You are on page 1of 1

Festival perkahwinan pupuk

perpaduan
MALAYSIA sememangnya sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai
bangsa dan etnik yang mampu hidup bersama secara makmur.
Keunikan ini dapat dilihat menerusi adat resam dan budaya masing-masing yang mempunyai
keistimewaan tersendiri.
Dalam upacara perkahwinan misalnya, setiap kaum sama ada Melayu, Cina mahupun India,
mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing.
Keunikan adat istiadat perkahwinan pelbagai kaum inilah, mendorong Spektra Ikatan Jati
mengadakan Festival Perkahwinan Spektra 2003 yang julung kali diadakan menarik perhatian
penyertaan kaum Melayu, Cina dan India.
Festival bertema Perpaduan Masyarakat Malaysia 2003 itu bakal diadakan di Stadium Bukit
Jalil mulai 6 hingga 12 Julai ini. Ia dianjurkan bersama Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat.
Menurut Pengerusi Programnya, Nur Azman Nordin, festival itu sebagai titian ke arah
perpaduan dan kemesraan yang sangat-sangat diperlukan oleh negara dalam usaha
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Katanya, semua rakyat daripada pelbagai kaum, adat resam dan agama dapat bertemu di satu
majlis istimewa dan julung kali diadakan.
``Upacara perkahwinan melibatkan 2,000 pasangan pengantin daripada berbilang kaum,
agama dan adat dalam satu majlis akad nikah, b

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0304&pub=utusan_malaysia&sec=Kelu
arga&pg=ke_05.htm#ixzz5W57zU1xw
© Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like