You are on page 1of 1

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala

Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya.
Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya
dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-
negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama
bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu
dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada
masa itu.
Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai
Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat
bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian
belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan.
Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran
Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran
Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos
dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul
Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada
Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang
bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal
dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan
merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi
57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat
yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu
menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup
yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina
Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini
membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat
warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak
RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang
termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam
tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan Australia
telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga
kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaian dilakukan
hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan
asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali
lagi dirasmikan pada tahun 1984

You might also like