You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM

81800 Ulu Tiram, Johor.


Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007
______________________________________________________________________________________

Rujukan Kami : JBA1023/100–


9/4/2( )
Tarikh : 2 OGOS 2018

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang,


d/a SK Seri Kota Puteri 4,Jalan Penaga,
Bandar Baru Kota Puteri,
81750,Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.

Tuan / Puan,

PERMOHONAN PEMBAIKAN DAN PENYELENGARAAN TANDAS

Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya selaku guru besar, ingin memohon peruntukan dana dari pihak tuan bagi
menampung kos pembaikan dan peyelenggaraan tandas di SK Ulu Tiram yang sememangnya
sudah uzur dan rosak memandangkan sekolah ini pun telah lama bertapak. Penggunaan murid
yang kerap juga mengundang masalah kerosakan kerana jumlah murid yang ramai sedangkan
tandas yang boleh digunakan jugak agak terhad. Selain itu, prasarana dan aspek keceriaan
sekolah juga perlu diperbaiki bagi memastikan murid berada dalam suasana sekolah yang
kondusif bagi memberikan keselesaan kepada murid untuk belajar .Beberapa keping gambar
yang berkaitan ( Lampiran 1 ) kami sertakan bersama-sama surat
permohonan ini untuk rujukan dan pemerhatian pihak tuan.

3. Segala pertanyaan boleh berhubung melalui Guru Pembangunan SK Ulu Tiram,


En.Mohd Fairuz bin Wahab ditalian 012-7661196 atau En.Zahrol Bahri bin Salim di talian 016-
7417111.

4. Sekian sahaja untuk makluman dan tindakan tuan. Besarlah harapan kami agar kerja-
kerja pembaikan dan penyelenggaraan tandas sekolah dapat dilaksanakan dengan kadar
segera untuk kemudahan semua. Moga pihak tuan/puan dapat membantu merealisasikan
impian anak-anak SK Ulu Tiram dan komuniti setempat untuk mendapat hak dan keselesaan
yang sewajarnya. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

( AZIZ BIN A.BIRANGKUTTY ) Cop Sekolah


Guru Besar,
SK Ulu Tiram, Johor

SK : Fail PIBG SK Ulu Tiram


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
81800 Ulu Tiram, Johor.
Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007
______________________________________________________________________________________

Lampiran 1

BANGUNAN PEJABAT DAN PENTADBIRAN

Rangka Pintu Rosak dan Tercabut

Salur najis pecah dan berkarat Salur paip tiada

*Saluran tandas perlukan penyelenggaraan tangki kumbahan kerana kerap


tandas tersumbat

SK : Fail PIBG SK Ulu Tiram


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
81800 Ulu Tiram, Johor.
Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007
______________________________________________________________________________________

TANDAS BANGUNAN CEMERLANG

Mozek lantai pecah dan berlubang

Pintu Tandas Rosak dan Uzur

*Saluran tandas perlukan penyelenggaraan tangki kumbahan kerana kerap


tandas tersumbat

SK : Fail PIBG SK Ulu Tiram


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
81800 Ulu Tiram, Johor.
Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007
______________________________________________________________________________________

TANDAS BANGUNAN TERBILANG

SK : Fail PIBG SK Ulu Tiram


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
81800 Ulu Tiram, Johor.
Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007
______________________________________________________________________________________

Saluran paip dan singki tiada

TANDAS BANGUNAN GEMILANG

Pintu tandas rosak dan pecah

Paip dan saluran air rosak dan pecah

*Saluran tandas perlukan penyelenggaraan tangki kumbahan kerana kerap


tandas tersumbat

SK : Fail PIBG SK Ulu Tiram


SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TIRAM
81800 Ulu Tiram, Johor.
Kod Sekolah : JBA 1023 Tel/Fax : 07-8611007
______________________________________________________________________________________

SK : Fail PIBG SK Ulu Tiram

You might also like