You are on page 1of 5

LAPORAN KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERINGKAT PKG KEMASEK, 2018

1.0 PENDAHULUAN :
Karnival Bahasa Melayu diadakan seagai pendekatan dalam usaha untuk mencari dan
mencungkil bakat-bakat cilik yang terpendam dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan
bercerita dan pidato. Pertandingan bercerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu
pendekatan yang sesuai digunkana untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Manakala pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

2.0 MATLAMAT :
2.1 Membentuk sikap berani mencuba melakukan sesuatu yang bermanfaat .
2.2 Mengembangkan bakat sedia ada murid.
2.3 Pengisian untuk memilih wakil daerah .
2.4 Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid .

3.0 OBJEKTIF :
3.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan berkeyakinan.
3.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis
tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
3.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan
murid.
3.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa
Melayu.
4.0 KEKUATAN
4.1 Pertandingan Pidato Tahap 2 dan Bercerita, Peringkat PKG Kemasek dapat dijalankan
dengan jayanya.
4.2 Para pentadbir, guru-guru dan ibu bapa peserta telah memberikan sokongan dan kerjasama
yang baik
4.3 Para peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang latihan dan pertandingan ini

1
berlangsung.
4.4 Alat pembesar suara berada dalam keadaan baik semasa pertandingan berlangsung.
4.5 Para pemenang telah menerima hadiah mengikuti kategori johan, naib johan, tempat ketiga
serta sijil penyertaan kepada setiap peserta.

5.0 KELEMAHAN
5.1 Guru kurang kepakaran untuk melatih para peserta dengan lebih baik.
5.2 Kekangan masa guru-guru untuk melatih para peserta kerana kesibukan tugas hakiki.

6.0 CADANGAN MENGATASI


6.1 Menambah kekerapan latihan
6.2 Memerlukan jurulatih pakar
6.3 Sentiasa memberikan pendedahan mengenai pertandingan bahasa sebegini supaya lebih
ramai murid berminat untuk menceburui bidang bahasa.
7.0 SENARAI NAMA PESERTA SKMB
BIL NAMA PESERTA PERTANDINGAN
1 Putri Saridania Binti Md Suharbi @ Mohd Zukri Pidato
2 Muhamad Idlan Hakimi Bin Mohd Faizal Bercerita Tahap 2
3 Nur Qurratul Aini Bercerita Tahap 1

8.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN


PERTANDINGAN NAMA SEKOLAH
PIDATO 1) SK. Bukit Anak Dara
2) SK. Pengkalan Ranggong
3) SK. Seri Bandi
BERCERITA TAHAP 1 1) SK. Padang Kubu
2) SK. Bukit Anak Dara
3) SK. Rantau
BERCERITA TAHAP 2 1) SK. Seri Bandi

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

2
(NORIZAN BINTI ABU SEPIAN) (ROSLEE BIN HAMID)
Guru Pengiring, Penolong Kanan Kokurikulum,
Karnival BM, SK Meraga Beris.
Panitia Bahasa Melayu/Malaysia,
SK Meraga Beris.

DISAHKAN OLEH
(AMINAH BINTI ISMAIL)
Guru Besar,
SK Meraga Beris.

3
SESI PENDAFTARAN

TAKLIMAT
BARISAN HAKIM
PERTANDINGAN
PERTANDINGAN PIDATO

BARISAN HAKIM
PERTANDINGAN
BERCERITA TAHAP 2

PESERTA PIDATO, SKMB

PESERTA PERTANDINGAN
BERCERITA, SKMB

SESI KUARATIN

4
UCAPAN GURU BESAR
SK.KETEGAH JAYA

PESERTA BERCERITA
TAHAP 1, SKMB

PERSEMBAHAN

PENYAMPAIAN SIJIL
PENYERTAAN

PENYAMPAIAN SIJIL
PENYERTAAN

You might also like