You are on page 1of 10

RESEPI NOXXA

KEK BROWNIES NOXXA

Bahan-bahan A :
* 2 biji telur
* 1/2 cup susu cair
* 100 ml minyak masak
* 1 cup gula castor

Bahan-bahan B :
* 1/2 cup self raising flour
* 1/2 sudu teh baking powder
* 1/4 sudu teh baking soda
* 1/2 cup serbuk koko

Bahan-bahan C :
* 2 biji telur gred B
* 250 gm cream cheese
* 2 sudu besar gula castor
* 1 sudu teh esen vanilla

Maaf gambar cara2 tak ada.. anak dah sabotaj siap dia delete gambar.. uhukk..

Cara-caranya :

Bahan A - Satukan semua bahan A dalam blender. Kisar sebati


Bahan B - Satukan semua bahan B dan ayak bersama. Kemudian masukkan ke dalam bahan
A yang dikisar tadi. Kisar sebati
Bahan C - Pukul cream cheese hingga kembang. masukkan gula pukul sebati. Akhir sekali
masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sebati.

Masukkan adunan brownies ke dalam innerpot noxxa. Steamkan selama 10 minit.


Selepas 10 minit, curahkan adunan cheese secara rawak untuk membentuk marble. Dan tekan
lagi 10 minit.
Selepas 10 minit, tambah 8 minit lagi biarkan brownies betul2 masak.
Sejukkan seketika, kemudian keluarkan brownies dan boleh disejukkan dalam peti ais.

1
AYAM PERCIK NOXXA

* 1 ekor ayam ~ korang nak kerat pun boleh.. tapi aku syorkan kerat la yer.. ni aku just nak tunjukkan sekor ayam ni boleh muat dalam
noxxa
* Bawang besar
* Bawang putih
* Sedikit halia
* 3 batang serai
* 10 sudu besar cili kisar
* 1/2 cup gula
* 1/2 kotak santan

Cara-caranya :

Blender bawang besar, bawang putih, halia, serai, & cili kisar tu.

Tumiskan dalam noxxa.. korang guna mode stir fry tau

Masak sehingga pecah minyak, setelah itu masukkan gula & santan..

Masukkan sekor ayam tu.. hambek.. dalam noxxa leh sumbat 2 ekor tau..

Korang mandikan ayam tu dengan kuah percik tu.. pehtu korang HP dalam 10 minit..

2
KEK COKLAT KUKUS LAPIS

Bahan-bahan :-

Coklat :
* Tepung coklat kek segera
* 2 biji telur
* Air ~ tak ingat berapa gram.. sorry
* Minyak ~ sama jugak eden lupa

Cheese:
* Cream cheese
* 1/2 cup gula
* 1 biji telur
* 2 sudu besar air
* 1 sudu besar tepung gandum

Satukan bahan coklat kesemuanya hingga sebati

Putarkan cheese, telur & gula hingga kembang. setelah itu masukkan telur, tepung gandum
dan air. gaul dan ketepikan.

Untuk guna steam dalam periuk noxxa, korang leh letak pelapik besi atau pun letak steam it
tupperware macam ni.. masukkan air dalam 2 cawan

3
Kukus lapisan pertama selama 8 minit, masukkan cheese 8 minit dan akhir lapisan 8 minit...
korang kira lah baper minit total semua.. senang kannnn

Tadaaa siap.. sejukkan seketika dan barulah keluarkan dari loyang.. Qebal siap deco letak
aphabet ABC..

4
KEK MINYAK NOXXA

Bahan-bahannya :
* 2 cup tepung gandum ~ diayak bersama baking powder
* 1 sudu kecil baking powder
* 5 biji telur
* 1 cup susu pekat
* 1 cup minyak masak
* 1/2 cup gula
* 1 sudu kecil ovellate
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 pewarna ~ Hijau & Kuning

Cara-caranya :

- Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovellate sehingga kembang dan gebu

- Masukkan susu pekat dan pukul lagi

- Selepas itu masukkan minyak dan pukul seketika untuk sebati

Curahkan adunan tadi ke dalam tepung & baking powder yang telah diayak dan kacau sehala
hingga sebati

5
Bahagikan kepada 2 bahagian untuk warna

Letak dalam loyang berselang seli warna hingga habis

Masukkan kain letakkan tuku besi & masukkan 3 cawan air

Steam kan dalam periuk Noxxa selama 30 minit.

Apabila sudah masak sejukkan sebentar baru lah keluarkan dari loyang..

6
DODOL NOXXA
Bahan-bahannya :-
* 1/2 cup gula pasir
* 1 cup gula merah
* 1 cup santan
* 1 cup tepung pulut
* 1 sudu besar tepung beras
* Secubit garam
* 3 helai daun pandan

* Boleh gandakan bahan2 untuk dapat dodol yang banyak..

Cara-caranya :-

Blenderkan semua bahan2 kecuali daun pandan. kemudian tapiskan dan masukkan ke dalam
inner noxxa

Setelah itu simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi

Tutup periuk noxxa dan steam kan selama 4 minit, ulang selama 3x..
1st - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
2nd - Steam 4 minit, buka penutup & kacau
3rd - Steamkan lagi 4 minit, buka penutup & kacau. Dah siap...
7
* Sila kacau dengan sekuat hati untuk mengelak dodol tu berketul2 yer.. hahaha boleh jadi
hakak sado lengan ni kacau dodol noxxa.. kekekke

Finally letak sedikit minyak untuk tidak melekat pada bekas.. Siap.. 12 minit dodol dah siap..
kalo korang gandakan 2 maknanya 24 minit lah.. jadi lah dodol tak perlu kacau guna kawah..
hehhehe mama moden kan... cepat & pantas.. yang pasti tak perlu beli.. ngeeee

Kek Marble PC Noxxa

Hari ni nak share resepi kek menggunakan periuk tekanan NOXXA

Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh ovalet
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak sayuran/minyak masak
sedikit vanilla esen

Cara-cara

1. Pukul laju telur, gula, ovalet, susu pekat sehingga putih dan gebu.

2. Masukkan tepung gandum yang diayak dengan baking powder secara perlahan-lahan

3. Selang selikan dengan minyak

4. Kaup balikkan sehingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warnakan 1 bahagian dengan warna pilihan


anda

6. Lapik inner periuk NOXXA dengan kertas minyak

8
7. Masukkan adunan secara selang seli warnanya

8. Tutup periuk dan hala tombol ke arah steam

9. ON periuk noxxa, STEAM selama 28 minit (abaikan bunyi beep sepanjang masa)

10. Bila masa dah tamat, tekan OFF dan buka periuk. Cucuk kek dengan lidi di tengah,

11. Jika masih basah, tambah masa steam selama 3 minit.

POP CORN NOXXA

9
10

You might also like