫ظ ُر إلى خَل ِ‬ ‫ِ‬
‫ورةِ الغَافِ ِر‪:‬‬
‫س َ‬‫ورزقًا لنَا‪َ .‬كما قالَهُ تعالى فى ُ‬ ‫طعَا ًما ِ‬‫س َم َك َ‬‫يَجعَ ُل ال َّ‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬
‫‪    ‬‬
‫‪      ‬‬
‫ق َو َينفَ ُع ُك ُّل َمخلُوقِ ِه ِمن ُها‪َ .‬و ِمن ِإستِفَادَةِ هذ ِه‬
‫الرز ِ‬
‫ب ِ‬ ‫س َب ُ‬
‫ط َر َ‬ ‫وه ِذ ِه اآليةُ يَدُ ُّل على َّ‬
‫أن الم َ‬
‫يف فى ح ِقيقَ ِة خَل ِق ِه و ُمتَعَ ِل ٌق دائ ًما إلى َعونِ ِه َو َرح َمتِ ِه‪.‬‬
‫ض ِع ٌ‬ ‫علَينَا َّ‬
‫أن اإلنسانَ َ‬ ‫النِع َم ِة تُر ِشد ُ َ‬
‫ث َو ُه َو إِس ِتع َما ِل ال ُكم ِبيُوت َ ِر‪ِ .‬‬
‫وم ْن‬ ‫الجي ِل ال َحا ِد ِ‬
‫ورةِ ِمنَ ِ‬ ‫ث ُ َّم َنت َ َج َّو ُل إلى ال ِه َوايَ ِة المش ُه َ‬
‫سم‪َ ,‬و ُمشَاهدَةِ‬ ‫والر ِ‬
‫َّ‬ ‫اإلنتَر ِنيتِ‪,‬‬‫وس‪َ ,‬وتَ َج ُّو ِل ِ‬ ‫ث َمعلُو َما ِ‬
‫ت الد ُُّر ِ‬ ‫ير ِمث ُل َبح ِ‬ ‫فَ َوائِ ِد إِس ِتع َما ِل ِه َك ِث ٌ‬
‫اس إلى‬ ‫عو ِة النَّ ِ‬
‫َير ِمث ُل دَ َ‬ ‫كون ُم ِفيدًا ِإذَا َيستَخ ِد ُمهُ فى َ‬
‫س ِبي ِل الخ ِ‬ ‫يرهِ‪ .‬وهذا ال ُكم ِبيُوت َ ُر َي ُ‬ ‫غ ِ‬‫ص ِة و َ‬ ‫ال ِق َّ‬
‫ور ِة‬
‫س َ‬ ‫ب نَوا ِهي ِه ِألَنَّنَا أ ُ َّمةُ الد َ‬
‫َّعو ِة‪ .‬كما قالَهُ ت َ َعالى فى ُ‬ ‫سو ِل ِه ِبإِم ِتثَا ِل أ َ ِ‬
‫وام ِر ِه واج ِتنَا ِ‬ ‫ع ِة هللاِ َو َر ُ‬ ‫َ‬
‫طا َ‬
‫مران‪:‬‬
‫آ ِل ِع َ‬
‫‪    ‬‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬
‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬ ‫‪‬‬
‫‪   ‬‬
‫ب ِمنهُ إذا نَقت َ ِرنُها َ ِبقَص ٍد لَهُ‬‫صو َل الثَّوا ِ‬
‫ون ِعبَادَة ً هللِ َو ُح ُ‬ ‫ورةِ ت َ ُك ُ‬
‫الهوايَ ِة المذ ُك َ‬
‫َ‬ ‫َو ُك ُّل‬
‫ضا ِت ِه َم َع ُمراعاةِ األَح َك ِام ُمتَ َعلَّ ٌق ِبها‪ .‬ال ُمس ِل ُم الصا ِل ُح َمن َينفَ ُع أَوقاتَهُ‬
‫صا و ِإب ِتغا ًء َمر َ‬ ‫ُمخ ِل ً‬
‫ير والتَهلي ِل‬‫حمي ِد والتَك ِب ِ‬ ‫ِكر َر ِب ِه ِمنَ التَّس ِبيحِ والت َ ِ‬
‫ِباألع َما ِل ال ُم ِفيدَ ِة ويَستَ ِم ُّر قَلبَهُ ِإحيا ًء ِبذ ِ‬
‫طفَى صلى هللا عليه وسلم‪َ .‬ولَم َيع َبثْها بِاألَع َما ِل الغَفلَ ِة والمعَ ِ‬
‫صيَّ ِة‬ ‫ت على َحبِيبِ ِه المص ُ‬ ‫وصلَ َوا ِ‬
‫يوم الدِينَ ‪.‬‬
‫إِلي ِه تعالى ِلكيال يَكونَ خَا ِس ًرا ونَا ِد ًما فى ِ‬
HOBI
Hobi ialah aktiviti yang dilakukan oleh manusia pada waktu lapang. Kita mestilah
memenuhi masa lapang dengan perbuatan-perbuatan yang berfaedah supaya kita tidak
menjadi orang Islam yang rugi dengan nikmat waktu. Firman Allah swt yang bermaksud :
Demi masa. Sesungguhnya manusia hidup dalam kerugian. Sabda Nabi Muhammad saw
bermaksud: “Dua nikmat yang banyak dilalaikan oleh manusia iaitu nikmat kesihatan dan
masa lapang”. Contoh hobi ialah membaca, bersenam, berenang, menggunakan komputer,
melukis dan sebagainya.

Bahawa membaca merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia
terutamanya golongan pelajar untuk mendapat ilmu, pengetahuan dan menambah
maklumat. Sesungguhnya Allah swt menitikberatkan tentang membaca pada awal surah Al
A’laq. Firman Allah swt yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Allah swt yang
menjadikan”. Ilmu itu penting untuk untuk membezakan seseorang itu diantara berilmu dan
jahil, benar dan salah dan petunjuk dan kegelapan. Ilmu juga terlebih baik daripada harta
kerana ia menjaga kita dari kesesatan adapun harta, kita yang perlu menjaganya daripada
binasa. Bahan bacaan banyak antaranya Al-Quran, kitab-kitab agama, majalah-majalah
ilmiah dan surat-surat khabar yang menceritakan tentang isu-isu semasa tempatan dan
antarabangsa.

Seterusnya kita lihat aktiviti bersenam pula. Ianya juga penting dalam kehidupan kita
kerana untuk menjaga kesihatan badan dan menghindari daripada penyakit. Islam
menggalakkan umatnya menjaga badan dan akal supaya menjadi kuat dan cergas. Sabda
Nabi Muhammad saw: “Orang beriman yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah
swt daripada orang beriman yang lemah”. Apabila badan manusia itu sihat maka ia akan
membawa kepada akal yang cergas dan mereka tidak akan merasa letih dan malas semasa
berkerja. Kata ahli hikmah: Akal yang sihat pada badan yang sihat.

Kemudian kita bicara tentang aktiviti memancing ikan pula. Hobi ini adalah dapat
merehatkan badan dan fikiran. Ia melatih manusia sabar dan istiqamah tanpa berputus asa
dan lalai ketika menunggu hasil tangkapan. Ia juga dapat merehatkan hati untuk menambah
iman ketika kita melihat kejadian Allah daripada melihat alam yang menarik dan cantik dan
memikir kekuasaan Allah yang menjadikan ikan sebagai makanan dan rezeki kepada kita.
Firman Allah SWT: “Dialah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda
keesaanNya dan kekuasaannya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan
(untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta
mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada
Allah)”. Ayat ini menunjukkan bahawa hujan merupakan sebab rezeki dan memberi manfaat
kepada semua makhluk. Pengajaran daripada nikmat ini menunjukkan kepada kita bahawa
manusia itu lemah pada hakikat kejadiannya dan sentiasa bergantung kepada pertolongan
dan kasih sayangnya.

Kemudian kita tinjau hobi yang terkenal dari generasi sekarang iaitu menggunakan
komputer. Faedah kegunaannya banyak seperti mencari maklumat pelajaran, meninjau
internet, melukis, menonton drama dan sebagainya. Komputer ini berfaedah sekiranya
menggunakannya pada jalan kebaikan seperti mendakwah orang kepada taat kepada Allah
dan RasulNya untuk mematuhi perintah dan menjauhi tegahanNya. Firman Allah swt: “dan
hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-
orang yang berjaya.

Semua hobi tersebut adalah ibadat eranaAllah dan mendapat pahala sekiranya kita
menyertainya dengan tujuan kerananya secara ikhlas dan mengharap keredhaannya serta
memelihara hukum-hakam yang berkait dengannya. Orang Islam yang soleh ialah mereka
yang memanfaatkan masanya dengan amalan-amalan yang berfaedah dan hatinya sentiasa
hidup dengan ingat Tuhannya daripada tasbih,tahmid, takbir, tahlil dan selawat kepada Nabi
Muhammad saw. Janganlah kita lalaikan masa dengan amalan-amalan yang melalaikan dan
maksiat kepadaNya supaya kita tidak menjadi orang yang rugi dan menyesal pada hari
pembalasan.

You might also like