You are on page 1of 16

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PERTANIAN

Di Malaysia, penduduk di kawasan luar bandar menjalankan aktiviti pertanian yang


merupakan sumber ekonomi utama mereka (Yusof 1992; Alamah Misni et al. 2014)
berbanding penduduk di kawasan bandar yang lebih tertumpu di dalam bidang sektor
pembuatan dan perkilangan. Penduduk di luar bandar bercucuk tanam sebagai sumber
makanan harian, menjana pendapatan dan juga untuk tujuan perubatan (Alamah Misni
et al. 2014). Aktiviti pertanian yang dijalankan pada masa dahulu mengikut acuan
teknik asas tradisional di mana penghasilan pengeluaran makanan terhad untuk
makanan sendiri namun peredaran masa dan zaman telah membawa kepada
terciptanya peralatan moden seperti jentera berinjin, baja kimia dan racun perosak.
Hal ini dapat meningkatkan produk pertanian kepada tahap maksimum dalam
menampung keperluan penduduk negara dan lebih berkualiti, sihat, selamat dan bersih
untuk dimakan (Alamah Misni et al. 2014).

Namun begitu, walaupun produk pertanian merupakan sumber makanan utama


di Malaysia, sektor ini dilihat telah merudum apabila pihak kerajaan lebih
menumpukan kepada sektor industri dan perkhidmatan pada tahun 1990 (Aziz Abdul
Majid et al. t.th.). Perkara ini bertentangan sewaktu di zaman awal kemerdekaan
dahulu sehingga tahun 1980 di mana sektor pertanian menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi yang berterusan serta membantu mengelakkan kemiskinan
serta keselamatan makanan negara (Quah 1999; Aziz Abdul Majid et al. t.th.). Walau
bagaimanapun, sektor pertanian ini masih bertahan dan merupakan salah satu sektor
utama dalam memberikan kestabilan negara semasa kegawatan ekonomi yang berlaku
pada tahun 1986-1987 dan 1997-1998. Menurut Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) telah mencatatkan bahawa terdapat penurunan yang signifikan dari 13.5
2

peratus pada tahun 1995 kepada 7.2 peratus pada tahun 2010 (Aziz Abdul Majid et al.
t.th.).

Hal ini tidak kurangnya pada zaman dahulu juga KDNK mencatatkan
penurunan sumbangan sektor pertanian dari 31.5 peratus pada tahun 1965 kepada 30.8
peratus pada tahun 1970, 27.7 peratus pada tahun 1975 kepada 22.9 peratus pada
tahun 1980. Perkara ini berlarutan sehingga tahun 1971-1975 di mana sektor pertanian
ini telah meningkat iaitu sebanyak 5.7 peratus tetapi ianya kembali menurun pada
tahun 1981-1985 sebanyak 3.2 peratus (Chamhuri et al. 1999; Aziz Abdul Majid et al.
t.th.). Penurunan sektor pertanian ini juga turut memberi kesan kepada guna tenaga
manusia apabila berkurangan daripada 53.5 peratus pada tahun 1970 kepada 47.6
peratus pada tahun 1975 dan semakin menurun sehingga tahun 1995 apabila peratusan
yang dicatatkan rendah iaitu sebanyak 27.8 peratus. Tambahan pula, jumlah tenaga
kerja pada tahun 1995 mencatatkan seramai 1,524,000 orang kepada 930,000 orang
pada tahun 2010 (Aziz Abdul Majid et al. t.th.) meskipun permintaan terhadap produk
pertanian kian meningkat saban tahun.

Sementara itu, eksport pertanian juga mendapat tempias apabila kadar


peratusan menurun dengan drastik daripada 60.2 peratus pada tahun 1970 kepada 42.8
peratus pada tahun 1980. Pada tahun 2000 telah mencatatkan bacaan buruk kadar
eksport sektor pertanian negara iaitu hanya sebanyak 4 peratus sahaja. Perkara ini
terjadi akibat daripada kejatuhan relatif eksport produk pertanian utama Malaysia iaitu
koko, getah, kelapa sawit dan hasil kayu berbanding dengan eksport barangan
perkilangan (Mohd. Rosli & Mohamed Aslam 2000; Aziz Abdul Majid et al. t.th.)
yang semakin mendapat tempat. Walaupun sektor pertanian mencatatkan penurunan
berbanding sektor yang lain namun ianya tetap bertahan kerana permintaan makanan
daripada pendudukdi dalam negara. Dalam memaksimumkan hasil pertanian, sektor
pertanian sangat bergantung kepada industri kimia dalam membekalkan baja dan
racun serangga. Perkara ini dapat dilihat pada tahun 1983 sahaja, sektor pertanian
membelanjakan sebanyak RM 368 juta bagi bahan kimia (Zakariah Abdul Rashid
1992).
3

Tambahan pula, sebanyak 82 peratus bahan kimia digunakan di ladang kelapa


sawit, kelapa, teh, kopi, lada, nenas, pisang dan juga tanaman buah-buahan lain.
Selain itu, industri-industri lain di bawah sektor pertanian juga mendapat tempias
penggunaan bahan kimia ini seperti perikanan dan perhutanan di mana bahan api
seperti gasolin dan diesel digunakan bagi keluaran produk ini. Permintaan bahan
kimia terhadap kedua-dua industri ini menelan perbelanjaan sebanyak RM 224 juta
(Zakariah Abdul Rashid 1992).

1.1 ISU DAN MASALAH BAGI SEKTOR PERTANIAN

Perkembangan pesat sektor perindustrian sedikit sebanyak telah membawa kepada


kemerosotan sektor pertanian di Malaysia. Masalah ini disebabkan oleh wujudnya
peluang pekerjaan yang baik di dalam sektor perindustrian serta penurunan tenaga
kerja buruh bagi mengusahakan produk pertanian. Kekurangan penglibatan anak muda
tempatan di dalam sektor ini telah membawa kepada kemasukan buruh asing bagi
mengusahakan aktiviti pertanian terutamanya di ladang-ladang kelapa sawit. Isu ini
berlarutan selama beberapa tahun dan masih belum mendapat jalan penyelesaian bagi
menyekat kemasukan buruh asing ini. Tambahan pula, sifat buruh asing yang sering
berpindah-randah mengikut kesesuaian bekerja bukan hanya menimbulkan masalah
pengurusan ladang tetapi ianya boleh menggugat kedudukan ekonomi penduduk
tempatan (Zakariah Abdul Rashid 1992).

Selain itu, pekebun kecil juga mendapat tempias yang sama apabila tanah yang
diusahakan tidak mendapat pemilikan. Ini kerana pekebun-pekebun kecil merupakan
peserta daripada tanah rancangan yang mengusahakan produk pertanian bukan di
tanah mereka sendiri malah merupakan pekerja kepada agensi-agensi tanah rancangan.
Isu ini telah menyebabkan generasi kedua peneroka tidak mahu lagi meneruskan
aktiviti pertanian ini. Perkara ini boleh diselesaikan dengan mengelompokkan kebun-
kebun kecil kepada miniestet dan mengadakan program pembangunan sumber
manusia kepada generasi kedua. Tambahan pula, isu pemilikan tanah ini juga boleh
mendorong kepada permasalahan tanah terbiar yang wujud akibat keengganan
pengusaha tanah untuk mengusahakan tanah pertanian tersebut. Keadaan ini begitu
4

ketara di negeri-negeri tertentu seperti di Terengganu kawasan tanah terbiar adalah


seluas 2,613 hektar manakala di Pahang (2,504 hektar), Perak (2,193), Kelantan
(1,980 hektar) dan Negeri Sembilan (1,195 hektar) (Aziz Abdul Majid et al. t.th.).
5

BAB 2

PERTANIAN MAPAN

2.0 DEFINISI PERTANIAN MAPAN

Pertanian mapan atau lebih dikenali sebagai pertanian mesra alam merupakan sesuatu
pembangunan pertanian yang berlaku di mana pengurusan sumber aslinya dikawal dan
diurus secara lebih baik. Ianya tidak dikaitkan dengan masalah yang berlaku terhadap
alam sekitar bahkan bersifat lebih menyeluruh yang merangkum aspek ekonomi dan
sosial (Aziz Abdul Majid et al. t.th.). Terdapat 3 objektif utama yang dirangka
mengikut sektor pertanian di Malaysia iaitu kemapanan ekonomi dan keuntungan,
kesedaran terhadap alam sekitar dan penerimaan sosial (Quah 1999; Faridah 2001;
Aziz Abdul Majid et al. t.th.). Produk pertanian yang berasaskan mesra alam ini
umumnya berpaksikan kepada pertanian secara organik yang bermatlamat untuk
menjaga kesuburan tanih serta mengelakkan daripada penggunaan baja bahan kimia
yang berbahaya dan racun serangga dan penyakit yang timbul akan memberi impak
kepada alam sekitar (Aziz Abdul Majid et al. t.th.).

Penggunaan bahan kimia bertujuan untuk meningkatkan lagi hasil tanaman


serta membunuh serangga yang menyerang tanaman. Namun begitu, penggunaan
bahan kimia ini memberi kesan kepada kesihatan manusia serta kesuburan tanih
justeru pertanian mapan ini merupakan jalan alternatif bagi mengelakkan hal ini
daripada terus berlaku. Di Malaysia pertanian organik yang juga merupakan pertanian
mesra alam telah diamalkan meskipun masih di peringkat awal. Meskipun demikian,
pergerakan ini sangat pantas di mana industri ini sahaja telah mencatatkan keuntungan
sebanyak lebih RM 800 juta (Siti Nor Bayaah & Nurita 2007; Rozhan Abu Dardak et
al. 2009). Ini juga dibuktikan bahawa keluasan tanah bagi pertanian organik telah
meningkat daripada 130 hektar pada tahun 2001 kepada lebih dari 2,400 pada tahun
6

2007 (DOA 2009; Rozhan Abu Dardak et al. 2009). Peningkatan ini menunjukkan
hasil yang positif dan menerima tempat di kalangan orang ramai.

Meskipun demikian, peningkatan permintaan produk organik ini di kalangan


masyarakat tempatan namun ianya mendapat persaingan sengit daripada produk
pertanian sedia ada di pasaran. Ini membuatkan produk organik diimport sebanyak 60
peratus hingga 90 peratus dari luar negara seperti di Australia, New Zealand dan
Thailand. Produk organik yang diimport ini terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-
buahan serta makanan yang diproses seperti bijirin danminuman. Keluaran produk
organik di Malaysia dikawal dan diselia oleh Jabatan Pertanian dengan menubuhkan
Standard Organik Nasional (MS 1529) dan Skim Organik Malaysia (SOM). Sijil yang
dikeluarkan oleh SOM adalah percuma dalam menggalakkan petani Malaysia untuk
menceburi bidang pertanian organik ini (Rozhan Abu Dardak et al. 2009).

2.1 DASAR KERAJAAN

Sektor pertanian merupakan sektor ke-3 terpenting dalam menyumbang kepada hasil
pendapatan negara. Kerajaan telah mengatur langkah bagi mengurangkan
kebergantungan kepada import makanan luar negara justeru beberapa dasar kerajaan
telah dirombak untuk mencapai misi ini. Antara dasar yang telah dilaksanakan adalah
seperti Dasar Pertanian Negara yang dilaksanakan mengikut peringkat tahun. Dasar
Pertanian Negara Pertama telah ditubuhkan pada tahun 1984-1991 manakala Dasar
Pertanian Negara Kedua adalah pada tahun 1992-1998. Akhir sekali, Dasar Pertanian
Negara pada tahun 1998-2010. Dasar Pertanian Negara ini merangkumi dua aspek
utama iaitu pendekatan perhutanan tani dan pendekatan berasaskan produk. Pelbagai
agensi telah terlibat bagi menjayakan program ini seperti AgroBank, MARA, Pejabat
Pertanian, masyarakat dan juga petani yang menjadi tunjang utama bagi keberkesanan
aktiviti pertanian.

Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.1 bilion bagi sektor
pertanian yang dibentangkan bada Bajet tahun 2012. Bagi pertanian berinovasi
sejumlah RM 300 juta diperuntukkan manakala selebihnya sebanyak RM 14 juta telah
7

diperuntukkan bagi melebarkan kontrak program pertanian. Peruntukan dana yang


besar ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat agar menceburi dalam bidang
pertanian di mana bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Haji Abdullah
Ahmad Badawi berkata ‘pertanian adalah perniagaan’. Hal ini dapat menambahkan
pendapatan rakyat di era moden ini (Azima A. M. et al. 2013). Selain itu, dalam
memastikan pertanian organik di Malaysia terjamin, kerajaan telah merangka
perundangan dan pengurusan yang cekap.

Sebagai contoh, kawalan terhadap pembakaran terbuka di tapak pertanian


dengan menguatkuasa Akta Jerebu 1997 dalam mencegah dan mengawal pembakaran
terbuka. Kompaun dan denda akan dikenakan kepada pihak yang terlibat dengan
menarik balik lesen perniagaan. Sementara itu, kerajaan juga menukar konsep
pembakaran jerami padi kepada penghasilan baja organik yang lebih bersifat semula
jadi dalam memelihara alam sekitar. Tambahan pula, dalam mengoptimumkan
penggunaan tanah, kerajaan telah melakukan inisiatif bagi tanaman berkontur yang
dapat mengurangkan hakisan larian air permukaan serta sistem perparitan yang
dinaiktaraf supaya laluan air tidak melimpah ke permukaan kawasan pertanian (Azima
A. M. et al. 2013).

2.2 PENGLIBATAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Institusi pendidikan di Malaysia memandang pertanian mapan sebagai langkah yang


perlu diterapkan serta diaplikasikan bagi golongan petani dan masyarakat. Kajian
yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam
membangunkan formulasi racun perosak yang lebih mesra alam. Penggunaan racun
rumpai terdiri daripada bahan kimia yang memberi kesan kepada alam sekitar,
ekosistem akuatik dan kesihatan manusia itu sendiri justeru pihak penyelidik UPM
mencari jalan penyelesaian bagi kemelut ini. Profesor Doktor Mahiran Basri yang
merupakan Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian telah mencipta suatu formula baru
bagi baja mesra alam yang diberi nama ‘Ciptaan Nanoemulsi Baru untuk Sistem
Penghantaran Racun Perosak’.
8

Penyelidikan itu turut dibantu dari Institut Biosains, Fakulti Sains, UPM iaitu
Lim Chaw Jiang, Dzolkhifli Omar, Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, Abu Bakar
Salleh dan Raja Noor Zaliha Raja Abdul Rahman. Penyelidikan itu berjaya
dilaksanakan pada tahun 2010 dan turut memenangi anugerah di peringkat tempatan
dan antarabangsa. Menurut Dr. Mahiran, formulasi racun serangga itu merupakan
mesra alam serta tidak merosakkan alam kerana penggunaan teknologi nano.
Penggunaan racun mesra alam tersebut dibina melalui teknologi nano yang bersifat
sangat kecil dan lebih efektif bagi kadar serapan tumbuhan perosak seperti lalang dan
rumpai (Mohd Sabran Md Sani 2015). Sementara itu, pihak UPM juga mengambil
inisiatif awal dalam memberikan pendedahan awal kepada generasi muda khususnya
kanak-kanak mengenai aktiviti pertanian mesra alam ini.

Program seperti Pendidikan Organik Kanak-kanak untuk Makanan Sihat telah


dilaksanakan oleh Unit Organik, Fakulti Pertanian, UPM di bawah penyelia Dr.
Martini Mohammad Yusoff yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak
mengenai bahan tanaman secara organik termasuk kompos dan hasil tuaian. Program
ini sedikit sebanyak menyemai perasaan cinta kepada alam sekitar di kalangan
generasi muda dalam menggalakkan pertanian organik yang tidak menggunakan baja
dan racun kimia berbahaya dalam menyekat penyebaran serangga perosak (Syazana
Muhammad 2017).

2.3 JENIS-JENIS PERTANIAN MAPAN

2.3.1 Permakultur

Permakultur merupakan sistem reka bentuk pertanian yang berguna dari segi
pengurusan tenaga, keseimbangan ekologi, kitaran nutrien dan juga untuk
pembangunan masyarakat (Bell 2004; Alamah Misni et al. 2014). Konsep ini telah
diperkenalkan oleh Mollison dan David Holmgren pada pertengahan tahun 1970
sebagai alternatif baru bagi produk pertanian yang berskala besar (Wegweiser 2011;
Alamah Misni et al. 2014). Ianya juga merupakan salah satu cara untuk mengelakkan
penggunaan bahan kimia kepada pertanian hijau yang mesra alam. Permakultur ini
9

juga merupakan reka bentuk pertanian yang produktif serta mengekalkan


kepelbagaian dan daya tahan ekosistem bumi (Bell 2004; Alamah Misni et al. 2014).
Amalan ini mendorong manusia agar membina tempat kediaman yang menjimatkan
penggunaan tenaga, melakukan aktiviti pertanian dan menghasilkan makanan sendiri,
membina komuniti lestari dan memulihkan ekosistem serta landskap (Alamah Misni et
al. 2014).

Projek permakultur ini dijalankan melalui dua kaedah utama iaitu perancangan
zon dan analisis sektor di kawasan tapak kajian (Wegweiser; Alamah Misni et al.
2014). Melalui perancangan zon yang dibuat, zon ini dapat menjimatkan masa dan
tenaga kerana jarak perjalanan pengusaha adalah dekat mengikut kesesuaian jenis
tanaman yang ditanam. Zon penanaman permakultur direkabentuk seperti lingkaran
yang dimulai dengan Zon 0 iaitu zon di sekitar rumah. Terdapat dua ciri utama zon ini
iaitu zon potensi untuk berkembang dan zon lain bagi pengekalan keadaan semula jadi.
Rajah di bawah menunjukkan sistem zon bagi permakultur.

Rajah 1.0 Pembahagian zon mengikut kesesuaian tanaman bagi konsep permakultur
Sumber: Alamah Misni et al. 2014

Mengikut rajah di atas, setiap zon mempunyai fungsi yang berlainan. Zon 2
merupakan lokasi untuk tanaman bermusim, rumah hijau dan ternakan. Zon 3 lebih
kepada dusun buah-buahan dan kawasan rizab tanaman manakala di zon 4 pula
merupakan kawasan hutan dan ladang bagi haiwan ternakan. Akhir sekali, zon 5
merujuk kepada rizab hutan yang perlu dilindungi yang merupakan kawasan tadahan
10

air dan hutan hujan tropika. Amalan permakultur ini hendaklah disesuaikan mengikut
kadar pH tanih iaitu antara 6.0 dan 7.0 (Gu 2014; Alamah Misni et al. 2014). Tanah
subur dapat memberikan nutrien yang baik bagi menghasilkan produk pertanian yang
berkualiti. Permakultur ini telah dirangka oleh Jabatan Pertanian Terengganu
mengikut kesesuaian tapak tanah di negeri tersebut.

2.3.2 Tanaman Hidroponik

Tanaman hidroponik ini mula dikomersialkan seawal tahun 1937 oleh W. F. Gericke
dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat. Kaedah ini
merupakan penanaman tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, bunga dan buah
tanpa menggunakan sebarang tanah tetapi digantikan dengan medium air. Tanaman
secara hidroponik ini lebih mesra alam di mana ianya tidak memerlukan ruang yang
besar untuk menanam. Ianya sangat sesuai ditanam di rumah pangsa, apartmen dan
kondominium. Namun begitu, hidroponik ini masih lagi belum dipraktikkan secara
meluas di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia berpendapat bahawa kos yang tinggi
diperlukan serta penelitian yang terperinci bagi menjaga hasil tanaman ini. Perkara ini
turut disokong oleh Mantan Timbalan Ketua Pengarah 1 Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr. Azizan Ab Rashid berkata,
teknologi moden ini masih tidak mendapat tempat di hati masyarakat (Nor Atieyah
Yusoff 2015).

Bagi Ketua Jabatan Botani Fakulti Sains Hayat, Universiti Kebangsaan


Malaysia (UKM), Profesor Dr. Ismail Sahid berkata, masyarakat masih lagi tidak
mengetahui tentang kebaikan hidroponik ini walaupun keadaan ekonomi sedang
melesat di negara ini (Utusan Online 1998). Di Malaysia, syarikat Kazz
bertanggungjawab dalam menghasilkan Teknologi Baja Cecair yang pertama di
Malaysia.Tambahan pula, syarikat Kazz ini juga telah melaksanakan program Projek
HerbaPonik yang bertempat di Duyong, Melaka. Kempen turut dijalankan seperti
‘Kempen Merakyatkan Hidroponik’ bagi memberikan penerangan kepada masyarakat
awam. Tanaman hidroponik ini penting dalam mengurangkan perbelanjaan rakyat
dengan hanya bercucuk tanam di rumah sahaja (Nor Atieyah Yusoff 2015).
11

2.3.3 Produk Mesra Alam daripada Kelapa Sawit

Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar pengeluar dan pengeksport minyak


kelapa sawit di seluruh dunia. Sektor pertanian ini dimonopoli oleh tiga industri iaitu
FELDA, syarikat besar dan pekebun kecil. Selain itu, industri kelapa sawit
menyumbang kepada keuntungan yang lumayan sebanyak RM 30 bilion pada bulan
Januari hingga September 2007 (Mohd Rafi Yaacob 2009). Namun begitu, terdapat
pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengurangkan sisa buangan daripada pokok kelapa
sawit ini. Pihak kerajaan telah campur tangan dalam menghasilkan produk plastik
mesra alam daripada sisa buangan minyak kelapa sawit. Menurut Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, produk ini
dihasilkan dan diproses di Loji Pandu Bioplastik SIRIM.

Produk plastik yang dihasilkan lebih mudah terurai dengan sendiri dan
memakan masa selama tiga bulan hingga setahun berbanding plastik yang sedia ada
yang memakan masa bertahun-tahun untuk terurai. Sementara itu, kejayaan
penghasilan produk ini merupakan gabungan yang dibuat bersama oleh SIRIM,
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut
Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat. Bagi menghasilkan produk ini,
kementerian telah membelanjakan sejumlah RM 21.4 juta dalam menjaga dan
mengekalkan kelestarian alam sekitar. Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili juga menyeru
agar sektor swasta terlibat langsung penglibatan penyelidikan ini di mana ianya
berpotensi besar dalam menjana keuntungan sekiranya dikomersialkan (Utusan Online
2011).

2.3.4 Penghasilan Baja Organik

Hasil pertanian merupakan sumber utama makanan penduduk di Malaysia. Namun


begitu, kemunculan serangga perosak telah mengurangkan hasil tanaman dan ini
memaksa para petani menggunakan baja kimia untuk menyelesaikan masalah ini.
Walaupun baja kimia menghapuskan serangga perosak dengan pantas dan berkesan
namun ianya memberikan kesan kepada tahap kesuburan tanih dan kesihatan manusia
itu sendiri. Permasalahan yang timbul ini telah mendorong penyelidik dari Universiti
12

Teknologi MARA memperkenalkan baja yang diekstrakkan daripada tumbuhan.


Penciptaan baja organik ini lebih tertumpu dalam menghapuskan perosak siput
gondang bagi sektor tanaman padi. Penyelidikan ini diketuai oleh Ketua Pusat
Pengajian Siswazah, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Dr. Siti Noor Hajjar Md
Latip bersama lapan pelajar doktor falsafah.

Penyelidikan yang dijalankan sejak tahun 2010 itu menggunakan tumbuh-


tumbuhan seperti semambu, kangkung dan jemerlang laut. Penggunaan bahan
daripada tumbuh-tumbuhan ini berupaya menyekat pembiakan siput gondang daripada
terus membiak. Hal ini kerana siput gondang merupakan penyebab utama kematian
serta kerosakan batang dan daun padi dalam masa yang singkat (Mohamad Hussin
2015). Selain itu, Jabatan Pertanian turut menghasilkan produk baja organik sejajar
dengan dasar kerajaan ke arah pertanian yang lebih lestari. Produk baja organik ini
dihasilkan oleh Baizuri Mamat dan Mohd Irwan Mohamad Komaruddin dengan
menggunakan bahan daripada ikan, pisang, gula merah dan dua bahan yang lain.
Bahan tersebut kemudiannya diperap selama sebulan sebelum ditapis menjadi baja
organik jenis cecair. Baja organik itu diberi nama Green Amino-G keluaran syarikat
SiS Technology (M) Sdn. Bhd. (Nor Hanisah Kamaruzaman 2017).

Menurut Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani, masyarakat boleh


menghasilkan baja organik sendiri dengan menggunakan sumber semula jadi seperti
mikroorganisma, enzim dan baja daripada tumbuhan mahupun haiwan. Terdapat 5
jenis baja cecair ‘Natural Farming’ (NF),yang boleh dilakukan di rumah iaitu baja
hijau, baja buah-buahan, baja berasaskan ikan, baja berasaskan tulang dan baja
berasaskan kulit telur/kerang/siput. Sementara itu, sektor pertanian kelapa sawit juga
tidak kurangnya menerima tempias daripada serangan serangga perosak. Antara
penyakit yang dihadapi oleh pokok kelapa sawit adalah pereputan pangkal batang
(BSR) yang diserang oleh kulat Ganoderma boninense. Hal ini telah membawa kepada
tercetusnya idea penggunaan baja organik yang diberi nama GanoCare yang
dihasilkan melalui formulasi serbuk tandan kosong buah sawit (EFB). Kajian ini
dijalankan melalui usaha sama antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM) (Ashriq Fahmy Ahmad 2015).
13

2.4 KESIMPULAN

Sebagai rumusan, amalan pertanian mapan mula mendapat tempat di Malaysia


meskipun rata-rata masyarakat masih lagi tidak merebut peluang keemasan ini. Ini
kerana sikap dan persepsi masyarakat itu sendiri yang sukar diubah kerana tidak
memperlihatkan pertanian mapan ini sebagai alternatif daripada pertanian
konvensional. Meskipun demikian, masyarakat di bandar khususnya telah mengambil
inisiatif mememilih produk daripada pertanian organik yang lebih mesra alam serta
sihat. Pengetahuan am mengenai kebaikan pertanian mapan perlulah dihebahkan
kepada masyarakat umum supaya tidak ketinggalan dan berubah ke arah yang lebih
baik.

Walau bagaimanapun, usaha kerajaan dalam melaksanakan pertanian mapan


ini masih lagi di peringkat awal. Pelbagai usaha dan langkah telah dilakukan dalam
memastikan pertanian mesra alam dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.
Penglibatan golongan penyelidik dari universiti khususnya Universiti Putra Malaysia
dapat menyumbang penemuan kaedah-kaedah baru dalam mencapai taraf pertanian
lestari. Tambahan pula, sisa daripada tumbuh-tumbuhan juga boleh dimanfaatkan bagi
mengelakkan kesan pembakaran terbuka yang mencemarkan udara. Sebagai contoh,
sisa buangan kelapa sawit dapat menghasilkan plastik yang lebih mesra alam dan
cepat terurai.
14

RUJUKAN

Alamah Misni, Muhammad Arbain Md Zaki & Faridatul Akma Abdul Latiff. 2014.
Pendekatan permakultur bagi mewujudkan gunatanah pertanian lestari di
Malaysia: Kajian kes di Kuala Ping, Terengganu. Malaysian Journal of Society
and Space 10(6): 106-117.

Anon. 2011. Malaysia hasilkan produk plastik mesra alam. Utusan Online.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Ma
laysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm [10 Disember 2017].

Anon. 1998. Penanaman kaedah hidroponik. Utusan


Online.http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0210&pub=Utu
san_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_01.htm [10 Disember 2017].

Ashriq Fahmy Ahmad. 2015. Baja organik sawit. Utusan Online.


http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/baja-organik-sawit-
1.140743 [10 Disember 2017].

Azima, A. M., Er Ah Choy, Suhana Saad, Sivapalan Selvadurai, Novel Lyndon, Mohd
Yusoff Hussain, Fuad Mat Jali, Zaimah & Sarmila. 2013. Keterlibatan penduduk
lokal dalam pembangunan pertanian: kajian kes di daerah Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Malaysia Journal of Society and Space 9(1): 24-33.

Aziz Abdul Majid, Ab. Latif Ibrahim, Norizan Md. Nor & Hassan Naziri Khalid. t.th.
Pertanian mapan: Cabaran dan strategi pembangunan dalam sektor pertanian di
negeri Perlis. Society, Space and Environment in a Globalised World: Prospects
& Challenges 277-285.

Bell, G .2004. The permaculture garden. Permanent Publications, United Kingdom.


15

Chamhuri Siwar, Abd. Malik lsmail, Abdul Hamid Jaafar. 1999. Reformasi Pertanian
Malaysia Ke Arah Wawasan 2020. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor.

Faridah Ahmad. 2001. Sustainable Agriculture System in MalaYfiia. Paper presented


at Regional Workshop on Integrated Nutrition System OPNS), Development in
Rural Poverty Alleviation, 18-20 September 2001, United Nations Conference
Complex, Bangkok, Thailand.

Gu, M. 2014. Soil pH and fertilizers. Mississippi State University cooperating with
U.S. Department of Agriculture.

Mohamad Hussin. 2015. Racun botani kawal siput gondang. myMetro.


https://www.hmetro.com.my/node/48690 [10 Disember 2017].

Mohd Rafi Yaacob. 2009. Perniagaan mesra alam: Strategi ampuh Malaysia bersaing
di peringkat global? Prosiding PERKEM IV 1: 462-474.

Mohd. Rosh Mobamad & Mohamed Aslam Gu1am Hassan. 2000. Pembangunan
Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Sabran Md Sani. 2015. Racun perosak mesra alam. myMetro.


https://www.hmetro.com.my/node/42148 [10 Disember 2017].

Nor Atieyah Yusoff. 2015. Gaya ‘merakyatkan hidroponik’. Sinar Online.


http://www.sinarharian.com.my/bisnes/gaya-merakyatkan-hidroponik-1.459448
[10 Disember 2017].

Nor Hanisah Kamaruzaman. 2017. Hasil baja cecair organik. myMetro.


https://www.hmetro.com.my/node/218702 [10 Disember 2017].
16

Quah, S. H. 1999. Sustainable Food Production, Income Generation and Consumer


Protection in Malaysia. Agro-chemical News in Brief Special Issue, November
1999.

Rozhan Abu Dardak & Farzana Quoquab Habib. 2010. Consumer perceived value,
satisfaction and loyalty on agriculture brand. Economic and Technology
Management Review 5: 79-87.

Syazana Muhammad. 2017. Didik pertanian mesra alam. myMetro.


https://www.hmetro.com.my/node/193562 [10 Disember 2017].

Yusof, Z. 1992. Factors influencing Foreign Direct Investment in the manufacturing


sector of Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Pertanian Malaysia.

Wegweiser, C. 2011. Uppsala permaculture park: A feasibility study concerning the


establishment of a public permaculture park in Uppsala, Sweden. Tesis Sarjana.
Uppsala University.

Zakariah Abdul Rashid. 1992. Analisis dasar pertanian: Peranan sektor pertanian
dalam Pelan Induk Perindustrian. Jurnal Ekonomi Malaysia 26: 95-125.

You might also like