You are on page 1of 14

SULIT 1103/2

SKEMA PEMARKAHAN
BAHASA MELAYU 2 – SET 3

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i) Panduan mengira perkataan:


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan


dalam amanah saham kepada masyarakat di Malaysia/ di negara ini. 2

Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat pelaburan


dalam amanah saham kepada masyarakat dan langkah
menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. 2

Petikan/Rumusan membincangkan kebaikan/kelebihan/manfaat


pelaburan dalam amanah saham kepada masyarakat. 1

Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat


terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

Kepentingan pelaburan kepada masyarakat:


1. Modal permulaan yang tidak terlalu besar. 2
2. Risiko pelaburan yang rendah. 2
3. Untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. 2
4. Satu-satunya institusi kewangan yang menawarkan kemudahan
kecairan paling pantas. 2
5. Masyarakat bumiputera boleh melabur secara tunai. 2
6. Mereka boleh melabur pada bila-bila masa mengikut
kemampuan. 2
7. Langkah bijak untuk masa hadapan sekolah harus didedahkan
dengan pengetahuan pelaburan. 2
8. Mampu memacu pertumbuhan ekonomi negara. 2

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

Langkah-langkah menggalakkan masyarakat membuat pelaburan: Markah


1. Pihak kerajaan menganjurkan Minggu Saham Amanah Malaysia. 2
2. Pihak ibu bapa memberi pendedahan awal tentang faedah
melabur kepada anak-anak. 2
3. Pihak sekolah menganjurkan pelbagai program berkaitan
faedah melabur dalam Saham Amanah Malaysia. 2
4. Pihak sekolah mengadakan siri jelajah sekolah-sekolah bersama
Bank Negara Malaysia. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Penutup

1. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan


masyarakat melabur dalam saham amanah agar menjamin
masa hadapan. 2

2. Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan masyarakat


melabur dalam saham amanah supaya dapat
melahirkan generasi yang berjimat-cermat. 2

3. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan


masyarakat melabur dalam saham amanah. 1

4. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar


menjamin masa hadapan. 0

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

18 – 20 9 – 10  Kesinambungan isi baik.


Baik 15 – 17 7–9  Struktur ayat / tatabahasa baik
 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul

12 – 14 6–7  Kesinambungan isi masih baik


8 – 11 4–6  Struktur ayat / tatabahasa masih
Sederhana memuaskan.
 Kosa kata masih memuaskan
 Tanda bacaan / ejaan juga
memuaskan

Lemah 1–7 1–4  Pada keseluruhannya dalam


serba kekurangan / tidak
memuaskan

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.


(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau pun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak
dipotong.
[Markah bahasa maksimum: 10 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:


Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh
(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
Gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat 0
Gramatis

3. Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata menikmati kesenangan


- Mengecapi/merasai/ kebahagiaan/kegembiraan 2
- Mengecapi kesenangan 1
- Menikmati kebahagiaan 0

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Kesilapan yang sering dilakukan : ( isi cukup – 2 )


- terdapat sesetengah golongan yang menunggu terlalu lama untuk melabur
- mereka tidak mempunyai matlamat pelaburan yang khusus
- hanya melabur kerana tertarik kepada pengisytiharan dividen sahaja
- ada yang membuat pelaburan kerana terpaksa
[Maksimum : 3 markah]

(iii) Punca-punca : ( isi cukup – 3 )


- Pulangan diperoleh dalam jangka masa panjang/terlalu lama amanah
- Kebanyakan individu beranggapan tidak perlu melabur kerana KWSP sudah
ada untuk kegunaan pada masa hadapan
- Ramai beranggapan bahawa melabur hanya sesuai untuk orang kaya sahaja
kerana memerlukan modal yang terlalu tinggi
- Orang ramai masih belum memahami dengan lebih mendalam tentang
kepentingan pelaburan atau cara membuat pelaburan
- Kempen/Promosi berkaitan kepentingan pelaburan tidak diadakan secara
meluas/berterusan.

[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (b) – Drama

(i) Objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


 menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja
Malaysia.
 memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional.
 membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

(maksimum: 2 markah)

(ii) Punca remaja kurang berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN);
 berasa jangka waktu di pusat kem PLKN terlalu lama
 mencari kerja sementara menunggu keputusan SPM
 kurang galakan dan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga.
 boleh melakukan aktiviti riadah dan santai bersama rakan dan keluarga

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

 terbiasa dengan kemudahan arus teknologi yang sedia ada


 tidak suka terikat dengan sebarang undang-undang / peraturan semasa
berada di kem.
 inginkan kebebasan.

(maksimum: 3 markah)

(iii) Satu latar masyarakat dalam petikan drama dan satu latar asyarakat daripada
keseluruhan drama.

Dalam petikan:
 masyarakat yang berfikiran positif
Pelajar yang mendapat tawaran mengikuti PLKN sangat teruja kerana
terpilih. Cikgu Dahari juga sentiasa memberi semangat dan kata-kata
positif terhadap anak muridnya.

 Masyarakat pengajar.
Cikgu Dahari merupakan seorang guru di sekolah Subdarani, Ah Tiau dan
Syuhada.

Keseluruhan drama
 Masyarakat yang penyayang;
Nek Sinah menyayangi Aiman walaupun bekerja sebagai pembantu
rumah tetapi sentiasa melayan Aiman sepeti cucunya sendiri.
 Masyarakat yang sibuk beberja;
Khir Ghazali, ayah Aiman sibuk bekerja dan sering pulang ke rumah pada
waktu malam setiap hari.Ibu Aiman, Masnah juga jarang berada di rumah
dan kakaknya sering sibuk dengan tugasan di universiti.
 Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.
Aiman berkelakuan kasar dan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek
Sinah yang sentiasa melayannya dengan baik.

(maksimum: 4 markah)

SOALAN 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

I. Berikan maksud rangkai kata ‘menyuruh berlengkap’.

- Memerintahkan persiapan berperang 2m


- Memerintahkan/ mengarahkan berperang 1m
- Menyuruh bersiap sedia untuk berperang 1m
- Membuat/ melakukan persediaan/ persiapan untuk berperang 1m
- Mengarahkan/memerintahkan untuk bersiap-siap 0m
[maksimum: 2 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

II. Tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan
menyerang Melaka.
- Sidi Arab berdiri di hadapan raja
- Dihalakan panah ke benua Siam
- Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati
[maksimum: 3 markah]
[isi cukup: 2 isi]

III. Ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang pemerintah untuk mengelakkan
negaranya terlibat dalam peperangan.
- Mengadakan rundingan dengan Negara terlibat sebelum peperangan berlaku/
menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui permuafakatan
- Mengadakan hubungan diplomatic dengan Negara di sekitar/ Negara jiran untuk
memastikan hubungan baik terjalin
- Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada Negara yang memulakan
persengketaan/ peperangan
- Mengadakan usahaun sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan Negara
masing-masing
- Menghormati kedaulatan Negara-negara lain
- Mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa
- Bekerjasama dalam melindungi hak asasi manusia
- Mendapatkan bantuan daripada PBB
[maksimum: 3 markah]
[isi cukup: 2 isi]

Soalan 2 d- Puisi Tradisional/Puisi Moden

i. Panglima yang mengetuai pasukan berperang akan terus melakukan kezaliman.


Namun, kita patut bersyukur kerana kita msih dapat menegakkan keadilan
walaupun terkongkong kebebasan.
[Maksimum : 2 Markah]
ii. - mengadakan debat umum
- Mengadakan undian di seluruh negara
- Memfokuskan terhadap usaha-usaha membangunkan negara
[Maksimum : 3 Markah]
iii. Pengajaran

- Kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan untuk


memimpin agar tidak berlaku zalim terhadap rakyat.
- Kita hendaklah menjadi pemimpin yang adil dan bertanggungjawab agar
disenangi oleh rakyat.
- Kita janganlah bersikap zalim sehingga menimbulkan permusuhan.
- Kita janganlah bertindak secara terburu-buru tanpa pertimbangan yang waras.
[Maksimum : 4 Markah]
[Isi cukup 2 isi]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 3

Markah penuh dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah


Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada keseluruhan
soalan
3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan sebagai satu
ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) jerih-perih
Maksud: susah payah dalam melakukan sesuatu usaha, berusaha bersungguh-
sungguh
(ii) karut-marut
Maksud: sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala
(iii) degap-degup
Maksud: bunyi seperti bunyi orang menghentakkan kaki ketika berjalan (bunyi
degupan jantung dan lain-lain) bunyi degap berulang kali
(iv) celorong-celoreng
Maksud: coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yang kehijau- hijauan
(v) kembang-kuncup
Maksud: seketika mengembang seketika menguncup
(vi) licin-licau
Maksud: permukaan tidak kesat, tidak kasap, kulit- halus, sekata, tidak menggerutu
[Maksimum : 6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Jawapan 3 (b) Menukar Ayat – Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

(i) Yuran lawatan ke Kuala Lumpur tidak dapat dijelaskan oleh murid tersebut kerana
tidak berkemampuan.

(ii) Surat pelantikan sebagai pegawas Sekolah Kebangsaan Batu Merah telah diterima
oleh sebanyak 40 orang pelajar.

(iii) Setelah beberapa bulan membuat segala persiapan majlis perkhawinan abang, para
tetamu pun diterima oleh kami sekeluarga dengan tangan terbuka.

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) Ejaan: inti pati Imbuhan: permasalahan

(ii) Ejaan: subtajuk Imbuhan: mencapai

(iii) Ejaan: siling Imbuhan: menyelamatkan

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) Tatabahasa: begitu laris / laris sekali Istilah/kata: kualiti

(ii) Tatabahasa: pepohon / banyak pohon Istilah/kata: mengelakkan

(iii) Tatabahasa: mengusahakan Istilah/kata: dari

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (e) Peribahasa

(i) - gunting dalam lipatan


- musuh dalam selimut

(ii) - bagai cincin dengan permata


- seperti cincin terlekat dijari
- tanduk bersendi gading

(iii) - masuk telinga kiri keluar telinga kanan


- mencurah garam ke laut
[Maksimum : 6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan Pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawaban berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 2 markah untuk setiap isi yang lengkap/jelas.
iv. Beri satu markah untuk satu isi yang kurang jelas/lengkap
v. Markah isi maksimum 4 markah
vi. Markah bahasa maksimum 3 markah
vii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
ix. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum: 7 markah ]

Soalan 4(b)

i. Jawaban berdasarkan dua buah novel yang dipelajari


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 1 markah untuk setiap pernyataan yang lengkap.
iv. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang lengkap/jelas.
v. Beri 1 markah untuk huraian/contoh yang kurang lengkap.
vi. Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel ).
vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Sederhana : 1 markah
ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa
x. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum : 8 markah ]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4(a) – Tema

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam
menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti
persekolahan di kampung datuknya.

 Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi
ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili
berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat yang kental.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan
pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah
jendela menghadap jalan.

 Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan
tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

 Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok
buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke
Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

 Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri
menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

Novel Songket Berbenang Emas

 Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis


remaja menghadapi cabaran hidup.

 Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap
tekanan perasaan.

 Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat
di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital
melawat bapanya.

 Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak
menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak
mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

 Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap
keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.

 Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai
kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat pemindahan

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim,
Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

Soalan 4(b) – Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

 Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan
cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili menurut
sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira
walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang menghabiskan cuti
persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala Lumpur.

 Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya.
Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah
menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak
polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.

 Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian


konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada
penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang
dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada
bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.

Novel Songket Berbenang Emas

 Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

 Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk
terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara
penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek
Kiah

 Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar
dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari
rumah ke sekolah.

 Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil
perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya.
Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya . Cara
penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan
tabah menghadapi dugaan Tuhan.

SKEMA PEMARKAHAN TAMAT

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

You might also like