You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG REPOH

34500 BATU KURAU


PERAK DARUL RIDZUAN

TEL/FAX : 05-8882933
________________________________________________________________________
‘PERAK EXCELLENT’
Ruj.Kami : SKKR
Tarikh : 7hb Oktober 2018
Puan Norehan Bt Yusof,
Penyelia PPDa PPD Larut Matang Dan Selama,
Jalan Taming Sari, Taiping
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-808 4119 | Faks : 05-808 0660

Puan,
JEMPUTAN PENCERAMAH PPDa SEMPENA PROGRAM PASCA UPSR 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Kampong


Repoh dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Murid akan mengadakan Program Pasca
PPSR iaitu ceramah Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah.

2. Sehubungan itu, pihak sekolah menjemput pihak puan sebagai penceramah untuk
memberikan Ceramah Anti Dadah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 12hb Oktober 2018 (Isnin)
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengah hari
Tempat Ceramah : Dewan Terbuka SKKR

3. Pihak kami juga berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan surat persetujuan
serta menyenaraikan bahan-bahan keperluan untuk program tersebut sebagai persiapan.
Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
Puan Fatiah Badariah Binti Ahmad Thani
Guru Besar SK Kampong Repoh
34500 Batu Kurau Perak.

You might also like