You are on page 1of 3

Cara2 Mengekalkan Kebudayaan Kaum

1. Pihak ibu bapa perlu menegaskan kepentingan mengekalkan kebudayaan kaum dan menjadi
contoh terbaik kepada anak2.
2. Pihak sekolah perlu mengadakan program kebudayaan untuk meningkatkan ilmu kebudayaan
murid melalui kelab, persatuan dan unit beruniform.
3. Pihak kerajaan mempopularkan pelancongan bertemakan kebudayaan kaum untuk memelihara
warisan kebudayaan tempatan.
4. Pihak media sosial perlu menjadikan isu kebudayaan kaum sebagai isu utama untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keistimewaan budaya kaum.
5. Masyarakat perlu aktif terlibat dalam pelbagai jenis program kebudayaan supaya warisan
bangsa tidak pupus.

Kesan Penerokaan Hutan

1. Penerokaan hutan menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang exotik akibat kehilangan
habitat.
2. Penerokaan hutan menyebabakan kehilangan kawasan tandahan air sehingga manusia
mengalami kekurangan sumber air bersih.
3. Penerokaan hutan menyebabkan berlakunya bencana alam yang akan meragut banyak nyawa
serta menjejaskan kehidupan masyarakat.
4. Penerokaan hutan menyebabkan menjejaskan keseimbangan ekosistem sehingga keadaan
bumi kurang sesuai untuk hidup.
5. Penerokaan hutan membolehkan manusia memperoleh pelbegai sumber hutan yang penting
untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Usaha Pihak Kerajaan Memajukan Sektor Ekopelancongan

1. Pihak kerajaan perlu mewujudkan zon ekopelancongan untuk memelihara sumber alam semula
jadi di Malaysia.(kajian)
2. Pihak kerajaan perlu mempopularkan ekopelancongan dalam kalangan masyarakat melalui
media mass untuk mendedahkan masyarakat kepada kawasan2 ekopelancongan.
3. Pihak kerajaan perlu melengkapkan kawasan ekopelancongan dengan pelbagai prasarana
untuk menarik perhatian pelancong.
4. Pihak kerajaan mendidik pelajar tentang isu ekopelancongan melalui pihak sekolah bagi
melahirkan bakal pakar ekologi
5. Pihak kerajaan berkolaborasi dengan pihak swasta untuk menawarkan pakej ekopelancongan
yang berbeza mengikut lapisan masyarakat.
6. Pihak kerajaan perlu melahirkan masyarakat yang bersikap terbuka kepada pelancong asing
dan seterusnya memiliki sahsiah terpuji untuk bergaul dengan pelancong.
Kebaikan pelancongan

1. Pelancongan dapat menjana pendapatan yang lumayan kepada kerajaan untuk pembangunan
negara melalui hasil kutipan cukai dan bukan cukai.
2. Pelancongan menggalakkan integrasi antara kaum yang menggalakkan pertembungan budaya
kaum.
3. Pelancongan membekalkan banyak peluang pekerjaan akibat sektor perkhidmatan yang
berkembang pesat.
4. Pelancongan menggalakkan penyediaan infrastruktur yang menjadi daya tarikan para
pelancongan.
5. Pelancong membolehkan masyarakat untuk membuka minda dan melepaskan tekanan
kehidupan dengan menikmati keindahan dan keistimewaan kawasan pelacongan.

Langkah Meningkatkan Mutu Sukan/ Prestasi Atlet Sukan Negara

1. Pihak kerajaan menyediakan stadium dan peralatan sukan yang bertaraf antarabangsa untuk
latihan para atlet negara.
2. Pihak kerajaan membentuk kontinjen sukan yang hebat dengan melibatkan jurulatih yang
berprofesional dan atlet yang berkemahiran tinggi.
3. Pihak kerajaan menghantar pasukan sukan untuk bertanding di pertandingan berperingkat
antarabangsa supaya atlet mendapatkan pengalaman yang bernilai.
4. Pihak kerajaan memberikan insentif dan penghargaan kepada atlet yang mencapai kejayaan
dalam bidang sukan untuk memotivasikan mereka.
5. Pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencungkil bakat remaja dalam
bidang sukan melalui program sukan.

Persediaan Remaja untuk Memasuki Alam Pekerjaan

1. Remaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang serta kelayakan akademik yang sesuai
dengan pekerjaan yang ingin diceburi.
2. Remaja perlu menguasai pelbagai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang mungkin
dihadapi dalam pekerjaan.
3. Remaja perlu mempunyai sahsiah terpuji dan mentaliti kelas pertama supaya lebih dihormati
serta diminati oleh orang lain.
4. Remaja perlu mempunyai rangkain sosial yang luas supaya mudah mendapatkan bantuan dan
peluang perniagaan.
5. Remaja perlu membuat perancangan yang sempurna untuk memajukan diri dalam pekerjaan.
Perpaduan Masyarakat Tiang Keamanan dan Kemajuan Negara. Bincangkan.

1. Perpaduan masyarakat dapat menjamin kestabilan masyarakat berbilang kaum supaya negara
sentiasa dalam keadaan aman sejahtera.
2. Perpaduan masyarakat dapat memelihara kedaulatan negara tanpa campur tangan kuasa
asing.
3. Perpaduan masyarakat dapat menggalakkan kerjasama rakyat untuk memajukan ekonomi
negara.
4. Perpaduan masyarakat dapat melahirkan generasi muda yang berdaya maju untuk mencipta
kecemerlangan negara.
5. Perpaduan masyarakat dapat menggalakkan pelaburan asing akibat kestabilan politik negara
untuk memajukan negara.

Langkah2 Menangani Gejala Rasuah

1. Pihak ibu bapa perlu mendidik anak tentang keburukan gejala rasuah dan menjadi contoh
terbaik kepada anak sejak anak kecil untuk melahirkan anak yang jujur serta amanah.
2. Pihak sekolah harus menekankan pendidikan moral serta agama untuk membentuk benteng
keimanan yang kukuh dalam sanubari murid-murid.
3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan yang lebih aggresif
tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam melaksanakan tugas.
4. Masyarakat perlu bersikap prihatin tentang kejadian rasuah yang berlaku di persekitaran
mereka.
5. Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen “Sifar Rasuah” di seluruh negara untuk menaikkan
kesedaran masyarakat tentang isu rasuah ini.

Sekolah Cemerlang Murid Gemilang. Bincangkan.

You might also like