You are on page 1of 9

Pengenalan

Peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti sangat membimbangkan. Jika


dibiarkan berlakunya peningkatan stres dalam kalangan pelajar, stres ini boleh mengakibatkan
beberapa kesan buruk kepada individu yang mengalaminya. Contoh kesan buruk yang bakal
dialami seperti menjejaskan hubungan dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan menghasilkan
tingkahlaku yang mana boleh menjejaskan imej dan keharmonian di dalam sesebuah instituisi.
Kajian mengenai peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti ini harus dilakukan
kerana mereka ini adalah golongan ataupun kumpulan yang mempunyai tanggungjawab
terhadap generasi dan bakal menjadi pemimpin Negara di masa akan datang. Menurut Bullare
@ Bahari, Rathakrishnan dan Ismail (2009), stres dapat dilihat melalui tiga aspek, yang
pertama adalah ransangan peristiwa atau persekitaran yang menjadi punca kenapa seseorang
individu itu berasa tertekan. Aspek yang kedua adalah stres merupakan gerak balas subjektif
dan ianya juga boleh dianggap sebagai faktor dalaman iaitu aspek mental dan aspek yang ketiga
adalah reaksi fizikal tubuh badan. Menurut Mahfar, Zaini dan Nordin (2007), stres merupakan
satu kejadian atau pengalaman yang sering dialami oleh seseorang individu, di mana stres ini
boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian seseorang
individu. Stres ini bukan sahaja hanya dialami oleh orang dewasa malah ianya turut dialami
oleh pelajar-pelajar universiti. Hal ini disebabkan, universiti merupakan persekitaran unik yang
memerlukan setiap pelajar untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dan tugas-tugas yang
perlu di laksanakan oleh mereka. Jika mereka tidak dapat menyeimbangkan peranan dan tugas
tersebut, maka mereka lebih mudah untuk mengalami stres.

Pada masa kini, terdapat ramai pelajar universiti mengalami stres berbanding dengan
pelajar masa dahulu. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan
stres dalam kalangan pelajar universiti. Jika dilihat pelajar universiti pada awal tahun pengajian
amat mudah terdedah kepada stres disebabkan oleh proses perubahan hidup mereka di
universiti. Dalam konteks universiti, pelajar universiti terutamanya mahasiswa tahun pertama
lebih cenderung untuk mengalami stress yang disebabkan oleh peralihan daripada alam
persekolahan kepada kehidupan baru di universiti, di mana hidup di universiti yang penuh
dengan cabaran dan stres. Kehidupan di universiti berbeza dari alam persekolahan, di universiti
pelajar akan berdepan dengan suasana baru, belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru, belajar untuk menguruskan diri sendiri seperti hal-hal yang berkaitan dengan
pembelajaran, kehidupan seharian, berkomunikasi dengan pelajar lain dan pensyarah, urusan
kewangan dan belajar untuk menguruskan masa dengan baik dan bijak. Hal ini secara langsung

1
atau tidak langsung merupakan antara faktor penyebab berlakunnya peningkatan stres dalam
kalangan pelajar universiti. Selain itu, peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti
dapat dilihat apabila sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecermelangan akademik
di peringkat persekolahan namun, tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik dan
cemerlang apabila berada di universiti. Persaingan sengit dalam mengejar kecemerlangan
akademik di universiti telah memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar untuk
merealisasikan wawasan dan matlamat mereka. Tambahan pula, apabila stress dilihat dari
aspek negatif atau dilihat melalui tekanan yang terlalu tinggi, maka ianya menyebabkan
terjadinya kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh
kerana peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti merupakan satu fenomena yang
boleh membimbangkan pelbagai pihak sekiranya ianya tidak ditangani secara terperinci dan
menyeluruh, maka adalah penting bagi mengenalpasti faktor yang telah menyebabkan
peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti.

Faktor peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti

Antara faktor peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti adalah faktor kerjaya.
Berdasarkan analisis yang di lakukan oleh Mahfar, Zaini dan Nordin (2007), kebanyakan
pelajar berasa stres disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap persediaan kerjaya, cara
menulis resume, penguasaan terhadap Bahasa Inggeris apabila bekerja kelak, cabaran kerjaya
dan peluang-peluang kerjaya pada masa hadapan. Disebabkan ini, pelajar universiti akan berasa
tertekan sekirannya mereka tidak mempunyai persediaan kerjaya yang bersifat komprehensif
dan mempunyai pengetahuan yang cukup tentang persediaan kerjaya. Di samping itu,
persaingan kerjaya yang semakin sengit pada masa kini dan kriteria ketat terhadap pengambilan
pekerja yang ditetapkan oleh syarikat pekerjaan secara tidak langsung telah memberikan dan
menambah tekanan stres kepada pelajar universiti (Mahfar, Zaini & Nordin, 2007). Justeru itu,
sekiranya para pelajar mempunyai maklumat kerjaya yang jelas dan mempunyai kriteria yang
diperlukan oleh syarikat pekerjaan, maka pelajar dapat mencapai kecermelangan dan
ketrampilan dalam bidang kerjaya yang diceburi kelak.

Seterusnya adalah bebanan kerja yang terlalu banyak dan persediaan peperiksaan akhir
dalam masa yang singkat juga menjadi faktor kepada peningkatan stres dalam kalangan pelajar
universiti. Ini kerana, kebanyakan pelajar berasa stres apabila tugasan akademik terlalu banyak
sehingga mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan untuk
menghadapi peperiksaan akhir dan ditambah pula apabila pelajar tidak dapat melakukan

2
tugasan tersebut mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Persediaan untuk
peperiksaan akhir amat penting bagi pelajar universiti bagi memperoleh gred yang baik. Selain
itu, arahan tugasan kuliah yang kurang jelas, kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan
dan melakukan terlalu banyak tugasan pada masa yang sama juga merupakan faktor berlakunya
peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti (Mahfar, Zaini & Nordin, 2007). Di
samping itu, menurut Bullare @ Bahari, Rathakrishnan dan Ismail (2009), terdapat satu kajian
yang telah dilakukan terhadap pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu seramai 1,923
yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dengan stres
akademik yang dialami oleh pelajar. Ini menunjukkan bahawa, semakin banyak tugassan yang
perlu dilakukan oleh pelajar, semakin tinggi stres akademik pelajar. Selain itu, pelajar selalunya
mempunyai banyak tugasan yang perlu dilaksanakan pada satu-satu semester bagi setiap subjek
yang diambil. Maka hal ini secara tidak langsung menyebabkan bebanan yang dipikul
menyumbang kepada stres yang lebih tinggi. Oleh itu, para pensyarah harus realistik dan
memikirkan implikasi kepada pelajar ketika menetapkan tarikh bagi pelajar untuk menghantar
tugasan kuliah supaya tarikh tersebut tidak terlalu membebankan pelajar agar mereka dapat
memberikan tumpuan yang lebih dan tidak berasa stres terhadap penyediaan untuk peperiksaan
akhir. Hal ini kerana, penetapan tarikh akhir bagi penghantaran tugasan kuliah akan
menimbulkan ketegangan jika pelajar tidak mampu untuk menyelesaikan tugasan kuliah
tersebut mengikut tarikh akhir seperti yang telah ditetapkan dan mereka tidak mempunyai masa
yang mencukupi untuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir.

Faktor ketiga yang menyumbangkan kepada peningkatan stres dalam kalangan pelajar
universiti adalah kegagalan pelajar dalam menguruskan masa dengan baik. Menurut Norzaini
(2013), pengurusan masa ini merupakan kemahiran yang mempunyai perkaitan dengan teknik
dan cara seseorang itu mengurus, mengatur dan membahagi masa sehariannya agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kebiasaannya, faktor yang menyumbang kepada
kegagalan pelajar dalam menguruskan masa dengan baik sehingga menyumbangkan kepada
terjadi stres adalah disebabkan oleh tuntutan yang tinggi dari tempat kerja dan tanggungjawab
besar terhadap keluarga telah menyebabkan sebahagian pelajar menangguhkan semester dan
tidak mampu untuk menghabiskan pengajian mereka di universiti (Norzaini, 2013). Menurut
kajian yang telah dilakukan oleh Norzaini (2013), kebanyakan pelajar yang sering
menangguhkan pengajian mereka di universiti adalah disebabkan pelajar-pelajar tersebut sudah
berkahwin dan juga memiliki tanggungan yang ramai. Justeru itu, pengurusan masa amat
penting bagi pelajar yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan yang ramai ini kerana

3
pengurusan masa yang baik dapat mengelakkan pelajar-pelajar yang sudah berkahwin
menangguhkan pelajaran dan meningkatkan pencapaian prestasi akademik serta menyumbang
kepada kepuasan dalam kehidupan. Selain itu, pengurusan masa yang baik dapat merendahkan
risiko pelajar mengalami stres.

Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan stres dalam kalangan pelajar
universiti adalah seperti tidak disukai oleh rakan, rakan tidak ambil peduli dan tidak memberi
sokongan dan pertolongan, kehilangan rakan rapat dan rakan yang sering membuat kritikan.
Perkara-perkara sebegini juga boleh menimbulkan stres dalam kalangan pelajar. Hasil kajian
yang dilakukan oleh Bullare @ Bahari, Rathakrishnan dan Ismail (2009), mendapati bahawa
terdapat pelajar yang sukar menyesuaikan diri dengan rakan, tidak disukai oleh rakan-rakan
yang berlainan jantina, disisih oleh rakan, kehilangan kawan rapat dan rakan tidak memberi
sokongan moral ketika menghadapi masalah. Pelajar yang tidak mempunyai rakan sebaya yang
rapat lebih cenderung mempunyai perasaaan sunyi dan lebih mengalami kemurungan dan
mereka itu turut cenderung untuk mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Selain itu,
pelajar yang ditolak rakan sebaya ini menganggap dan memandang dirinya sebagai seorang
yang tidak baik dan banyak kelemahan dan kekurangan. Kelemahan dan kekurangan ini boleh
menyebabkan diri tidak diterima oleh rakannya (Bullare @ Bahari, Rathakrishnan & Ismail,
2009). Oleh itu, amat penting bagi pelajar universiti mencari dan berkawan dengan rakan yang
dapat memberikan sokongan moral disaat menghadapi masalah dan penting juga untuk pelajar
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di universiti bagi mengelakkan pelajar mengalami stres.

Faktor terakhir yang menyumbang kepada peningkatan stres dalam kalangan pelajar
universiti adalah perubahan fizikal. Peningkatan stres dalam kalangan pelajar yang disebabkan
oleh perubahan fizikal ini seperti pelajar merasakan mereka tidak cantik atau segak, merasa
rimas dengan perubahan fizikal badan, merasa badan terlalu gemuk, masalah jerawat dan risau
dengan peningkatan berat badan. Di samping itu, perubahan fizikal ini akan menyebabkan
pelajar merasa mereka terlalu kurus atau gemuk, terlalu rendah atau tinggi dan merasa risau
dengan kecantikan wajah yang mana semua perubahan-perubahan ini akan menyebabkan
timbulnya stres dalam diri mereka (Bullare @ Bahari, Rathakrishnan & Ismail, 2009). Oleh itu,
sekiranya pelajar merasakan mereka mengalami perubahan fizikal yang bakal menyumbang
kepada peningkatan stres, pelajar perlulah aktif dalam menyertai aktiviti sukan dan riadah yang
dianjurkan oleh pihak universiti, pihak fakulti dan kelab-kelab yang berada di dalam universiti.
Hal ini dapat mengelakkan pelajar berasa stress sekiranya berlaku perubahan fizikal terhadap
mereka.

4
Refleksi

Pada pendapat saya, bagi mengurangkan peningkatan stres dalam kalangan pelajar
mengenai isu kerjaya, pihak universiti atau pihak fakulti perlu merancang dan melaksanakan
pelbagai program yang melibatkan kerjaya yang bersesuaian dengan pelajar bagi
mengurangkan peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti. Program kerjaya tersebut
bukan sahaja perlu menfokuskan kepada pelajar tahun akhir sahaja malah, program itu haruslah
bermula dari awal tahun pengajian lagi. Hal ini kerana bermula dari awal tahun pengajian lagi
pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang kerjaya. Program kerjaya ini
boleh dilakukan dengan menjemput individu-individu yang berpengetahuan, terlatih dan
mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan terutama sekali pihak industri. Ini kerana pihak
industri dapat berkongsi tentang kriteria pekerja yang mereka perlukan dan hal ini dapat
membuka mata para pelajar tentang persediaan yang mereka perlu lakukan sebelum memasuki
alam pekerjaan. Selain itu, pengisian dalam program kerjaya ini haruslah meliputi tentang
peluang dan cabaran kerjaya yang berkaitan dengan masa depan kerjaya pelajar serta
kemahiran generik atau sahsiah sebagai nilai tambahan yang perlu dimiliki oleh pelajar
universiti sebelum mereka bergelar graduan. Tambahan pula, selain daripada menganjurkan
program kerjaya secara formal, perkongsian maklumat mengenai kerjaya boleh dilakukan
secara tidak formal melalui proses pengajaran dan pembelajaran sewaktu kuliah. Pensyarah
perlu mendedahkan kepada pelajar samaada secara langsung atau secara tidak langsung
mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan kerjaya agar para pelajar mempunyai hala tuju
yang lebih jelas terutama sekali dalam menghadapi cabaran kerjaya yang begitu mencabar dan
sengit pada masa kini. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar bagi menguruskan
stres secara lebih berkesan apabila mereka berhadapan dengan cabaran sedemikian.

Seterusnya, bebanan kerja yang terlalu banyak dan persediaan peperiksaan akhir dalam
masa yang singkat sehingga menyebabkan peningkatan stres dalam kalangan pelajar dapat
dikurangkan sekiranya pelajar mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang bagaimana
untuk menguruskan stres secara berkesan. Di samping itu, pelajar boleh berkomunikasi dan
berbincang dengan pensyarah tentang tarikh akhir untuk menghantar tugasan sekiranya tarikh
yang diberikan untuk menghantar tugasan terlalu singkat. Berdasarkan pengalaman saya, pada
tahun pertama memasuki universiti, menjadi pelajar ijazah merupakan sesuatu yang
memenatkan dan ianya memberikan tekanan kerana saya merupakan pelajar dari matrikulasi.
Sewaktu di matrikulasi, semua pengajaran dan pembelajaran mengggunakan Bahasa Melayu.
Apabila memasuki universiti, hampir kesemua pengajaran dan pembelajaran menggunakan

5
Bahasa Inggeris. Jadi untuk saya menyiapkan tugasan di dalam Bahasa Inggeris memerlukan
masa yang lama kerana saya kurang memahami jurnal-jurnal yang ditulis dalam Bahasa
Inggeris dan perlu membaca jurnal tersebut beberapa kali untuk memahaminya. Jadi saya
berjumpa dengan pensyarah untuk menceritakan masalah-masalah yang saya hadapi bagi
mengelakkan saya mengalami stres akibat daripada tugasan tersebut.

Selain itu, peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti akibat daripada
kegagalan pelajar dalam menguruskan masa dengan baik dapat dikurangkan sekiranya pelajar
memiliki perancangan yang teliti dan efektif dalam menguruskan masa mereka. Ini kerana
perancangan yang baik memerlukan keazaman yang tinggi terhadap matlamat dan keutamaan.
Berdasarkan pengalaman saya, bukan mudah untuk menguruskan masa dengan baik kerana
sebagai pelajar, kita akan selalu berasa penat dan letih kerana perlu menyiapkan tugasan yang
diberikan dan perlu mengikuti program-program yang dilakukan oleh pihak universiti. Seperti
saya, di mana saya merupakan atlet UUM untuk permainan petanque, jadi saya perlu
menyiapakan tugasan pada waktu malam kerana waktu petang saya mempunyai latihan untuk
sukan. Jadi waktu tidur akan menjadi kurang dan akan menyebabkan saya sentiasa merasa
penat, letih dan ingin menggunakan masa yang ada untuk tidur. Hal ini menyebabkan banyak
tugasan akan tertangguh dan menyebabkan stres berlaku. Oleh itu, saya belajar menguruskan
masa saya dengan baik di mana saya mencuba menyiapkan tugasan setakat mana yang saya
mampu sebelum saya turun pada waktu petang untuk melakukan latihan sukan supaya pada
waktu malam saya boleh menyiapkan mana-mana tugasan yang hampir siap dan dapat tidur
lebih awal. Di samping itu, bagi pelajar yang berkahwin dan belajar secara separuh masa,
mereka perlu didedahkan kepada cara untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan waktu
belajar berkualiti dan suasana belajar yang ideal berkurangan tanpa mengenepikan
tanggungjawab terhadap keluarga dan tempat kerja. Pelajar sepenuh masa perlu dilatih dan
diajar cara yang betul untuk menguruskan dan mengagihkan masa dengan cekap supaya tidak
mudah terlibat dengan amalan-amalan yang merugikan seperti menangguh-nangguhkan atau
melengahkan kerja. Pelajar ini juga perlu dibimbing untuk memilih tugas yang utama dan
memberi keutamaan kepada tugas utama sebelum melakukan tugas kurang utama serta
mengelak dari belajar pada saat-saat akhir untuk membantu mengurangkan stres.

Di samping itu, peningkatan stres dalam kalangan pelajar universiti seperti tidak disukai
oleh rakan, rakan tidak ambil peduli dan tidak memberi sokongan dan pertolongan, kehilangan
rakan rapat dan rakan yang sering membuat kritikan dapat dikurangkan dengan tidak
mengambil hati dan memikirkan tentang perkara ini. Pelajar boleh berusaha untuk mencari

6
rakan-rakan lain yang boleh berkawan dan membantu sewaktu dalam masalah ataupun ketika
menghadapi stres ataupun pelajar boleh kongsikan masalah dengan keluarga, berjumpa dengan
kaunselor ataupun berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan cara yang betul untuk
menyelesaikan masalah dan cara untuk mengurangkan stres tersebut. Sewaktu saya mengalami
masalah stres yang teruk dan kemurungan akibat daripada tekanan belajar dan masalah
keluarga, saya menjadi seorang yang terlalu emotional dan sensitif walaupun untuk perkara
yang remeh. Saya selalu rasa ingin bersendirian, tidak mahu berjumpa atau bergaul dengan
rakan-rakan, sering kali berfikir untuk berhenti dari meneruskan degree dan mengalami
gangguan tidur sehingga pernah sekali saya tidak tidur selama 3 hari berturut-turut akibat
terlalu banyak perkara yang saya pikirkan. Pada waktu itu juga rakan-rakan tidak ambil peduli
dan tidak memberi sokongan dan pertolongan. Akhirnya, saya menghubungi makcik saya dan
menceritakan segala masalah dan stres yang saya hadapi dan saya juga berjumpa dengan
pensyarah untuk meminta pandangan bagi menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Oleh itu,
rakan sebaya juga boleh memberikan sokongan emosi kepada pelajar. Pelajar yang mempunyai
masalah tidak akan merasa takut untuk melahirkan perasaan dalamannya kepada rakannya. Hal
ini menunjukkan, rakan sebaya mempunyai peranan sebagai tempat meluahkan perasaan dan
masalah pelajar kerana rakan sebaya merupakan individu yang pelajar rapat di universiti.
Penerimaan rakan sebaya juga memberi kesan sokongan dalam aspek akademik dan sosial
kerana mereka sama-sama membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara bersama.
Sokongan rakan sebaya juga amat penting bagi membantu untuk mengurangkan stres yang
dihadapi oleh pelajar samaada dari segi akademik, sosial, emosi dan dengan itu juga boleh
mengurangkan kebarangkalian untuk pelajar menghadapi kemurungan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, terdapat banyak faktor terhadap peningkatan stres dalam


kalangan pelajar universiti seperti kerjaya, bebanan kerja yang terlalu banyak dan persediaan
peperiksaan akhir dalam masa yang singkat, kegagalan pelajar dalam menguruskan masa
dengan baik, tidak disukai oleh rakan, rakan tidak ambil peduli dan tidak memberi sokongan
dan pertolongan, kehilangan rakan rapat dan rakan yang sering membuat kritikan dan
perubahan fizikal. Justeru itu, pelajar merupakan asset paling berharga untuk universiti, maka
peningkatan stres dalam kalangan pelajar haruslah diberikan perhatian secara komprehensif
oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelbagai aspek
seperti mental, emosi, kerohanian dan fizikal tercapai supaya ianya selari dengan hasrat
universiti dan penerapan kemahiran belajar wajar dititik beratkan melalui pelbagai latihan dan

7
seminar yang boleh dianjurkan oleh pihak universiti dan seterusnya dapat menyumbangkan
kepada peningkatan kecekepan dan produktiviti pelajar universiti. Seterusnya adalah
diharapkan supaya mana-mana pihak yang berkenaan dapat merancang dan melaksanakan
program-program yang bersesuaian secara berterusan terutama sekali kepada pelajar universiti
yang memerlukan bimbingan berkaitan dengan pengurusan stres secara praktikal dan berkesan.

8
References
Bullare @ Bahari, F., Rathakrishnan, B., & Ismail, R. (2009). Sumber stres, strategi daya tindak dan
stres yang dialami pelajar universiti . Jurnal Kemanusiaan bil.13, 47-62.

Mahfar, M., Zaini, F., & Nordin, A. N (2007). Analisis faktor penyebab stress di kalangan pelajar.
Jurnal Kemanusiaan bil 9, 63-72.

Norzaini, H. A. (2013). Perkaitan Antara Pengurusan Masa dan Stres Dalam Kalangan Pelajar
Siswazah di IPTA. AJTLHE vol 5(1), 34-49.

You might also like