You are on page 1of 3

Tajuk P K Ap An S Pen Jumlah

1 3M 3
2 1S 1
3 1M 1
4 1M 1M 1M 3
5 1M 2M 3
6 1S 1
7 1M 1M 1Sd 3
8 1M 1
9 1M 1
10 1S 1
11 1M 1
12 1M 1
Jumlah 8 6 1 3 1 1 20

Aras Kognitif
Topik Jumlah
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Penilaian sintesis

Sumber buku teks.

Prinsip asas reka


bentuk buku teks.

Kepentingan buku
teks.

Teknik-teknik
menggunakan buku
teks dalam
Jumlah Soalan Objektif
Jumlah Soalan
Berstruktur
Jumlah Soalan Esei
Aras pengetahuan, kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ialah domain
kognitif yang dinyatakan oleh Taksonomi Bloom. Aras ini merupakan rujukan asas yang
perlu diketahui oleh penggubal soalan sebelum membina soalan untuk pelajar.

Ciri soalan aras pengetahuan ialah kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan,
definisi, fakta-fakta, , pola, urutan, metodologi, prinsip dasar,hukum, dan sebagainya. Aras
pengetahuan ini menguji kebolehan calon untuk mengingati fakta yang telah dipelajari. Secara
amnya melalui soalan aras pengetahuan, penggubal dapat menilai sejauh mana pelajar menyimpan
data dan fakta didalam stor ingatan jangka panjangnya. Soalan aras ini boleh digunakan setiap kali
selesai proses pengajaran bagi menguji sejauh mana keberkesanan fakta yang disampaikan oleh
guru semasa pengajaran. Antara contoh permulaan soalan ialah labelkan, senaraikan, nyatkan
,manakah, apakah, bilakah, siapakah dan bilakah. Contohnya bilakah tarikh kemerdekaan Negara
Malaysia?. Aras pengetahuan boleh diuji secara lisan oleh guru dan pelajar boleh menjawab soalan
aras pengetahuan secara spontan tanpa memerlukan kemahiran berfikir.

Ciri soalan aras kefahaman pula ialah memerlukan calaon memahami fakta dan konsep. Aras ini
memerlukan calon memahami setiap yang dipelajari sebelum menjawab soalan aras ini. Aras ini
,menkehendakkan calaon menggunakan ilustarasi dalam bahasa sendiri. Melalui aras kefahaman
guru mudah mengenal pasti sama ada pelajar memahami konsep pelajaran yang dipelajari. Contoh
kate kerja bagi soalan ini ialah terangkan, jelaskan, huraikan, tukarkan, dan mengapakah. Contoh
terangkan sebab mengapa berlakunya hakisan di tebing sungai?. Aras ini memerlukan
pelajar recite kembali apa yang dipelajari dan mengaitkan dengan keadaan yang sebenar.

Ciri soalan aras aplikasi ialah memerlukan calon menyelesaikan masalah‘non-routine’ atau masalah
baru. Ciri soalan ini lebih kepada adalah ‘problem-solving’.Masalah diselesaikan dengan cara calon
sendiri dengan mengemukakan idea tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan
pelbagai kaedah bagi menyelesaikan masalah yang mempunyai unsur persamaan. Aras ini
memerlukan pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan cuba memahami masalah seterusnya
mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada pelajar, seterusnya pelajar cube menyelesaikannya
dengan pendapatnya tersendiri. Contoh kata kerja ialah selesaikan, binakan, Carikan, Tunjukkan,
Kirakan, Demonstrasikan, susunkan,dan Gunakan . contoh soalan yang boleh dibina ialah pada
pendapat anda, sekiranya anda menjadi raja Melaka, apakah yang bakal anda lakukan untuk
memajukan kawasan perlabuhan negeri Melaka?

Ciri soalan aras analisis memerlukan calaon memecah, mencerakindan mengupas fakta untuk
mengkaji unsur-unsur secara mendalam termasuklah membandingkan dan membezakan fakta dan
maklumat yan g diperolehi. Aras ini menguji kebolehan pelajar mengenalpasti isi tersirat dan tersurat
sesuatu fakta yang telahg dipelajarinya. Contoh kata kerja bagi soalan ini ialah bandingkan,
Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis, Cerakinkan, Tafsirkan. Contoh soalannya ialah
berikan kesan kepada kepada udara apabila kenderaan bermotor bertambah di dunia.
Ciri aras soalan sintesis ialah memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan
sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur. Ini termasuk penghasilan
sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan. Calon perlu mengapliksikan apa
yang dipelajari bagi memperolehi hasil yang baru. Contoh kate kerja bagi soalan ini ialah bina,
hasilkan, susunkan, susun, kembangkan. Contoh soalan, antara aktiviti berikut yang manakah yang
menyebabkan hujan asid?. Melalui soalan ini calon perlu mensintesiskan sesuatu fakta bagi
memperolehi maklumat baru.

Ciri soalan aras penilaian pula ialah menkehendakkan calon menilai sesuatu, membuat
pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Calon perlu
melihat fakta dari aspek ‘pro dan cons’ semasa membuat penilaian. Pelajar boleh diberi soalan
tentang kebaikan dan keburukan televisyen. Pelajar akan menilai sendiri kebaikan dan
keburukannya melalui pengalaman sedia ada dan pengetahuan yang diterimanya. Melalui soalan
aras ini, ia mampu menggalakkan pelajar menilai dan memproses data yang diterima.contoh kata
kerja bagi soalan aras ini ialah bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi, Pertimbangkan,
dll. Contoh soalan ialah bincangkan bagaimana cara kita mengurangkan masalah sampah yang
semakin bertambah di kawasan sekolah kita?

Kesimpulannya setiap ciri-ciri aras soalan tersebut, mempunyai tahap pengujian kemampuan yang
pelajar yang berbeza. Oleh itu, guru perlu menitikberatkan aras ini dalam menggubal soalan agar
objektif dan penilaian guru tercapai dan dapat menganalisa kelemahan pelajar dan memperbaiki
kaedah pengajaran dan menetukan latihan yang sesuai bagi pelajar.

You might also like