You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUKANG SIDIN

36750 CHIKUS, PERAK

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM CINTAI MALAYSIA
SEMPENA
BULAN KEMERDEKAAN
(5 – 9 September 2011)

Disediakan oleh:
Pn Moona Fairuz Bt Bidin
Guru Pusat Sumber dan Media
SK Sungai Tukang Sidin
0
1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Guru Besar,
untuk mengadakan program Cintai Malaysia, bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan pada
bulan Ogos.
1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran sekolah untuk menampung kos bagi
mengadakan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG

Dalam melahirkan generasi berilmu, masyarakat masa kini perlu sentiasa didedahkan dengan
penggunaan Pusat Sumber secara optimum. Pusat Sumber tidak harus dilihat sebagai tempat
membaca buku sahaja, tetapi peranannya perlu dikembangkan kepada pusat akses maklumat yang
mana maklumat tersebut diperolehi melalui, bahan bacaan, carta, gambar bersiri, pameran,
permainan dalaman, peta dan sebagainya.

Oleh itu, bersempena Minggu Pusat Sumber yang dijalankan bermula daripada 26 – 30 Julai
2010, Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK) ingin mengambil
kesempatan untuk mengadakan Program Cintai Malaysia yang membabitkan beberapa aktiviti.
Aktiviti yang dirangka adalah rangkuman daripada mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan
Sivik & Kewarganegaraan. Antara aktiviti tersebut ialah, Pameran Kenegaraan, Kuiz Kenegaraan
dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik. Dengan aktiviti yang dirancang ini diharap murid-murid
akan semakin berminat untuk datang ke Pusat Sumber sekaligus akan menjadikan mereka lebih
celik ilmu.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Butiran mengenai program adalah seperti berikut:


Tajuk Program : Program Cintai Malaysia
Tarikh Cadangan : 26 Julai 2010
Hari : Isnin
Tempat Cadangan : Pusat Sumber, SK Sungai Tukang Sidin
3.2 Bagi melancarkan program ini Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk (Rujuk Lampiran 1)
3.3 Program ini akan melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 serta guru-guru mata pelajaran Kajian
Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganeraraan (PSK).
3.4 Tentatif program telah disediakan seperti dalam Lampiran 3.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan minat murid untuk lebih kerap datang ke pusat sumber sekolah.
4.2 Menambahkan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan PSK
4.3 Merangsang murid untuk lebih tekun belajar dan melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah serta
meningkatkan tahap keterampilan murid.

1
4.4 Menggalakkan murid untuk membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan kenegaraan.
4.5 Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan murid.

5.0 CADANGAN

Antara aktiviti yang dicadangkan untuk program ini ialah:


5.1 Pameran Kenegaraan
5.2 Kuiz Kenegaraan
5.3 Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

6.0 IMPLIKASI

6.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid.


6.2 Membuka minda murid untuk lebih terdedah dengan ilmu-ilmu kenegaraan
6.3 Menjadikan murid lebih berani untuk tampil ke hadapan dan menunjukkan bakat dan kebolehan
mereka

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Bil. AKTIVITI PELAKSANAAN


1. Pameran Kenegaraan a) Pameran ini adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4, 5 dan 6
b) Murid akan datang ke pusat sumber mengikut jadual (selama 10
minit) yang telah ditetapkan dan melihat pameran tersebut.
c) Menggalakkan murid untuk meminjam bahan bacaan yang
berkaitan dengan kenegaraan. (Program NILAM)
2. Kuiz Kenegaraan a) Guru akan mengedarkan soalan kuiz kenegaraan kepada setiap
murid.
b) Murid akan menjawab kuiz tersebut berdasarkan Pameran
Kenegaraan yang telah mereka lawati di pusat sumber sekolah.
c) Murid diberi masa 20 minit untuk melengkapkan kuiz tersebut
dan diserahkan kepada guru Kajian Tempatan untuk disemak
d) Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah jawapan yang tepat.
3. Pertandingan Nyanyian a) Guru akan memaparkan 5 buah pilihan lagu patriotik untuk
Lagu Patriotik dinyanyikan oleh murid 3 hari sebelum pertandingan
berlangsung.
b) Setiap murid diberi masa 5 minit untuk mempersembahkan
nyanyian mereka.
c) Para pengadil pertandingan akan menilai nyanyian peserta
berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat dalam borang
kriteria yang diedarkan kepada pengadil.

2
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Senarai bagi anggaran perbelanjaan adalah seperti dalam Lampiran 2.

9.0 KESIMPULAN

Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin, tabah menghadapi cabaran dan beriltizam dalam apa
jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang
dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………… …………………
(Pn Moona Fairuz Bt Bidin) (En Muhammad Halili B Mohd Isa)
GPM SKSTS Guru Besar SKSTS

3
LAMPIRAN 1

STRUKTUR JAWATANKUASA,
PROGRAM CINTAI MALAYSIA

PENASIHAT
En Muhammad Halili B Mohd Isa
Guru Besar SKSTS

PENYELARAS
Pn Moona Fairuz Bt Bidin
GPM SKSTS

PELAKSANA PROGRAM PELAKSANA PROGRAM


KAJIAN TEMPATAN PENDIDIKAN SIVIK &
KEWARGANEGARAAN
En Muhamad Shamsul B Saad En Mohd Puad B Samsudin

Pertandingan Nyanyian
Pameran Kenegaraan Kuiz Kenegaraan Lagu Patriotik

Juri-juri pertandingan
Guru – guru
Kajian Tempatan

4
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK PROGRAM CINTAI MALAYSIA

Perkara Anggaran perbelanjaan

Hadiah Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

- Kuiz Kenegaraan Tempat Pertama = RM5 RM5 RM5

Tempat Kedua = RM4 RM4 RM4

Tempat Ketiga = RM3 RM3 RM3

- Pertandingan Tempat Pertama = RM20


Nyanyian
Lagu Patriotik Tempat Kedua = RM20

Tempat Ketiga = RM20

JUMLAH KESELURUHAN RM96.00

Pengesahan anggaran perbelanjaan.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………… …………………
(Pn Moona Fairuz Bt Bidin) (En Muhammad Halili B Mohd Isa)
GPM SKSTS Guru Besar SKSTS

5
LAMPIRAN 3

Tentatif Program Cintai Malaysia

Tarikh: 26 Julai 2010

MASA PERKARA

1.10 – 1.20 ptg Murid Tahun 4 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

1.40 – 1.50 ptg Murid Tahun 5 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

2.00 – 2.10 ptg Murid Tahun 6 menyaksikan Pameran Kenegaraan di Pusat Sumber

3.10 – 3.30 ptg Murid Tahun 4, 5 dan 6 menjawab soalan Kuiz Kenegaraan berdasarkan
Pameran Kenegaraan di kelas masing-masing.

4.00 – 5.00 ptg Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Cadangan:

* Guru yang mengajar pada waktu yang dinyatakan di atas, akan membawa murid tersebut ke Pusat
Sumber untuk menyaksikan pameran.

You might also like